Pekasam Hakak Maneh by CikLin

Menjalankan perniagaan produk makanan yang halal dan 100% bumiputra

23/09/2023

Stok PEKASAM TELUR SOTONG DAN PEKASAM DAGING dah masukkkk 🔥🔥

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 16/04/2022

𝑫𝑨𝑹𝑰 𝑺𝑬𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑵𝒀𝑬𝑳𝑰𝑨 𝑪𝑨𝑾𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵,𝑴𝑬𝑴𝑰𝑳𝑰𝑯 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑴𝑬𝑵𝑱𝑨𝑫𝑰 𝑺𝑼𝑹𝑰𝑹𝑼𝑴𝑨𝑯 𝑺𝑬𝑷𝑬𝑵𝑼𝑯 𝑴𝑨𝑺𝑨 🔥

Ara Adnan seorang penyelia cawangan butik pakaian yang terkemuka dia KL memilih untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa selepas kenal produk HAKAK MANEH.

Bermula hanya sebagai pelanggan tetap kemudian membuat keputusan menjadi dropship kerana diri sendiri juga selalu membeli bersama kawan². Kurang dari 3 bulan berani membuat keputusan dengan menjadi agent kerana permintaan semakin tinggi. Dan selepas 6 bulan sudah pun bergelar STOKIS dan mempunyai team sendiri.

Tidak pernah terkilan setelah membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana income yang diterima sekarang lebih menjamin daripada gaji sebelum nye.

Anda ingin menjadi seperti Ara Adnan? Hanya klik link wasap dibawah. Kami akan bantu anda untuk berjaya.

Www.wasap.my/601111439646/nakjoin

26/03/2022

PEKASAM DAGING EDISI RAMADHAN 🔥🔥

Kenapa harus beli edisi ramadhan? Antaranya sebabnya adalah lebih jimat dan berbaloi. Dikeluarkan dengan harga yang sama tapi isi yang EXTRA !! Cepat dapatkan sebelum semuanya Sold out ye...

Www.wasap.my/601111439646/pekasamdgg

15/03/2022

Dah lama tak update kat sini. Masih giat aktif ye. Terlalu sibuk. Kadang stok yang sampai tak sempat beku dalam freezer dah licin. Bulan puasa dah dekat. Jangan lupa simpan stok pekasam masing² ye.

23/11/2021

Ingat pepatah "TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN JUGA MAMPU MENGGEGARKAN DUNIA"

Kita tak nak dengar isu isteri kena buang. Kita tak nak dengar isu tak s**a kopi tapi minum separuh 😆. Come on lah kakak²,makcik²...belum terlambat lagi untuk buktikan kita boleh 💪. Program ni khas untuk awak yang nekad nak kan sesuatu perubahan 2022 ni. Cepat sebelum peluang ditutup.

Www wasap.my/601111439646/nakjoinprogram




%percuma

31/08/2021

PROMO MERDEKA ‼️

Merdeka kan diri kakak²,ibu² semua. Harini jangan terkurung kat dapur je berjam² nak masak lauk. Kita guna pekasam hakak maneh je semua settle. Beli 5 pek,atau lebih,tiada caj penghantaran.

Www.wasap.my/601111439646/pekasampromo

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 11/08/2021

Jangan ngaku orang utara kalau tak kenal yang namanya PEKASAM ye 😆


Dari kecik memang tekak ni dah kenal sangat pekasam tu. Sekarang ni duduk bandar pun masih makan pekasam airtangan orang utara jugak. Tak nak cari yang lain dah. Sebab tu dah bertahun tetap setia dengan pekasam hakak maneh. Rasa dia sumpah tak lari macam arwah nenek buat dulu. Tak jumpa dah kat tempat lain.

Www.wasap.my/601111439646/pekasamikan

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 09/08/2021

Jangan percaya kalau belum cuba !


Sebelum ni sumpah tak pernah makan langsung telur sotong tapi lepas sekali dah rasa memang terus jadi salah satu lauk kegemaran dengan suami. Tekstur nye yang lembut,isi yang penuh dan padat dalam 1 harga yang sangat berbaloi !!

Www.wasap.my/601111439646/telursotong

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 08/08/2021

Sebelum jual,kita kena pastikan sedap dulu.

