H+F Design & Construction
Architecture . Interior Design . Renovation
Pada awal tahun 2023, kami telah mengalami satu mimpi buruk. Benda yang paling kami takuti telah terjadi.
Official page, Facebook Personal Admin dan Instagram kami telah digodam. Pelbagai cara telah kami cuba untuk dapatkan kembali, tidak berjaya.
Paling sedih, Follower dan Friends yang kami telah kumpul sejak tahun 2015 hilang sekelip mata.
page H+F Design Studio dengan 6500 Follower
Personal Facebook dengan 500 Friends
Instagram dengan 3000 Follower
Akhirnya kami terpaksa mula dari zero. Bina kembali page yang baru (kini baru mencecah 1100 Follower).
Juga semalam, baru ada keberanian untuk bina semula page Admin aka Designer kami.
Jika anda s**a membaca kisah-kisah di sebalik tabir seorang Designer, s**a-duka seorang Kontraktor dan kisah harian Business Owner, bolehlah follow Page Hady Rashid.
Nora Danish cakap : Kita enjoy!
Projek : Villa @ Kuala Nerus
Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan gambar beberapa ruang yang diberi sentuhan Bata Merah.
Energetik. Bertenaga. Memberi ambience gagah dan maskulin.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer dan builder kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Projek : Bungalow @ Sepang
Lokasi : Sepang, Selangor
Tahun : 2020/2021
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Bagi yang mengikuti kami sejak beberapa tahun yang lepas pasti ingat projek banglo pertama kami di Sepang ini.
Klien inginkan banglo setingkat berkonsepkan Modern Architecture dengan Bumbung Rama-Rama (Butterfly Roof).
Banglo tersebut dilengkapi 3 buah bilik tidur dan tambahan 1 buah bilik tidur tetamu. Ruang Porch yang besar, pelan rumah terbuka dengan Ruang Tamu, Ruang Makan dan ruang Dapur yang moden.
Pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Ruang terasa luas dan lapang.
Beberapa hari yang lepas, klien lama kami ini hubungi kami untuk buat tambahan 2 bilik di Roof Top. Menarik!
Jika berminat, hubungi designer kami.
Hady Rashid
014-846 6406
Projek : Renovation @ Gua Musang
Lokasi : Gua Musang, Kelantan
Tahun : 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : TBC
Proposal untuk Perspektif Luaran bagi projek Renovation @ Gua Musang telah pun kami siapkan.
Kombinasi modern architecture + industrial.
Macamana, mengujakan?
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa follow page kami!
Projek : Renovation @ Ampang Jaya 03
Lokasi : Ampang, Selangor
Tahun : 2024 / 2025
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Beberapa minggu yang lepas, kami memenuhi permintaan seorang potential client dari Ampang Jaya untuk melawat rumah beliau.
Rumah teres dua tingkat (intermediate) sedikit terhimpit oleh jiran kiri dan kanan yang telah buat extension hadapan. Rumah potential client kelihatan sedikit tenggelam dan terperusuk ke dalam.
Klien ingin beri nafas baru kepada facade hadapan dan sedikit extension di bahagian belakang.
Jadi, apa yang kami buat?
Inilah hasilnya! Walau tidak terlalu realistik, tetapi klien dapat lihat bayangan gambaran seakan sebenar dengan skala dan ukuran sama seperti di tapak.
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa follow page kami!
Projek : Renovation @ Gua Musang
Lokasi : Gua Musang, Kelantan
Tahun : 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : TBC
Proposal untuk pelan susunatur bagi potential project Renovation @ Gua Musang telah pun kami hantar kepada klien.
Apa yang klien inginkan?
Rumah asal sedikit kecil dengan ruang yang terhad. Klien inginkan extension tambahan ruang, besarkan ruang Dapur, luaskan Bilik Tidur, tambahan ruang Famili dan ruang TV dan sebagainya. Paling penting ingin berkonsepkan Industrial.
Apa yang keunikan kami cadangkan?
- Ruang tempat letak kereta kami gantikan simen render dengan slab konkrit dihiasi rumput hijau. Ini dapat lembutkan sedikit ruang tersebut.
