Alumni UMK (Rasmi)

Laman sosial Alumni UMK ini diwujudkan bagi tujuan membentuk landasan komunikasi dua hala yang berke

Photos from Alumni UMK (Rasmi)'s post 09/05/2024

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 2024

4 Mei 2023 | Kajang, Kuala Lumpur - Seramai 189 orang Alumni UMK bersama dengan keluarga yang terdiri daripada pelbagai batch dan fakulti telah hadir memeriahkan program Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni UMK 2024. Program ini dianjurkan oleh Seksyen Jaringan Alumni, Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, UMK dengan kerjasama Pertubuhan Alumni UMK.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Mohammad Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Dr. Razman Hafifi Bin Redzuan, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni dan YBrs. Prof. Madya Dr. Tuan Mohd Rosli Bin Tuan Hassan, Presiden Pertubuhan Alumni UMK serta JK Pertubuhan Alumni UMK.

Majlis Rumah Terbuka ini adalah program julung kali diadakan dan merupakan salah satu platform penting bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak UMK dan para alumni. Melalui program ini juga, alumni UMK berpeluang untuk bersua muka dalam suasana berlainan agar mereka dapat merasakan bahawa pihak Universiti masih mementingkan mereka walaupun telah menamatkan pengajian di UMK.

Antara pengisian program kali ini adalah
1. Penyerahan watikan pelantikan Jawatankuasa Pertubuhan Alumni UMK
2. Pelancaran Tabung Sumbangan Alumni
3. Solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UMK
4. Promosi Program Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah UMK - diskaun 20% (terbuka kepada Alumni UMK)
5. Hebahan Program MyCareer@UMK 2024 pada 14 dan 15 Mei 2024 bertempat di UMK Kampus Kota

Alumni yang hadir turut memberi maklumbalas positif dan berharap program ini dapat diteruskan di masa hadapan serta dijadikan sebagai salah satu program tahunan untuk Alumni UMK.

Photos from Alumni UMK (Rasmi)'s post 09/05/2024

PENGLIBATAN ALUMNI UMK DALAM PROGRAM BASIC TRAINING OF FACILITATOR (BToF) 2024

2 Mei 2024 | Pengkalan Chepa, Kota Bharu – Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni melalui Seksyen Kaunseling dan Kerjaya Pelajar dengan kerjasama Pembimbing Rakan Siswa UMK telah berjaya menganjurkan Program Basic Training of Facilitator (BToF) 2024 dengan penglibatan seramai 200 orang peserta dari ketiga tiga kampus UMK.

Program ini telah menjemput alumni UMK iaitu Saudara Ts. Mohd Norhaizzat Naim Bin Mohd Mazlan sebagai salah seorang penceramah jemputan. Saudara Mohd Norhaizzat Naim juga merupakan Setiausaha Kehormat Pertubuhan Alumni UMK.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Razman Hafifi Bin Redzuan, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA).

Photos from Alumni UMK (Rasmi)'s post 09/05/2024

PROGRAM KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK BERSAMA SAUDARA KHAIRUL AFIF BIN YAHYA

26 April 2024 | Sabah – Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) telah mengadakan satu program Kasih Ukhuwah Alumni UMK bersama dengan Khairul Afif Bin Yahya, Alumni tahun 2017. Program ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Razman Hafifi Bin Redzuan, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni dan Encik Mohd Norhafizan Bin Muhammad dari Seksyen Jaringan Alumni.

Khairul Afif Bin Yahya merupakan alumni Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian dan telah bergraduat pada tahun 2017.

Beliau kini merupakan Pegawai Pemasaran di Sime Darby Rent-A-Car Sdn. Bhd. (Hertz International Licensee), sebuah syarikat yang melibatkan perkhidmatan kereta sewa.

Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) mendoakan agar saudara Khairul Afif terus berjaya dalam semua yang dilakukan.

Semoga Terus Maju Jaya Alumni UMK!

Photos from Alumni UMK (Rasmi)'s post 06/05/2024

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM TAHUN 2024

25 – 26 APRIL 2024 | Sabah – Majlis Alumnni UA (MAlumni) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Majlis Alumni UA Tahun 2024 selama dua (2) hari bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semua Pengarah Pusat Alumni Universiti Awam (UA) telah terlibat dalam bengkel tersebut dan turut hadir adalah wakil Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

Antara hasil bengkel tersebut adalah MAlumni akan menganjurkan dua (2) program yang besar iaitu adalah Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024 (MAL’24) pada bulan Ogos 2024 bertempat di Melaka dan Konvensyen Usahawan Alumni UA 2024 pada bulan Oktober 2024 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

02/05/2024

BERITA BAIK UNTUK ALUMNI UMK

Pihak kami membuka pendaftaran terhad kepada 50 alumni terawal untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni UMK.

Daftar segera : https://forms.gle/EsSsmCpJugoBxwig6

[HEBAHAN TERKINI]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan Alumni UMK sekalian.

Julung-julung kalinya Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni dengan kerjasama Pertubuhan Alumni UMK mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni UMK ‼️

UMK akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni UMK untuk menyambut hari raya bersama para Alumni UMK yang berada di Lembah Klang, kawasan sekitar dan seluruh negara.

Kami mengalu-alukan alumni yang berkelapangan untuk bersama-sama bertemu mata dengan wakil UMK serta rakan-rakan lama seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Kantan Villa Event Space, Kajang, Selangor

Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis. Program sampingan juga turut disediakan. Tempat adalah terhad. Mana-mana alumni yang berminat untuk hadir, boleh mengisi form ini untuk pengesahan kehadiran.

Pautan : https://forms.gle/EsSsmCpJugoBxwig6

*terhad kepada 150 orang terawal

Sila ikuti laman sosial kami di pautan dibawah untuk mengetahui program-program menarik dan peluang kerjaya yang akan datang.

https://linktr.ee/alumniumk



Alumni Bersama

26/04/2024

Salam takziah buat keluarga Allahyarham En. Mohd Yusri bin Awang, Mantan Bendahari Universiti Malaysia Kelantan.

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman”

24/04/2024

[HEBAHAN TERKINI]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan Alumni UMK sekalian.

Julung-julung kalinya Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni dengan kerjasama Pertubuhan Alumni UMK mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni UMK ‼️

UMK akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni UMK untuk menyambut hari raya bersama para Alumni UMK yang berada di Lembah Klang, kawasan sekitar dan seluruh negara.

Kami mengalu-alukan alumni yang berkelapangan untuk bersama-sama bertemu mata dengan wakil UMK serta rakan-rakan lama seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Kantan Villa Event Space, Kajang, Selangor

Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis. Program sampingan juga turut disediakan. Tempat adalah terhad. Mana-mana alumni yang berminat untuk hadir, boleh mengisi form ini untuk pengesahan kehadiran.

Pautan : https://forms.gle/EsSsmCpJugoBxwig6

*terhad kepada 150 orang terawal

Sila ikuti laman sosial kami di pautan dibawah untuk mengetahui program-program menarik dan peluang kerjaya yang akan datang.

https://linktr.ee/alumniumk



Alumni Bersama

20/04/2024

Salam takziah buat keluarga Almarhumah Hanis Zulaikha binti Mohd Hanafi, Alumni Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Tahun 2017, Universiti Malaysia Kelantan.

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman”

09/04/2024

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kami warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2024M/ 1445H kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya dan khususnya kepada alumni UMK.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

03/04/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Universiti Malaysia Kelantan mengucapkan tahniah kepada Alumni UMK iaitu Dr. Goh Soon Heng, Alumni Fakulti Perubatan Veterinar, Tahun 2015 atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan di Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

03/04/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Universiti Malaysia Kelantan mengucapkan tahniah kepada Alumni UMK iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Farhan Hanif bin Reduan, Fakulti Perubatan Veterinar, Tahun 2014 atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

02/04/2024

Tahniah diucapkan kepada Dr. Razman Hafifi bin Redzuan, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni atas kenaikan gred Pensyarah Kanan, DS52.

30/03/2024

KEMPEN DERMALAH DIMANA SAHAJA ANDA MAHU!!

Kempen ini dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi menggalakkan derma dimana sahaja anda berada. Kempen ini berlangsung sepanjang bulan ramadan.

Anda derma kami keluarkan sijil. Sila imbas kod QR untuk mendapatkan e-sijil.

Kongsikan / 'share' kepada kenalan untuk sama2 kita berkongsi pahala menderma.

E-sijil akan dikeluarkan selepas Hari Raya Aidilfitri kepada yang menyertai kempen ini melalui emel yang diberikan.

27/03/2024

Assalamualaikum WBT, Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al Quran pada 28 Mac 2024 (Khamis) bersamaan 17 Ramadan 1445H kepada semua alumni dan pelajar UMK.

“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya”. (Hadith riwayat Muslim)

21/03/2024

𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗜𝗡𝗝𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗧𝗣𝗧𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pembentangan Belanjawan 2024

21/03/2024

PROGRAM PETRONAS PROTEGES GEES 2024

Graduate Employability Enhancement Scheme (GEES) adalah satu program yang ditawarkan oleh salah satu syarikat besar di Malaysia iaitu PETRONAS.

Melalui program ini, Alumni UMK yang belum mendapat pekerjaan dan baru menamatkan pengajian berpeluang untuk mengikuti program latihan bekerja 12 bulan dengan syarikat PETRONAS dan menerima elaun bulanan.

Bagi yang berminat untuk mengikuti Program PETRONAS PROTEGES GEES 2024 ini, permohonan boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR di Poster atau pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe2J41obX6hSMDIjNlti7Ze-1TT6OVfE7XgDL9HTIllSYJjDg/viewform

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Program PETRONAS PROTEGES GEES 2024 ini, sila layari laman web PETRONAS Career. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi ruang serta peluang untuk menambahbaik kehidupan seharian.

12/03/2024

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL- MUBARAK TAHUN 2024 MASIHI / 1445 HIJRAH

Seluruh warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa seluruh umat islam di negara ini khususnya kepada semua alumni UMK, staf dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Semoga amalan yang dilakukan di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

07/03/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni mengucapkan tahniah kepada Alumni UMK iaitu Dr. Pavitira a/p Manogaran, Alumni Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Tahun 2017 atas pelantikan sebagai Pensyarah Kanan (DS51) di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Universiti Malaysia Kelantan.

Tahniah dan Selamat Bertugas.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

07/03/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni mengucapkan tahniah kepada Alumni UMK iaitu Ts. Dr. Hasimi Sallehudin, Alumni Pascasiswazah atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Strategik dan Pembangunan) di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah dan Selamat Bertugas.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

05/03/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni mengucapkan tahniah kepada Alumni UMK iaitu Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan @ Jaohari, Alumni Pascasiswazah atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

25/02/2024

Jemputan Ke Sesi Temuduga Terbuka RHB Asset Management Sdn Bhd

RHB Asset Management Sdn Bhd mempelawa anda semua untuk ke sesi temuduga sepertimana butiran di bawah:

TARIKH : 1hb Mac 2024
HARI : Jumaat
MASA : 2.00 pm – 5.00 pm
TEMPAT : Dewan Kijang, Perdana Hotel, Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
SYARAT : Berumur 21 tahun dan ke atas (semua bidang pengajian)

24/02/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Alumni UMK iaitu En. Mohd Fareezman bin Zamzuri, Alumni Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) atas pelantikan sebagai Inspektor Penjara.

Tahniah diucapkan.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

Photos from Alumni UMK (Rasmi)'s post 22/02/2024

PROGRAM JELAJAH ALUMNI UMKPRENEUR BIL.2/2024

21 Februari 2024 | Kota Bharu – Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) telah mengadakan satu program bersama dengan alumni UMK iaitu Program Jelajah Alumni UMKPreneur Bil.2/2024. Program ini merupakan inisiatif untuk membolehkan pihak UMK turun padang bagi melihat sendiri perniagaan yang diusahakan oleh alumni UMK.

Pihak PKKA telah mengadakan lawatan ke sebuah klinik veterinar alumni yang berjaya iaitu Dr. Mohd Hafizie bin Mahadi.

Dr. Mohd Hafizie bin Mahadi merupakan alumni Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), program Doktor Perubatan Veterinar dan telah bergraduat pada tahun 2014.

Dr. Hafizie merupakan Ketua Pegawai Operasi kepada Klinik Haiwan dan Surgeri Vet O Vet yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Klinik ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan berperanan dalam penjagaan haiwan melibatkan konsultasi dan rawatan, penyediaan wad haiwan, pembedahan, pemvaksinan dan panggilan ke rumah.

Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) mendoakan agar alumni UMK iaitu Dr. Mohd Hafizie Mahadi terus berjaya dalam semua yang dilakukan.

18/02/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni mengucapkan tahniah kepada Alumni UMK iaitu En. Ts. Mohd Norhaizzat Naim bin Mohd Mazlan, Alumni Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Tahun 2013 atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah (Ekonomi dan Pelaburan), Unit Sistem Pemantauan & Pelaksanaan Strategik (SPARK),
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Jom kongsikan cerita anda.
• Anda memulakan perniagaan baru ?
• Anda menerima anugerah ?
• Anda dinaikkan pangkat ?
• Anda ingin berkongsi pandangan dan idea anda ?

Kami amat berbangga dan kagum dengan pencapaian alumni UMK. Ceritakan kepada kami perkembangan anda. Emelkan kisah atau idea anda ke Seksyen Jaringan Alumni UMK di alamat emel [email protected]

15/02/2024

HAMPIR 1,000 PELUANG PEKERJAAN DENGAN EASTERN STEEL SDN BHD !!!! 📢📢

Dengan Visi dan Misi untuk memastikan Alumni UMK mendapatkan GAJI PREMIUM. Ruang dan Peluang yang ditawarkan oleh Syarikat Gergasi Kedua Terbesar di Kemaman Terengganu, iaitu Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB).

Eastern Steel Sdn Bhd adalah syarikat Mega dimana HQ berpengkalan di China yang kini berkembang maju, sedang mencari 'POTENTIAL WORKERS', dengan jumlah hampir 1,000 peluang pekerjaan dari pelbagai bidang.

