Aiman by Beyond Qalbu
Nearby non profit organizations
No 7-1 Jalan Hospital Kusta Industrial Area
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Shah Alam
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Shah Alam 47000
Kampung Jaya Industrial Area
Kampung Jaya Industrial Area
Jalan Lgsb, Off Jalan Hospital
Kampung Jaya Industrial Area, Shah Alam
Kampung Jaya Industrial Area, Shah Alam
Kampung Jaya Industrial Area, Shah Alam
Kampung Jaya Indutrial Area, Shah Alam
Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampung Jaya Industrial Area
No 1-7 Light Grey Jalan Hospital Kusta Kampung Jaya Industrial Area 4700 Sungai Buloh, Shah Alam
Aiman by BeyondQalbu yang membantu golongan asnaf dan anak yatim dari segi bacaan alquran �
PUJUK DIRI UNTUK BUAT KEBAIKKAN
Dalam usaha berlumba-lumba melakukan kebaikan, jangan p**a ada yang menyekat orang lain daripada melakukan kebaikan. Setiap Muslim mendapat peluang sama banyak untuk melakukan kebaikan.
Melakukan kebaikan tidak tertumpu kepada amalan yang membawa kebaikan untuk diri sendiri. Kita juga dianjurkan berusaha melakukan kebaikan terhadap orang lain.
Hulurkanlah apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri supaya bantuan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Jangan berbuat baik agar orang terhutang budi berbuat baiklah sebagai syukur kita bisa berbuat manfaat
DISEBALIK UJIAN ADA SESUATU YANG BAIK ALLAH SWT NAK BERI PADA KITA.
Jangan kita pandang ujian itu terlalu besar sehingga kita nak menafikan segala nikmat yang Allah berikan. Setiap hari dari celik mata, nikmat masih bernafas, nikmat kesihatan yang selalu kita terlupa untuk ucapkan *“Alhamdulillah”*.
Satu yang mungkin kita tidak tahu, *rahmat di sebalik ujian*. Kenapa Allah turunkan pelbagai ujian buat kita? Dan kenapa kita? Walaupun kita sudah beriman kepadaNya?
Ada banyak sebenarnya rahmat di sebalik dugaan antaranya adalah kerana *Allah ingin memberi kesedaran dan rindukan rintihan hati kita mengadu kepadaNya*. Ujian ini bukanlah tanda Allah kejam, tetapi sebagai *tanda Allah ingat dan sayangkan kita*. Mungkin lebih bahaya kalau Allah membiarkan sahaja kita terus hanyut dengan duniawi dan tidak diberikan ujian.Nuzubillah..
BERSABARLAH DI ATAS KEBENARAN
Setiap manusia, menjalani hidupnya dengan s**a dan duka. Hal ini memang sinonim dan lumrah dengan kita sebagai seorang manusia. Secara dasarnya, semua orang ingin mendengarkan khabar berita yang menggembirakan sahaja. Namun, kita tidak terlepas akan dugaan yang telah ditetapkan buat kita.
Ujian itu datang dalam pelbagai cara, kehilangan orang yang disayangi, kehilangan pekerjaan, hilang kepercayaa, hilang harta benda atau lebih dasyat hilang kenikmatan beribadah. Allahu..
Betapa ramai orang yang bekerja dalam tekanan, hidupnya susah, pekerjaan yang susah yang harus diharungi. Sehingga sampai ada yang sanggup melakukan perkara yang bertentangan agama demi meneruskan hidup.
Pada akhir zaman ini, semakin sedikit kebaikan, semakin banyak kemungkaran, semakin banyak yang menentang kebenaran, dan banyak fitnah yang menyesatkan, fitnah syubhat, keraguan, berpaling dari kebenaran, fitnah syahwat kekuasaan dan manusia lebih cinta kepada dunia…
Jaga diri, jaga iman.. teguhkan diri, teguhkan iman! InSha Allah, kita pasti boleh harungi semua ini dengan "SABAR di atas KEBENARAN".
