Twin Systems Sdn Bhd

Twin Systems Sdn Bhd

You may also like

Postpsid MURAH
Postpsid MURAH

Twin Systems Sdn Bhd was incorporated in 16 March 2011 by a group of IT
professionals.

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 06/09/2024

Kerja Pembekalan NAS Storage di Muzium

Pada minggu lepas, kami mendapat tugasan untuk pembekalan dan pemasangan NAS Storage di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

Pembekalan atas permohonan dari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) ini untuk kegunaan kump**an petugas media fotografi, videografi, dan grafik.

Dengan adanya NAS Storage ini, penstrukturan kerja dan SOP bagi penyimpanan/perkongsian fail akan dapat digerakkan dengan lebih sistematik dan selamat.

Berikut adalah model dan spesifikasi yang telah kami bekalkan;

Synology RS1221RP+
+ Synology 3.5 HDD 12TB X 4

* RAM 4GB X 2
* External ports: 2 X USB 3.3 Gen 1, 1 X eSATA
* Networking: 4 X 1GbE RJ-45
* Warranty: 3 years

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :
Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

30/08/2024

Merdeka! Merdeka! Merdeka! šŸ‡²šŸ‡¾

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia šŸ‡²šŸ‡¾šŸŒŗ

" Malaysia Madani, Jiwa Merdeka! "

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 19/08/2024

Nak kawal banyak peranti dengan satu monitor?

Keadaan ini mungkin akan berlaku terutama dalam bilik server yang mempunyai pelbagai peranti. Peranti yang dimaksudkan mungkin sahaja server atau NAS storage yang hanya memerlukan konfigurasi dan penyelenggaraan sekali-sekala. Selain itu, disebabkan saiz ruangan rak server yang sempit, lambakan wayar berselirat, menjadikan pemasangan banyak monitor tidak praktikal.

Penyelesaian untuk situasi diatas adalah dengan pemasangan suis dan konsol KVM yang mana membolehkan anda menggunakan satu set peranti untuk mengawal berbilang komputer, menjadikannya lebih mudah untuk bertukar antara mereka tanpa perlu mencabut dan memasangkan kabel.
Berikut adalah langkah demi langkah dalam penyediaan dan pemasangan set KVM;

1. Pilih set KVM mengikut keperluan
Sebelum anda mula menyediakan set KVM, anda perlu memilih yang sesuai untuk keperluan anda. Terdapat pelbagai jenis set KVM yang tersedia di pasaran. Antara spesifikasi yang perlu diambil kira adalah jenis sambungan paparan/USB, sokongan resolusi video, sokongan bilangan peranti, dan kaedah penukaran peranti (butang/kawalan IR).

2. Sediakan kabel sambungan (data dan kuasa)
Kebiasaannya set suis KVM akan datang sekali dengan kabel kuasa. Cuma sediakan kabel HDMI dan LAN yang mencukupi. Konsol KVM yang terpasang di rak landasan biasanya akan bergerak ke depan apabila hendak digunakan, jadi pastikan sambungan kabel tidak terlalu pendek dan tidak berselirat dengan lain-lain kabel di dalam rak.

3. Melabelkan sambungan
Langkah ini perlu dilakukan selepas kemasan kabel. Ini sangat penting bagi memudahkan sesiapa yang hendak menjalankan kerja konfigurasi atau penyelenggaraan dikemudian hari. Sebaiknya labelkan di pangkal dan hujung kabel dengan label yang sama.

4. Kenalpasti dan gunakan soket USB/paparan yang sesuai
Jika anda menggunakan kekunci pintas untuk bertukar antara peranti, sambungkan papan kekunci anda ke USB 1.1 atau port USB yang ditandakan sebagai sambungan papan kekunci. Jika anda menggunakan peranti USB berkuasa tinggi seperti kamera web 4K, sambungkannya ke USB 3.0 jika ada.

5. Hidupkan dan uji set KVM
Akhir sekali, hidupkan dan uji set KVM untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Pastikan paparan, papan kekunci, dan tetikus bertindak balas seperti yang diharapkan. Biasanya akan terdapat lampu LED di set KVM bagi indikasi tertentu.

Kesimp**annya, menyediakan set KVM adalah proses mudah yang boleh menjimatkan banyak masa. Set KVM secara asas direka bentuk dengan baik untuk penggunaan pantas (plug-and-play).

