Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu

Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu menjual makan siap bermasak produk Ramly.

25/07/2023

Al fatihah.
Walaupun beliau sudah tiada. Konsep menu Rahmah akan tetap kami laksanakan melalui menu "Nasi Lemak Ramly Signature" bawah kategori Harga Rahmah apabila selesai R&D dengan pihak MARDI. Semoga ideanya yang membantu golongan marhaen menjadi saham untuknya diakhirat. Aminn.

25/07/2023

Kalau Nak Menceburi Bidang Perniagaan Burger, Janganlah Terjebak Dengan Burger Sentimen.

Nak jual burger francais, tapi ahli kena bayar mahal. Burger tak sedap, kualiti lagi teruk dari burger Ramly tapi harga kalah McD. Bila burger tak laku, ahli yang beli stall tu juga yang kena buat marketing. Founder rilek tayang harta dan sembang kencang. Dah berapa kali ulang skrip dan taktik sama. Bila kita cakap, kata tak support Melayu. Tak tahu p**ak burger Ramly tu banggala punya.

Apa guna buat dan jual "sistem" kalau semua A-Z dan marketing pun tukang flip burger yang kena buat? Bila sales rendah, reti sembang motivasi saja si founder. Bukannya tolong promote atau guide. kalau setakat buat tiktok hidup keras, hidup keras tu budak tadika pun boleh sebut. Mana team yang akan uruskan masalah on site macam ni? Sembang bisnes juta-juta, sembang ekonomi industri, sembang perubahan, sembang syarikat kukuh, tak kan lah pengurusan pun sama level dengan stall burger tepi jalan?

Kalau semua A-Z tukang flip burger juga kena fikir, apa beza burger awak dengan burger Ramly? Lebih baik orang tu beli bahan-bahan sendiri burger Ramly dan beli stall sendiri. Jauh lagi murah. Kalau jual "sistem", sepatutnya kenalah ada satu team untuk turun tengok ahli yang bermasalah. Mungkin resipi burger salah, mungkin penyimpanan stok tak betul, mungkin lokasi stall tak strategik. Benda ni semua kenalah ada satu team consultation yang bertauliah dan berkemahiran untuk evaluate. Kalau takat turun bagi ceramah motivasi dan tayang kejayaan orang lain yang bukan sebab ilmu awak pun tu, baik tak payah.

Modus operandi meniaga burger acah-acah premium ni bukan benda baru. Jual sentimen saja. Dulu dah ada artis yang buat, melingkup juga. Masalah stok lambat, jualan kena ada kuota, stok daging dan roti burger sampai tak seiring, kualiti bahan tak konsisten, ahli kena keluar modal banyak, HQ berhutang dengan vendor sampai vendor tak nak supply stok dan menyusahkan ahli, semua isu ni bukan isu baru. Jenama saja berbeza, isu dan masalah sama saja sebenarnya.

Kawan-kawan dan saudara saya ramai juga yang semangat ambil stall burger sentimen ni. Alih-alih, cabut logo dan jual burger Ramly dengan burger sejuk beku pasaraya juga yang berjaya. Stok boleh ambil bila-bila masa dan tak pernah putus. Tak payah bertekak dengan HQ isu stok dan kuota jualan. Ada ya, burger jenama ni hadkan berapa biji burger boleh jual sebulan. Kononnya untuk bagi semua ahli dapat jualan sama rata. Kelakar sungguh.

Sedarlah, burger sentimen ni bukannya nak jual burger. Mereka ni banyaknya nak jual stall saja. Kerja flip burger di McD pun ada latihan. Sentiasa ada update jika ada produk atau kaedah baru memasak. Ini sembang bisnes juta-juta, main hempas saja semua benda pada pemilik stall. Masa pujuk orang beli stall, bukan main lagi sembang gegar-gegar. Dah rupa orang ajak pergi berjihad. Bila orang tu terkapai-kapai, disalahkan p**a orang tu tak pandai meniaga. Memang la dia tak pandai meniaga, sebab tu dia masuk sebagai ahli. Dengan harapan ada satu syarikat dan pasukan besar boleh bantu dia jika dia ada masalah.

Sebab tu lah burger sentimen ni banyak yang tak kekal lama. Akhirnya, burger Ramly juga yang berdiri teguh dari dulu sampai sekarang. Burger Ramly tu pun burger orang Melayu juga. Baik jual burger Ramly saja.

16/07/2023

Hari ni hanya 173 biji Burger terjual, manakala semalam hanya 184biji Burger. Sudah 2minggu jualan tidak mencapai angka 230 keatas. Adat berniaga kannn.

