Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung

Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung, Non-Governmental Organization (NGO), .

Persatuan Penduduk Kampung Permatang Guntung ditubuhkan untuk menjadikan kampung lebih terpelihara.Kemajuan,keselamatan dan kemakmuran akan menjadi agenda utama pertubuhan ini.

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 31/01/2024

31 Januari 2024 (Rabu)

Program Keselamatan Komuniti Kampung Permatang Guntung
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada Tuan DO Pejabat Daerah Hilir Perak atas kesudian merasmikan program kami.
Terima kasih Pejabat Penghulu yang di ketuai oleh Tok Norsham Bin Abdul Kader dan jawatankuasa program.

30/01/2024

Jemput Hadir Warga Kampung.
Datanglah Beramai-Ramai !!
Ke Program Keselamatan Komuniti Kampung Permatang Guntung.

Tarikh : 31 Januari 2024 (Rabu)
Masa : 8.30 Hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg Permatang Guntung Jalan Teluk Intan- Lumut 36000 Teluk Intan Perak.

Pelbagai Aktiviti Menarik!!!

✅ Ceramah oleh PDRM Hilir Perak
✅ Ceramah oleh Veterinar Hilir Perak
✅ Kaunter Kutipan Hasil Luar - Cukai Tanah (PDT)
✅ PTPTN (Kaunter SSPNi)
✅ Pameran AADK
✅ Kaunter PERKESO
✅ Kaunter TNB (Pendaftaran Aplikasi MyTNB & Semakan Rebat TNB
✅ Kaunter Pendaftaran PADU
✅ Pembukaan Akaun i-Suri & i-Sara KWSP
✅ Pertandingan Mewarna Peringkat KEMAS
✅ Cabutan Bertuah
✅ Sumbangan Bakul Rahmah
✅ Pelbagai Lagi..

Masuk Percuma komer!!!
Semua dijemput Hadir.... Udah dekat dengan Komerrr.....

Sebarang Pertanyaan:
Shazaly : 0134727071
Rajis : 0105676451

Anjuran - Persatuan Penduduk Kampung Permatang Gunting
Dengan Kerjasama : Pejabat Penghulu Mukim Sungai Durian

16/09/2023

Hari ini Hari Malaysia
Selamat menyambut hari Malaysia 2023

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 31/08/2023

Anak muda harapan kampung
Malam tadi berlangsung pertandingan merebut Piala Merdeka KMG 2023
Tahniah kepada Juara..
Tahun depan bersua kembali.

30/08/2023

Selamat Hari Merdeka
Tekad Perpaduan ,Penuhi Harapan
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdekaaaaaaaa...!!!

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 22/07/2023

Semoga dipermudahkan segala urusan. Jalan ini kami akan perjuangkan.

12/06/2023

>>PERHATIAN UMUM

24/04/2023

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Kesempatan ini kami menyusun 10 jari tanda kemaafan.

Jom kongsi gambar meriahnya raya di Kampung Permatang Guntung,Teluk Birah dan Sg Pulai diruangan komen.Gambar yang menarik berpeluang dapat duit raya.Setiap gambar sertakan nama tuan rumah untuk pengesahan lokasi dan bagilah ayat sepatah dua kata..Gambarr selain berada di Kampung Permatang Guntung,Teluk Birah & Sungai Pulai terbatal.

Hadiah :
Juara : RM50
Naib Juara : RM30
Ketiga : RM20

Jom meriahkan Kome dengan gambar hari raya anda!!

-Admin

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 12/04/2023

Jambatan Bagan Datok - Sejagop
Semoga dipemudahkan urusan

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 01/04/2023

Kacau bubur lambok di perkarangan rumah Hajah Zainon.

03/03/2023

Notis Pemberhentian/Gangguan Sementara Bekalan Elektrik

Kawasan Terlibat : Seluruh Pengguna Pencawangan Kg Permatang Guntung dan Teluk Birah

Bila??? Isnin 6/3/2023 bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. (Waktu bekeroje)
Ate kenapa diganggu??? Ada keroje mentenen katanya. Bukan untuk orang lain..untuk Komer aje

Untuk orang-orang kampung harap bersedia. Kalo paneh udah libang libu Moh kiter terojon Sungei kat baroh.

Harap maklum Terima kasih

03/03/2023

KAUNTER KUTIPAN HASIL (CUKAI TANAH) PEJABAT DAERAH DAN TANAH HILIR PERAK

Tarikh : 09.03.2023 (Khamis)
Masa : 09.00 pg - 12.00 tghr
Tempat : Pejabat Penghulu Mukim Sungai Durian

Mohon hebahkan kepada penduduk kampung untuk kemudahan pembayaran cukai tanah. Sekian Terima kasih

22/02/2023

Assalamualaikum dan selamat petang


Dikhabarkan saudara Hisham Bin Hj. Harun telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon doa kalian semoga arwah tergolong ahli syurga.

