UIS - Universiti Islam Selangor

Universiti Islam Selangor (UIS) dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ditubuhkan pada tahun 1995.

Kampus tetap di Bandar Seri Putra, Kajang Selangor. SENARAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN MENGIKUT FAKULTI
_______________________________________________________________________________
# PUSAT MATRIKULASI #

ASASI - 6 PROGRAM

• FA01 - Asasi Pengajian Islam
• FA02 - Asasi Pengurusan
• FA03 - Pengajian Asas Teknologi Maklumat
• FA04 - Asasi Bahasa Arab
• FA05 - Asasi Komunikasi
• FA06 - AsasI

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 30/10/2024

29 Oktober 2024, Fes - Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah telah berbesar hati menerima kunjungan Universiti Islam Selangor di bandar bersejarah Fes, Morocco. Kunjungan UIS disambut oleh Presiden Universiti, Al-Musthafa Ija Ali serta pengurusan tertinggi universiti.

Presiden universiti mengalu-alukan kerjasama yang akan diwujudkan dengan pihak UIS khususnya yang melibatkan pendidikan, penyelidikan dan pertukaran pelajar serta pegawai akademik. Delegasi kemudiannya dibawa melawat Fakulti Syariah yang mempunyai lebih 5000 pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 30/10/2024

28 Oktober 2024, Ifrane - Delegasi Universiti Islam Selangor (UIS) telah diberi penghormatan untuk melawat Universiti Al-Akhawayn di Ifrane, Morocco yang merupakan salah sebuah universiti swasta terbaik di Morocco. Kedua-dua universiti UIS dan AUI berkongsi aspirasi yang sama ke arah memperkasa dan merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat menerusi pendidikan.

Delegasi UIS diketuai Naib Canselor, Dato Profesor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah telah disambut rakan sejawatnya dari Universiti al-Akhawayn, Profesor Dr Amine Bensaid dan barisan pengurusan tertinggi universiti. Perbincangan terarah untuk menjalin hubungan antara kedua-dua universiti dalam konteks pendidikan dan penyelidikan, pertukaran pelajar, sangkutan industri dan kursus bahasa.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 29/10/2024

28 Oktober - Muassasah Ath-Thaqafah Al-Islamiah Thailand hari ini berkunjung ke Universiti Islam Selangor yang diketuai oleh Ustaz Ubaidee Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah Muassasah bersama 50 orang pelajar dan 14 kakitangan.

Kunjungan ini merupakan kunjungan balas Muassasah setelah wakil UIS berkunjung ke sekolah mereka pada Julai lalu. Melalui program sebegini para peserta akan mendapat pendedahan sebenar kehidupan dalam kampus UIS dan nikmati fasiliti, pemandangan indah dan kemudahan yang disediakan.

Delegasi diberikan taklimat 'Jom Masuk UIS' oleh Bahagian Pemasaran dan Fakulti Pengajian Peradaban Islam. Bahagian Global UIS turut mengambil kesempatan mempromosi EduTourism yang diperkenalkan sebagai salah satu langkah untuk memberi pengalaman baharu buat pelajar luar negara khususnya menikmati manfaat dan program pembelajaran sambil melancong yang diaturkan.

Kunjungan ini diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Pemasaran dengan kerjasama Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Bahagian Global dan beberapa orang pelajar. - CorpComm

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 28/10/2024

Al-Mahira Islamic International School Indonesia berkesempatan singgah sebentar berkunjung ke Universiti Islam Selangor bagi melihat keindahan sekitar dan menziarahi secara tidak rasmi ke bangunan Fakulti Pendidikan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Fakulti Pengajian Peradaban Islam.

Kunjungan ini diketuai oleh Dr Hasni Muhammad bersama 76 orang pelajar dan guru-guru dari Al-Mahira School. Masjid Al-Azhar UIS, Bahagian Pemasaran dan Bahagian Komunikasi Korporat berkesempatan menyantuni kunjungan dan memberikan taklimat ringkas.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 28/10/2024

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐀𝐈) 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍

25 Oktober 2024 – Sambutan Bulan Akademia Peringkat Universiti Islam Selangor telah diadakan di Auditorium Mohd Adanan Isman. Sambutan program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran akademik dalam kalangan pegawai akademik.

Ucapan aluan dan perasmian telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed, Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan. Sambutan Bulan Akademia diadakan setiap tahun untuk menghargai Komuniti Akademik yang berperanan penting dalam memajukan ilmu dan pendidikan. Program ini juga menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi serta memperkukuh kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri.

