MPKKP Kg Padang Rokma

MPKKP Kg Padang Rokma

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Kg.Padang Rokma, N04 DUN Wakaf Bharu, P019 Parlimen Tumpat.

16/04/2023

Singgah mencuba Kebab Ramly depan Ninja Van Kg.Belukar yang dikatakan viral di Kelantan. Memang betul2 sedap. Tak pernah rasa kebab sesedap ni. Isteri hari ni suruh beli b*k sikit.

Photos from KPDNHEP Kelantan's post 23/02/2020
Photos from MPKKP Kg Padang Rokma's post 23/02/2020

Sekitar hari terakhir kursus induksi MPKKP Negeri Kelantan.

Photos from MPKKP Kg Padang Rokma's post 22/02/2020

22 Februari 2020 - Sabtu
Tugasan Pegawai Pemantau Harga Kota Bharu, Kelantan.

Pemantauan Price Watch Harian dan Pelaporan Harga Bawang.
Lokasi di Pasaraya sekitar Tumpat.

22/02/2020

Hebahan Maklumat :-

Pasukan kami prihatin dengan kawan-kawan semua. Kita usaha bantu sehingga kalian dapat mengubah kehidupan dengan sebaiknya.

Antara yang sudah dijalankan ialah Program Peningkatan Pendapatan (PPP).

Ianya dijalankan secara komprehensif dengan geran fasiliti sehingga RM10,000.

Ianya berupaya membangunkan perniagaan kalian semua.

Syarat-syarat permohonan PPP:

1. Golongan miskin tegar, miskin dan B40 (menghampiri paras miskin).

2. Komuniti luar bandar.

3. Keutamaan kepada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal, Ahli Isi Rumah daripada keluarga miskin tegar, miskin yang produktif yg berazam kuat untuk menjalankan projek yang dipohon.

4. Bantuan maksima RM10,000
(RM8,500 peralatan & RM1,500 latihan).

Lekas tag dan share kepada semua kawan-kawan dan mohon segera di pejabat agensi KPLB (GIATMARA, KEMAS, KEDA, KEJORA, KERDA, PERDA, KETENGAH, KESEDAR, PERBADANAN LABUAN atau boleh guna link ini:
https://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2017/09/borang-ppp.pdf

Print dan hantarkan borang ini kepada Pejabat KPLB Negeri masing-masing.

Lekas ya.



Kredit FB

Photos from MPKKP Kg Padang Rokma's post 22/02/2020

Kursus Induksi MPKKP Kelantan
22-23 Feb 2020 | Emaslink Pasific Hotel
Kota Bharu Kelantan

21/02/2020

LAPORKAN KES PENDERAAN !!
Jika ada sebarang maklumat tentang penderaan kanak-kanak di tempat anda sila laporkan kepada MPKKP untuk di rujuk kepada pihak yang berkuasa. Maklumat pengadu akan dirahsiakan.

20/02/2020

MPKKP atasi kegagalan MPKK
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
[email protected]

KUALA TERENGGANU: Keputusan menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dibuat selepas penilaian selama satu setengah tahun terhadap kegagalan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri pembangkang melaksanakan peranannya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, berkata MPKKP diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan hasil rungutan dan kegagalan MPKK memberi manfaat kepada semua rakyat dengan baik dan adil seperti diharapkan kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata tempoh satu setengah tahun adalah agak lama untuk membuat penilaian prestasi MPKK memandangkan PH hanya mempunyai lima tahun untuk membuktikan kejayaan mentadbir negara dengan baik.

Katanya, reaksi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengatakan penubuhan MPKKP sebagai langkah terkebelakang adalah tidak tepat kerana ia adalah langkah positif yang perlu diambil, memandangkan sistem sebelum itu adalah tidak adil dan tidak mencapai matlamat membantu seluruh masyarakat.

“Cara pelaksanaan sistem MPKK asal tidak memberi keadilan apabila penyokong kerajaan negeri PAS saja mengaut sebahagian besar manfaat, sementara yang lain hanya berputih mata.

“Di Terengganu, akibatnya amat parah kerana hampir 85 peratus ekonomi tempatan bergantung kepada sektor kerajaan dan pihak swasta amat kecil dan lemah kecuali di Kemaman iaitu kawasan pengeluaran minyak dan gas.

“Kerajaan PH membentuk MPKK yang asal jauh lebih baik dan adil daripada apa yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, malangnya kerajaan negeri PAS hanya tahu mengambil manfaat untuk diri sendiri tanpa bertimbang rasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin berkata, walaupun pemimpin PAS dan PH kelihatan ziarah menziarahi pejabat sesama mereka, penyokong PH menderita di kampung dan bandar.

“Walaupun perbelanjaan peruntukan projek Persekutuan diberi dengan baik, penyokong PH terus disisih. Kemudahan awam seperti balai raya tidak boleh dipakai, penyokong PH ditamatkan khidmat kuliah yang bertahun mereka mengajar dan pelbagai lagi rintangan bantuan kebajikan tidak sampai kepada sasaran.

“Kontrak kerja negeri juga didominasi penyokong kerajaan negeri PAS saja, tetapi peruntukan Kerajaan Persekutuan boleh dimiliki penyokong PAS,” katanya.

Sebelum ini, Raja Bahrin memaklumkan, mulai Januari 2020, MPKKP ditubuhkan bagi menggantikan MPKK di negeri ditadbir pembangkang.

“Saya minta kerajaan Terengganu merenung adakah adil apabila kerajaan PH mengambil sikap terbuka dan adil dengan membayar wang royalti minyak secara terus, tetapi mereka hanya tahu menerima tanpa cuba memberi pertimbangan adil kepada penyokong PH,” katanya.