PEKASAM DAGING ni saya bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟 lah !! Takde lagi yang boleh tandingi rasa dia. Mula² cuba dulu saya sendiri terus tertarik. Beli sepeket dua pun tak pernah rasa rugi. Selalu jadi lauk penyelamat untuk seisi keluarga. Sampai sekarang pun wajib ade dalam rumah sendiri.

Nak cuba boleh je ws saya di link bawah. ⏬ Nak pos kan untuk mak ayah atau kawan2 pun boleh. Benda best tak kan tak nak share pulak.

Www.wasap.my/601111439646/pekasamdaging

04/08/2021

Balik dari check up kita sambung masuk "OFFICE". Eh lupa kita WFH jeee....😆

Kita tunggu cust dan P.stokis datang ambik S T O K pekasam dulu baru rehat. Alhamdullillah untuk harini 55 pek pekasam dipinang 🤲.

Www.wasap.my/601111439646/nakpekasam

03/07/2021

Perjalanan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH..
PART 7..
.

Terbantut story semalam...sory gais 🙏..ok kali ni dah masuk bab sebak².
Sambil baca sila bayangkan ade lagu sedih ye.
Masa ni pertama kali ciklin dijemput untuk perjumpaan kali pertama bersama Founder Balqis Mohd Soib dan stokis² hebat yang lain. Sumpah masa ni ciklin rasa tersangat lah kerdil disisi diorang semua walaupun kelihatan nyata ciklin paling bulat disitu ye..🤣

Tapi serius lah tak sampai setahun lagi bersama Team Hakak Maneh,pertama kali ciklin dapat hadiah yang paling mahal ciklin pernah dapat. Kak bal hadiahkan tudung dari bawal exclusive. Mungkin bagi orang lain diorang mampu beli tapi masa tu ciklin tak mampu,dan sekarang pun ciklin memang sejenis tak s**a beli tudung mahal. Ye mungkin ada yang cakap founder beli jiwa kami tapi ciklin hanya tahu menghargai jasa seseorang.

Perjumpaan di puchong,macam biasa ibu ciklin sentiasa disisi. Kalau nak tahu,ciklin seorang yang tak tahu memandu. Jadi ibu lah pembantu selain suami. Yang sanggup hantar jemput kemane ciklin nak pergi sepanjang perjalanan ciklin bersama Hakak Maneh...Dia ibu dan idola yang hebat.

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 01/07/2021

Perjalanan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH..
PART 6..
Sory² terlewat sambungannya sampai ade yang tanya 🙏 bab ni dah mula sebak sebenarnya...🥺
Ok keadaan tak terus bahagia walaupun jualan pekasam semakin menaik,masa ni kami berdua mula penat. Ciklin dah mula tak sempat nak uruskan perkara kat rumah,suami pulak dah penat terkejar2 nak cod ke banyak tempat.
Dan kami dah mula down..

Tapi bersama Team Hakak Maneh,sebuah circle yang hebat. Founder mula perasan bila anak team dia mula down dan akan tanya. Masa tu lah ciklin bagitahu ape sebenarnya masalah yang jadi. Dan founder akan ajar kita step by step untuk keluar dari masalah. Dari situ lah ciklin mula mencari anak team dibawah ciklin. Rupanya ramai yang menunggu peluang untuk follow ciklin dan nak cari side income macam ciklin buat. Disitu lah bermula nya agent² dan dropship dibawah ciklin dan wujudnya TEAM DIAMOND..🥰

Tak berhenti setakat ni je,masa ni ciklin sedar tanggungjawap ciklin semakin besar,ciklin ade anak team yang perlu ciklin bimbing pergi lebih jauh...

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 30/06/2021

Perjalanan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH..
PART 5..

Hari demi hari puluhan pek menjadi ratusan pek. Kepenatan hanya Allah yang tahu..tak kira pagi,petang,malam ciklin dan suami menguruskan pekasam. Kadang tu dia terpaksa hantar pekasam untuk cust semasa waktu kerja. Jauh dekat hujan panas dia redah. Sejujurnya suami ciklin salah seorang tulang belakang ciklin. Untuk pengetahuan masa ni ciklin masih diperingkat agent membuatkan kami berdua kelam kabut menguruskan cod dan pos semua tempat.

