PAS Cawangan Telaga Air

Berita terkini & sensasi .

24/05/2024

انا لله وانا اليه راجعون

Yang kekal hanyalah zat Allah yang maha Esa.

Dukacita dimaklumkan sahabat kami yg mulia YB Nor Zamri Latiff (abang zam) ADUN Sg Bakap baru sahaja kembali ke rahmatullah jam 1.38 t/hari tadi. Semoga Allah ampuni segala dosanya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin

Pulangnya ke pangkuan Robbul jalil pada hari jumaat yang mulia. Kami bersaksi akan kebaikan almarhum sepanjang kehidupan diabadikan untuk kerja2 amal dan kebajikan. Semoga rohnya dihimpunkan bersama para syuhada' dan orang2 soleh.

Photos from PAS Cawangan Telaga Air's post 13/05/2024

Usrah PAS Cawangan Telaga Air
Semoga Islam terus bersinar di bumi bagan

PAS Kawasan Bagan - P.043
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan
Pemuda PAS Pulau Pinang
PAS Pulau Pinang
Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang
Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang

07/02/2024

KULIAH HARAKI PAS BAGAN

TARIKH : 11/2/24
TEMPAT: WARUNG MAKTEH
SEBELAH NASI KANDAR ABOO

TENTATIF:
9.00 AM : MAKAN
10.00 AM : BUKA MAJLIS
(UST YUSOF KHAZALI)
10.05 AM : KULIAH HARAKI
(UST TAUFIQ HUSSIN)
11.00 AM : BERSURAI

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI²

📍Warung Makteh
https://maps.app.goo.gl/FnQc88vHQBsuD9jN7

Photos from PAS Cawangan Telaga Air's post 26/10/2023

https://forms.gle/ebrUgx9svJrTYExc9
PROGRAM DERMA DARAH:
5 NOVEMBER 2023 HARI AHAD

Lokasi 1(SPU):
Pusat Pungajian Darul Hadis
Pokok Machang, Tasek Gelugor
9:00 Pagi - 2:00 Petang

Lokasi 2(SPT):
Aeon Mall, Alma
Bukit Mertajam
10:00 Pagi - 2:00 Petang

Lokasi 3(SPS):
C-Mart, Nibong Tebal
10:00 Pagi - 2:00 Petang

PROGRAM DERMA DARAH:
25 NOVEMBER 2023 HARI SABTU

Lokasi 4(PULAU):
Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Adun Pulau Betung
9:00 Pagi - 2:00 Petang

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang | Dana Kecemasan Gaza 20/10/2023

Ibu ini sedang merangkul jenazah anak lelakinya yang telah pergi mengadap Ilahi. Mati syahid dibom rejim.

Sedih dan pilu.
Itulah yang sedang diratapi Oleh ribuan ibu yang kehilangan anak mereka di Gaza.

Apa yang kita mampu ialah tadahkan tangan berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Sebagai tanda solidariti Yayasan Amal Malaysia telah melancarkan tabung kecemasan untuk disalurkan segera ke Gaza.

Kami membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki dengan rakyat Palestin. Peperangan tidak tahu akan berakhir bila tetapi mereka memerlukan bantuan segera.

Salurkan sumbangan derma melalui akaun Maybank Islamic :
5574 0151 8213
Rujukan : Aqsa.

Keterangan lanjut whatapps : 0134076770

Bayaran terus melalui pautan dibawah:
https://toyyibpay.com/Dana-AlAqsa
https://toyyibpay.com/Dana-AlAqsa

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang | Dana Kecemasan Gaza Infak kepada umat Islam yang yang sedang ditindas di Gaza, Palestin RM

11/10/2023

SOLIDARITI UTKMU PALESTIN

DEMONTRASI AMAN
13 OKTOBER 2023 | SELEPAS SOLAT JUMAAT
MASJID SEBERANG JAYA

KONVOI TAUFAN AL-AQSA
14 OKTOBER 2023 | SABTU
BERKUMPUL JAM 5 PETANG DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA
5.30 PETANG TAYAR GOLEK

📣📣📣 Ayuh Anak Muda !!! Tunjukan Solidariti kita bersama Palestin dan Menentang Penjajah Haram Israel Laknatullah berdekad lamanya.

" Saat Agamamu Dihina, kamu berdiam diri, gantikan pakaianmu dengan kain Kapan "
- Buya Hamka

26/06/2023

*Minda Presiden PAS* ..🤔

*PAS TERUS BERISTIQAMAH* 🌳

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan oleh generasi awal selepas kehilangan negara Islam pada awal abad yang lalu. Penubuhan ini bagi menunaikan perintah *Allah SWT yang mewajibkan* adanya kump**an Islam yang berjuang dan memenuhi ciri-ciri yang telah dinyatakan oleh perintah-Nya:

﴿وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾

“Dan hendaklah ada antara kamu (orang-orang yang beriman) segolongan umat (kump**an) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menyebarkan Islam yang sempurna), menyuruh melakukan segala perkara yang ma‘ruf b(berkebajikan) dan mencegah daripada segala perkara yang mungkar (berkuasa memerintah). Dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah Ali ‘Imran: 104)

Tiga ciri *03* yang menjadi rukun kepada kump**an yang diwajibkan itu ialah:

*1. Berdakwah kepada 'Islam yang sempurna'.*
*2. Berkebajikan.*
*3. Berkuasa melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran*.