11/05/2023

Cara buat sendiri ikan Kering bekok.

Bahan:-
1) ikan gelama Segar
2) garam kasar

Cara-cara:-
1) bersihkan ikan, belah dan buang isi perut.
2) bancuh 1 sudu besar garam dalam air bersih.
3) masukkan air garam tadi dalam bekas plastik.
4) letak ikan tadi secara telengkup.
5) tabur sesudu kecik garam. Lapis dengan ikan berikutnya hingga selesai.
6) simpan dalam peti 12-15jam.
7) selepas itu jemur 5-8jam. (Cuaca sekarang)
8) siap.

09/05/2023

Hari hujan, pakai baju kelawar, tak mekup. Tak mengapa. Boleh drive thru saja. Tak perlu keluar kereta. Tak perlu malu-malu.

Lokasi cari saja dalam maps Ninja Van Wakaf Bharu Kg.Belukar

08/05/2023
07/05/2023

Walaupun selepas raya jualan masih memberangsangkan kelmarin 168biji burger, 70 kebab dan 20 hotdog. Hari ini 140 burger, 55kebab dan 40hotdog. Alhamdulillah.

07/05/2023

Pertandingan Carrom terbuka anjuran Kelab Karom Kubang Batang CCKB di Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu

05/05/2023

Jika waktu bisa di putar kembali..
Apa yg anda akan buat?

05/05/2023

Berikan 1 sebab mengapa anda memilih tinggal di kampung berbanding kerja di perantauan.

04/05/2023

Adakah ini yang dinamakan original Nasi Mandi??

Photos from Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu 's post 04/05/2023

RAMLY BURGER- Syarikat Bumiputera pertama yang menjalankan operasi dengan mesin yang dikendalikan secara automatik sepenuhnya.

Selangor Halal Hub di Pulau Indah telah di pilih oleh Ramly Burger sebagai destinasi membangun kilang terbaru.

Teknologi robotik, IR 4.0 dan IOT yang diaplikasi membolehkan Ramly Burger
✅ memproses 30 tan metrik bahan mentah sejam
✅ menghasilkan 6 juta keping burger sehari
✅ meraih jualan mencecah RM2 bilion setahun

Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu

03/05/2023

Kebab dengan balutan Tortilla Wrap.
+Gardenia Tortilla Wrap
+Salad Segar
+Inti Kebab
+Nugget lembut yang di hiris

Photos from Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu 's post 02/05/2023

Pelbagai jenis kebab yang ada di Kiosk kami.
Kebab roti, kebab roti pita dan kebab tortilla.

01/05/2023

Selamat Hari Pekerja.
Hari ini.
Burger, Jumbo Hotdog, Kebab dan Hamlet ada bersempena mengisi cuti anda.

23/04/2023

Berlaku musibah berhadapan Kiosk kami. Sebuah kedai perabut sedang hangus terbakar. Bomba sudah hadir. Kebakaran masih belum dapat dikawal. Waktu sekarang 12.30 malam.

23/04/2023

Kami bercuti seketika harap maklum.

23/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin.

20/04/2023

Burger habis awal hari ini. Pukul 12 tgh mlm terjual 154 biji. Kebab habis pun pukul 12mlm juga. Geng perantau semua burger double special. " Burger Double Special 3 bang". Ok bro, bro rilek j*p kat meja sebelah. Nanti abg sediakan.

19/04/2023

Kami mungkin memerlukan pembantu kiosk samada tetap atau partime. Kerja 4jam saja sehari. Perempuan yang berperwatakan menarik. Lokasi depan Ninja Van Wakaf Bharu.

18/04/2023

18 April 2023
850 biji kebab dan 170 biji burger termasuk hotdog dan hamlet terjual.

17/04/2023

Ada sekeluarga keturunan cina singgah nak beli kebab. Masa tu kedai baru buka apa pun takdok. Dia kata jual awal la sikit. Tak doso jual ko kawe. Kita try awal sikit esok.

16/04/2023

16 April 2023
694 biji kebab dan 117 biji burger terjual.

16/04/2023

Pukul 5.00ptg-7.15ptg ini kiosk di buka untuk jualan KEBAB sahaja. Untuk malam (8.30mlm-3.00pagi) semua ada.

15/04/2023

Satay ayam Ramly. Buat raya raya rayaaa. Apa macam? Good kan.

