Wadah Seni Entertainment

Menyediakan Wadah Seni untuk Peminat Filem dan muzik melayu klasik. Jom follow kami πŸ™ Assalamualaikum Wrbt.

Ukhti Aminah, Seorang Penulis dan juga seorang penggiat seni. silakan Like follow dan share :
facebook : https://m.facebook.com/wadahsenientertainment

youtube : www.youtube.com/wadahsenientertainment

Kini lebih serius menggunakan Wadah Seni Entertainment sebagai wadah untuk berkongsi cerita serta temu bual secara eklusif saya bersama Pemuzik / Seniman / Seniwati / Biduan / Biduanita / penggiat S

25/07/2024

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ ΩΩ„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ,

Berita duka berturut-turut hari ini, dukacita diatas pemergian Seniwati Hjh Ponisah Bachik yang telah berp**ang tengah hari tadi. Almarhum suaminya iaitu Haji Mahfudz baru sahaja meninggal dunia sepuluh hari yang lalu dan ini merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni drama Melayu Singapura.

Semoga Allah SWT. mencucuri rahmat ke atas roh mereka berdua dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh Hj Mahfudz sekeluarga.

Kali terakhir saya jumpa Mak Pon sewaktu beliau hadir di acara Sukma Rindu Jalan Ampas. πŸ™

22/07/2024

23 Julai 2024,
Selasa
Bermula jam 3.15petang LIVE di facebook Mediacorp WARNA 942 bersama Deejay Noreha Bajuri dan Tamu Undangannya Orkes Melayu Rojer / ROJER KAJOL di Zon Warna Petang.

Link Melisten πŸ‘‡
https://www.melisten.sg/radio/warna-942?cid=internal_sharetool_melisten_mobileandroidphone_22072024

Jom dengarkan ya.πŸ₯°

17/07/2024

Lights,Camera,Action 2.0

Mengapa anda harus ke acara ini?

1. Ini adalah acara kedua selepas kami persembahkan acara pertama pada march lalu,kemungkinan selepas ini tiada lagi Lights, Camera, Action! Atas sebab apa? Jeng jeng jeng..datanglah nanti saya bagitahu..hehe..

2. Rugi kalau tak datang sebab saya gabungkan dari MFP ke Merdeka Studio dan anda akan tahu sendiri siapa P.ramlee sebagai pengarah,penyanyi, pemuzik, komposer dan insan istimewa yang kita akan tahu dari sisi lain siapa sebenarnya P.Ramlee dimata tiga Primadona Filem seperti Seniwati Zaiton Abdullah , Ngatimah Kasbi dan Norlia Abdghani yang pernah berlakon dibawah arahannya dan kenal baik dengan P.Ramlee.

3. Walaupun Najua P. Ramlee merupakan cucu yang tidak sempat melihat Datuknya dan membesar bersamanya namun beliau antara satu2nya yang meneruskan legasi dalam Bidang Lakonan dan dengar2 najua juga boleh menyanyi,mana tahu beliau akan menyanyi bersama Muhammad Radhi nanti. Hehe..

Nombor 4,5,6 dan seterusnya jangan cakap saya tak payung! Jom ke acara ini anda akan tahu sendiri apa yang menarik di acara ini nanti.

Jom dapatkan tiket2 anda disini πŸ‘‡
https://www.eventbrite.com/e/lights-cameraaction-20-tickets-931574503417?utm-campaign=social&utm-content=attendeeshare&utm-medium=discovery&utm-term=listing&utm-source=cp&aff=ebdsshcopyurl

Semua ini akan berlaku pada 7 September 2024 dari jam 2 hingga 4petang di Studio Jalan Ampas, Singapura dan Tiket2 berharga $50 termasuk Makanan ringan dan jangan Risau,kali ni kami sebagai pihak penganjur akan sediakan "khemah" untuk kita numpang berteduh sambil2 kita bernostalgia.✌️

Jangan lupa untuk bersama kami,kali ni jangan terlepas peluang lagi sebab tempat adalah sangat terhad. πŸ₯°πŸ₯°

See you..πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

14/07/2024

Mengapa anda harus ke acara ini?

1. Ini adalah acara kedua selepas kami persembahkan acara pertama pada march lalu,kemungkinan selepas ini tiada lagi Lights, Camera, Action! Atas sebab apa? Jeng jeng jeng..datanglah nanti saya bagitahu..hehe.. (suprise)

2. Rugi kalau tak datang sebab saya gabungkan dari MFP ke Merdeka Studio dan anda akan tahu sendiri siapa P.ramlee sebagai pengarah,penyanyi, pemuzik, komposer dan insan istimewa yang kita akan tahu dari sisi lain siapa sebenarnya P.Ramlee dimata tiga Primadona Filem seperti Seniwati Zaiton Abdullah , K Fatimah dan Norlia Ghani yang pernah berlakon dibawah arahannya dan kenal baik dengan P.Ramlee.

