PRAB Selangor

PRAB Selangor

PERSATUAN RIADAH ANAK BALAKONG
(PRAB Selangor)

PERSATUAN USAHAWAN ASPIRASI BALAKONG
(PUAB Selangor)

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHERAS JAYA
(PPTCJ)

Aktiviti riadah dapat memupuk kasih sayang antara ahli persatuan dan warga Balakong. Dengan melakukan aktiviti riadah bersama yang lebih memanfaat, hubungan ahli dapat dieratkan dan dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi antara satu sama lain. Pelbagai aktiviti yang akan dilakukan bagi mengeratkan hubungan bersama dan sebagainya. Kesimpulannya, kasih sayang dapat dipupuk melalui aktiviti riadah.

Photos from PRAB Selangor's post 03/11/2024

Perlawanan bola sepak persahabatan komuniti adalah acara s**an yang melibatkan pas**an dari pelbagai kumpulan dalam satu komuniti, seperti pas**an kampung, sekolah, syarikat, atau organisasi tempatan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan perpaduan, mengeratkan silaturahim, dan memupuk semangat kes**anan dalam kalangan penduduk.

Biasanya, acara ini dianjurkan dalam suasana santai dengan penonton terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan. Perlawanan ini juga boleh dijadikan platform untuk tujuan amal, seperti mengumpul dana untuk aktiviti komuniti atau bantuan kepada yang memerlukan.

Selain daripada mengeratkan hubungan, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk bersenam, bersosial, dan berseronok dalam suasana yang mesra dan inklusif.

31/10/2024

Selamat Hari Deepavali, sahabat! Semoga setiap detik dalam hidupmu dipenuhi dengan cahaya kebahagiaan.

Photos from PRAB Selangor's post 09/10/2024

Perlawanan persahabatan kedua Ajk PRAB Selangor bersama pas**an semi veteran Taman Impian Ehsan.

Sebilangan pemain pas**an dari PRAB Selangor datang dari pas**an bushido futsal yang wujud di Taman Cheras Jaya sekitar tahun 2010-2012.

InsyaAllah kita akan sentiasa teruskan usaha untuk membudayakan aktiviti s**an salah satu aktiviti utama persatuan.

Photos from PRAB Selangor's post 02/10/2024

Perlawanan persahabatan bola sepak tiga penjuru bersama golongan ahli persatuan ini mampu menghindar dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

Aktiviti riadah itu akan terus dilaksanakan agar hubungan silaturrahim antara ahli persatuan dapat terus dipereratkan lagi.

Ini dapat memupuk semangat bers**an dan amalan gaya hidup sihat, secara tidak langsung dan dapat bertukar-tukar pendapat selain perkongsian maklumat khususnya ahli persatuan dalam membangunkan aktiviti s**an di kawasan.

Konsep itu mampu mewujudkan ahli persatuan yang sihat dan cergas selain membudayakan penjagaan kesihatan.

Perlawanan seperti ini juga penting dalam membentuk hubungan harmoni golongan belia setempat agar terus aktif dalam s**an bola sepak.

Perlawanan tiga penjuru ini, PRAB Selangor FC menang di setiap perlawanan.

Photos from PRAB Selangor's post 23/09/2024

13 September 2024

Jelajah Amal Pantai Timur 2024 bersempena hari Malaysia bersama ahli persatuan dengan Tuan Pengerusi memimpin bacaan doa.

Program ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif untuk menwujudkan ukhuwah yang lebih erat dalam pertalian silaturahim antara ahli.

Photos from PRAB Selangor's post 10/09/2024

7 September 2024

PROGRAM SUKAN MESRA MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (SUKMES MPP) Siri 2/ 2024 anjuran MPKj yang bertempat di Dataran MPKj @ Stadium Kajang.

Program yang berlangsung dengan perlibatan penyertaan dari Zon 1 hingga Zon 12 dengan jumlah peserta/urusetia secara keseluruhan adalah seramai 500 orang. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Hospital Sungai Long yang telah memberikan perkhidmatan kepada peserta yang memerlukan rawatan kesihatan.