Kadang tu terpaksa angkut sekali anak yang kecik. Dan akhirnya ciklin dinaikkan ke level Stokis setelah berjaya mencapai target HQ..tapi masih tiada anak team ye,sebabnye ciklin takde ilmu langsung bab ni. Semua benda masih buat sendiri..
Bayangkan balik keje sambung uruskan pekasam,tido lewat jadi kebiasaan. Rezeki masuk mencurah² untuk kami sekeluarga...
Tapi langit tak selalunya cerah..😣

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 30/06/2021

Perjalanan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH..
PART 4...
Pejam celik tak sangka ada yang follow kisah ciklin ye..🥺 ok kali ni ciklin mula berani ambik pekasam lebih dari order sebabnye batch pertama haritu pun ade yang tambah order tapi tak dapat disebabkan ciklin ambik stok ngam² dengan order. Dan disebabkan ade lebih kali ni,ciklin beranikan diri iklan di fb pulak. Rasa malu yang ade makin bertukar jadi seronok. Ruang tamu yang kosong ibarat "ofis" kat rumah. Situ lah tempat kira stok,kadang situ lah tempat terlena 😌

Masa ni dah mula dapat cust dari jauh,dah mula belajar guna pos walaupun sebelum ni TAK PERNAH BUAT LANGSUNG! Dan masa ni masih struggle belajar semua sendiri. Sebenarnya ciklin kerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel,dan bergaji Rm1100 masa ni. Walaupun gaji cukup makan tapi Alhamdullillah bos banyak tolak ansur walaupun ciklin kadang² angkut pekasam pegi tempat keje untuk pos waktu rehat nanti. Dan keadaan semakin memenatkan bila order semakin bertambah dari hari ke hari..kenapa pulak penat??

Photos from Pekasam Hakak Maneh by CikLin's post 29/06/2021

Perjalanan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH..
PART 3...

Atas permintaan,kita sambung lagi untuk harini..Ciklin pejam mata nekad open order pekasam kat group² ws dulu...sape sangka pertama kali je ciklin berjaya dapat 35 peket yang bertuan. Terus ws kawan tadi tu bagitahu dia,dia pun terkejut. Tapi disebabkan dia pun takde stok untuk ciklin ambik kat dia,dia suruh ciklin ambik sendiri dengan pembekal,dan disitu lah pertama kali ciklin ws dengan Founder Hakak Maneh sendiri Pn Balqis Mohd Soib .

Terus bagitahu nak order ni sebab dah ada yang booking.Rasanya masa tu terus keluar modal Rm200 lebih camtu. Guna duit sendiri ye. Suami masih belum tahu 🤫. Dalam 2 hari pekasam pun sampai. Dan baru lah kantoi dengan suami sebab perlukan dia untuk hantar dan bawak pekasam balik rumah. Berat oii...! Untuk pengetahun semua ciklin ade peti ais kecik ni je untuk simpan pekasam masa tu. Ade peti ais dapur yang satu pintu tu tapi penuh lah dengan barang dapur. Pape pun syukur peti ais kecik ni banyak berjasa. Pekasam yang singgah dalam tu tak penah lebih dari 3 hari.

Hanya Allah yang tahu bersyukur nya batch yang pertama tadi habis sekelip mata..dan dah siap ade yang repeat lagi. Baru lah tahu bestnya jual makanan sebabnya orang akan ulang² cari kita lagi. Nak tak nak ciklin open lagi batch kedua tapi kali ni lain pulak jadi 😑...

29/06/2021

Permulaan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH..
PART 2..

Bermula lah julai 2018...Ok walaupun memang malas sangat nak berbisnes² dan ditambah pulak perasaan malu,hari² mata ni masih mengintai status ws kawan tadi tu. Tengok jualan pekasam dia setiap hari makin lama makin meningkat.
Satu hari tu berani dia untuk tanya dia laku sangat ke pekasam hakak maneh ni woi?
Dia cakap cuba lah dulu baru tahu 🙄.

Dengan pantas ciklin terus ws ibu ciklin,"ibu,kakak nak try jual benda ni. Ibu tolong² promote sekali ye". Ibu ciklin pulak memang on je ape anak dia ni nak buat. Suami ciklin belum tahu lagi. Maklum lah takut hangat2 taik ayam. Tanpa bantuan sesiapa,ciklin pegi fb kawan tu ambik sendiri gambar pekasam,masa tu pekasam hakak maneh masih lagi packaging bodoh² 😆 sape sangka gitu pun laku..dan ciklin buat lah ayat sendiri tiruvasi dari iklan2 yang ada kt fb. Berdikari sangat kan?? Dan bermula lah episod promote di group2 ws dulu. Malu iklan kt fb. Muda2 jual pekasam 🤷🏻‍♀️

Nak tahu tak ape akibatnya??

