Hasbullah Othman

Hasbullah Othman

You may also like

Merawat Sepatu Anda.
Merawat Sepatu Anda.

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hasbullah Othman, Business service, PT118, Wakaf Baharu.

Menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, makanan, beras, kontraktor binaan (awam /elektrikal/mekanikal), pembangunan/perunding hartanah, kerja besi/logam, pemasaran dan jururunding perniagaan.

Photos from Hasbullah Othman's post 08/04/2023

Kebab paling sedap di Kelantan. Ramly Kebab di Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu. Setiap hari terjual 800-1200biji. Lokasi hadapan Ninja Van Wakaf Bharu. Boleh cari dalam maps search Ninja Van Wakaf Bharu. Buka 4.30ptg-4.00pg setiap Hari Bulan puasa.

03/02/2020

MALAYSIA BERDEPAN HILANG KEISTIMEWAAN ARAB SAUDI AKIBAT TINDAKAN MUHAMMAD SAJJAD MEMPERSENDAKAN AGAMA DI MEKAH!!!

Tular di media sosial mengenai Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita dan telah ditangkap oleh penguatkuasa Arab Saudi. Hal ini menimbulkan kekhuatiran dikalangan netizen kerana dia seolah mempermainkan agama serta tidak mengikut syarat yang ditetapkan bagi golongannya untuk menunaikan umrah.

Persoalannya adakah perkara ini harus dibiarkan sehingga Arab Saudi mengambil tindakan atau kerajaan Malaysia perlu lakukan sesuatu kerana bimbang menjadi ikutan orang lain?

26/12/2019

Dimanakah tempat ini?

26/12/2019

Nilai maruah

Photos from Hasbullah Othman's post 17/12/2019

5 TIPS MERAMPAS SUAMI ORANG !!!

Photos from Hasbullah Othman's post 13/12/2019

Kerana sering dikecewakan seorang lelaki telah berkahwin dengan patung. Siap dapat anak lagi. Semoga beliau pulih.

12/12/2019

Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.

Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli p**a mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.

Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.

Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.

Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.

Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.

Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.

Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau p**ak bahagia.

Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.

Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.

Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!

Kredit: AmirSyahir
Gambar sekadar hiasan.

10/12/2019

Bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa peperangan di Syria, kucing juga tidak terlepas.

Kucing ini juga terpaksa menerima jahitan di muka selepas cedera akibat terkena serpihan bom.

Kredit: Syria Care Projects

10/12/2019

Musuh mampu menghancurkan masjid tapi belum tentu mampu hancurkan iman.

10/12/2019

PETANDA DIRI NAK JADI MATANG !!
1) Rasa malu minta duit dgn keluarga
2) Terasa susah cari pasangan
3) Kawan tak ramai
4) Selalu s**a bersendirian
5) Malas keluar rumah
6) Rasa perlu ada duit banyak
7) Hujung minggu/cuti dihabiskan dirumah
8) Mula s**a makan ulam-ulaman
9) Semakin jarang beli pakaian
10) Mula tengok Buletin Utama TV3
11) Mula ambil tahu hal Najib, Anwar, Mahadir
12) S**a pakai kain sarung di rumah berbanding seluar pendek
13) Kasut semakin kurang
14) Mula cuba-cuba minum kopi
15) Berani minta mancis dengan bapa saudara
16) Kereta tak s**a dah tukar sport rim
17) Wallpaper telefon asal kilang
18) Selalu ziarah tempat kematian
19) Orang mula jemput datang kenduri tahlil
20) Rasa Ikan kering lebih sedap drpd ayam
21) S**a tengok iklan rumah berbanding kereta
22) S**a berambut pendek
23) Seluar khakis banyak berbanding jeans
24) Mula minat duda atau janda
25) Cuba-cuba try saya.

Photos from Hasbullah Othman's post 05/12/2019

Anak-anak kecil berketurunan Cina turut sama bersunat dalam majlis berkhatan besar-besaran bersama masyarakat Melayu di Kelantan.

04/12/2019

Salah satu perniagan yg semakin berkembang sehingga hari ini .. Bermula hanya berniaga secara kecil kecilan dengan membuka kios dan berniaga sekitar kaki lima di atas longkang sahaja ..

Namun atas usaha dan semangat pelanggan semakin ramai dari sehari ke sehari .. Yang menariknya lagi, dikatakan perniagaan tersebut dapat menyatukan semua kaum dalam malaysia...

Ianya juga merupakan s**an yang tidak memerlukan sebarang syarat kesihatan untuk peserta.. yang pastinya syarikat tersebut " jarang mengalami kerugian "

Majulah s**an untuk negara.

27/11/2019

Hebat budak Kelantan dengan Terengganu !!!

