Syifa Acupuncture Treatment

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syifa Acupuncture Treatment, No. 68a, Jalan 1/2, Seksyen 1, Bandar Teknologi Kajang, Kajang.

Kepakaran saya adalah membantu semua lapisan masyarakat menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi melalui kaedah rawatan komplementari seperti akupuntur, bekam, herba, dan sebagainya dengan cara professional, selamat dan berkesan

31/07/2024

𝗞𝗘𝗚𝗨𝗚𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚?

𝘙𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘨𝘶𝘨𝘶𝘳 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘶𝘱𝘶𝘯𝘵𝘶𝘳 𝘬𝘦?'
'𝘔𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘱𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘩 𝘳𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘯𝘪, 𝘢𝘬𝘶𝘱𝘶𝘯𝘵𝘶𝘳 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩 𝘳𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘵𝘢𝘬?'

Macam-macam pesakit mengadu masalah rambut mereka kepada saya dan perawat lain di . itu belum lagi yang mengadu hal masalah kulit kepala p**a 😅

Bagi kami dari kaca mata seorang Akupunturis melihat apa jua masalah rambut adalah berkait rapat dengan darah. Dalam pepatah cina yang maksudnya 'tiada darah, tiada nyawa'. Kerana di dalam darah mengandungi nutrien yang menyuburkan rambut kita. Dan untuk darah, perubatan tradisonal cina akan melihat kepada organ hati dan limpa yang mana limpa fokus kepada pencernaan dan penyerapan nutrien, manakala hati menyimpan dan mengedarkan darah. Kelemahan pada organ ini menyebabkan kehilangan dan masalah rambut lebih ketara.

Satu lagi organ yang sangat mempunyai hubung kait dengan rambut adalah buah pinggang. Fungsi buah pinggang yang menurun, atau tenaga di buah pinggang yang menurun menyebabkan bukan sahaja pertumbuhan rambut menjadi perlahan, rambut mudah putus, mudah patah, atau masalah uban yang banyak bukan pada masa yang sepatutnya.

Akupuntur membantu meningkatkan tenaga kepada organ yang terkait dan juga peredaran darah yang lebih baik ke daerah kepala. Seperti yang saya katakan, pada darah terdapat nutrien yang baik untuk pertumbuhan rambut yang lebih bermaya, sihat dan bersinar. Dah seperti iklan syampu gayanya. Tapi inilah fakta kelebihan terapi akupuntur dalam menangani isu ini.

Pesakit pada gambar di bawah mengalami masalah rambut yang gugur dan tiada wujud rerambut halus dan baru. Selepas beberapa sesi akupuntur dijalankan, rambut yang sedia ada kurang gugur dan rerambut halus mula kelihatan dengan izinNya. Alhamdulilllah.

Saya selalu katakan, Akupunturis yang baik dan berpengalaman dapat menjelaskan terperinci bagaimana terapi ini membantu. Yang penting pesakit memahami dan dapat menambah nilai hidup yang lebih baik untuk kesihatan yang optimum.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

30/01/2024

🔥🔥𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 & 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈 (𝐏𝐓&𝐊) 𝟐𝟎𝟏𝟔 - 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟕𝟕𝟓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝟓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝟏

1️⃣ Kod Tingkah Laku Professional Untuk Pengamal PT&K
2️⃣ Taklimat Akta 775
3️⃣ Tatacara Pendaftaran Pengamal Penerangan
4️⃣ Permohonan SKM
5️⃣ Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Pengamal

Tarikh: 14 Feb 2024 (RABU)
Masa: 9 Pagi - 5 Petang
Tempat: BCIC LODGE, KUANTAN
Lokasi (google map) - https://maps.app.goo.gl/wyn7vYxNAPiFSi1w5

MAKLUMAT LANJUT - SERTAI GROUP WHATSAPP
https://chat.whatsapp.com/FEpsDeqtLmeJeFlefF52Gn

‼️𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 : 𝟬𝟳/𝟬𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗥𝗮𝗯𝘂) 𝗯𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻.
📱Hubungi 014-290 3290
📱Hubungi 014-290 3290
📱Hubungi 014-290 3290