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
Tahukah anda ?
hati yang murni bermula daripada tubuh yang bersih
islam ialah agama kebersihan dan penganutnya ialah manusia paling bersih. Itulah kesimp**an yang boleh dibuat berdasarkan arahan arahan Allah, amalan dan anjuran baginda terhadap orang islam yang secara langsung atau tidak mempunyai faedah perubatan dan kesihatan yang tinggi. Perubatan moden juga mengakui bahawa beberapa amalan dalam islam selaras dengan saranan pakar pakar perubatan kini untuk memelihara kesihatan tubuh.
https://beyondqalbu.com/donations/aiman/
APAKAH HAL YANG PALING AKU TAKUT
Sesungguhnya aku sangat takut menjadi seorang yang banyak bicara, banyak menasihati, tapi menjadi seorang yang paling sedikit amalan.
Disebutkan juga dalam hadits riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dari Umar bin Khattab, Nabi Muhammad SAW bersabda,"Sesungguhnya apa yang paling aku takutkan pada umatku adalah orang munafik yang alim secara lisan."
“Ada seseorang yang ketika dihadapan orang banyak kelihatan alim dan soleh, Namun kala sendirian, saat sepi , ia menjadi orang yang menerjang larangan Allah”
“Sesungguhnya mereka bersembunyi dari manusia tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah” (Surah An Nisa’ 4;108)
Maka, jadilah manusia bijaksana dengan memendekkan angan-angan, bersungguh dan bersegera memohon pengampunan Allah SWT. Jangan jadi manusia dangkal menelah kepentingan hakiki antara akhirat, duniawi, meremehkan serta menangguh pengampunan-Nya.
Semoga kita sama-sama menjadi orang yang bermanfaat.
NIKMAT YANG KITA PEROLEHI SEHARUSNYA...
DISYUKURI.. kerana dimana jua kita berada, jangan kita lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Mungkin mudah untuk kita ungkapkan secara lisan, namun tidak mudah untuk diterjemahkan di dalam hati kita.
Jika kita sentiasa berkeluh kesan, tidak berasa cukup dan tidak berpuas hati akan sesuatu perkara. Sebaiknya, kita merubah perkara tersebut kerana ianya munjukkan seperti kita ini seorang yang tidak bersyukur atas nikmat rezeki yang kita perolehi. Antara nikmat yang paling kita perlu disyukuri adalah nikmat boleh bernafas dibumi Allah SWT ini.
Jika kita berasa susah, pasti ada ramai lagi yang lebih susah dari kita. InSha Allah, jangan putus berdoa dan letakkan harapan kepada Allah SWT atas segala kesulitan yang dihadapi. Allah SWT Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang terbaik untukmu.
perkongsian hari minggu moga dapat keberkatan dari-Nya 🤲🏻🤍 ❤️
Penat kejar dunia ? Rehatlah dengan solat 🥰✨.
Kenapa kita dah solat 5 waktu tapi masih rasa kosong, sunyi atau tidak tenang ?
Sebab kita buat ibadah solat semata-mata mahu selesaikan bukan sebab mahu dekatkan diri pada Allah.
Jangan sesekali biarkan rasa kosong dan sunyi itu terus menghantui hidup anda. Isikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Tatkala jiwa menjadi kosong, rawatlah ia dengan zikir di hati.
Tatkala jiwa menjadi kosong, penuhi Al-Quran di lubuk sanubari.
Tatkala jiwa menjadi kosong, berlarilah kepada Ilahi.
Tatkala jiwa menjadi kosong, ingatlah diri kepada mati.
Kerana jiwa yang kosong itu permulaan bagi hati yang mati.
Kerana jiwa yang kosong itu puncanya hati berbelah bahagi.
Kerana jiwa yang kosong itu sumber lalainya hati.
Rawatlah hati, gilaplah iman , In Shaa Allah, hati bakal subur kembali.
Cubalah.
Semoga sesiapa yang membaca perkongsian ini, akan sentiasa rasa tenang.
Hati yang bermakrifat kepada Allah, tidak akan pernah sunyi.
Semoga bermanfaat.
Ayah , apa benda paling susah dalam hidup ni?
Ayah pun jawab '' khusyuk dalam solat ''
Allahu
Betul la khusyuk dalam solat la paling susah.
" Sebab tu la, kita kena bersedia awal sebelum azan. Fokus nak solat, supaya tak fikir kerja dalam solat."
