Babyfood lovers.Jb

�HALAL & SELAMAT
�MUDAH & CEPAT
�NO MSG SUGAR & SALT
� POSTAGE SETIAPHARI (pyment before 12p

12/10/2021

bila dh diumumkan boleh rentas negeri minggu lepas mesti ramai yang dh tak sabar nak bercuti.. bestnya dah boleh rentas sana sini.. hihi boleh cari makan sana makan sini..

TAPII yang pening sekarang nii apa nak bagi baby makan.. lagi2 bukan dekat rumah sendiri.. mana nk masak bubur, buat puree p**ak 😪

ada yang dalam pejalanan nk balik kampung, dalam kereta meragam lapar.. nk tunggu perhentian jauh.. kesiann 😔

ada yang dalam hotel malam-malam dah nak tidur anak yang setahun mintak makan p**a 😓

mommy yang nak bercuti atau balik kampung mesti ada situasi mcm ni kan..
🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️

INSYAALLAH kami akan bantu ibu2 mommy2 mama2 diluar sana yang nk balik kampung, nak bercuti.... tak payah pening,
pakaging kami mudah dibawa dn boleh simpan dalam beg kecik..confirm jimat ruangg.. 😉😉
dh nak pergi BERCUTI ?? BALIK KAMPUNG ??
mehh order makanan baby mudah bawa niii

klik wasap terusss ⤵️

http://www.wasap.my/60127776162/babyfood.F

http://www.wasap.my/60127776162/babyfood.F

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 01/10/2021

Kenapa Anak Kerap Tantrum?

- Kuat melalak
- Mengamuk bila kata “tidak”
- Tangan cepat je nak lepuk orang
- Barang depan mata semua dia baling
- Hentak hentak badan

Tantrum boleh berlaku atas sebarang punca.

Boleh jadi sebab dia lapar, nak sesuatu, berebut mainan, kadang sebab kena tinggal pun boleh jadi tantrum sehari suntuk.

Itu la tantrum, “Dark Side” di sebalik kecomelan anak anak.

Tantrum pada usia 1-3 tahun ni normal.

Ini kerana masa ni anak belum pandai lagi nak berkomunikasi. Mana ada budak 3 tahun ke bawah pandai cakap saya marah, saya sedih dan sebagainya.

Sebab itu la mereka guna tantrum bila rasa marah, sedih, tak puas hati dan geram.

Apa pun yang mereka rasa di dalam, tantrum la yang mereka tonjolkan di luar. Sabar je la. Itu normal.

Tapi bila anak yang dah usia 4 tahun ke atas masih lagi guna tantrum untuk dapatkan sesuatu.

Masih lagi tantrum bila kehendak tak di turuti.

Hah! itu tak normal !!

Penanda aras perkembangan minda dan emosi yang sihat, pada usia 4 tahun dan ke atas anak mesti sudah mampu untuk berkomunikasi dengan baik.

Dan tidak lagi guna tantrum untuk berkomunikasi.

Sedihnya tapi ini antara punca kenapa anak masih lagi gagal berkomunikasi dengan baik walau usia dah 4 tahun.

- Mak ayah gagal jadi Role Model komunikasi yang sebaiknya

- Mak ayah selalu gagal kawal emosi depan anak

- Mak ayah guna emosi untuk berkomunikasi seperti marah dan menengking

- Anak tantrum, mak ayah join sekaki tantrum sekali

- Banyak sangat parenting “authoritarian”

Fasa “Mengamuk” ni patut tamat pada usia 3 tahun.

Tapi oleh sebab mak ayah sendiri jadi “Amplifier” pada tantrum anak jangka hayat fasa mengamuk ni jadi lebih panjang dan lama.

Sangat kritikal, pada usia anak 1-3 tahun kita tak boleh biarkan pasangan sendirian menjaga anak.

Jaga anak ini satu tugas yang memenatkan minda dan emosi.

Tak boleh biarkan pasangan kita terlalu penat dan terlalu stress sendirian.

Tak boleh biarkan pasangan kita abaikan tidur dan rehat yang berkualiti setiap hari.

Tak boleh sesekali kita biarkan pasangan kita lupa buat Self Care, kerana Self Care ini la yang akan bantu dia jadi lebih kuat dan lebih sabar!

Percayalah, jika pasangan kita cukup rehat dan cukup tidurnya datang la perangai jelik macam mana pun dari anak pasti dia mampu handle sambil tersenyum.