3. Walaupun Najua P. Ramlee merupakan cucu yang tidak sempat melihat Datuknya dan membesar bersamanya namun beliau antara satu2nya yang meneruskan legasi dalam Bidang Lakonan dan dengar2 najua juga boleh menyanyi,mana tahu beliau akan menyanyi bersama P.Radhi nanti. Hehe..

Nombor 4,5,6 dan seterusnya jangan cakap saya tak payung! Jom ke acara ini anda akan tahu sendiri apa yang menarik di acara ini nanti.

Jom dapatkan tiket2 anda disini πŸ‘‡
https://www.eventbrite.com/e/lights-cameraaction-20-tickets-931574503417?utm-campaign=social&utm-content=attendeeshare&utm-medium=discovery&utm-term=listing&utm-source=cp&aff=ebdsshcopyurl

12/07/2024

Lights,Camera,Action 2.0 kembali lagi.

Kali ni lebih menarik kita gabungkan 3generasi dari Studio Jalan Ampas ke Merdeka Studio hingga Cucu Tan Sri P.Ramlee dan pelapis yang melestarikan lagu2 P.Ramlee..

Lebih menarik dan padat bila dua negara bergabung dengan segala informasi yang kita cari selama ini bakal terbongkar pada acara ini.

Atas permintaan ramai yang tak dapat hadir pada acara yang lepas kami bawakan Seniwati Zaiton Abdullah sekali lagi dan juga kami undang Seniwati K.Fatimah yang masih anggun dan mereka akan menceritakan lebih banyak kisah2 studio Jalan Ampas,

Manakala Seniwati Norlia Ghani merupakan pelakon yang memulakan karier lakonannya di Studio Merdeka melalui Filem Kanchan Tirana dibawah arahan Tan Sri P.Ramlee dan amat rapat dengan keluarga P.Ramlee kerana suaminya Ramli Kechik merupakan pengurus P.Ramlee semasa di Kuala Lumpur. Jadi bolehlah kita dengar kisah2 menarik siapa sebenarnya P.ramlee dimata beliau.

Najua P.Ramlee merupakan anak kepada Nasir P.Ramlee dan beliau merupakan pelapis keluarga yang meneruskan legasi P.Ramlee dalam dunia seni.

P.Radhi,Bintang P.Ramlee tahun 2016 peringkat Nasional yang memiliki aura P.Ramlee semasa muda yang akan menghiburkan anda semua dengan rangkaian lagu2 nostalgia.

Semua ini akan berlaku pada 7 September 2024 dari jam 2 hingga 4petang di Studio Jalan Ampas, Singapura dan Tiket2 berharga $50 termasuk Makanan ringan dan jangan Risau,kali ni kami sebagai pihak penganjur akan sediakan "khemah" untuk kita numpang berteduh sambil2 kita bernostalgia.✌️

Tiket2 boleh didapatkan di link berikut πŸ‘‡

https://www.eventbrite.com/e/lights-cameraaction-20-tickets-931574503417?utm-campaign=social&utm-content=attendeeshare&utm-medium=discovery&utm-term=listing&utm-source=cp&aff=ebdsshcopyurl

Jangan lupa untuk bersama kami,kali ni jangan terlepas peluang lagi sebab tempat adalah sangat terhad. πŸ₯°πŸ₯°

See you..πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

09/07/2024

Konsert Festival Muzik Nusantara
Special Showcase P.Radhi Bintang P.Ramlee Kebangsaan 2016 tribute to P.Ramlee..

4 hari sahaja lagi!
13Julai 2024 / 8malam
Panggung Bangsawan Melaka

Cepat2 dapatkan tiket andaπŸ™

Pembelian tiketπŸ‘‡πŸ‘‡
https://www.ticket2u.com.my/event/36631

06/07/2024

Salam Maal Hijrah 1446H,

Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu dalam mencari kasih Tuhan,
Hijrah itu semangat menuai keimanan,
Hijrah itu menuju jalan kebaikan..

Semoga tahun2 hijrah mendatang menjadikan kita umat yang terbilang, cemerlang dan senantiasa dalam RedhaNya.

04/07/2024

Alhamdulillah,

Selesai semua perkara.
Bila bercakap tentang seni singapura ni secara tak langsung kita mewakili Singapura juga padahal saya bukanlah arif dalam bidang ni.. Terlalu cermat saya nak nyusun kata takut salah cakap ada yang tak berkenan dihati saya mohon maafπŸ™πŸ™

Terima kasih Edlynna Hanie Hamid ,menyelaraskan sesi temuramah ini dengan DJ Shuhadah Armawan.

