Gagasan I-Madina
Nearby businesses
Kenwingston Square Garden
Harmony Park
Cyberjaya
Jalan Teknokrat
Msc Tech-Comm Center
63000
Cyber
63000
63000
63000
63000
63000
Taman Kaseh Putera, Bahau
Suatu Ekosistem pembangunan komuniti yang berteraskan Ketuhanan, Kasih Sayang dan Kesejahteraan.
SANTUNAN KASIH SEKOLAH WARGA ROHINGYA
Pihak MK BSP telah menghantar beras kepada sekolah dan asrama Rohingya di SP4 setelah mendapat maklumat bahawa mereka telah kehabisan bekalan beras.
Seramai 30 orang pelajar rendah dan menengah yang menetap di situ bersama Guru mereka. Sekolah Rohingya ini sudah beroperasi selama 3 tahun di sini.
Perkenalan awal dengan mereka adalah ketika Majlis Kenduri Masjid BSP tempoh hari. Pihak MK BSP telah menjemput mereka ke jamuan tersebut. InsyaAllah, pihak MK BSP akan menyusul dengan aktiviti bersama mereka nanti.
- Komuniti BSP
PROGRAM SANTUNAN KASIH RUMAH KITA, KUALA LUMPUR ❤️
Alhamdulillah, telah diadakan Program Santunan Kasih bersama 30 orang penghuni Rumah Kita yang berusia sekitar 13-20 tahun. Rumah Kita melindungi wanita-wanita yang hamil tanpa nikah atau mangsa serangan seksual; menyediakan tempat tinggal sementara, memenuhi keperluan asas ibu-bayi dan khidmat kaunseling serta menyediakan sokongan emosi khusus buat ibu-ibu muda.
Antara pengisian majlis adalah Rumah Cahaya (Selawat & Qasidah), Slot istimewa Interaksi Qalbu (pengisian Tauhid), Sesi “Circle of Trust” (modul formula EMAS & group coaching) dan Penyampaian sumbangan & Jamuan.
Program ini mendapat respon yang amat baik dari Pengurus Rumah Kita iaitu Puan Su dan Abah yang menyifatkan program ini “ santai tetapi berkesan” dan meminta untuk diadakan lagi pada masa akan datang.
- Penganjur bersama MK KL, Satria Cinta, NGO Pertubuhan Kasih I-Wanita, I-Madina dan UniKL
AGIHAN INFAQ BERAS I-MADINA DI LAHAD DATU SABAH
Alhamdullilah, sebanyak 10 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal telah menerima agihan beras di Komuniti Cahaya Sumayyah. Sementara 15 penerima lagi daripada kalangan muallaf dan anak yatim mendapat sumbangan yang sama di Komuniti Cahaya Gema An-Nisa.
Dikongsikan juga serba sedikit berkait Program infaq beras yang merupakan antara aktiviti yang digerakkan oleh I-Madina yang digagaskan oleh Walid Ibrahim Al-Malik. Insya Allah, program seumpama ini akan diteruskan secara bulanan.
- Komuniti Lahad Datu
KEBUN KOMUNITI - RUMAH HIJAU KG. SG. BALAK KAJANG
Alhamdulillah, kewujudan Rumah Hijau di Kg. Sg. Balak Kajang telah bermula dari bulan Ogos baru - baru ini. Kami dapat menyewa sebuah rumah kampung yang di belakangnya mempunyai tanah kosong yang bersambung dengan tanah rizab sungai. Rumah ini dijadikan markas dan bengkel sebagai pusat avtiviti sahabat-sahabat Rumah Cahaya Kajang.
Pada awalnya saya buat penanaman sayur sekadar untuk mengisi masa lapang saya sahaja tetapi selepas melihat hasil dari penanaman pertama saya dan beberapa orang sahabat bertekad untuk meneruskan program Rumah Hijau tersebut. Hasil penjualan tanaman ini kami jadikan sebagai tabung untuk menampung kos sewa rumah tersebut.