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 14/08/2024

UNIT PENGURUSAN ASET SANGAT-SANGAT PERLUKAN INI..!

Cuba kita perhatikan apa yang ada di sekeliling tempat kerja kita. Baik di pejabat, premis, kilang, ataupun hospital. Semua yang kita lihat adalah aset. Kerusi, meja, almari, komputer, pencetak, malah hiasan-hiasan yang ada juga adalah milik majikan.

Untuk sesebuah organisasi, pengurusan aset ini tersangatlah penting bagi memastikan ia tidak hilang dan dapat dikenalpasti semasa proses audit. Malah pengurusan aset juga adalah suatu proses perniagaan bagi menyokong sistem maklumat aset sesebuah organisasi.

Baru-baru ini kami ada membekalkan peranti yang amat penting dalam tugas pengurusan aset ini kepada sebuah agensi kerajaan. Agensi itu adalah YPKDT. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim yang mempunyai 11 cawangan di seluruh Johor ini mempunyai pelbagai perkhidmatan. Sebagai contoh, khidmat penempatan pekerjaan untuk orang kurang upaya, kaunseling, ceramah, dan sebagainya.

Dengan perkhidmatan yang pelbagai ini, pastinya mereka mempunyai banyak aset-aset berharga yang perlu ditanda dan direkodkan. Oleh itu, peranti yang kami bekalkan adalah pencetak label/barkod (SATO CG4).

Pelekat-pelekat untuk label/barkod mereka juga ditempah khas dengan logo YPKDT tersedia dibahagian atas pelekat. Selain itu, kami juga menyediakan penerangan dan latihan pengendalian produk kepada staf terlibat.

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 08/08/2024

DAH PENAT DENGAN LAPTOP BERAT?

Masih ingat ke korang apa sebab korang pilih untuk beli laptop pada masa dulu. Kami percaya sebab paling utama adalah kemudahan untuk korang bergerak dan bekerja di mana-mana sahaja.

Tetapi seiring perkembangan semasa, laptop bukanlah lagi penyelesaian terbaik untuk tujuan itu. Sebuah laptop mempunyai berat sekitar 1.6kg hingga ke 3.2kg bergantung pada saiz, spesifikasi, dan bahan binaan sesebuah laptop. Berat ini juga belum lagi termasuk dengan pengecasnya. Sedia maklum banyak laptop terbina dengan material besi aluminium dan serat karbon dan pengecasnya bersaiz besar dan berat.

Penyelesaian terbaik yang kini semakin pop**ar adalah dengan menggantikan laptop dengan tablet. Lebih-lebih lagi banyak tablet di pasaran kini yang boleh menyokong penggunaan papan kekunci dan stylus pen. Menjadikan tablet sebagai sebuah peranti yang versatile / serba boleh. Berikut adalah gambaran ringkas perbandingan antara tablet dan laptop;

1. MUDAH ALIH
- Jika dibandingkan tablet jauh lebih ringan, nipis, dan mudah dibawa. Menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan di mana-mana sahaja. Ia juga bagus untuk aktiviti ringan seperti membaca e-buku, melayari internet, dan menonton video.

2. SISTEM OPERASI
- Tablet kebiasaanya banyak terdiri dari sistem operasi android atau iOS, manakala laptop boleh ditetapkan dengan sistem operasi Windows, macOS, dan OS Chrome. Walaupun begitu, ada juga inovasi laptop yang dipanggil ā€œWindows Tabletā€ seperti Surface Pro 9, Dell XPS 13 2 in 1, Lenovo Ideapad Windows, dan beberapa lagi di dalam pasaran.

3. PRESTASI
- Tentang ini sangat jelas laptop adalah lebih berkuasa daripada tablet. Baik dari segi kuasa pemprosesan, storan data, dan keupayaan grafik yang lebih baik. Ini menjadikan laptop lebih sesuai untuk tugas yang memerlukan banyak kuasa pemprosesan, seperti penyuntingan video, penyuntingan 3D, dan permainan komputer.

4. HARGA
- Tablet biasanya lebih murah daripada laptop, menjadikannya pilihan yang bagus untuk pengguna yang tidak menjalankan tugas berat.