Dunia seni Singapura suatu ketika dahulu amat2 lah gah hingga kita menjadi Hub pusat hiburan yang paling gah di serantau ini. Tidak dinafikan dunia perfileman dan lagu2 klasik semuanya bermula di Singapura. Namun kini kalau tidak kita siapa lagi yang boleh diharap untuk meneruskan legasi yang tinggal.

Terima kasih juga pada semua yang membantu feedback jawapan2 yang saya perlukan dan menyokong, Semoga Allah swt jua yg membalas kebaikan semuanya. πŸ₯°

03/07/2024

Bismillahirrahmanirrahim,

Buat pertama kalinya,
Peluang datang bertandang dari negara jiran,

Khamis nanti 4Julai jam 5.30petang saya akan ditemubual untuk rancangan "Melayu Di Nusantara" dengan topik "Identiti filem dan muzik masyarakat melayu Singapura" live di

Jangan lupa,
jumpa nanti inshaaAllah πŸ₯°πŸ₯°

22/06/2024

Restoran Kudu Bin Abdul,

Dah beroperasi lebih dari 50tahun lamanya dan khabaranya Seniman Tan Sri P.Ramlee s**a makan nasi kandar disini.

Maka saya pun mencuba apa yg best disini,ternyata kuah campur nasi kandar dia memang surrr padu bak hang,ayam bawang dia just nice sedap kena dengan selera saya.rasanya zaman P.ramlee masakan dia lebih padu kot..hehe..

Saya bukan nak promote sangat kedai ni tapi saya seronok tempat2 mcm ni masih lagi wujud walaupun dah lama dan jadi legenda kita tahu tempat2 mana yang P.Ramlee s**a melepak,kira kita masih boleh merasa lagi kenangan yang mengusik jiwa tu.

So dah ready nak redah Light,Camera,Action 2.0 di Studip Jalan Ampas?? πŸ₯°πŸ₯°

16/06/2024

Panggilan haji,
Telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah
Panggilan baitullah
Tanah suci makkah
Ya makkatul Mukarramah..

Setiap kali tiba musim haji pasti kita akan mendengar lagu Panggilan Kaabah nyanyian Allahyarhamah Hajah Nur Asiah Jamil, penyanyi utama kump**an Gambus Al-Barkah yang kemudian bertukar nama ke Orkes El-Surayya.

Saya bertemu denganya pada 12 Feb 2013 dan setahun kemudian beliau meninggal dunia akibat sakit perut.

Banyak lagu-lagu nyanyian beliau yang saya s**a antaranya Pelita Hidup, Akhir Hidup,AlQuran dan Petuah Dalam Irama atau Zapin Madah Pusaka yang sedang viral nyanyian Orkes Melayu Rojer.

Saya kongsikan lagu Petuah Dalam Irama nyanyian Hajah Nur Asiah Jamil untuk anda dan ingin saya ucapkan Salam AidilAdha, Salam Pengorbanan,Moga segala amalan kita dirahmatiNya. πŸ₯°

15/06/2024

A.K.A.N.D.A.T.A.N.G

JOGET LAMBAK,
Alunan tradisi lagu-lagu melayu seperti joget,ghazal,inang dan sebuah tribute khas buat Ratu Dangdut kesayangan ramai Biduanita Zaleha Hamid.

Bersama Saya Wan Huzarman dan rakan pengacara saya "Masak Apa,Masak My Style" Amy Tashiana serta dua artis hebat seperti Putri Dangdut SG Masnie Mohamed & Pakar Ensiklopedia muzik Melayu Rojer Kajol dengan iringan kump**an muzik Desasol yang pasti menghiburkan anda.

Tiket-tiket berharga $80 mula dijual pada 6june 2024, setiap $10 dari pembelian tiket akan disalurkan sebagai sumbangan kepada Biduanita Zaleha Hamid.

Jom Rembakkk Joget Lambaakkk 🌹

Anjuran

Disokong oleh - Wadah Seni Entertainment

Penaja Rasmi ~ Inffa by &

Dewan Rasmi -
Katering Rasmi -

14/06/2024

Dato Andre Goh,

Antara penyanyi berbangsa Cina yang boleh menyanyikan lagu melayu dengan baik yang amat saya kagumi.

Selain beliau,saya juga meminati Frankie Cheah yang begitu pop**ar dengan lagunya Amalan Suci.

Datuk Goh Eng Boon atau lebih dikenali sebagai Andre Goh merupakan salah seorang penyanyi lagu irama tradisional dan joget bukan Melayu yang cukup terkenal dan pop**ar di rantau ini.

Datuk Andre Goh merupakan dari keturunan Baba Melaka dan keluarganya mengamalkan adat dan budaya orang Melayu. Ini turut menjadikan beliau begitu fasih berbahasa Melayu. Beliau dilahirkan di Kampung Sialang, Tangkak, Johor.