Dan kini kami telah memulakan penanaman semula beberapa jenis bening sayur. Diantaranya adalah kacang buncis, terong, ketula, kacang panjang, timun dan juga serai. Kami menggunakan kaedah penanaman secara tradisional/manual tanpa peralatan moden, hanya menggunakan baja seawal penanaman sahaja dan tiada penggunaaan racun. Jadi buah dari hasil penanaman tersebut adalah segar dan selamat.
Kami juga mempunyai pokok durian dan kelapa yang ditanam di tanah kosong tersebut. Jika ada ahli keluarga atau sahabat-sahabat yang berhajat untuk mendapatkan anak pokok durian dan kelapa, boleh terus berhubung dengan Imam Ruby di talian 019-326 0813.
- Imam Ruby
- Sahabat Usahawan, Muafakat Komuniti Kajang
I-Madina
Di Sini Bermulanya CINTA
Muafakat Membawa Berkat
PASAR KOMUNITI SKB 2.0.
Syukur program Pasar Komuniti SKB 2.0 telah berjaya dijalankan di perkarangan ruang parking kereta di pangsapuri Vista Perdana, Bandar Teknologi Kajang
Program Pasar Komuniti kali ini adalah hasil kerjasama daripada gabungan SURAU BABUL JANNAH dan persatuan penduduk pangsapuri Vista Perdana.Alhamdulillah program di rasmikan oleh pengerusi persatuan penduduk pangsapuri Vista Perdana iaitu En Nur Azli Bin Muhammad.
Pasar komuniti kali ini juga telah mendapat sambutan daripada kalangan penduduk setempat, golongan asnaf dan B40 termasuk kaum cina dan India yang datang membeli barangan dengan harga bersubsidi, Ayam, telur dan beras. hasil daripada infaq komuniti setempat. Alhamduliiah syukur rata² maklum balas yang dari pengunjung mereka amat berpuas hati dan sanggup datang seawal 7pagi.
Dalam masa yang sama di edarkan kad selawat ASYGHIL buat pengunjung pasar komuniti, dan juga sambil mendengarkan Alunan Qasidah dan selawat Asyghil dari Keluarga SKB.
Selain itu, gerai jualan untuk peniaga kecil-kecilan mengambil ruang dan peluang menjana ekonomi mereka seperti jualan makanan, minuman, makanan sejuk beku dan bakeri, serta produk yang lainnya buat pengunjung yang hadir.
Semoga Pasar Komuniti ini dapat terus dilaksanakan dan berkembang dengan penambahbaikan dari pihak penganjur dengan mengambil konsep Gagasan i-Madina untuk diterapkan dalam komuniti yang tidak hanya memfokus pada masalah ekonomi dan kebajikan masyarakat, tetapi juga dengan menerap kembali kekuatan rohani dan mahabbah buat masyarakat setempat yang berteraskan ketauhidan, kasih sayang dan kesejahteraan.
- Keluarga Komuniti SKB
PENYERAHAN INFAQ BERAS KOMUNITI I-MADINA SELURUH NEGARA
Syukur alhamdulillah, Kempen Infaq Beras Komuniti I-Madina yang diilhamkan oleh Walid Ibrahim Al Malik telah dilancarkan secara softlaunch pada 2 Oktober 2023 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang amat baik dari lebih 20 buah komuniti seluruh negara. Pelancaran Kempen Infaq Beras Komuniti secara fizikal juga turut dilancarkan oleh Walid di beberapa buah komuniti seperti di Bandar Saujana Putra, Bandar Bukit Raja Klang, Selayang dan juga di Banting.
Setelah sebulan kempen ini dibuka, ia telah banyak dapat membantu masyarakat yang terkesan dengan bebanan harga beras yang melambung tinggi serta kos sara hidup yang meningkat terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti para asnaf, ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai tanggungan anak yang ramai
Melalui sumbangan infaq yang diterima dari penyumbang di dalam komuniti, hampir 1300 kampit beras telahpun diagihkan secara keseluruhannya di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sumbangan infaq dari masyarakat umum yang diterima melalui Platform I-Madina p**a, sebanyak 223 kampit beras telah diagihkan kepada pemegang kad barokah melalui beberapa buah komuniti di Semenanjung dan juga Sabah.