- Laman hadapan yang kosong, kami cadangkan 'Outdoor Terrace' atau 'Outdoor Sunken Majlis'. Sesuai untuk jiran-jiran datang bertandang belah pagi atau petang. Terlindung dengan bayang-bayang dan dilindungi dari hujan. Paling penting dapat pemandangan 180 darjah Muse Eco Park.
- Ruang Entrance kami hiaskan dengan Rak Kasut di kiri dan hiasan Artwork di dinding depan.
- Ruang Foyer, Living dan Dining kami kekalkan seperti asal cuma alihkan kedudukan Kitchen ke bahagian ruang extension. Kami akan bermain dengan kemasan bata merah, kemasan lantai kayu serta pencahayaan untuk naikkan seri konsep.
- Ruang Guest Bedroom kami besarkan sedikit dan alihkan kedudukan Guest Bathroom ke belakang bagi hasilkan ruang lebih lapang. Guest Bathroom boleh diakses dari ruang Dining dan juga Guest Bedroom tetapi tersembunyi dengan adanya feature wall.
- Bagi mengekalkan privasi, ruang Living & Dining asal didedikasikan sebagai ruang untuk tetamu manakala ruang tambahan Family Area, Island & Kitchen didedikasikan untuk pemilik rumah.
- Antara keunikan untuk pemilik rumah, kami perkenalkan ruang Sunken Family Area yang levelnya sedikit bawah berbanding level lantai asal, bagi memberikan pengalaman ruang berbeza. Ada naik dan turun. Siling juga akan terasa lebih tinggi dan lapang. Kami akan kemaskan lantai dengan gabungan lantai bata merah, kayu dan juga kemasan render simen.
- Hampir keseluruhan ruang Family Area dilengkapi dinding kaca bagi appreciate the best view. Tidak perlu risau dengan cahaya panas matahari kerana arah cahaya matahari terbit dan terbenam adalah 45 darjah bermakna kawasan dinding kaca terlindung dari panas matahari.
- Dilengkapi sebuah kabinet Island, pemilik boleh lakukan aktiviti membakar kek atau biskut di sini dan ruang tersambung dengan Kitchen utama di bahagian belakang. Ruang dapur yang mungkin sedikit tak tersusun terlindung dari pandangan tetamu.
- Di tingkat atas, bilik-bilik asal dipecahkan bagi membuka ruang tengah rumah kepada cahaya dan udara luar.
- Ruang sebelah tangga dijadikan ruang Gallery boleh menempatkan hiasan Artwork atau buku-buku. Terdapat sebuah ruang kecil yang kami spare sebagai lokasi Spiral Staircase sekiranya di masa hadapan klien ingin tambah ruang Attic.
- Ruang bilik tidur utama Master Bedroom kami kekalkan cuma ubah sedikit bahagian facade hadapan. Bentuk ruang juga lebih praktikal dan tidak bersegi-segi.
- Sebuah bilik tidur ditukar menjadi bilik Wardrobe & Laundry bagi memenuhi permintaan klien yang inginkan satu bilik khas menempatkan baju-baju, basuh dan keringkan baju. Semua di dalam satu ruang.
- Tiga bilik tidur Kids Bedroom diberi nafas baru dengan keluasan yang lebih lapang. Kami kekalkan lebar bukaan bilik tetapi panjangkan supaya muat menempatkan katil, meja sebelah katil, almari baju, meja study serta meja mekap. Tak lupa ruang tidak terlalu ketat dan muat untuk solat.
- Bilik air untuk Kids Bedroom sedikit terpisah dari ruang tidur atas permintaan klien. bagaimanapun kami tetap berikan sedikit privasi dan susun ruang tersebut betul-betul bersebelahan.
- Ruang Family Area mendapat pencahayaan dan pengudaraan terbaik dengan adanya Sliding Door sepanjang dinding utama. Dah pasti, ruang ini dapat menikmati pemandangan terbaik Muse Eco Park.
- Ruang terakhir yang tak kurang menariknya ialah Terrace yang dilengkapi bangku-bangku konkrit mengadap Muse Eco Park. Ruang ini boleh juga digunakan sebagai tempat makan-makan BBQ, ruang merokok, atau sekadar lepak-lepak di waktu malam sambil dibuai bayu malam.