27/01/2024

Di dalam perubatan tradisional cina makanan manis akan mempengaruhi organ limpa, perut dan pankreas. Manis yang dinyatakan di sini merujuk kepada rasa semula jadi makanan keseluruhan dan bukan daripada gula halus. Kebelakangan ini bimbang saya melihat makanan viral yang penuh dengan gula, pewarna, cheese yang melambak pada pelbagai makanan di luar sana. Akibatnya terlalu ramai pesakit dari awal 20an mengidap masalah kesihatan lebih awal dari yang kita dengar.
Pesakit yang mengalami limpa yang lemah atau tidak teratur akan cepat letih, perut kembung selepas makan, pergerakan usus tidak teratur, lengan dan kaki yang berat dan bengkak, gangguan tidur, Mereka ini sering mengidamkan gula-gula kerana perisa manis boleh membantu menguatkan tenaga limpa dan tenaga tubuh.
Di klinik selepas terapi akupuntur dilakukan dengan mengimbangi limpa dan penyelesaian simptom, keinginan kepada makanan atau minuman manis dapat dikawal.
'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

23/01/2024

𝗔𝗞𝗨𝗣𝗨𝗡𝗧𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗘𝗥𝗚𝗜 🔥

Akupuntur membantu masalah alergi dengan cara menukar tindakbalas imun terhadap faktor alergi. Ianya juga mencegah serangan alahan dengan menguatkan daya tahan tubuh dengan apa jua tindakan persekitaran yang mencetus masalah alergi kepada kulit.
Terapi akupuntur dapat membantu memperbaiki penampilan kulit dengan meningkatkan peredaran darah, pengeluaran kolagen dan keanjalan kulit. Keradangan yang terjadi pada masalah kulit dapat dikurangkan dengan mengimbangi hormon dan mengawal organ dalam yang terkait dengan faktör kesihatan kulit.
Banyak jurnal berkaitan akupuntur dalam menerapi masalah kulit yang terjadi pada masyarakat tanpa pengambilan steroid. Berbincanglah dengan akupunturis yang berpengalaman di tempat anda.
Pesakit ini memaklumkan ketika penusukan jarum dilakukan, beliau mula berasa selesa di daerah tangan yang mengalami masalah gatal, kering, panas dan tegang yang dialami sebelumnya.
SIHAT TANPA RISAU
Syifa Acupuncture Treatment

https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fnins.2019.00215/full #:~:text=Furthermore%2C%20acupuncture%20may%20reduce%20itch,effects%20of%20acupuncture%20remain%20unclear.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8082608/

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0965229923000122

14/12/2023

𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗨𝗣𝗨𝗡𝗧𝗨𝗥 𝗧𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥

Disebabkan pesakit leher datang tak putus-putus, jom kita kasi jelas sikit isu ini...... 🧐

Dari kacamata seorang akupunturis, bahagian leher adalah kawasan yang lemah dan menanggung beban yang berat dengan membawa keseluruhan kepala dan menyokong hanya 7 ruas tulang belakang yang agak kecil. Kepala ni memang kita sedia tahu tempat yang menempatkan bahagian otak yang sangat penting dan mempunyai banyak saraf serta saluran darah yang menyokong fungsi asas dalam kepala berjalan ke seluruh badan melalui laluan sempit di leher.

7 tulang belakang yang menyokong kepala, menyokong arteri utama yang menyuburkan otak dan semua organ penting kepala yang lain.

𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘯𝘪 𝘱𝘦𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢, 𝘢𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘶𝘬 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘭𝘦𝘩𝘦𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢?

𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨, 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 saluran darah atau saraf yang mengalir melalui tulang belakang serviks terpintal atau tersumbat, boleh menyebabkan mampatan yang menjejaskan telinga ✅, mata✅ dan mulut✅.

Lebih tepat lagi apabila berlakunya saraf terhimpit – timbulnya 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩, 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙨, 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙩𝙚𝙣𝙜𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙙𝙪 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙨 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙡𝙚𝙝𝙚𝙧, 𝙗𝙖𝙝𝙪 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙡𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣, 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙧𝙪𝙣, 𝙩𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜, 𝙠𝙚𝙠𝙚𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣, 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙗𝙖𝙗𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙡𝙚𝙝𝙚𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙪, 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙞𝙧𝙞𝙨, 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙡𝙪𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢, 𝙥𝙖𝙣𝙖𝙨, 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙚𝙣𝙮𝙪𝙩. 𝙏𝙞𝙢𝙗𝙪𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙤𝙩𝙤𝙩 𝙡𝙚𝙝𝙚𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙪.

Jika ada mengalami tanda di atas, carilah akupunturis berpengalaman dan bertauliah agar anda dapat bebas dan kurang daripada menangung rasa kesakitan ini. Insya ALLAH, anda dapat mengubah hidup yang lebih bermakna.

'𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐑𝐈𝐒𝐀𝐔'
Yang kadang sakit tengkuk juga sebab buat posting 😜
Syifa Acupuncture Treatment

04/12/2023

Berdasarkan temujanji sahaja agar pesakit tidak perlu menunggu lama untuk menerima rawatan daripada TJC Acupuncture

'𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐑𝐈𝐒𝐀𝐔'

Kami hanya menerima 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 untuk sebarang pertanyaan pada waktu operasi :

𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 𝐇𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚
𝟗.𝟑𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢

http://www.wasap.my/+601111816929/TJC-info-rawatan
http://www.wasap.my/+601111816929/TJC-info-rawatan
http://www.wasap.my/+601111816929/TJC-info-rawatan

04/12/2023

𝗦𝗨𝗗𝗨𝗧 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗨𝗣𝗨𝗡𝗧𝗨𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥

Lebih dari 3 ke 4 kes sehari TJC Acupuncture menerima kes akupuntur leher atau akupuntur dalam minggu ini sahaja.

Ianya seakan menjadi satu trend di kalangan golongan muda dan pertengahan umur yang menghabiskan masa bekerja yang panjang dengan membongkok apabila mengadap laptop 💻 mereka atau mendongak terlalu lama melihat komputer di kawasan berhawa dingin. Tidak kira di pejabat, di rumah, di restoran dan kawasan rehat. Sama juga halnya kita akan lihat berapa ramai yang melihat handphone tanpa menyedari keadaan tubuh yang membongkok dan menunduk dengan lama. Dan lebih membimbangkan ianya berlaku hampir setiap orang! 😭

Dari perspektif Perubatan Cina Tradisional (TCM), leher kaku yang dialami dalam keadaan sedemikian adalah disebabkan oleh faktor patogenik dominan sejuk menyebabkan halangan kepada aliran darah seterusnya mencetuskan rasa sakit.

Biasanya pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan kelegaan otot untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan pergerakan sedikit sehingga keadaan pulih dengan sendiri. Tapi perlu diingat, ianya masih tidak merawat punca kepada permasalahan timbulnya rasa sakit itu tadi.

Pakar akupuntur yang bertauliah kebiasaanya akan memilih point-point yang tertentu termasuk kawasan di perut bagi mengurangkan keradangan di seluruh tubuh di samping menggalakkan aliran darah dan tenaga ke leher anda untuk membantu pemulihan tepat pada masanya.

Sebab itu saya selalu menyatakan carilah akupunturis yang berpengalaman untuk menyelesaikan solusi masalah kesihatan anda dengan cara yang selamat, dan berkesan.

'𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐑𝐈𝐒𝐀𝐔'
Syifa Acupuncture Treatment

10/10/2023

𝗔𝗞𝗨𝗣𝗨𝗡𝗧𝗨𝗥 𝗧𝗨𝗠𝗜𝗧

Di dalam perubatan tradisional cina, organ buah pinggang bertanggungjawab untuk membina, menyokong dan memberi khasiat kepada tulang. Oleh hal demikian masalah kepada bahagian tumit merujuk kepada lebihan atau kurangnya tenaga pada organ buah pinggang.
Tendon lembut yang disebut sebagai 'ligamen plantar' dan juga 'tendon Achilles' adalah merujuk kepada organ hati. Oleh hal demikian bagi masalah yang melibatkan kawasan tumit ini akupunturis akan melihat sebagai perlunya menguatkan kedua-dua organ ini.
Seperti yang sering dinyatakan di dalam banyak journal rawatan akupuntur adalah bertujuan melegakan kesakitan akibat daripada sebarang keradangan, meningkatkan pengeluaran kolagen, membantu menguatkan dan menganjal tisu penghubung antara tendon dan ligamen, meningkatkan aliran darah dan pembaikan sel bagi mempercepatkan kesembuhan.
Carilah akupunturis yang berpengalaman bagi mengurus kesakitan yang anda alami. Kita mampu mendapatkan kehidupan yang baik dan sihat.
'𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐑𝐈𝐒𝐀𝐔'
Syifa Acupuncture Treatment

21/08/2023

𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗔𝗞𝗨𝗣𝗨𝗡𝗧𝗨𝗥 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡?

