Amazing Seed Bandar Tun Hussein Onn
Nearby schools & colleges
Persiaran Suarasa
Bdr Tun Hussein Onn
Lake Valley, Kuala Lumpur
Jalan Suarasa, Kuala Lumpur
Cheras, Kuala Lumpur
Bandar Tun Hussein Onn
Bandar Tun Hussein Onn
Jalan Suarasa
Amazing Seed BTHO is a playschool & preschool program for age 3 - 6 years old with a tagline Iman before Knowledge
DAULAT TUANKU!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
"Semoga Allah Azza Wajalla Memberkati
Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku".
SEMOGA ALLAH BERKATI USIA TUANKU
Sembah Takzim Daripada,
Amazing Seed Malaysia & Seluruh Warganya.
Duhai para pendidik,
URUS HATI MU DENGAN BAIK
Uruslah hati dengan baik agar mencapai nafsu mutmainnah, nescaya tiada lagi melihat keburukan dikelilingmu melainkan segalanya kebaikan.
Rawat hatimu dengan bersungguh, jika ia baik maka baiklah pandangan, pendengaran, perkataan dan perbuatanmu.
Jika kamu s**a melihat kelemahan orang lain untuk dijadikan sebab untuk membencinya, bertaubatlah kerna hati mu penuh kesakitan yang perlu dirawati.
Hati yang baik akan melihat kelemahan orang lain dengan belas kasihan dan penuh cinta untuk mendidiknya sehingga menjadi insan yang berjaya.
Duhai para pendidik,
Apabila hadapi permasalah, serahkan diri sepenuh kpd الله . DIA sebaik penjaga dan sebaik tempat menyerahkan diri dari apa jua yg tidak baik. DIA sebaik tempat utk serahkan masa hadapan kita apa jua yg berlaku, Insyallah pasti DIA yg akn uruskan terbaik utk kita.Tiada apa yg boleh berlaku melainkan dengan izin Allah jua. Segala makhluk lemah dan daif.
AMAZING KEMBARA
Duhai para pendidik.
Aktifkan s**an dan pertandingan pada kanak- kanak sebagai tarbiyah agar mereka terlatih dengan kemenangan dan Kekalahan. Itulah realiti kehidupan yang bakal mereka lalui akan kehidupan mereka di masa hadapan
Kemenangan membawa mereka sudah terbiasa dengan kegembiraan dan melatih mereka dengan sifat syukur agar dirinya tiada terlalu gembira dan angkuh serta sentiasa bersifat syukur dengan kejayaan yang mereka perolehi akan datang.
Kekalahan membawa mereka sudah terbiasa dengan kekecewaan dan melatih mereka dengan sifat sabar dan terus bangkit kepada mencipta kemenangan agar tidak menjadi seorang yang mudah lemah dan kecewa serta miliki kesabaran jika berlaku kegagalan yang mendatangi dalam kehidupannya di masa hadapan.
Jadikan Sukan tempat latihan pratikal membawa kpd ketauhidan, akhlak dan bersungguh fokus mencapai kejayaan.
Pendidikan Agama tak terikat dalam kelas pengajian semata² tetapi dalam semua aktiviti kehidupan.
AMAZING KEMBARA 2024
Alhamdulillah, berakhir sudah aktiviti tahunan kami😊Tahniah buat semua team yang telah menjayakan dalam pelaksanaan event pada kali ini.
Tahun ini Amazing Kembara telah dilaksanakan pada 13 Julai 2024, hari Sabtu di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Hampir 700 orang penyertaan kanak2 taska tadika pada kali ini dan ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan melainkan perancangan yang teliti dengan izin Allah.
Tema Amazing Kembara setiap tahun adalah BONDING dan pada tahun ini kami fokus kepada tema PENGANGKUTAN.
"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, dan kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik"
surah al-Isra', ayat 70 (17:70)
Setiap aktiviti mereka akan mulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Semoga anak2 ini diberi kefahaman ketika melakukan apa2 aktiviti
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang-orang yang melampau.
