Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan
We do research and consultancy on health behaviour areas. Also health promotion capacity building.
Semoga cahaya Diwali sentiasa membawa kebahagiaan dalam hidup. Selamat hari Deepavali.
HEALTHY CITY AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
Sertai sesi perkongsian dan perbincangan mengenai Penerapan Behavioural Insights dalam perancangan healthy city di Malaysia, bersama panel Behavioural Insights in Health, Dr Saiful Adli bin Suhaimi (Ketua Unit Behavioural Insight, IPTK, NIH) dan Ms Liyann Ooi (Konsultan Behavioural Insights, WHO Country Office of Malaysia).
Satu sesi taklimat kepada kumpulan Pegawai Pendidikan Kesihatan lantikan baharu telah diadakan pada 21 Oktober 2024 di IPTK. Mereka akan mengikuti kursus Sijil Pascasiswazah Komunikasi Perubahan Tingkah Laku Kesihatan selama enam bulan yang dijalankan secara kolaborasi di antara IPTK dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Dalam tempoh ini mereka akan mengikuti kelas secara teori di IPTK dan UKM manakala fasa kedua selama tiga bulan mereka akan berada di lapangan untuk menjalankan projek berkaitan sains tingkah laku kesihatan. Sesi taklimat ini disampaikan oleh Pengarah IPTK Dr. Manimaran Krishnan bersama Pn. Khairulnissa bt. Abdul Kadir selaku Penyelaras Kursus.
Terima kasih IPTK ucapkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan atas jemputan mengadakan sesi perkongsian berkaitan pendekatan behavioural insights dalam kesihatan. Peserta yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Makanan dari seluruh negara didedahkan dengan konsep cognitive bias, nudges dan choice architecture dalam membangunkan strategi intervensi. Semoga dengan perkongsian ini akan menjadi pencetus kepada perancangan dan pelaksanaan projek behavioural insights dalam konteks keselamatan dan kualiti makanan.
Kami amat berbangga dengan pencapaian ini. Tahniah.
Sesi kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin telah diadakan pada 18 September di Kota Bharu Kelantan. Sesi ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Program Pembentukan Insan Sejahtera Remaja Estet di Tanah Merah, Kelantan. Antara cadangan pengisian program ini termasuklah kesihatan mental, penjagaan kesihatan fizikal serta komponen literasi kesihatan. IPTK diketuai oleh Pengarah, Dr. Manimaran Krishnan diiringi oleh En. Azman bin Ab Rashid dan En. Abu Bakar bin Rahman.
IPTK berbesar hati menerima jemputan daripada ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. untuk mengadakan Latihan Pendekatan Behavioural Insights untuk kesihatan pada 12 dan 13 September 2024 di Cyberjaya. Kami mengharapkan sesi latihan ini dapat membina upaya pengetahuan dan kemahiran menggunakan pendekatan behavioural insights dalam membentuk polisi kesihatan yang lebih berkesan.
Kerjasama strategik di antara IPTK dan Pusat Darah Negara dalam menghasilkan strategi yang lebih efektif dalam usaha mempromosi inisiatif pendermaan darah di Malaysia.
Kami akan mengadakan satu sesi CME berkaitan beberapa kajian tingkah laku kesihatan pada 6 September 2024 (Jumaat). Sesi atas talian ini akan bermula pada jam 10.00 pagi. Anda dijemput untuk mengikuti sesi ini menerusi pautan https://meet.google.com/mqc-ozut-nvj.
Sesi 1: Pn. Komathi a/p Perialathan, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pusat Penyelidikan Komunikasi & Informatik Kesihatan, (IPTK)
Sesi 2: Pn. Nadia Hani Binti Jahaya, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pusat Penyelidikan Survelan Tingkahlaku Berisiko, (IPTK)
Sesi 3: Pn. Logeswary a/p Krisnan , Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pusat Kompetensi & Pendidikan Lanjutan Promosi Kesihatan (IPTK)
Sesi 4: Pn. Zanariah Binti Zaini, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pusat Penyelidikan Intervensi Promosi Kesihatan (IPTK)
Selesai pemantauan di Kampung Pinawantai Ranau, sesi diteruskan untuk melihat suasana lokaliti kajian mengenai tingkah laku pencegahan malaria di Ladang Atlas 4 (Agroland) Lahad Datu. Di sini dapat dilihat dari segi ciri-ciri etnografi yang berbeza dengan lokaliti yang telah dilawati sebelumnya. Hasil diagnosis dari sesi pemantauan ini akan dijadikan asas bagi pembentukan strategi intervensi yang lebih khusus kepada warga komuniti di sini.