Secara keseluruhan, kedua-dua tablet dan laptop mempunyai kelebihan dan kelemahan ia sendiri bergantung pada keperluan pengguna. Jadi, apa pilihan anda? Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 31/07/2024

Sampai ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi khidmat kamiā€¦

Jabatan Pertanian Negeri Johor ada menganjurkan satu latihan khas kepada usahawan/petani yang dinamakan Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan. Sebuah kursus yang telah dimulakan pada tahun 2002 ini bertujuan untuk melahirkan usahawan dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, makanan ringan, dan pelbagai lagi.

Pengambilan peserta yang hanya dibuat setahun sekali ini hanya memerlukan 4 bulan sahaja untuk menyelesaikan kursus. Malah segala kos makan minum dan penginapan diberikan secara percuma sepanjang tempoh ini. Kursus yang dijalankan kebiasaannya hanya tertumpu pada satu-satu produk dan modul lebih kepada operasi, selain dari pengekalan kualiti, teknologi, dan pemasaran produk.

Baru-baru ini kami berkesempatan berjumpa dengan dua orang bekas peserta yang kini telah bergelar usahawan dalam bidang perniagaan pastri/bakeri. Selain kursus, bantuan perniagaan juga telah disalurkan kepada mereka yang layak. Jadi, kami selaku pembekal telah menghantar dan memberikan asas latihan cara penggunaan edible printer kepada mereka.

Tahniah kami ucapkan kepada cik Siti Aisyah dan Puan Nur Eida. Semoga dengan kemudahan yang baru ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dan perniagaan mereka.

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 21/07/2024

Semalam, institusi penerbangan, bank, kesihatan, telekomunikasi, dan media mengalamai gangguan siber besar-besaran. Tidak terkecuali juga dengan industri IT. Untuk pertama kali juga, ramai dari kita yang pertama kali mendengar nama sebuah syarikat keselamatan siber yang bernama Crowdstrike.

Sebagai pengenalan ringkas, Crowdstrike inc. adalah sebuah firma sekuriti yang menawarkan perkhidmatan perlindungan siber. Peranan utamanya adalah melindungi perusahaan & mencegah kebocoran data, ransomware, virus, penggodaman, dan pelbagai lagi. Mengikut kenyataan Crowdstrike, penyebab gangguan adalah berpunca dari kerosakan semasa kerja naiktaraf dan bukannya serangan siber.

Sebagai pengguna komputer dan rangkaian internet, berikut adalah beberapa ciri khas yang tersedia untuk melindungi komputer dan data peribadi anda;

1. Encryption data
- Encryption data ini adalah proses menukarkan suatu fail/maklumat kepada satu kod khas yang hanya dapat ditafsir oleh pemilik data atau kepada penerima data yang telah diberi kebenaran.

2. Firewall
- Seperti namanya, firewall adalah satu tembok / penapis data yang mengesahkan kebenaran sesuatu data dari luar untuk masuk ke dalam rangkaian peribadi.

3. VPN (Virtual Private Network)
- Ia adalah sebuah rangkaian khas yang menggunakan infrastruktur telekomunikasi awam untuk kegunaan sesebuah organisasi atau negara.

4. Antivirus
- Sebuah perisian khas yang perlu di masukkan ke dalam komputer peribadi untuk mengesan dan membuang malware seperti virus, adware, backdoors, malicious , dialers, fraudtools, hijackers, keyloggers, spyware, trojan, worm, dan lain-lain.

5. 2FA (Pengesahan Dua Faktor)
- Bertindak sebagai lapisan kedua keselamatan data selepas kata laluan / nombor pin.

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 15/07/2024

Pada masa sekarang, begitu banyak lambakan portal-portal berita dan penyampaian maklumat. Walaupun begitu, ramai dari kita akan lebih terdedah dengan maklumat yang disampaikan melalui media sosial. Sama ada mudah untuk kita termakan atau tidak dengan sesuatu info. Berbanding dengan portal-portal berita yang lebih terjamin kebenarannya, menjadikan proses perkongsian maklumat pada masa kini menjadi sangat mencabar.

Baru-baru ini kami berkesempatan membekalkan beberapa unit komputer riba, macBook, iPad, dan lain-lain perkakasan serta perkhidmatan langganan perisian Microsoft Office kepada sebuah agensi kerajaan, MEDIA DIGITAL JOHOR (MDJ). Agensi ini berperanan sebagai platform setempat kerajaan negeri Johor dalam menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan pantas seterusnya memacu transformasi komunikasi digital kerajaan negeri.