Selama bertahun-tahun kita solat, berapa banyak kali sebenarnya kita benar-benar khusyuk dalam solat?
boleh kira dengan jari kan?
kalau solat kita tak khusyuk, kita belum ada ciri-ciri orang berjaya!
Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)
macam mana nak khusyuk?
Point pentingnya, dalam solat
kena ingat Allah..
ooo Patutlah selama ni susah nak focus rupanya aku tak jaga solat
Terlalu memikirkan hal dunia
Dalam solat pun fikir dunia..
Astaghfirullah..
Padahal dunia hanyalah sementara
Akhirat yang kekal selamanya
Justeru menjadi kewajipan kita, untuk berusaha menghasilkan khusyuk dalam solat dan mengambil sebarang faktor dan sebab yang membawa khusyuk dalam jiwa. Solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh.
HIDUP tidak selalunya indah. Langit tak selalunya cerah.
Setiap orang pasti inginkan kebahagiaan dan juga kehidup yang indah. Namun, kita tidak lari juga akan berjumpa dengan beberapa detik yang s**ar dan juga pahit untuk kita lalui. Begitu juga resam adat bersama manusia.
Walaupun, sejuta kebaikan kita lakukan akan ada orang yang membenci. Begitu juga walau kita ikhlas membantu tetapi ada insan yang mengeji dan mencaci usaha kita. Malah, ada juga yang membalas kebaikan dengan kejahatan. Bukan mudah untuk memuaskan hati orang.
Semoga Allah SWT gandakan pahala kita atas asbab menahan sabar daripada membalas segala kejahatan dan sentiasa berbuat baik kepada semua orang. InSha Allah..
Kita bukan malaikat yang terbuat dari cahaya, Tetapi kita manusia biasa terhasil dari tanah penuh dengan dosa.
SEMOGA KITA MENJADI MANUSIA BERILMU
Manusia diciptakan oleh Allah SWT, sebagai khalifah di bumi, bertujuan untuk memakmurkan dunia. Disebabkan oleh itu, Allah membekalkan pancaindra dan kemampuan berfikir kepada manusia.
Kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT ini adalah untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian dan taat kepada perintah Allah.
Semoga kita semua menjadi seorang manusia yang berilmu dan dapat manfaatkan ilmu tersebut sepenuhnya oleh diri sendiri serta orang sekeliling.
Salam subuh 🪐✨
MALAYSIA PRIHATIN
Dalam sedar tidak sedar, "Alhamdulillah".. kita sudah berada di keadaan yang agak baik dari sebelum ini. Sentiasa bersyukur atas nikmat serta ujian yang diberikan kerana tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjukkan bahawa "Allah SWT sayang kita"
Kita semua adalah pejuang, berjuang dengan diri sendiri dan juga orang lain untuk kesejahteraan bersama. Selain itu, prihatin yang kita boleh buat juga adalah dengan prihatin kepada diri sendiri, ibubapa, keluarga serta semua makhluk Allah SWT dengan sentiasa melakukan kebaikan dan tinggalkan keburukan
Ayuh kita bersama memanjatkan doa agar negara kita Malaysia akan menjadi lebih baik dalam perangi wabak Covid.. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
TUNTUTLAH ILMU SEHINGGA KE MENARA GADING.
Ilmu itu tiada nisbahnya, ilmu itu tidak ada penghujungnya. Selagi kita hidup, kita semua merupakan guru dan murid juga sebenarnya.
Kerana setiap kita mempunyai berbeza ilmu. Mungkin kita mahir bahagian perkomputeran, tapi rakan kita mahir bahagian muzik.
Apa-apa pun ilmu yang kita ada, itu semua merupakan kurniaan Allah SWT, hendaklah kita syukuri dan amalkan apa sahaja ilmu yang bermanfaat terutama ilmu berkaitan agama.
Seperti di dalam satu hadis Rasullulah SAW bersabda “Apabila meninggal anak adam, maka terputuslah segala amalan nya kecuali tiga perkara iaitu “sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”- HR Muslim.
Hadis di atas cukup jelas bahawa ilmu yang bermanfaat akan dikembalikan dan memainkan peranan penting walaupun kita telah meninggal dunia.