Program ini dimulai dengan sesi senamrobik pada jam 8.00 pagi dan berlangsung acara s**an mesra yang disertai oleh 500 peserta.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis MPKj dan semua yang terlibat menjemput kami sebagai peserta dalam usaha menjayakan SUKMES MPP SIRI 2/ 2024 MPKj ini.

Photos from PRAB Selangor's post 26/08/2024

Program Komuniti Madani Jiwa Merdeka ini bukti komitmen untuk memperkukuh lagi ikatan persaudaraan dan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Selain program Jiwa Merdeka, aktiviti penyerahan sijil kepada belia untuk menjadi pemangkin semangat dalam menyertai aktiviti komuniti dan juga gotong royong turut di adakan bagi bertujuan membuka ruang dan peluang untuk penduduk bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan.

Program turut disertai 100 orang penduduk termasuk belia dan peniaga setempat bagi mendedahkan generasi muda tentang tanggungjawab serta amanah sebagai warganegara dan pentingnya menjaga keharmonian serta kestabilan negara.

Penerangan juga diadakan bagi mengukuhkan aktiviti ekonomi dan keusahawanan dalam kalangan komuniti usahawan yang produktif dengan dihadiri 20 orang peniaga.

Ia membantu usahawan membentuk generasi masa depan yang lebih prihatin, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai semangat cintakan negara.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos ini, dengan program sebegini mengajak semua pengunjung untuk meningkatkan nilai murni, penghayatan agama serta amalan warisan seperti adat dan adab bagi membina benteng diri terhadap sebarang ancaman serta pengaruh asing.

Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini bukan sekadar pencapaian sejarah, tetapi ia juga bukti kesepaduan, kekuatan bersama dan semangat yang tidak pernah pudar.

Wayne Ong Chun Wei
Nor Zulaila - Lily 颜丽丽

Photos from PRAB Selangor's post 13/08/2024

Manisnya Ukhwah Fillah

Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) / ukhuwah filLah (persaudaraan kerana Allah) ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah atau iman dan taqwa.

Ia juga adalah suatu jalinan / perpaduan antara dua hati orang-orang beriman, yang tulus ikhlas, sama-sama menikmati, suasana kesetiaan dan kejujuran dalam persahabatan / persaudaraan, saling mendahulukan kepentingan saudara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, senang sama ketawa gembira, susah sama menangis berduka.

Ukhuwah Islamiyah adalah satu tuntutan agama.

10/08/2024

Sebab eropah je boleh, kalau kita Asia ni buat bantahan pun tak boleh.

Pacer tadi terkebil2 nak keluar trek, tunggu juga sampai nak ke garisan, mau tak keliru pelumba kt belakang, ingat kejadian 4 tahun lepas ni? Relax je dia potong Pacer sbelum garisan, EMAS juga dia dapat....

Masa ni dato Azizul memenangi Perak di Olimpik Tokyo.

Photos from PRAB Selangor's post 10/08/2024

Basikal Trek - Keirin - Mula jam 11 malam nanti 🫰

Misi terakhir... Peluang Terakhir... Penampilan Terakhir...

30 pelumba akan memulakan cabaran di Pusingan Pertama... Mereka akan dibahagikan pada 5 saringan ( 6 pelumba tiap saringan )... 2 pelumba terbaik dalam saringan akan terus ke SUKU AKHIR... 4 pelumba yang tewas akan ke REPECHAGE... 10 terus ke SUKU AKHIR , 20 ke REPECHAGE...

20 pelumba di REPECHAGE akan berlumba dalam 4 saringan... ( 5 pelumba tiap saringan )... 2 pelumba terbaik dalam REPECHAGE akan mara ke SUKU AKHIR bersama 10 yang menang di awal saringan... Jumlah ke SUKU AKHIR 18 pelumba...

SUKU AKHIR ada 3 saringan ( 6 pelumba tiap saringan )... 4 terbaik dalam saringan akan mara ke SEPARUH AKHIR... Jumlah ke SEPARUH AKHIR 12 pelumba...

SEPARUH AKHIR ada 2 saringan ( 6 pelumba tiap saringan)... 3 terbaik dalam saringan akan ke AKHIR... Jumlah ke AKHIR 6 pelumba...