Wallahu A’lam,

Kreadit : Mohd Fhais

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 30/09/2021

Tahap Perkembangan bayi baru lahir hingga 12 bulan 👶

30/09/2021

Agak-agak anak2 mommies copy paste siapa ya??

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 29/09/2021

Cara simple yang boleh dilakukan oleh bayi anda.. membuatkan mereka jadi anak yang pintar..

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 27/09/2021

Urutan pada hidung bayi yang tersumbat..

semoga bermanfaat ya mommies 😘

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 26/09/2021

SEKARANG PAGI-PAGI DAH START KENA KELUAR PERGI TEMPAT KEJA HADAP JEM...

bila bangun pagi tak sempat nak buat sarapan, nak masak makan untuk si kecil bawa ke taska lagi, nak bersiap nk buat itu ini..

dengan IZZLY BABYFOOD insyaAllah akan memudahkan pagi mommies untuk ke kerja..
mommies cuma perlu tuang ke dapat bekas sahaja..

✔cepat untuk disediakn
✔mudah dibancuh
✔ jimat masa
✔ packaging yang mudah dibawa
✔ makanan yang berkhasiat

⏩ bubur kasar beras perang & putih untuk 8bulan keatas
⏩ bubur halus beras perang & putih untuk 6bulan
⏩ set travel puree buah & sayur
⏩ serbuk perasa ayam, bilis, keju, daging, serbuk bawang putih & merah
⏩ bijirin segera barli & oat
⏩ cookies dates oat, banana, mix fruit, butter raisin, chippie choco..

cara nak beli??
mommies boleh pilih SET atau ALA CARTE dengan harga yang berpatutan..

boleh klik link dibawah untuk order atau ada ape2 pertanyaan ⤵️

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 21/09/2021

HATI-HATI BILA BAGI MAKAN BABY ☹
Bayi 8 bulan tersedak serpihan besi dari mangkuk penapis besi yg di pakai ibunya untuk memudahkan baby tu makan. Malangnya si ibu tu ndak perasan serpihan besi penapis tu tercampur dalam bubur. Kalau ada beli mangkuk macam tu, lebih baik buang ya. Kejadian ni di Vietnam.
Kredit Vietnaman
Admin
FB : Afiqah Zulaikha

Instagram : https://instagram.com/furmon_trb

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 21/09/2021

selamat tengahhari mommies.. menu harini RESEPI AYAM BUTTER KEJU versi baby

selamat mencuba mommies😘

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 21/09/2021

untuk mommies yang pening tak tau nak sediakan makanan untuk bayi..
pilihan nutrisi yang sesuai untuk bayi 6-8 bulan..

19/09/2021

😘Nak otak anak hebat?😘

Cubalah bagi Brain Food pada anak anak di awal usia.

Antara Brain Food yang bagus untuk otak anak adalah :

1. Berries
2. Telur
3. Yogurt
4. Ikan
5. Kacang
6. Sayuran hijau
7. Oat

Sekali sekala periksa juga jenis makanan yang kita simpan di peti ais kita kerana itulah nanti yang akan masuk ke tubuh anak kita dan membentuk dirinya

" We are what we eat "

kredit: taufiqrazif

18/09/2021

TIPS PEMAKANAN BAYI 6 BULAN

Fasa 6bln adalah fasa pengenalan makanan, jadi ibu jangan terlalu banyak memberi makan yaa

⏩ Tekstur untuk permulaan adalah cair & beri makan 1kali sehari dahulu

⏩ Kalau baby sembelit,berikan makanan atau buahan yang sesuai untuk melawaskan bayi, lebihkan air dlm makanan & guna beras perang.
(Beras perang bantu penghadaman yang lancar untuk baby).

⏩ Kalau cirit atau ada ruam (kemungkinan bayi allergik)boleh stop dulu bagi makanan trsebut & bagi semula selepas seminggu/sebulan.

INFO PENTING!

Tak perlu garam, gula & perasa tambahan dalam makanan bayi.

Perasa semulajadi sudah ada rasa manis, masin semulajadi sesuai utk lidah bayi.

Mengikut saranan KKM tiada garam gula untuk bayi bawah 12bulan. Dan seeloknya diteruskan sehingga 2tahun.