Kump**an yang memiliki ciri-ciri ini melangsungkan perjalanan sirah nabawiah yang menjadi teladan dalam menunaikan perintah Allah dan mengikuti petunjuk- Nya, merangkumi marhalah Makkiyyah dan Madaniyyah.
...

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Zulqa‘dah 1444 / 14 Jun 2023

[Bil: 49 / 2023]

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=819289089555167&id=100044222510324

*..perlu baca dan faham.. semoga persoalan apa, kenapa dan bagaimana terjawab..* insya Allah

Minda Presiden PAS

PAS TERUS BERISTIQAMAH

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan oleh generasi awal selepas kehilangan negara Islam pada awal abad yang lalu. Penubuhan ini bagi menunaikan perintah Allah SWT yang mewajibkan adanya kump**an Islam yang berjuang dan memenuhi ciri-ciri yang telah dinyatakan oleh perintah-Nya:

﴿وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾

“Dan hendaklah ada antara kamu (orang-orang yang beriman) segolongan umat (kump**an) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menyebarkan Islam yang sempurna), menyuruh melakukan segala perkara yang ma‘ruf (berkebajikan) dan mencegah daripada segala perkara yang mungkar (berkuasa memerintah). Dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah Ali ‘Imran: 104)

Tiga ciri yang menjadi rukun kepada kump**an yang diwajibkan itu ialah:
1. Berdakwah kepada Islam yang sempurna.
2. Berkebajikan.
3. Berkuasa melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran.

Kump**an yang memiliki ciri-ciri ini melangsungkan perjalanan sirah nabawiah yang menjadi teladan dalam menunaikan perintah Allah dan mengikuti petunjuk-Nya, merangkumi marhalah Makkiyyah dan Madaniyyah.

Ketegasan PAS bersama Islam ialah aqidah perjuangan yang tidak terikat dengan individu atau sesiapa sahaja yang memimpin. PAS istiqamah berpegang teguh dengan kenyataan dalam undang-undang tubuhnya; bahawa hukum tertinggi ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Qiyas yang dikendalikan oleh Majlis Syura Ulamak secara kolektif. Pelaksanaannya p**a diterjemahkan oleh pimpinan PAS Pusat mengikut kebijaksanaan dakwah dan politik semasa yang tidak berpisah serta tidak menghanyutkannya daripada prinsip dan hala tuju perjuangan.

PAS tidak terpengaruh dan tidak berubah dengan kematian atau kehilangan pemimpinnya. Bahteranya tidak boleh ditebuk dan dibocorkan. Pada masa yang sama, PAS bersikap anjal (fleksibel) dalam menangani strategi politik dan situasi yang berubah.

Namun, PAS tidak boleh diselewengkan oleh semua pihak yang cuba mengheret PAS keluar daripada landasannya. Malah, PAS tidak menggesa pihak lain meninggalkan ideologi perjuangan mereka secara paksaan, walaupun ideologi itu dianggap sesat dan menyesatkan.

Kerjasama PAS dengan pihak lain boleh berlaku dalam titik persamaan yang bukan dasar seperti masalah kemanusiaan dan keadilan sejagat. Perbincangan dilakukan dengan pimpinan utama pihak lain, bukan dengan Gurkhanya. Dalam pada itu, PAS tetap mengutamakan pendekatan damai dengan semua pihak dan tidak menyerah kalah terhadap sesiapa.

PAS pernah bekerjasama dengan UMNO, PKR, dan DAP yang paling ekstrem dalam titik persamaan, walaupun berbeza dasar dan pendekatan. Misalnya, perjuangan menentang penjajahan, menentang pencabulan terhadap demokrasi berparlimen, menentang konsep federalisme yang tidak dihormati, dan lain-lain.

Namun begitu, apabila pihak lain menyentuh perkara dasar, aqidah perjuangan, dan hala tuju PAS seperti menegakkan negara Islam dan hukum syariat yang menjadi hak penganut Islam, mahu memaksa PAS kepada konsep perjuangannya yang salah, dan membatalkan mana-mana hukum Islam, maka PAS tidak berganjak sekali-kali. S*kap ini tidak pernah berbeza, walau sesiapa sahaja yang memimpin PAS sejak ia ditubuhkan sehingga kini.

Para pemimpin PAS diberikan kepercayaan oleh semua kump**an yang bergabung menentang penjajah dahulu sama ada kanan ataupun kiri, apabila Dr. Burhanuddin al-Hilmi mengetuai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sehingga diharamkan oleh penjajah. Namun, kump**an Islam tidak terikut-ikut dengan kump**an pelampau kiri dan kanan.

Pada masa Almarhum Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih berada bersama kami, beliau sengaja dijadikan modal politik murahan DAP yang keluar dari Barisan Alternatif (BA), kemudian mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat (PR) kerana gagal memesongkan PAS daripada prinsip dan hala tujunya.

Sejak ditubuhkan sehingga kini, PAS tidak rebah tersungkur walaupun pernah kalah dalam beberapa kali pilihan raya dan jatuh kerajaan negerinya. Malah, bukan sekadar hilang kerusi yang pernah dimenanginya, bahkan pernah dikeluarkan daripada kerajaan pusat.