15/04/2023

Ini baru Jumbo Hotdog. Sausage 180gram. Lebih panjang daripada roti. Harga??? $4.50 sahaja. Hanya di Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu berhadapan Ninja Van Wakaf Bharu.

15/04/2023

Produk baru atas inovasi daripada Ramly. Burger Daging Lembu Rasa Panggang. Baru dihantar tadi. Siapa nak jadi orang pertama boleh lah cuba hanya di Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu . Lokasi Hadapan Ninja Van Wakaf Bharu. Harga?? $3.90 sahaja patty paling tebal iaitu 70gram

14/04/2023

Flyover Wakaf Bharu dibuka 2 hala. Berita yang baik. Semoga dipermudahkan perjalanan anda semua.

14/04/2023

15 April 2023
648 biji kebab dan 127 biji burger terjual.

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Wakaf Baharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Adakah ini yang dinamakan original Nasi Mandi??
Adalah ini yang dinamakan original Nasi Mandi??
Hanya di Ramly Kiosk Project Wakaf Bharu hadapan Ninja Van Wakaf Bharu.
Kebab dengan balutan Tortilla Wrap. +Gardenia Tortilla Wrap +Salad Segar+Inti Kebab+Nugget lembut yang di hiris
Berlaku musibah berhadapan Kiosk kami. Sebuah kedai perabut sedang hangus terbakar. Bomba sudah hadir. Kebakaran masih b...
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.
Kami bercuti seketika harap maklum.
Akan datang kepada anda.
Ini baru Jumbo Hotdog. Sausage 180gram. Lebih panjang daripada roti. Harga??? $4.50 sahaja. Hanya di Ramly Kiosk Project...
120biji burger dan 800biji kebab terjual Hari ini 10 April 2023. Mengatasi kelmarin iaitu 200biji burger dan 600biji keb...
Ada orang berniaga memang 'semata mata' untuk kaya,Tetapi ramai juga diluar sana yang berniaga untuk lihat orang lain ba...

Website

Address


Jalan Wakaf Bharu-Cabang Empat
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 05:00 - 02:00
Tuesday 17:00 - 02:00
Wednesday 17:00 - 02:00
Thursday 17:00 - 02:00
Friday 17:00 - 02:00
Saturday 17:00 - 02:00
Sunday 17:00 - 02:00

Other Fast Food Restaurants in Wakaf Baharu (show all)
Kedai Mee Celup Kak Ani Kedai Mee Celup Kak Ani
Jalan Stesen KTM Wakaf Bharu
Wakaf Baharu, 16250

Kak Ani Nasi Air dan Mee Celup Legend� Beroperasi sejak 1992 (30Tahun)

Farhaq Farhaq
Wakaf Baharu, 16250

KAMI MENYEDIAKAN ROTI GORENG TERSEDAP DI ABAD INI MENYEBABKAN ANDA TIDAK BULIH TIDUR MALAM

Poketto Tumpat Poketto Tumpat
Wakaf Baharu, 16250

Poketto Viral Rm16 1box mix 6 perisa Semestinya Sedap �

KEDAI BAJET Online Kak Eira KEDAI BAJET Online Kak Eira
Wakaf Baharu, 16250

Nasi depeysejid Nasi depeysejid
Jalan Pasar Wakaf Bharu
Wakaf Baharu, 16250

Flavorich Flavorich
Lot 2432B Taman Murni, Wakaf Bharu
Wakaf Baharu

"Rich Taste With Every Bite!" - FR Original Chicken, FR Spicy Chicken, FR Flazing Burger, FR Gochujang Flazing Burger, FR Chicko Burger, FR Nasi Lemak Basmathi, Chicken Chop, FR O...

ManBurger ManBurger
Kebakat
Wakaf Baharu, 16250

buka jam 8.30pm - 12.00am jumaat malam tutup..

Oden Street Bites Kutan Oden Street Bites Kutan
Sk Kutan
Wakaf Baharu

Oden Street Bites Kutan Berhadapan SK Kutan. One of the best Oden in Kelantan. One of great franchi

The Parit Corner The Parit Corner
LORONG MINYAK WAN MUDA KUTAN TENGAH
Wakaf Baharu, 16250

Kedai kami menggunakan resepi warisan turun temurun dan dimiliki oleh Bumiputera 100%, Bersih dan Di

Stokis Flavyo Kelantan Stokis Flavyo Kelantan
Kg. Semat Jal
Wakaf Baharu, 16250

Peminat2 Popcorn Flavyo di Kelantan boleh wassap kami di talian : 0168477550 untuk sebarang order at