29/06/2021

Permulaan Ciklin membina nama bersama HAKAK MANEH....
Part 1

Ini lah kehidupan ciklin sebelum ni. Dari kecik berdikari tu perkara biasa. Beberapa bulan lepas ciklin kawin,nekad cari rumah sewa sendiri,masuk rumah sewa dengan hanya berbekal kan toto semata² sekadar untuk mengalas tempat tido. Lepas melahirkan anak kedua keadaan masih belum berubah,cuma bezanya dah beli almari plastik pulak kat shopee 😆.

Dah lama sebenarnya fikir macam mana nak cari side income lagi memandangkan masa tu gaji suami dan gaji ciklin hampir² takde baki dengan komitmen yang ada. Tapi tu lah ..masa tu hanya tengok je kawan2 yang lain buat duit...curi2 tengok status ws dan fb kawan²...
Nak mulanya lamberttt lagi !!

Tapi..mesti nk tahu macam mana boleh terjebak kan? Tunggu tau...

27/05/2021

Siapa kata surirumah tak terkesan dek kerana Covid19?? Walaupun ada yang cakap ala sebelum ni tetap takde gaji jugak. Tapi boleh bayangkan tak kalau sebelum ni suami mampu beri lebih tapi kerana pandemik c19 ni suami juga harus jimatkan belanja. Kesannya juga pada isteri yang tiada pendapatan kan??

Kerana itu lah KAMI fokus membantu surirumah yang ingin kan pendapatan Rm200 - Rm400 secara santai hanya bermula dari rumah. Buktinya? ⬇️⬇️ Walaupun PKP salah seorang agent dari TD Hakak Maneh mampu untuk berhias rumah sempena Aidilfitri..nilai tu mungkin kecil bagi awak tapi besar bagi mereka yang memerlukan.

Jom lina bantu untuk jana income 3 angka sebulan ‼️

📲www.wasap.my/601111439646/jointeam

26/05/2021

KITA NAK BUAT GILE SEBAB PKP YANG TAH HAPE² !!

Baru berapa minit kita OPEN P R O M O ni dah tak henti wasap masuk !!
Serius lah jimat sampai banyak ni 😱. Ye BETUL !! Kali ni kalau habis memang habis tauuuu..cepat lock harga ni dulu. No wasep kat bawah ⬇️⬇️

Www.wasap.my/601111439646/promo

26/05/2021

Ni sekarang LOCKDOWN ke tidak tapi.. Agak2 group Masak Apa Tak Jadi kembali meriah tak? 🤭😅

Tapi kalini cuba kita buat masak apa confrim jadi? Haaa kan best join group ni.. Sure2 dah jadi.. Walaupun hanya masak Maggie. Hakhak🤣

Tapi kita ni wak, setakat goreng ikan kasam ni, sure jadi dah.. Baling lempaq dalam kuali jer.. Cuma api tu kena buka la.. Mau kata tak buka.. Memang kena masuk group masak apa tak jadi la😆😜

Www.wasap.my/601111439646/pekasam

26/05/2021

Saje lah nak bagitahu kedai makan dah mula tutup pukul 8 malam tau. Baru je sehari bermula tapi dah ada yang tak senang duduk balik bila lapar tetengah malam !!

Jom simpan S T O K pelbagai jenis pekasam dari Hakak Maneh ni. Ade yang ready to eat jugak tauuuu..

26/05/2021

Tak lalu makan nasi, boleh makan popia. Tak lalu makan popia, boleh makan inti popia. Sebab? Inti popia kalini bukan beshe beshe ye 😍 daging + kentang yang pasti membuatkan awak semua tak boleh stop nak makan, sedap dia ya Allah. Pedas pedas manja gituuuu 😘

Www.wasap.my/601111439646/pekasam

20/05/2021

Sebenarnya dalam kita tak sedar ramai yang tengah risau kan kes covid yang semakin naik ni kan? Nak sokong PKP penuh pun serba salah. Ada yang takut kehilangan keje pulak. Yeeee dulu ciklin pun fikir macam tu masa mula² PKP 1.0 tahun lepas.