PAS tidak tenggelam dalam arena gelombang dan gelora politik tanah air. Ahlinya tetap bertambah, cawangannya makin banyak, dan kepimpinannya makin bertenaga. Perkara ini berlaku kerana PAS menghayati firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ٢٤ تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۢ بِإِذۡنِ رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ٢٥﴾

“Tidakkah kamu (wahai Muhammad) memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan tentang kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh, dan cabangnya (menjulang) ke langit. (24) Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu agar manusia selalu beringat (mendapat pelajaran). (25)” (Surah Ibrahim: 24–25)

Kalau dicantas dahan atau rantingnya, tunas yang tumbuh selepas itu akan lebih banyak dan lebih subur. Ahli-ahli baharu tetap bertambah, di samping muncul pemimpin-pemimpin baharu secara tidak dijangka dan tanpa diduga yang datang daripada semua pihak. Mereka tetap menyambung perjuangan yang bertali arus.

PAS berjuang dalam masyarakat majmuk yang memimpin dengan keyakinan kepada janji Allah SWT yang berfirman:

﴿ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“Iaitu orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, (mereka diusir semata-mata) kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanya Allah.’ Dan sekiranya Allah tidak mendorong sebahagian manusia menentang keganasan sebahagian yang lain, nescaya runtuhlah tempat pertapaan dan gereja-gereja (orang Nasrani), rumah-rumah ibadat (orang Yahudi), dan masjid-masjid (orang Islam) yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Dan sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya (agama Islam). Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) Iaitu orang (Islam) yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar. Dan ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan. (41)” (Surah al-Hajj: 40–41)

Perjuangan menegakkan negara masyarakat majmuk yang dijanjikan kemenangan oleh Allah SWT mesti bercirikan:
1. Rabbani (mendirikan solat).
2. Ekonomi yang adil (menunaikan zakat).
3. Berkebajikan (amar ma‘ruf).
4. Berkuasa (nahi munkar).
5. Berwawasan akhirat (percaya adanya balasan Allah).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa semua pihak yang berkuasa pasti akan melakukan paksaan terhadap pihak yang tidak sealiran dengan mereka. Namun, sebaliknya Islam membawa konsep tidak ada paksaan dalam beragama, berbangsa, dan berbahasa. Islam tegas membawa prinsip adil kepada semua dalam keadaan Islam wajib memimpin.

PAS memilih pendekatan demokrasi yang damai kerana Islam mendahulukan pendekatan damai dengan membawa mesej yang mulia, berasaskan petunjuk Allah SWT yang berfirman:

﴿وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ٣٦﴾

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (mengesakan dan mematuhi perintah-Nya) dan dia sendiri mengerjakan amalan soleh sambil berkata, ‘Sesungguhnya, aku adalah daripada orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada Allah).’ (33) Dan tidak sama (kesan dan hukumnya) perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, dan apabila kamu berlaku demikian, maka orang yang bermusuh dengan kamu akan menjadi seolah-olah seperti sahabat karib yang setia. (34) Dan sifat-sifat yang terpuji ini tidak akan diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang bersabar serta tidak juga akan diterima dan diamalkan melainkan bagi orang yang mempunyai bahagian yang besar daripada kebahagiaan di dunia dan akhirat. (35) Dan sekiranya syaitan menghasutmu (dengan sebarang godaan), maka mohonlah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33–36)

Rasulullah SAW ialah teladan yang wajib diikuti. Baginda telah berjaya menyatukan umat Arab yang paling ganas dan hidup berpecah belah, sehingga musuh bertukar menjadi kawan yang setia kerana keikhlasan dan keadilannya. Maka, PAS menolak parti yang sempit dan singkat hala tujunya.

Rasulullah SAW juga menunjukkan teladan yang berjiwa besar dengan meletakkan keutamaan terhadap penyatuan bangsa Arab yang paling keras dalam berpecah belah, apabila Baginda mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai ketika Fathu Makkah, khususnya terhadap orang yang pernah membunuh keluarganya dan sahabatnya yang tersayang.

Akan dikenang dalam sejarah bahawa UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PAS kerana PAS berpegang teguh dengan Islam yang sempurna. Sebaliknya, UMNO memilih DAP kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Exco, dan lain-lain, serta mahu perpaduan Melayu yang kecil antara UMNO dengan PAS sahaja. Keadaan ini menjadikan UMNO tercicir kerana pendekatannya yang salah dan melakukan tindakan bagi menyelamatkan segelintir pihak dengan cara yang terpesong daripada perjuangan asalnya.

Apabila PAS menyertai gerakan perpaduan Melayu, terdapat kalangan yang melakukan provokasi dan mendedahkan sifat buta agama mereka yang lebih berbahaya daripada buta huruf, kerana akibat buta agama akan merana selepas meninggal dunia. Mereka mahu mengheret kepada sifat ‘asabiyyah yang sempit dan jahiliah yang berdendam, bukannya berkasih sayang dan bermaafan. Firman Allah SWT:

﴿وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّٰبِرِينَ١٢٦ وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِي ضَيۡقٖ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ١٢٧ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ١٢٨﴾

“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka balaslah dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tidaklah berhasil kesabaran itu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu berasa sempit dada terhadap apa-apa tipu daya yang dilakukan mereka. (127) Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang yang bertaqwa dan orang yang berbuat kebaikan. (128)” (Surah al-Nahl: 126–128)

Ada p**a kalangan yang cuba membawa isu perkauman dengan mengaitkan PAS, menandakan kejahilan mereka terhadap perbezaan antara kecintaan kepada kaum dengan fanatik perkauman yang tidak ada dalam diri bangsa Melayu yang kuat beragama Islam. Kenyataan yang mendedahkan kejahilan mereka dalam perkara agama Islam.

