UKM's Social and Economic Transformation Research Cluster
Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi
Social and Economic Transformation Research Cluster
Visi:
Mempromosikan penyelidikan rentas disiplin yang memfokus kepada transformasi sosial dan ekonomi dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa, kepelbagaian diversiti, struktur sosial dan inovasi ekonomi
Misi:
Kluster ini bertujuan mempromosi kajian termaju dan berimpak dalam semua sektor sains sosial dan ekonomi ke arah menghadapi cabaran memperkasakan masyarakat yang makmur. Kluster
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof.Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof. Dr./PM Dr./Tuan/Puan,
*SESI PERKONGSIAN DAN BIMBINGAN GERAN PENYELIDIKAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN SEKTOR AWAM TAHUN 2024*
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Pusat IDEA mempelawa warga UKM ke Sesi Perkongsian Dan Bimbingan Geran Penyelidikan Perakaunan Dan Kewangan Sektor Awam Tahun 2024 adalah dijemput untuk hadir seperti ketetapan berikut:
🗓️: 22 Disember 2023 (Jumaat)
⏰ : 3.00 petang - 4.30 petang
🏢 : Aplikasi Zoom (https://tinyurl.com/ycxp4mre)
Moderator:
YBhg. Profesor Dr. Zulkefly Abdul Karim
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panel 1:
YBrs. Dr. Soliha Binti Sanusi
Pusat Kajian Perniagaan Global & Ekonomi Digital (GLoBDE)
Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panel 2:
Dr. Aziatul Waznah Binti Ghazali
Pusat Kajian Perniagaan Global & Ekonomi Digital (GLoBDE)
Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi, Encik Mohd Nur Hakim Bin Azmi di +603-89118265
Salam hormat.
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof/Datuk/Dr./Tuan/Puan,
Pusat IDEA UKM menerusi Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan (TDT) akan mengadakan Sesi Perkongsian Pengalaman Geran ASEAN IVO 2024 seperti butiran berikut:
🗓️ 15 Disember 2023 (Jumaat)
🕰️ 9:30 - 11:30 pagi
🖥️ Aplikasi ZOOM - http://tinyurl.com/5n7648zb
🧕🏻 Moderator:
YBhg. Prof. Dr. Norbahiah Misran
Peneraju
Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan UKM
🧕🏻 Penceramah:
Prof. Madya Ts. Dr. Wan Mimi Diyana Wan Zaki
Timbalan Dekan (Siswazah)
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)
Penerima Geran ASEAN IVO 2023
Pautan Info Geran ASEAN IVO 2024:
http://tinyurl.com/2p8m58tj
YBhg. Prof/Datuk/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk hadir ke sesi perkongsian ini bagi menyemarakkan lagi inisiatif penyelidikan antarabangsa yang berimpak tinggi universiti. Kehadiran akan direkodkan ke dalam sistem URUSBAKAT UKM.
Sekian, harap maklum.
SESI PERKONGSIAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) KEPENGGUNAAN TAHUN 2024
Pusat IDEA-UKM bersama Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi (TSE) akan menganjurkan Sesi Perkongsian Permohonan Bantuan Kewangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kepenggunaan Tahun 2024 yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 7 Disember 2023 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi – 11:30 pagi
Tempat: Online Zoom Meeting (Pautan Zoom Meeting akan diberikan selepas pra-pendaftaran)
Pra-Pendaftaran: https://tinyurl.com/bdd9mbrb
PENTING:
-Hanya ahli The Malaysian Consumer and Family Economics (MACFEA) seumur hidup sahaja yang boleh menjadi KETUA dalam program yang dicadangkan.
-Keutamaan diberikan kepada yang telah menjadi ahli seumur hidup melebihi SATU TAHUN
-Templat KERTAS CADANGAN PROGRAM/AKTIVITI KEPENGGUNAAN TAHUN 2024 akan diemelkan selepas pengisian borang pra-pendaftaran (https://tinyurl.com/bdd9mbrb)
-Membuat pra-pendaftaran sebelum atau pada 5 Disember 2023 (Selasa) jam 4.00 petang
12 Tema Cadangan Program:
a) Kenaikan harga barang
b) Menangani kos sara hidup
c) Keperluan vs kehendak
d) Keterjaminan sumber makanan
e) Pengurusan dan literasi kewangan
f) Pemakanan sihat
g) Perjanjian plastik global
h) E-dagang
i) Keselamatan barangan
j) Hak tebus rugi pengguna
k) Subsidi dan kesan kepada Pengguna vs Ekonomi Negara
l) Tanggungjawab pengguna terhadap kelestarian alam sekitar
Assalamualaikum Prof./Prof. Madya/Dr.
Dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM melalui Kluster Penyelidikan akan mengadakan sesi bimbingan dan pemantapan kertas cadangan penyelidikan Digital Society Research Grant bagi kitar 2/2023 seperti butiran berikut:
🗓️ : 22 Ogos 2023
⏰ : 10 pagi
🖥️ : Aplikasi ZOOM
(https://tinyurl.com/24hjpyrt)
Meeting ID: 955 5469 5198
Passcode: 076772
🌐 Maklumat geran
https://tinyurl.com/4ea4fh65
Moderator:
Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim
Peneraju Kluster Penyelidikan
Transformasi Sosial dan Ekonomi UKM
Panel 1:
Dr. Azira Khalil
Penerima Geran MCMC 2022
FST USIM
Panel 2:
Dr. Naziatul Aziah
Penerima Geran MCMC 2023
FEP UKM
Sekian, Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof.Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Pusat IDEA mempelawa penyelidik-penyelidik UKM dari bidang sains sosial untuk menyertai sesi sembang santai penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Fasa 2/2023 seperti ketetapan berikut:
🗓️ : 10 Ogos 2023 (Khamis)
⏰ : 9.00 pagi
🖥️ : Secara atas talian ZOOM
Pautan Zoom : https://tinyurl.com/37vznk94
Meeting ID: 942 6413 9055
Passcode: 336217
Panel 1:
YBhg. Prof. Dr. Norbahiah Misran
Peneraju Kluster Penyelidikan
Teknologi Digital dan Terkehadapan
"Perkongsian pengalaman dalam penyediaan permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU)"
Panel 2:
YBhg. Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah
Peneraju Kluster Penyelidikan
Warisan dan Masyarakat Madani
"Kepentingan Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) bagi Bidang Sains Sosial"
Pusat IDEA mempelawa penyelidik-penyelidik yang berminat untuk menyertai Bengkel Panduan Pengisian Instrumen HICoE bagi permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Fasa 2/2023 dan dijemput untuk hadir seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Ogos 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bersemuka (Tempat akan dimaklumkan kemudian)
Pautan Pendaftaran : https://tinyurl.com/4b6yj76y
(Dimaklumkan pendaftaran selewat-lewatnya pada 09 Ogos 2023)
Sebarang pertanyaan sila hubungi, Puan Nor Eloni 03-8911 8263 / Puan Izziati 03-8911 8262.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Fasa 2/2023 telah dibuka pada 1 Ogos 2023 sehingga 1 September 2023.
Borang dan dokumen berkaitan boleh dicapai dalam Laman Web Rasmi IDEA-UKM di https://www.ukm.my/ideaukm dalam seksyen muat turun fail Kumpulan Penyelidikan Universiti Fasa 2/2023 atas imbas kod QR di Poster.
Tahniah kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Zawiah binti Wan Zin @ Wan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 3 tahun berkuatkuasa 10 Julai 2023.
Semoga dengan pelantikan ini dapat merancakkan lagi kerjasama dan aktiviti penyelidikan berkualiti warga UKM.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof.Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof. Dr./PM Dr./Tuan/Puan,
SESI PERKONGSIAN PANDUAN PENGISIAN INSTRUMEN PERMOHONAN PENUBUHAN KUMPULAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI (KPU) - BIDANG SAINS SOSIAL
Pusat IDEA mempelawa penyelidik-penyelidik dari bidang sains sosial yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian panduan pengisian instrument permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) dan dijemput untuk hadir seperti ketetapan berikut:
🗓️ :12 Julai 2023 (Rabu)
⏰ : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
🏢 : Bilik Seminar 19, FEP, UKM
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/GcXfphhstFjXKRQLA
Syarat-syarat pendaftaran sesi perkongsian:
✅Menubuhkan 1 kumpulan (tidak rasmi) terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang
✅Memberi nama kumpulan (tidak rasmi) yang akan ditubuhkan untuk memohon Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU).
Sesi perkongsian yang diadakan ini akan memberikan peluang kepada penyelidik untuk mengetahui lebih jelas tentang pengisian instrumen bagi permohonan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU).