Bila kerajaan umumkan je beberapa company terpaksa tutup termasuk tempat ciklin bekerja,hati ni memang sedih sebab masa tu gaji dapat 50% je . Nasib lah masa tu dah pun mula bisnes dengan produk Hakak Maneh. Walaupun PKP sale makin naik. Alhamdullillah sedikit sebanyak bisnes dari rumah ni pun dapat kurangkan kadar kita dari bergerak kat luar.

Www.wasap.my/601111439646/jointeam

13/04/2021

RAMADAN TIBA !
RAMADAN TIBA !

Ramadan tiba ya ramadan...Amboi senang hati nyanyi ye ☺️. Mesti lah senang hati. Nak bersahur tadi bukak je sepeket pekasam ikan ni ha. Goreng tak sampai 5 minit siap.
Buat ape susah kalau ade yang mudah?

Www.wasap.my/601111439646/pekasam

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Www.wasap.my/601111439646/pekasam
#pekasamhakakmanehviral
Takpe kan kita belanja satu video lauk kita untuk harini.
Www.wasap.my/601111439646/dm
Stok yillekk
#sepantas5minit #pekasamdaginh
Nak tahu ape yang istimewa harini?
Pekasam Telur Sotong Pedas Manja
Tanpa modal
Our journey..
Pekasamdaging

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Impian Makmur, Saujana Impian
Kajang
43000

Other Food & Beverage in Kajang (show all)
I Love 2 Munch Enterprise I Love 2 Munch Enterprise
Kajang
Kajang

We are only selling the Best Favorite Food, that suitable for you to Munch anytime you!

Choc Chip Cookies NZ Choc Chip Cookies NZ
D-8-4, BLOK D, RESIDENSI ADELIA, PERSIARAN BANGI Avenue 2
Kajang

Hi semua! saya ada jual cookies disini

Nzcrunchies.kj Nzcrunchies.kj
Kajang

� Postage, COD, Self-pickup & Delivery available � Self-pickup BDR TEKNOLOGI KAJANG �Free COD

Rempeyek Ketagih Viral Bangi Rempeyek Ketagih Viral Bangi
C-02-13&15, Jalan Sri Kenari 12, Taman Sri Kenari
Kajang, 43000

Kami merupakan pengedar Rempeyek Ketagih Viral kawasan Bangi. Perkhidmatan kami termasuk penghantaran COD atau pembelian online di Fb marketplace/Shopee/Lazada/PG mall.

Char Koew Teow Padu Sg Tangkas Char Koew Teow Padu Sg Tangkas
Jalan Bistari
Kajang, 43000

Makanan dan Minuman

Caramel - YumzYumz Caramel - YumzYumz
Kajang, 43000

Your No.1 favourite dessert local shop. Solve your cravings here! Preorder ONLY! COD Kajang (Sat & Sun)

Smile Homemade Nut Butter Smile Homemade Nut Butter
Kajang, 43000

Freshly Homemade Nut Butter

Serunding Garing Bangi Serunding Garing Bangi
C-02-13&15, Jalan Sri Kenari 12, Taman Sri Kenari
Kajang, 43000

Kami merupakan pengedar Serunding Garing kawasan Bangi/Kajang/Serdang. Perkhidmatan kami termasuk penghantaran COD atau pembelian secara online di platform Fb marketplace/Shopee/La...

Fizzy Juice Malaysia Fizzy Juice Malaysia
Jalan REKO KAJANG
Kajang

Fizzy Juice was founded in 2012 to provide local va**rs in Malaysia. Fizzy Juice, which is once a home based business, finally move to a factory with better facilities and equipmen...

Dapur Cik Mul Dapur Cik Mul
Kajang, 4300

Menjual cili dan bawang kisar. 🌶️ Tiada bahan pengawet 🌶️ Dijamin HALAL 🌶️ Homemade 🌶️ Produk muslim Untuk menjaga kualiti produk kami, bahan mentah akan diproses berdasarkan tem...

Aunty Lan Homemade Noodles Aunty Lan Homemade Noodles
15, Ground Floor, Jalan 1, Taman Berjaya Baru, Sg Chua
Kajang, 43000

syifakhalid syifakhalid
Taman Seri Pengaman Sg. Jelok
Kajang

NIMS CRISPY CHOCO TUB and others delish snack!!