Bila bayi 7bulan dan keatas, boleh perlbagaikan menu makanan supaya bayi berselera utk makan dan dapat khasiat secukupnya,

selamat mencuba mommies2 😉

18/09/2021

assalamualaikum dan selamat pagi 😊

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 18/09/2021

apa itu EVOO??

evoo merupakan ekstraksi dari buah zaitun
evoo dibuat dari buah zaitun yang peras untuk diambil minyaknya...

ada tiga tingkatan ekstrasi minyak zaitun, yaitu murni vingin olive oil dan extra virgin olive oil (EVOO)

evoo adalah jenis yang paling sedikit mengalami pemprosesan atau dimurnikan sehingga dianggap paaling sihat.

✅meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak anak kerana kandungan asam oleatnya yang tinggi..

✅menbantu mencegah dan mengurangi asma kerana sifatnya anti radang.

✅meningkatkan pertumbuhan yang sihat pada tubuh anak kerana evoo merupakan sumber lemak yang baik..

17/09/2021

hai mommies!!jom hri ni nk share menu menarik.

Kuah lodeh baby versi

Bahan bahan
- sayur lobak
- kacang panjang
- suhun
- santan
- serbuk ayam
- serbuk bilis

Cara
- tuang air dan masukkan semua sayur
- tunggu mendidih masukkn santan dan serbuk kunyit sedikit
- masukkan suhun, serbuk ayam dan serbuk bilis untuk perasa
- masak sampai semua dh lembut dan mendidih. Shiappp!!

Selamat mencuba 😍

17/09/2021

SALAM JUMAAT SEMUA ❤

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 15/09/2021

*CARA BEKALKAN BABYFOOD IZZLY KE RUMAH PENGASUH/TASKA/NURSERY*

Sebelum pergi kerja, puan letak siap2 dlm bekas kecil, kemudian labelkan.

Contoh mcm ni👇🏻

Labelkan *sarapan* :
Puan letak 2 sudu oat + setengah sudu serbuk puri carrot

ATAU boleh buat penkek guna bijirin barli/oat + buah

Labelkan *lunch* :
Puan letak satu sachet beras putih/perang + setengah sudu serbuk puri green peas + serbuk ABCD

Labelkan *minum petang*:
Barli/oat + Izzly cookies + buah/serbuk puri buah
Nanti, time anak nk makan, baru minta pengasuh masukkan air panas & bancuh.

Siap!"😍

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 14/09/2021

hiii mommies kita ada
*Bubur segera
*Serbuk ayam *Serbuk sayur
3 benda ni wajib ada kalau nak bawak ke taska..

Yang mana mommies yang busy nak pergi kerja, tak sempat boleh sangat laa amik set basic..
Tu kalau yang basic set laa..

kalau nak tambah boleh tambah cookies baby..

Kudapan baby time
Bosan-bosan mengadap jem dalam kereta
Boleh la anak tu gonyeh gonyeh kukis tu tak laa sepanjang jalan dia mengaruk jeee.. mommies pon xpanic nak bawak kereta..

mommies jangan pikir-pikir lagi..kerja banyak tu nak buat dengan IZZLY sattle 1masalah dan boleh buat kerja lain dengan tenang..

jomm grab sekaranggg mommies..

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

nak walkin untuk pickup pon boleh..

NO 17, Jalan Perubatan 27 taman universiti...

09/09/2021

bahaya penyakit ain (berikut merupakan cara betul utk memuji, anak contohnya..iaitu tidak tinggal memuji si Penciptanya)

Penyakit ain adalah sebuah penyakit yg diakibatkan dari pandangan mata seseorang yg memiliki sifat dan niat tertentu. Seperti iri hati, dengki, hasad bahkan takjub.

credit : taufiq raziff

09/09/2021

Anehnya Doa Nabi Yunus

1. Rasulullah ﷺ memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika menghadapi kesulitan (HR al-Tirmizi) . Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

2. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah:

فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

3. Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.

4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

5. Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Mereka tidak seperti liberal yang merasakan diri mereka yang menentukan apa yang mereka hendaki. Sekiranya mereka ingin mengamalkan perlakuan terkutuk, tiada siapa yang boleh melarang mereka kerana menurut liberal, ini adalah hak asasinya sebagai manusia. Sedang Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

6. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.

7. Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa seusai solat? Sertakan doa Nabi Yunus ini dalam doa kita. Semoga permohonan kita diperkenan.

8. Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan..