Pada tahun ini, seramai 359 kakitangan akademik UIS, termasuk guru tasmik, diraikan untuk meningkatkan kesedaran tentang sumbangan mereka dalam membangunkan masyarakat yang berpengetahuan. Tema sambutan “Transformasi Akademia dengan Kecerdasan Buatan (AI): Masyarakat MADANI Berinovasi” mengajak semua pegawai akademik meneroka inovasi melalui teknologi AI.

Ceramah Perkongsian Ilmu disampaikan oleh Dato’ Kamarulazman bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Aerodyne Sdn. Bhd. merangkap Profesor Adjung, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga telah melaksanakan Dasar Pendidikan Digital untuk merapatkan jurang digital dan melancarkan Garis Panduan untuk penggunaan Kecerdasan Buatan Generatif dalam pengajaran. Di UIS, pegawai akademik didedahkan kepada program-program perkongsian kepakaran digital, dan sejumlah dana telah diperuntukkan untuk memperkasakan pendidikan digital seperti platform e-Pembelajaran dan penubuhan Pusat Data Nadi Digital UIS.

Program tahunan ini turut dihadiri oleh Pengurusan dan para pegawai akademik UIS.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 28/10/2024

Permohonan pelajar baharu UIS bagi Sesi II 2024/2025 telah dibuka❗️
✳️ Yuran pendaftaran 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮;
✳️ 67 program pelbagai bidang;
✳️ 6 program Asasi/ 19 program Diploma/ 24 program Ijazah Sarjana Muda;
✳️ Semua program ada MQA;
✳️ 35 program 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 Matematik SPM;
✳️ 27 program 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 Bahasa Arab SPM;
✳️ Penginapan dalam kampus hingga graduan;
✳️ Kampus tetap & kemudahan lengkap;
✳️ Tajaan & pinjaman disediakan.
*𝘛𝘦𝘳𝘮𝘢 & 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵

www.uis.edu.my

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 27/10/2024

25 Oktober 2024, Beni-Mellal - Delegasi Universiti Islam Selangor (UIS) yang diketuai oleh Dato’ Profesor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah telah mengadakan kunjungan rasmi ke Universiti Sultan Moulay Sulaiman, Beni Mellal, Morocco. Delegasi UIS telah disambut oleh Naib Canselor Universiti tersebut.

Satu perbincangan antara kedua-dua belah pihak telah diadakan tertumpu ke arah menjalin kerjasama akademik dan penyelidikan, pertukaran pelajar dan pensyarah serta penganjuran program mobiliti.

Delegasi UIS telah diberi penghormatan untuk turut serta dalam program induksi pelajar baharu bagi sesi 2024/2025. Rombongan turut dibawa melawat Pusat Bahasa dan bertemu Pengarah Pusat, Profesor Dr Muhammad Ismaili Alaoui.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 25/10/2024

24 Oktober 2024, Rabat - Delegasi daripada Universiti Islam Selangor yang diketuai oleh Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor UIS telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Dr. Salim bin Muhammad Al-Malik, Ketua Pengarah Kebudayaan, Pendidikan dan Saintifik Dunia Islam (ICESCO) di ibu pejabatnya di Rabat, Morocco.

Perbincangan tertumpu ke arah memperkasa hubungan dua hala, memperluas jaringan kerjasama dan mempertingkat penganjuran program-program Bahasa Arab di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Pertemuan juga antara lain membincangkan usaha untuk membina bangunan bagi Pusat Pendidikan ICESCO serantau di UIS sebagai hub pendidikan dan latihan bahasa Arab rantau Asia Tenggara. Rombongan UIS turut disertai oleh TYT Tuan Shihabuddin Adam Shah, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Dr. Abdul Razif Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UIS dan Dr. Yaakob bin Hasan, Pengarah ICESCO, UIS.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 25/10/2024

21 Oktober 2024 - Delegasi daripada Perpustakaan Imam Al-Syafi'i (PIAS) telah menjalankan satu lawatan penandaarasan ke INCEIF Knowledge Management Centre (KMC) pada Isnin. Delegasi diketuai oleh YBrs. Pn Aireen Naquiah Binti Hamzah, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bersama Timbalan Dekan Akademik (TDA) Fakulti dan Pusat, Ketua Pustakawan dan semua Pustakawan, telah disambut mesra dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Mansor Haji Ibrahim, Timbalan Presiden Akademik dan Dekan INCEIF.

Taklimat lawatan kemudiannya disampaikan oleh Puan Nur Azlina Zorollah, Pengurus INCEIF KMC. Lawatan ini bertujuan berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan pengurusan dan pentadbiran KMC bagi tujuan pelaksanaan di UIS seiring perkembangan Perpustakaan Imam Al-Syafi’i (PIAS).

Semoga hubungan di antara kedua-dua institusi akan terus berkekalan.

الاتفاق على تطوير التعاون بين الإيسيسكو وماليزيا في التربية والعلوم والثقافة - ICESCO 25/10/2024

PERJANJIAN UNTUK MEMBANGUNKAN KERJASAMA ANTARA ISESCO DAN MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN, SAINS DAN BUDAYA

24 Oktober 2024, Rabat - Dr. Salim bin Muhammad Al-Malik, Ketua Pengarah Pertubuhan Kebudayaan, Pendidikan dan Saintifik Dunia Islam (ICESCO) telah menerima kunjungan daripada TYT Tuan Shihabuddin Adam Shah, Duta Besar Malaysia ke Maghribi dan Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor UIS di ibu pejabat ISESCO di Rabat untuk membincangkan pembangunan kerjasama antara ICESCO dan Malaysia dalam bidang pendidikan, sains dan budaya.

Duta Besar Malaysia memuji peranan ISESCO dalam mempromosikan pemodenan bidang kepakarannya dalam dunia Islam dan menjemput Dr. Al-Malik untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bagi membincangkan pembangunan kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama.

Pertemuan ini turut membincangkan beberapa cadangan kerjasama antara ISESCO dan Universiti pada masa akan datang terutamanya pembangunan pusat ISESCO di Universiti untuk mengajar bahasa Arab dan menyediakan beberapa biasiswa untuk pelajar Malaysia di beberapa universiti berprestij di dunia Islam.

Selepas pertemuan itu, Dr. Al-Malik mengiringi semua delegasi untuk melihat pameran di ibu pejabat ISESCO dan Muzium Antarabangsa Biografi Nabi dan Tamadun Islam.

الاتفاق على تطوير التعاون بين الإيسيسكو وماليزيا في التربية والعلوم والثقافة - ICESCO استقبل الدكتور سالم بن محمد المالك، المدير العام لمنظمة العالم الإسلامي للتربية والعلوم والثقافة (إيسيسكو)، السفير شهاب الدين آدم شاه، سفير ماليزيا لدى

Santuni sumbangan komuniti menerusi jihad pendidikan 24/10/2024

Santuni sumbangan komuniti menerusi jihad pendidikan Berkongsi rezeki dalam pelbagai cara. Tanpa mengira kecil atau besar jumlahnya. Yang pasti, besar maknanya kepada penerima, besar juga ganjarannya buat penyumbang. Apatah lagi jika ia disalurkan dalam bentuk sumbangan kewangan untuk dimanfaatkan kepada mahasiswa yang sedang menuntut ilmu.Memahami si...

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 24/10/2024

23 Oktober 2024 - Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Wakil Bahagian Pemasaran & Wakil-wakil Fakulti Universiti Islam Selangor yang merupakan Ahli Projek Pembangunan Aplikasi QR Code telah membuat Lawatan Penanda Aras ke Information Technology & Multimedia Services (ITMS), UNITEN Bangi

Delegasi UIS diketuai oleh YBrs Puan Aireen Naquiah Binti Hamzah, Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

23/10/2024

Alhamdulillah. Inilah keistimewaan kami di UIS. Semua pelajar mempunyai mentor yang terdiri daripada tenaga pengajar akademik. Pelbagai aktiviti rekreasi juga boleh dilakukan bersama pelajar di tasik UIS.

Kredit visual keseluruhan oleh Saudara Nur Hafiyuddeen (ISM Komunikasi Penyiaran, Semester 5).
Visual Drone oleh Saudara Mohamad Zahid (ISM Pendidikan Islam dgn Multimedia) (Dgn Izin Ustazah Rashidah Razak ).
Poin skrip oleh Saudari Farah Wahida (ISM Komunikasi Penyiaran Sem 1).
Suntingan Pn Rahmahtunnisah dan Penerbit Berita TV9.