Macamana, mengujakan?
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa follow page kami!
Projek : Renovation @ Gua Musang
Lokasi : Gua Musang, Kelantan
Tahun : 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : TBC
Pada tanggal 30/6/2024, kami memenuhi permintaan sepasang suami isteri, potential client, untuk turun ke Gua Musang, Kelantan.
Kami telah berhubung sejak beberapa bulan yang lepas, mencari tarikh yang tepat untuk lawatan tapak. Kebiasaannya, sebelum mula merekabentuk, kami perlu sedikit sebanyak mengkaji tapak bagi menghasilkan rekabentuk yang responsif terhadap sekeliling.
Lokasi yang superb! Betul-betul menghadap Muse Eco Park dan hampir semua ruang mempunyai ‘best view’ menghadap ke batuan seakan-akan di Batu Caves, Selangor atau Tasik Cermin, Ipoh.
Rumah teres dua tingkat (corner lot) yang baru diterima kunci, ingin dibesarkan dan pada masa yang sama ingin ubah facade.
Potential client inginkan konsep industrial dan bare finish.
Kami telah hasilkan pelan susunatur setelah menganalisa tapak dan kemahuan klien. Nanti kami kongsikan dalam posting akan datang.
Doakan semuanya lancar. 🤲🏻
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-8466406
Jangan lupa follow page kami!
Projek : Renovation @ Taman Dagang
Lokasi : Ampang, Selangor
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan beberapa gambar terkini projek Renovation @ Taman Dagang.
Kerja-kerja bumbung dah selesai. Kerja-kerja naikkan dinding bata dah selesai. Kerja-kerja plastering dinding masih diteruskan. Kerja-kerja render lantai juga kini dalam proses. Beberapa hari lagi, kami akan mulakan kerja-kerja kemasan skim dinding dalam.
Paling penting, bentuk bumbung A kini jelas kelihatan. Menarik minat pejalan kaki yang lalu lalang di sekitar tapak.
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa follow page kami!
Projek : Villa @ Gong Badak
Lokasi : Gong Badak, Terengganu
Tahun : 2024 / 2025
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Villa Gong Badak merupakan projek kedua kami di Terengganu.
Terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu, villa ini menonjolkan senibina yang tidak tipikal dan di luar kebiasaan rumah-rumah di Terengganu.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Rumah Utama dan Rumah Tetamu.
Rumah Utama mempunyai dua tingkat merangkumi 1 Bilik Tetamu di Tingkat Bawah, 1 Bilik Tidur Utama dan 2 Bilik Tidur di Tingkat Atas. Kesemua bilik tidur dilengkapi bilik air sendiri.
Rumah Tetamu p**a hanya satu tingkat dilengkapi 3 Bilik Tidur persendirian beserta Ruang Tamu, Ruang Makan serta Ruang Dapur. Seperti sebuah rumah yang lengkap khas untuk tetamu.
Konsep villa ialah Kontemporari, menekankan keterbukaan ruang tetapi pada masa yang sama mengekalkan privasi.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa LIKE dan FOLLOW page kami!
Projek : Villa @ Kuala Nerus
Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan beberapa keping gambar site progress yang diambil pada waktu malam.
Pemilihan lampu yang sesuai boleh memberikan mood dan ambience yang menakjubkan.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer dan builder kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Semalam teman klien buat pemilihan dan pembelian lampu, kipas dan peralatan elektrik.
Kebiasaannya kami akan recommend klien untuk ke House of Lightings, Puchong.
Murah. Banyak pilihan. Rekabentuk lampu / kipas yang moden dan kontemporari.
Tertarik dengan beberapa rekabentuk kipas kayu yang tampak sleek & unik ini, terutamanya gambar pertama.
Pasti beri kelainan dan menaikkan lagi seri sesebuah bilik.
Terbaik!
Projek : Renovation @ Taman Dagang
Lokasi : Ampang, Selangor
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kadang-kadang, semasa projek sedang berjalan, klien mohon ingin tahu bagaimana rupa projek jika pembinaan siap.