9. Berdoalah seperti kita terasa bahawa jika kita TIDAK berdoa itu ia akan meresahkan jiwa kita.

Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa.

Kredit
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

08/09/2021

▶️ DOA MURAH REZEKI MELIMPAH RUAH ◀️

‎بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
‎ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ‌ ۖ وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ .

Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki"...
Aamiin3 Ya Rabbal Alamin 🤲
Surah Al-Maidah Ayat : 114

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 04/09/2021

DAY 2 (BENGKEL ONLINE E-KEUSAHAWANAN JOHOR) BOEK2

Alhamdulillah dipilih ke BOEK2 (BENGKEL ONLINE E-KEUSAHAWANAN JOHOR) dari belia johor.. jutaan terima kasih kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN KERAJAAN NEGERI JOHOR atas tajaan yang diberikan..

Ya Allah! bersemangat betul dengar bila tuan najib ajar..terima kasih juga pada TUAN NAJIB & TEAM MOMENTUM yang membantu dan memberi ILMU ..

woww! banyak sangat learning point yang dapat harinii..
si kecik pon join belajar sekali..

insyaAllah dengan adanya GURU & ILMU kita pasti akan berjaya.. pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih baikk...

03/09/2021

nama resepi : taufu fa mango sos resepi sesuai untuk 7bulan keatas

selamat mencuba mommies ❤

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 03/09/2021

feedback yang kami dapat dari mommies-mommies yang dah guna BABYFOOD IZZLY

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 31/08/2021

PROMO MERDEKA 🇲🇾🇲🇾

Beli mana-mana set BABY FOOD IZZLY dengan pembelian RM150 keatas

KAMI BERI ⤵️
7% OFF DISKAUN
FREE gift SET pinggan
FREE 2botol serbuk perasa bawang

jauhh kami boleh POS yang dekat boleh COD

🚗COD kawasan johor bahar..
caj cod RM5-RM10 ikut kawasan..

🚶🏻‍♀️untuk walkin boleh terus ke

🏡No17, Jalan Perubatan 27, Taman Universiti
81300 Skudai..

jom order sekarang mommies...
klik link dibawah untuk order⤵️

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F
http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 28/08/2021

Tamagoyaki (Telur Goreng) Japanese style
(1 tahun ke atas)

Ada yang dapat bantuan makanan ke masa PKPD hari tu?
Stok telur mesti banyak kan?
Kalau dah bosan telur mata telur dadar, boleh cuba resipi ni p**ak.
Telur goreng je tapi kalau alter sikit bahan-bahan dan kaedah mesti sedap!

Bahan-bahan 📝
1. Telur ayam
2. Keju cheddar slice
3. Roasted seaweed slice (yakinori)
4. Serbuk bawang putih Izzly
5. Serbuk bawang merah Izzly
6. Serbuk keju Izzly

Cara-cara 👩‍🍳
1. Bancuh telur dengan serbuk bawang merah dan serbuk bawang putih Izzly.
2, Tuang nipis ke atas non-stick pan dengan api kecil
3, Letakkan seaweed dan keju.
4. Apabila permukaan atas telur kering, gulung hingga hujung
5. Tuang lagi telur, letakkan keju dan seaweed.
6. Boleh buat 2 -3 kali asalkan pastikan telur betul-betul masak untuk setiap lapisan

Potong, tabur serbuk keju dan SIAP!!

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 21/08/2021

SERBUK BERAS PUTIH DAN BERAS PERANG

sesuai untuk (PERMULAAN) baby 6bulan dan keatas.. tekstur nya haluss.. boleh terus dibancur..sesuai untuk mommies-mommies yangg

-permulaan untuk baby 6bulan.
-uruskan abang kakak pdpr
-work form home
-nak masak bubur / nasi dalam 1masa..
-anak menangis dah tak sabar nk makan

boleh jugaa....

-bekalkan sikecil ke taska
-bawa jalan-jalan ( TRAVEL)

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 20/08/2021

MAKANAN TAK SEDAP,
MAKANAN TAK MENARIK,
ANAK TAK ADA SELERA NAK MAKAN LANGSUNGG!

BERAT PULAK TAK NAIK-NAIK, KURUS SANGAT.. BILA TIME CHECKUP SELALU NURSE MARAH 😔😔
_________________________________________
INSYAALLAH MOMMIES..
dengan produk BABYFOOD IZZLY macam-macam resepi mommies boleh sediakan...
yang penting kan momies

✔️ Tambah SELERA makan anak
✔️ Tambah BERAT badan anak
✔️ SENANG disediakan
✔️ SENANG dibawa kemana-mana
✔️ SENANG kan kerja mommies dirumah

PRODUK KAMI DIPROSES MENGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI...
❌TANPA BAHAN❌
Pengawet
Perasa (MSG)
Perasa garam
Perasa gula
Macam mana nak dapatkan...
Klik sini sekarang yaaaa⤵️

http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F
http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F
http://www.wasap.my/60127776162/BABYFOOD.F

20/08/2021

SERBUK BAWANG PUTIH DAN MERAH
------------------
serbuk bawang 80g sesuai untuk baby 8month keatas,boleh dituang terus di dalam menu bubur atau apa-apa masakan baby..

selepas dibuka :
- Pastikan kedap udara
- Pastikan kedap udara di dalam peti sejuk
- Jauhkan dari kelembapan, cahaya, dan panas

1 bottle = RM17.00 80g

Photos from Babyfood lovers.Jb's post 20/08/2021

selamat pagi semua..

menu sarapan pagi untuk si kecik..
jomm cuba ini😘

Pancake Pisang Oat Gebu

Bahan A:
2 sudu Oat by Izzly
3 sudu full cream milk
1 kuning telur
Pisang jelai berangan 1biji

Bahan B:
Putih telur
Pure kurma

Pukul Bahan B sehingga kembang(berbuih).
Mangkuk lain: Campur kan bahan A sehingga sebati & masukkan Bahan B.

Masakkan atas non-stick.

SIAPPP 🥞

Want your business to be the top-listed Grocery Store in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

nama resepi : taufu fa mango sos resepi sesuai untuk 7bulan keatasselamat mencuba mommies ❤
Hii selamat lagi semua..Jom buat roti telur untuk si kecil.. Menu yang simple tapi mengenyangkan.. sesuai untuk 8M keata...

Telephone

Website

Address


Jalan Perubatan
Johor Bahru
81300

Other Health Food Shops in Johor Bahru (show all)
Dorry Rangups Abe Bite Johor Dorry Rangups Abe Bite Johor
Johor Bahru, 80000

Tigrox 虎奶灵芝 3.0 Tigrox 虎奶灵芝 3.0
Johor Bahru, 81200

Tigrox Tiger Milk King 老虎奶 - 减少鼻子过敏反应 - 提升肺活量 - 改善呼吸道系?

李家 Lee's Family 李家 Lee's Family
Johor Bahru, 81300

Momordica.crispy Momordica.crispy
No 8, Jalan Pelanduk 3, Pasir Gudang
Johor Bahru

MENJUAL PERIA CRISPY YANG ENAK DAN CRUNCHY DI PASIR GUDANG DAN DI MANA SAHAJA ANDA BERADA.

Tigrox虎乳芝 - 阿乃的闺蜜 Tigrox虎乳芝 - 阿乃的闺蜜
Johor Bahru, 81300

大家好, 我是小雪, 护肺健康小使。

Mama Wong Homecooks Mama Wong Homecooks
Taman Impian Emas
Johor Bahru, 81300

Healthy and delicious homecook foods

藥媽 Yao Mah Herbs 药妈 藥媽 Yao Mah Herbs 药妈
Johor Bahru

🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️ 马来西亚营业超过30年的药材店 🏆 销量 No.1 破壁机料包 (Shopee & Lazada) 📌 Aunty和老板不定时分享古里古怪的食谱 🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️🌫️

Bell's Kitchen Bell's Kitchen
Jalan, Taman Rinting
Johor Bahru, 81750

Good traditional food

Shawn Lim 林陞达 Shawn Lim 林陞达
Johor Bahru, 80000

Kasturi Kijang Skudai Kasturi Kijang Skudai
Jalan Skudai
Johor Bahru, 81300

Hidupkan Sunnah

Tigrox 虎奶灵芝 1.0 Tigrox 虎奶灵芝 1.0
Johor Bahru, 81200

Tigrox补肺王 - 虎乳芝 Tiger Milk King 5大抗效:抗疾病,抗过敏,抗发炎,抗病?

Kedai KitaKita Je Kedai KitaKita Je
Tampoi
Johor Bahru, 81200

sihat-sihat selalu