Bapanya, Goh Tiam Leong juga mahir mendendangkan lagu dondang sayang. Malah, ibunya, Wee Teck Neo p**a mahir berpantun. Rumah mereka sering menjadi tempat perhimpunan orang kampung untuk belajar menyanyi lagu langgam, dondang sayang atau asli.

Pada tahun 1972,Datuk Andre menyertai Bakat TV RTM dan mendapat perhatian ramai, sungguhpun gagal muncul sebagai juara namun selepas pertandingan, dia ditawarkan bagi mengendali program TV berjudul Andre sebanyak 20 episod yang disiarkan setiap Ahad.

Antara lagu kes**aan saya nyanyiannya ialah Halimun Malam,Bunga Desa dan Mas Merah.

Semoga Datuk Andre Goh senantiasa dikurniakan kesihatan hendaknya. πŸ₯°

12/06/2024

Selamat Pagi,

Sempena bulan Zulhijjah,
Sering kita mendengar lagu2 trademark AidilAdha seperti Panggilan Kaabah nyanyian Hajah Nur Asiah Jamil dari kump**an Elsuraya.

Tahukah anda kita punyai kump**an nasyid legenda tersendiri antaranya Almizan, Hidayah dan Aljawaher?

Dan kump**an Hidayah juga mempunyai beberapa lagu khas AidilAdha antaranya Hari Mulia Hari Bahgia,Seruan Haji dan lain2 namun jarang dimainkan di corong2 radio. Mungkin kita juga kurang didedahkan dengan lagu2 nasyid sebegini.

Tetapi saya hairan juga lagu Kembara di tanah Gersang dan Perjalanan 2 nyanyian Kump**an Aljawaher dan Sifu MNasir kadang menjadi antara top hits pilihan musim perayaan haji atau Ma'al Hijrah.

Bersama saya Vokalis utama kump**an Nasyid Hidayah,Puan Rohaya Mohd Taib dan suaminya seorang komposer dan ketua kump**an Black Dog Bone, Encik Ishhar Masrom atau lebih dikenali sebagai Razzi M.

Photos from Wadah Seni Entertainment's post 10/06/2024

Assalamualaikum,
Salam Pagi Isnin πŸ₯°

Akhirnya page kami dah melepasi 10,100 followers di Facebook dan 5520 subscribers di Youtube.

Terima kasih atas sokongan anda semua pada Wadah Seni Entertainment , semoga page ini dapat memberi manfaat buat anda semua terutamanya dalam berkongsi info dan ilmu tak kira dari pelbagai latar belakang seseorang artis legenda.

Semoga page dan youtube kami juga menjadi penghibur buat anda dan sudi2 lah kongsi pada rakan2 yang lain untuk sama2 subscribe youtube channel saya ya.

Dan saya harapkan juga teruskan menyokong kami dan saya mohon jaga tatatertib sebagai Netizen yang berhemah bila komen2 di page kami.πŸ˜€

*biar sikit asal bermanfaat,biar lambat asal selamatπŸ₯°

Link πŸ‘‡https://youtube.com/?feature=shared

Salam takzim salam serumpun,
Ukhti AminahπŸ₯°

Photos from Wadah Seni Entertainment's post 07/06/2024

Bermula sebagai kru, berakhir sebagai lagenda.

------------

Buku P. Ramlee : Tiada Yang Kedua sudah berada di pasaran dan untuk tempahan di Singapura, anda boleh hubungi admin melalui whatsapp di +6598829231 sebelum 16June ini. πŸ˜€

Nak baca bab percuma? Jom baca secara percuma di https://thepatriots.store/pramlee/

03/06/2024

Selamat hari lahir yang ke 84 tahun Ya norsiah..πŸ₯°

Jalan Ampas 2.0 ada nak ketemu beliau nanti??

Seniwati K fatimah atau nama sebenarnya Ngatimah Kasbie memulakan karier seninya pada tahun 1960 sewaktu uji bakat filem Isi Neraka di samping Seniwati Fatimah Ahmad,namun Seniwati Fatimah Ahmad lebih menyerlah di Studio Cathay Keris manakala K Fatimah p**a di Shaw Brothers.

Antara watak yang amat sinonim dengannya ialah Norsiah isterinya Ali Baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, isteri kedua "Abang kus" dalam filem Seniman Bujang Lapok serta filem Ibu Mertuaku sebagai Salbiah orang gaji Sabariah yang merupakan filem terakhir lakonannya..

Semoga Aunty Kay sihat sejahtera dan senantiasa dirahmati olehNya..

