Primer Wakaf Bharu

MEDICAL & HEALTH
KLINIK PRIMER WAKAF BHARU (KPWB) Kami adalah rangkaian klinik swasta yang beroperasi di Kelantan,Malaysia.

Klinik ini telah diasaskan oleh DR Noor Azukee Bin Mohd Noor. Kami mula beroperasi pada tahun 2004 yang dikenali dahulu sebagai Klinik Perdana dan sekarang kami bertukar nama sebagai Klinik Primer di Wakaf Bharu Kelantan. Kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nombor pendaftaran kami adalah bersisi 000773. Kini, kami mmpunyai 8 cawangan yang beroperasi di Kelantan dan klinik-klin

20/08/2024

Perkhidmatan mesra dan pelbagai rawatan kesihatan di Klinik Primer Wakaf Bharu🌟

Kami disini komited untuk memberikan anda rawatan kesihatan yang terbaik! 😄

Bagi yang memerlukan rawatan kesihatan jemput hadir untuk merasai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan anda, termasuk panel panel yang berada disini.✅

📞 Hubungi Kami
Telefon: 09 7193200

📍 Lokasi Kami
Kami berada di PT 3301, TAMAN SRI KOTA SBJ, Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.
https://maps.app.goo.gl/KGams1DfgrjoYaZa9

Kunjungi kami untuk mendapatkan rawatan yang anda perlukan dalam suasana yang selesa dan mesra.🥰

19/08/2024

Another day another sharing!
Jom ambil tahu dengan lebih lanjut.🥰

Gastroparesis boleh menjadi keadaan yang mencabar untuk diuruskan, tetapi dengan rawatan yang betul, simptom boleh dikurangkan dan kualiti hidup boleh diperbaiki.

Rawatan untuk gastroparesis biasanya melibatkan pengurusan simptom, termasuk:

• Perubahan Diet: Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil dan mengelakkan makanan berlemak atau berserat tinggi yang sukar dicerna.

• Ubat-ubatan: Doktor mungkin akan memberikan ubat untuk merangsang pergerakan perut atau mengurangkan loya.

• Penggunaan Insulin: Bagi pesakit diabetes, mengawal kadar gula darah adalah sangat penting.

• Pembedahan: Dalam kes yang teruk, prosedur pembedahan mungkin diperlukan.

Sumber: Sumber: Careclinics Healthcare Services/Kementerian Kesihatan Malaysia

19/08/2024

Ada apa dibulan Ogos? 👀

Ogos adalah Bulan Kesedaran Penyakit Gastoparesis.
Ini dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan mengenai simptom dan punca penyakit gastroparesis. Ayuh sama sama ambil peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut.🥰

12/08/2024

Ayuh why choose us? 🥰

◾ Experienced Medical Team
◾ State-of-the-Art Facilities
◾ Compassionate Care
◾ Convenient Location
◾ Affordable Prices

📆 Book Your Appointment Today:
☎️ 09-7193200

📍 Visit : PT 3301, TAMAN SRI KOTA SBJ, Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. https://maps.app.goo.gl/s9c7JXJdonReUi5AA

11/08/2024

Ayuh ambil berat tentang mata!
Kerosakan mata atau masalah penglihatan pada kanak-kanak boleh dikenali melalui pelbagai simptom.

Berikut adalah beberapa tanda dan simptom yang mungkin menunjukkan adanya masalah mata atau penglihatan pada kanak-kanak:

• Duduk terlalu dekat dengan TV
• Kerap menggosok mata
• Sensitiviti terhadap cahaya
• Mata merah, berair atau keluar lendir
• Sakit kepala atau pening

Sumber: Sumber: Careclinics Healthcare Services/Kementerian Kesihatan Malaysia

11/08/2024

Penjagaan mata kanak-kanak adalah aspek penting dalam memastikan perkembangan penglihatan yang sihat dan mencegah masalah penglihatan di kemudian hari.

Mata adalah organ yang sangat sensitif dan memerlukan perhatian khusus, terutama pada kanak-kanak yang sedang membesar.

06/08/2024

Influenza boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti bayi, warga emas, wanita hamil, dan individu yang berada dalam keadaan perubatan kronik. Komplikasi yang mungkin termasuk:

• Pneumonia
• Bronkitis
• Sinusitis
• Pemburukan penyakit kronik yang sedia ada seperti asma atau penyakit jantung.