Kriteria Utama Pemilihan adalah mampu yang berkomunikasi dalam BAHASA MANDARIN dengan baik. 🗣️🗣️💬💬

Mana-mana Alumni UMK yang berminat, boleh menghantar resume bersama dokumen sokongan yang diperlukan melalui pautan dibawah:

https://forms.gle/J2m1Zv1ufe2cMc9x6

13/02/2024

Selamat hari lahir kepada Profesor Dr. Fauzilah bt Salleh, Alumni Pascasiswazah Tahun 2011. Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia Kelantan.

Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

10/02/2024

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat cina di Malaysia.

Semoga tahun baru ini membawa tuah, kegembiraan dan kebaikan kepada semua.

Ikhlas dari:
Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni

08/02/2024

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” - Surah Al-Israa’ 17:1

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj 1445H/2024 kepada seluruh umat Islam

05/02/2024

TALENTBANK has announced that UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) has been named one of the Employers’ Choice of Universities in 2024.

04/02/2024

Seluruh Warga Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni mengucapkan tahniah kepada Nursayfaesyah Foo binti Mohd Sayful, Alumni Fakukti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Tahun 2023 kerana menerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan Muda 2023 daripada Kerajaan Negeri Sabah sempena Malam Penghargaan 2023 dan Musikal Suara Dari Hati anjuran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.

Tahniah sekali lagi diucapkan.

Want your university to be the top-listed University in Bachok?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

MEET AND GREET ALUMNI UMK SIRI 2/2022 - PUTRAJAYA25 Jun 2022 | Seramai 70 orang Alumni UMK telah hadir memeriahkan progr...
Sedutan daripada Program Bicara Santai Alumni "Apa Khabar Alumni Kita" pada 07 Julai 2021 bersama Alumni UMK iaitu:-Dr. ...
Sedutan daripada Program Bicara Santai Alumni "Apa Khabar Alumni Kita" pada 20 Mei 2021 bersama Alumni UMK iaitu:-Saudar...
Sedutan daripada Program Bicara Santai Alumni "Apa Khabar Alumni Kita" pada 8 April 2021 bersama Alumni UMKSaudari Mimya...
Sedutan daripada Program Inspirasi Usahawan Alumni Siri II pada 31 Julai 2021 bersama alumni UMK, Saudara Imer Jibril bi...
*7.12.2021] APA KHABAR ALUMNI KITA BICARA SANTAI BERSAMA ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN*
APA KHABAR ALUMNI KITA BICARA SANTAI BERSAMA ALUMNI
Ucapan selamat datang kepada Pelajar Baharu Sesi 2021/2022 ke UMK daripada Alumni UMK.  Ikhlas daripada Saudara Hakimull...
Ucapan selamat datang kepada Pelajar Baharu Sesi 2021/2022 daripada Alumni UMK.  Ikhlas daripada Saudara Mohd Hafizuddin...
Ucapan selamat datang kepada Pelajar Baharu Sesi 2021/2022 daripada Alumni UMK.  Ikhlas daripada Saudara Mohd Norhaizzat...
Rancangan Sembang Santai Alumni UMK
Tips usahawan dari Panel UniSZA, sedutan daripada Forum Inspirasi Usahawan Alumni Siri II, anjuran UMK dan UniSZA dengan...

Telephone

Address


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN Kampus Bachok Beg Berkunci No. 01
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Community Colleges in Bachok (show all)
Pusat Strategik dan Risiko  - PSR UMK Pusat Strategik dan Risiko - PSR UMK
Pusat Strategik Dan Risiko (PSR) Aras 3, Bangunan CanseloriUMK Bachok
Bachok, 16300

- Pembangunan dan Pemantauan Pelaksanaan Pelan Strategik Universiti - Pengurusan Risiko Universiti - Pengurusan Data Strategik Universiti

PERTISA UMK PERTISA UMK
Universiti Malaysia
Bachok

Persatuan ini dikenali sebagai “Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan

Research Management & Innovation Center of UMK Research Management & Innovation Center of UMK
Research Management And Innovation Centre (RMIC), Chancellery Building, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Bachok, 16300

My HEPA UMK My HEPA UMK
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Bachok, 16300

This Page is a compilation of information and events associated with the Office of Student Affairs and Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kolej Vokasional Bachok Rasmi Kolej Vokasional Bachok Rasmi
Bachok, 16300

KV Bachok Official FB

Konservasi Warisan UMK Konservasi Warisan UMK
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Bachok

Konservasi Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.

Assoc. Prof. Ts Dr Anuar Mohd Yusof Assoc. Prof. Ts Dr Anuar Mohd Yusof
Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia
Bachok, 16300