Maka belajar,belajar dan belajar lah dan amalkanlah.
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
JANGAN MENGELUH DENGAN UJIAN ALLAH SWT
Setiap kali hadapi ujian pasti ada yang akan mengeluh bagaikan tiada jalan keluar untuknya. Kadangkala pada waktu tersebut membuatkan kita lupa akan pada siapa sepatutnya kita bergantung.
Firman Allah SWT (surah Al-Baqarah “286”) sesungguhnya Allah Swt tidak akan membenani hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya.
Jom bermuhasabah diri dan perbanyakan bersyukur atas segala ujian yang diterima. Disetiap ujian yang kita terima pasti ada hikmahnya.
Risaulah kita jika Allah Swt tidak memberi sebarang ujian, setiap ujian yang Allah SWT turunkan menandakan Allah sayang kepada hamba nya.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia, Bumi Bertuah Indah Permai, 64 Tahun Kita Merdeka, Rakyat Hidup Aman Damai.
Alhamdulillah!!
Jadi Marilah kita bersama-sama memerdekakan jiwa dengan sentiasa mengejar redha Allah S.W.T .
Semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat buat negara kita, Malaysia.
Bismillah
"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya ",
Mulakan setiap pekerjaan itu dengan mengucapkan “Bismillah” moga dengan itu amalan tersebut juga digolongkan sebagai amalan yang berniat melakukan kerana Allah SWT.
Saya nak share Kisah dalam amalan membaca bismillah.
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak s**a dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil memerli , “Asyik Bismillah, Bismillah sekejap-sekejap Bismillah.’’ Suatu hari suaminya berkata :
“Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Sengaja hendak menguji isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya. Lalu Isterinya mengambil dan menyimpan di tempat yang selamat.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya membuka peti simpanan duit dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Oleh itu mari kita sama sama mulakan pagi kita hari ini dengan 'Bismillah', berlapang dada, niat, fikir, rancang, doa, cakap, tulis, baca, dengar yang baik baik dan lemparkan senyuman yang ikhlas lagi indah.
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
Dah solat ke tu?
Tahu tak ..
“Yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir ialah meninggalkan solat.
” (Hadis Riwayat Muslim, no. 82)
APABILA seseorang itu tertinggal solat kerana tertidur atau terlupa, wajib untuk mereka menggantikannya iaitu qada dengan kadar yang segera.
Walaupun boleh digantikan, namun ia bukanlah alasan untuk kita sewenang-wenangnya meninggalkan solat.
perlu difahami bahawa perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja sebenarnya termasuk dalam dosa-dosa besar.
Dosa-dosa besar itu tidak akan ‘diangkat’ atau diampunkan hanya dengan menggantikan solat fardu.
Sebaliknya, ia perlu disertai dengan taubat kepada ALLAH SWT iaitu kembali kepada ALLAH SWT dengan menjauhi perbuatan berkenaan, menyesal atas dosa yang dilakukan dan berazam serta bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Oleh itu, jangan pandang remeh tentang perkara ini. Sesungguhnya, solat merupakan tiang agama. Dengan menunaikan solat, ia menjadi benteng utama kepada diri kita untuk membentuk keperibadian diri.
Sudahkah kita bersyukur hari ini?
Sesekali sebut dan ingatlah nikmat yang kita miliki hingga saat ini supaya kita sedar dan terharu bahawa Allah swt sungguh sayang kepada kita.
Syukur Allah masih memberikan kita nikmat meneruskan kehidupan.
Syukur Allah masih memberikan nikmat berkasih sayang bersama keluarga walaupun mungkin jarak memisahkan.
Syukur Allah terus memberikan kita kesihatan yang baik, sahabat yang saling mengajak kebaikan.
Hari ini, ramai yang tenggelam dalam keluhan, kesusahan dan kesakitan, hingga terlepas kesempatan berharga untuk bersyukur atas nikmat masih lagi disambung nyawa dalam iman dan Islam. Itulah nikmat yang paling utama.