Hakikatnya, semua rasul menyelamatkan kaum dan bangsa masing-masing. Firman Allah SWT:

﴿وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ٤ وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِ‍َٔايَٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرۡهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٖ٥﴾

“Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat memberikan penjelasan (hukum-hakam Allah) dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberikan hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (4) Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Musa (pada masa lalu) dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada kegelapan kepada cahaya dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.’ Sesungguhnya, perkara ini mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (5)” (Surah Ibrahim: 4–5)

Ini termasuklah Nabi Muhammad SAW yang menjadi rasul kepada seluruh manusia yang memulakan dakwah dengan perintah Allah SWT:

﴿وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ٢١٤﴾

“Dan berikanlah peringatan dan amaran kepada kerabatmu yang terdekat.” (Surah al-Shu‘ara’: 214)

Tambahan p**a, semua rasul berdoa:

اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَ.

“Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada kaum dan bangsaku, kerana sebenarnya mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenar.”

Allah SWT juga berfirman:

﴿لَّا تَجِدُ قَوۡمٗا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوۡ كَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٰنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَهُمۡۚ أُوْلَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٖ مِّنۡهُۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّاتٍ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ رَضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ أُوْلَٰئِكَ حِزۡبُ ٱللَّهِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ٢٢﴾

“Kamu (wahai Muhammad) tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa, anak, saudara, atau keluarga mereka sendiri. Mereka (yang setia) itulah orang yang dalam hati mereka telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Lalu dimasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun berasa puas (serta bersyukur) akan ni‘mat pemberian-Nya. Merekalah golongan (para pendukung agama) Allah. Ingatlah, sesungguhnya, para pendukung (agama) Allah itulah orang yang berjaya.” (Surah al-Mujadalah: 22)

Allah SWT menegaskan sempadan menyelamatkan kaum dan bangsa yang dikasihi bersama Islam serta meletakkan Islam adalah lebih penting dan diutamakan daripada bersama kaum yang menentang Islam. Maka, jangan membuat kenyataan sewenang-wenangnya, nanti akan mendedahkan kejahilan dan kebodohan agama p**a. Allah SWT memberikan peringatan:

﴿وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا٣٦﴾

“Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan, serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (Surah al-Isra’: 36)

Maka, PAS menolak DAP yang ekstrem sekular dengan ‘Malaysian Malaysia’nya kerana nyata pegangan itu menyanggah Islam, dan menolak UMNO yang meninggalkan perjuangan asalnya, serta menolak semua komponen parti Pakatan Harapan (PH) dan yang sewaktu dengannya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Zulqa‘dah 1444 / 14 Jun 2023

[Bil: 49 / 2023]

22/06/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/06/22/apa-erti-negeri-makin-membangun-sedang-rakyat-terusir/
.sasarannya ialah Daerah Barat Daya yang majoritinya komuniti masyarakat Melayu bakal terkesan. Demografi penduduk juga bakal berubah dengan kemasukan projek-projek mega dan mewah itu.
.komuniti masyarakat Melayu dan rakyat marhaen semua kaum terpaksa angkat bungkus ke mana? Tak tahulah!
. *penipuan bersiri oleh pemimpin Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang* .

Apa yang dilihat, pemimpin kerajaan bertindak seperti *scammer kepada rakyat* sendiri. Itu bukannya politik pemimpin, sebaliknya *politik penjajah* .

“ *Penang Jom Kalih* ”

Photos from Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang - BKA's post 18/06/2023
Photos from PAS Cawangan Telaga Air's post 17/06/2023

PAS Taiping dan PAS Bagan telah menjalinkan kerjasama dalam memenangkan Calon PN di Parlimen Bagan

Photos from Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat's post 26/01/2023

BAKAR AL-QURAN : JANGAN CABAR KESABARAN UMAT ISLAM

1. Dunia sekali lagi dikejutkan dengan sikap biadab ahli politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan yang secara sengaja mencetus amarah umat Islam dengan membakar kitab suci Al -Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Sweden pada Ahad.

2. Insiden itu satu lagi provokasi jahat yang memaparkan sikap sebenar pihak Barat yang anti Islam malah dengan sengaja mencetus amarah agar ada tindak balas oleh umat Islam, dan kemudiannya apabila ada tindakan balas maka yang dilabel pengganas adalah Islam. Ini satu lagi gambaran Islamofobia yang Barat cipta demi memburukkan Islam.

3. Bagi PAS, ia satu tindakan yang keterlaluan dan biadab malah menunjukkan wajah sebenar pihak berkenaan yang anti Islam.

4. Kami menggesa pihak Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Wisma Putra segera menghantar nota bantahan dan gesaan agar tindakan sewajarnya dikenakan ke atas perlakuan ekstrem ahli politik Sweden itu.

5. Kami juga melahirkan kebimbangan andai ada tindakan balas yang tidak diingini angkara insiden bakar Al-Quran ini oleh pihak yang marah dengan kebiadaban tersebut.

6. Selain itu kami juga menyeru agar seluruh negara Islam mengecam tindakan tersebut yang dilihat sengaja mencemar kesucian Islam dan menyemarakkan api permusuhan.