Kebiasaannya, memang sebelum mula pembinaan, kami memang ada sediakan gambaran ilustrasi / perspektif 3d.
Namun, ada klien yang tetap inginkan imej bayangan gambaran sebenar.
Jadi, apa yang kami buat? Kami ambil gambar struktur di tapak. Sunting dan hasilkan imej gambaran seakan sebenar menggunakan aplikasi Photopshop.
Inilah hasilnya! Walau tidak terlalu realistik, tetapi klien dapat lihat bayangan gambaran seakan sebenar dengan skala dan ukuran sama seperti di tapak.
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa follow page kami!
Projek di Thailand yang menarik untuk dikongsi. Boleh jadi sumber inspirasi.
Cantik. Kemas. Moden.
Projek : Courtyard House @ Bukit Payong
Lokasi : Bukit Payong, Terengganu
Tahun : 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : TBC
Minggu lepas, kami dihubungi oleh seorang potential client dari Bukit Payong, Terengganu. Kebetulan kami ada turun ke Terengganu untuk melakukan Site Visit, kami dijemput untuk melihat tanah milik beliau.
Tanah merupakan lot banglo (corner lot) di dalam kawasan kampung. Dikelilingi pokok-pokok, hijau dan agak berangin di waktu petang.
Beliau ingin proposal rekabentuk sebuah villa satu tingkat yang sederhana, tidak tipikal rumah Terengganu dan paling penting perlu ada Courtyard.
Juga proposal perlu termasuk satu Bilik Tidur Utama, dua Bilik Tidur Anak-anak, ruang Tetamu, ruang Makan, ruang Dapur dan ruang Laundry.
Kita sahut cabaran ini dan hasilkan susunatur menurut lakaran kasar dari beliau.
Apa keunikan yang ada?
+ Penataan ruang terbahagi kepada 3 ruang utama : Public + Semi Public + Private.
+ Ruang Public ialah ruang Entrance merangkap Beranda tempat lepak di waktu petang, ruang Foyer di mana ia menempatkan Stor simpanan kasut dan juga barang-barang serta bersambung dengan ruang Bilik Air Tetamu (Powder Room) yang tersembunyi di sebalik hidden door.
+ Ruang Semi Public ialah ruang Tamu, ruang Makan dan ruang Courtyard yang betul-betul menjadi jantung villa ini. Ruang Courtyard terbuka ke langit dan menjadi ejen pencahayaan dan pengudaraan yang baik kepada ruang Tamu dan ruang Makan.
+ Ruang Private merangkumi Bilik Tidur Utama (beserta bilik air) dan dua bilik tidur lain yang berkongsi bilik air serta ruang Dapur.
+ Pembahagian ruang yang baik di mana ruang 'public' terpisah daripada ruang 'private' dan bersambung melalui ruang 'semi-public' dapat mengekalkan privasi untuk pemilik.
+ Terdapat beberapa ruang Courtyard digabungkan dengan baik dengan ruang-ruang lain termasuklah ;
'Entrance Courtyard' yang menempatkan pokok besar menyambut tetamu yang datang.
'Living Courtyard' ruang luar rumah ditanam pokok besar beserta padang hijau yang luas. Dikelilingi dengan pagar tinggi dan dapat kekalkan privasi dari orang luar.
'Kids Courtyard' dan 'Dining Courtyard' di bahagian sisi yang lebih tersorok sedikit tetapi secara tidak langsung dapat memberi perasaan ruang terasa lebih luas dan lapang.
'Laundry Courtyard' tempat membasuh dan mengeringkan baju tetapi tersembunyi dan tidak terdedah kepada orang luar.
+ Apa yang menarik, hampir kesemua ruang dilengkapi dengan 'Glass Arch Door' di mana boleh dibuka dan mendapatkan pengudaraan semulajadi atau angin semulajadi.
+ Tidak lupa juga penggunaan pokok-pokok hijau, rumput, pokok renek seperti Helicornea dan pond berbentuk linear sebelah ruang Entrance pasti akan memberi persekitaran yang sejuk dan tidak berbahang.