20/02/2020

KUALA NERUS, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Bagi tujuan perancangan pembangunan luar bandar pada masa akan datang, sebanyak 1, 046 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) berjaya ditubuhkan di lapan Parlimen di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berkata, setakat ini hanya 624 pengerusi telah dilantik manakala bakinya akan disemak dan dilantik untuk fasa berikutnya.

Raja Kamarul Bahrin menyeru agar semua ahli MPKKP yang dilantik supaya memberikan keutamaan kepada khidmat untuk rakyat sebagai agenda utama.

"Penubuhan MPKKP sebagai mata dan telinga serta jentera Kerajaan Persekutuan di peringkat kampung adalah suatu yang sangat dinanti-nantikan. Saya berharap semua ahli MPKKP yang dilantik dapat fokus kepada khidmat untuk rakyat sebagai matlamat dan agenda utama. Biar rakyat merasai bahawa MPKKP benar-benar cakna rakyat dan berkesan dalam menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

"Saya yakin struktur MPKKP ini dapat mempergiatkan lagi penganjuran program-program khusus yang memberi manfaat untuk komuniti setempat dan pembangunan luar bandar. MPKKP merupakan institusi yang memberi khidmat kepada semua tanpa mengira agama, bangsa mahupun politik," tambahnya lagi.

Menurut Adam Ismail, 63, yang juga penerima watikah berkata, pelantikan ini dapat menjadi penghubung di antara rakyat luar bandar dengan kerajaan persekutuan.

Tambah beliau, dengan geran tahunan sebanyak RM10, 000 bagi melaksanakan program atau aktiviti, anggota MPKKP mampu memantapkan kerjasama dan menjalankan amanah yang diberikan secara berpasukan dan penuh tanggungjawab.

Seorang lagi penerima watikah Mohd Sabri Jusoh, 39, berkata lantikan ini sekurang-kurangnya kerajaan persekutuan mempunyai wakil dari setiap kampung bagi memudahkan penyampaian maklumat terus kepada rakyat di samping melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan.

20/02/2020

INFO MPKK MALAYSIA

PENGENALAN

Portal perkongsian informasi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP), Program Pembangunan Luar Bandar, Keusahawanan dan berita semasa aktiviti-aktiviti pembangunan luar bandar di Malaysia. Infomasi yang disediakan oleh Team Sahabat Luar Bandar berdasarkan pengalaman, penglibatan secara langsung atau tidak langsung serta sumber rujukan.

OBJEKTIF

Melahirkan pemimpin desa yang berpengetahuan, berkemahinan dan berwawasan dalam memajukan masyarakat luar bandar. Meningkatkan profesionalisme pemimpin desa sebagai agen pembangunan luar bandar yang proaktif, efektif dan EFISYEN Memberi pendedahan, pengetahuan dan pemahaman kepada MPKKP tentang peranan dan tanggungjawab mengurus masyarakat luar bandar.
INFO LANJUT TERUS KLIK: impkk.my

18/02/2020

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN BAGI KEGUNAAN SEKOLAH !!!
Bagi penduduk Kg. Padang Rokma, Chenderong Batu, Bunut Sarang Burung dan Padang Tembesu yang ingin membuat pengesahan pendapatan bagi kegunaan sekolah boleh hubungi atau klik link whatapps:-
www.wasap.my/60179458739

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Wakaf Baharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kampung Padang Rokma
Wakaf Baharu
16250

Other Community Organizations in Wakaf Baharu (show all)
Masjid As Syakirin Bandar Baru Pasir Pekan Masjid As Syakirin Bandar Baru Pasir Pekan
Jalan Melati 1 Bandar Baru Pasir Pekan
Wakaf Baharu

Masjid As Syakirin Bandar Baru Pasir Pekan (MASBBPP). MASBBPP mengucapkan Selamat Datang. Bersama kami mengimarahkan masjid demi kesejahteraan Ummah.

Surau Alur Kebunga Surau Alur Kebunga
Jalan Alur Kebunga, Kampung Kebakat
Wakaf Baharu, 16250

Place of worship (Muslims)

KOK KELI LONI KOK KELI LONI
KAMPUNG KOK KELI SATU 16250 PALEKBANG WAKAF BHARU KELANTAN
Wakaf Baharu, 16250

Utk warga-warga kok keli.. Info2 dahulu dan kini kok keli..

Persatuan Kebajikan Mukim kutan Persatuan Kebajikan Mukim kutan
Madrasah Puteh, Kg Kutan Hilir
Wakaf Baharu, 16250

Laman ini adalah laman perkongsian aktiviti Persatuan Kebajikan Mukim Kutan (PKMK) untuk ahli dan masyarakat umum.

Sufism Martial Arts Academy Malaysia Sufism Martial Arts Academy Malaysia
Lot 794 Kutan Hilir, Wakaf Bharu/
Wakaf Baharu, 16250

Sufism Martial Arts Academy MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :Call / Mesej / Whatsapp 013 - 959 7692 019 - 9

Alumni SMMM - SPM 1969 Pasir Pekan Alumni SMMM - SPM 1969 Pasir Pekan
Wakaf Baharu, 16250WAKAFBHARU,KELANTAN.

Alumni Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin - SPM 1969, Pasir Pekan, Kelantan.

Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah Pasir Pekan Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah Pasir Pekan
Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' Siti Aminah, Kg Baru Luar, Pasir Pekan
Wakaf Baharu, 16250

Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' (LilBanat) Siti Aminah Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan Dar