Temubual telah dibuat bersama Pn Mimie Syawalisa (Program Mentoring) & Pegawai Sukan UIS, En Nasrul Kharique

Pembaca Berita merupakan Alumni Broadcasting UIS, Saudara Asri Badrun.

Video penuh di komen 👇

22/10/2024

ISPEN 2024

22/10/2024

SIARAN LANGSUNG SEMINAR ISU-ISU PENDIDIKAN NASIONAL KALI KE-6 (ISPEN) 2024
"Merekayasa Pendidikan Futuristik Melalui Kompetensi Digital".
Tarikh - 22 OKT 2024
Masa - 2:00 PM - 4:00PM
Tempat - Auditorium Mohd Adanan Isman, Universiti Islam Selangor.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 18/10/2024

Naib Canselor UIS, Dato' Prof. Dr. Mohd farid Ravi Abdullah hari ini merasmikan Pusat Data Baharu Nadi Digital UIS (NaDi) yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) UIS.

Antara maksud NaDi adalah sebagai penggerak utama perkhidmatan ICT di UIS dan menghubungkan People, Process & Technology untuk menyokong aktiviti UIS. Ia mampu mengurus data lebih sistematik dan teratur selain dapat menjimatkan sumber elektrik (smart cooling system).

Perasmian NaDi turut disaksikan barisan pengurusan tertinggi UIS, ketua-ketua bahagian yang terlibat dan seluruh warga BTM yang diketuai oleh Puan Aireen Naquiah Hamzah, Ketua Pegawai Maklumat.

Tahniah BTM

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 16/10/2024

Kuala Lumpur, 16 Oktober - YBhg. Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor hari ini menyampaikan ucapan aluan pembukaan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Muamalah (ICoMM) ke-11 yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan UIS dengan kerjasama Halal International Selangor (HIS) dan Halal Advisory and Research Institute Selangor (HARIS) UIS bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Persidangan tahun ini seiring dengan Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) bertemakan "Memupuk Ekosistem Halal Tanpa Sempadan: Ketahanan, Inovasi dan Kelestarian" dan telah mengumpul sejumlah 66 pembentang terdiri daripada 54 pembentang tempatan, tiga pembentang antarabangsa, dan 7 pembentang poster. Antara penyertaan adalah dari UKM, USM, UiTM, UTM dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

"Kerjasama antara ICOMM ke-11 dengan SELHAC memberikan impak berharga untuk berkongsi dan meneroka pengetahuan, dasar dan industri bagi pertumbuhan ekosistem halal secara global," Dato' Profesor Mohd Farid Ravi.

Semoga persidangan kali ini mampu menjadi platform dalam memajukan inisiatif halal negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada semua pembentang dan penganjur atas komitmen dalam memastikan program ini berjalan dengan baik. - CorpComm

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 15/10/2024

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri, Dr Latifa Bibi Musafar Hameed mewakili Universiti Islam Selangor- IRCIEF telah menerima penghargaan Global Islamic Finance Award (GIFA) sebagai “Best Research and Development in Islamic Finance 2024” yang telah berlangsung pada 17 September 2024, di Maldives. Dr. Latifa turut dianugerahkan “Upcoming Personality in Islamic Finance (Academic) 2024.”

Sekalung tahniah diucapkan kepada IRCIEF.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 14/10/2024

Naib Canselor, Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat Kelab Taekwon-Do ITF UIS yang diketui oleh Presiden Kelab Taekwon-Do PITAS, saudara Muhammad Hafiz Muhamad Haneefa untuk penyerahan tali pinggang hitam darjah-3 (Penghormatan).

Dato' NC turut berkesempatan membuat demonstrasi 'kyukpa' tumbukan papan bagi menyempurnakan penyarungan tali pinggang hitam.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 08/10/2024

𝐔𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

3 Oktober - Klang, Selangor- Seramai 34 orang terdiri daripada 19 orang pelajar dan 15 orang staf telah mengadakan lawatan ke Istana Alam Shah Klang anjuran Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP) Universiti Islam Selangor (UIS). Lawatan ini bertujuan meraikan pelajar-pelajar yang telah memenangi pertandingan bilik tercantik di kolej kediaman pada sesi I 2023/2024.