Surah al-An'am, ayat 141 (6:141)
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1446 HIJRAH 🌙
Tanpa sedar, sudah 1446 tahun Baginda Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi menyebarkan syiar Islam untuk Ummatnya.
Berkembangnya Islam sehingga kini adalah dari perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW serta para sahabat. Adakah kita benar-benar faham dan mengerti perjuangan baginda & sabahat?
Jom muhasabah diri, apa amal soleh terbaik yang telah kita lakukan? Apakah sudah cukup atau masih diawang-awangan? Semoga Allah redha dengan kita sepanjang setahun kehidupan dan memberi peluang tahun mendatang untuk menambahkan iman sebelum kita p**ang bertemunya.
Ayuh kita berhijrah. Tinggalkan keburukan-keburukan kita dan gantikan dengan kebaikan. Jom kita mulakan langkah baru bermula hari ini. 😇
🤲DOA AWAL TAHUN 🤲
Pejam celik pejam celik tanpa kita sedar kita tiba di tahun baru. 👀 Alhamdulillah.
Sebagai umat Islam, kita disuruh untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T sebagai tanda pengharapan dan kebergantungan kita kepada Allah S.W.T. Kita digalakkan untuk membaca doa sebagaimana yang telah diajar di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 📖📖
Selain itu, kita juga boleh membacakan doa-doa yang baik isi kandungannya. Jadi sempena tibanya tahun baru ini, marilah kita bersama-sama membacakan doa awal tahun ini dengan niat agar tahun baru ini sentiasa dilimpahi berkat dan rahmat-Nya. ✨✨
🤲DOA AKHIR TAHUN🤲
Hari ini kita telah tiba di helaian terakhir bagi tahun 1445 Hijrah.
Dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan menuju ke tahun baru iaitu tahun 1446 Hijrah. ⏰⏰
✨Semoga dengan tibanya tahun baru ini, kita terus berada di bawah Rahmat-Nya dan dijauhkan dari segala perkara yang memudaratkan diri kita dan keluarga. ✨
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
Surah ar-Ra'd, ayat 4 (13:4)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
surah al-'Alaq, ayat 1 (96:1)
Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan p**a dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
-Surah al-An'am, ayat 99 (6:99)-
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1445H buat semua umat Islam 🌙
Semoga amal ibadah korban yang dilakukan pada tahun ini diterima oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal A'lamin ✨
Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan dipertemukan kembali.
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang Arafah. Waktu wukuf merupakan waktu terbaik dan paling mustajab untuk umat Islam berdoa.
Ini berpandukan kepada hadis daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik).
Waktu wukuf bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) iaitu sekitar jam 5.30 petang waktu Malaysia.
Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (Riwayat Muslim (1977))
Jom kita sama sama buat sebanyak mungkin amal ibadat seperti amalan berpuasa sunat, bersedekah, berselawat dan berdoa kepada Allah SWT. Moga moga amalan kita diterima Allah dan beristiqomah dalam berlumba lumba mengejar ganjaran yang dijanjikan iaitu nikmat syurga yang diidamkan. InshaAllah
PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI 🌙
Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat muakkad, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fadhu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap tiap takbir.
Waktu solat sunat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
Jom meriahkan syawal dengan banyakkan bersyukur dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan jiran tetangga. Dalam pada yang sama berpada pada berbelanja dan ingatlah pada orang yang memerlukan. Berilah sumbangan atau berinfaq agar mereka juga dapat menyambut syawal dengan gembira.
Salam Syawal🌸
Selamat menyambut kedatangan Syawal 1445H. Semoga sinar Aidilfitri membawa kemeriahan dan kebahagiaan di samping orang yang tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin. 🌙
Ramadan adalah bulan penuh berkat. Salah satu berkatnya adalah 'Malam Lailatul Qadar'.