Silakan singgah di blog kami πŸ‘‡
https://wadahseniku.wordpress.com/2016/01/13/menyusur-kenangan-bersama-seniwati-awet-muda-k-fatimah/

πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

03/06/2024

Spy spyyy spyyyyy..πŸŽΌπŸŽ΅πŸŽΆπŸŽ™οΈ

Alhamdulillah, jumaat lepas saya bersama Deejay Radio Warna 942FM Kak Noreha Bajuri dan Seniwati Salina Zaini bertemu Seniman Mat Sentol di Rumahnya di JB.

Keadaannya sihat seperti biasa,ceria dengan kehadiran kami terutamanya bila dia ketemu rakan seperjuangannya dalam bidang seni iaitu Seniwati Salina Zaini yang hampir lebih 30tahun tak jumpa.

Seniwati Salina Zaini merupakan pelakon Cathay Keris yang pernah membintangi filem Rumah itu Duniaku,Tajul Asyikin,Ayer Mata Duyong dan pernah bergandingan dengan Pak Mat dalam filem Mat Tiga Suku.

Kami belanja video nyanyiannya untuk para peminat. Didoakan semoga pak mat sihat hendaknya.
Aameen3x. πŸ₯°πŸ₯°

Photos from Wadah Seni Entertainment's post 02/06/2024

Ratu Dangdut Zaleha Hamid,

Semua orang maklum akan keadaannya kini kurang sihat disebabkan Stroke, maka kami mengambil inisiatif untuk memberi sebuah penghormatan buat Biduanita unggul ini yang begitu pop**ar dengan lagu-lagunya seperti Dangdut Raggae,Jangan Segan-segan,Pria idaman dan banyak lagi. Bahkan beliau bukan sahaja boleh menyanyikan lagu Dangdut,malah boleh menyanyikan rentak Langgam, Ghazal, Joget dan Melayu Asli yang menjadi "makanan" lagu2 nyanyiannya sejak di zaman remaja lagi. Jadi jomm kita bersama saksikan πŸ‘‡

A.K.A.N.D.A.T.A.N.G

JOGET LAMBAK,
Alunan tradisi lagu-lagu melayu seperti joget,ghazal,inang dan sebuah tribute khas buat Ratu Dangdut kesayangan ramai Biduanita Zaleha Hamid.

Penganjur acara,Wan Huzarman dan rakan pengacara "Masak Apa,Masak My Style" Amy Tashiana serta dua artis hebat seperti Putri Dangdut SG Masnie Mohamed & Pakar Ensiklopedia muzik Melayu Rojer Kajol dengan iringan kump**an muzik Desasol yang pasti menghiburkan anda.

Tiket-tiket berharga $80 mula dijual pada 6june 2024, setiap $10 dari pembelian tiket akan disalurkan sebagai sumbangan kepada Biduanita Zaleha Hamid.

Jom rembakkk joget lambaakkk 🌹

Acara ini disokong oleh Wadah Seni Entertainment ❀️

*gambar admin bersamanya diambil sebulan sebelum beliau menghidap penyakit stroke.πŸ™

31/05/2024

Bila pakcik Kamarudin Kasim,salah seorang follower WSE tunjuk saya gambar ni, saya rasa terharu sangat, pakcik ni dah follow program2 Wadah Seni Entertainment sejak 2018. Tapi saya baru kenal pakcik since Jalan Ampas program March lalu. Dan sejak dari tu juga dia beri saya idea dan feedback mcmana nak buat program lebih mantap lagi.. Saya hargai sebab pakcik ni tak lokek berkongsi ilmu dan feedback.

Alhamdulillah ada follower WSE sanggup datang sejauh banting,Selangor. Ada juga follower sejauh Sungai Petani Kedah,Kuala Lumpur, Melaka dan Johor dan of coz Singapura.hee.. Saya sangat2 menghargai sokongan dari anda semua. πŸ₯°

Kadang saya rindu tengok show2 yg lepas, yang mana masih hidup waktu tu seperti arwah pak Wahid Satay terasa dihargai.

Saya mohon,di page WSE ni jaga tatatertib bila komen di posting2 saya,tolong jangan komen yg "body shaming" saya dengan ayat "siapa si gemuk tu" dan macam2. Saya tak kecil hati pun cuma saya taknak page WSE ni dihadiri "netizen sampah". Saya nak create follower yang beradab disini bukan ses**a hati boleh komen mengaibkan orang lain, Ada juga ses**a hati juga minta nombor telepon alamat seseorang artis tu padahal itu adalah privasi mereka,saya tak boleh kongsi sembarangan. Harap faham situasi saya, Saya tak teragak2 mcm tu senang je saya delete dan block.