Satu sesi perkongsian hasil kajian dari penyelidik IPTK akan bersiaran pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) bermula jam 10 pagi. Klik pautan untuk sertai.
meet.google.com/szu-onwe-pin
Bagi memastikan fasa kajian mengenai tingkah laku pencegahan malaria berjalan lancar Pengarah IPTK, Dr. Manimaran Krishnan bersama-sama penyelidik utama En. Abu Bakar bin Rahman telah meninjau sekitar latihan kepada sekumpulan komuniti di Kampung Pinawantai, Ranau Sabah. Kampung Pinawantai merupakan salah satu daripada 12 lokaliti yang terlibat dalam kajian ini yang telah bermula sejak tahun 2023. Komuniti yang terpilih mengikuti latihan ini akan menjadi ejen perubahan tingkah laku bagi mempromosikan pencegahan malaria berdasarkan analisa data yang telah dijalankan. Antaranya seperti memakai baju lengan panjang, menggunakan repelen, tidur dalam kelambu dan lain-lain yang berkaitan. Pihak Jabatan Kesihatan Sabah telah membangunkan mesej dan bahan pendidikan kesihatan menggunakan pendekatan behavioural insights yang akan diuji semasa intervensi bermula tidak lama lagi. Lawatan turun padang ini juga bertujuan mengenal pasti keperluan logistik yang lain bagi memastikan perancangan kajian berjalan lancar. Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengurus Institut Kesihatan Negara (NIH) Dr. Murizal bin Zainol.
Sektor Promosi Kesihatan JKNSabah
Pasukan kajian berkaitan tingkah laku komuniti dalam pencegahan denggi telah mengadakan sesi ujian rintis bertempat di Pangsapuri Subang Suria, Shah Alam pada 21 Ogos 2024. Sesi ini merupakan sebahagian persediaan prosedur bagi memastikan instrumen dan proses pengumpulan data sebenar berjalan dengan lancar. Kajian ini secara asasnya melibatkan pemahaman dan tindakan komuniti mengenai kawalan denggi menerusi kaedah pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia.
Seramai 40 orang responden telah menyertai sesi ini yang dikendalikan oleh pasukan kajian daripada Pusat Penyelidikan Penentuan Tingkahlaku Kesihatan, IPTK.
Charting Malaysia’s way forward for behavioural insights in health.
Charting Malaysia’s Way Forward for Behavioural Insights in Health Human behaviour significantly influences health outcomes. The Malaysia National Health & Morbidity Survey 20231 highlights some concerning statistics: 95% of adults do not consume enough fruits and vegetables daily. 1 in 3 adults are physically inactive. 1 in 5 adults use to***co.
Satu bengkel telah diadakan bersama wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh Malaysia di Lumut Perak pada 12 hingga 14 Ogos 2024. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membincangkan pelaksanaan kajian berkaitan kesihatan mental dalam kalangan guru. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah IPTK, Dr. Manimaran Krishnan dan En. Mohd. Pilus b. Abdullah dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. Peserta bengkel juga berpeluang mengikuti perkongsian berkaitan halatuju dan dasar program kesihatan mental remaja oleh Dr. Nurashikin bt. Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.
Pada 9 Ogos 2024, IPTK berbesar hati menerima jemputan untuk mengadakan sesi perkongsian mengenai behavioural insights dalam pembentukan polisi kesihatan bersama beberapa warga kerja Protect Health Corporation Sdn. Bhd. Turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, En. Zainal Abidin b. Shariff dan Pengarah IPTK, Dr. Manimaran Krishnan. Sesi ini disampaikan oleh Dr. Saiful Adli b. Suhaimi bersama Pn. Gunasundari Marimuthu dari Unit Behavioural Insights IPTK.