Lalitul Qadar merupakan satu malam yang terdapat dalam sepuluh malam terakhir Ramadan, dan hanya diperolehi oleh oleh orang yang berusaha.
Antara amalan yang digalakkan dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan ;
🕋 Banyakkan solat sunat
🕋 Perbanyakkan berdoa
🕋 Baca Al Quran
🕋 Bersedekah atau berinfaq
🕋 Banyakkan selawat ke atas nabi
🕋 Solat pada waktu sepertiga malam
Jom sama sama kita memburu Lailatul Qadar. Perbanyakkan amal soleh, InshaAllah Allah permudahkan.
SALAM NUZUL QURAN 1445H
Salam Nuzul Quran ingatkan kita akan anugerah terbesar Allah kepada umat manusia. Mari pelajari Al Quran dengan lebih mendalam dan penuh penghayatan. Salam Nuzul Quran.
Setiap ayat Al-Quran adalah cahaya yang menuntun kita dalam kegelapan. Selamat menyambut Nuzul Quran, mari perbanyakkan bacaan dan amalan.
Al-Quran, kitab suci yang penuh hikmah dan petunjuk. Semoga kita sentiasa diberikan kesempatan untuk membaca dan mempelajarinya. Nuzul Quran!
Sempena hari Nuzul Quran ini, marilah kita merenungkan betapa besar kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dengan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup. Semoga kita menjadi hambaNya yang taat dan bertakwa.
Kehadiran Al-Quran membawa cahaya kepada hati yang gelap. Mari kita jadikan setiap ayatnya sebagai sumber inspirasi dan kekuatan. Salam Nuzul Quran!
AMAZING MOM2BEE 2024
Ketika bujang, teringin hidup berpasangan dan tentulah mengidamkan pasangan yang soleh dan solehah. Setelah berkahwin, kita mengimpikan p**a dikurniakan zuriat yang penyejuk mata dan soleh solehah..
Tapi, pernah tak kita meletakkan misi bagaimana ingin membina dan mendapat keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Yang paling penting diredhai Allah..
Apa misi membina keluarga?
At-Tahrim 66:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka p**a tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Pendidikan itu perlu bermula dari rumah dengan misi yang betul. Pendidikan bukan diletakkan 100% ke atas bahu pendidik semata-mata. Jom kita kembalikan misi pendidikan yang sebenarnya. Membawa setiap hamba kepada cahaya ilahi. InshaaAllah hidup bahagia bermula dari rumah berkembang kepada masyarakat seterusnya ummah yang lebih besar. Membina generasi yang terbaik yang takut membuat kemungkaran..
Jom ibu2…
Sedut ilmu sebulan sekali selama 8 bulan sahaja dan secara online☺️
Jika berminat, tekan link dibawah ya☺️
https://wa.link/6ms060
SIAPAKAH REMAJA YANG DISEBUT ALLAH DALAM AL-QURAN ?
Antara kisah para remaja yang diceritakan dalam Al Quran adalah Abu 'Ubaidah Al-Jarrah. Beliau termasuk golongan awal masuk Islam selepas Abu Bakar Al-Siddiq. Abu 'Ubaidah Al-Jarrah salah seorang yang dijamin masuk syurga. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.
Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah yang mempunyai konflik dengan ayahnya. Ayahnya bersumpah untuk membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Rasulullah SAW. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya. Beliau amat sedih atas peristiwa yang berlaku sehingga turun ayat Al-Quran Surah Al-Mujadalah ayat 22 berkenaan hal ini.
Remaja kedua yang disebut dalam al-Quran ialah Sa’ad bin Abi Waqqas. Beliau antara pemuda yang utuh mempertahankan akidah walaupun didesak oleh ibunya supaya meninggalkan agama Islam. Keimanan kepada Allah SWT menjadikan diri beliau tidak terpengaruh dengan ibunya serta sanggup kehilangan keluarga untuk agama. Ia wajar dijadikan contoh dalam proses pembentukan jati diri remaja dalam mempertahankan akidah dan menjadikan agama adalah lebih penting daripada hubungan kekeluargaan. Kisah ini terpahat di dalam Surah Al-Ankabut ayat 9.