7. Kami menyeru seluruh umat Islam di negara ini turut hadir ke Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam oleh ahli politik Sweden di Masjid KLCC pada 27 Januari ini (Solat Jumaat diikuti perarakan ke Kedutaan Sweden).

“Malaysia Sejahtera”

YB Ir. Ts. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

3 Rejab 1444 | 24 Januari 2023
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=563340915833181&id=100064718314834&mibextid=Nif5oz

31/10/2022

RASULULLAH SAW bersabda:

‌لَا ‌يُلْدَغُ ‌المُؤْمِنُ ‌مِنْ ‌جُحْرٍ ‌وَاحِدٍ ‌مَرَّتَيْنِ.

“Tidak sepatutnya seorang yang beriman, disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang (yang sama).” (Riwayat al-Bukhari 6133 dan Muslim 63)
Tidak jatuh lubang berulang kali
https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/19/jangan-mudah-lupa-sehingga-ditipu-berulang-kali/

30/10/2022
30/10/2022

_..suatu masa dahulu.._ .Islam diangkat oleh Hizbul Muslimin dan dijunjung menurut al-Quran dan Sunnah, sehinggalah diharamkan British. *Umno takut dan tidak mahu meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya* , maka Umno ditinggalkan oleh ulamak yang bersekutu dengannya, lalu _tertubuhlah_ PAS, satu *jemaah yang benar-benar dan sanggup mempertahankan Islam* .
*Allah hu Akbar*.sebesar mana perubahan, sehebat mana pertempuran, ia langsung tidak menggugat prinsip asas PAS, iaitu mendaulatkan Islam...PAS tidak pernah takut, kesal, malu mahupun kisah dengan segala cercaan, kutukan dan hinaan kerana membawa perjuangan Islam...Pemerintahan, kebajikan, dakwah, tarbiyah, politik, NGO, semua dikepilkan bersama Islam. *Islam bagai nyawa kepada seluruh aktiviti PAS..* . *PAS tidak pernah malu dan takut membawa Islam, malah amat bangga* ...PAS, menerusi Islam, telah mengeluarkan Menteri, Menteri Besar, pegawai-pegawai yang berintegriti, beramanah, menepati janji dan dipercayai semua..semoga diberi kekuatan istiqamah bersama perjuangan yang mendaulatkan “ *Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya* .” (Hadis riwayat al-Baihaqi) .insya Allah
https://harakahdaily.net/index.php/2022/10/29/prinsip-pas-kekal-bangunkan-negara-bangsa-dengan-islam/

08/07/2022

*DOA ARAFAH*

*Assᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ.* Doa DI Hᴀʀɪ Aʀᴀғᴀʜ. Sᴜᴅᴀʜᴋᴀʜ ᴀɴᴅᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴀᴛ sᴇɴᴀʀᴀɪ ᴅᴏᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴀʜᴜ ᴀɴᴅᴀ ᴘᴏʜᴏɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ *Aʟʟᴀʜ?* Bᴇʀɪᴋᴜᴛ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴅᴏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀɴᴅᴀ ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴀsᴜᴋᴋᴀɴ ᴅᴀʟᴀᴍ sᴇɴᴀʀᴀɪ ᴀɴᴅᴀ, IɴsʜᴀᴀAʟʟᴀʜ:

1. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Kᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴʟᴀʜ ᴘᴀᴅᴀᴋᴜ Kᴇᴊᴀʏᴀᴀɴ ᴛᴇʀʙᴇsᴀʀ - sᴇʟᴀᴍᴀᴛ ᴅᴀʀɪ ᴀᴘɪ ɴᴇʀᴀᴋᴀ ᴅᴀɴ ᴍᴀsᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ Fɪʀᴅᴀᴜs.

2. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Mᴀsᴜᴋᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀᴋᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀɪᴍᴀɴ, ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴᴇʀɪᴍᴀ ᴋɪᴛᴀʙ ᴀᴍᴀʟ ᴅɪ ᴛᴀɴɢᴀɴ ᴋᴀɴᴀɴ ᴋᴀᴍɪ.

3. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Kᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴʟᴀʜ ᴘᴀᴅᴀᴋᴜ ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴅɪʙᴇʀᴋᴀᴛɪ. Iᴢɪɴᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴍᴇɴɢᴜᴄᴀᴘᴋᴀɴ sʏᴀʜᴀᴅᴀʜ sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴀᴋᴜ ᴍᴇɴɢʜᴇᴍʙᴜsᴋᴀɴ ɴᴀғᴀs ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀ. Kᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴʟᴀʜ ᴘᴀᴅᴀᴋᴜ sʏᴀғᴀᴀᴛ Rᴀsᴜʟᴜʟʟᴀʜ (SAW).

4. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Mᴀsᴜᴋᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴀʟᴀɴɢᴀɴ Rᴀsᴜʟᴜʟʟᴀʜ (SAW), ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀɴʏᴀ ᴅᴀɴ ᴘᴀʀᴀ sᴀʜᴀʙᴀᴛ ᴅɪ Sʏᴜʀɢᴀ Fɪʀᴅᴀᴜs.

5. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ʀᴀᴋᴀɴ-ʀᴀᴋᴀɴ ʙᴜᴋᴀɴ Isʟᴀᴍ ᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ɴᴇʀᴀᴋᴀ. Kᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʜɪᴅᴀʏᴀʜ Isʟᴀᴍ.

6. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Sᴀᴛᴜᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ Sʏᴜʀɢᴀ Fɪʀᴅᴀᴜs ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴏʀᴀɴɢ-ᴏʀᴀɴɢ ʏᴀɴɢ ᴀᴋᴜ sᴀʏᴀɴɢɪ sᴇᴍᴀᴛᴀ-ᴍᴀᴛᴀ ᴋᴇʀᴀɴᴀMᴜ.

7 *Yᴀ Rᴀʙʙ,* Sᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴋᴀɴ ᴀɢᴀᴍᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ ɪʙᴀᴅᴀᴛᴋᴜ. Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ ᴋᴇᴊᴀʜᴀᴛᴀɴ ᴅᴀɴ ɪᴢɪɴᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴍᴇɴʏᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴋᴀɴ sᴇʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ ᴀɢᴀᴍᴀᴋᴜ.

8. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Tᴇʀɪᴍᴀʟᴀʜ ᴀᴍᴀʟᴀɴ ʙᴀɪᴋᴋᴜ ᴅᴀɴ ᴛɪɴɢᴋᴀᴛᴋᴀɴ ᴘᴀʜᴀʟᴀ ᴅᴀɴ ʀᴀʜᴍᴀᴛ ᴜɴᴛᴜᴋᴋᴜ. Pᴀᴅᴀᴍᴋᴀɴ ᴅᴏsᴀ-ᴅᴏsᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ ᴀᴍᴘᴜɴᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ sᴇᴘᴇɴᴜʜɴʏᴀ. Lɪᴍᴘᴀʜɪ ʀᴀʜᴍᴀᴛMᴜ ᴜɴᴛᴜᴋᴋᴜ ᴅᴀɴ sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ᴋᴇʜɪɴᴀᴀɴ ᴘᴀᴅᴀ ʜᴀʀɪ ʜɪᴛᴜɴɢᴀɴ ᴀᴍᴀʟ.

9. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Aᴘᴀʙɪʟᴀ ᴀᴋᴜ ᴍᴀᴛɪ, ʙɪᴀʀʟᴀʜ ᴊɪᴡᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ ʀᴇᴋᴏᴅ ᴀᴍᴀʟᴀɴᴋᴜ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴀᴍᴀʟᴀɴ ᴛᴇʀᴛɪɴɢɢɪ

10. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Kᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ, ɪʙᴜ ʙᴀᴘᴀᴋᴜ, ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ᴅᴀɴ ᴀɴᴀᴋ-ᴀɴᴀᴋᴋᴜ ʙɪᴍʙɪɴɢᴀɴ, ᴋᴇᴛᴀʙᴀʜᴀɴ ᴅᴀɴ ᴘᴇɴɪɴɢᴋᴀᴛᴀɴ Iᴍᴀɴ.

11 *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Mᴀsᴜᴋᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ ʏᴀɴɢ Eɴɢᴋᴀᴜ ʟɪɴᴅᴜɴɢɪ, ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛ ᴘᴇɴɢᴀᴍᴘᴜɴᴀɴ Mᴜ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛ ɴᴀᴜɴɢᴀɴ ᴘᴀᴅᴀ ʜᴀʀɪ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴀᴅᴀ ɴᴀᴜɴɢᴀɴ sᴇʟᴀɪɴ ᴅᴀʀɪ AʀᴀsʜMᴜ.

12. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* ᴛɪɴɢᴋᴀᴛᴋᴀɴ ᴋᴇʏᴀᴋɪɴᴀɴ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴡᴀᴋᴋᴀʟᴋᴜ ᴘᴀᴅᴀMᴜ. Jᴀɴɢᴀɴʟᴀʜ ᴀᴅᴀ ᴋᴇʀᴀɢᴜᴀɴ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴇᴘᴇʀᴄᴀʏᴀᴀɴᴋᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴇᴇsᴀᴀɴMᴜ, ᴋᴇʜᴇʙᴀᴛᴀɴMᴜ ᴅᴀɴ ᴋᴇᴋᴜᴀsᴀᴀɴMᴜ.

13. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Tɪɴɢᴋᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴋᴇᴄɪɴᴛᴀᴀɴᴋᴜ ᴜɴᴛᴜᴋ Mᴜ ᴅᴀɴ NᴀʙɪMᴜ (SAW).

14. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Aᴍᴘᴜɴɪʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ ᴛɪɴɢᴋᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴋᴜʀɴɪᴀɴ Rᴀʜᴍᴀᴛ ᴅᴀɴ RᴇᴢᴇᴋɪMᴜ.

15. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Bᴇʀɪʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ʟᴇʙɪʜ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴘᴇʟᴜᴀɴɢ ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴇʀʙᴜᴀᴛ ʙᴀɪᴋ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛ ᴋᴇʀᴇᴅʜᴀᴀɴᴍᴜ.

16. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Sᴜᴄɪᴋᴀɴ ɴɪᴀᴛᴋᴜ ʜᴀɴʏᴀ ᴜɴᴛᴜᴋMᴜ sᴇᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ʟɪɴᴅᴜɴɢɪ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ᴍᴇɴᴜɴᴊᴜᴋ-ɴᴜɴᴊᴜᴋ ᴀᴛᴀᴜ ᴋᴇʙᴀɴɢɢᴀᴀɴ ᴘᴀʟsᴜ. Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ sɪғᴀᴛ ᴀɴɢᴋᴜʜ, sᴏᴍʙᴏɴɢ, ᴍᴇɴᴜɴᴊᴜᴋ ɴᴜɴᴊᴜᴋ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴɢᴜɴɢᴋɪᴛ ᴜɴɢᴋɪᴛ ɴɪᴋᴍᴀᴛ.

17. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Jᴀɴɢᴀɴ ʙɪᴀʀᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ sᴇɴᴅɪʀɪᴀɴ. Bᴇʀᴋᴀᴛɪ ᴀᴋᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴀsᴀɴɢᴀɴ ʏᴀɴɢ sᴇsᴜᴀɪ ᴅᴀɴ ᴀɴᴀᴋ-ᴀɴᴀᴋ ʏᴀɴɢ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴘᴇɴʏᴇᴊᴜᴋ ᴍᴀᴛᴀᴋᴜ.

18. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Jᴀᴅɪᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ᴏʀᴀɴɢ-ᴏʀᴀɴɢ ʏᴀɴɢ sᴀʙᴀʀ ᴅᴀɴ ᴘᴀᴛᴜʜ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀMᴜ ᴅᴀɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɪʙᴜ ʙᴀᴘᴀᴋᴜ.

19. Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ Fɪᴛɴᴀʜ Dᴀᴊᴊᴀʟ.

20. Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ᴀᴢᴀʙ ᴋᴜʙᴜʀ ᴅᴀɴ ᴀᴢᴀʙ ᴀᴘɪ ɴᴇʀᴀᴋᴀ.

21. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Tɪɴɢᴋᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴜsᴀʜᴀᴋᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴇʀᴊᴀ-ᴋᴇʀᴊᴀ Sᴀᴅᴀᴋᴀᴛᴜʟ Jᴀʀɪᴀʜ.

22. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Bᴇʀᴋᴀᴛɪ ʜɪᴅᴜᴘᴋᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋᴇsɪʜᴀᴛᴀɴ ʏᴀɴɢ ʙᴀɪᴋ, ᴀɢᴀʀ ᴀᴋᴜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ʙᴇʀsᴜᴊᴜᴅ ᴘᴀᴅᴀᴍᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴍᴜᴅᴀʜ sᴇʜɪɴɢɢᴀ ᴀᴋʜɪʀ ʜᴀʏᴀᴛᴋᴜ.

23. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Lɪɴᴅᴜɴɢɪ ᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ sᴇʟᴜʀᴜʜ ᴜᴍᴀᴛ Isʟᴀᴍ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴍᴇɴᴇɴᴛᴀɴɢ ᴘᴇɴɪɴᴅᴀs-ᴘᴇɴɪɴᴅᴀs ʏᴀɴɢ ᴢᴀʟɪᴍ. Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴋᴀᴍɪ ᴅᴀʀɪ ғɪᴛɴᴀʜ ᴅᴀɴ ᴘᴇʀᴍᴜᴅᴀʜᴋᴀɴʟᴀʜ ʙᴀɢɪ ᴋᴀᴍɪ ᴍᴇɴɢʜᴀʀᴜɴɢɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʏᴀɴɢ sᴜᴋᴀʀ ɪɴɪ.

24. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Bᴇʀᴋᴀᴛɪ ʜɪᴅᴜᴘᴋᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀʙᴀɪᴋ ᴅɪ ᴅᴜɴɪᴀ ɪɴɪ, ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀʙᴀɪᴋ ᴅɪ ᴀᴋʜɪʀᴀᴛ ɴᴀɴᴛɪ ᴅᴀɴ sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ᴀᴘɪ ɴᴇʀᴀᴋᴀ. Sᴇsᴜɴɢɢᴜʜɴʏᴀ ᴀᴋᴜ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴇʀʟᴜᴋᴀɴ ᴋᴜʀɴɪᴀᴀɴ ᴅᴀʀɪMᴜ Yᴀ Aʟʟᴀʜ.

25. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Tɪɴɢᴋᴀᴛᴋᴀɴʟᴀʜ ᴋᴇsʏᴜᴋᴜʀᴀɴᴋᴜ sᴇᴍᴀᴛᴀ-ᴍᴀᴛᴀ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀMᴜ.

26. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴅᴀʀɪ ᴋᴇᴍᴜɴᴀғɪᴋᴀɴ.

27. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Iᴢɪɴᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ sᴜᴀᴍɪᴋᴜ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴀɴᴛᴀʀᴀ ᴊᴇᴍᴀᴀʜ ᴍᴇɴᴜɴᴀɪᴋᴀɴ Hᴀᴊɪ sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴋᴀᴍɪ ᴅɪᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ᴏʟᴇʜMᴜ.

28. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Lɪɴᴅᴜɴɢɪ ᴋᴀᴍɪ ᴅᴀʀɪ sʏᴀɪᴛᴀɴ, ᴊɪɴ ᴅᴀɴ ᴀʀᴀᴋ. Lɪɴᴅᴜɴɢɪ ᴋᴀᴍɪ ᴅᴀʀɪ ᴘᴇʀʙᴜᴀᴛᴀɴ ᴊᴀʜᴀᴛ ᴅᴀɴ ɴɪᴀᴛ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ.

29. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Aᴍᴘᴜɴɪ ᴅᴀɴ ʙᴇʀɪʟᴀʜ ʀᴀʜᴍᴀᴛ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ɪʙᴜ ʙᴀᴘᴀ ᴋᴀᴍɪ, ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴍᴇɴᴊᴀɢᴀ ᴋᴀᴍɪ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ᴋᴀᴍɪ ᴍᴀsɪʜ ᴋᴇᴄɪʟ.

30. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Aᴋᴜ ʙᴇʀᴅᴏᴀ ᴅᴀɴ ᴍᴇᴍᴏʜᴏɴ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀᴍᴜ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴɢᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴ ʙɪᴍʙɪɴɢᴀɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ ᴅᴀɴ ᴜᴍᴀᴛ Isʟᴀᴍ. Sᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴋᴀᴍɪ sᴇᴍᴜᴀ ᴅᴀʀɪ ᴋᴜғᴜʀ, ᴘᴜᴛᴜs ᴀsᴀ, sᴀʟᴀʜ ʟᴀᴋᴜ ᴅᴀɴ sʏɪʀɪᴋ.

31. *Yᴀ Aʟʟᴀʜ,* Bᴇʀɪᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴋᴇᴋᴜᴀᴛᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇʟᴀᴡᴀɴ ᴋᴇᴍᴀʟᴀsᴀɴ ᴅᴀɴ ᴛɪᴅᴜʀ, sᴇᴍᴏɢᴀ ᴀᴋᴜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ʙᴀɴɢᴜɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴛᴀʜᴀᴊᴊᴜᴅ ᴅᴀɴ sᴏʟᴀᴛ sᴜʙᴜʜ sᴇᴛɪᴀᴘ ʜᴀʀɪ.

*Sᴇᴍᴏɢᴀ Aʟʟᴀʜ SWT ᴍᴇɴɢᴜᴍᴘᴜʟᴋᴀɴ ᴋɪᴛᴀ sᴇᴍᴜᴀ ᴅᴀʟᴀᴍ sʏᴜʀɢᴀ Aʟʟᴀʜ SWT ʙᴇʀsᴀᴍᴀ Rᴀsᴜʟᴜʟʟᴀʜ SAW.*

*Aᴀᴍɪɪɴ...*

Hentikan 'prank' yang menjatuhkan maruah wanita Islam 07/07/2022

https://harakahdaily.net/index.php/2022/07/06/hentikan-prank-yang-menjatuhkan-maruah-wanita-islam/ AMEERAH Malaysia mengutuk perbuatan Youtuber NickCHANNEL yang jelas telah menjatuhkan maruah wanita Islam dalam sebuah video yang berjudul ‘Aku Tarik Tudung Perempuan!!’

Video ini menjadi bualan ramai netizen yang rata-rata melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan youtuber tersebut. Video yang dipaparkan jelas telah menjatuhkan martabat wanita Islam.

Muhammad, nama bayi baru lahir paling pop**ar 2022 di UK

https://harakahdaily.net/index.php/2022/07/06/muhammad-nama-pilihan-paling-pop**ar-bayi-lelaki-perempuan-baru-lahir-united-kingdom/

https://harakahdaily.net/index.php/2022/07/06/cerita-di-sebalik-tabir-ladang-musang-king-terbesar-dunia/
- beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk kampung berhampiran menjadi mangsa banjir lumpur. Paling mendapat rungutan apabila sumber air bersih mereka juga terjejas dengan teruk.
- ada pihak-pihak yang mahukan keuntungan lebih besar dengan membawa rancangan menjadikan kawasan ladang hutan itu 100 peratus sebagai Ladang Musang King dan terbesar di dunia.
- Sejarah isu ladang durian Musang King ini perlu ‘diteroka’ semula dari tahun 2007 di mana kelulusan seluas 5,000 hektar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas diberikan untuk tebangan.
- mereka mahukan lagi 1,526.63 hektar iaitu di Hutan Simpan Rimba Teloi dan Hutan Simpan Bukit Enggang di Daerah S*k serta Hutan Simpan Gunung Bongsu di Daerah Kulim.
- belum menjelaskan bayaran-bayaran utama. Syarikat ini mempunyai rekod tunggakan kepada kerajaan negeri selama lima tahun mutakhir berturut-turut. 🫣'fakta atau auta' 'MalaysiaBoleh' semuanya nak yang 'ter' - terbesar,terpanjang, tertinggi.. sayang.. 'Terbaik untuk Rakyat' tidak diutamakan..

Hentikan 'prank' yang menjatuhkan maruah wanita Islam AMEERAH Malaysia mengutuk perbuatan Youtuber NickCHANNEL yang jelas telah menjatuhkan maruah wanita Islam dalam sebuah video yang berjudul ...

Want your organization to be the top-listed Government Service in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

1. “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumb...
Jom perbanyakkan doa..

Website

Address


Jalan Telaga Air
Butterworth

Other Political Organizations in Butterworth (show all)
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan
Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur, Pulau Pinang
Butterworth, 12200

PENYATUAN UMMAH MENUJU KEMENANGAN

UMNO Bagan UMNO Bagan
Wisma UMNO
Butterworth, 12000

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Dua - N05 Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Dua - N05
No. 6, Jalan Merbau Indah, Taman Merbau Indah, Sungai Dua
Butterworth, 13800

N05 ADUN Sungai Dua. Bersama Barisan Nasional Demi Kesinambungan Arus Pembangunan

Puteri UMNO BAGAN Puteri UMNO BAGAN
Aras 4, Bangunan Umno
Butterworth, 13400

Puteri Umno Bagan sesi 2013-2016