Mihrab An-Nabawi
JEMAAH SHOLAWAT (JASA) MALAYSIA
﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه،
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
"MAJLIS HABIBULLAHﷺ (MAHA)"
Rutin setiap MALAM JUMAAT bermula SELEPAS MAGHRIB buat seluruh UMAT Junjungan NABIﷺ dalam meraikan CINTA buat KEKASIH TERAGUNGﷺ.
SAMBUT BERSAMBUT..
05 JamadilAwal 1446H (Khamis)
﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه،
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
Beberapa hari yg lepas daku sempat menanggapi pertanyaan seorang CiNtaHaTiKu berhubung ISTIQOMAH terhadap kebaikan. Sesederhana mungkin daku cuba menjelaskan maksud istiqomah serta kepentingan dan hikmahnya dengan sebuah kesimp**an;
"Istiqomah itu berat, kecuali bagi orang yg ikhlas.."
.Selanjutnya daku kongsikan sebuah cerita menggambarkan erti keberhasilan istiqomah di penghujung kehidupan, dari Dr. Khalid Al-Jubair - seorang doktor pakar jantung di Riyadh. Pengalamannya..
________________
Suatu hari Dr. Khalid menghadapi seorang pesakit di ambang sakaratul maut. Menjelang kematiannya, beliau melihat ia memegang tangan seorang perawat agar mendekatkan telinga ke mulutnya. Kemudian pesakit itu membisikkan sesuatu, lalu melepaskan tangannya seraya mengucap..
“Asyhadu an laa ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”
.Berulang kali ia membacanya sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir. Pemergiannya ditangisi oleh perawat itu sejadi-jadinya sehingga membuatkan Dr. Khalid kehairanan, kerana memandangkan perawat itu bukan pertama kali mengurusi orang yg meninggal dunia sehingga harus merasa terkesan dengan kehilangannya. Setelah agak tenang, Dr. Khalid yg penasaran dengan kejadian itu bertanya..
“Apa yg dibisikkan pesakit itu kepadamu dan kenapa kamu menangis?”
Perawat itu menjawab,
“Ketika dia melihat kesungguhan Tuan dengan segala upaya ingin menyelamatkan dirinya, dia tahu bahawa Tuan adalah orang baik yg penuh tanggungjawab, lalu dia memanggil saya dan berbisik..
“katakan kepada Doktor itu, janganlah dia bersusah-payah lagi, kerana sebenarnya aku sudahpun mati. Demi ALLAH, sungguh aku melihat bidadari dan tempatku di Syurga.”
Kemudian dia melepaskan tangan saya.
Dan dia adalah orang yg istiqomah menunaikan sholat berjemaah.."
YAA ALLAH YAA RASULALLAH
Mutiara Kalam:
Abuya Muhammad Al-Mustaqimy
RAUDHAH AL-MUSTHOFAﷺ
﷽
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
KONTEN MENGIMBAU NOSTALGIA..
🌹 MALAM KELUARGA CiNtaNaBiﷺ.MAWLID KONTEMPORARI
MALAM KEEMPAT (4) & TERAKHIR:
"MIHRAB AN-NABAWI (MINA)
KE-19 / 1446H"
JAMA'AH SHOLAWAT (JASA) NUSANTARA
RAUDHAH AL-MUSTHOFAﷺ
KEMATANGAN BERAGAMA
20 Rabi'ulAkhir 1446H (Khamis)
﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه،
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
Keluarga CiNtaNaBiﷺ
Banyak yang salah faham tentang kehidupan beragama, sehingga beranggapan Islam seolah hak milik peribadi. Hal ini dapat dilihat dalam pola fikir dan konsep hidupnya yang cenderung menghukum orang lain salah, sesat dan sebagainya, hanya kerana mereka tidak sehaluan dengannya. Sikap demikian jelas menunjukkan ketidakmatangan dalam beragama, sehingga menolak adanya ikhtilaf atau perbezaan..
.Berbahas tentang feqah sahaja, kita dapati banyak ikhtilaf dalam kepelbagaian mazhab, yang keseluruhannya adalah benar sesuai dalilnya tersendiri. Maka tidak timbul salah menyalahkan bagi mereka yang terbuka dan memahami Maqasid syari'ah dalam ushul fiqh.
.Demikian p**a kepelbagaian Thariqah dalam Tasawuf serta perbezaannya. Juga tidak timbul tinggi rendahnya apalagi saling menjatuhkan, kecuali oleh orang-orang jahil yang berkepentingan. Bagi Orang yang arif, mereka saling menghormati dan menghargai sesama, kerana memahami keluasan ilmu ALLAHﷻ faktor terjadinya perbezaan, sesuai hadits :
اختلاف امتي رحمة
“Perbezaan pendapat umatku adalah rahmat”.
.Demikian kenapa, seseorang yang matang beragama akan lebih menghormati dan menghargai perbezaan, tanpa merasa paling benar.. lantaran sejatinya kebenaran adalah - milik ALLAHﷻ.
YAA ALLAH YAA RASULALLAH
Mutiara Kalam :
Abuya Muhammad Al-Mustaqimy
SUFI BERTASAWUF..
﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه،
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
SUFI bukan PENGETAHUAN - .yang sebatas perbahasan ilmiah berhubung theosophy atau falsafah ketuhanan dengan pelbagai istilah dan aneka teori.