Photos from Hasbullah Othman's post 27/11/2019

AMARAN CUACA PANTAI TIMUR 30/11/2019

Photos from Hasbullah Othman's post 22/11/2019

Idea Menarik. Frame Paip Untuk Berkhatan...

Kredit: Rafidah Jamal.

21/11/2019

ADAT ORANG NORWAY !!!

Di Norway, jika pokok epal berbuah lebat, pemilik pokok akan menyangkut epal yang telah siap diisi dalam plastik dan diletakkan di pagar. Sesiapa sahaja boleh mengambilnya jika mahu. Di Malaysia kita nak letak buah apa yer??

Photos from Hasbullah Othman's post 20/11/2019

PENYOKONG INDONESIA MEROSAKKAN PERALATAN KELENGKAPAN STADIUM !!!!

KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 kerusi bernilai kira-kira RM11,000 dirosakkan penyokong Indonesia ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan skuad Garuda 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, berkata laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM p**a menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Razeen berkata insiden itu bukan isu besar sehingga memerlukan mendesak PSM mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan S**an, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membincangkan isu berbangkit.

“Ini bukan isu besar (rosakkan kerusi stadium), tidak perlu sampai nak jumpa menteri (Syed Saddiq).

“Isu ini antara PSM dan FAM, bagaimanapun pada akhirnya menteri akan mendapat laporan penuh mengenai insiden yang berlaku,” katanya.

Ditanya jika kerajaan Indonesia harus memikul tanggungjawab terhadap insiden itu, Nik Razeen berkata pihaknya tiada hak untuk menyatakan sedemikian sebaliknya ia tertakluk kepada bidang kuasa FAM.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Nazrin Ahmad menggesa Syed Saddiq untuk meminta Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Zainudin Amali tampil bertanggungjawab terhadap kes kerosakan kerusi berkenaan.

“Jika mereka (kerajaan Indonesia) tidak bayar (ganti rugi), panjangkan perkara ini kepada FIFA.

“Ia bagi memastikan Indonesia mendapat pengajaran supaya (bersikap) lebih bertanggungjawab apabila berkunjung ke tempat orang,” katanya.

Photos from Hasbullah Othman's post 17/11/2019

TAK TAHU MANA NAK BERCUTI !!! INI ADA SENARAI LENGKAP LOKASI BERCUTI MENGIKUT NEGERI.

Abang lupakan kereta idaman, adik jual motor... 2 anak KL cari rezeki di Pantai Timur - “Dulu kerja orang jantan sekarang perah santan” - Viral | mStar 17/11/2019

BUDAK KL HIJRAH KE TERENGGANU BERNIAGA CARA KAMPUNG !!!
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/11/16/santan-adik-beradik/ .01

Abang lupakan kereta idaman, adik jual motor... 2 anak KL cari rezeki di Pantai Timur - “Dulu kerja orang jantan sekarang perah santan” - Viral | mStar RAMAI anak muda mencuba nasib untuk mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur, namun dua beradik ini berhijrah ke Pantai Timur untuk mencari rezeki.

Photos from Hasbullah Othman's post 16/11/2019

MAYAT TERAPUNG DI SUNGAI KELANTAN !!!

MAYAT lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja, di Kota Bharu, hari ini.

Mayat berkenaan ditemui orang awam pada 11.40 pagi tadi yang kebetulan sedang meronda dengan bot, sebelum memaklumkannya kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Anggota APM Kota Bharu, Abdullah Mat Zain berkata, ketika bertugas di pangkalan marin di tepi Sungai Kelantan, dia didatangi orang awam yang memaklumkan menemui mayat seorang lelaki.

“Saya bersama tiga anggota terus menaiki bot menuju ke lokasi penemuan iaitu di tengah sungai.

“Mayat ditemui lengkap berpakaian dan sudah agak kembung serta sedikit berbau,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Abdullah berkata, pihaknya segera mengangkat mayat itu sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Katanya, mayat itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 2:15 PM

16/11/2019

PASANGAN MELAYU DERA ANAK HINGGA MATI !!!

Singapura: Baru-baru ini sepasang suami isteri didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dipercayai anak kepada pasangan ini sehingga menyebabkan kematiannya ketika menerima rawatan dekat sebuah hospital di Singapura.

Pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun menghadapi pelbagai tuduhan mendera mangsa serta didakwa melakukan cubaan membunuh dengan niat antara 15 dan 22 Oktober 2016 yang membawa kematian mangsa pada tarikh 23 Oktober 2016 setelah disimbah dengan air panas.

Menurut laporan Straits Times Singapura, dalam satu perbicaraan yang berlangsung pada 14 November lalu, sepasang suami isteri mengaku tidak berniat membunuh mangsa.