Macamana? Anda s**akan kelainannya?
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di page.
Projek : Villa @ Petaling Jaya
Lokasi : Petaling Jaya, Selangor
Tahun : 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : TBC
Klien hubungi kami pada bulan Mac tahun 2024.
Beliau dalam proses membeli sebuah tanah beserta banglo lama (corner lot) di Petaling Jaya. Banglo lama tersebut mungkin dibina sekitar tahun 70an atau 80an.
Beliau ingin proposal rekabentuk sebuah villa dua tingkat, berkonsepkan modern architecture + industrial.
5 bilik tidur ensuite (beserta bilik air). Paling penting, beliau menekankan keinginan untuk mempunyai sebuah courtyard besar di bahagian tengah, tersembunyi dari pandangan orang luar.
Kita sahut cabaran ini dan hasilkan susunatur menurut lakaran kasar dari beliau.
Apa keunikan yang ada?
+ Penataan ruang terbahagi kepada 3 ruang utama : Public + Semi Public + Private.
+ Ruang Public ialah Ruang Tamu, Ruang Makan dan Dapur Kering. Kesemua ruang disusun bersebelahan dan merupakan 'open plan' atau susunatur terbuka tanpa dinding.
+ Ruang Semi Public ialah Ruang Courtyard dan Terrace betul-betul di jantung villa ini, di tengah-tengah. Dua ruang ini terbuka ke langit dan menjadi ejen pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
+ Ruang Private merangkumi Bilik Tidur Utama (beserta bilik air) dan empat bilik tidur lain yang juga merupakan ensuite (beserta bilik air).
+ Pembahagian ruang yang baik di mana ruang 'public' terpisah daripada ruang 'private' dengan adanya Courtyard dan Terrace di tengah-tengah dan dapat mengekalkan privasi untuk pemilik.
+ Terdapat satu Ruang Keluarga di tingkat atas yang 'visually connected' kepada ruang Courtyard, Terrace, Bilik Tidur serta dapat intai ke Ruang Tamu yang merupakan 'double volume area'.
+ Apa yang menarik, hampir kesemua ruang dilengkapi dengan 'Sliding Glass Door' di mana boleh dibuka dan mendapatkan pengudaraan semulajadi atau angin semulajadi.
Macamana? Anda s**akan kelainannya?
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di page.
Projek : Villa @ Kuala Nerus
Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan beberapa keping gambar site progress yang diambil pada hujung minggu lepas.
Gazebo kami kini selesai dengan kerja-kerja struktur konkrit. Perlu tunggu beberapa hari untuk konkrit 'cured' dan selepas buka formwork nanti, bolehlah mula naikkan kemasan bata merah.
Agak menarik, Gazebo kelihatan seolah-olah terapung di atas air dengan adanya 'shadow cast'.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer dan builder kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Selamat kembali bekerja! 💪🏻💪🏻💪🏻
Projek : Bungalow @ Shafiniey
Lokasi : Hulu Langat, Selangor
Tahun : 2017
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : N/A
Klien hubungi kami pada penghujung tahun 2017 sekitar bulan November.
Beliau mempunyai sebuah tanah warisan dan ingin membina sebuah banglo moden untuk keluarga kecil beliau.
Apa keunikan yang ada?
+ Penataan ruang yang baik, lapang dan luas ('open plan' di tingkat bawah) dengan berlatarbelakangkan kolam renang.
+ Pembahagian ruang yang baik di mana ruang 'public' terpisah daripada ruang 'private' dan dapat mengekalkan privasi untuk pemilik.
+ Ruang Living Area, Dining Area dan Island mengadap ke kolam renang dan merupakan ruang 'indoor-outdoor' yang terhubung dengan pintu / tingkap kaca. Menjadikan ruang terasa lebih luas dari keluasan sebenar.
+'Swimming Pool' / 'Linear garden' / 'Courtyard' di laman sisi terbuka ke langit memberi pencahayaan dan pengudaraan lebih baik.
+ Terdapat Ruang Dek Kayu terbuka untuk keguanaan tempat solat bersebelahan Kolam Renang.
+ Dapur Basah terpisah dari ruang-ruang lain bagi memastikan lebih privasi dan bau tidak berkepam. Juga bersambung dengan sebuah Courtyard bagi tujuan pengudaraan.
+ Ruang Bilik Tidur Utama dan Ruang Bilik Tidur Tetamu yang luas dan lengkap serta mempunyai pemandangan seolah-olah terapung di atas kolam renang.
+ Ruang Bilik Tidur Anak-anak di tingkat atas dihubungkan dengan jambatan beserta ruang 'double volume'.
+ Terdapat 'skylight' khas di atas tangga memberi pencahayaan tambahan sekaligus menjadikan keseluruhan ruang tidak kusam dan kelam.
Walaupun Designer kami cukup s**akan rekabentuk & susunatur ini, klien tidak teruskan atas alasan tidak selari dengan idea dan imaginasi beliau.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di page.
Projek : Villa @ Kuala Nerus
Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan rekabentuk Gazebo yang kini dalam proses pembinaan.
Tampak seperti sebuah arca atau sculpture. Gazebo ini ditempatkan di penghujung kolam renang; menjadi latarbelakang kepada kolam renang.
Penggunaan material bata merah dan besi berwarna gelap melengkapkan konsep asal keseluruhan pembangunan iaitu Modern Balinese.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer dan builder kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Projek : Renovation @ Taman Dagang
Lokasi : Ampang, Selangor
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan beberapa gambar terkini projek Renovation @ Taman Dagang.
Kerja-kerja naikkan dinding bata telah selesai di sayap kanan. Kerja-kerja plastering telah bermula beberapa hari yang lepas. Kerja-kerja bumbung akan bermula beberapa hari lagi di sayap kanan.
Selain daripada itu, kini kami juga dalam proses membentuk struktur facade A-Frame di bahagian hadapan.
Jika anda berminat untuk membuat renovasi atau ingin memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa follow page kami!
Projek : Villa @ Kuala Nerus
Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan beberapa keping gambar site progress yang diambil pada hujung minggu lepas.
Kemasan Siling Kayu (material Poly) dah pun siap. Kerja pemasangan Siling Kayu dilakukan oleh 3rd party, kami hanya monitor dari segi rekabentuk dan kekemasan.
Boleh rasakan perbezaan ketara antara penggunaan siling plaster VS siling kayu. Dah pasti, harga juga ada perbezaan ketara.
Pada masa yang sama, kerja-kerja tapak Gazebo telah bermula. Kini dalam proses mendirikan struktur konkrit. Harap-harap sebelum Raya Aidilfitri nanti struktur Gazebo sempat siap.
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer dan builder kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Salah satu hasil kerja rekabentuk dan pemantauan kami (Design & Monitoring) sekitar tahun 2021 / 2022.
Ezu Isle di Langkawi.
Beautiful as always.
Projek : Villa @ Kuala Nerus
Lokasi : Kuala Nerus, Terengganu
Tahun : 2023 / 2024
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : H+F Design & Construction
Kami kongsikan beberapa keping gambar site progress yang diambil pada minggu lepas.
Kemasan Bata Merah di dinding dan lantai telah siap sepenuhnya.
3rd party installer kini dalam proses memasang kemasan siling kayu (sebenarnya material poly yang bercorak seakan-akan kayu).
Sementara menunggu fabrication pintu dan tingkap, kami kini membetulkan saki-baki kerja plaster / kerja skim / kerja mengecat yang mana tercedera sepanjang tempoh pembinaan.
Seterusnya di minggu ini kami akan mula bina komponen seperti island di outdoor kitchen dan counter top di bilik master bathroom.
Jika semuanya berjalan lancar, target kami seterusnya ialah mulakan pembinaan Gazebo di hujung swimming pool. Inilah dia permata di projek ini. Nantikan!
Jika anda berminat untuk memiliki villa impian anda sendiri, hubungi designer dan builder kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Projek : Resort @ Pantai Bachok
Lokasi : Bachok, Kelantan
Tahun : 2023
Designer : Hady Rashid Studio
Contractor : Client's Selection
Terkenang kembali pada bulan Mac 2023, kami telah dihubungi oleh seorang potential client dari Kelantan.