Allah SWT berfirman, “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)
Sebelum tidur marilah kita berdoa :
Ya Allah... Jadikanlah aku, hambaMu yang sentiasa bersyukur saat dikurniakan pelbagai nikmat serta sentiasa bersabar saat diuji dengan pelbagai dugaan. Aamiin.
Semoga bermanfaat
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
Jika SOLAT kita kelam kabut, resah gelisah
Begitulah hidup kita, kelam kabut, resah gelisah, tak tentu arah, tiada ketenangan
.
.
‘’ Perbaikilah Solatmu Agar Allah Perbaiki Hidupmu’’
Jika menganggap solat itu remeh, bacaan pun lintang pukang, nak cepat siap, asal solat dah kan?
Jangan la macam tu, Anggaplah solat itu seperti pertemuan kita dengan Tuhan,
Bayangkan ketika “Azan berkumandang,” Allah pandang sambil tersenyum, melambai-lambai nak ajak kita lebih dekat dengan-Nya. Allahuakbar.
Jum tambah/tukar cara doa hari ini.
'Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rezeki khusyuk dalam solat. Rasa nikmat bila solat lama lama denganMu, rasa teruja nak tambah rakaat solat sunat setiap hari.
Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dalam melaksanakan setiap amalan agar setiap amalan yang kita lakukan bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW
" Marilah Menuju Kejayaan "
Perasaan tak, ungkapan ‘marilah menuju kejayaan’ haiyya a’la faalah dilaungkan 10x dalam sehari?
Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat yang jika solat seseorang itu cun smooth je maka ia kejayaan dan kemenangan baginya. Jika sebaliknya, maka amatlah rugi.
Kerana kecemerlangan di akhirat ditentukan oleh kecemerlangan di dunia.
“Barangsiapa mendahulukan Allah daripada segalanya, maka Allah akan mendahulukannya.”
-Ibn Qayyim Al-Jauziyya-
Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang BERJAYA.
Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.
Namun Allah berjanji siapa yang jaga solat, dia adalah orang yang berjaya – di dunia dan di akhirat.
Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia.
Kerana dengan solatlah memudahkan segala urusan dunia kita.
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI! Bukan seperti janji manusia yang bisa dimungkiri.
BERITA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH PARA PEWAKAF TELAH TIBA.
Alhamdulillah,pada 29 JULAI 2021 Naaz Premier telah berjaya mendapat pelepasan untuk melaksanakan kepercayaan yang kami pikul.
Dengan jumlah hadiah 108 NASKAH ALQURAN dan 108 BUAH KITAB ENSIKLOPEDIA SOLAT telah dihantar ke Sekolah Tahfiz Al Habbah di Batu Caves, Selangor.
Video penghantaran ini bukan niat untuk mendabik dada tapi hanya lah sebagai bukti kepada semua pewakaf-pewakaf yang berwakaf bersama NAAZ PREMIER SDN BHD.
Ucapan syukur kepada MAHA PENCIPTA yang telah membuka hati pewakaf-pewakaf menjadi asbab dan sebahagian daripada perjuangan yang semakin dilupakan malahan sanggup untuk jihad ekonomi ketikamana kita sedang mengharungi pandemik yang sangat mencabar mental dan fizikal ini.
Semoga setiap huruf didalam HADIAH pewakaf-pewakaf memberi kebaikkan dunia dan akhirat dan menjadi asbab kita dikurniakan pengakhiran yang HUSNUL KHATIMAH. Kami juga berdoa AGAR YANG MAHA KAYA memberi ganjaran lipat kali ganda dari apa yang diberi kerana DIA LAH YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana telah mempercayai dan teruskan bersama NAAZ PREMIER SDN BHD sebagai pengantaraan ibadah wakaf anda.
Semoga anda terus memilih dan bersama kami dalam perjuangan yang akan datang.
“HARTA DITANGAN BELUM TENTU MILIK KITA , HARTA YANG DIJIHADKAN PASTI AKAN MEMBANTU BERATKAN TIMBANGAN AL-MIZAN
JANGAN LUPA LIKE, KOMEN DAN SHARE ♥️
https://youtu.be/BH0iWfQLoV4
https://youtu.be/BH0iWfQLoV4
https://youtu.be/BH0iWfQLoV4
SALAM MAALHIJRAH , LEMBARAN PERJALANAN BARU KITA.