Bersesuaian dengan hasrat MDJ, pembekalan ini sudah pasti akan menjadi sesuatu yang bermakna. Secara tidak langsung, daya khidmat dan kualiti konten seperti poster, grafik, dan video akan dipertingkatkan sekaligus mengekalkan MDJ sebagai sumber informasi utama terhadap dasar dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dalam penyebaran maklumat kepada seluruh rakyat negeri Johor.

Berikut adalah model dan spesifikasi komputer riba yang telah kami bekalkan kepada MDJ;

ASUS TUF Gaming F15 FX507V
- Processor 13th Gen Core i7-13700
- Memory 8GB RAM
- Storage 512GB PCIe 4.0 NVMe
- Graphic NVIDIA Geforce RTX 4060

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 09/07/2024

JOM KETAHUI APA ITU PENCETAK EDIBLE

Biasa apabila kita bercakap tentang pencetak, yang terlintas dalam fikiran adalah dokumen, poster, atau yang lebih besar seperti banner, bunting, atau barang-barang merchandise seperti topi, baju, tudung, dan sebagainya.

Pernah ke korang dengar tentang edible image printer? Sebuah pencetak yang dapat mencetak sesuatu yang boleh dimakan. Yaā€¦ benar! Boleh makan, dan biasanya ia dicetak sebagai hiasan di atas kek, biskut, atau roti.

Untuk meyokong keperluan ini, sudah tentu material seperti kertas dan dan dakwat yang digunakan dibuat khas. Sebagai contoh, kertasnya dibuat daripada gula dan tepung kanji dan menjadikannya selamat untuk dimakan 100%. Manakala untuk dakwatnya p**a berasaskan pewarna-pewarna makanan.

Antara jenama pencetak edible yang pop**ar dan senang didapati setakat ini ialah Canon dan Epson dan terdapat beberapa model terhad bagi pencetak edible daripada 2 jenama ini. Berikut ialah ciri-ciri utama yang perlu anda tahu tentang pencetak edible ;

1. KETERSAMBUNGAN
Kebanyakan pencetak menyediakan sambungan USB 3.0. Walaupun begitu, jika anda ingin meletakkan pencetak jauh sedikit dari dapur adalah lebih sesuai mencari yang mempunyai sambungan WiFi. Jadi, anda bukan sahaja dapat mencetak melalui komputer, malah dengan telefon bimbit/tablet juga.

2. PRINTHEAD (KEPALA CETAK)
Kepala cetak adalah salah satu komponen penting yang jika rosak, mungkin memerlukan kos tinggi untuk dibaiki. Pilihlah kepala cetak yang boleh ditanggal atau yang mudah dibersihkan jika memerlukan penyelenggaraan.

3. KELAJUAN CETAKAN
Buat masa sekarang, pencetak edible hanya terdapat dalam jenis inkjet bukannya laser jet. Jadi, kelajuan cetakannya adalah terhad dan tidak sepantas teknologi laser jet. Sebagai saranan, pilihlah pencetak yang mempunyai kelajuan pencetakan seimbang iaitu 3 hingga 4 ppm untuk imej beresolusi tinggi.

4. JENIS KERTAS EDIBLE YANG DAPAT DIGUNAKAN
Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis kertas edible yang sering digunakan iaitu wafer paper, icing sheet, dan chocolate transfer sheet. Bukan semua printer edible boleh menyokong semua jenis kertas ini, jadi kenalpasti dahulu apa kertas yang anda ingin guna.

5. DAKWAT KARTRIJ
Di dalam pasaran sekarang, hampir semua printer edible memudahkan pengguna untuk tugas menambah dakwat ke dalam katrij. Hanya dengan menanggalkan palam isi semula, terus suntik dakwat ke dalamnya dengan jarum suntikan. Disebabkan ia adalah dalam kategori makanan, jadi sebotol dakwat hanya boleh digunakan habis dalam tempoh setahun sahaja.

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 23/06/2024

Sangat teruja untuk ceritakan pada korang semua, tugasan kami baru-baru ini di Pejabat Muzium Diraja Johor. Sebenarnya kami dah bekalkan printer ni lebih kurang 5 tahun yang lalu.

Pada hari itu kami datang untuk penyelenggaraan berkala sebuah printer jenama Roland dengan model VersaCAMM VS-640i.

Sebenarnya untuk untuk menjaga pencetak ni bukanlah susah dan mungkin boleh jadi sangat mudah mengikut keadaan dan cara penggunaannya. Syaratnya yang kami selalu ingatkan pada pengguna adalah, pastikan ia sentiasa diguna dengan kerap dan berhati-hati dengan tarikh tamat tempoh guna katrij dakwatnya.

Antara kelebihan pencetak Roland VersaCAMM VS-640i;

1. Sesuai untuk pelbagai aplikasi: pelekat, label, poster dan banyak lagiā€¦
2. Menggunakan dakwat eko-pelarut untuk cetakan bertenaga dan tahan lama
3. Ciri canggih seperti mod tidur automatik untuk kecekapan tenaga
4. Resolusi percetakan yang tidak dapat ditandingi sehingga 1,440 dpi
5. Operasi pantas dengan kelajuan pemotongan sehingga 300 mm/s

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

17/06/2024

Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Rabbul Izzati...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 06/06/2024

JAGA LAPTOP ANDA DENGAN BAIK KALAU NAK PAKAI LAMA...

Aduh... rasa macam baru je beli semalam, hari ni ada p**ak masalah kat laptop. Ha... mesti ada antara korang yang ada pengalaman tak best ni kan. Banyak sebenarnya faktor penjagaan laptop yang mungkin kita tak sedar yang boleh menyebabkan mudah sangat untuk laptop senang rosak atau jadi tak power.

Beikut ialah langkah-langkah penjagaan yang perlu dilakukan secara kerap dan konsisten untuk menjaga ketahanan dan prestasi laptop anda;

1. Membersih permukaan skrin
- Gunakan kain mikro fiber yang bersih ketika membersihkan permukaan skrin
- Elakkan menyembur terus cecair pembersih terus ke permukaan skrin (semburkan di kain dahulu)
- Gunakan cecair pembersih yang mempunyai kandungan alkohol
- Lap pada skrin dengan sepintas lalu dengan tekanan yang perlahan dan berhati-hati

2. Membersih pada papan kekunci
- Elakkan habit memakan makanan ringan di hadapan laptop / jauhkan laptop dengan haiwan peliharaan yang berbulu
- Tebalikkan laptop dengan papan kekunci menghala ke bawah dan goncang atau tepuk laptop dengan perlahan
- Gunakan semburan angin / vakum mini untuk menghilangkan habuk di celahan papan kekunci
- Selepas itu, lap permukaan papan kekunci dengan kain mikro fiber / tisu alcohol untuk membuang minyak dan kotoran degil

3. Memanjangkan jangka hayat bateri laptop
- Matikan plug pengecasan jika bateri penuh dan mulakan pengecasan hanya ketika bateri di bawah 10% atau 20%
- Jangan tinggalkan laptop dalam keadaan sedang di cas dalam satu tempoh masa yang lama
- Elakkan laptop terdedah dengan cuaca / suhu panas terutama semasa pengecasan
- Setiap tahun, periksa tahap kesihatan bateri laptop. Setiap bateri mempunyai jangka hayat tertentu mengikut jumlah pengecasan yang dibuat

4. Mengenal pasti perubahan pada keadaan & prestasi laptop
- Jika terasa panas dari kebiasaan atau bunyi kipas yang bising semasa menjalankan tugas-tugas biasa, bawalah laptop anda ke pusat servis untuk pemeriksaan. Kemungkinan kipas dalam laptop anda perlu dibersihkan atau keperluan menambah thermal grease pada heat sink
- Jika prestasi laptop anda berkurang seperti kerap termati atau sangkut / hang, anda juga disarankan ke pusat servis untuk pemeriksaan. Kemungkinan adanya keperluan untuk naik taraf, atau kerosakan pada perkakasan tertentu. Selain itu, lambakan perisian / aplikasi tidak perlu / virus yang beroperasi di balik tabir sistem operasi juga boleh menjadi salah satu punca

