Hasbul Brothers

Bantu usahawan membina bisnes profitable, scalable & sustainable! Klik https://growyourbusiness.my/

29/07/2024

"Jika kita tidak jelas kenapa prospek perlukan produk kita, jangan pelik prospek pun tak tahu kenapa produk kita penting untuk mereka."

28/07/2024

Patutlah tutup, sebab ini rupanya…


Minggu lalu kecoh pasal Malakat Mall di Cyberjaya yang bakal ditutup dalam beberapa hari lagi.

Ada usahawan yang hampir 4 tahun berniaga di sini. Ada yang turut beroperasi secara online, ada yang hanya buka lot kedai di mall ini sahaja.
Kami faham, pasti banyak sentimental value dan kenangan sepanjang berniaga disini.

Akhir-akhir ini, banyak kontroversi yang dikeluarkan tentang penutupan mall ini.
Sebab konsep?
Sebab pasaran pelanggan?
Sebab dalaman?
Orang luar hanya lihat secara mata kasar, tapi pemilik bisnes lebih mengetahuinya.
.
Namun, tolak tepi semua isu itu.
Tujuan posting ini ditulis adalah untuk sama-sama kita lihat pada kekuatan semua usahawan. Lihat kekuatan anda masing-masing.
Disaat kita terpaksa buat satu keputusan atau menerima satu keputusan, itulah fasa sebenar untuk kita bermula.
Pandang sebagai iktibar dan fokus kepada solusi.
Secara umum, bisnes tetap perlu diteruskan walaupun kita tutup kedai. Ingat, disaat kita rasa itu titik kejatuhan atau kita hilang arah, itulah sebenarnya titik kebangkitan kita untuk berjaya.

10 Nasihat untuk usahawan bangkit berjuang.

1. Semua bisnes ada potensi, kita yang belum cukup kenal bisnes kita dan belum benar-benar nampak potensi bisnes itu.

2. Buat kajian pasaran dari segi siapa pelanggan sebenar, behavior pelanggan, lokasi, produk kita sedia ada beserta demand produk.

3. Buat kajian tentang pesaing kita, dimana mereka berada, apa nilai mereka beri kepada pelanggan dan lain-lain lagi.

4. Perlu tahu apa unique selling proposition (USP) bisnes anda. Pastikan perbezaan dan keistimewaan anda berbanding pesaing anda memberi value dan kemudahan buat pelanggan.

5. Buat postmortem sebelum kita mulakan bisnes kita semula di tempat baru atau secara online. Semak kualiti dan nilai produk kita, semak cash flow kita, semak cost structure bisnes kita, semak juga apa kata pelanggan tentang produk atau servis kita. Tambah baik.

6. Memang semua itu dah cukup kita buat. Jika kita rasa faktor luaran yang beri kesan kepada bisnes kita, tidak mengapa. Ingat, kawal perkara yang kita boleh kawal. Buat sehabis baik sebagai usahawan dan pemilik bisnes.

7. Mula fokus pada platform jualan yang ada target market kita, fokus kepada content dan kredibiliti bisnes kita. Ada yang tak tahu nak masuk platform mana?

8. Setiap hari adalah peluang untuk kita berjaya. Peluang kita sangat cerah, jadi jangan takut buat pembaharuan dan perkara yang tak pernah kita buat.

9. Usaha tapi tak jadi, it’s okey. Tapi jangan putus harapan, jangan putus usaha. Teruskan berjuang kerana usahawan adalah bangsa pejuang. Jatuh bangun itu biasa.

10. Pastikan setiap hari ada ilmu-ilmu baru yang kita belajar. Bertambah ilmu kita, bertambah darjat kita dan bertambah peluang kejayaan kita..

Pesanan buat usahawan,

Semua usahawan boleh jadi usahawan berjaya. Dengan syarat, anda sanggup untuk hadapi proses-proses mendapatkan kejayaan.

Setiap hari adalah proses untuk kita bangkit dalam bisnes. Setiap saat adalah peluang untuk kita ubah hidup kita.

Berterima kasihlah kepada diri anda sendiri, kerana semangat juang yang tersemat dalam diri anda cukup kuat.

Semoga dipermudahkan urusan semua.


Usahawan nak belajar kembangkan bisnes secara profitable, scalable dan sustainable?

Tekan link di bawah:

https://growyourbusiness.my/
https://growyourbusiness.my/

28/07/2024

Lebih baik tutup cawangan yang rugi daripada cawangan lain menampung kerugian itu. Takut sampai satu masa, kedua-duanya jadi rugi.

27/07/2024

Checklist masalah usahawan Q1 & Q2 di tahun 2024.

No.5 paling ramai business owner selalu buat. Tapi mereka tak perasan.


Ini adalah rumusan masalah utama orang bisnes kami jumpa di Hasbul Brothers sepanjang bulan Januari hinggalah bulan Jun 2024.


1. Ramai terperangkap dalam kerja-kerja operasi walaupun sales bulanan dah capai RM100,000 sebulan.

2. Risau dan takut guna cash reserve untuk membesarkan bisnes. Fikiran mereka cash reserve itu hak mutlak mereka.

3. S**a buang pekerja tanpa mengikut akta yang betul. Kesannya, bisnes susah untuk dikembangkan walaupun dah lama dalam industri.

4. Tak s**a bercampur dengan circle usahawan yang lebih berjaya. Lebih selesa bercampur gaul dengan sesame circle yang ada.

5. Ramai rupanya business owner tak reti nak semak trend sales. Mereka lebih s**a "ikut rasa" & tak forecast pun berdasarkan data.

6. Masih ada pemahaman, sales tinggi keuntungan mesti tinggi. Hakikatnya, sales juta-juta tetapi keuntungan negative. Hati-hati.

7. Kitar semula gameplan yang sama, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Memang kerja gila.

Contoh bisnes fesyen. Orang lain jana sales melalui Live, kita tolak mentah-mentah cara begitu. Lepas tu pelik, bisnes makin tak ada duit.

8. Renovate kedai guna keselurahan duit syarikat tanpa apa-apa data yang sahih mengapa perlu buat begitu. Sedangkan makin menghimpit cashflow syarikat.

9. Lebih 10 tahun dalam bisnes tapi masih congak-congak marketing cost. S**a letak ses**a hati sesedap rasa.

10. Tak ada halatuju dalam bisnes. Lebih selesa jadi followers. Jalan ikut flow. Akibatnya, kalah dengan pesaing setahun jagung dalam bisnes.


Cuba anda semak, no mana masalah bisnes yang anda sedang hadapi sekarang? Komen dibawah.

Sementara itu, jangan lupa tag rakan usahawan anda & share posting ini sekarang.

27/07/2024

Setuju? 😉

27/07/2024

Antara fasa bahaya dalam bisnes adalah pada ketika bisnes masih sangkut di tahap sama, kita masih anggap ianya situasi biasa.

26/07/2024

Sampai bila kudrat kaki dan tangan kita boleh bertahan?
Akan tiba masa kita penat buat bisnes jika kita masih langsung tidak kembangkan bisnes bermula dari sekarang.

Ibu masih menyara anak-anak dengan hasil jualan yang tak seberapa. Ayah masih membanting tulang mencari rezeki di sana sini. Anak muda tidak tenang terhimpit dalam dunia hutang.

Kita semua masih berjuang dengan cara kita sendiri.
Suatu hari nanti, bisnes itu memenatkan kita bila kita masih sama seperti sekarang.

Kita tahu, nak berjaya ni ada proses. Memang makan masa.

Tapi, jangan sesekali ada dalam keadaan yang selesa. Lega dengan semua yang kita miliki. Seronok dengan semua pencapaian kita yang sangat kecil itu.

- Berniaga tanpa ambil peduli kira-kira bisnes.
- Untung rugi main congak dalam kepala.
- Masih lagi berniaga seorang diri.
- Tak rancang masa untuk keluar dari berniaga secara solo.
- Tak rancang ‘growth’ bisnes kita.
- Masih tak percaya potensi diri dan bisnes sendiri.
- Tiada direction bisnes, buat tanpa matlamat.

Bila berlaku krisis atau sesuatu diluar jangkaan, kita jatuh!

Ingat, bisnes tanpa pertahanan ini akan kalah.

Sekali dua tak mengapa, tapi bagaimana jika berlaku berkali-kali?

Tiada pilihan selain sediakan payung sebelum hujan. Bangkit buat pertahanan, kembangkan bisnes bermula dari sekarang.

Jika ilmu kita sekarang sekecil zarah, usahalah besarkan jiwa kita seluas alam.

Jika coretan ini sekurang-kurangnya memberi sedikit sentuhan hati buat anda, kongsikan kepada orang lain.

Sebarkan manfaat supaya semua orang dapat merasa, isi hati seorang yang dahaga melihat kegembiraan usahawan berjaya.

Photos from Hasbul Brothers's post 26/07/2024
26/07/2024

Harga durian mahal sebab variety & kualiti.Durian kampung, musang king, duri hitam. Apa yang boleh kita kaitkan dengan bisnes?

Photos from Hasbul Brothers's post 26/07/2024

Ini antara wajah anak-anak didik kami yang sempat kami capture moment mereka sepanjang 2 hari seminar Grow Your Business (GYB) yang telah melabuhkan tirainya kelmarin.

Pada suatu ketika dulu, mereka juga berada di seat belakang seminar anjuran kami.

Bertepuk tangan mendengar kisah kejayaan orang lain. Tak disangka dengan hope yang ada, dengan semangat yang ada, dengan kepercayaan yang ada, mereka "serah diri" berguru bersama kami.

Hari ini mereka p**a di atas pentas berkongsi kisah kejayaan mereka.

Ada yang resultnya nampak hanya satu bulan bersama kami.

Ada yang kami suntik dan ubah sedikit perkara sahaja, bisnesnya makin berkembang dengan profit sihat.

Ada yang mendapat ketenangan kembali selepas selesai langsaikan hutang-hutang lama.

Semuanya bermula dengan kepercayaan.

Percaya mereka boleh kembangkan bisnes bersama kami di Hasbul Brothers. Tidak kami sia-siakan.

Ketuklah "pintu pejabat" kami.

Kami sedia ada untuk sama-sama berpimpin tangan dengan hanya satu harapan, iaitu bantu mereka yang ingin keluar dari perangkap masalah bisnes yang tak sudah-sudah sampaikan "freedom" itu hilang.

Anda juga inginkan kejayaan kembangkan bisnes? Penat dengan bisnes tanpa bimbingan dengan betul?

Deal sampai jadi dengan team consultant kami. Percaya kepada kami, insyaAllah kami bersama anda membina kejayaan.

Klik link di ig story dan deal sampai jadi The Protege. Jumpa nanti dalam program bimbingan 6 bulan The Protege.

Photos from Hasbul Brothers's post 25/07/2024

"Biar pahit di atas kertas, asalkan ia realistik!"


Ramai usahawan s**a "berimaginasi" target sales yang besar. Tapi tak pernah capai. Antara puncanya kapasiti yang tidak mencukupi.

Mereka s**a sales besar yang kadang-kadang tak logik pun.

Akhirnya bisnes itu susah nak survive dan mudah tersungkur disebabkan kemampuan dan ilmu yang tidak mencukupi dalam pengiraan kos profit dan seni meningkatkan pembelian pelanggan.

Letak target yang spesifik, realistik dan boleh diukur.

Kita perlu 'think big', pada masa yang sama bertindak mengikut kapasiti semasa.

Inilah yang dipelajari oleh usahawan GYB pada sesi pagi tadi, iaitu "Kuasai Pengiraan Profit" bersama Tuan Hasbul 'Ariff.

25/07/2024

Ada produk perlu digugurkan. Supaya bisnes itu kembali bernafas. Ini antara strategi perlu usahawan kuasai jika bisnes itu perlu 'dikecilkan'.

Photos from Hasbul Brothers's post 24/07/2024

Jangan takut dengan kejatuhan!


Bisnes "bermazhabkan" kami di Hasbul Brothers, 3 perkara ini yang kami pegang, iaitu:

(1) Bisnes itu mesti "Profitable". Bisnes itu perlu ada keuntungan terlebih dahulu.

(2) Bisnes itu juga perlu "Scalable". Bisnes itu perlu dilipatgandakan berkali-kali ke arah yang lebih besar.

(3) Bisnes itu boleh "sustainable". Bisnes itu mesti diusahakan untuk kekal bertahan lama.


Inilah kami "bongkarkan" strategi-strategi dalam seminar Grow Your Business (GYB) hari ini & esok! InsyaAllah esok perkongsian lebih WOW!

Kami dedahkan bagaimana "4 kuadran cost structure " yang banyak mengubah masa depan bisnes anak-anak didik kami.

Kami juga bakal dedahkan bagaimana formula "3T" dalam topik "Customer Growth Strategy" ini bakal melonjakkan bisnes itu berkali ganda.

Peserta GYB, kita jumpa esok!

Photos from Hasbul Brothers's post 24/07/2024

"Kita tidak mahu, 5 tahun akan datang, bangun tidur, tahap pengetahuan kita masih di tahap yang sama..."

Tahap pengetahuan membentuk pemikiran. Pemikiran membentuk tindakan.

Apabila ilmu pengetahuan tak bertambah, pemikiran kita akan menjadi lebih mundur.

Pemikiran mundur membuahkan tindakan yang mundur ke belakang.

Akibatnya...