Di page WSE ni Kita bina jambatan persaudaraan yg utuh disini. Komen murni2 jangan merapu bergaduh sesama sendiri nak tunjuk siapa lebih berilmu atau tahu serba serbi dan saya ambil setiap feedback yg dilontarkan,jangan sesekali tunjukkan negetive vibes. Ilmu untuk dikongsi bukan untuk rasa diri tu dah cukup bagus. Saya cukup tegas dalam menangani isu2 kurang baik disini. Sebab tu saya tak kisah tak banyak follower pun takpe asal tahu jaga adab. Jadi follower yang berhemah dan bijak bila komen.πŸ₯°

Semoga follower2 WSE yang makin berkembang dapat memahami apa yg saya nak beritahu disini. Saya hargai setiap sokongan dari anda semua. Buatlah page ni sebagai laman informasi untuk anda yang merindui zaman kegemilangan muzik dan filem melayu. πŸ₯°

Salam takzim,
Ukhti Aminah

30/05/2024

A.K.A.N.D.A.T.A.N.G

C.O.M.I.N.G.S.O.O.N

Light,Camera,Action!
Ampas 2.0

Watch this space - 7/9/2024

Nantikan...😍

Photos from Wadah Seni Entertainment's post 28/05/2024

Selamat pagi,

Masih ingat lagi pada Seniwati Rahmah Ali?

Antara filem lakonannya seperti Tunang Pak Dukun,Tun Fatimah, Gurindam Jiwa,Anak Dara dan banyak lagi yang masih diminati hingga kini.

Beliau antara Seniwati Cathay Keris Film Productions yang sebaris dengan nama2 besar seperti Fatimah Ahmad,Latifah Omar,Umi Kalthom dan lain2 walaupun kerap melakonkan watak he**in kedua atau watak pembantu.

Semalam sahabat baik saya wartawan tersohor Syed Wafa telah berkongsi dengan saya coretan kisah hidup Seniwati ini di page beliau,

Jom bacaπŸ‘‡

https://ladybosz.com/2024/05/25/di-sebalik-kemerduan-suara-rahmah-ali/

Photos from Wadah Seni Entertainment's post 22/05/2024

Sahabat baik hingga ke akhir hayat.

Dalam dunia seni,
Sering kita mendengar pelbagai kisah2 perpecahan sebuah kump**an hingga menimbulkan banyak spekulasi. Ada masih tetap menggunakan nama kump**an yang sama tapi berbeza ahli. Lepas tu macam2 kontroversi timbul. Itu sememangnya tidak harus berlaku,rezki masing2 cuba cari kelainan dan keistimewaan,pasti peminat akan terus menyokong.πŸ™

Bila saya melihat dua biduanita ini yang pasti mereka punya bakat yang sama,boleh menyanyi pelbagai genre termasuk lagu2 Keroncong,Langgam,Jazz dan lain2 namun tidak p**a berlaga-laga untuk menjadi yang terbaik malah mereka pernah membuat sebuah album bersama hingga rancangan Tv di saluran SBC dulu pun mereka sering bergandingan bersama..

Itulah Biduanita Allahyarhamah Kartina Dahari dan Julie Sudiro. Saya salute mereka berdua. Membesar bersama-sama hingga menjadi insan ternama dan mereka tidak melupakan antara satu sama lain dan bersahabat hingga ke akhir hayat. Contoh yang baik yg harus dipuji.

Semoga roh keduanya didalam rahmat Allsh Swt.

P/s :
Saya harap tiada komen negetif disini..kita raikan kebersamaan bahawa hiburan seni ini hanya hiburan semata-mata..🀟

21/05/2024

Sharifah Hasnor..

Siapa masih ingat pada pelakon wanita ini yang pernah membintangi filem Anak Sulong Tujuh Keturunan, Da Di Du, Satu titik di Garisan, Prebet Lapok dan lain2, pasti anda teringat akan nama Sharifah Hasnor yang juga merupakan anak kepada primadona Filem,Seniwati Normadiah.

Admin sempat makan tengahari bersama beliau dan Dato' Yusni Hamid semasa di KL.

Dilahirkan di Singapura, dibesarkan di Boon Teck Road, kawasan kuarters para pekerja Shaw Brothers, bakatnya dikesan seperti lakonan dan tarian mewarisi bakat dari ibunya ibarat "kalau tidak kuah tumpah ke nasi", beliau mula membintangi filem Satu titik di garisan terbitan Cathay Keris Film Productions dan filem terakhir lakonannya ialah Anak Sulong Tujuh Keturunan arahan Seniman Aziz Jaafar.

Kini walaupun tidak aktif di dalam bidang seni, tetapi saya yakin ramai peminat masih meminati beliau.. 😍

20/05/2024

Soonn..

Presented & commissioned by Mapletree Arts in the City 😍

Join us for a lunchtime performance that will warm your heart and lift your spirits. Enjoy a selection of love songs from Mansoor Quartet and the captivating Dikir Barat performance by Makyong Kedek that will have you tapping along.