Pusat IDEA
Universiti Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita semua penyelidik UKM dan urus setia penyelidikan PTj dijemput untuk hadir ke Sesi Perkongsian Geran Komuniti Subang Jaya Smart Vibrant (SJSVCG) Tahun 2023 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓️ 6 Julai 2023 (Khamis)
🕰️ 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
🖥️ Aplikasi ZOOM
https://tinyurl.com/8wrf4k6r
Meeting ID: 961 92829134
Passcode: 660951
🌐 Maklumat Geran
https://tinyurl.com/ycksndzz
👩🏻💼 Moderator:
Prof. Dr. Poh Bee Koon
Peneraju Kluster Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Termaju UKM
👨🏻💼 Panel 1:
En. Muhammad Azli bin Miswan
Pengarah Jabatan Korporat & Pengurusan Strategik MBSJ
👨🏻💼 Panel 2:
Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim
Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
Dapatkan segera MAJALAH IMPAK Siri Pertama Tahun 2023 (Edisi Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi) dalam bentuk Digital, terbitan CRIM. Majalah ini juga boleh dicapai di laman web CRIM, https://research.ukm.my/
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diatas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan oleh Prof. Dr. Kamisah Osman, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi selama berkhidmat di Pusat IDEA dalam meletakkan UKM sebagai universiti yang terkehadapan dan dalam usaha membudayakan penyelidikan yang berkualiti di UKM. Selamat maju jaya dan semoga terus memberikan manfaat untuk kecemerlangan UKM.
Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 🌹
8 Mac 2023
Tulus ikhlas,
Seluruh Warga Pengurusan & Kakitangan Pusat IDEA, UKM
Sukacita dimaklumkan Kluster Penyelidikan Pusat IDEA akan mengadakan Sesi Bimbingan Penulisan Kertas Konsep Permohonan Dana APEC bersama Prof. Dr. Sufian Jusoh seperti ketetapan berikut
Tarikh : 27 Februari 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat IKMAS, UKM
*Sila scan barcode untuk urusan pendaftaran dan maklumat kertas konsep yang perlu di bawa semasa sesi diadakan.
Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembimbing/mentor bagi Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran Penyelidikan Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0 yang telah diadakan pada 20 Januari 2023. Seramai 7 orang penyelidik yang mewakili Kluster Penyelidikan masing-masing telah membentangkan draf cadangan. Selamat maju jaya kepada semua pembentang.
JEMPUTAN KEPADA PENYELIDIK UKM
SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PEMBANGUNAN DASAR MASA (MPDP) 2.0
Pusat IDEA melalui Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi (TSE) akan mengadakan sesi bimbingan dan pemantapan kertas cadangan penyelidikan seperti butiran berikut:
🗓️ 20 Januari 2023 (Jumaat)
🕰️ 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
🖥️ Aplikasi ZOOM - akan diedarkan selepas pendaftaran
Penyelidik yang berminat dijemput untuk mendaftar pada pautan https://forms.gle/7fkTZXEA6kWFcwWH7 sebelum 19 Januari 2022 dan penyertaan akan direkodkan dalam URUSBAKAT UKM
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Nor Eloni melalui emel [email protected]
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato' GS. TS. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, atas penganugerahan Contribution to Society sempena The Asia HRD Awards 2022.
Salam Maulidur Rasul 1444 H/2022
"Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran"
JEMPUTAN SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN GERAN THE SUMITOMO FOUNDATION
Pusat IDEA dengan kerjasama Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi dan Kluster Warisan dan Masyarakat Madani akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran The Sumitomo Foundation (Grant for Japan-Related Research Projects) seperti pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 7 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Fizikal/Bersemuka (akan dimaklumkan kemudian)
Penyelidik yang berminat untuk mengikuti program ini perlu mengemukakan deraf kertas cadangan penyelidikan untuk dimantapkan semasa pembentangan tersebut.
Pengesahan kehadiran ke program ini boleh dibuat melalui pautan Google Form https://bit.ly/3S37mBA selewat-lewatnya pada 3 Oktober 2022 (Isnin) jam 4.00 petang untuk tindakan pihak urus setia selanjutnya.
Garis panduan dan lain-lain dokumen geran boleh didapati menerusi Laman web pembiaya dana http://www.sumitomo.or.jp/e/Jare/japanrela.html
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the university
Website
Address
UKM
Bangi
43600
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Level 3, New Administrative Building, Faculty Of Engineering & Built Environment (FKAB), Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
Your Bridge to Germany! We consult & assist you in studying in Germany.
Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Pusat IDEA UKM
Bangi, 43600
Kluster ini ditubuhkan bagi memperkasakan WARISAN dan PERADABAN demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Bangi, 43000
Official Page Economics with Finance Club KUIS
Bandar Baru Bangi
Bangi, 43600
UKM Mechy adalah laman rasmi bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), UKM.
Level 3, Bangunan Wawasan, Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
"studyukm" is an official page created under the supervision of Pusat Kembangan Pendidikan (PKP, UKM
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Darul Ehsan
Bangi, 43600
Kami merupakan pusat pengajian yang mengintegrasikan tiga bidang Pengajian Melayu yang utama, iaitu
Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
Peneraju Transformasi Digital “The Digital Transformation Leader”
Bangi, 43600
Permohonan sambung medic universiti Indonesia/Russia/Mesir/Bangladesh dibuka untuk sesi 2021/22 Le