5. Mengendali / menyimpan komputer
- Elakkan penggunaan laptop dengan meletakkannya di atas tempat yang lembut seperti sofa, tilam, atau bantal. Ini kerana ia akan menghalang pengudaraan laptop yang berada di bahagian bawah laptop
- Buka dan tutup skrin dengan menggunakan 2 tangan untuk mengelakkan masalah pada engsel (hinge) untuk jangka masa panjang
- Sebelum menutup skrin pastikan tiada benda asing yang tertinggal seperti duit syiling atau sebagainya
- Simpan laptop dalam bag laptop semasa bergerak atau perjalanan ke mana-mana

6. Menggunakan internet dan berkongsi data
- Jangan menggunakan sambungan internet tanpa wayar (WiFi) semasa mengurus / akses maklumat sensitif seperti maklumat akaun bank
- Elakkan melayari laman web yang mencurigakan atau berkongsi apa-apa maklumat peribadi dalam borang online / kotak teks daripada laman web seperti itu
- Jangan gunakan lebih dari satu anti-virus. Ini boleh menyebabkan prestasi komputer terjejas
- Elakkan memasang perisian / aplikasi tidak perlu

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 27/05/2024

Hari ini genap setahun pembekalan NAS storage kepada PlanMalaysia@Johor atau nama lainnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor. Pada waktu tu, kami hanya meletakkan peranti NAS Storage tu di dalam pejabat mereka sahaja dan hanya boleh digunakan secara intranet oleh staf-staf JPBD di pejabat.

Setahun berlalu, dan setelah mendapat kebenaran untuk pemindahan NAS Storage, kami sekali lagi datang untuk pemindahan ke ICT@Johor dan konfigurasi semula tetapan sambungan dan alamat IP. Kali ini, kami aktifkan QuickConnect ID supaya beberapa orang staf JPBD yang bekerja di luar kawasan dapat mengakses NAS melalui aplikasi Synology Drive daripada telefon bimbit masing-masing.

Antara faedah dan kegunaan NAS storage ;

1. Sebagai tambahan storan cloud persendirian/jabatan
2. Kolaborasi dan perkongsian data bersepadu
3. Jaminan perlindungan data dan privasi
4. Backup data secara automatik

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 26/05/2024

MASIH SIMPAN KOMPUTER LAMA? BOLEH UPGRADE ATAU BELI BARU JE!

Untuk kita ketahui sesuatu komputer itu berpotensi atau tidak untuk diupgrade, kita perlu kenalpasti spesifikasi komputer tersebut. Cara termudah adalah dengan mengetahui jenama dan model komputer. Jika ia adalah custom pc, anda perlu mengetahui setiap perkakasan dalam binaan komputer tersebut.

Kemudian sedikit kajian perlu kita lakukan sebelum menentukan komputer itu boleh dinaik taraf atau tidak. Pasti berasa agak sayang untuk buang komputer jika tahu sebenarnya ia masih boleh digunakan dengan sedikit sentuhan. Ada beberapa perkakasan utama yang boleh dinaik taraf untuk sesebuah komputer;

1. Cip pemprosesan (komputer meja sahaja)
2. Storan data
3. RAM (Random-Access Memory)
4. Graphic card (komputer meja sahaja)

Walaupun begitu untuk setiap naik taraf perkakasan ini, anda perlu mengenali spesifikasi papan induk (mother board). Ini kerana setiap papan induk mempunyai jenis-jenis soket/slot tertentu untuk menyokong sesuatu perkakasan baru yang bakal ditambah. Sebagai contoh, cip pemprosesan yang paling pop**ar dalam pasaran adalah AMD dan Intel. Kedua-dua jenama cip pemprosesan ini p**a mempunyai pelbagai soket yang berbeza.

Begitu juga dengan storan utama. Kenalpasti jenis sambungan dan storan anda. Jika ia masih menggunakan sambungan SATA, komputer itu masih berpotensi untuk dinaik taraf. Pilihlah jenis storan SSD kerana ia mempunyai kelajuan dan ketahanan berbanding storan lama HDD. Adalah bonus besar jika komputer anda boleh menyokong teknologi storan terkini iaitu M.2 NVMe.

Untuk RAM p**a, kenalpasti berapa banyak slot yang masih tersedia. Untuk komputer meja yang dihasilkan sejak 5 tahun lepas, biasanya mempunyai sehingga 4 slot dan laptop hanya 1 atau 2 sahaja. Kenalpasti juga jenis RAM dan kelajuannya. Walaupun teknologi baru terkini sudah ada RAM jenis DDR5, untuk jenis DDR3 dan DDR4 juga masih relevan digunakan untuk beberapa tahun kedepan.