Kempen infaq beras yang dijalankan ini ternyata banyak memberi impak dan kesan kepada kesejahteraan masyarakat. Ia mengajak masyarakat sentiasa saling prihatin dan berkasih sayang dalam membantu mereka yang memerlukan. Di kalangan penerima juga, ramai yang bersyukur kerana menerima bantuan ini. Ada juga yang yang terharu kerana dengan sumbangan yang diterima, dapat mereka menyambung semula bekalan makanan yang telah terputus akibat tidak mampu membeli beras dengan harga yang tinggi sehingga ada yang terpaksa mencatu makanan setiap hari.
I-Madina mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua komuniti yang menyokong dan tidak lupa juga kepada para penginfaq yang budiman atas segala sumbangan yang telah diberikan bagi meringankan beban saudara kita yang kurang berkemampuan.
Semoga dengan segala usaha yang dijalankan oleh semua komuniti ini akan terbinanya masyarakat yang sejahtera berteraskan ketuhanan, kasih sayang dan kesejahteraan.
I-MADINA
Di Sini Bermulanya CINTA
Muafakat Membawa Berkat
BANTUAN KHIDMAT KASIH KEPADA MANGSA BANJIR
Alhamdullilah, Keluarga Komuniti SKB berpeluang untuk menyantuni Penduduk Kampung Batu 5, Semenyih. Pada 5 November 2023, Kampung mereka dilanda Banjir Kilat yang melibat 35 Buah Rumah menerima kesan banjir, banyak barang-barang mereka yang rosak dan terpaksa dibuang. Dengan Kerjasama Pertubuhan Nusrah Ummah, sejumlah dana dapat dikumpulkan untuk sumbangan penduduk² di sini.
Kami dibantu oleh Cik Mail Wakil Ketua Kampung di sini yang mengiringi kami bertemu dengan para penduduk dan menyampaikan bantuan. Rata-rata penduduk disini adalah penduduk veteran, dan mereka ini jika dikutkan adalah saudara mara. Mereka berterima kasih dengan sumbangan yang kami berikan.
- Keluarga Komuniti SKB
I-Madina
Di sini Bermulanya CINTA
Muafakat Membawa Berkat
SUMBANGAN INFAQ BERAS
RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS, BANTING
Syukur alhamdulillah BDC dan MK Banting telah turun menyantuni Penghuni Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh dan Teratak Norashikin, Banting dan menyampaikan 20 kampit beras dari sahabat infaq.
Melalui santunan mahabbah kempen infaq beras I-Madina ini, mengajak semua masyarakat menguatkan silaturrahim sesama kita, saling berkasih sayang membantu golongan yang memerlukan.
I-Madina
Di Sini Bermulanya CINTA
Muafakat Membawa Berkat
SUMBANGAN INFAQ BERAS
SAHABAT CINTA KOMUNITI BANTING ❤️
Alhamdulillah 25 orang sahabat cinta telah menerima sumbangan beras dan telur dari Sahabat Infaq I-Madina.
Sahabat cinta ini adalah pemegang kad barakah I-Madina dan sebelum ini mereka berbelanja keperluan dapur di kedai runcit Sahabat Usahawan I-Madina dengan harga subsidi dari kutipan infaq jumaat mingguan.
Dengan isu kenaikan harga barang termasuk beras kini, ramai terbeban disebabkan kos sara hidup yang meningkat terutama yang mempunyai tanggungan anak yang ramai.
Alhamdulillah, melalui Kempen infaq beras cetusan Walid mengajak masyarakat saling prihatin dan berkasih sayang membantu mereka yang memerlukan. Rata-rata bersyukur menerima bantuan, ada yang terharu kerana sudah terputus bekalan dan hanya bergantung kepada upah harian bekerja sambilan.
Semoga dgn aktiviti yang dijalankan ini akan terbinanya masyarakat yang sejahtera berteraskan ketuhanan, kasih sayang dan kesejahteraan buat komuniti ini.
- Komuniti BANTING
11 Minit Untukmu Palestin 🇵🇸
11 minit bergelap di rumah sebagai tanda bersama merasai penderitaan rakyat Palestin yang disekat haknya
⏰ 9.00 malam
⏰ 11/11/2023
Bagaimana caranya?
1. Mula bergelap
2. Istighfar 3x
3. Qunut Nazilah
4. Selawat Asygil 3x
5. Hayati suasana gelap sambil mengenang saudara kita di Palestin.
Mari kita sebarkan kesedaran, wujudkan perubahan positif, dan terus berdoa agar rakyat Palestin dapat hidup dalam keamanan dan keadilan.
Kita jadikan Selawat dan Doa sebagai kekuatan senjata kita untuk bersama saudara di sana.
Malam Festival Kesenian Sufi Nusantara 2023.
Plaza Shah Alam.
Zikir Perdana @ Putrajaya.
❤️❤️❤️
KEMPEN INFAQ BERAS KOMUNITI
Kempen Infaq Beras Komuniti dilancarkan sebagai inisiatif membantu mengurangkan bebanan jua mengembirakan golongan yang memerlukan khusus nya apabila berlaku kenaikan harga beras yang menghimpit.
_"Islam mewajibkan pelbagai jenis zakat untuk diagihkan pada golongan ASNAF agar kitaran ekonomi yang memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada semua golongan terus berjalan"_
-Walid Ibrahim Al-Malik
Salurkan sumbangan anda kepada jaringan Komuniti I-Madina seluruh negara. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat mengenyangkan perut mereka yang kelaparan.
Hanya klik link di bawah untuk menyumbang 👇
https://infaq.i-madina.com/produk/kempen-infaq-beras/
I-MADINA
DI SINI BERMULANYA CINTA❤️
Muafakat Membawa Berkat🌹
Pasar Komuniti dan Jualan Subsidi Sabtu adalah antara program khas dalam Gagasan I-Madina untuk membantu mereka yang memerlukan dengan memanfaatkan setiap sen infaq dan sumbangan orang ramai.
Barangan asas dijual dengan harga subsidi yang diperoleh hasil infaq orang ramai.
Jemput hadir hari ini bagi yang berhampiran :
Pasar Komuniti Selayang
IM Market Bandar Saujana Putra. ❤️
Muafakat Komuniti BSP
IM Market BSP
Muafakat Komuniti KL
Secebis kata dari Pengasas buat kita semua ❤️
3 Perkara yang anda perlu ketahui tentang Gagasan I- Madina ❤️
Salam Maulidur Rqsul buat semua ❤️
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku adalah orang yang paling banyak berselawat padaku”
SEKOLAH CAHAYA KAFA SK PELABUHAN KUANTAN
Syukur, pada 25 Sept 2023, Komuniti Kuantan telah melangsungkan Sekolah Cahaya yang bertempat di Kafa SK Pelabuhan yang terdiri daripada pelajar-pelajar kafa seramai 195 org.
Selepas selawat, dikongsikan sirah Nabi Muhammad saw secara ringkas.
InsyaAllah, Sekolah Cahaya ini akan dijalankan setiap hari kafa iaitu Isnin, Selasa dan Khamis.
SAHABAT CINTA
Alhamdulillah dengan barokah semua, Komuniti Kuala Lumpur telah menziarahi anak-anak yatim dan asnaf di Rumah Qaseh Ibu di Ampang.
Hasil tajaan sahabat infaq 70 set makanan Happy Meal Mcdonald’s dan 70 Tab Choco Albab dari Sahabat Usahawan Dream Warrior dapat dikongsikan dengan adik-adik, kegembiraan terserlah di wajah mereka. Kunjungan kami di Rumah Qaseh dimeriahkan lagi dengan alunan selawat dan qasidah.
SAHABAT KHIDMAT KASIH - BANTUAN BENCANA
Alhamdulillah, pada malam 23 September 2023, Sahabat Khidmat Kasih dari Muafakat Komuniti SKB, telah menyampaikan sumbangan Infaq bantuan Tabung Bencana Ribut kepada Tok Nasrun, Ketua Kampung di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang Selangor.
Berikut dari Bencana Ribut yang melanda perkampungan mereka pada 19 September 2023. yang melibatkan 70 buah Rumah terkesan, mengalami kerosakan bumbung dan ada dikalangan mereka sebanyak 10 buah keluarga terpaksa duduk di PPS kerana rumah mereka tidak dapat didiami lagi.
Hasil dari kempen Infaq Jumaat (Tabung Bencana Ribut), yang dijalankan sebaik sahaja selepas berjumpa Ketua Kampung sehari selepas bencana , dapatlah disalurkan sumbangan untuk meringan sedikit beban penduduk kampung.
Aktiviti Santuni Keluarga Madrasah Al-Qudwah serta Keluarga Asnaf sekitar Geliga
Syukur pada Allah, pada 20 September 2023 bersamaan 4 Rabiul Awal, telah kami jalankan program Santuni Keluarga Madrasah Al-Qudwah serta Keluarga Asnaf sekitar Geliga. Program bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 1 petang. Madrasah Al- Qudwah mempunyai pelajar seramai 19 orang serta 2 orang guru.
Kami telah menyediakan sebanyak 100 bungkusan makanan tengahari dan mengagihkannya kepada para guru dan pelajar yang menetap di madrasah tersebut seterusnya pada Sahabat Cinta (keluarga asnaf) di sekitar kawasan Kuala Geliga.
Alhamdulillah, dengan sedikit rezeki yang dikongsikan, ianya telah menggembirakan hati mereka.
Moga dengan usaha ini kami dapat membina tauhid sufi dalam komuniti kami.
I-MADINA
Disini Bermulanya CINTA
SAHABAT USAHAWAN I-MADINA
𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
23 September 𝟐𝟎𝟐𝟑
Syukur pada Allah, hari ini 23 September 2023 bertempat di IM Mart telah diadakan Pasar Komuniti Selayang.
Selama lebih kurang 2 jam ayam 100 ekor habis dijual. 1kg ayam dijual hanya Rm7.90 untuk asnaf yang berdaftar dengan Komuniti KL & Nurani Relief. Berbagai barangan bersubsidi telah dijual, seramai hampir 50 𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑨𝒕𝒂𝒖 kira-kira seramai 150 telah menerima manfaat. Lebih 500 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒖𝒃𝒔𝒊𝒅𝒊 dijual kepada asnaf pada hari ini. Inilah hasil infaq yang telah kalian sumbangkan.
Terima Kasih diucapkan kepada para penyumbang yang budiman dari program 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗥𝗠𝟭𝟬.
Tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih kepada para pendana dari 𝗡𝗨𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗥𝗘𝗟𝗜𝗘𝗙.
Syukur pada Allah ada juga di antara penerima infaq turut berinfaq setiap jumaat RM10. ALHAMDULILLAH dengan bantuan sumber idea dari gagasan I-Madina, Pasar Komuniti telah menjadi platform untuk komuniti saling bantu-membantu.
Semoga infaq ini memberi kegembiraan dan kelegaan kepada mereka yang memerlukan.
𝑰𝑵𝑭𝑨𝑸 𝑨𝑵𝑫𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑰𝑵𝑰 𝑴𝑬𝑵𝑮𝑼𝑩𝑨𝑯 𝑴𝑨𝑺𝑨 𝑫𝑬𝑷𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑹𝑬𝑲𝑨
I-Madina
Disini Bermulanya CINTA
GAGASAN KOMUNITI I MADINA
Komuniti I madina adalah satu gagasan yg diilhamkan oleh Walid Ibrahim Al Malik
Ia adalah satu ekosistem pembangunan komuniti yg berteraskan Tauhid,Kasihsyg dan Kesejahteraan.
Ia melibatkan 6 golongan dinamakan 6 sahabat.
1. Sahabat Cahaya
2. Sahabat kepimpinan
3. Sahabat Infaq
4. Sahabat Usahawan
5. Sahabat Cinta ( para asnaf)
6. Sahabat Profesional
7. Sahabat Khidmat
APA ITU SEBUAH GAGASAN?
"GAGASAN merujuk kepada pemikiran, konsep, atau pandangan.
Gagasan merupakan idea-idea , pandangan, atau pemikiran atau ilham.
Gagasan sering menjadi dasar untuk merancang atau menciptakan sesuatu yang baru. Dalam konteks yang lebih luas, gagasan juga boleh merujuk kepada konsep atau konsep-konsep yang berkaitan dengan topik tertentu.
Jelas di sini semua konsep gagasan? Jadi GAGASAN yang di bawa oleh I- MADINA ialah seperti di bawah :
TAHUKAH ANDA?
Gagasan I- Madina berteraskan 3 unsur yang saling melengkapi, KETUHANAN, KASIH SAYANG dan KESEJAHTERAAN.
Gagasan I-Madina Suatu Ekosistem pembangunan komuniti yang berteraskan Ketuhanan, Kasih Sayang dan Kesejahteraan.
AYAM SEGAR RM 7.70 JER SEKILO?
Sesiapa berada di kawasan BSP boleh dapatkan bekalan barangan asas anda di Sahabat Usahawan kami IM Market BSP dengan harga yang istimewa.
Pelbagai lagi barangan basah dan kering bersubsidi di sini.
IM Market BSP merupakan salah satu Rangkaian Sahabat Usahawan di bawah gagasan I- Madina. Menawarkan harga dengan Kasih Sayang agar dapat meringankan beban kos barangan dapur yang meningkat tinggi.
Setiap pembelian yang dibuat dari IM Mart akan disalurkan pada pek komuniti dan jualan bersubsidi. Sistem Muafakat yang terbentuk antara peniaga & pembeli ini membantu dalam menangani harga barang yang kian naik saban hari.
Komuniti untuk komuniti.
Sesiapa berada di kawasan BSP boleh dapatkan bekalan beras anda di Sahabat Usahawan kami IM Market BSP dengan harga yang istimewa.
Pelbagai lagi barangan basah dan kering bersubsidi di sini.
IM Market BSP merupakan salah satu Rangkaian Sahabat Usahawan di bawah gagasan I- Madina. Menawarkan harga dengan Kasih Sayang agar dapat meringankan beban kos barangan dapur yang meningkat tinggi.
Setiap pembelian yang dibuat dari IM Mart akan disalurkan pada pek komuniti dan jualan bersubsidi. Sistem Muafakat yang terbentuk antara peniaga & pembeli ini membantu dalam menangani harga barang yang kian naik saban hari.
Komuniti untuk komuniti.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF (SAHABAT CINTA I-MADINA) DI KETENGAH JAYA
Pada 16 September 2023 bertempat di perkarangan Ribath Assyinnawi telah diadakan penyampaian sumbangan barangan makanan asas dan juga wang tunai kepada 26 orang Sahabat Cinta I-Madina. Penerima terdiri daripada fakir miskin, anak yatim dan pesakit berat kawasan Ketengah Jaya/Felda Kerteh.
Majlis ini diadakan bersempena Walimatulurus yang diadakan di Ribath ini. Dengan kehadiran orang ramai, ia membuka ruang kepada hadirin untuk mengenali lebih lanjut tentang gagasan I-Madina.
Sumber bantuan tersebut adalah hasil sumbangan terkumpul Infaq Jumaat dan sumbangan individu. Diharapkan Majlis seumpama ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya untuk menyebarluaskan kebaikan ekosistem I-Madina ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Address
Lot F-1-1 Blok , CBD Perdana, Jalan Perdana Cyber 12
Cyberjaya
63000
C5-7 Kenwingston Business Centre
Cyberjaya, 63000
The Ultimate Fiber and wireless network Solution. From the Company and For Everyone.