Don’t miss this perfect blend of love and energy! 🎡πŸ₯³

By your truly Wadah Seni Entertainment πŸ™

Join us for a lunchtime performance that will warm your heart and lift your spirits. Enjoy a selection of love songs from Mansoor Quartet and the captivating Dikir Barat performance by Makyong Kedek that will have you tapping along.

Don’t miss this perfect blend of love and energy! 🎡πŸ₯³

Wadah Seni Entertainment

19/05/2024

Selamat berhujung minggu..πŸ₯°

Road to 10,000 pengikut Wadah Seni Entertainment, Alhamdulillah. πŸ₯°

Yg like page kami sudah mencecah hampir 7ribu pengikut manakala follower mencecah hampir 9800..

Kami janji kami akan siarkan berita yg berinfomasi lagi bermanfaat manakala program yg akan dianjurkan juga menarik buat anda semua..

Siapa nak saya anjurkan lagi program light,Camera Action di Jalan Ampas? πŸ₯°πŸ₯°

Kalau nak cuba komen NAK sampai 100orang baru saya buat...😍

Sambil2 tu saya belanja gambar dua seniwati kesayangan saya Seniwati Zaiton Abdullah dan Seniwati Dayang Sofia.. πŸ₯°

Photos from Wadah Seni Entertainment's post 14/05/2024

Jom datang beramai-ramai menyaksikan πŸ‘‡

P.Radhi Tribute To PRamlee

Tarikh : 22 June 2024 @ 9mlm

Bertempat di Panggung Bangsawan Melaka

Tiket-tiket berharga πŸ‘‡

Gold seat : rm149

Privilege seat : rm199

Utk pembelian Tiket sila hubungi En Saufi di talian : +6013-6226727

07/05/2024

Pak Mat Sentol,

Gambar ini diambil semasa makan tengahari semalam ketika saya bertanyakan khabar pak mat melalui anaknya kerana saya terpandang satu video yang agak sayu seolah pak mat tidak berdaya sangat. Tapi Alhamdulillah keadaan baik pada usianya mencecah 91tahun walaupun keadaanya agak terbatas kerana kini jika hendak kemana-mana beliau menggunakan kerusi roda.

Semoga bintang veteran kita ini senantiasa dirahmatiNya, tak perlu lah pangkat Dato ke Tan Sri kerana ia hanya pangkat dunia semata2 tapi kenanglah jasa mereka dengan memberi pengikhtirafan sewajarnya selagi hayat masih ada.. πŸ™

Want your business to be the top-listed Event Planning Service in Singapore?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Our Story

Assalamualaikum Wrbt.

Saya Ukhti Aminah, Penulis blogs wadahseniku.blogspot.sg dan juga seorang penggiat seni.Kini saya lebih serius menggunakan wadahseniku.blogspot.sg sebagai wadah untuk saya berkongsi cerita serta temu bual secara eklusif saya bersama Pemuzik / Seniman / Seniwati / Biduan / Biduanita / penggiat Seni yang telah mewarnai dunia muzik Singapura sejak tahun 1940an lagi. Wadahseniku.blospot.sg adalah batu loncatan buat saya mengenali karya serta karisma seseorang anak seni yang telah banyak mencurahkan bakat serta tenaga mereka dalam menbangunkan persada seni Singapura. Siapa yang tidak kenal akan bintang2 ternama tersohor di Singapura antaranya Biduanita Momo Latiff, Kartina Dahari, Seniwati Mariani dan banyak lagi yang bakal saya temu bual untuk dikongsi bersama anda..

Sejauh ini Wadahseniku.blogspot.sg sudah mula dikenali dan ada pelajar melayu sejauh Sydney-Australia menghantar emel kepada saya dan berminat menjadikan Wadahseniku.blogspot.sg sebagai bahan rujukan untuk thesis beliau yang akan datang.. Begitu juga ada seorang Professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghantar emel kepada saya dan beliau menjadikan Wadahseniku.blogspot.sg sebagai bahan rujukan untuk pelajarnya mencari bahan2 tentang seni dan pengkarya muzik melayu dari blog saya antaranya seperti biografi Almarhum Pak Ahmad Jaffar.

Jadi motif saya untuk adakan Fanpage Wadahseniku.blogspot.sg sebagai penguat semangat saya untuk terus menghasilkan wadah seni untuk bahan rujukan buat anak muda yang berminat tentang seni buat masa hadapan. Tiada Lama Tiada Baharu jika kita tidak mengenali siapa yang banyak berjasa pada industri seni dahulu maka tidak cukup rencam dunia seni kita kerana yang dahulu lebih hebat dan banyak nostalgianya yang dapat kita pelajari dari akar seninya.