SUFI bukan PENGAMALAN - .yang sebatas perbicaraan fadhilat dan kaifiyat sesuatu wirid dengan amaliyah suluk yang dijalani sekian waktu dan jumlah.
SUFI bukan PENGALAMAN - .yang sebatas perdebatan tentang keajaiban yang dialami, atau keghaiban yang dikecapi dalam kembara rohani.
SUFI bukan KEDUDUKAN - .yang sebatas pengukuran manusiawi, tentang berapa ramai murid atau pencapaian duniawi, berhubung kemasyhuran di mata makhluk.
Sejatinya SUFI - .diiktiraf jatidirinya melalui kehalusan ADAB dan kesempurnaan AKHLAK. Kerana natijah dalam tazkiyatun nafs atau penyucian jiwa, tidak ditimbang dengan wilayah atau diukur dengan karomah. Namun sebaliknya dinilai dari kejayaan mencapai QALBUN SALIM atau kebeningan hati, di mana keberhasilan akhlaknya selayak PEWARIS NABAWI - PENANGGUNG RABBANI, yang menjadi MANFAAT UMAT dan RAHMAT SEJAGAT.
Mutiara Kalam :
_Abuya Muhammad Al-Mustaqimy _
﷽
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
MENGIMBAU NOSTALGIA "MAWLID NUSANTARA & DENDANG SUFI" di MIHRAB AN-NABAWI (MINA) KE-19.
.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN & DUKUNGAN Keluarga CiNtaNaBiﷺ. BERKAT KEHADIRAN & KERAIAN TERSEBUT, SEMOGA KALIAN MENDAPAT TEMPAT TERISTIMEWA DI SISI ALLAHﷻ & RASULﷺ DALAM KEHIDUPAN AGAMA - DUNIA & AKHIRAT.. AAMIIN.
﷽
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
MENGIMBAU LAMBAIAN IKHTITAM MAWLID ARBA'IN (MAWAR) 1446H & MIHRAB AN-NABAWI KE-19 TEMPOHARI.
.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN & DUKUNGAN Keluarga CiNtaNaBiﷺ. BERKAT KEHADIRAN & KERAIAN TERSEBUT, SEMOGA KALIAN MENDAPAT TEMPAT TERISTIMEWA DI SISI ALLAHﷻ & RASULﷺ DALAM KEHIDUPAN AGAMA - DUNIA & AKHIRAT.. AAMIIN.
﷽
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
MENGIMBAU MAWAR SIRI KETIGA PULUH ENAM (36) DI KEDIAMAN DR AHMAD RAZALI BIN YUSOFF & FARAH BT AHMAD LUTFI.
- TANGGAL 7 RABI'UL AKHIR 1446H..
.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN & DUKUNGAN Keluarga CiNtaNaBiﷺ. BERKAT KEHADIRAN & KERAIAN TERSEBUT, SEMOGA KALIAN MENDAPAT TEMPAT TERISTIMEWA DI SISI ALLAHﷻ & RASULﷺ DALAM KEHIDUPAN AGAMA - DUNIA & AKHIRAT.. AAMIIN.
﷽
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
MENGIMBAU MAWAR SIRI KETIGA PULUH EMPAT (34) DI KEDIAMAN HAJI MD. ZAIMAN B. ISMAIL & WAN SAUDAH BT WAN AHMAD.
- TANGGAL 5 RABI'UL AKHIR 1446H..
.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN & DUKUNGAN Keluarga CiNtaNaBiﷺ. BERKAT KEHADIRAN & KERAIAN TERSEBUT, SEMOGA KALIAN MENDAPAT TEMPAT TERISTIMEWA DI SISI ALLAHﷻ & RASULﷺ DALAM KEHIDUPAN AGAMA - DUNIA & AKHIRAT.. AAMIIN.
﷽
صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد..
MENGIMBAU MAWAR SIRI KETIGA PULUH SATU (31) DI RAUDHAH AL-MUSTHOFA ﷺ.
- TANGGAL 2 RABI'UL AKHIR 1446H..
.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN & DUKUNGAN Keluarga CiNtaNaBiﷺ. BERKAT KEHADIRAN & KERAIAN TERSEBUT, SEMOGA KALIAN MENDAPAT TEMPAT TERISTIMEWA DI SISI ALLAHﷻ & RASULﷺ DALAM KEHIDUPAN AGAMA - DUNIA & AKHIRAT.. AAMIIN.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the place of worship
Website
Address
LOT 1035 KUTAN TENGAH
Wakaf Baharu
16250
Opening Hours
Monday | 07:00 - 22:00 |
Tuesday | 07:00 - 22:00 |
Wednesday | 07:00 - 22:00 |
Thursday | 07:00 - 22:00 |
Friday | 07:00 - 22:00 |
Saturday | 07:00 - 22:00 |
Sunday | 07:00 - 22:00 |
Lot 2655, Kg. Padang Rokma, Wakaf Bharu
Wakaf Baharu, 16250
蓮花三太子宝诞·四月初八 问事时间 : 两个星期一次,定在星期四。 晚上08时30分
Wakaf Baharu, 16250
Masjid At-Taqwa Mukim Alor Pasir, Wakaf Bharu.
Belakang Pejabat Pos Wakaf Bharu
Wakaf Baharu, 16250
Asal sebagai Balassah Aman yang dirobohkan akibat Pengambilan Balik Tanah oleh kerajaan.