Lawatan diketuai oleh Dr Salman bin Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan dibantu oleh Ustaz Mohd Izzudin bin Pisol selaku pensyarah Fakulti Pendidikan. Delegasi UIS telah disambut dan diraikan oleh Orang Besar Bergelar Y.D.M. Tengku Seri Andika Diraja, Tengku Dato’ Iskandar Shah bin Tengku Ismail Shah Alhaj dan Orang Besar Istana iaitu Y.D.M. Engku Seri Perdana, Raja Dato’ Zaib Shah Alhaj bin Raja Mohamad dan Y.D.M. Engku Seri Puri, Raja Datin Paduka Hajah Marthiah binti Raja Amran, Ustaz Muhammad Anas bin Misbah dan Puan Noor Harlina binti Baki.

Lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan pengurusan Masjid Istana Alam Shah, kemudian ke Balai Tengah, Balai Santapan Diraja, Balai Tetamu, Balai Menghadap, Balairung Seri,Pejabat DYMM Sultan Selangor, Balai Pengampunan Diraja, Balai Mesyuarat Ahli Dewan Diraja dan Galeri Bola Sepak Diraja. Lawatan di akhiri dengan kunjungan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang menempatkan koleksi-koleksi barangan dan susur galur kesultanan negeri Selangor dari awal pemerintahan sehingga kini.

Selain pelajar yang memenangi pertandingan bilik tercantik turut serta ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar dari Sabah serta seorang pelajar Kemboja di mana lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mereka mengenai protokol istana dan menambah pengetahuan berkaitan sejarah pemerintahan di negeri Selangor. Semua delegasi amat bersyukur kerana diberi peluang untuk turut serta dalam lawatan ini dan dapat melihat koleksi dan suasana sebenar di dalam istana.

Semoga lawatan sebegini mampu memberi merapatkan jurang perbezaan antara rakyat dan pemerintah dan membentuk keharmonian dalam pemerintahan kerajaan Negeri Selangor ke arah negeri yang maju dan cemerlang di masa hadapan. Generasi muda perlu diterapkan dengan nilai-nilai menjunjung kasih dan memelihara kedaulatan diraja demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan negeri yang tersohor ini – Tamat

Oleh: Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP)

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 04/10/2024

PEMAKLUMAN TAWARAN TENDER DAN SEBUTHARGA UNIVERSITI ISLAM SELANGOR BERTARIKH 4 OKTOBER 2024

Berikut tawaran Tender dan Sebutharga bagi menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan berkaitan di Universiti Islam Selangor.

Sila layari : https://www.uis.edu.my/iklan-tawaran-tender-sebut-harga untuk maklumat lanjut.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 03/10/2024

𝐔𝐈𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤

Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat dari Majlis Islam Sarawak (MIS) yang diketuai oleh Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yasin, M***i Sarawak.

Lawatan ini berfokus kepada perkongsian profil kedua-dua institusi, perbincangan membina hubungan dua hala dan kolaborasi yang boleh dijalin dalam bidang akademik, penyelidikan dan pengajian Al-Quran.

Kunjungan ini turut disertai bersama 10 orang delegasi lain iaitu Datu Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pakar Rujuk Jabatan M***i Sarawak, Puan Saptuyah Muhajir, Puan Dayang Maisarah, Ustaz Mohamad Fauzi Hairani, Ustaz Shalahuddin Marzuki, Puan Ellyana Nazima, Puan Madihah Saleh, Ustaz Yussof Hazmi, Ustaz Mohamad Haris Mat Nor dan Puan Dayang Siti Aisah.

Semoga hubungan baik ini terus terjalin dengan jaringan, sumbangan dan kolaborasi yang akan dilaksanakan.

01/10/2024

Seluruh warga Universiti Islam Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa hari ini, 1hb Oktober 2024.

01/10/2024

Seluruh warga Universiti Islam Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor berkuatkuasa hari ini, 1hb Oktober 2024.

Semoga PWS terus maju di bawah kepimpinan Tuan Haji Anuar Hamzah.

Photos from UIS - Universiti Islam Selangor's post 01/10/2024

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor UIS menerima kunjungan delegasi Biro Perkhidmatan Pendidikan-Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) pada Isnin lalu yang diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Julaihi bin Bujang, Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS).

Kunjungan ini turut membincangkan peluang-peluang pendidikan untuk anak Sarawak khususnya bagi menyediakan calon guru bagi Sekolah Menengah Antarabangsa Islam Sarawak dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara pihak MIS dan UIS.

Delegasi berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama hampir 60 orang pelajar UIS dari negeri Sarawak bertujuan bagi mencari dan menyediakan pelapis-pelapis guru yang berpotensi diserap kelak di Sekolah Menengah Antarabangsa Islam Sarawak kelak.