'𝘋𝘰𝘤, 𝘩𝘢𝘳𝘪𝘵𝘶 𝘪 𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘨𝘰𝘭𝘧. 𝘚𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘨𝘳𝘪𝘱, 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘩𝘢𝘺𝘶𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪 𝘯𝘪 𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘪𝘢𝘭𝘭𝘺 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘨𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘮. 𝘔𝘢𝘤𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘢𝘬𝘶𝘱𝘶𝘯𝘵𝘶𝘳 𝘯𝘪 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘦𝘵𝘵𝘭𝘦𝘥𝘰𝘸𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘪'
Ini antara kes pesakit yang datang ke klinik kami mengadu masalah tangan tak boleh genggam. Nampak macam simple sahaja. Tapi bayangkan, bukan sahaja kayu golf tak boleh nak genggam sekarang ni, nak pegang stereng, nak buka pintu kereta, nak pegang barang beli kat kedai, nak makan, dan sebagainya perlu tangan kan....?
Agak-agak la kan, dalam seminggu boleh tahan ke hilang fungsi untuk meggunakan tangan seperti biasa...? Daripada situasi ini p**a macamana p**a akupuntur membantu mengatasi masalah tangan ini tadi.
Terapi akupuntur ini selain merangsang membebaskan tenaga yang terjejas, akupuntur melebarkan saluran darah yang tersekat yang menghalang aliran darah sambil meningkatkan pengagihan nutrien dan penyingkiran bahan buangan tubuh.
Jadi bilamana masalah yang dihadapi pada daerah tangan, akupuntur membantu membebaskan tenaga agar fungsi tangan kembali seperti sediakala dan melebarkan salur darah yang terhimpit. Salur darah yang terhimpit itu adalah salah satu penyebab rasa sakit timbul.

Oleh itu penting untuk dapatkan akupunturis yang mahir kerana pemilihan penusukan jarum pada bahagian tubuh yang betul akan merangsang pembebasan dua bahan penting dalam badan - adenosin, iaitu ubat penahan sakit semulajadi yang kuat, dan kortisol, bahan anti-radang yang dihasilkan oleh badan
Terapi akupuntur juga membantu mengawal dan mengurangkan sensitiviti kesakitan keseluruhan otak. Dan yang paling penting kajian menunjukkan akupuntur dapat menghasilkan satu fenomena yang dinamakan sebagai 'cortical plasticity', yang boleh membantu tangan kita yang sakit tadi berasa dan berfungsi dengan lebih baik tanpa ubat atau pembedahan.
Berbincanglah dengan akupunturis anda masalah kesihatan yang anda alami, agar anda dapat menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa bergantung kepada penggunaan ubatan kimia yang berterusan.
'𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐑𝐈𝐒𝐀𝐔'
Yang pernah hadapi masalah sakit tangan 🥲
Syifa Acupuncture Treatment
Akupunturis

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 68a, Jalan 1/2, Seksyen 1, Bandar Teknologi Kajang
Kajang
43500

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:00
Tuesday 09:30 - 12:00
Thursday 09:30 - 12:00
Saturday 09:30 - 12:00
Sunday 09:30 - 12:00

Other Kajang health & beauty businesses (show all)
AAA Tambah Tenaga AAA Tambah Tenaga
No 14 A Jalan Tun Abdul Aziz
Kajang, 43000

Menjual Pelbagai produk kesihatan

E-ZONE USANA E-ZONE USANA
Kajang, 43000

012-3456369 25 HOURS ---> Ezone USANA AND VEGEMO DISTRIBUTOR FB VEGEMO www.facebook.com/vegemo.mens

Optum Medical Optum Medical
1, Jalan BA 3/4 , Kawasan Perindustrian Bukit Angkat
Kajang, 43000

Optum Medical Sdn Bhd. is a company which specialises in the packing and distribution of Personal Protective Equipment (PPE) and medical devices.

Jus Al Wiqoyah Area Bangi Jus Al Wiqoyah Area Bangi
Kajang, 43000

Jus Al Wiqoyah Penawar Penyakit

Sharif Enterprise Sharif Enterprise
Jalan Sepakat Indah 2
Kajang, 43000

Eskayvie Diffenz Online Shop Eskayvie Diffenz Online Shop
Kajang SILK
Kajang, 43000

■ DIFFENZ membantu: �Menguatkan ketahanan badan, cendawan susu harimau ialah tonik kesihatan bag

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
No. 4, Taman Cahaya, Sg. Chua
Kajang, 43000

Antelope Enterprise PLT Antelope Enterprise PLT
Kajang, 43000

Founded in 2018, our mission is to provide customers with QUALITY medical products at AFFORDABLE PRI

Maghfirah Medical Care - MMC Maghfirah Medical Care - MMC
No 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra
Kajang, 43000

Maghfirah Medical Care adalah sebuah laman FB rasmi Yayasan Maghfirah yang menjalankan projek kebaji

Jamu Dikna Store Jamu Dikna Store
Kajang

Membantu masalah dalaman dan luaran wanita

新大安 XIN THYE ONN 新大安 XIN THYE ONN
Kajang

� Welcome to Xin Thye Onn �

Yakini Madu My Honeey Yakini Madu My Honeey
No 6, Jalan Puteri 2A/6, Bandar Bukit Mahkota
Kajang, 43000

Kepakaran kami membantu anda untuk mendapatkan madu tualang yg asli original untuk menjamin kesihatan