Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim

Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli KoPPIM

14/11/2023



Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim

Allah Melihat Usahamu. Allah Mendengar Doa²mu, Allah Faham Keinginanmu. Yakinlah Allah mudahkan Urusanmu.. Aamiin 🤲

Jom jadi Pemilik Bersama Malakat Mall dengan menjadi Ahli (KoPPIM) Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia 👇

Klik 🫴 https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF 💞

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members
Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

Photos from Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim's post 10/11/2023

Ahli KOPPIM
Akan terima Kad Ahli KOPPIM!
Alhamdulillah!
Hidup KOPPIM!

Jangan lupa 11am, 11:11:23

Jom jadi Pemilik Bersama Malakat Mall dengan menjadi Ahli KOPPIM https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF 💞

Kooperasi Pembangunan Pengguna Malaysia!
Pengguna Pemilik Ekonomi!


Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim

17/10/2022
22/02/2022

MALAKAT MALL MASJID TANAH
KENA KELUAR
(tulisan dari Live Coach Fadzil)

Kepada kawan-kawan di Malaysia dan para penyokong-penyokong kami dan juga ramai para alim ulama serta NGO yang lama menyokong usaha-usaha kami… saya kena buat pengumuman ini dahulu. Insya-ALLAH agar semua orang tak tertunggu-tunggu lagi.

Sejak beberapa bulan yang lalu, kita telah cuba berdiskusi dan berunding mengenai situasi di Malakat Mall, Masjid Tanah, Melaka. Untuk makluman semua, bangunan Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka dipunyai oleh MARA Inc.

MENGAPA KAMI BUKA MALAKAT MALL MASJID TANAH

Bangunan itu terbina 8 tahun yang lalu. Orang Masjid Tanah tahu yang bangunan itu kosong selama 6 tahun. Bila saya ditemui oleh para pegawai Mara Inc yang datang ke pejabat saya untuk menawarkan bangunan itu, saya beritahu kepada mereka bahawa kami belum ready kerana ketika itu, mall pertama kami (Malakat Mall Cyberjaya), masih belum dibuka.

Tetapi, oleh kerana nama Malakat ini asalnya daripada Melaka, maka saya kata kita tidak boleh ketepikan tawaran itu walaupun kami tak mampu lagi pada waktu itu. Itulah kata-kata saya. Tetapi mereka masih mahu menawarkan sewaan bangunan itu kepada kami.

Walau apa pun, bila kami setuju, pandemik pun berlaku. Maka saya pun batalkan hasrat menduduki bangunan itu. Tetapi Mara Inc. masih mahukan kami dan kami pun setuju dengan syarat kita terpaksa ambil kira faktor PKP.

Tawaran yang kami ambil adalah sebelum PKP berlanjutan. Saya bukan nak play-victim. Saya cuma nak beritahu yang kami tidak mampu nak meneruskan operasi di Masjid Tanah, Melaka kerana sewa yang diminta oleh Mara Inc.

KENAPA KAMI DIMINTA KELUAR

Kami minta berunding semula terma-termanya sebab situasi PKP yang berpanjangan. Pada tahun kedua, sewanya adalah RM70 ribu sebulan. Dengan jualan yang kami dapat sekarang, memang mustahil kami boleh bertahan di sana.

Kerana itu, kami terpaksa buat keputusan untuk keluar dan kami telahpun diminta untuk keluar oleh Mara Inc. Ini keputusan yang terpaksa kami lakukan. Jadi saya membuat pengumuman yang kami akan keluar dari bangunan itu.

APA JADI PADA NASIB STAF?

Kita bersyukur kepada ALLAH swt. Cuma yang paling terkesan ialah staf. Staf kami di sana kesemuanya orang Melaka. Oleh sebab itu, memang saya rasa berat hendak tutup. Kalau saya tutup, di mana mereka mahu bekerja?

Tetapi alhamdulilah, kami buat keputusan yang terbaharu untuk ‘pindah ke rumah yang lebih kecil.’ Kami sedang mencari rumah kedai yang bersesuaian agar kami dapat meneruskan operasi di Masjid Tanah, Melaka dengan berpindah di bangunan yang kecil.
Ini biasalah.

Cerita orang Melayu kena halau dari bangunan besar ni, biasa sebab kita tak ada kekuatan lagi. Tapi insya-ALLAH, kita cukup yakin kerana kita ada penyokong yang cukup ramai yang datang berbelanja.

Atas sebab itu, kami tidak membuang walau seorang staf. Kami tawarkan semua staf untuk melibatkan diri dalam versi Malakat Mall yang lebih kecil. Itu komitmen saya. Saya tak sanggup nak berhentikan staf walaupun kami tak cukup kekuatan kewangan untuk menampung keperluan mereka.

MENCARI KEDAI TIGA LOT

Saya tak salahkan Mara Inc. Bukan nak berhujah yang bangunan itu dah 6 tahun kosong dan tidak langsung memberi manfaat dan kami mulakan bisnes sewaktu PKP. Tak mengapalah. Dalam hidup, biasalah kita tak boleh kawal apa yang orang lain buat pada kita.
Kita pun dah bincang. Staf Melaka ramai.

Jadi kami dah buat keputusan untuk mencari tiga lot kedai. Dua untuk grocer dan satu untuk F & B. Kakitangan yang lain akan ditugaskan untuk mengendalikan wagon Tea Amo di sekitar Melaka sebab kami dah ditawarkan oleh beberapa pasaraya untuk memasukkan Tea Amo. Cuma kami belum ada staf.

Kita akan gunalah staf-staf Malakat Mall, insya-ALLAH. Kami tidak akan tinggalkan Masjid Tanah. Sebenarnya, nak bercerita dengan Datuk Rauf dan YB Mas Ermieyati pun kami segan kerana mereka dah banyak sokong kami, terutamanya Datuk Rauf yang dah banyak bantu.

KAMI AKAN BANGKIT KEMBALI

Dengan sasaran dalam masa kurang dua atau tiga tahun, kami akan bangkit kembali. Itu sasaran kami. Dan kita memohon agar warga Masjid Tanah Melaka untuk terus memberi sokongan kepada kami.

Kami akan cuba perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada, beroperasi di tempat yang lebih kecil tetapi cukup untuk memenuhi keperluan Masjid Tanah. Mungkin tak ada bangunan cantik tetapi lot kedai pun okeylah.

Kita terima apa yang ada. Semua yang berlaku adalah di atas ketentuan ALLAH juga untuk menguji tindakan kita. Kami ini bukan apa pun. Malakat ini bukan saya yang punya. Saya hanyalah seorang pemegang amanah yang membawa obor perjuangan membina ekosistem ekonomi Islam tanpa riba. Kami cukup yakin akan berjaya jika kita dapat sokongan daripada tuan puan semua.

INI ADALAH SATU CABARAN

Kami sedih tetapi pada masa yang sama, kami bersemangat untuk mengambil ini sebagai satu cabaran. Dalam hidup ini jika tiada ujian, ia bukan satu kehidupan yang bermakna. Kita akan terus berjuang malah kesemua ini tidak akan merencatkan semangat kami.

Apa yang berlaku pada Kump**an Malakat ini adalah perkara yang berlaku secara harian kepada usahawan Melayu. Biasalah di negara kita, walaupun ini tanah air kita, ia bukannya mudah. Sekali lagi saya bukan hendak play victim, hendak menyalahkan Mara Inc.
Itu adalah keputusan perniagaan mereka.

Mungkin ada orang lain yang boleh bayar sewa mengikut apa yang mereka pinta. Saya pun terkejut juga bila diberitahu bahawa sewaan di situ tidak semahal itu. Tapi okey. Kita tak hendak cerita mengenai hal itu.

Kalau ada ejen-ejen ataupun yang ada lot kedai, kami mencari kedai tiga atau empat pintu supaya boleh relocate. Barang di Malakat memang banyak. Kita akan relocate sebahagian daripada barangan dan sebahagian lagi akan kami bawa ke Malakat Mall Cyberjaya. Alhamdulilah, di Cyberjaya akan ada beberapa turn-over yang antaranya kami bawa masuk produk daripada Turki.

INI HANYALAH KESEDIHAN SEMENTARA

Kepada tuan-tuan semua, jangan jadikan berita sedih ini satu set-back dalam perjuangan kita. Jadikan ini hanya satu halangan dalam perjuangan kita. Kami ini cuma pemegang amanah. Kami bukan nak bina kekayaan dengan perbelanjaan runcit. Semua ini adalah usaha kita lakukan untuk berjuang membina ekosistem Islam yang bebas riba.

Memang banyak benda yang kita tak ada. Tetapi dengan barang yang kita ada, nak buka 10 kedai pun boleh, sebab cukup banyak. Mari kita scale down, reposition kekuatan kita dan insya-ALLAH kita akan kembali dengan lebih kuat.

Kita memang faham dan terkesan. Kalau tengok kedai Melayu kena tutup, kena halau, kena keluar, ini banyak kisahnya. Kami ada pengalaman dengan Bumiputera Retailer Organisation. Cerita usahawan kena keluar pasal tak mampu bayar sewa ini, biasa.

CABARAN BERADA DALAM SISTEM KAPITALIS

Sebab ekosistem yang ada ini adalah ekosistem kapitalis yang memang kerja mereka adalah untuk mendapat keuntungan untuk mereka sahaja. Tiada situasi win-win. Kalau kita tak mampu, kita kena keluar.

Kita kena faham. Itu memang ekosistem mereka, padang mereka, undang-undang mereka. Jadi kita kena ikutlah, Buat masa ini, cara mereka. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita memahami bahawa kita kena bina ekosistem kita sendiri.

Semua mall dalam konsep pasar Islam ini tak patut dikenakan bayaran sewa yang mengikut apa yang tuanpunya inginkan tetapi mengikut kemampuan syarkat yang ingin menyewa. Saya bukan bercakap tentang Malakat tetapi mengenai sistem secara umum.

Dalam sistem ekonomi Islam kita ada wakaf. Dalam wakaf mereka tak akan halau kita. Mereka akan mencari jalan membantu kita. Begitulah konsepnya. Walau bagaimana pun inilah sistem yang ada.

Ada banyak teori tentang Speedmart 99. Ia volume game dan money game. Dalam money game, kita perlu ada wang berbilion untuk menyokong bisnes. Sebab itu kalau kita main seperti mereka, mereka ada orang di belakang yang hendak menyokong.

SIAPA PENYOKONG MALAKAT MALL?

Kita, siapa yang hendak menyokong? Yang menyokong kita adalah dari kalangan B40 iaitu keluarga yang tak berapa senang sangat. Merekalah penyokong utama kami. Ini okey tak ada masalah. Cuma kita tak boleh bermain dengan permainan yang mereka ada.

Sebab itu saya gerakkan melalui KoPPIM. KoPPIM masih berjalan tetapi belum cukup sokongan daripada orang-orang kita. Nak buat macam mana? So kita kena teruskan tarbiah dan perjuangan. Kalau kita scale down, kita dah untung. Cuma oleh kerana sewa kita terlalu tinggi kita tak boleh operate di lokasi yang ada menurut bisnes yang kita ada.

Berita ini kami ambil sebagai pembakar semangat agar kami lebih hebat dan berjaya lagi. Samada kita mati dalam perjuangan ataupun kita berjaya capai kemenangan, itu yang akan kami strife. Kita tidak mungkin akan berundur.

SEPERTI HARIM,AU YANG TERLUKA

Berpantang menyerah. Rasa lemah tidak ada. Cuma seperti harimau yang terluka, dia mengaum lebih ganas. Kita mohon kawan-kawan semua doakan dan share kepada rakan-rakan yang lain.

Ini salah satu kesan daripada sistem di mana kita berada pada hari ini. Sistem ini tidak langsung menjadi pengimbang bagi kekayaan. Kita buka Malakat Mall Masjid Tanah dengan 100 lebih kakitangan yang terdiri dari anak-anak muda yang bekerja dengan cara yang luarbiasa. Walaupun mereka tiada pengalaman, kami cuba bina dengan apa yang kami ada.

Sesetengah barangan mempunyai harga yang lebih sedikit dari tempat lain. Tetapi kami dah buat penyesuaian harga dan jadikan Family Store sebagai benchmark harga. Untuk produk-produk IKS, kita tak bertanding dengan Family Store sebab mereka tak jual pun.
Untuk produk-produk ruji seperti beras dan ayam ia tertakluk di bawah harga kawalan.

Memanglah sukar capai kemenangan ini berbanding dengan orang yang dah berniaga 20-30 tahun. Kita baru buka. Tentu kita tiada kekuatan yang sama seperti mereka.

Kita tak boleh tawar seperti yang mereka tawarkan. Tetapi kita tidak boleh menuduh kepada orang kita yang tak boleh sokong. Tetapi kita akan terus berjuang di Cyberjaya kerana kita ada sejumlah pelanggan yang datang membeli di premis kita.

MARI TERUS PERJUANGAN SECARA BERJEMAAH

Seperti juga di Melaka, kita ada pelanggan yang sentiasa membeli dengan kita. Mereka terima apa yang kita tawarkan. Kita juga banyak terima maklumbalas berupa sokongan. Jadi jangan bimbang. Yakinlah bahawa bantuan ALLAH itu akan bersama dengan mereka yang sabar dan berjuang secara berjemaah.

Kita bekerja dengan bantuan ulama dengan doa-doa guru-guru dan doa-doa jemaah kita. Insya-ALLAH kita akan kembali semula dengan lebih gagah. Sekali lagi, kami bukan meninggalkan Melaka, tetapi cuma pindah kepada kedai yang lebih kecil menurut kemampuan yang kita ada buat masa ini.

Insya-ALLAH, ia bukan mudah tetapi kita kena lalui bersama. Doakan tuan-tuan semua. Dalam masa seminggu dua minggu ini kami akan berpindah ke lokasi rumah kedai di antara 3-4 unit supaya kami dapat meneruskan operasi tanpa gangguan kepada penyokong dan juga para pelanggan kami.

KESEMUA KEDAI MASIH SETEMPAT

Kita juga bercadang untuk membuka kafe Bunch-Oh dan Tea Amo di dalamnya dengan menu yang dikekalkan, insya-ALLAH. Malakat Grocer dua lot dan satu untuk kafe Bunch-Oh. Kami juga cari tempat di Masjid Tanah sebab tak mahu orang Masjid Tanah berjalan jauh untuk ke premis kami.

Kita ada kabel. Kabel kita kuat lebih dari 5G dengan ALLAH. ALLAH akan bantu kami. Pastinya apa yang berlaku adalah yang terbaik. “Kita merancang,Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. (Ali Imran: 54)

Jangan fikir duit sangat. ALLAH bagi kita duit. Mungkin untuk kita belajar dan sebagainya. Saya biasa buka dan tutup bisnes. Cuma Malakat ini lebih emosi sebab asalnya, kami tiada sebab hendak ke Masjid Tanah.

Tetapi oleh kerana nak bawa perjuangan itu dan kita nampak agar orang Melaka yang pertama dapat manfaat sebab nama Malakat itu. Inspirasi Malakat Mall itu ialah kerana hendak mengembalikan kehebatan ekonomi orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

BARANG CUKUP UNTUK BUKA 10 KEDAI

Jadi saya akan ambil semua cadangan, sebab apa yang kita ada kita boleh guna balik seperti rak dan kaunter. Mungkin kita boleh buka 10 buah kedai. Barangkali ini peluang yang kita ada, insya-ALLAH.
Saya tahu akan ada orang yang akan gelak. It is okay. Tak ada masalah. Tetapi lebih ramai yang akan menyokong. Doakan agar Kump**an Malakat khususnya di Melaka diberi kejayaan. Ini set back yang sementara.

Team kami baharu sahaja mengadakan town hall bersama staf di Malakat Mall, Melaka. Mereka pun dah tahu dan bersedih. Cuma berita baiknya ialah, kami bukan menutup operasi di Melaka. Sebaliknya kami cuma kecilkan bangunan dan menempatkan staf kami ke kedai-kedai yang lebih kecil dan juga di cawangan-cawangan Tea Amo.

Kita masih lagi belum lagi hendak buat francais sebab sistem masih lagi bermasalah. Tetapi selepas kami settle import barangan dari Turki, insya-ALLAH kami akan kembangkan dengan lebih banyak dalam bentuk yang kecil-kecil.

Sebab, kalau kita buat model seperti Speedmart, kita tiada added advantage langsung. Sebab itu kita tak beli barangan yang sama. Ramai aje yang nak buka cawangan-cawangan yang kecil. Tapi kalau kita buka seperti kedai Ebit Liew, kita tak boleh berlawan dengan yang lain. Kita terlalu kecil.

POTENSI PRODUK TURKI DI MALAYSIA

Saya ke Turki dengan banyak misi,. Kita dah peroleh barangan utama dari supermarket di Turki untuk dibawa masuk ke Malaysia. Dengan produk itu kita ada kekuatan yang lebih sedikit untuk berlawan dengan mereka, insya-ALLAH.

Atas sebab itu saya mohon kawan-kawan semua berdoa agar Malakat dapat tawarkan sesuatu yang kita boleh benar-benar ubah nasib anak bangsa kita. Ini bukan nak guna sentimen agama, nak buat sedih. Bukan.

Tapi, siapa yang ikut saya dia tahulah yang saya amat konsisten dengan langkah ini. Apa yang kita buat dengan usaha untuk tidak menganiaya orang. Tapi kalau kita buat juga secara tak sengaja, saya mohon maaf.

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH…

Cuma kita akan teruskan untuk menyediakan ruang dan peluang bagi usahawan-usahawan kita membuat wang walaupun dengan kelemahan yang ada. Kalau patah sayap bertongkat paruh, namun kudaki, kudaki jua.

Kalau patah kaki, kita pakai apa yang ada. Jangan lupa, dalam kisah Nabi saw, apabila pasar Islam yang pertama dirobohkan oleh orang yahudi. Nabi saw bina pasar yang kedua. Tidak ada kekesalan atau kekecewaan apabila pasar pertama dirobohkan.

Maksudnya kita boleh marah tetapi kita kena betulkan tindakan kita. Bukannya kita marahkan situasi tanpa bertindak. Doakan diberi kekuatan untuk memahami apa yang ALLAH cuba sampaikan kepada kita melalui peristiwa ini.

Mungkin dengan ini kita menjadi lebih kuat sebagai pengguna dan akan datang lebih bersemangat lagi hendak membantu dan semakin bersemangat hendak berjuang bersama. Sebab, tak mungkin apa yang kami mulakan di Kump**an Malakat boleh berjaya secara sendirian.

Tak mungkin kami boleh jadi macam Lotus’s bila ada orang kaya nak bagi kita duit untuk bina pasaraya yang besar. Yang mungkin adalah kita mula tepikan perbezaan dan kebencian dan fokus cinta sesama kita untuk menyatu tindakan dan bersama membina ekosistem yang bebas riba.

CONTOHI GOLONGAN ANSAR & MUHAJIRIN

Mari kita bersama. Bukan sendirian. Atau bila berjaya baharu hendak join. Kita kena bersama seperti golongan Ansar dan Muhajirin yang menyatukan cinta mereka membina tamadun Islam, insya-ALLAH.

Mohon kemaafan kerana tak dapat bertahan di mall yang agak cantik itu. Saya ucapkan terima kasih di atas doa kawan-kawan semua. Kepada team kami yang bantu set-up Malakat Mall ~ ada yang dah berhenti tinggalkan kump**an Malakat atas keperluan keluarga masing-masing. Ada yang masih bersama kami. Saya ucapkan terima kasih atas usaha membina pasar Islam yang cuba bawa suasana agama di dalam mall.

MOHON KEMAAFAN BUAT SEMUA

Walaupun banyak kelemahan, saya mohon maaf kepada semua kerana tak dapat nak bertahan buat masa ini. Yakinlah yang kita makhluk yang tiada kuasa. Apa yang kita dapat atau tak dapat kesemuanya atas kehendak ALLAH swt. Kita hanya boleh merancang dan bertindak mengikut apa yang telah diberikan ALLAH kepada kita, Jangan kita salah faham dan salah anggap. Nanti kita akan buat benda yang tak betul.

Walaupun kita marah dan geram, kita gunakan untuk betulkan tindakan, reset niat kita dan insya-ALLAH pastinya dengan keyakinan kepada ALLAH swt, diikuti dengan tindakan yang betul, kita akan beroleh kejayaan.

Kalau tak berjaya di dunia insya-ALLAH kita akan diberi kejayaan di akhirat. Tetapi dunia ini masih ada peluang buat kita kerana kita masih hidup. Insya-ALLAH sama-sama kita datangkan risau fikir untuk datangkan strategi.

Kepada pengguna semua teruskan sokong perjuangan Malakat dengan berkongsi di sosial media dengan lebih bercakap. Hari ini kita kena lebih bercakap, tuan-tuan. Sebab kalau tak bercakap, kita tak tolong promote kawan-kawan kita, sokong usahawan kita.
Saya akan kembali pada awal Mac dan akan turun ke Melaka.

Jazakallah khair.



Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

Photos from Malakat Mall - Koperasi PPIM Members's post 28/11/2021
Photos from Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya's post 13/09/2021
Photos from Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim's post 12/09/2021
29/06/2021

Intipati Pengumuman Khas pada hari ini.

- Kump**an Malakat Eco bersetuju memberi insentif khas kepada Ahli KoPPIM sebagai satu kempen promosi pindah belanja ke Malakat Eco.

- Melibatkan peruntukan berjumlah 1.2 juta dan 14,500+ ahli KoPPIM yang layak.

- Ahli KoPPIM yang layak adalah yang berdaftar pada atau sebelum 31hb Disember 2021

- Agihan akan dibuat dengan kadar 8 peratus dari jumlah langganan Saham Ahli pada 31hb Disember 2021.

- Biro Perkhidmatan Ahli KoPPIM akan mengeluarkan step-by-step guide untuk ahli mendapat insentif khas ini dalam masa terdekat.

Jzk.

Daftar Ahli KoPPIM ⤵️
https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF ❤️

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

22/06/2021

Jom ramai2 bina ekosistem ekonomi muslim,

Daftar koppim, saham minimum RM100, bila2 boleh tambah lagi
Klik ⤵️
https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF ❤️

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

15/04/2021

DI SEBALIK PENUBUH KoPPIM
YANG RAMAI TAK TAHU

RAMAI yang tidak perasan KoPPIM adalah koperasi yang diilhamkan oleh PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Setelah PPIM berhempas p**as membongkar segala bisnes yang menyeleweng, menipu, memalsu dan memeras pengguna Muslim, PPIM berasakan sampai masanya ia mewujudkan sebuah koperasi pengguna.

2. Matlamatnya adalah untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi. KoPPIM diurus tadbir oleh barisan ahli korporat terlatih dan usahawan berjaya yang bertujuan menjadi sumber dana kepada pelaburan strategik untuk membangunkan ekosistem ekonomi Islam.

3. Dan, di antara individu yang signifikan dan sinonim dengan perjuangan PPIM ialah tak lain tak bukan, Toqqi atau Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM sendiri. Dengan motto “Pengguna Pemilik Ekonomi”, KoPPIM kini dalam misi membina 1 juta keahlian koperasi.

4. Dalam masa setahun ia diaktifkan, keahliannya yang tidak sampai 100 orang itu telah meledak menjadi lebih 20,000 orang ahli. Dan terkini, keahliannya ialah 26,000 orang.

5. Sebagai koperasi yang diilhamkan oleh PPIM, insya-ALLAH ia akan bergerak mematuhi etika koperasi. Apatah lagi ia didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang sentiasa memantau kepatuhan KoPPIM sebagai sebuah koperasi di bawah suruhanjaya itu.

6. Mari kita sama-sama menyertai KoPPIM. Mulakan dengan RM100 sahaja dan anda sudah sama-sama melangkah sederap kaki dengan lain-lain umat Islam untuk memperjuangkan nasib masa depan ekonomi Islam yang hingga kini diperkotak-katikkan.

Ayuh kita bersama dalam perjuangan ini.

Miliki 100 Malakat MALL + 1000 MALAKAT GROCER..inShaaALLAH..Aamiinn..Bersyukurlah

🌱 Daftar Ahli KoPPIM ⤵️
🌻 https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF

[ KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ]

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

04/04/2021

MEMBINA EKOSISTEM EKONOMI ADALAH PERJUANGAN

KUMPULAN MALAKAT mengambil tanggungjawab besar untuk membina ekosistem ekonomi Islam yang amat luas ruang lingkupnya.

Selepas 63 tahun merdeka, banyak sangat bidang ekonomi yang kita ketinggalan. Bila kita hendak kejar meningkatkan ekonomi, cabarannya amat berat. Tapi kita harungi dan lalui. Bagai dikata, patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki, kudaki jua.

Sambil bergerak, kami pelawa anda sekalian untuk turut serta. Tuan puan sebagai pengeluar, pembuat, pengedar atau peruncit, sertailah kami. Biar kita sama-sama bina dan kukuhkan ekonomi kita.

Tuan puan sebagai pengguna pun boleh main peranan dengan mengubah belanja dengan membeli di kedai-kedai kami di Malakat Grocer. Tuan puan beli beras, tepung, gula dan susu hampir setiap minggu di kedai-kedai pilihan. Kini, pindahkan belanja ke Malakat Grocer. Kalau tak dapat beli semua barangan, mulalah dengan tiga empat jenis barangan.

Kalau tak dapat lakukan kerana jauh, mari besarkan dana kita kukuhkan ekonomi dengan mendapat syer Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia. KoPPIM diilhamkan oleh PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia. KoPPIM p**a beroperasi di bawah kawalselia SKM, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Insya-ALLAH pelaburan KoPPIM telus di bawah undang-undang Malaysia. Jangan ragu lagi untuk mendapatkan syer untuk sama-sama memajukan ekonomi ummah. Inilah jihad ekonomi kita.

♻️ Sertai KoPPIM eco. Layari:
🌻 https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF 🤗








Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

30/03/2021

KUMPULAN MALAKAT TERUS MAJU DENGAN
PEMBUKAAN MALAKAT GROCER KE-6

Sejak Malakat Grocer yang pertama dibuka pada Mac 2020, satu demi satu pasar mininya muncul untuk mengisi keperluan para pengguna Muslim.

Malakat Grocer mempunyai formula tersendiri yang menggabungkan tiga jenis perkhidmatan iaitu membekalkan barangan kering, basah serta makanan dan minuman.

Konsep gabungan tiga perkhidmatan itu diilhamkan dari kepop**aran pasar-pasar mini yang wujud. Bekalan barangan kering diilhamkan dari 99 Speedmart, barangan basah dari kedai Aceh dan makanan serta minuman dari konsep Family Mart.

Gabungan perkhidmatan tiga dalam satu itu memberi impak berganda kepada para pelanggan yang akan memperoleh ketiga-tiganya tanpa perlu pergi ke tiga buah kedai untuk mendapatkannya. Ia menjadi formula yang berkesan buat Malakat Grocer.

Sehingga ke hari ini, 6 buah Malakat Grocer telah beroperasi iaitu di Malakat Grocer, Cyberjaya; Malakat Grocer, Putra Perdana, Puchong; Malakat Grocer, Taman Kosas, Ampang; Malakat Grocer, Pandan Mewah, Ampang; Malakat Grocer, Masjid Tanah dan yang bakal dibuka, Malakat Grocer, Kota Warisan, Sepang.

Rancangan sedang dibuat untuk membuka cawangan-cawangan Malakat Grocer di Jasin, Merlimau dan Kuantan, Pahang. Kump**an Malakat memerlukan modal yang besar untuk melebarkan sayapnya.

Sebagai syarikat yang tidak mahu terlibat dengan riba melalui pinjaman bank, ia memerlukan dana individu dan juga koperasi.

Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia, KoPPIM merupakan pelabur strategik dalam Kump**an Malakat. Wang pelaburan dari KoPPIM p**a diperoleh dari ahli-ahlinya.

Anda boleh sertai KoPPIM untuk menyumbang sebagai ahli boleh mendapatkan syer KoPPIM.

Hanya RM100 jer (+RM30 sebagai yuran pendaftaran) anda boleh menjadi ahli KoPPIM. Melaburlah sekarang.

Bantu koPPIM, tingkatkan ekonomi orang kita di samping berbuat persiapan untuk masa depan anda.

Miliki 100 Malakat MALL + 1000 MALAKAT GROCER..inShaaALLAH..Aamiinn..Bersyukurlah

🌱 Daftar Ahli KoPPIM ⤵️
🌻 https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF

[ KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ]







Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

13/03/2021

Miliki 100 Malakat MALL + 1000 MALAKAT GROCER..inShaaALLAH..Aamiinn..Bersyukurlah

🌱 Daftar Ahli KoPPIM ⤵️
🌻 https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF

[ KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ]

12/03/2021

LIVE Eksklusif Bersama Coach Fadzil!
Dengan tajuk “Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka Dikembalikan!”

Pukul 6 Petang Hari Ini Live dari
Malakat Mall Masjid Tanah.

SHARE dan TAG kawan-kawan anda.
Jangan lepaskan untuk dengarkan perkongsian istimewa secara LIVe ini.

Miliki 100 Malakat MALL + 1000 MALAKAT GROCER..inShaaALLAH..aamiinn..Bersyukurlah

🌱 Daftar Ahli KoPPIM ⤵️
🌻 https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF

[ KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ]

Want your business to be the top-listed Shop in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

fb : Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim

Fāţir:3 - Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?

Sistem yang perjuang, pertahankan ISLAM lebih penting dari Duit Berjuta..waris mungkin jadi hilang akal dapat duit bertimbun..tapi dgn sistem ISLAM..Waris sudah ada landasan hidup, kekuatan ROH ISLAM, tidak berminat Kianat dan salah guna Amanah yang diwariskan kepadanya oleh ke dua arwah ibubapanya yang juga Pejuang Ekosistem Ekonomi ISLAM iaitu sebagai Pemegang dan juga dengan Pemilikan syer di KoPPIM. Wallahuwa'alam.

Orang biasa fikirkan tambah syer nak lebih UNTUNG..Orang luar biasa fikirkan tambah syer nak lebih PAHALA

inShaaALLAH

Komited Bantu 1 JUTA Keluarga Muslim..Ini Mall ANDA Yang Punya!

Videos (show all)

1 JUTA PENYOKONG BMF

Category

Telephone

Address


Malakat Mall
Cyberjaya
63000

Other Shopping Malls in Cyberjaya (show all)
Malakat Mall - Buy Muslim First Malakat Mall - Buy Muslim First
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Buy Muslim First

壹心好康来野 壹心好康来野
Cyberjaya, 63000

欢迎大家来到YX eStore 壹心好康�� 壹心好康主要分享好的货品,家居用品?

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Malakat Mall - Koperasi PPIM Members
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Koperasi Koppim Members

Malakat Mall - Pencetus Kebangkitan Ekosistem Ekonomi Islam Malakat Mall - Pencetus Kebangkitan Ekosistem Ekonomi Islam
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Pencetus Kebangkitan Ekosistem Ekonomi Islam

Sotong Ninjas Sotong Ninjas
Persiaran Multimedia
Cyberjaya, 63100

We are MMU students and are dropshipping Asputra's Tepung Sotong Goreng. If you are interested in our product, you may order it by searching "SquidNinjas" in Shopee or click the pr...

Malakat Mall - Kita Jaga Kita ALLAH Jaga Kita Malakat Mall - Kita Jaga Kita ALLAH Jaga Kita
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Kita Jaga Kita ALLAH Jaga Kita

Malakat Mall - Pedagang Pendakwah Penjihad Malakat Mall - Pedagang Pendakwah Penjihad
Malakat Mall
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Pedagang Pendakwah Penjihad

Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya
Malakat Mall
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya

Empkost Puchong Empkost Puchong
Taman Putra Perdana, Puchong
Cyberjaya, 47130

SK Magic Cyberjaya SK Magic Cyberjaya
Cyberjaya, LOT3,COTTAGEWALK,OFFPERSIARANAPEC,CYBERJAYA,63000DENGKIL,SELANGOR

Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim

Malakat Mall Malakat Mall
65, Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Beli Sama Kita Jual Sama Kita Untuk Bantu Sama Kita