Want your university to be the top-listed University in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

ISPEN 2024
SIARAN LANGSUNG SEMINAR ISU-ISU PENDIDIKAN NASIONAL KALI KE-6 (ISPEN) 2024
𝗣𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗸𝗵𝘂𝘀𝘂𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗧𝗣𝗠 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳❗️Permohonan untuk 24 program Ijazah Sarjana Muda UIS dalam pel...
𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗜𝗣𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁𝗶❗️Ayuh jangan tunggu lagi. Jom masuk UIS.✅️ 67 program dalam pelbag...
𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 (𝗨𝗜𝗦) menawarkan 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗮𝘀𝗻𝗮𝗳 𝗙𝗮𝗸𝗶𝗿, 𝗠𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗮𝗹𝗮𝗳 yang berdaftar dengan 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗲...
𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗧𝗣𝗠/𝗦𝗧𝗔𝗠/𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗱𝗮𝗻𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗿𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝗨𝗣𝗨❓️UIS menawarkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda Sesi I...
liputan berita RTM berkenaan Seminar Antarabangsa Masjid, Zakat dan Wakaf 2024 (IMAF 2024)
Forum IMAF2024 10th International Conference on Mosque, Zakat & Waqf 2024 - Wakaf: Cabaran & Penyelesaian.
𝗔𝗽𝗮 𝗞𝗮𝘁𝗮 𝗔𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗨𝗜𝗦 🫰Ustaz Mohd Elyas Bin Ismail salah seorang pendakwah yang disegani di Malaysia memulakan pendidikan ...
𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗨𝗣𝗨❗️❓️Jangan risau, permohonan kemasukan UIS (tanpa UPU) masih dibuka. Jom daftar segera.#universitiislamsela...
Kami 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗖𝗧Tapi 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔🫰.Anda dapat 11A SPMAnda dapat 5C SPMAnda dapat 3C SPMAnda lepasan STPMAnda lepasan STAMAn...

Telephone

Address


Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Other Colleges & Universities in Kajang (show all)
Universiti Tenaga Nasional - UNITEN Universiti Tenaga Nasional - UNITEN
Jalan IKRAM-UNITEN
Kajang, 43000

Welcome to the Official UNITEN page

SiberTek Skills Center SiberTek Skills Center
Jalan Bestari Taman Universiti Bandar Baru Bangi
Kajang, 43000

Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah MLVK

Sambutan 2Dekad Seni Bina UKM -SB20 Sambutan 2Dekad Seni Bina UKM -SB20
Fakulti Kejuruteraan Alam Bina
Kajang, 43000

Kolej Vista Bangi Kolej Vista Bangi
Vista Bangi
Kajang, 43000

Kolej Vista Bangi UKM adalah sebuah kampus tidak rasmi pelajar-pelajar UKM di luar kampus UKM Bangi.

UTAR Crime Prevention Society Sg Long Campus UTAR Crime Prevention Society Sg Long Campus
Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long
Kajang, 43000

Official account of Universiti Tunku Abdul Rahman Sungai Long Campus Crime Prevention Society

Biomed Alumni UPM Biomed Alumni UPM
Faculty Of Medicine & Health Sciences, Universiti Putra
Kajang, 43400

Reaching out all Biomed Alumni UPM �

新纪元大学学院中文系系会 NEUC Chinese Language and Literature Student Association 新纪元大学学院中文系系会 NEUC Chinese Language and Literature Student Association
Blok B&C, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit
Kajang, 43000

新纪元大学学院中国语言文学系系会脸书专页。

Kesamap UKM Kesamap UKM
Universiti Kebangsaan
Kajang

Kelab Sains & Makanan ( KESAMAP) Universiti Kebangsaan Malaysia

Nombor Jitu 4D 6D Nombor Jitu 4D 6D
Kajang, 097247

Jika Anda Punya Masalah Sila WhatsApp Kyai +6282218445939

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS, VIDEO BLOG 3 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS, VIDEO BLOG 3
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Persiaran Putra, Bandar Seri Putra
Kajang, 43000

Video Blog yang dihasilkan oleh Kumpulan 3.

IEEE UKM PES Student Branch Chapter IEEE UKM PES Student Branch Chapter
Universiti Kebangsaan
Kajang

Welcome to the official page for IEEE UKM PES Student Branch Chapter.

Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar
Universiti Putra
Kajang, 43400

Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM