Resident Naval Officer Penang - TLDM Penang
Organisasi yang mewakili TLDM bagi urusan pentadbiran dan ketenteraan di Pulau Pinang
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka - Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang
Alhamdulillah, acara pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya. TLDM telah terlibat dalam aktiviti perarakan kontinjen, pasukan penaik Jalur Gemilang dan juga persembahan Kawad Senyap. Pada tahun ini, Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Dato' Roslee bin Mohd Isa telah hadir sebagai pegawai terkanan TLDM.
Terima kasih kepada semua warga TLDM dan PSSTLDM dari Unit Bantuan Utara TLDM dan Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG yang telah memberikan komitmen jitu. Jutaan tahniah dan terima kasih juga buat Istiadat Dan Kawad Senyap TLDM atas persembahan Kawad Senyap yang memukau. Bravo Zulu!
Terima kasih kepada penganjur Pejabat SUK Pulau Pinang atas kepercayaan, peluang dan sokongan yang diberikan. Penang memang best!
Saksikan persembahan Kawad Senyap TLDM esok, 31 Ogos 24 di Padang Kota sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Pusat Khidmat KADUN Padang Kota
Pejabat Wakil Tentera Laut Pulau Pinang telah dijemput untuk mengadakan Pameran Ketenteraan dan Promosi Kerjaya TLDM di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bayan Baru untuk Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI peringkat Parlimen Bayan Baru.
Program ini adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah (JAPEN) Barat Daya dengan kerjasama jawatankuasa Sekolah Kebangsaan Bayan Baru dan komuniti setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru , YB Sim Tze Tzin.
Program ini berlangsung meriah dan disambut baik oleh komuniti setempat dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Dengan penglibatan TLDM untuk program ini dapat mempromosikan TLDM sebagai salah satu kerjaya pilihan anak muda kepada masyarakat setempat dan seterusnya memberi impak yang positif pada komuniti dan imej organisasi TLDM.
Ada yang rindu mereka? Kawad Senyap TLDM.
31 Ogos ni, jom kita pakat p serbu Padang Kota. Saksikan persembahan Kawad Senyap TLDM sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Jangka masa mula persembahan pada jam 8.30 pagi (selepas ikrar). Mai awai tak kalut no..
Julung kali Pasukan Kawad Senyap TLDM buat persembahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Pulau Pinang.
Yang takdan mai 31 Ogos, boleh mai tengok masa raptai 29 dan 30 Ogos. Lokasi dan masa yang sama.
Pakat tegur depa ni, boleh ajak bergambaq. Walaupun segak π«£, Insyaallah depa tak sombong.
Pejabat SUK Pulau Pinang
Unit Bantuan Utara TLDM
Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG
Professional Interaction Programme (PIP) bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Lebuh Pantai
Program ini diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, George Town pada 22 Ogos 24. Delegasi PWTL Pulau Pinang diketuai oleh Pegawai Laksana, Lt M Zulaikha.
Warga PWTL Pulau Pinang berpeluang melawat di persekitaran balai bomba yang mana ianya juga dijadikan sebagai sebuah Galeri Bomba (Mini Muzium). Pada program ini juga, warga PWTL Pulau Pinang turut didedahkan dgn latihan mengawal kebakaran dan ceramah keselamatan.
Inisiatif PIP ini dinilai mencapai objektif dalam memperkasakan lagi hubungan inter agensi dan dalam masa sama melatih anggota berkenaan memadamkan kebakaran. Ianya juga dapat mempromosikan TLDM kepada masyarakat umum dan agensi kerajaan lain.
Terima kasih tuan!
Bomba Lebuh Pantai
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
Menyahut saranan kerajaan dan menyokong kempen kibaran Jalur Gemilang di Pulau Pinang, persekitaran Pejabat Wakil Tentera Laut Pulau Pinang dihiasi dengan kibaran Bendera Kebangsaan.
Semarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan! Kibarkan Jalur Gemilang!
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.
Terima kasih kepada Pusat Khidmat KADUN Padang Kota yang menyumbangkan Jalur Gemilang.
Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang mengambil peluang berkunjung ke KD HANG TUAH dan beramah mesra bersama Pegawai Memerintah KD HANG TUAH semasa dalam tugas rasmi ke Lumut.
KD HANG TUAH didaftarkan sebagai aset TLDM pada tahun 1977. Kapal buatan Yarrow Shipbuilders, Glasgow ini asalnya ditauliahkan sebagai HMS MERMAID pada Mei 1973 dan menjadi salah satu aset Tentera Laut British.
Pejabat Wakil Tentera Laut Pulau Pinang telah dijemput untuk mengadakan Pameran Ketenteraan dan Promosi Kerjaya TLDM di Perkarangan Jejantas Lingkaran Luar Butterworth untuk Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI peringkat Parlimen Bagan pada 11 Ogos 24.
Program ini adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah (JAPEN) SPU dengan kerjasama jawatankuasa Sekolah Kebangsaan Kuala Perai dan komuniti setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bagan, YB Lim Guan Eng.
Dengan penglibatan TLDM untuk program ini, ianya dapat mempromosikan TLDM sebagai salah satu kerjaya pilihan anak muda kepada masyarakat setempat dan seterusnya memberi impak yang positif pada komuniti dan imej organisasi TLDM.
Professional Interaction Programmes (PIP) bersama Ketua Polis Daerah Timur Laut
Pada 8 Ogos 24, program interaksi telah diadakan bersama delegasi IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG yang diketuai oleh KPD TL, YDh ACP Razlam bin Ab Hamid dan beberapa ketua-ketua jabatan di IPD TL. Antara pengisian utama program adalah taklimat organisasi yang disampaikan oleh Leftenan Muda Zulaikha PSSTLDM. Pada sesi ini juga, kedua-dua sempat berkongsi maklumat, bertukar pendapat dan merencanakan beberapa peluang kolaborasi akan datang.
PIP ini adalah inisiatif PWTL Pulau Pinang dalam memperkukuhkan lagi kerjasama antara agensi di Pulau Pinang di samping mempromosikan TLDM. Usaha ini adalah selaras dengan Teras Strategik ketiga Peta Strategi TLDM iaitu Keberkesanan Perhubungan Strategik.
Terima kasih YDh Tuan atas kunjungan. Semoga IPD Timur Laut dan PWTL Pulau Pinang sentiasa cemerlang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di negeri ini.
T-shirt rasmi RNO Penang'24
Kunjungan Hormat Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang kepada Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang
Sesi kunjung hormat ini telah diadakan pada 1 Ogos 24 bertempat di Wisma Kastam, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Selain memperkukuhkan kerjasama strategik, aktiviti ini juga turut membincangkan program kolaborasi akan datang yang boleh dianjurkan di Pulau Pinang demi kebaikan masyarakat dan negara.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang
Tahniah YBhg Dato'
Panglima Tentera Laut dan seluruh warga Navy People mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Pertama Dato' Roslee bin Mohamad Isa, Panglima Wilayah Laut 3 di atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datoβ sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024.
Proud of you sir!
Jutaan tahniah kepada Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang, Leftenan Komander Muhamad Fadhil bin Samsuddin TLDM atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj Abdul Razak, Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang pada Hari Ketiga Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan (DKBP) Pulau Pinang 2024.
Semoga terus berdedikasi dan proaktif menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara.
Daulat Tuanku.
Panglima Tentera Laut dan seluruh warga Navy People merafak sembah menjunjung kasih sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Yang Ke-65.
ππππππππππ πππππ ππππππ
ππππππ ππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ
Sumber : Utusan Malaysia
Panglima Tentera Laut dan seluruh warga Navy People mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Muda Dato' Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Wilayah Laut 1 di atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datoβ sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024.
Mendekati komuniti maritim di Pulau Pinang dalam menjayakan inisiatif bertanya khabar dan mengumpul maklumat berkenaan keselamatan maritim negara.
Usaha ini adalah sebahagian daripada program Kajian Indeks Keselamatan Maritim yang dianjurkan oleh TLDM.
Keselamatan dan kedaulatan negara tanggungjawab bersama. Anda adalah mata dan telinga kami. Haria!
SUKAN BULANAN: KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PWTL PULAU PINANG
Rock and Bowl!
Bertempat di Penang Bowl, Kejohanan Bowling Tertutup dianjurkan sebagai salah satu aktiviti sukan bulanan unit. Kejohanan ini bukan sahaja sebagai aktiviti sukan yang sihat, malah sebagai medium mencungkil bakat terpendam di kalangan warga PWTL P.Pinang.
Tahniah kepada para pemenang dan juga kepada Jaguh Longkang π
Terima kasih kepada penaja dan juga penganjur. Bulan hadapan kita anjurkan kejohanan sukan ekstrem p**a. Insyaallah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jalan Tun Syed Sheh Barakah
George Town
10200
No. 15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pengkalan Weld, Pulau Pinang
George Town, 10300
A Penang State Government-Linked Company established to accelerate digitalisation in the state.
Paras 20, KOMTAR
George Town, 10503
Dahulu dikenali sebagai Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang
TINGKAT 50 & 51, KOMTAR
George Town, 10000
Government Agency
Balai Polis Bandar Baru
George Town, 11500
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pulau Pinang
George Town, 10300
A programme by Digital Penang aimed at driving digital adoption among communities in Penang.
Tingkat 18, Menara JKP, 128 Jalan Macalister
George Town, 10400
Laman ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah P. Pinang (JPSyPP)
Zon 1 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Tingkat 2, D/a Balai Bomba Dan Penyelamat Paya Terubong, Jalan Paya Terubong
George Town, 11500
ZON 1 PULAU PINANG, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI PULAU PINANG
Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains
George Town, 11800
Menguruskan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM
Tingkat 19, Menara JKP
George Town, 10400
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Timur Laut (Kementerian Perpaduan Negara)