Sudah menjadi kebiasaan pada umat manusia apabila masuk tahun baru sahaja , akan ada pasang azam baru. Soal nya , azam tahun lepas dah selesai atau belum?
Ada yang sudah ada yang belum , kalau yang belum jangan bimbang jangan gusar dan gundah gulana , bak kata pepatah , “Barang yang lepas jangan dikenang”.
Bagi saya sendiri , Saya memasang azam untuk lebih menepati waktu solat dan lebih memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan juga memperbaiki akhlak diri menjadi orang yang lebih baik.
Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada Kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR Ahmad)
Tak kisahlah apa pun azam kalian , jangan lupa agama merupakan perkara terpaling penting dalam kehidupan , AL-quran dan sunnah merupakan panduan hidup kita.
“Syukur selalu kehadrat ilahi , Allah Izin sampai ke tahun ini.Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya”
Salam Maal-Hijrah 1443H.
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
"SEDIAKAN SEDIKIT MALAMMU UNTUK PEMILIK HIDUPMU"
Betapa beruntungnya seseorang itu dikejutkan '' oleh Allah di tengah malam.
KADANG-KADANG kita terjaga daripada tidur pada waktu malam. Biarpun masa tu tak adalah rasa nak terkucil pun atau haus, tapi pelik tiba-tiba saja terjaga.
Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi ini, bukan? Kalau kita alami lagi perkara ini, apa kata kita ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajud
Tidak salah pun kita ambil sedikit masa kita tu untuk tunaikan solat sunat tahajud ini. Inilah satu-satunya solat sunat yang boleh dilakukan apabila terjaga daripada tidur pada waktu malam, sekalipun kita hanya tidur hanya sebentar.
Waktunya juga panjang iaitu bermula waktu Isyak hinggalah terbit fajar. Namun begitu, sebaik-baik waktu adalah satu pertiga malam yang terakhir iaitu kira-kira jam 3 pagi hingga ke fajar.
Mudah saja sebenarnya yang tunaikan solat sunat ini. Dirikanlahnya sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian atau seberapa yang mampu.
" Ya Allah Aku Sedih, Hanya Engkau Tempat Aku Mengadu"
Cukuplah Allah tempat mengadu
Sesungguhnya aku mengadukan kesusahanku dan kesedihanku hanya kepada Allah (Qs: Yusuf 86)
Manusia mana yang tidak pernah ditimpa masalah? Setiap kali ditimpa masalah pastinya kita sering mengeluh. Sebenarnya tanpa kita sedari apabila kita sering mengeluh, ia bukan sahaja tidak menyelesaikan apa-apa tetapi hanya membuatkan kita jadi lebih tertekan.
Ada baiknya, jika kita mengadu kepada Allah. Dekatkan diri kepada Allah. Hanya dengan cara itulah kita mampu menjadi lebih tenang.
Dia Tuhan yang Maha Baik, yang tak jemu langsung dengan masalah kita ibarat drama yang tak tamat-tamat.
Kita luahkan dekat Fb, story Ig kononnya semua manusia sudi mendengar?
Lebih teruk, disampai-sampaikan p**a pada orang lain. Kita yang bakal kecewa, sampai satu masa Mati adalah penyelesaian untuk bahagia dan tenang.
Bukan semua patut tahu apa masalah kita.
Yang tahu, Tuhan saja. Maka berbincanglah dengan Dia. Curah semua, Dia ada dan menunggu. Kita perlukan Dia, kerana semakin bertambah usia, masalah pun makin menambah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amiin InsyaaAllah
ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA.
Menangis hiba , meratapi hati , kadang kita sebagai manusia bila kehilangan sesuatu , kita berasa sedih dan ibarat separuh jiwa mati.
Tapi sebagai manusia juga , terkadang kita tak tahu yang Allah menjauhkan kita dari perkara buruk agar kita mendapatkan yang lebih baik.
Maka jangan diratapi dan jangan berprasangka buruk kepada Allah SWT,terkadang Allah SWT sengaja mematahkan hati kerana sesuatu itu buruk untuk kita dan Allah SWT ingin mengganti yang lebih baik.
,
Semoga bermanfaat dan semoga kita semua sentiasa positif.Harap perkongsian ini dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan anda.
Apa tanda hati kita mati?
" apabila kita tak berasa apa apa atas dosa maksiat yang kita lakukan "
“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Kereta kotor hantar carwash macam mana p**a dengan hati?
Seperti kita membersihkan diri daripada segala kekotoran lahiriah, menyucikan diri dengan mengangkat hadas, mengambil wuduk sebelum menunaikan solat, begitu juga hati perlu disucikan sebelum dipersembahkan kepada Allah SWT apabila tiba waktunya.
Rasulullah SAW telah mengajarkan kita semua satu doa untuk membersihkan hati yang kotor.
Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a'uzubika min 'ilmin la yanfa'u wa min qolbin la yakhsya'u wa min nafsin la tasyba'u wa min da'watin la yustabu laha.
Ertinya: "Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan."
Ingatlah, hati yang mati adalah hati yang tidak mendapat santapan rohani yang baik, seperti matinya jasad yang tidak mendapat makanan yang baik.
Dengan itu haruslah kita gilapkan hati dengan iman dan amal agar ianya tidak berkarat dengan kekotoran, hitam, buta seterusnya mati!
"Dunia ini begitu singkat untuk mengejar sesuatu yang tidak untuk akhirat"
Apa yang kau dapat hari ini? beberapa saat akan hilang, sesiapapun yang kau jumpa hari ini esok atau lusa pasti akan berpisah, tempat manapun yang kau travel hari ini, kelak hanya akan jadi kenangan. Keindahan, kenikmatan yang sementara hanya pinjaman dari allah semata-mata
Dunia ini hanyalah sesuatu yang fana dan sementara. Jika kita mengejar dunia, kita tidak akan mampu mendapatkan keseluruhannya.
Di dalam Al-Quran disebutkan bahawa dunia adalah tempat permainan yang menipu. Keseronokkan dunia ini sangat sedikit dan sangat singkat, tapi ramai yang tergoda untuk untuk mengejarnya kerana ia nampak di depan mata . Sedangkan kelazatan akhirat nanti sangat besar dan abadi, tapi banyak orang yang melupakan nya kerana ia tersembunyi dan tak dapat dilihat .
Renungi ungkapan ulama sufi terkenal Abu Sulaiman Ad Darani:
"Jika akhirat memenuhi ruang hati, maka dunia tetap datang mendampinginya, namun tatkala dunia yang memenuhi ruang hati, maka akhirat akan menyisih, kerana sesungguhnya akhirat adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah suatu yang keji."
Jum Muhasabah Diri
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
SUDAH BERSYUKUR UNTUK HARI INI ?
kadang kadang kita rasa kita nak apa yang dia ada tapi kita tak sedar ramai yang nak apa yang kita ada
Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.
Manakala bagi yang tidak bersyukur, bermakna mereka kufur kepada nikmat Allah SWT, merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan mudah dihasut
Justeru, syukur itu tidak terhenti hanya di dunia sebaliknya haruslah berkekalan hingga ke akhir hayat supaya terhindar daripada sifat kufur terhadap nikmat diberi.
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
"Mengapa kita wujud Di dunia ?”
Untuk apa?
Apa tujuan hidup manusia di dunia ini?
Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?
Ramai antara kita tak" ambik port " hal di atas," tak perlu pening pening" mereka kata.
Astaghfirullah...
Kita adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Matlamat kita hadir ke dunia ini adalah mengabdikan diri kepada Yang Maha Pencipta, mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Al-Quran telah menyebut akan perkara ini melalui firman Allah SWT yang maksudnya: “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku.” (Surah al-Dzariyat, ayat 56)
Kehidupan di dunia ini hanya seketika. Selagi kita diberi peluang oleh Allah, gunakanlah sebaik mungkin. Jadikanlah dunia ini sebagai titian bagi mencapai ke syurga. Tanam sebanyak yang boleh di dunia ini dan tuailah hasilnya di akhirat kelak.
Semoga bermanfaat
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
Fuhh..ambil WUDUK bukan main laju, macam kena kejar dengan malaikat maut!