AKHIR ada 6 pelumba... No 1 Emas, No 2 Perak, No 3 Gangsa

insha'Allah ada manis² buat kita 🇲🇾

Photos from Majlis Sukan Negara Malaysia's post 08/08/2024
Photos from PRAB Selangor's post 18/07/2024

Lanjutan naziran dan maklum balas yang positif dari pihak kerajaan bersama pas**an yang menerima beberapa pengiktirafan dari pencapaian yang konsisten.

08/07/2024

Sambutan Awal Muharram boleh dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk berkumpul bersama keluarga dan komuniti, berdoa bersama, membaca Quran, dan merenungkan niat dan tujuan hidup. Ini juga merupakan masa yang baik untuk memulakan atau memperbaharui komitmen kepada amalan agama, seperti solat dan zakat.

Selamat menyambut Maal Hijrah! Jadikan ini sebagai momentum untuk pembaharuan diri, memperkuat iman dan memperbaiki hubungan dengan sesama manusia serta dengan Allah SWT.

27/05/2024

Rekod sepanjang 3 tahun pelajar yang gagal hadir mengambil peperiksaan SPM walaupun untuk satu subjek sekalipun...

2023 - 10,160
2022 - 14,858
2021 - 10,681

Tiap tahun banyak peningkatan pelajar yang dah tiada minat untuk belajar... SPM seawal usia 17 tahun pun tak nak ambil...

Kos sara hidup tinggi?
Nak jadi influencer?
Tak sabar nak pegang duit sendiri?

Harap adalah kemahiran dan kudrat yang kuat untuk membantu kalian berjuang di hari mendatang... Sedih sungguh laa...

Nak masuk institut kerajaan kena ada SPM ✅
Nak masuk institut Swasta kena ada DUIT ✅

Sekarang belum rasa, nanti kalian akan rasa betapa pentingnya SPM...❗️

Photos from PRAB Selangor's post 16/05/2024

NAZIRAN

Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi.

Pengauditan dijalankan bagi memastikan undang-undang dan peraturan telah dipatuhi dan mendedahkan faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan, keberkesanan.

Memberi pendapat sama ada penyata kewangan menunjukkan satu kenyataan yang benar dan munasabah mengenai kedudukan dan ketepatan rekod-rekod mengikut piawaian pengauditan yang diterima pakai.

Audit merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi.

Objektif audit adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan, pengurusan dan proses tadbir urus.

Photos from PRAB Selangor's post 05/05/2024

Seramai 200 penunggang motosikal terawal menerima sumbangan petrol percuma dan minyak pelincir motosikal daripada Kwan Say Hong 官世峰 Ahli Majlis (MPKj) Zon 8 di sebuah stesen minyak, petang tadi.

Inisiatif program 'Petrol Raya Percuma' sempena Aidilfitri itu julung kali diadakan di Taman Cheras Jaya dan dianggap sebagai rezeki kepada penduduk Taman Cheras Jaya, terutama pengguna motosikal.

Terima kasih juga kepada Mr Tenance selaku pengurus BHP Station Taman Cheras Jaya yang sentiasa menyokong program komuniti setempat.

04/05/2024

Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa walaupun Syawal hampir melabuhkan tirainya. Tidak lupa untuk kami berkongsi rezeki pada bulan yang suci dan mulia ini.

Jom isi petrol di program Petrol Raya Percuma anjuran pejabat saya bersama Persatuan Riadah Anak Balakong mulai pukul 4 petang pada 5 Mei 2024 (Ahad) di stesen minyak BHP Taman Cheras Jaya.

Terhad kepada 200 buah motosikal terawal sahaja.

Photos from PRAB Selangor's post 06/04/2024

Tradisi Pemberian Duit Raya ..

Biarpun tiada dalil, hadis atau apa2 saja yg merujuk pasal ni, kami anggap ini 1 budaya yg murni sbb nilai2 yg kita dpt adalah sifat ehsan dan sifat bersedekah sebagai inisiatif untuk mengimarahkan bulan Ramadhan di samping berkongsi rezeki dengan semua dlm yang menyambut kegembiraan Aidilfitri yang akan datang dan sekaligus mengeratkan tali silaturrahim dengan bermaaf-maafan.