“Bagaimana saya mampu membunuh budak? Tengoklah badan saya yang kecil ini,” kata tertuduh dlaam satu kenyataan kepada pihak polis semasa perbicaraan ketiga semalam.

Dalam satu kenyatan lagi, wanita tersebut berkata “Saya tiada niat mencurahkan air panas ke atasnya jika dia berkelakuan baik kepada saya.”

Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengurung mangsa di dalam sangkar kucing, mengepitnya dengan ragum serta memukul mangsa dengan penyapu.

Antara tarikh 15 Oktober dan 22 Oktorber 2016, pasangan ini didakwa menyimbah menggunakan air panas kepada mangsa sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dan menggunakan air panas daripada dispenser yang berada di dapur. Ujian saintifik menunjukkan bahawa sihu air tersebut puratanya adalah 92.6 darjah celcius.

Apabila mangsa dikatakan rebah selepas deraan terakhir dan tertuduh membawa mangsa ke hospital selepas 6 jam kelewatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 23 Oktober 2016.

Pada Khamis lalu, dalam perbicaraan ketiga, beberapa keterangan daripada tertuduh dibaca oleh anggota polis di mahkamah.

Tertuduh lelaki berkata dalam satu kenyataan pada 27 Oktober bahawa mangsa mengerang kesakitan dan berkata “sakit, sakit” (dalam bahasa Melayu) semasa dalam perjalanan ke hospital.

Tertuduh wanita berkata dalam satu kenyataan pada tarih 26 Oktober lalu, dia hanya ingin mendisiplinkan mangsa.

“Kalau saya niat nak membunuh dia, saya akan membunuh anak saya yang lain, namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka. Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri.”

Dia juga berkata dia rindukan kesemua anaknya.

Maklumat mengenai identiti mangsa serta adik beradiknya selain daripada ibu bapa mereka tidak dapat didedahkan.

Dalam satu lagi kenyataan yang di ambil pada tarih 26 Oktober, wanita tersebut berkata dia tidak tahu apa yang dilakukannya sehinggakan menyebabkan kematian anaknya itu.

“Saya hanya mahu beri pengajaran kepadanya. Kenapa saya melakukan perkara ini kepadanya, tidak kepada anak yang lain? Dia juga anak saya.”

Perbicaraan akan bersambung.

Sumber: Straits Times Singapore

16/11/2019

APA PERSIAPAN MUSIM TENGKUJUH ANDA !!!

Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad | Astro Awani 16/11/2019

PEMANDU AXIA LANGGAR LARI DIKESAN !!!

Pemandu yang merempuh pemandu lori sampah Mukhtar Bahari 62, dikesan menerima rawatan di hospital swasta Georgetown. Beliau merupakan warganegara Vietnam berusia 29 tahun memandu kereta tersebut yang didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan berusia 67tahun yang tinggal disebuah kondominium di Jelutong. Beliau juga dikesan bebas pengaruh alkohol dan dadah. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-axia-rempuh-pekerja-pembersihan-berjaya-dikesan-kini-berada-di-wad-222757

Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad | Astro Awani Polis mengesahkan wanita yang memandu kereta perodua Axia itu telah dikenal pasti sebagai warganegara Vietnam.

Photos from Hasbullah Othman's post 15/11/2019

KANAK-KANAK INI DI HUKUM KERANA MENCURI ROTI !!!

Kejadian ini berlaku di Negara India. Kanak-kanak ini dihukum selepas ditangkap kerana mencuri roti. Adakah patut kanak-kanak ini dihukum sebegitu rupa. Mungkin dia dalam kelaparan atau yatim piatu. Perbezaan kasta di India masih lagi diamalkan. Kasta tinggi bebas menghukum termasuk membunuh kasta yang rendah seolah-olah undang-undang tidak wujud di sesetengah daerah di India.

Photos from Hasbullah Othman's post 15/11/2019

PANTAI GETING TUMPAT DIBERSIHKAN !!!

Pihak MDT telah membuat kerja-kerja mengutip sampah dikawasan Pantai Geting Tumpat. Diharapkan pengunjung dan orang ramai lebih bertanggungjawab serta tidak membuang sampah merata tempat.

14/11/2019

"SLATE BOARD" ATAU "PAPAN SELIT"

Digunakan sebagai alat belajar zaman dahulu di Malaysia semasa zaman dulu. Diperbuat drpd sejenis batu dan alat tulis p**a juga batu berkapur yang sedikit lembut. Pemadam p**a menggunakan sesuatu yg lembab seperti bunga atau daun. Lazimnya mereka yang berumur 60tahun keatas ada pengalaman menggunakan alat ini. Dia tak sama mcm papan hitam. Cuba tanya mak ayah atau datuk nenek anda.