Disamping itu, silakan ziarah saluran youtube channel saya dimana temu bual secara eklusif yang tidak seberapa dirakam untuk tatapan semua..SILAKAN ZIARAH.. =)

Salam Hormat
Ukhti Aminah@Singapura

wadahseni.net

Videos (show all)

"Iya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinyaTetapi matinya anak muda itu, ialah kerana tergelincir lidahnya...
JOGET LAMBAK, Kumpulan Seni Tari Warisan Asli akan turut Bersama kami di acara Joget Lambak yang pasti menghiburkan anda...
23 Julai 2024,SelasaBermula jam 3.15petang LIVE di facebook Mediacorp WARNA 942 bersama Deejay Noreha Bajuri dan Tamu Un...
Lights,Camera,Action 2.0Mengapa anda harus ke acara ini?1. Ini adalah acara kedua selepas kami persembahkan acara pertam...
Lights,Camera,Action 2.0Mengapa anda harus ke acara ini?1. Ini adalah acara kedua selepas kami persembahkan acara pertam...
Lights,Camera,Action 2.0 kembali lagi.Kali ni lebih menarik kita gabungkan 3generasi dari Studio Jalan Ampas ke Merdeka ...
Alhamdulillah, Selesai semua perkara.Bila bercakap tentang seni singapura ni secara tak langsung kita mewakili Singapura...
JOGET LAMBAK, Alunan tradisi lagu-lagu melayu seperti joget,ghazal,inang dan sebuah tribute khas buat Ratu Dangdut kesay...
Restoran Kudu Bin Abdul,Dah beroperasi lebih dari 50tahun lamanya dan khabaranya Seniman Tan Sri P.Ramlee suka makan nas...
Panggilan haji, Telah tiba lagi, Menunaikan ibadahPanggilan baitullahTanah suci makkahYa makkatul Mukarramah.. Setiap ka...
Alhamdulillah,Selamat pagi semua..Kami bawakan secara ekslusif ucapan Seniwati Dato Dr. Hajah Sarimah Ahmad untuk semua ...
Spy spyyy spyyyyy..πŸŽΌπŸŽ΅πŸŽΆπŸŽ™οΈAlhamdulillah, jumaat lepas saya bersama Deejay Radio Warna 942FM Kak Noreha Bajuri dan Seniwati...

Telephone

Address


Singapore

Other Singapore event planning services (show all)
Visualise Media Visualise Media
180 Paya Lebar Road 06-03
Singapore, 409032

For more Information, please visit our website www.visualise.tv or call us at +65 96920678

Daniography Daniography
Singapore

Daniography Corporate, Event and Actual Day Wedding photographer in Malaysia, Singapore and Melbourne. www.Daniography.com

Giftsflorist2000.com Giftsflorist2000.com
BLK 338 #02-1673 Ang Mo Kio Street 32
Singapore, 560338

Flowers and Gifts Designed to deliver your feeling. -By Giftsflorist2000.com

Milly8Flower Milly8Flower
BLK 52 Edgedale Plains
Singapore, 828820

An Enthusiasm Florist, love to create lovely flowers design for fellows flower lovers to enjoy... Bringing Joy and brighten the day of a person.

Bungasutra wedding services Bungasutra wedding services
Singapore

Bungasutra will do the best for your Events. Exclusive & affordable package prices. pm to us..

SG Wedding Favors SG Wedding Favors
8 Burn Road, #08-12, Trivex
Singapore, 369977

www.sgweddingfavors.com 8 Burn Road, #08-12, Trivex, Singapore 369977 [email protected] l +65 6278 9069 l +65 9445 8819

thegaleria thegaleria
144 Lorong Ah Soo
Singapore, 530144

Film Wedding Photographer Brian Ho is probably no stranger to the world of Wedding Photojournalism having helmed his trade for more than a decade. His unique blend of UNSCRIPTED WE...

24HrsCityFlorist.com 24HrsCityFlorist.com
188 Race Course Road #01/03
Singapore, 218612

Same-day flower delivery. Our outlet opens from 9am to next day 6am daily including Sundays & Public Holidays. FREE office-hr delivery. For all enquiries please visit https://www.2...

De Floral Gallery De Floral Gallery
8 Mar Thoma Road
Singapore, 328689

We recognize that every individual likes Special Flowers, Special Styles or Special Needs. Therefore, "We Customise our Services for You"! Our service not only to please you, but ...

KM WEDDING SERVICES & DECO KM WEDDING SERVICES & DECO
No 1 Soon Lee Street Pioneer Centre #05/52
Singapore, 627605

KM WEDDING SERVICES & DECO Scores Of Heartful Services To Complete Your Occasion's Needs.

Neo Garden Catering Neo Garden Catering
1 Enterprise Road
Singapore, 629813

Your No.1 Events Caterer in Singapore. Bringing people together since 1992.

Singapore Flowers & Gifts Shop Singapore Flowers & Gifts Shop
BLK 338 Ang Mo Kio Street 31 #02-1673
Singapore, 560338

Flowers and gifts for all occasions, Same day delivery available.