+ Kita masih tak tahu apa yang nak ditambah baik dalam bisnes.

Diri masih terperangkap dalam jerat yang sama.

+ Makin lama bisnes makin teruk.

Sehingga terpaksa guna teknik 'murahan' untuk naikkan sales.

Tapi sales masih tak naik. Profit apatah lagi!

+ Berbisnes untuk dapatkan duit lebihan. Tapi makin lama berbisnes makin menokok duit hutang.

Buat hutang untuk tutup lubang. Tapi lubang baru lebih besar p**a yang muncul.

Adoi, pening kepala!

+ Buang harga untuk bersaing. Tak sedar akaun syarikat makin negatif.

Letak harga mahal, pelanggan tak beli. Buang harga, untung p**a yang tiada.

Alamak! Apa nak buat?


Solusinya ada dalam seminar Grow Your Business (GYB) yang sedang berlangsung sekarang bersama lebih 400 peserta GYB.

Sesi pagi bersama Tuan Hasbul 'Ariff dan Tuan Hasbul 'Aqill membongkarkan "rahsia bina bisnes berjaya" di sebalik modul 1 & 2 GYB iaitu Growth Formula dan Strategi Pecah Tembok Persaingan & Jualan.

24/07/2024

Jika pelanggan boleh memilih peniaga, peniaga juga boleh memilih pelanggan. Dengan cara yang betul, bisnes grow!

23/07/2024

Usahawan susah nak berkembang sebab mereka merasakan "tangan" mereka ajaib.

Hanya tangan mereka sahaja yang boleh menghasilkan makanan yang sedap. Gubahan yang cantik. Potongan rambut yang nampak eksklusif.

Awalnya bisnes itu boleh kita seorang diri. Ilmu buat kita dah kuasai. Tapi kita tak boleh "reach" sampai ratusan malah ribuan pelanggan kalua kita masih seorang diri.

Kita akan "tewas" dengan pesaing sebab kita tak mampu.

Kita perlu hire "tangan-tangan" & "otak-otak" lain yang power bersama kita.

Di sinilah perlunya ilmu kembangkan bisnes.

Apa itu ilmu "business growth" ini? Semuanya akan terjawab dalam seminar Grow Your Business (GYB) 2 hari, esok & lusa.

Seminar Grow Your Business (GYB)

Tarikh: 24 & 25 Julai 2024
Hari: Rabu & Khamis (Esok & lusa)
Tempat: Shaftsbury Asteria, Cyberjaya.
Yuran: RM39 sahaja

Sempat lagi nak daftar? Klik link GYB di bio sekarang.

23/07/2024

“Buang harga ini memang seronok! Namun percayalah, lama kelamaan kita akan mula letih selepas ambil kira kos dan untung yang tidak setimpal dengan penat lelah.”

22/07/2024

Sampaikan terpaksa tolak order, demand terlalu tinggi.


Inilah ‘nasib’ bisnes Puan Jua, pemilik bisnes, Jua Cook & Bake hanya selepas 3 bulan berguru bersama kami.

Mula kenal kami setahun yang lepas,
katanya iklan Hasbul Brothers asyik ‘menghantui’ beliau.

Akhirnya,beliau & suaminya datang 2 hari penuh belajar di seminar GYB Disember lepas.

“Tak sangka dalam seminar GYB 2 hari ini pun saya dah nampak directon bisnes saya.”

Inilah kata beliau.

“Balik GYB, saya terus buat.

Resultnya, saya terpaksa tolak demand pelanggan yang terlalu tinggi.”


Apa yang membuatkan beliau alami perubahan positif ini hanya dalam masa 3 bulan bersama kami?

+ Faham cost structure bisnes sendiri.

“Saya jadi berani invest pada:

> pengiklanan berbayar,
> ambil pekerja dan
> tambah equipment kedai

sebab saya faham cost structure bisnes sendiri.”

Ini punca bisnes beliau yang stuck sekitar RM35 ribu sebulan.

Akhirnya naik ke sales RM85 ribu hanya dalam masa 3 bulan.


Sebab itu, dalam bisnes.

Benda simpe je.

Tapi kalau dibuat dengan cara yang betul, inilah punca bisnes itu naik sales & untung mula nampak.

Puan Jua juga berjaya simpan cash reserve sebab beliau betul-betul in mood “deep monitoring” cost structure bisnes beliau.


Dalam seminar GYB, kami ajarkan cara simple & mudah faham pengiraan cist structure.

Dalam seminar pun, kita praktis buat.

Terus tahu bisnes itu untung atau tidak.

Kami ajarkan cara simple, semua oang mudah faham cara kira untung rugi bisnes:

(1) COGS
(2) OPEX
(3) Bajet marketing
(4) Nett profit


Jadi apa lagi?

Jangan sia-siakan bisnes anda. Makin lama in denial sydrome, makin nampak kabur menguruskan bisnes sendiri.

Klik link di bio & daftar GYB sekarang.

22/07/2024

Strategi bina team yang betul untuk kembangkan bisnes? Jangan terpedaya dengan cara-cara lapuk bina manusia.

Ini zaman gen Z.

Bukan zaman, majikan kata A, staf buat A.

Ada staf yang kena ‘ketuk’, baru jalan.
Siapa setuju cabaran majikan bina team untuk ‘business growth’ ini sangat besar berbanding cabaran lain?

Sebenarnya ia bermula dari ‘siapa’ orang yang kita bawa masuk sebagai team itu sendiri.

Majikan, Founder dan Usahawan yang nak bisnes grow, anda bakal bertambah rugi, bisnes anda takkan grow selagi anda tak tahu perkara ini:

✓ Strategi (7 Piramid hiring talent berkualiti)
✓ Cara bina high performing team yang betul.
✓ Bagaimana urus staf sedia ada yang tak perform sehingga mereka jadi seperti staf berpengalaman.

Bila dah bawa masuk team yang tepat, bisnes akan grow lebih sihat. Ini impaknya:

- Kerja execute boleh dilaksanakan.
- Sales makin meningkat.
- Profit makin naik dan sihat.
- Boleh leverage untuk hasil yang lebih banyak.
- Idea-idea baru menambah baik bisnes anda.
- Talent baru dapat menaikkan brand.
- Lebih efisyen dan produktif.

Semua ada caranya.

Cuma kena ingat, bisnes ini bukan rumah pemulihan akhlak yang kita sendiri perlu ubah attitude staf. Bisnes juga bukan rumah kebajikan, yang kita juga terpaksa terima semua alasan dan kasihankan mereka.

Jadi, bagaimana cara bina team yang betul?

Strategi kami bina team sepanjang berbisnes ini kami ajar pada anak didik kami dan usahawan yang belajar bersama dengan Hasbul Brothers sehingga capai titik kejayaan sebenar.

Siapa nak tahu caranya, komen ‘NAK’.

P/s: Share posting ini untuk lebih ramai usahawan kebal dengan isu bisnes ‘stuck’ selama ini.

22/07/2024

Peserta GYB, hari Rabu dan Khamis (24 &25 Julai) ini kita jumpa selama 2 hari dalam dewan seminar Grow Your Business (GYB).

Sebelum itu, 3 petang kejap lagi kita berjumpa sekejap di alam maya secara Zoom dalam sesi pra persediaan GYB.

Ada info-info terkini akan dikongsikan oleh Tuan Farizul dalam sesi kali ini. Penting sangat sesi petang ini. Rugi kalau tak join.

Jadi kena datang. Wajib datang.

Tepat jam 3 petang nanti masuk Zoom ya! Boleh dapatkan link pre-session ini di WhatsApp group peserta GYB dan semak sms.

Jumpa nanti!

22/07/2024

Buat bisnes selesaikan masalah pelanggan. Bukan tambah masalah pelanggan. Sebab tu penting Product, Market & Business development.

Photos from Hasbul Brothers's post 21/07/2024

4 topik GYB wajib usahawan kuasai jika tak nak kalah dengan pesaing.

Fakta: Ramai anak didik GYB kami berjaya kuasai bisnes mereka setelah hadir ke GYB 2 hari penuh & praktiskan 4 topik penting GYB ini.


Topik 1: Growth Formula

Seminar GYB dimulakan dengan topik "Growth Formula" oleh Tuan Hasbul 'Ariff.

Topik pertama ini sangat penting dalam seminar GYB.

Ianya berkenaan 3 formula emas berkenaan:

(1) Growth Mindset
(2) Awareness & Maturity
(3) Humility

Bagaimana kesan topik ini kepada usahawan, mereka akan menyedari betapa pentingnya mereka ada pemikiran seorang usahawan.

Tak guna belajar segala ilmu marketing, sales, profit mahupun people, selagi tiga menguasai "Growth Formula" ini.


Topik 2: Strategi Pecah Tembok Persaingan & Jualan

Ada 9 strategi "marketing trend terkini" wajib usahawan kuasai.

Supaya pelanggan akhirnya memilih anda. Paling penting mereka faham apa mesej yang anda sampaikan kepada mereka.

Ramai anak didik GYB naik sales disebabkan 9 strategi ini. Bahkan ada yang hanya 1 strategi sahaja, sales naik hingga 10X ganda.

Anda ada masalah marketing & sales? Belajarlah 9 strategi ini.


Topik 3: Kuasai Pengiraan Profit

Ada 4 kuadran X,Y,Z perlu usahawan kena jaga untuk menampakkan profit di hujung bulanZ

Topik ini telah membantu ramai anak didik GYB kami menguasai kiraan untung yang betul.

Berapa peratus perlu usahawan belanjakan supaya cashflow bisnes itu tak berdarah & sihat, akan dibongkarkan khusus dalam seminar GYB nanti.


Topik 4: Customer Growth Strategy

Terfikir cara untuk tembus pasaran dengan tingkatkan jumlah pelanggan di saat market sekarang begitu padat dengan ragam pesaing & "cerewetnya" pelanggan.

Dengan kuasai formula "3T" anda akan menguasai pasaran. Kami akan dedahkan bagaimana dengan formula 3T, marketing activity & sales channel ini dapat membantu pelanggan anda tetap berbelanja walaupun harga anda mahal.

Nak tahu caranya?


Klik link di bawah & daftar seminar GYB Rm39 sahaja.

https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my

21/07/2024

Usahawan wajib belajar seni "fokus" pada produk yang boleh memberi margin lebih tinggi. Barulah bisnes itu untung. Nak belajar tak seni mahal ini? Tengok komen sekarang. 👇

21/07/2024

Bisnes itu mesti untung.

Inilah rangka kerja atau framework "Profitable" usahawan perlu kuasai.

Antara punca masalah kebanyakan usahawan, mereka gagal sampaikan mesej marketing itu dengan jelas kepada orang yang tepat.

Menyebabkan bisnes itu tenggelam dengan pesaing.

Apabila mesej marketing gagal, apa jadi pada jualan yang masuk?

Sama juga kes gagal letak harga yang betul.

Marketing dah cantik, sales masuk pun meriah.

Tapi hujung bulan?

Tak nampak duit dalam akaun.

Kalau nampak pun.

Alahai ciput sangat.

Sebab gagal mengira kos yang betul. Malahan tak tahu pun cara betul berapa peratus keuntungan yang perlu diambil.

Inilah antara punca mengapa bisnes itu tidak ada keuntungan yanh menyebabkan bisnes itu susah nak berkembang.

Pentingnya bisnes itu ada pendapatan yang setiap bulan boleh disimpan.

Dalam seminar Grow Your Business (GYB), ada 9 strategi "Pecah Tembok Persaingan & Jualan" & juga 4 kuadran "Kuasai Pengiraan Profit".

Bagaimana gabungan 2 topik ini dalam seminar GYB pun, mampu menaikkan jualan anda at least 2 kali ganda.

Inilah feedback dari peserta-peserta seminar GYB yang lepas.

Anda bila lagi? GYB akan berlangsung pada hari Rabu (24 Julai) & Khamis (25 Julai) nanti di Cyberjaya.

Jangan sampai bisnes anda terus tenggelam di mata pesaing.

Klik link daftar seminar GYB di bawah sekarang.

https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my

20/07/2024

"Selesa walaupun sales stagnant & tak tambah team. Staf sekarang boleh bawa sales masuk dah." Itu petanda tiada Growth Mindset!

Photos from Hasbul Brothers's post 20/07/2024

Usahawan dan founder, dah kering idea nak bisnes grow?
Siapa lagi nak kami tunjukkan cara grow bisnes 10X ganda, pe*****te pasaran dengan berjaya walau persaingan sesak, capai simpanan syarikat 5-7 angka dan bina bisnes sustainable di era ini.
Beberapa hari lagi,
Kami akan membongkarkan modul-modul grow bisnes untuk anda kembali conquer pasaran & jadi bisnes profitable, scalable dan sustainable.
Memperkenalkan Seminar GROW YOUR BUSINESS (GYB), bakal kami dedahkan ilmu yang takkan anda dapat di seminar lain. Ilmu lebih 'deep', lengkap dan menyeluruh.
[+] Golden Triangle Formula & Customer Growth Strategy

5 tahun dulu kerja seorang diri, sekarang pun masih lagi seorang diri?

5 tahun dulu sales 30k sebulan, sekarang pun masih tahap sama?

Lepas 3 tahun bisnes, masih tak capai jualan RM100k sebulan?

Untung makin menipis sampai negatif dan terpaksa tutup kedai?
Anda akan mula nampak jalan keluar selepas anda faham GOLDEN TRIANGLE FORMULA ini.
[+] Growth Formula
Kebanyakan bisnes yang baru bermula, selepas 3 tahun, 80% akan tersungkur.
Ini adalah fakta!
Adakah anda berada di titik terakhir dalam hidup anda sekarang? Bisnes hampir gulung tikar atau risau sebab dah 'stuck' lama.
Dalam Seminar GYB, kami akan dedahkan cara betul untuk anda kembangkan bisnes.

Kami akan tunjukkan real case perkara usahawan anak didik kami berjaya lakukan supaya melepasi 3 tahun pertama, 5 tahun atau 10 tahun dengan penuh kejayaan.
[+] Strategi Pecah Tembok Pesaingan & Jualan
Kebanyakan pemilik bisnes hanya tahu meniru strategi yang sama seperti pesaing dan akhirnya ketinggalan, jauh ditinggalkan pesaing termasuk pesaing yang mula bisnes lebih lewat!

Jangan pelik kenapa.

Kami beri jaminan ini bukanlah strategi tipikal yang anda biasa dengar dan bukan perkongsian 'SURFACE'! Ini betul-betul MENDALAM supaya anda p**ang dari seminar dan boleh terus laksanakan!
[+] Kuasai Pengiraan Profit & Costing Bisnes
Adakah anda yakin akan formula pengiraan kos bisnes anda sekarang?

Buat jualan puluh ribu malah ada yang sales ratusan ribu sebulan pun masih tak nampak keuntungan.

Banyak sales tapi tak nampak profit dan untung! Buat penat je.

Kali ini, beri peluang kepada diri untuk belajar cara kira kos yang tepat supaya anda tak penat!

Hanya untuk anda yang mendaftar & hadir, Kami berikan 4 BONUS EXCLUSIVE yang boleh anda guna untuk bisnes anda sepanjang zaman!
Nak tahu apa?
Sekali lagi kami ingatkan, masa dah tak banyak.

Tekan link dibawah dan terus daftar sekarang:

www.growyourbusiness.my

"Alamak, jauh la p**a. Susah nak datang."

Its OK, seminar GYB ini bukan untuk anda. Hanya untuk usahawan yang serius sanggup NAK datang belajar dan sanggup berjaya sahaja.

✓Jika ingin perniagaan anda terpaksa GROW 10X GANDA dari sebelum ini?
✓Nak team anda berkualiti boleh bawa masuk sales banyak untuk syarikat? ✓Nak KUASAI PASARAN walaupun pesaing terlalu ramai?
✓Nak ada profit untung serta simpanan syarikat mencecah 6-7 angka?

100% ANDA WAJIB HADIR!
PERHATIAN,
Tarikh seminar dah dekat, buat keputusan sekarang untuk beri 100% komitmen, daftar dan hadir selama 2 hari seminar ini.

Daftar dan rancang perjalanan anda sekarang!
www.growyourbusiness.my

Anda usahawan bangsa pejuang.

19/07/2024

DAULAT TUANKU.

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah pada 20 Julai 2024.

Sembah takzim daripada Hasbul Brothers.

19/07/2024

Duit akaun kering kontang, sebab tak kuasai asas struktur kos bisnes.

Bagaimana kos X, kos Y & kos Z sangat penting dipantau rapi oleh pemilik bisnes kerana disinilah "punca" bisnes itu berkembang sihat atau sebaliknya.

Ramai anak didik kami datang jumpa kami, kebanyakan dari mereka berbelanja kos bisnes lebih daripada 50%.

Akibatnya:

+ Mereka gagal nampak angka besar di akhir bulan.

+ Syarikat tidak boleh survive kerana tiada cash reserve.

+ Pekerja tidak termotivasi kerana tiada "career growth".

+ Akhirnya, bisnes kembali beroperasi kecil.

Dari premis ke rumah, dari staf 8 orang ke "CEO" - Chief Everything Officer (Buat segala benda)!


Pesan kami, jangan tunggu lama.

Dalam seminar Grow Your Business (GYB), 24 & 25 Julai 2024, hari Rabu & Khamis ini di Cyberjaya.

Pengiraan kos sebenar menghasilkan profit sihat akan dibongkarkan.

Apa peratus kos bisnes sebenar usahawan perlu tahu supaya bisnes itu boleh dikembangkan dengan sihat.

Dalam GYB, ada solusinya.

Klik link di bawah dan daftar GYB sekarang.

https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my

Photos from Hasbul Brothers's post 19/07/2024

Alami isu bisnes itu biasa.

Bezanya dengan 5 usahawan ini, mereka terus mencari solution.


Ada antara mereka sebelum
berjumpa kami, alami masalah:

+ salah kira kos,
+ tersilap bawa masuk staf yang tak perform,
+ duit syarikat hilang,
+ terlalu selesa gaya marketing lapuk, dan banyak lagi.


Jika mereka boleh selesaikan
isu-isu bisnes mereka bersama kami dalam smeinar GYB.

Mengapa tidak anda?

Jom jumpa kami dalam seminar 2 hari GYB di Cyberjaya.

Kenapa seminar GYB berbeza dari seminar yang anda mungkin hadiri sebelum ini?

1 - Content yang direka khas untuk ‘Business Growth’.

2 - Bisnes bukan hanya tentang sales, ia adalah tentang profit & growth.

3 - Seminar yang fokus kepada ilmu & strategi untuk capai long term success.


Jadi inilah masanya.

Daftar sekarang seminar GYB
dengan klik link seminar dibawah.

https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my

19/07/2024

"TikTok dah masuk, IG dah masuk. FB pun. Tapi bisnes masih lagi sama. Pelanggan tetap tak akan membeli." Siapa ada masalah macam ni sekarang?

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Bina Bisnes Anda Bersama Hasbul Brothers

Setelah hampir 10 tahun kami bekerjasama dengan pemilik bisnes, ejen ataupun stokis, banyak yang kami sedar tentang senario dan belenggu yang sering dihadapi oleh usahawan.

Pelbagai kesusahan, keperitan yang mereka hadapi tapi tidak didendangkan.

Kami faham situasi anda, siapa pun pernah berada didalam situasi yang sukar. Kecewa, penat, dan stress yang melampau namun hasil masih tidak nampak.

Segala ketakutan menghantui diri, takut rugi, takut nak bermula, takutkan persaingan. Hentikan dari terus berfikir seperti itu!

Videos (show all)

Bonus Eksklusif Buat Peserta GYB Jun 2024
Persiapan Akhir Seminar GYB 26&27 Jun 2024
Strategi Chess Ini Boleh Naikkan Jualan?
Kenapa seminar GYB berbeza dari seminar yang anda mungkin hadiri sebelum ini? 1 - Content yang direka khas untuk ‘Busine...

Category

Telephone

Address


No. 4805-1-01, 1st Floor, Jalan Perdana, CBD Perdana 2, Cyber 12
Cyberjaya
63000

Other Entrepreneurs in Cyberjaya (show all)
RyenaShophouse RyenaShophouse
Cyberjaya

Resepi dan saiz Biskut Cornflakes dan Biskut Chocolate Chip sudah diperbaharui tau. Rupa bentuk lebi

Amer Iskandar Amer Iskandar
Cyberjaya

Facebook Ads & Email Marketer, Website Developer

OOTD CIK BULUS OOTD CIK BULUS
Cyberjaya
Cyberjaya

🎊Fiesta OOTD Cik Bulus🎊 📍5 NOV l MMU,CYBERJAYA Jom Memeriahkannya

Yk Tang Yk Tang
Tamarind Square Cyberjaya
Cyberjaya, 63000

我是 Yk, 在9个月的时间里从 CUCKOO 销售代理到 CUCKOO 销售经理。过程中了解到销售技巧,团队文化还有平台的重要性。

Aman Traveler Aman Traveler
Cyberjaya

This page for the people who want to keep touching with me.

Cubic Coffee Cubic Coffee
Jalan Usahawan 2
Cyberjaya, 63000

Menjual minuman Kopi, Teh, Milo dan Coklat.

Nilofa Lembah Pantai Nilofa Lembah Pantai
Cyberjaya

Drintox Pineapple Juice by Nilofaplus - Buang toksin | Open for new team

Mhiz favourite TV Mhiz favourite TV
Mutiara Vall
Cyberjaya

Simple 👌

Kopi & Wrap Kopi & Wrap
GP2. 03M, Tree House, Tamarind Square
Cyberjaya, 63000

Freshly made for people on the go. Good wraps good Kopi. That's all you'd need to fill up your day!

Ed Ed
Cyberjaya

Hey, Whatever....

Ms Yan NFruits Ms Yan NFruits
Cyberjaya, 63000

Xmnega dah.kena tipu kilang xbg agreement.masuk kacau market,pastu diam2 p take over stokis/retailer.

Hafiz Azizan Hafiz Azizan
Cyberjaya

Sharing my personal take in life with everyone. Will be sharing everything revolving my daily life.