Itulah kita sebagai manusia, tergopoh gapah/terkejar kejar ambil wuduk sampai kan ada bahagian penting tak terkena air.
Tahu tak?
Wuduk yang sempurna tu boleh menggugurkan dosa sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.
“Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
“Sewaktu dia membasuh kedua-dua belah kakinya, keluarlah daripada kedua-dua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwuduk, dia bersih daripada dosa-dosanya.” (Riwayat Muslim)
Jangan anggap wuduk itu perkara remeh , ''asal boleh'' !, sebab apa? sebabnya:
Nabi saw bersabda: “celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wuduk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik.
Takut kan? Jum check wuduk kita, perbaiki wuduk, sempurnakan solat
Sesungguhnya islam itu sangat mudah.Insyaallah segala usaha kita untuk berwuduk dan menyucikan diri mendapat ganjaran ygng besar daripada Allah.
semoga Allah ampunkan dosa kita, dan terima solat kita sebelum sebelum ini atas sebab kejahilan kita sendiri.
https://wa.me/message/BO55HQAC3KM6M1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
NO 7-1 LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA INDUSTRIAL AREA SUNGAI BULOH
Kampong Sungai Buloh
47000
Kampong Sungai Buloh
Tujuan halaman ini dibuat untuk menyebarkan program wakaf Al-Quran untuk diedarkan kepada umat Islam yang memerlukan seperti Madrasah, Masjid dan sebagainya. Kami akan menyediakan ...
No-7-1 Lightgrey, Jalan Hospital Sungai Buloh, Kampung Jaya Industrial Area, Sungai Buloh
Kampong Sungai Buloh, 47000
Wakaf Al-Quran khususnya untuk golongan yang memerlukan seperti pelajar tahfiz, pelajar madrasah, anak anak yatim dan lain lain. Dengan ini, dapat membantu meringankan beban mereka...
No 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Halaman ini bertujuan untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama Naaz Premier Sdn.Bhd dan juga tentang amalan-amalan yang dituntut dalam agama.
NO 7-1 LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA INDUSTRIAL AREA
Kampong Sungai Buloh, 47000
Membantu orang ramai dalam Program Menginfakkan Al Quran bersama BEYOND QALBU kepada Pelajar tahfiz dan anak anak yatim yang memerlukan sumbangan.
No 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Halaman ini adalah bagi membantu semua institusi Mahad Tahfiz, Masjid, Pondok Pengajian, Sekolah, Rumah Anak Yatim serta NGO yang memerlukan produk ilmiah bagi proses pengajian ser...
NO 7 , LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA , KAMOUNG JAYA INDUSTRIAL AREA
Kampong Sungai Buloh, 47000
Tujuan halaman ini adalah untuk membantu dari segi proses pembelajaran semua Maahad Tahfiz , Pondok pengajian dan sekolah agama serta NGO yang memerlukan produk ilmiah serta halama...
No 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Halaman ini adalah bagi membantu semua institusi Mahad Tahfiz, Masjid, Pondok Pengajian, Sekolah, Rumah Anak Yatim serta NGO yang memerlukan produk ilmiah bagi proses pengajian ser...
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Kekuatan Ummah Naaz Premier menjalankan program wakaf Al-quran untuk membantu organisasi seperti madrasah,tahfiz,masjid dan juga badan kebajikan ISLAM untuk memantapkan lagi pengaj...
No 7-1 Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Nur Sumayyah by NP ini ditubuhkan bertujuan untuk Berkongsi berkaitan Aktiviti Penghantan Al - Quran
NO 7 . LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA , KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA
Kampong Sungai Buloh, 47000
Tujuan halaman ini adalah untuk membantu dari segi proses pembelajaran semua Mahad Tahfiz , Pondok pengajian dan Sekolah agama serta NGO yang memerlukan produk ilmiah serta halaman...
No 7-1 , Lightgrey Jalan Hospital Kusta , Kampung Jaya Industrial Area Sungai Buloh
Kampong Sungai Buloh, 47000
No 7-1 , Lightgrey Jalan Hospital Kusta , Kampung Jaya Industrial Area 47000 sungai buloh http://www.wasap.my/601159748836/sayanakwakaf/