Namun begitu, ia tidaklah sehingga menjadi suatu kewajiban untuk menyediakan duit raya sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pada hemat kami, kami fokus kepada 3 perkara sahaja ( Selagi mampu )

1) Berkongsi rezeki
2) Memupuk budaya bersedekah
3) Meraikan kegembiraan di aidilfitri

Ianya sudah menjadi tradisi sejak kecil dan turun temurun..

11/03/2024

Selamat datang bulan ramadhan 1445 Hijrah. Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan. Semoga bulan yang suci ini membawa berkah,kedamaian dan kebahagian untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa dibulan yang mulia ini dengan berdoa,berbuat baik,bersedekah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga amal ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Nya. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua umat islam.

RAMADHAN KAREM! MARHABAN YA RAMADHAN! 1445Hijrah/2024

Photos from RXZ Members - Official's post 19/01/2024
13/01/2024
13/01/2024

Photos from Nor Zulaila - Lily 颜丽丽's post 02/01/2024
TikTok · PRAB Selangor 11/12/2023

TikTok · PRAB Selangor Check out PRAB Selangor's video.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

#prabselangor
#throttle&pedal
*KEJOHANAN FUTSAL PIALA DUN BALAKONG 2023*
Assalamualaikum.w.b.t.Dukacita dimaklumkan bonda kesayangan Timbalan Pengerusi PRAB Selangor Awan Joe Izwan  telah kemba...
Tahniah kepada pemenang ‼️
Kejohanan Futsal Piala Pusingan Dun Balakong.‼️
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!Semoga ucapan Hari Raya yang disampaikan dapat eratkan lagi hubungan d...

Telephone

Website

Address


Balakong
Kajang
43200

Other Sport & Recreation in Kajang (show all)
Kolam Twin J Kolam Twin J
No. 7G, Jalan Sri Kota 1, Taman Sri Kota
Kajang, 43000

Kolam pancing udang harimau dan udang galah kajang utama Kolam pancing udang harimau dan udang galah kajang utama
No. 45, 43Jalan Seksyen 2/9, Jalan Kajang Utama
Kajang, 43000

kolamudangharimaukajangutama

Gebes Cycliste Gebes Cycliste
Kajang, 43650

Kumpulan Kayuh Ini Ditubuhkan Pada sekitar Tahun 2009 di Kejiranan Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.

PEAK Dance Studio - PDS PEAK Dance Studio - PDS
TEMPORARY CLOSED TILL FURTHER NOTICE
Kajang, 43000

Peak Dance Studio, a place to create hope, dream, desire and aspiration for youngster to build a bet

Ebrahim shoug ebu Ebrahim shoug ebu
Kajang

Ebrahim shoug ebu this page you will find many updates about different types of players.Game information related to Bangladesh cricket team.And the information of the internation...

Villa NikMat Villa NikMat
Villa NikMat, Persiaran Mawar 2, Kampung Sungai Ramal Dalam
Kajang, 43000

Homestay & Rumah Kenduri

My Friend Hikers My Friend Hikers
Kajang

We provide hiking trips, mountain guide service, nature guide service and geoguide service around N9.

Kokurikulum KUIS Kokurikulum KUIS
Seksyen Aktiviti, Sukan Dan Kokurikulum (SASK). Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP 2). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Kajang, 43000

Seksyen Aktiviti, Sukan dan Kokurikulum (SASK). Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). UIS

NUFAL Empire GOLF NUFAL Empire GOLF
Kajang, 43000

Golf Equipment n Accessories

Revockmy Revockmy
No 1342 Jalan Scientex Jaya 25, Taman Scientex Senai
Kajang, 43000

Kami menjual Revock Muscle Rope khas untuk anda yang s**a workout di Rumah

D'Kebun MTB Trail Kajang D'Kebun MTB Trail Kajang
Jalan Taming Impian
Kajang, 43000

Moderate MTB trails with a lot of fun feautures. Suitable for beginner. Average ditstance 1.5KM with

Pong bundle Pong bundle
Kajang, 43000