PERTISA UMK

PERTISA UMK

You may also like

Karam Anurag
Karam Anurag

Persatuan ini dikenali sebagai “Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan

20/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharram 1446H.

Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah Takzim daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan semua ahli PERTISA UMK.

Photos from PERTISA UMK's post 09/07/2024

"PERJUMPAAN EXCO PERTISA BERSAMA PENDAFTAR UMK"

09 Julai 2024 - Perjumpaan Exco Pertisa Sesi 2024/2025 bersama Pendaftar UMK, YBrs. Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim (P.J.K) telah diadakan pada 09 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh kesemua exco Pertisa UMK di ketuai oleh Presiden, Ts. Amirul Firdaus Bin Zilah. Perjumpaan ini adalah juga sebagai satu kunjungan hormat keatas Tuan Pendaftar UMK dan memperkenalkan barisan Exco yang baharu bagi sesi 2024/2025.

Banyak perkara dan aktiviti yang telah dibincangkan dan mencapai kata sepakat agar dapat memaksimakan fungsi PERTISA UMK dan memberi manfaat yang jelas kepada semua ahli. PERTISA UMK komited untuk menggalas tanggungjawab sebagai persatuan yang akan menjadi tunjang kepada semua pentadbir UMK.

06/07/2024

“AL-FALAH PEMACU MALAYSIA MADANI"

PERTISA UMK mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1446H kepada seluruh ahli dan semua yang beragama Islam.

26/06/2024

PERTISA UMK mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua Ahli Pertisa yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023. Teruskan kecemerlangan berterusan!

Majlis AnugerahPerkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023
 
Tarikh : 26 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok
Disempurnakan Oleh : YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Pengerusi, Lembaga PengarahUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)

16/06/2024

PERTISA UMK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa untuk semua yang bergelar bapa.

"Terima kasih Ayah."

16/06/2024

PERTISA UMK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H kepada semua. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah s.w.t.

Ikhlas daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).

11/06/2024

PERTISA UMK mengucapkan sekalung tahniah kepada Ts. Wan Azlee Bin Hj. Wan Abdullah di atas Anugerah Khas Prestasi Unggul sempena 100 Hari Kepimpinan Baharu Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI).

Ikhlas daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).

06/06/2024

PERTISA UMK mengucapkan sekalung tahniah kepada En. Faizum bin Ahmad di atas pelantikan jawatan pentadbiran giliran, Menjalankan Fungsi Pengarah Pusat Komputeran & Informatik, UMK bermula 2 Jun 2024.

Ikhlas daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).

Photos from PERTISA UMK's post 16/05/2024

"BENGKEL HALATUJU PERTISA 2024"

16 Mei 2024 - Bengkel Halatuju Pertisa 2024 telah diadakan di Hotel Ibis Style, Kota Bharu melibatkan kesemua Ahli Jawatankuasa PERTISA UMK bagi tahun 2024/2025. Matlamat utama bengkel adalah untuk menetapkan dengan lebih jelas halatuju dan gerak kerja yang perlu dilakukan sepanjang 2024.

Banyak perkara dan aktiviti yang telah dirancang agar dapat memaksimakan fungsi PERTISA UMK dan memberi manfaat yang jelas kepada semua ahli. PERTISA UMK komited untuk menggalas tanggungjawab sebagai persatuan yang akan menjadi tunjang kepada semua pentadbir UMK.

16/05/2024

"Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani."

Ikhlas daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Senua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK.

16/05/2024

Pertisa UMK mengucapkan Tahniah kepada YBrs. Ts. Amirul Firdaus Bin Zilah, Presiden Pertisa UMK kerana terpilih sebagai Ahli Majlis 1, Persatuan Pustakawan Malaysia (2024-2026).

12/05/2024

Selamat Hari Ibu buat semua Ahli Pertisa dan semua yang bergelar ibu.

"Terima kasih ibu, kaulah ratu hatiku."

01/05/2024

“UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2024”

PERTISA UMK menyambut baik inisiatif Kerajaan dalam melahirkan pekerja yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan kemajuan negara.

Di kesempatan ini, PERTISA UMK mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Pekerja 2024" kepada semua pekerja yang mana secara langsung atau pun tidak langsung telah membantu dalam faktor kemajuan negara.

"PEKERJA KESUMA BANGSA"

Ikhlas daripada
PRESIDEN, AHLI JAWATANKUASA DAN SEMUA AHLI PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS UMK (PERTISA)

Photos from Pejabat Pendaftar UMK's post 30/04/2024
26/04/2024

Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Encik Mohd Yusri bin Awang, Mantan Bendahari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman”

Daripada seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan

08/04/2024

SELAMAT HARI RAYA 1445H MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI PERTISA UMK.