Seterusnya adalah graphic card. Bergantung pada keperluan, biasanya naik taraf untuk perkakasan ini lebih tertumpu pada prestasi paparan dan prosesan grafik. Naik taraf perkakasan ini lebih berbaloi untuk pengguna yang menggunakan perisian kejuruteraan/penyuntingan video/3D/animasi ataupun permainan video.

Sebenarnya ada beberapa lagi perkakasan yang boleh dinaik taraf bergantung pada keperluan-keperluan tertentu. Sebagai contoh, jika ada tambahan graphic card yang baru kemungkinan power supply juga perlu ditukar mengikut keperluan kuasa. Jika cip pemprosesan terlalu panas, mungkin boleh naik taraf dengan menggunakan penyejuk air atau cukup dengan tambahan kipas serta naik taraf sink haba (heat sink).

Sekiranya semua cadangan yang kami beri ini kena dengan situasi komputer anda, bolehlah anda bawa ia ke pusat komputer/kedai komputer berhampiran untuk dinaik taraf. Jika tidak, kami sarankan anda untuk beli sahaja komputer yang baru.

Untuk nasihat lebih lanjut boleh cari kami :

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

16/05/2024

SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Engkau ibarat Lilin yang membakar Diri demi anak-anak bangsa.

Semoga Redha dan Rahmat Allah sentiasa bersamamu buat selamanya.

ā€˜Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madaniā€™

Terima kasih Cikgu!

13/05/2024

Selamat Hari Ibu kepada seluruh wanita hebat yang sentiasa berjuang untuk keluarga dan anak-anak. Ikhlas daripada warga Twin Systems sdn. bhd.

Andalah insan paling luar biasa dalam setiap naluri anak-anak bangsa. Selamat Hari Ibu..!

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 06/05/2024

Assalammualaikumā€¦

Dalam pada kita sedang bekerja hari ini, pernah ke kita terfikir sumbangan apa yang kita telah lakukan demi masyarakat di sekeliling. Terutama sekali dalam bidang dakwah yang mana adalah suatu bentuk kewajipan yang kita mungkin tidak sedar. Menyebar kebaikan dan kebenaran.

Baru-baru ini, kami berpeluang membekalkan 12 unit komputer riba jenama HP kepada unit dakwah di Pejabat Agama Islam Johor. Malah semasa hari pembekalan, pegawai-pegawai dakwah daripada seluruh Johor turut hadir untuk sesi serahan dan taklimat ringkas.

Alhamdulillahā€¦ semoga dengan peranti baru yang telah dibekalkan dapat memudahkan lagi tugas-tugas dakwah para pegawai yang hadir jauh dari semua daerah di Johor. Beginilah bagaimana kemudahan teknologi hari ini dapat memaksimumkan produtiviti dan kualiti tugas seseorang seterusnya memberikan tambah nilai untuk unit dan jabatan.

Berikut adalah model dan spesifikasi laptop yang kami bekalkan;

HP Pavilion 15-FD0057TU
ā€¢ 13th Generation IntelĀ® Coreā„¢ i5 processor
ā€¢ Windows 11 Home Single Language
ā€¢ 15.6 inch diagonal FHD display with IntelĀ® IrisĀ® Xįµ‰ Graphics
ā€¢ 512 GB SSD Hard drive
ā€¢ 8 GB DDR4-3200 MHz RAM

Cari kami di :
Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 29/04/2024

Pada hari ini dapat kita lihat lambakan printer pelbagai jenama dan model. Ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan. Walaupun begitu pemilihan sesebuah printer bergantung pada banyak faktor. Membeli printer terbaik dalam pasaran juga bukanlah sesuatu yang bijak, ini kerana setiap printer mempunyai cara kekerapan penggunaan dan keperluan penjagaan yang berbeza.

Di sini, kami akan berikan tips dalam menentukan apakah printer yang paling sesuai anda patut guna mengikut faktor-faktor yang perlu diambil kira seperti di bawah;

1. Tentukan keperluan anda;
- Peletakan printer (rumah/pejabat/kedai)
- Kekerapan penggunaan (light use/heavy duty)
- Jenis sambungan (USB, WiFi, LAN Network). Bergantung pada kegunaan peribadi/perkongsian.
- Jenis kertas (ketebalan, saiz kertas, dan permukaan)

2. Service after Sales (Perkhidmatan penyelenggaraan dan khidmat nasihat selepas jualan). Untuk mendapatkan ini, pilihlah jenama printer yang anda selalu dengar seperti Canon, HP, Epson, atau Brother.

3. Lihat review daripada pengguna lain. Perkara ini perlu diambil kira sekiranya model printer yang dikeluarkan itu baru sahaja dikeluarkan dalam tempoh kurang setahun atau 2 tahun bagi meminumkan kemungkinan masalah daripada pengeluar.

Cari kami di :
Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Photos from Twin Systems Sdn Bhd's post 28/04/2024

Jika kita sedar hari ini, banyak konten-konten video yang s**a memaparkan rakaman CCTV. Ada yang menunjukkan kejadian kemalangan tak terjangka, ada menunjukkan perbuatan jenayah, mistik dan pelbagai lagi.

CCTV pada hari ini telah pun menjadi satu keperluan baik di pejabat, rumah, dalam kereta, dan juga di tempat-tempat awam. Sudah tentu tujuan utama CCTV yang terpasang di pejabat adalah untuk menjaga keselamatan para pekerja dan menjamin mutu serta meningkatkan intergriti mereka.

Baru-baru ini kami ada dapat permintaan daripada CIDB Tampoi. Mereka ada satu masalah tentang satu unit kamera CCTV yang tidak berfungsi. Kamera itu p**a letaknya di kaunter, iaitu tempat yang selalu orang awam datang untuk berurusan.

Setelah kami hadir dan mengenalpasti masalah, kami dapati kamera sebenarnya masih baik. Cuma sambungan tidak menunjukkan sebarang signal.

Disebabkan laluan kabel yang agak rumit dan jauh dari bilik server, jadi kami cadangkan satu solusi cepat dan murah iaitu memasang semula 1 laluan kabel yang baru. Alhamdulillah, kerja selesai kurang daripada 4 jam.

Cari kami di :
Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Jalan Universiti, 81300 Skudai, Johor

https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

MACBOOK A1706 SCREEN REPLACEMENT | REPAIR MACBOOK JOHOR

Telephone

Address


TG-F-06, UTM-MTDC TECHNOVATION PARK II
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Other Information Technology Companies in Johor Bahru (show all)
Jomstay Digital Jomstay Digital
S-28-03, Pusat Komersil Versis Medini 2
Johor Bahru, 79250

Guitar & PC Repair Hub Guitar & PC Repair Hub
Johor Bahru, 81800

Fixing Acoustic Guitars & Reformatting Computers Feel free to contact and ask~

Undervalue Undervalue
Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru, 40450

Hackathon.com.my Hackathon.com.my
No. 326A, Jalan Simbang, Taman Perling
Johor Bahru, 81200

Hackathon is a platform for corporations or public organizations to present their hacking challenges to a group of enthusiastic hackers.

Abrarc Agency Abrarc Agency
Johor Bahru

1. Landing pages that convert 2. Affordable price with professional looks 3. Landing pages with your brand

LCORE LCORE
126 Jalan Pahlawan 2, Taman Ungku Tun Aminah
Johor Bahru, 81300

Our profession is to help your business operate under a reliable and secured IT environment.

Titan Technology Academy Titan Technology Academy
NO 50-02 Jalan SUSUR LARKIN PERDANA 2 LARKIN PERDANA
Johor Bahru, 80350

Titan Technology Academy is a skill training platform and business digitization agency based on Joho

WNA Idaman Trading WNA Idaman Trading
254 Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling
Johor Bahru, 81200

Insaix Innovation Insaix Innovation
5 Jalan Selatan 3, Taman Perindustrian Ringan Pulai
Johor Bahru, 81300

Intelligence in Action

Kedai VIMS Techno Solutions Kedai VIMS Techno Solutions
Universiti Teknologi
Johor Bahru, 81310

Expanding the general community's accessibility to a variety of digital goods and services right from your hand.

UGESH INFO TECH UGESH INFO TECH
Labis
Johor Bahru, 85300

Tech

Pandosoft Stream, Relax and Earn Pandosoft Stream, Relax and Earn
Johor Bahru

Pandosoft is a one-stop multimodal streaming platform that enables incentivized streaming for a vari