Kerana IMAN dan AKIDAH yang teguh terhadap ajaran Islam,
maka jati diri dapat dibentuk walaupun berhadapan dengan anasir yang negatif. Oleh itu, jom mulakan untuk borak-borak Iman bersama anak remaja kita. Semoga dapat menguatkan jati diri mereka untuk berhadapan dengan dunia yang makin lusuh ketika ini. Waalahualam.
Bulan Syaaban adalah bulan yang mulia lagi berkat dan mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan terutamanya pada malam Nisfu Syaaban. ✨
Jom kita telusuri apa amalan boleh dilakukan pada malam nisfe Syaaban ini. Antaranya adalah banyakkan berdoa.
🍃Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah
🍃Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit
🍃Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan
🍃Dan sekurang-kurangnya semasa malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjemaah dan Solat Subuh berjemaah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
No. 37B, Jalan Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn
Cheras
43200
Opening Hours
Monday | 07:30 - 17:30 |
Tuesday | 07:30 - 17:30 |
Wednesday | 07:30 - 17:30 |
Thursday | 07:30 - 17:30 |
Friday | 07:30 - 17:30 |
19A, Lorong CP4/36A, Taman Cheras Perdana
Cheras, 43200
We believe every child is unique individual. We believe every child has potential to learn.
Cheras, 43200
TASKA CINTA UMMI -CCTV -AIRCOND -PENDIDIK BERPENGALAMAN -AKTIVITI BEST SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT 7.00 PAGI-6.30 PETANG For detail DM me👇 http://www.wasap.my/60182235407/Booki...
Jalan Damai Perdana 6/1F
Cheras, 56000
A children’s centre that provides a holistic child development programme as “An Aid to Life”💕
Cheras, 43200
A daycare centre based in Chears Bandar Mahkota. Our daycare centre take care of babies from 2 months till preschool, feel free to chat with us via messenger or WhatsApp to: 016232...
No. 11 Jalan Indah 2/7 Taman Indah
Cheras, 43200
坚持<良心❤️教育>的我们, 除了注重孩子们的学业, 我们更在乎品德教育 🌞小太阳教学中心~我们的用心,家长的安心❤️
26, Jalan Desa Cahaya 12, Taman Bukit Desa Cahaya
Cheras, 56000
好孩子幼儿园采用游戏教学及传统教学混合的方式进行学习,让孩子在成长?
NO. 2, Jalan DAMAI PERDANA 3/3A, BANDAR DAMAI PERDANA
Cheras, 56000
3Q™ Junior is Malaysia’s first childcare centre and nursery that utilises the proven 3Q™ system. Call us NOW @ 010-233 8999 / 018-323 8999
No. 1/A, LORONG CP 4/36A, TAMAM CHERAS PERDANA, CHERAS
Cheras, 43200
欢迎来到Victory Kids 胜利安亲补习中心🏫 🚩本中心提供 小学全科补习、安亲班、功课班、线上补习 和 一对一补习。 我们的宗旨是解开家长之优、帮助孩子成才、提高学生的学习能力和品行。
No 26 Jalan Panglima Off Persiaran Mahkota Cheras 1
Cheras, 43200
We provide a well-balanced integrated curriculum in our kindergarten & nursery to nurture young Daie
No 2 , Jalan 12/4D , Taman Cheras Jaya Balakong
Cheras, 43200
Perkhidmatan Taska (Daycare centre) no Perakuan B/TI 268/2013
No 2, Jalan Pahlawan 3/3, Seksyen 3, Bandar Mahkota Cheras
Cheras, 43200
Ideal Junior Kindergarten Mahkota Cheras offers kindergarten, preschool, daycare, and nursery service