PERTISA UMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua Ahli dan semua yang pernah berurusan dengan kami. Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa bersama kita di sepanjang musim perayaan ini.

Di saat kita bersama-sama merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa, mari kita hargai nilai-nilai kasih sayang, kejujuran, dan kebersamaan antara kita. Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama memperkukuhkan ikatan persaudaraan dalam PERTISA UMK.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita semua.

Photos from PERTISA UMK's post 04/04/2024

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGURUSAN TERTINGGI UMK

Kunjungan hormat kepada Pengurusan Tertinggi UMK (Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak, Prof. Dato' Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Prof. Dr. Mohammad Ismail, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, Puan Wan Noor Azimah Wan Muhammad dan Puan Noraini Idris) telah diadakan dari Jawatankuasa Induk PERTISA 2024/2025 yang diketuai oleh Presiden, Ts. Amirul Firdaus B. Zilah sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan kepada Pertisa selama ini.

PERTISA UMK turut menyampaikan sedikit cenderahati Aidilfitri buat Pengurusan Tertinggi UMK sebagai tanda ingatan tulus dan ikhlas dari semua ahli. Hubungan baik PERTISA dan Pengurusan Tertinggi UMK akan menghasilkan impak yang baik dalam pembangunan persatuan secara khasnya dan UMK secara amnya.

Photos from PERTISA UMK's post 02/04/2024

AGIHAN AIDILFITRI 1445H KEPADA AHLI PERTISA UMK

Agihan Kain Pelikat (lelaki) dan Kain Sarung (perempuan) sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H telah dilakukan kepada semua Ahli Pertisa UMK. Agihan ini telah melibatkan 168 ahli dari ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Bachok, Kampus Kota dan Kampus Jeli.

Agihan ini adalah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan kebersamaan kita sebagai Ahli Pertisa UMK.

Photos from MASTI - Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia's post 01/04/2024
27/03/2024

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran dari PERTISA.

11/03/2024

Selamat datang Ramadhan, bulan penuh kasih sayang dan keampunan. Semoga ibadah dan amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima Allah SWT.

Selamat Menyambut Ramadhan kepada muslimin muslimat dari PERTISA.

10/02/2024

Selamat Tahun Baharu Cina 2024 kepada sahabat berbangsa Cina. Semoga diberikan kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan. Gong Xi Fa Cai!

23/11/2023

Assalamualaikum WBH.

PERTISA UMK ingin mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

PERTISA UMK juga ingin menzahirkan harapan yang tinggi agar hal ehwal kebajikan Pentadbir-Pentadbir UMK terus menjadi salah satu agenda penting dalam Hala Tuju Pembangunan UMK sekarang dan di masa yang akan datang, Insya-Allah.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Berkhidmat YBhg. Prof. Dato’ Dr.

Photos from PERTISA UMK's post 29/09/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena Permukiman MASTI 2023 di Kuala Terengganu minggu lepas, buat kali pertama dalam sejarah penubuhan MASTI, MASTI telah berjaya menganjurkan SUKAN MASTI 2023 kali pertama ataupun nama ringkasnya SUKMAS'23.

Terdapat 2 acara sukan yang dipertandingkan iaitu :

1. SUKMAS Tenpin Bowling berpasukan dan individu

2. SUKMAS Kapal Layar

Berikut adalah keputusan rasmi bagi SUKMAS Tenpin Bowling Berpasukan (3 lelaki & 1 wanita) yang telah dimenangi oleh :

1. Johan (Pingat Emas) - Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA)

2. Naib Johan (Pingat Perak) - Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM (PENTAS)

3. Tempat Ke-3 (Pingat Gangsa Bersama) - Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UniSZA (PENGEMUDI)

Dan

Tempat Ke-3 (Pingat Gangsa Bersama) - Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UMT (PERENTAS)

Manakala bagi acara SUKMAS Tenpin Bowling Individu - Lelaki Terbaik p**a telah dimenangi oleh :

1. Johan (Pingat Emas) - Hasbullah Ismail, Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UniSZA (PENGEMUDI)

2. Naib Johan (Pingat Perak) - Mohamad Shahril Hussain, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UKM (PERTADI)

3. Tempat Ke-3 (Pingat Gangsa Bersama) - Mansor Che Din @ Noordin, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA)

Dan

Tempat Ke-3 (Pingat Gangsa Bersama) - Mohd Nazree Abu Bakar, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA)

Bagi acara SUKMAS Tenpin Bowling Individu - Terbaik Wanita p**a telah dimenangi oleh :

1. Johan (Pingat Emas) - Siti Suhaila Mohd Nawi, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA)

2. Naib Johan (Pingat Perak) - Saliza Samad, Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM (PENTAS)

3. Tempat Ke-3 (Pingat Gangsa Bersama) - Suzanah binti Sengoot, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UPNM (PERINTIS)

Dan

Tempat Ke-3 (Pingat Gangsa Bersama) - Syeamarsyeta Ahmad, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UNIMAP (POTENSI)

20/08/2023

Selamat Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2023. Pengorbanan dan usaha anda dalam memajukan pendidikan tinggi amat dihargai. Bersama kita terus perkasa diri kita untuk menjadi pentadbir yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

07/04/2023

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Kami seluruh warga PERTISA ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan 1444H/ 8 April 2023 Masihi.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan Akhirat.

Ya Allah sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran.

22/02/2023

PERTISA UMK mengucapkan Tahniah kepda YBhg. Kolonel (K) Prof. Dato’ Dr. Razli bin Che Razak , Naib Canselor UMK atas pemakaian pangkat Kolonel (Kehormat) dalam Angkatan Simpanan Persekutuan dan dilantik sebagai Komandan PALAPES UMK.

Photos from PERTISA UMK's post 22/02/2023

BACHOK 22 Februari 2023 | ZIARAH PRIHATIN UMK

'Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga', itulah perumpamaan yang boleh diberikan apabila salah seorang ahli keluarga Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Encik Ahmad Bustaman Bin Arifin, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pusat Komputeran Dan Informatik UMK telah selesai menjalani pembedahan kecil 'Inguinal Hernia Repair' di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 19 Februari 2023 yang lalu.

Sehubungan itu, Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas (PERTISA) UMK, Pejabat Pendaftar dan Pusat Komputeran Dan Informatik UMK, telah membuat kunjungan 'ziarah prihatin' ke rumah beliau yang beralamat di Kampung Seneng, Jelawat. Kunjungan tersebut turut dihadiri Presiden PERTISA, Encik Amirul Firdaus Bin Zilah telah menyerahkan sumbangan prihatin kepada Encik Bustaman di rumahnya. Sehubungan ini, Pejabat Pendaftar dan PERTISA akan terus memperkasakan usahasama khususnya untuk sama-sama menjaga kebajikan staf UMK.




Kita Bersama

Photos from Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)'s post 22/12/2022
12/11/2022

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK ( PERTISA ) ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak yang dianugerahkan Darjah Ahli Yang Kehormat Kedua ( Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato' dari Sultan Kelantan, Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Sultan Muhammad V bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-53 bagi tahun 2022.

Want your university to be the top-listed University in Bachok?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

[26.8.2021] BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT
Ucapan YM Raja Shah Erman Raja Arifin selaku Presiden, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI)  semp...

Address


Universiti Malaysia
Bachok

Other Community Colleges in Bachok (show all)
Alumni UMK (Rasmi) Alumni UMK (Rasmi)
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN Kampus Bachok Beg Berkunci No. 01
Bachok, 16300

Laman sosial Alumni UMK ini diwujudkan bagi tujuan membentuk landasan komunikasi dua hala yang berke

Pusat Strategik dan Risiko  - PSR UMK Pusat Strategik dan Risiko - PSR UMK
Pusat Strategik Dan Risiko (PSR) Aras 3, Bangunan CanseloriUMK Bachok
Bachok, 16300

- Pembangunan dan Pemantauan Pelaksanaan Pelan Strategik Universiti - Pengurusan Risiko Universiti - Pengurusan Data Strategik Universiti

Research Management & Innovation Center of UMK Research Management & Innovation Center of UMK
Research Management And Innovation Centre (RMIC), Chancellery Building, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Bachok, 16300

My HEPA UMK My HEPA UMK
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Bachok, 16300

This Page is a compilation of information and events associated with the Office of Student Affairs and Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kolej Vokasional Bachok Rasmi Kolej Vokasional Bachok Rasmi
Bachok, 16300

KV Bachok Official FB

Konservasi Warisan UMK Konservasi Warisan UMK
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Bachok

Konservasi Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.

Assoc. Prof. Ts Dr Anuar Mohd Yusof Assoc. Prof. Ts Dr Anuar Mohd Yusof
Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia
Bachok, 16300