Antara strategi pembangunan dokumen strategik National Blueprint for Behavioural Insights in Health adalah menggunakan kaedah ‘participatory approach’. Penglibatan pemegang taruh dan golongan pakar dalam bidang ini sangat penting dalam memberikan input, penambahbaikan dan mengenal pasti ‘gap’ bagi memastikan strategi yang digariskan adalah relevan dan berupaya mencapai hasil yang dijangka. Pada 6 Ogos 2024 sekali lagi bertempat di The Everly Putrajaya, IPTK dengan kerjasama WHO Country Office for Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore telah mengadakan Bengkel Pembangunan Strategi Behavioural Insights melibatkan lebih 60 peserta dari pelbagai latar belakang seperti agensi kerajaan, agensi United Nations, sektor korporat, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan serta pengamal behavioural insights. Bengkel dimulakan dengan ucapan daripada Dr. Manimaran Krishnan, Pengarah IPTK dan disusuli dengan amanat Dr. Trevor Webb selaku Konsultan Behavioural Insights dari WHO Western Region Pacific Office yang berpusat di Manila. Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan yang mana mereka bersama-sama menyumbang idea berdasarkan bidang keutamaan yang ditetapkan. Mengambil kesempatan ini, Cik Liyann Ooi, Konsultan Behavioural Insights dari WHO Country Office for Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore bersama-sama Dr. Trevor Webb telah mengadakan sesi perkongsian interaktif mengenai behavioural insights bagi memberi kefahaman lebih mendalam khusunya mengenai proses manusia membuat keputusan. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir.
Sesi Townhall mengenai National Blueprint for Behavioural Insights in Health telah diadakan pada 5 Ogos 2024 bertempat di The Everly Putrajaya. Sesi anjuran bersama IPTK dan WHO Country Office for Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pembangunan dokumen strategik behavioural insights dalam kesihatan. Selain itu sesi ini diadakan untuk mendapat maklum balas dan cadangan dari pemegang taruh agar inisiatif menyebarluas pendekatan behavioural insights dapat digerakkan dengan lebih berkesan. Sesi ini telah dihadiri lebih 130 peserta daripada pelbagai kementerian, agensi antarabangsa, pihak korporat, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan pengamal behavioural insights. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan telah hadir merasmikan sesi ini. Turut bersama Dr. Rabindra Abeyasinghe, Datuk Dr. Nor Fariza bt. Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr. Murizal bin Zainol, Pengurus Institut Kesihatan Negara dan Dr. Manimaran Krishnan, Pengarah IPTK. Pihak IPTK mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah hadir dan memberi sumbangan bermakna semasa sesi townhall ini diadakan.
Sejauh manakah pendekatan sains tingkah laku digunakan oleh warga kerja KKM?
Sertai CME NIH 6/2024 hari ini, 8 Ogos 2024 (Khamis), jam 10.00 - 11.00 pagi
Platform : Live Streaming Youtube NIH Ministry of Health Malaysia
Disertakan juga pautan seperti berikut:
PAUTAN Youtube live
https://youtube.com/live/94KzazY3OhQ?feature=share
BORANG KEHADIRAN PESERTA (hanya dibuka semasa CME bersiaran sahaja) https://forms.gle/EVJZBNAveeq8HakT8
BORANG SOALAN https://forms.gle/boA5VYi4rhtfByoW8
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Bangsar
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Jabatan Penyiaran
Bangsar, 50614
Kelab Kebajian dan Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
Bangsar
CRA 是一个得到了各个政府机构支持的奖项 全国消费者行动委员会与贸易和消费者事务部、内政部和消费者仲裁庭、MCMC等部门合作,为企业提供优质的业务联系和资源。
Level 28, Lot 28-01, Tower 2, Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur
Bangsar, 50470
Halaman Facebook Malaysia Healthcare dalam Bahasa Indonesia. Menyediakan informasi tentang wisata kesehatan dan perobatan di Rumah Sakit swasta di Malaysia.
Bangsar
Mission "Preventing and Combating Transnational Crime through a greater nexus and creative policing collaboration" Vision: "Together We Keep This Region Safe"
Bangsar
As the National Mortgage Corporation of Malaysia, Cagamas Berhad (Registration No. 198601008739/157931-A) promotes the broader spread of homeownership and growth of the secondary m...
Lot 2-1-1, Tingkat 1, Kompleks Niaga Utama, Jalan Bangsar Utama 3, Kuala Lumpur
Bangsar, 59100
JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN Platform Melayu untuk Melayu
A-19-13A, Level 19, Tower A, Menara UOA Bangsar. No. 5 Jalan Bangsar Utama 1
Bangsar, 59000
The Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP)