Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim

Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim

Photos from Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim's post 10/08/2022

Apa Komen Coach orang Kata Malakat tiada orang dan bakal tutup ?

Saya ucap terima kasih kepada Saudara Aqlan yang video TikTok tentang Malakat mencapai 400k view.

Untuk makluman semasa pembukaan Malakat dapat lebih 6,000 orang datang walaupun baru ada 9 kedai. Ianya berterusan sampai hari ke 4 sebelum PKP 1 diumumkan pada hari ke 5.

Kami mulakan dengan modal, dan resources yang cukup tetapi PKP berpanjangan mengurangkan semua Dana kami.

Terkini kami sedang melancarkan Program Transformasi Malakat.

Beri kami masa dan mohon doa dan sokongan.

Ini tawaran baru Malakat yang dilancarkan segera:
1. Produk2 baru yang mampu milik dibawakan khas dari Turkiye (lebih 10 kontena akan sampai)
2. Pasar Basah Cyberjaya dengan Harga Mampu secara harian
3. Cash ONLY terms untuk produk keluaran Usahawan kita (kami tak mahu berhutang lagi)
4. Ayam dan Daging Tanpa Was-Was adalah jaminan utama Malakat.
5. PULUN 24 sebagai pusat Usahawan dan Pelajar yang dibuka 24 jam sebagai Port Kecermelangan Usahawan dan Pelajar.
6. Berniaga tanpa sewa untuk membantu Usahawan bermula
7. Collab dengan top 10 influencer untuk bantu capaian info Malakat.
8. Kempen Duta Malakat yang menyasarkan Pendapatan Sampingan bulanan RM 1,000 sebulan kepada semua ahli.
9. Khidmat Klinik Keluarga Malakat PERCUMA kepada ahli yang mencapai pembelian minima tahunan!

Doakan Malakat Mall mampu bangkit!
Laksanakan tugas Anda sebagai Saudara yang menyintai!

Tegur kesilapan Kami!
Bantu Kami untuk Bantu Ummah!

Photos from Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim's post 05/08/2022

Cyberjaya . 3.8.2022
Tuan-tuan yang mulia,
Pagi tadi, saya berbincang dengan kawan-kawan. Kami tengok statistik di mana 70 % daripada pelajar lepasan SPM tidak sambung belajar. Tapi bila difikirkan balik, sewaktu saya sekolah dahulu, memang ramai kawan-kawan yang tak sambung belajar selepas SPM.
Ada dua cara belajar iaitu pergi ke kolej dan universiti sementara yang lain sambung belajar juga iaitu bekerja dalam industri. Tapi topik yang hendak dibincangkan ialah ‘Berani Gagal.’
Tiada perkataan ‘gagal’ dalam perbendaharaan kata dan juga di dalam minda saya. Kalau kita tidak dapat capai apa yang disasarkan atau apa yang kita ingini, ia tidak dianggap sebagai satu kegagalan.
Ia hanyalah satu keputusan atau result semata-mata.
Contohnya, bila kita menduduki peperiksaan tetapi tidak memperoleh markah yang diingini. Apakah kita gagal? Tidak! Mungkin kita dapat markah ‘F9’ yang mana orang panggil gagal.
Tetapi ‘F9’ adalah lebih baik daripada mereka yang langsung tidak menduduki peperiksaan itu. Cuma kita nak fahamkan, kenapa orang takut mencuba? Apakah mereka berani menempuhi apa yang kita fahami sebagai kegagalan?
KEGAGALAN DAN SEBAB-SEBABNYA
Kegagalan ini menyebabkan frustration. Kalau hendak dikatakan, saya ini berani untuk gagal hingga berkali-kali. Kalau kita baca dalam mana-mana buku motivasi, kegagalan bagi pakar-pakar motivasi ialah kegagalan untuk melibatkan diri dalam sesuatu perkara.
Tapi perkataan gagal atau failure ini sebenarnya adalah satu proses yang menjadikan kita lebih bijak dan hebat
di masa yang akan datang. Sebab, tanpa melakukan kesilapan, maka kita tidak boleh belajar dengan cara yang terbaik.
Cara terbaik
ialah melakukan kesilapan ketika melakukan usaha seperti perniagaan. Apabila kita gagal untuk melakukan tindakan yang paling minima, secara bahasa umumnya kita gagal. Tetapi sebaik sahaja kita sedar bahawa kita gagal dalam berbuat sesuatu, apakah tindakan kita? Kita perbaiki sahaja kegagalan itu.
PENGALAMAN KEJAR LEMBU MASUK HUTAN
Sebelum saya usahakan Malakat Mall, banyak benda lain yang saya buat sebelum itu di mana orang akan lihat ia sebagai gagal. Saya pernah menternak lembu. Bukan pun saya hendak sangat mengusahakannya.
Selepas saya berhenti kerja dari sebuah syarikat, saya ambil lesen kejurulatihan dari Amerika di samping buat macam-macam benda termasuk IT. Tetapi ada seorang kawan yang bawa sebuah kertas cadangan mengajak saya menternak 150 ekor lembu.
Saya kata, ‘Manalah saya reti jaga lembu.’ Tapi dia kata, dia yang akan usahakan ternakan itu. Maka saya setuju. Lembu ini bagus juga. Bila Hari Raya Korban, tentu ada permintaan. Bila dia datang beria-ia dan saya pun nak bantu, dan melaburlah sekitar RM100,000.
Tapi selepas 3 bulan dia tak mahu usahakan. Terpaksalah saya belajar bela lembu, Bukan saya hendak sangat bela lembu. Tanah yang gunakan itu adalah tanah TOL. Baru sebulan ambil-alih, dah dapat surat dari pemaju yang hendak usahakan tanah itu.
Pemaju suruh pindah. Saya tak boleh buat apa dan pindah ke tanah saya di Langat. Terpaksa p**a pindahkan lembu. Kami buat kandang di tanah hutan dengan rakan saya, Fandi. Tapi bila turunkan lembu, lembu p**a lari masuk hutan!
Masa itu ada 5 ekor lembu di dalam hutan. Bayangkan, kalau hendak tangkap lembu di luar hutan pun bukan senang. Tapi saya telah lalui proses itu. Adakah saya gagal dalam perniagaan lembu?
Bolehlah dikatakan saya gagal, tetapi saya dapat ilmu costingnya, cara menternak lembu; macam mana nak beri makan, mandikan dan sembelih serta proses melapah lembu. Saya potong rumput dan tidur dengan lembu sampai anak-anak kata, ‘Daddy love the cow more than us!’
Tapi dalam semua bisnes yang saya terlibat, saya akan belajar serba-serbi. Jadi saya tahulah. Kalau nak buat feedlot, saya akan kata tidak perlu kecuali jika hendak bela lembu untuk korban. Untuk lembu gemuk makan daging, untuk Malaysia ini kurang sesuai sebab kos makanannya terlalu tinggi.
BELA IKAN KELI DALAM TONG
Saya pernah ternak ikan keli. Saya ke MAHA di mana ada penternak yang promosi bahawa ternakan ikan keli menggunakan tong-tong besar, boleh buat duit. Saya terus beli enam tong. Siksanya.
Kalau nak tahu, bela ikan keli ini bukannya mudah. Kalau sambil-sambil buat di belakang rumah kerana tak buat apa-apa yang lain, bolehlah. Tapi kalau hendak buat secara komersial, dua minggu kena asingkan ikan mengikut saiz. Sebab bila kita hendak jual nanti saiznya tidak sama.
Bila hendak jual p**a kena jual pada peraih. Peraih p**a ambil dengan harga ‘potong kepala.’ Kita beri ikan makan pelet sedangkan orang lain beri macam-macam makanan. Tapi harga tetap sama. Masa itu RM3 sekilo dan saya ada 2,000 ikan keli dalam 6 kolam ikan. Apakah saya gagal?
JUAL NASI LEMAK TEPI JALAN
Saya buat nasi lemak tepi jalan sampai ada lebih 20 kios sebab hendak bantu orang tiada modal buka perniagaan. Kita beri duit, masakkan nasi, pinggan mangkuk pun kita belikan untuk mudahkan yang berniaga terus buka kedai.
Masa itu arwah Aziz Desa TV9 s**a dengan konsep saya dan masukkan cerita saya dalam TV9 pada setiap minggu. Saya panjat ke pejabat-pejabat Majlis Perbandaran dengan harapan hendak bantu orang kita. Lesen memang tak ada. Akhirnya gerai kena sita dan kena saman. Apakah saya gagal?
Gagal juga, tapi apakah saya berhenti dari membuat bisnes baharu? Saya tak berhenti. Kalau hendak diceritakan, saya dah gagal berkali-kali. Tapi saya berani gagal dan gagal lagi. Bagi orang lain, mereka berkata saya rugi. Sepatutnya saya simpan duit itu dan jangan buang begitu.
SEMUA HARTA BUKAN KITA YANG PUNYA
Tuan-tuan yang mulia,
Duit ini bukan milik kita. Pendapatan yang berupa rezeki dan harta ini kesemuanya bukan kita yang punya. Semua ini ALLAH yang punya. ALLAH beri pada kita untuk menilai apa yang kita buat dengan duit ini.
Pada fikiran kita duit hanyalah untuk simpan dan kayakan diri untuk jaga keluarga kita sahaja. Jika ada lebih, baru kita beri pada orang dengan harapan, kita dah buat yang terbaik
di dunia. Tiba-tiba bila mati dan masuk kubur, kita nak minta syurga ALLAH. Apakah kita sudah layak?
Sedangkan para sahabat Nabi saw tidak menyimpan apa pun harta. Jika Nabi saw dihadiahkan tiga gunung emas, dalam masa tiga hari juga Nabi saw akan habiskan. Sebabnya, orang beriman ini tidak disuruh untuk menyimpan.
Sebaliknya mereka bersandarkan keyakinan kesemuanya kepada ALLAH swt. Bukan salahnya untuk menyimpan. Tapi dalam konteks hari ini, kita jangan sekadar menyimpan semata-mata untuk memperbanyakkan harta.
Sebaliknya kita melabur untuk membina kekuatan umat, bukannya kekuatan diri sebab diri bukan guna banyak pun harta itu. Sampai ke satu tahap, kita pun dah tak boleh makan banyak. Nak makan dua pinggan itu pun kadang-kadang sahaja boleh. Maksudnya, keperluan kita ini tak banyak pun.
Keputusannya ALLAH yang pegang. Jadi, kegagalan di dunia ini hanya menurut neraca ALLAH sahaja. Neraca dunia ada pelbagai. Ada yang berkata kita berjaya, ada yang kata dia ini scammer, dia ini baik, dia ini jahat.
Kita tak boleh kawal manusia. Lagi pun, kita pun manusia juga. Tetapi kita bukan robot yang tiada perasaan. Kita punyai artificial intelligence yang terbina di dalam diri. Jadi jangan banyak sangat terkesan dengan kegagalan.
HAKIKATNYA, KITA TIDAK DAPAT KUASAI DIRI
Ramai yang bertanya bila saya hendak beri dividen. Terdapat juga bekas staf yang tidak faham dengan kedudukan kewangan. Saya bukan berniaga semata-mata kerana hendak berniaga untuk buat duit bagi diri saya. Jika begitu saya dah boleh berehat.
Tak perlu bersusah payah. Tapi, kalau saya buat begitu, maka saya tidak faham lagi peranan saya di dunia ini. Sebab itulah dalam konteks ‘gagal’ ini Tuan-Tuan Yang Mulia, jangan kita nilaikan kegagalan mahupun kejayaan dengan pencapaian kita.
Pencapaian itu adalah pencapaian. Tetapi gagal atau berjaya hanyalah keputusan. Setelah memperoleh keputusan, kita boleh kaji semula, ubah dan tambah baik. Kalau dahulu kita bekerja 8 jam. Esok kita hendak kerja 10 jam. Kalau boleh, minimanya 12 jam. Yang terbaik
ialah 16 jam.
16 jam itu sebenarnya adalah kerja agama. Hari-hari kita berdakwah, hadiri majlis taklim, solat berjemaah. Kalau dapat berjemaah pada setiap waktu, itulah yang terbaik. Jadi maksudnya, kita jangan risau sangat dengan kegagalan.
Sebab kita tiada langsung dapat menguasai diri kita! Kalau pun kita kata yang kita boleh kawal diri kita, ia hanya sedikit iaitu tindakan kita. Itupun kerana ALLAH beri kepada kita kuasa mengawal itu.
Dalam keadaan biasa, kita boleh kawal tindakan dan reaksi kita. Macam mana kita bertindak daripada sebarang keputusan. Kita boleh ambil keputusan untuk tidak meneruskan sesuatu tindakan.
Tapi kalau dah gagal, iaitu berkali-kali tidak dapat keputusan yang diingini, kita kenalah ubah strategi. Kaji di mana yang silap.
MALAKAT MALL DAN CABARAN PKP
Saya cerita sedikit fasal Malakat Mall. Banyak orang tak faham dan tak tahu. Saya tak salahkan mereka yang tidak faham. Kita sebenarnya tersepit. Saya tak boleh hendak beritahu, sebab koperasi ini bukan milik saya.
Saya dan Toqqi(Ketua Aktivis PPIM) yang mulakan. Bila kami bergabung, kami dapat 28,000 ahli dalam masa tak sampai setahun. Memang kebanyakan yang masuk KoPPIM adalah kerana Toqqi atau sebab saya atau kerana kombinasi kami berdua.
Masa KoPPIM bermula, kami hanya ada 60 orang ahli sahaja. Koperasi itu tidak aktif dan tiada apa-apa. Masya-ALLAH, dengan sokongan kita dapat berkembang dan dapat lancarkan Malakat Mall.
Pada hari pertama, kedua, ketiga dan keeempat pembukaan Malakat Mall, kita rasa yang kita dah ‘made it.’ Sebab dalam masa yang pendek, kita dapat siapkan mall, buat pelancaran walaupun soft launch.
6,000 pelanggan datang pada satu hari; 24,000 orang setelah empat hari pembukaan. Jualan mencecah ratusan ribu pada hari pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kita rasa… wow!
Alhamdulilah. Pada waktu itu, Malakat Mall hanya ada 9 kedai.
Tapi, wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. ‘Mereka merancang, ALLAH juga merancang. Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang.’ Apa yang jadi ialah PKP pada hari kelima.
Bila PKP dilaksanakan, kita terpaksalah reda dan terus terhimpit dengan PKP 1, 2 dan 3. Walaupun kita buat macam-macam, kita tambah kedai. Masa itu kita masih ada modal, well-funded.
KoPPIM pun sedang menambah ahli dan juga pelaburan. Saya mula dengan tunai. Tiada hutang pada masa itu. RM22 juta tunai duit saya digunakan untuk melengkapkan mall. Saya berani sebab duit ini ALLAH yang punya.
Tetapi bila berjaya, insya-ALLAH, p**angan kepada agama kita ialah agama kita bangkit dengan kekuatan ekonomi. Inilah yang saya cuba usahakan. Tapi, kalau saya tahu ada PKP mulai 17 haribulan Januari, tentu saya tak buka Malakat Mall.
Saya akan tunggu sehingga lepas PKP baharulah saya buka mall. Tapi kita tak tahu. Maka itu adalah keputusan ALLAH. Maka kita kena reda, usaha dan perbaiki lagi. Tapi oleh kerana dua tahun lebih kita berada dalam keadaan yang cukup menyukarkan, akhirnya kita kehabisan sumber.
Dah tinggal tulang yang kering-kering, umpama baru tamat perang, askar pun tinggal sedikit. Ramai yang dah terkorban. Bukan salah mereka tetapi keadaan. Kami pun banyak lagi saki-baki.
Tapi banyak yang perlu kami selesaikan seperti EPF. Ada yang kata, kalau tak bayar EPF, janganlah berniaga. Itu saya tak hendak komen. Kita buat keputusan membayar gaji pekerja sepenuhnya atau kita hendak buat potongan EPF pada waktu itu.
PELAN STRUKTUR MALAKAT MALL
Sekarang kita sedang buat penstrukturan semula untuk selesaikan semua masalah. Jadi, apakah saya berani gagal? Saya tak yakin yang saya akan gagal. Sebaliknya saya yakin yang saya akan berjaya.
Sebabnya, saya yakin ALLAH pasti jaga saya dan organisasi saya. Bila kita buat kerana ALLAH, ALLAH bersama kita. Sebab itu, dalam topik berani gagal, Tuan-Tuan Yang Mulia, bila kita berani kerana ALLAH, maka tak payah risaulah tentang kegagalan. ALLAH tak akan bagi kita gagal. Ini pasti kerana ALLAH ini kasih pada hamba-NYA.
BRAINY BUNCH DAN IMPIAN BUAT UMMAH
Saya boleh cerita panjang mengenai topik kasih. Saya ini anak yang ditinggalkan kepada satu keluarga. Keluarga ini, ayah, emak, abang dan kakak kesemuanya sayang saya walaupun bukan sedarah sedaging. Kami pun bermula tanpa apa-apa.
Dari tadika bernilai RM150,000, kini menjadi Brainy Bunch yang entah berapa nilainya. Alhamdulilah, ALLAH bantu. Setelah PKP, jumlah murid-muridnya semakin ramai. Sokongan ibubapa masya-ALLAH. Ada parents yang faham, yang belum faham. Ada yang pertikaikan apa yang saya buat itu dan ini.
Saya buat semua ini untuk keperluan organisasi, bukan tujuan peribadi. Saya dah tak perlu keperluan peribadi. Keperluan saya kini kalau ada pun membeli baju. Saya tak perlukan kehidupan yang mewah.
Saya tidak punyai possession dream iaitu impian untuk memiliki. Saya hanya ada organisation dream, jemaah dream atau ummah dream. Saya cuba nak usaha dan ajak kawan-kawan semua. Keluarlah dari zon selesa!
ZON SELESA BUNUH POTENSI DIRI
Potensi diri kita tiada had kerana ALLAH akan sediakan kesemuanya seperti kemampuan, kebolehan dan kepakaran. Jika kita tiada kepakaran, ALLAH akan hantar mereka yang pakar. Yang penting kita buat sahaja.
Samada kita hidup dalam perjuangan sampai capai kejayaan atau mati dalam perjuangan., Jangan mati sebelum mati. Pada hari ini ramai daripada kita amti sebelum mati. Kita kutuk orang itu, kata orang ini, akhirnya kita tiada apa-apa dan tidak ke mana-mana.
Kalau kita ada duit, ia bukan pun kita yang punya sehinggalah kita membelanjakannya. Duit ini hanyalah persinggahan sahaja. Kita nak gunakan untuk apa, untuk siapa, untuk kenapa? Ini soalan-soalan yang harus ditanya.
KISAH TUKANG KAYU TIDUR DENGAN MAYAT
Tadi saya baca satu posting sebuah kisah seorang kaya yang berwasiat, sesiapa yang boleh menemaninya selama 40 hari di dalam kuburnya setelah dia mati, dia akan berikan semua hartanya.
Apabila orang kaya itu mati, seorang tukang kayu tampil menawarkan diri kepada keluarga si mati. Lalu dia tidur di kubur bersama dengan mayat orang kaya itu. Bersama-samanya dia membawa sebilah kapak kerana ia satu-satunya harta yang dia ada untuk mencari rezeki.
Di dalam kubur, bukan orang kaya itu sahaja yang terpaksa menjawab soalan Munkar dan Nakir. Tetapi tukang kayu itu turut ditanya pelbagai soalan tentang apa yang dibuat dengan kapaknya, di manakah tempat dia menebang pohon kayu, kayu apa yang dipotongnya, kepada siapa dijual kayu-kayu itu. Setiap hari, dia terpaksa menjawab pelbagai soalan Munkar dan Nakir.
Pada hari yang ke-40, si tukang kayu itu lari keluar dari kubur. Lalu dia berkata kepada ahli keluarga orang kaya itu yang dia tidak mahu terima apa-apa harta. Katanya, sedangkan sebilah kapaknya sahaja sudah menimbulkan macam-macam soalan malaikat, inikan p**a jika dia mendapat seluruh harta orang kaya itu.
BANYAK HARTA SEBAGAI UJIAN
Bayangkan, kita yang punyai harta, jika ditanya apa yang kita buat dengan harta yang banyak? Apa yang ALLAH beri ini digunakan untuk apa? Untuk agama atau untuk diri kita sahaja? Jika pun kita menyimpan harta, ia untuk buat apa dan untuk siapa?
Bila kita mati sudah tentu kita tinggalkan segala harta. Bila kita duduk dalam zon selesa, kita jangan takut; takut untuk melabur sebab takut rugi. Takut beli, takut berniaga. Takut itu, takut ini, Orang yang tak berani ambil risiko adalah seperti orang yang mati sebelum mati.
Jadi saya nak mengajak semua; jom berani untuk gagal sebab gagal itu sebenarnya bunyi macam negatif tetapi kita bersikap yang mana kita cuba berkali-kali dengan mengharapkan yang ALLAH akan pasti melihat kerja, usaha, niat akan tindakan kita.
Takkan ALLAH yang Maha Pengasih membiarkan kita. Tentu sekali kita lakukan juga calculated risk. Sebelum melabur, buatlah kajian asing-masing. Tapi kalau dalam hati tak boleh terima, it is okey. Cari lagi peluang-peluang yang lain.
DI AMBANG KEMELESETAN EKONOMI DUNIA
Keadaan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia dikatakan akan berlaku, Ada yang kata, kita berada di ambang kemelesetan itu. Indikasi awal ialah apa yang berlaku di Amerika.
Pergeseran kuasa-kuasa besar seperti negara-negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan Cina) memberi peluang besar untuk dunia mengubah sistem ekonomi yang sebelum ini hanya berkisar dan berpandukan pada dollar AS.
Tapi hari ini sudah ada alternatif yang cuba dijadikan satu pilihan. Kalau tengok pada data-data ekonomi, kita memang dah dekat sangat dengan kemelesetan ekonomi. Apa yang kita kena buat? Kajilah apa peluang yang ada. Cari semula pada yang asas iaitu iman dan akidah.
JANGAN TUNGGU LAGI
Kita kena yakin. Ini yang paling utama. Kalau yakin kita pada ALLAH, jangan tunggu semua dah cukup baru hendak mulakan. Orang beriman kena ada usaha, penambaikan semasa melakukan, improve along the way.
Tak boleh tunggu bila dah sempurna baharu hendak bermula. Sebab orang beriman tak boleh meyakini apa yang dia ada. Dia hanya boleh yakin apa yang ALLAH beri sebagai bantuan dia. Dia sandarkan kepada ALLAH. Tapi dia kena usaha yang terbaik.
Pagi tadi saya sebut dengan mesyuarat dengan MAIWP. Saya sebut, ALLAH sebut; Laqad kāna lakum fī rasụlillāhi uswatun ḥasanah. Jadi kalau kita hendak buat apa-apa pun kita kena ikut Nabi saw.
Nabi saw tanamkan iman dan yakin selama 13 tahun. Bila peristiwa hijrah berlaku ia bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi penghijrahan dari suasana yang tiada biah agama kepada tempat yang ada biah agama.
Suasana di Mekah itu tiada biah agama. Nabi pindah ke suatu persekitaran agama di Madinah. Inilah sudut hijrah yang paling penting kita fahami. Dan bila kita berada dalam biah itu, memang powerlah sebab Nabi saw dan para sahabat ada sama.

Golongan Muhajirin tinggal segala-galanya di Mekah untuk berhijrah. Golongan Ansar juga hebat pengorbanannya. Hendak berniaga, hendak tanah, mereka beri pada golongan Muhajirin.
Sebab apa? Sebab harta tidak memberi kesan pada hati mereka. Ini kerana iman. Bila beriman, datanglah nusrah ALLAH. Inilah yang kita hendak usahakan. Jadi janganlah takut untuk gagal.

TANGGUNGJAWAB KEPADA AHLI-AHLI KoPPIM

Saya cakap dalam tulisan saya, ada ahli-ahli KoPPIM yang takut kalau apa-apa terjadi yang menyebabkan Malakat Mall tidak berjaya. Katalah ia benar-benar tidak berjaya kerana kami belum layak mengoperasikannya.
Apa yang akan berlaku? Saya ambil tanggungjawab sehingga setiap sen semua ahli-ahli KoPPIM akan dikembalikan. Kalau saya mampu beri lebih, saya akan lakukan. Tapi ia perlukan masa. Dan saya yakin kita ada beberapa bulan untuk melakukan transformasi.

TRANSFORMASI MALAKAT MALL
Kita dah buat pelan transformasi Malakat. Insya-ALLAH, kita akan bentangkan dalam masa terdekat. Produk-produk dari Turki baru masuk. Itu akan menjadi satu kekuatan yang cukup besar dengan kempen yang kita akan gerakkan.
Kita telah mula gerakkan kempen Pasar Basah Cyberjaya. Tadi saya berbual dengan pegawai MAIWP. Dia s**a dengan barangan yang segar. Alhamdulilah.
Tapi memang ada banyak lagi kelemahan sebab dah dua tahun lebih tidak dapat bergerak sepenuhnya kerana PKP. Tapi ada penambahbaikan. Di Malakat kita akan lancarkan PULUN 24 'Entrepreneur & Student Centre' di mana satu-satunya ruang yang boleh digunakan oleh usahawan & student yang buka 24 jam dengan fasiliti lengkap seperti kios cetak, ada internet untuk pelajar dan juga tempat bekerja disamping makanan dan perkhimatan lain. Alhamdulilah, ruang dah ada.

BANTUAN ALLAH, JANJI ALLAH
Dengarlah apa yang saya nak katakan. Saya tak takut gagal. Anda pun jangan takut gagal. Tapi mari kita sama-sama lakukan. Bila kita bersama, lagi kita tak takut kerana bantuan ALLAH akan sampai kerana bantuan ALLAH akan turun pada jemaah.
Bila kita bekerjasama, dengan matlamat yang jelas, kerana ALLAH untuk menunai dan melaksanakan kerja. Jom sama-sama kita lakukan.
Jazakallah khair.
Assalamualaikum.

Yang mencintai ANDA!
Coach Fadzil

Photos from Malakat Mall - Ayuh Bangkit 1 JUTA Muslim's post 02/08/2022

Malakat Mall Terkini

(2/8/2022)

Idea membina pasar Malakat tercetus selepas program Ayuh Bangkit ke 3 dimana saya dan rakan-rakan berusaha memberikan bimbingan perniagaan secara percuma dalam usaha untuk mengubah nasib ekonomi Bangsa Melayu.

Sektor runcit negara menunjukkan penguasaan lebih 60% pasaran oleh syarikat asing di mana kaum bumiputera hanya mampu mendapat 8% daripada nilai belanja runcit negara yang berjumlah RM 110 billion pada tahun 2019!

Antara sebab utama mengapa amat s**ar untuk Bangsa Melayu berkembang adalah kerana pasar-pasar besar dimiliki oleh syarikat-syarikat asing yang kaya raya. Mall-mall atau pasaraya besar mengenakan kos yang terlalu tinggi yang berada di luar kemampuan peniaga-peniaga Melayu. Kalau pun ada yang mampu, mereka biasanya s**ar bertahan dan senantiasa dipindahkan apabila terdapat tawaran lebih lumayan dari jenama-jenama luar.

Melihat kepada keperluan ini Malakat diwujudkan dengan mengambil pendekatan mengambil alih 'Mall-Mall Mati' bagi memudahkan pengwujudan 'Pasar Milik Kita' yang dibangunkan dengan konsep Pengguna Sebagai Pemilik Bersama!

Alhamdulillah! Mall pertama di kenal pasti dan saya terus berusaha untuk membina Pasar Tanpa Sewa yang tetap tetapi hanya mengambil sebahagian daripada jualan peniaga untuk mewujudkan ekosistem menang-menang dan susah senang bersama.

Pertemuan bersama Toqqi telah melengkapkan idea Malakat dengan kerjasama saya dan Kooperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM) yang pada waktu itu hanyalah mempunyai 60 ahli tidak aktif.

Tanpa mengetahui undand-undang dan prosedur Kooperasi saya dan Toqqi melancarkan kempen mengajak pengguna untuk bersama kami di KOPPIM dan Malakat Mall. Modal permulaan saya mulakan tanpa pinjaman Bank sehingga kini telah menelan belanja lebih RM 20 juta dan KOPPIM yang telah berjaya mendapat puluhan ribu ahli telah juga berjaya mengumpul lebih RM 20 juta yang masih lagi jauh dari sasaran awal.

Kesemuanya dilihat seolah-olah telah berjaya diperingkat pembukaan dimana lebih 24,000 pengunjung hadir di 4 hari pertama pembukaan Malakat Mall Cyberjaya sebelum PKP 1 diumumkan dihari kelima. Seperti semua perniagaan di seluruh dunia, tempoh yang mencabar berniaga di dalam tempoh PKP benar-benar menyukarkan Malakat yang masih bertatih dalam industri runcit ini.

Setelah lebih 2 tahun banyak pencapaian yang baik dicapai dalam usaha mewujudkan pelbagai jenama pilihan yang setara dengan jenama syarikat-syarikat besar. Malakat Grocer, Tea Amo, Anak Jantan, Rahsia, DIY Malaya, Casa De Madani adalah antara hasil kerja keras kump**an Malakat apabila tiada sambutan dari jemputan kepada jenama-jenama unggul orang kita untuk bersama Malakat. Malakat terpaksa membina pelbagai jenis konsep kedai yang diperlukan untuk Mall Komuniti bersaiz sederhana.

Terdapat jenama usahawan yang baru dan berusaha untuk bertahan sepeti BYSERRA dan TENUN dan beberapa usahawan yang berniaga secara kecil-kecilan sejak hari Malakat Mall dibuka.

Misi dan Visi Malakat adalah sangat penting untuk difahami dan disokong kerana ianya melibatkan kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair! Menjadikan pengguna sebagai pemilik ekonomi melalui model perkongsian bersama KOPPIM (sebagai pengguna) dan Usahawan membolehkan kuasa beli pengguna digunakan untuk mengagihkan keuntungan dari perbelanjaan pengguna sendiri kepada pengguna itu sendiri.

Misi mewujudkan Perkerjaan yang mampu menawarkan pendapatan minima RM 5,000 sebulan dan peluang perniagaan kepada usahawan yang mampu memberi pendapatan minima RM 50,000 sebulan kepada Usahawan sangatlah mudah dicapai jika dan bila kita berjaya mengajak 15,000 keluarga berpindah belanja runcit bulanan mereka ke Malakat!

15,000 keluarga
x
1,666.67 purata belanja runcit bulanan
=
RM 25,000,000 sasaran jualan sebulan
x
12 bulan
=
RM 300,000,000 sasaran jualan setahun

Kalau lah 15,000 keluarga dari Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Puchong dapat memahami bahawa mereka dan keluarga mereka akan mendapat keuntungan dengan hanya berpindah belanja ke Malakat pastinya projek Malakat ini akan boleh dikembangkan keseluruh negara.

Kami bermula dengan apa yang kami ada. Ya banyak kelemahan dan banyak yang kami tidak tahu dan diuji p**a dengan tempoh PKP yang sangat lama. Kejayaan masih boleh dicapai jika ahli KOPPIM dan masyarakat umum bersama membantu untuk manfaat bersama.

Kami kini sedang berada di fasa terakhir usaha kami untuk memulihkan Malakat daripada kesan dan impak pandemik.

Alhamdulillah, barangan dari Turkiye sudah mula memasuki Malakat sebagai suatu tawaran unik dan kekuatan yang tidak dimiliki oleh pasar lain.

Walaubagaimanapun kami sedang menghadapi situasai kekurangan dana apabila pihak SKM menghentikan sokongan KOPPIM kepada Malakat buat masa ini. Lebih 6 bulan kami disekat dengan pelbagai janji demi janji walaupun kami telah laksanakan apa yang diperlukan.

Ada segelintir yang tidak memahami membuat aduan kepada SKM kononnya berlaku salah laku dalam pengurusan wang KOPPIM.

Semua wang KOPPIM tidak langsung digunakan untuk kepentingan peribadi dan hanyalah digunakan untuk membangunkan Malakat Mall Cyberjaya sahaja! KOPPIM tidak mempunyai kos operasi yang tinggi malah tidak mempunyai sewa atau kos operasi bulanan seperti organisai lain. Semua ahli lembaga KOPPIM tidak mengambil elaun bulanan walaupun satu sen.

ALK KOPPIM yang terbaru dilantik dikalangan anggota melalui AGM dengan dibantu oleh team saya tanpa apa-apa kos.

Saya menulis semua ini bagi menjawab isu dividen, keresahan ahli dan juga berharap agar Menteri yang menjaga Kooperasi dapat membantu kami yang sangat tersepit.

Di awal pelancaran KOPPIM kita menyasarkan untuk berusaha memberi p**angan 8-15% dividen kepada ahli hasil dari keuntungan yang bakal diperolehi.

Bila ahli berbelanja, keuntungan akan dip**angkan semula kepada ahli. Bagaimana dapat kami jana pendapatan tanpa perbelanjaan ahli ?

Ada juga ahli yang ditakutkan akan potensi kehilangan wang mereka jika Projek Transformasi Membina Ekosistem Ekonomi Islam Malakat gagal.

Saya ingin memberi jaminan, Saya Mohd Fadzil Hashim pengasas Malakat dan Brainy Bunch akan memulangkan semula semua modal ahli jika projek Malakat tidak berjaya mencapai sasaran.

Saya rugi tidak mengapa tetapi ahli dan rakyat terbanyak tidak wajar mengambil risiko kerugian.

Kita kini dalam tempoh transformasi Malakat yang memerlukan sokongan segenap lapisan masyarakat khususnya Bangsa Melayu dan Ummat Islam.

Saya cuma pinta agar kami diberi peluang sekali lagi untuk menjadi pembekal barangan runcit keluarga ANDA!

Bagi tahu kami apa barang yang keluarga ANDA mahu dan akan kami usahakan untuk membekalkan sebaik mungkin. Sokongan, doa dan pindah belanja ANDA akan berupaya mengeluarkan Bangsa kita dari kegagalan dalam ekonomi!

Melalui program Duta Malakat ANDA juga berpeluang mendapat Komisyen dari setiap pembelian sendiri dan pembelian keluarga rakan-rakan Anda!

Kepada ahli KOPPIM yakinlah bahawa Visi dan Misi Malakat ini mampu dicapai jika semua ahli yang berjumlah 28 ribu bersatu hati dan berusaha mengajak seramai mungkin untuk berpindah belanja ke Malakat Mall dan cawangan-cawangan Malakat Grocer.

Kepada pihak SKM, Menteri dan Perdana Menteri jemput dan datanglah ke Malakat Mall untuk melihat sendiri apa yang telah kami bangunkan dan belanjakan.

Kepada warga cyberjaya, putrajaya, puchong, sepang dan yang berdekatan ayuhlah kita cuba pindah belanja runcit ke Malakat untuk bersama berusaha mencapai matlamat yang mempunyai kepentingan kepada masa depan anak, cucu kita!

Ya Allah, saksikanlah usaha kami untuk membina ekosistem ekonomi Islam yang sebenar ini!

Bantulah seluruh tenaga kerja, vendor, Usahawan, Ahli KOPPIM, Ahli Kelab Malakat dan pelanggan Malakat untuk berjaya menjadi yang terbaik untukMu Ya Allah!

Sesungguhnya kami makhluk yang tiada kuasa dan hanya Engkaulah yang Berkuasa!

Bantulah kami!

Aameen Ya Rab!

Yang Mencintai ANDA!

Coach Fadzil

Pengasas Kump**an Malakat & Brainy Bunch

Photos from Malakat Mall - Koperasi PPIM Members's post 28/11/2021
25/09/2021

Live from Malakat Mall Food Street

DaftarKoPPIM ⤵️
https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group
[ KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ]

24/09/2021

Tea Amo Kiosk Design inside Petrol Station!

Nantikan pembukaan outlet seluruh negara!

Doakaan dan bersedia untuk nikmati Taufa Boba Paling Nikmat!

DaftarKoPPIM ⤵️
https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group
[ KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ]

Want your business to be the top-listed Shop in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Live from Malakat Mall Food Street#AyuhBANGKIT DaftarKoPPIM ⤵️https://bit.ly/1JutaPenyokongBMFMalakat Mall - Koperasi PP...
Miliki 100 Malakat MALL + 1000 MALAKAT GROCER..inShaaALLAH..Aamiinn 🤲Daftar Ahli KoPPIM ⤵️https://bit.ly/1JutaPenyokongB...
Projek Ekonomi Bangsa Bangsawan Tanpa Rasuah & Riba..Ayuh Bangkit..Klik ⤵️https://bit.ly/1JutaPenyokongBMF 💕Buy Muslim F...
Jom Jadi Usahawan Aktif Tea Amo Wagon dengan hanya RM 20,000 ⤵️https://malakateco.com/permohonan-menjadi-usahawan-aktif-...

Category

Telephone

Address


Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya
63000

Other Shopping Malls in Cyberjaya (show all)
Malakat Mall - Buy Muslim First Malakat Mall - Buy Muslim First
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Buy Muslim First

壹心好康来野 壹心好康来野
Cyberjaya, 63000

欢迎大家来到YX eStore 壹心好康�� 壹心好康主要分享好的货品,家居用品?

Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli Koppim
Malakat Mall
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Selamat Datang Rantaian 1 JUTA Ahli KoPPIM

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Malakat Mall - Koperasi PPIM Members
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Koperasi Koppim Members

Malakat Mall - Pencetus Kebangkitan Ekosistem Ekonomi Islam Malakat Mall - Pencetus Kebangkitan Ekosistem Ekonomi Islam
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Pencetus Kebangkitan Ekosistem Ekonomi Islam

Sotong Ninjas Sotong Ninjas
Persiaran Multimedia
Cyberjaya, 63100

We are MMU students and are dropshipping Asputra's Tepung Sotong Goreng. If you are interested in our product, you may order it by searching "SquidNinjas" in Shopee or click the pr...

Malakat Mall - Kita Jaga Kita ALLAH Jaga Kita Malakat Mall - Kita Jaga Kita ALLAH Jaga Kita
Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Kita Jaga Kita ALLAH Jaga Kita

Malakat Mall - Pedagang Pendakwah Penjihad Malakat Mall - Pedagang Pendakwah Penjihad
Malakat Mall
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Pedagang Pendakwah Penjihad

Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya
Malakat Mall
Cyberjaya, 63000

Malakat Mall - Ini MALL Anda Yang Punya

Empkost Puchong Empkost Puchong
Taman Putra Perdana, Puchong
Cyberjaya, 47130

SK Magic Cyberjaya SK Magic Cyberjaya
Cyberjaya, LOT3,COTTAGEWALK,OFFPERSIARANAPEC,CYBERJAYA,63000DENGKIL,SELANGOR

Malakat Mall Malakat Mall
Cyberjaya

Platform Online Anda Beli Tanpa Was Was .