Persetujuan dari ahli keluarga arwah Hisham Bin Haji Harun dimandi dan dikafan di hospital Ipoh. Bawa ke Masjid Taqiuddin untuk disembahyangkan dan terus dikebumi di kg Permatang Guntung. Masa untuk disembahyangkan bergantung sampainya jenazah ke masjid.

Info grop Whatsapp : Warga Kg Permatang Guntung/Teluk Birah/Sg Pulai

22/01/2023

Happy Chinese New Year 2023 kepada rakan-rakan yang menyambut pada tahun arnab.
Jangan lupa simpan Ang Paw untuk kami disini.
Hati-hati dijalan raya,semoga sekeluarga selamat pergi dan pulang ketika bercuti.

新年快乐 恭喜发财

03/01/2023

Ayor nen 🦐🦐🐟🐟

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 20/12/2022

Alhamdulillah ,terima kasih PM memudahkan urusan ibubapa dan keluarga.

20/12/2022

Untuk makluman warga kampungku

17/12/2022

Makluman:

Logo rasmi Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung

17/11/2022

"Alamak macam mana ni...terlupa bawa Kad Pengenalan! Takkan nak kena patah balik rumah semula???"

Sabar!

Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi.

Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi:

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 16/11/2022

Sebelum ini anak muda KMG diketuai oleh Zamani telah membuat kutipan untuk membuat laluan sementara.
Pihak persatuan juga ada menyumbang batu crush-run menambak jalan yang becak.
Semalam Tok Penghulu Mukim Sg Durian (Tok Syam) memaklumkan pada saya bahawa syarikat Menuju Asas Sdn Bhd telah mengambil maklum perkara ini.Mereka telah memulakan kerja-kerja membuat laluan tersebut.
Terima kasih Tok Syam dan pihak yang berkaitan.

28/10/2022

Assalamualaikum dan salam sejahteraa.
Adalah dimaklumkan Pandak Din suami Mandak Bariah Wee telah kembali ke rahmatullah pada subuh jumaat yang mulia tadi.
Warga kampung menzahirkan ucapan takziah.Semoga rohnya ditempat dikalangan orang yang beriman. Al-Fatehah

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 25/10/2022

Hasil usaha kecil kami bagi mengenal kampung.Kami pasang banner dulu. Mana tahu nak sponser signboard besarkan.
Lepas ni bila orang tanya kampung kita kat mana? Jangan cakap nama kampung orang lain. Lepas ni boleh cakap kampung saya betul-betul dijejantas ada masjid warna hijau.

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 23/10/2022

Gotong-royong Kampungku Bersih 2022

Alhamdulillah selesai sudah program ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampung yang berjaya melapangkan masa demi kampung kita.Tidak lupa kepada penyumbang-penyumbang secara langsung atau tidak.

Program ini dirasmikan oleh Wakil Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak, En Mohd Abdullah Bin Johari.
Semoga kita jumpa di lain program

Pengerusi
Mohd Shazaly (WAH)

22/10/2022

Program Gotong-Royong Kampungku Bersih 2022
Anjuran : Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung
Disokong Oleh : Belia KMG dan Penduduk Kampung

Tempat : Padang Permatang Guntung (Hadapan Dewan Orang Ramai Permatang Guntung)
Tarikh : 23 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 12 Tengahari

Agenda:
1. Cat Mercu Tanda Kg Permatang Guntung dan Mercu Tanda Sg Pulai/Teluk Birah
2. Kerja-kerja menambak batu crush-run di laluan motorsikal berdekatan jejantas.
3. Kerja-kerja mengecat alatan permainan kanak-kanak.
4. Kerja-kerja meracun Mercu Tanda di Kampung Permatang Guntung dan Sungai Pulai/Teluk Birah
5. Sarapan pagi dan tengahari disediakan.
6. 40 Cabutan hadiah barangan elektrik dan dapur untuk peserta.
7. Pameran Agensi Kerajaan (jika ada)
8. Legasi KMG "Kita Bersama" bermain futsal - Hadiah Wang Tunai

12/10/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga kampungku.
Dukacita paras sungai sudah melepasi ban kampung kita jalan sekolah SK Teluk Birah. Mohon warga kampung berhati-hati melalui jalan tersebut dan rancang awal sekiranya ada berlaku perkara yang tidak diingini. Terima kasih

Kredit gambar : Ahli grop Whatsapp Warga PermatangGuntung/Teluk Birah/Sg Pulai

04/10/2022

Assalamualaikum... Buat pengetahuan warga Permatang guntung... Isteri kepada Man Diron telah selamat dikebumi sebelum zohor pada hari ini. Semoga seluruh ahli keluarganya tanah menghadapi ujian ini.
Allahyarhamah meninggal pada malam tadi.Al-Fatehah

06/08/2022

Assalammualaikum dimaklumkn bahawa opah Timah Kassim telah kembali kerahmatullah subuh tadi, arwah akn dikebumikn di Tanah Perkuburan Islam Kg Matang Guntung

Al-Fatihah

Photos from Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung's post 03/08/2022

Pagi-pagi makan roti canai Jamil Pak Tongkol

29/07/2022

"KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN"

Videos (show all)

#kitajagakita #perak

Website