Videos by Persatuan Penduduk Kg Permatang Guntung. Persatuan Penduduk Kampung Permatang Guntung ditubuhkan untuk menjadikan kampung lebih terpelihara.Kemajuan,keselamatan dan kemakmuran akan menjadi agenda utama pertubuhan ini.
#kitajagakita #perak
Dalam 1 tahun 4 Kali Hidup Pindah Randah Dalam Sebuah Kampung
Perjalanan hidup yang berat untuk dilalui.Ketika pandemik COVID-19 melanda negara di tambah musim PKP Abang Mat telah, ibu (uzur) dan adiknya (OKU) di arahkan keluar oleh waris tuan rumah sewa tersebut.Tuan rumah baru sahaja meninggal beberapa bulan yang lalu akibat sakit tua.
Semasa Abang Mat menyewa rumah tersebut beliau telah membaiki rumah hampir RM1500 dengan menggunakan duit simpanannya.Kos tersebut akan di tolak melalui kadar sewa bulanan untuk bulan ke bulan.Tugasan sepenuh masanya adalah menjaga ibu dan adiknya sahaja. Sebelum ini Abang Mat adalah anggota Rela.
Kisah Abang Mat begitu panjang.Niat datang ke kampung ini adalah untuk mengubati ibunya secara tradisional. Tidak mampu utk berulang-alik dari Bagan Datuk ke Permatang Guntung beliau menukar hasrat untuk menyewa rumah berdekatan dengan rumah pengamal perubatan tradisional itu.
Ini kali ke-4 Abang Mat dikeluarkan.Sewa, bil air dan elektrik tidak sesekali Abang Mat tidak pernah tak bayar.Cukup masa pasti dia bayar.
Abang Mat ada juga memohon setapak rumah kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tempat untuk membina rumah bagi menumpang teduh didunia yang sementara.Harap-harap permohonan itu ada tindakan yang sewajarnya
Sementara ini Abang Mat dan sekeluarga menumpang teduh di bilik persatuan. Kami harap sekiranya mana-mana pihak yang berurusan denganya bantulah untuk memudahkan apa jua pemohonan Abang Mat.Kami mengalu-alukan apa jua bantuan kepadanya.
Semoga Abang Mat tabah hadapi ujian ini.
Bersabar lah.
Sebarang Pertanyaan & Whatsap : 0134727071