Beliau mempunyai sebidang tanah yang mengadap pantai dan ingin membina sebuah resort kecil menggunakan kabin beserta ruang acara dan kolam renang.
Potential client tidak menetapkan apa-apa konsep dan memberi kebebasan kepada kami untuk berimaginasi.
Jadi, apa yang kami cadangkan?
+ Sebuah resort dengan rekabentuk yang 'monumental' atau 'sculptural'. Sesuatu yang gah, grandeur dan menonjol.
+ Konsep yang kami pilih tentulah 'modern architecture' dengan rekabentuk 'cubic'. Kelihatan seperti dua buah kotak gergasi tersusun secara melintang dan menegak.
+ Di dalam kotak gergasi ini, barulah tersusun kabin-kabin dengan sudut 45 darjah bagi memastikan kesemua lima kabin mendapat pemandangan terbaik.
+ Kedudukan kabin-kabin diselangselikan dengan bilik air yang membentuk facade menarik dan tidak membosankan.
+ Bahagian bawah kotak gergasi dibiarkan kosong sebagai tempat sesuai untuk ruang acara atau 'event space'.
+ Cuba bayangkan, bersantai di tepi pantai bersebelahan senibina moden dengan ketinggian 3 tingkat sambil memerhati anak-anak berenang di kolam renang tersedia. Indahnya.
Potential client s**akannya! Tapi hidup ini bukan semua rezeki milik kita. Sampai satu masa, potential client hilang tanpa khabar berita.
Jika anda berminat untuk memiliki resort impian anda sendiri, hubungi designer kami segera untuk perbincangan lanjut.
Hady Rashid
014-846 6406
Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di page.
Dulu semasa bina 'outdoor bath' untuk Ezu Isle Villa dan Villa Nerus, ada yang hairan dan skeptikal.
Ada ke orang nak pakai? Kalau drone lalu macamana? Macamana nak mandi kalau terbuka macam tu? Tak rasa togel ke?
Nah abang belanja beberapa gambar macamana designer hidupkan ruangan bath tub dengan pokok-pokok hijau, batu-bata serta material yang menenangkan.
Tampak terbuka tetapi masih mengekalkan privasi.
Boleh digunapakai di masa hadapan.
Jika anda mencari designer, boleh hubungi kami.
Hady Rashid
014-846 6406
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 18, Jalan BJ/2, Taman Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa
Ampang
68000
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Saturday | 09:00 - 15:00 |
100, Jalan 14D, Kampung Baru
Ampang, 68000
Interior Design Service + Interior Woodwork at direct factory price
11 Jalan Pria , Taman Maluri
Ampang
Ariella Creations has built a locally and internationally acclaimed design firm to create interiors for
Bukit Antarabangsa
Ampang, 68000
We are design & build company for interior design works. Contact us for more details. Link at bio!
Jalan KPAT 1, Kampung Baru Ampang
Ampang, 68000
Harlo. Space Design Based in Klang Valley. Our mainly service : · Interior Design · Space Planning
D-G-10 Springville Residence, Jalan UP 1/1 Ukay Perdana
Ampang, 68000
Design & Build Solutions ID | Renovation | Carpentry Let us help you personalize your design
Ampang, 68000
C.Y.Foo Architect, is an award-winning architectural design studio established in 2004 and have since designed and delivered over 150+ projects across Malaysia and China.
Ampang, 54200
Design&Build your Little Heaven of the Earth �� Renovation, Kitchen,Roofing,ID&Gardens��� Alhmdulillah AllahummaSolliala Muhammad ��
No 18, Jalan BJ/2, Taman Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa
Ampang, 68000
Architecture . Interior Design . Renovation
Ampang
Ampang, 68000
We’re civil contractor company provides civil works, electrical works and maintenance.
Ampang Saujana
Ampang, 68000
About Us : We in ZB Interior only have one vision, its to fulfill your renovation desire at the low
TAMAN UKAY PERDANA
Ampang, 68000
KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN MEMBINA & MENGUBAHSUAI RUMAH DAN MEREKABENTUK HIASAN DALAMAN RUMAH. HUB