Jika mengalami gejala influenza yang teruk atau jika tergolong dalam golongan berisiko tinggi, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Sumber: Careclinics Healthcare Services/Kementerian Kesihatan Malaysia

06/08/2024

Influenza, atau selesema, adalah penyakit pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Ia adalah penyakit yang sangat mudah merebak dan boleh menyebabkan pelbagai gejala dengan keadaan biasa atau teruk, malah boleh membawa kepada komplikasi serius.

Influenza disebabkan oleh virus influenza yang tergolong dalam tiga jenis utama: Influenza A, B, dan C. Virus ini merebak melalui titisan pernafasan yang terhasil apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap. Virus ini juga boleh tersebar melalui sentuhan dengan permukaan yang tercemar.

Sumber: Careclinics Healthcare Services/Kementerian Kesihatan Malaysia

29/07/2024

Klinik Primer Wakaf Bharu beroperasi seperti biasa dari jam 8.00 PAGI hinggan 12.00 TENGAH MALAM.

Jemput hadir pada yang memerlukan rawatan kesihatan atau konsultasi dengan doktor segera.🥰

📞 Hubungi Kami
Telefon: 09 7193200
WhatsApp: 019 953 8556 [https://wa.link/uutfwi]

📍 Lokasi Primer Wakaf Bharu:
https://maps.app.goo.gl/By5JSc1HCM12x7oY8

28/07/2024

Selamat berjuang kepada semua atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024!

Kami bangga dengan usaha dan dedikasi anda. All the best!

27/07/2024

BIASAKAN UNTUK KURANGKAN GULA OKAY❓

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan pelbagai penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

Oleh itu, kawal pengambilan gula setiap hari dalam makanan dan minuman. Biasakan dengan kurang manis. Jangan biarkan manisnya gula menghancurkan kesihatan anda. Bertindak sekarang sebelum terlambat!

Sumber: NutritionistKKM

27/07/2024

Selamat berhujung minggu semua.🥰

AWASI GULA TERSEMBUNYI ANDA❗

BERHENTI dan fikir sejenak, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman atau makanan hari ini?

Tanpa disedari kita sering mengambil gula berlebihan setiap hari.

Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Jom ambil tahu!

Sumber: NutritionistKKM

22/07/2024

Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis Malassezia.

Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti leher, dada dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh.

Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat.

Tidak lupa juga pada yang memerlukan rawatan dengan segera boleh hadir di Klinik Primer Wakaf Bharu. Untuk dapatkan ubat sapuan merawat panau ini boleh dapatkan di kaunter klinik sekarang.

Lokasi Primer Wakaf Bharu:
https://maps.app.goo.gl/By5JSc1HCM12x7oY8

Sumber: Kemeneterian Kesihatan Malaysia

10/07/2024

Cegah Leptospirosis ayuh.

Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) yang disebabkan oleh bakteria 🦠 dari genus Leptospira. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu kambing dan haiwan - haiwan liar yang lain.

⚠️ Ambil tahu mengenai penyakit bawaan haiwan ini bagi memastikan kita dapat mengambil langkah pencegahan bagi penyakit ini. Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu.

Bagi mereka yang menunjukkan gejala, hendaklah bersegera ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan, khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah terdedah kepada air atau makanan yang tercemar.

Rawatan awal akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian‼️

08/07/2024

Jangan lupa Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Jumaat ini 12 Julai 2024 di KB Mall.

Ada 500 cabutan bertuah menarik untuk yang menderma darah pada hari tersebut.

https://www.facebook.com/share/p/UZfMbS8SBEb2gnq9/?mibextid=WC7FNe

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Kelantan State Kelantanese Kelateku Hanya Di Kelate Jabatan Amal Kelantan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan KELANTANfm Kawe Anok Kelate Asal Ore Kelate - Kelantan Kelantan Kita KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

02/07/2024

PERKONGSIAN HARI INI 💉

Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang ditularkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

Dalam hal ini Demam Denggi ini boleh menyebabkan keburukan pada yang mengalaminya.
Namun begitu, marilah kita sedari bahawa demam denggi dapat menyebabkan komplikasi serius seperti demam berdarah dengue (DBD), yang memerlukan rawatan perubatan yang Intensif. Oleh karena itu, pencegahan adalah kuncinya.❗️

Ayuhlah semua bersama-sama melawan wabak demam denggi ini dengan meningkatkan kesadaran dan mengambil tindakan preventif. Jangan ragu untuk bertanya kepada doktor atau klinik setempat untuk informasi lebih lanjut tentang vaksinasi dan cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada penyakit ini.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai vaksinasi demam denggi ini, boleh juga hubungi Klinik Primer Wakaf Bharu di talian:
☎️ 09 719 3200
Atau boleh terus walk in di lokasi klinik:
https://maps.app.goo.gl/2r7s24TMQwJNSbQH6

29/06/2024

Mencegah dari awal lebih baik ya semua.

Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur‼️

Walau bagaimanapun, risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot 📍 atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah.

⚠️ Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

22/06/2024

JAWATAN KOSONG DI KLINIK PRIMER WAKAF BHARU ‼ ‼

▫️ JAWATAN KOSONG: PEMBANTU KLINIK
▫️ KEMASUKKAN SEGARA

MOHON SEKARANG 📌
Hantar resume anda di:
📧 [email protected]

Boleh hubungi kami juga:
☎️ 019 930 8556

Location Klinik Primer Wakaf Bharu:
PT 3301, TAMAN SRI KOTA SBJ, Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan 📍 https://maps.app.goo.gl/s9c7JXJdonReUi5AA

16/06/2024

MAKLUMAN❗️

Berikut jadual operasi Klinik Primer Wakaf Bharu pada Hari Raya AidilAdha.

Jika anda memerlukan sebarang rawatan atau perkhidmatan kesihatan, jemput hadir ke klinik dalam waktu operasi yang dinyatakan di atas.

SALAM AIDILADHA.
Terima Kasih Semua, Harap Maklum.🥰

15/06/2024

Klinik Primer Wakaf Bharu kini mengambil bahagian dalam slot vaksin demam denggi.

Ayuh dapatkan sekarang. Pertama dikelantan.✅
Jom booking slot terhad anda dan dapatkan dengan segera.

Boleh hubungi kami juga di talian:
☎️ 09 719 3200/019 953 8556

Boleh terus walk in di location Klinik Primer Wakaf Bharu:
PT 3301, TAMAN SRI KOTA SBJ, Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan 📍 https://maps.app.goo.gl/E6dXBFkgQsf9REHq6

Vaksin Demam Denggi adalah vaksin yang dirancang untuk melindungi individu daripada jangkitan virus denggi yang menyebabkan penyakit demam denggi.

Vaksin ini adalah salah satu pilihan yang lebih baik untuk pencegahan daripada terjadi demam denggi.

Vaksin Demam Denggi terbukti selamat dan sesuai kepada individu berusia 4 Tahun dan ke atas berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan suntikan vaksin ini diberikan dua kali dengan selang tempoh tiga bulan sekali.

Kes demam denggi ini semakin hari meningkat disebabkan faktor persekitaran. Ingatlah Demam Denggi ini juga buleh membunuh.‼
Ayuh lindungi keluarga anda dengan vaksin demam denggi yg lulus kkm jom.

Untuk sebarang temujanji dan pertanyaan lanjut boleh melalui link whatsapp: https://wa.link/nw8rij

15/06/2024

Hari Denggi ASEAN disambut adalah bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi dan tindakan bersepadu pelbagai lapisan masyarakat, sektor kerajaan dan swasta serta agensi-agensi lain dalam membanteras denggi.

Tema Hari Denggi ASEAN tahun 2024 yang disambut pada 15 Jun ialah 'Bersama Menangani Denggi: Membina Komuniti ASEAN yang Berdaya Tahan'. Komitmen bersepadu dalam kalangan masyarakat dan pelbagai pihak perlu diwujudkan sebagai satu platform advokasi dalam usaha membanteras denggi secara berterusan.

'Bersama Menangani Denggi: Membina Komuniti ASEAN yang Berdaya Tahan'

06/06/2024

Boleh dapatkan dikaunter Klinik Primer Wakaf Bharu sekarang.

Boleh terus walk in di location Klinik Primer Wakaf Bharu:
PT 3301, TAMAN SRI KOTA SBJ, Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan 📍 https://maps.app.goo.gl/E6dXBFkgQsf9REHq6

Boleh juga hubungi kami ditalian.🥰
☎️ 09 719 3200/019 953 8556

05/06/2024

Jantung 🫀berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Jika berlaku sebarang kerosakan pada jantung, banyak bahagian dalam tubuh badan kita akan turut terjejas. Inilah sebabnya kita perlu jaga serta pelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular.

Penyakit jantung yang berlainan akan memberikan gejala yang berlainan. Terdapat perbezaan antara keadaan jantung terhenti dan serangan jantung‼️

⚠️ Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, tindakan pantas perlu diambil bagi menyelamatkan nyawa.

04/06/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝟐𝟎𝟐𝟒.
𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨!
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Sembah Ucapan Selamat Hari Keputeraan
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik-baik.

Sembah Takzim daripada,
Dr. Noor Azukee Bin Mohd Noor
& Warga Klinik Primer Wakaf Bharu

02/06/2024

MAKLUMAN❗️
HARI KEPUTERAAN AGONG 2024

3 JUN 2024 (ISNIN)

Klinik Primer Wakaf Bharu BEROPERASI SEPERTI BIASA daripada jam 9.00pagi hingga 12.00pagi.

Jika anda memerlukan sebarang rawatan atau perkhidmatan kesihatan, jemput hadir ke klinik dalam waktu operasi yang dinyatakan di atas.

Terima Kasih Semua, Harap Maklum.🥰

01/06/2024

Selamat Hari Gawai buat yang menyambutnya. Gayu Guru Gerai Nyamai!

Want your practice to be the top-listed Clinic in Wakaf Baharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Our Story

Kami adalah rangkain klnik swasta yang beroperasi di Kelantan,Malaysia.Klinik ini telah diasaskan oleh DR Noor Azukee Bin Mohd Noor.Kami beroeprasi pada tahun 2004 dn di kenali dahulu sebagai Klinik Perdana dan sekarang kami bertukar nama dan sebagai Klinik Primer di Wakaf Bharu Kelantan..
Kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nombor pendaftaran kami adalah bersisi 000773.
Kini kami mmpunyai 8 cawangan yang beroperasi di Kelantan dan klinik-klinik tersebut terletak di sekitar Kota Bharu iatu d kota Bharu,Tg Chat,Kubang Kerian,Cherang,Melor,Gunong(Pasir Puteh),Lubuk Jong dan lalok (kuala Krai)

Videos (show all)

Tahniah dan syukur Alhamdulilah. Terima kasih kepada semua yang sudah lengkapkan vaksin haji masing-masing untuk berangk...
PERKHIDAMATAN DAN KONSULTASI DI KLINIK PRIMER WAKAF BHARU ‼️Klinik Primer Wakaf Bharu sudah kembali beroperasi 24JAM tau...
Semoga terus istiqamah ya InsyaaAllah.#primerwakafbharuhq #klinikprimer #klinikprimerwakafbharu #primerazk #drazukeeprim...
Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk semua InsyaaAllah.#primerwakafbharuhq #klinikprimer #klinikprimerwakafbharu...
Assalamualaikum warga kelantan dan sekitar yang berdekatan dengan klinik kami. Jom dapatkan rawatan PERCUMA anda melalui...

Address


PT 3301, TAMAN SRI KOTA, KG PASIR PEKAN, WAKAF BHARU, TUMPAT
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 20:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Other Wakaf Baharu clinics (show all)
Klinik DR. LONG Klinik DR. LONG
KG KOTA KUBANG LABU
Wakaf Baharu, 16250

We provide all basic General clinic service with extra of Ear, Nose and Throat (ENT) service. Dr. lo

Bekam Berkat Bekam Berkat
No222 Kampung Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu
Wakaf Baharu, 16250

Kepakaran saya adalah membantu orang untuk mencegah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, gout, kolestrol tinggi.

Aljannah Academy SDN BHD Aljannah Academy SDN BHD
BEKAM JANNAH
Wakaf Baharu, 16250

KURSUS PERUBATAN BEKAM DAN ALTERNATIF