Photos from Hasbullah Othman's post 14/11/2019

TAK PERLU KE THAILAND UNTUK CITARASA THAI !!!

Bagi penggemar makanan citarasa Thai. Ada satu kedai baru buka di Lembah Sireh berhadapan dgn Lincoln University. Kedai MOK THAI NOODLES. Sekali cuba pasti datang lagi. Harga berpatutan. Sejak buka bulan lepas sudah 5kali saya datang makan Padhthai. Buka 1pm-10pm. Tutup setiap Jumaat. Boleh cuba. Dulu hanya berjualan di hadapan rumahnya saja. Kedai belum ada signboard. Nak cam senang kedai ada pintu cermin tepi restoran Meq Qlate. Jom serbu.

Kredit Foto: Haniff Salleh

Photos from Hasbullah Othman's post 13/11/2019

Pelik tapi benar.

Kejadian berlaku di Santubong. Spesis kedak Kepah iaitu "Suduk" menyerah diri dan timbul secara beramai-ramai. Fenomena ini nyata telah memberi kegembiraan kepada nelayan kerana tidak lagi perlu mencari. Ketika ini harga Suduk sekilo sekitar RM15 sekilo

Kredit Photo: Zuan Shi'airi

Photos from Hasbullah Othman's post 13/11/2019

KERANG NAIK DI PANTAI KEKABU, MARANG !!!

Jumlah kerang yang banyak mendarat di Pantai Kekabu, Marang.

Info: Lubuk Dohor, My Terengganu

12/11/2019

MLM, SCAM, MONEY GAME DAN KERETA MEWAH !!!

Sering kita lihat leader-leader tampil berkereta mewah setiap kali ada event dan khalayak ramai. Agak-agak anda mereka beli atau sewa ??
Renungkan lah. Itu semua marketing broo.

Want your business to be the top-listed Business in Wakaf Baharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


PT118
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Other Business Services in Wakaf Baharu (show all)
Ubat murah kota bharu kelantan Ubat murah kota bharu kelantan
Kota Bharu
Wakaf Baharu, 16250

Xv**e Xv**e
Jalan Wakaf Bharu-Kampung Dalam Kota
Wakaf Baharu, 16250

Pod & flavour v**e

Kutan Studio Photography Kutan Studio Photography
Kutan Studio Photography
Wakaf Baharu, 16250

service photography & photoshoot studio, Birthday party, event management, maternity, weddings, product, Polaroid, print, scan, fotostat.

Azmah nurayysa Azmah nurayysa
Lot 2335 Kg Belukar Lorong Taman Kasturi Kawasan Perumahan
Wakaf Baharu, 16250

Produk nurayysa produk mesra wuduk.. Mudah Dicuci.. N sesuai utk semua

Thebaghouse Thebaghouse
SBJ PUTRA PASIR PEKAN
Wakaf Baharu, 16210

Shopping online dgn Fingo dapat duit hari2 Shopping online dgn Fingo dapat duit hari2
2547 Taman Adabi
Wakaf Baharu, 16250

DAYA CRAFT DAYA CRAFT
DAYA CRAFT, LOT 1843, KAMPUNG BARU LUAR, Jalan PASIR MAS, WAKAF BHARU DARUL NAIM
Wakaf Baharu, 16250

Kami menyediakan perkhidmatan tempahan rubberstamp & nametag secara online dengan harga TERLAJAK MUR

CUCI Kusyen PASIR PEKAN CUCI Kusyen PASIR PEKAN
KG PASIR PEKAN
Wakaf Baharu, 16250

Pihak kami bersedia memberi perkhidmatan mencuci kusyen & polish lampu kereta terus di tempat anda..

Amway with Dam Amway with Dam
Wakaf Baharu, 16250

Assalamualaikum Agen Rasmi Amway��� �PRODUK NUTRILITE JIKA MAHU PERTANYAAN LEBIH LANJUT BOLEH PM WS

Maxis Online Shop Maxis Online Shop
Pasir Pekan
Wakaf Baharu, 16250

Mf Legend Homestay Wakaf Bharu Mf Legend Homestay Wakaf Bharu
Pt 376 Taman Sentosa Semat Jal
Wakaf Baharu, 16250

homestay

One Exhaust One Exhaust
Taman Kota Kubang Labu, Pasir Pekan
Wakaf Baharu, 16200

Menyediakan perkhidmatan: Tukar Turbo Paiping Intercooler Turbo Adjustable Suspension Injet Exsober Service Kereta Acesori perfomance