Nadhirah By BeyondQalbu
Nearby non profit organizations
Kampung Jaya Industrial Area
No 1-7 Light Grey Jalan Hospital Kusta Kampung Jaya Industrial Area 4700 Sungai Buloh, Shah Alam
Kampung Jaya Indutrial Area, Shah Alam
Shah Alam 47000
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Shah Alam
Kampung Jaya Industrial Area, Shah Alam
Jalan Lgsb, Off Jalan Hospital
Kampung Jaya Industrial Area, Shah Alam
Kampung Jaya Industrial Area
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampung Jaya Industrial Area, Shah Alam
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area Sungai Buloh
No 7-1 Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampung Jaya Industrial Area
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nadhirah By BeyondQalbu, Nonprofit Organization, no 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area, Kampong Sungai Buloh.
Halaman ini bertujuan untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama Naaz Premier Sdn.Bhd dan juga tentang amalan-amalan yang dituntut dalam agama.
Hari-hari selalu fikir tentang gaji, duit, makanan. Perkara sebenarnya yang kita perlu ialah berapa banyak amalan kita?
Apa yang banyak kita korbankan dan lakukan untuk agama kita?
MasyaAllah, sungguh terasa diri ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi video ini🥺
AKHLAK CERMINAN HATI..
Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang yang sebelumnya diturunkan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik." (Surah Al-Hadid, ayat 16)
Pernah tak kita terfikir, kenapa ada banyak hal dalam hidup kita ni..seolah-olah disekat-sekat. Ditunda-tunda..
Hati rasa kosong. Macam tidak ada apa-apa perasaan. Kadang-kadang, rasa tak tenang dan resah gelisah.
Sunyi. Jiwa kusut. Bagaikan ada sesuatu yang hilang.
Apa yang hilang? Bukan kekasih ataupun wang ringgit.
Tapi yang kita hilang ini ada dalam ibadah kita.
Tanpa kita sedar ada ciri munafik dalam ibadah kita. Allahu
BANYAK rupanya ciri ciri yang membolehkan solat kita tidak sempurna bukan saje wuduk namun semasa solat, setiap pergerakkan kita mempunyai tata tertibnya.
Perbaiki solat, upgrade diri kita InsyaAllah Allah akan memperbaiki hidup.
SETIAP UJIAN TERSELITNYA KEMANISAN
Bulan disember ini kita dikejutkan dengan banjir besar yang berlaku di banyak negeri malah di kawasan dan tempat yang tidak pernah mengalami banjir turut terkesan.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 155: *“Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”*
Bila direnungkan sebenarnya Allah SWT bukan sahaja menguji mereka yang terkesan dengan musibah ini,namun Allah menguji sejauh mana kita sebagai saudara islam membantu saudara-saudara kita dan orang sekeliling.
Maka ketika ini ketahui lah setiap ujian yang Allah swt turunkan bukan untuk membebankan kita sebagai hambanya, namun ada kemanisan yang akan diberikan di kemudian hari dan hanya orang-orang yang sabar akan merasainya.
Jom dengar sama-sama🥰🥰🥰
DISEBALIK KESAKITAN ADA NIKMAT YANG BEGITU INDAH…
Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.” ( Surah Al Baqarah, ayat 286).
Mungkin ada juga dalam kalangan kita yang rasa kecewa dengan takdir atau ketentuan yang sedang dihadapi pada hari ini, Ketahuilah Allah sedang menguji kita dan pastinya perancangan Allah SWT adalah sempurna serta terbaik.
Maka anggap lah setiap ujian yang datang adalah untuk memberi sinar kepada kita. Reda dengan setiap ujian yang diturunkan akan menjadi kita hamba yang berbaik sangka dengan Allah swt.
Reda bagi sesetengah orang mungkin senang untuk dituturkan di bibir, tapi belum tentu itu yang benar-benar melekat di jiwa. Maka, berusahalah untuk melahirkan sifat reda dalam diri. Betapa nikmatnya hidup apabila Allah menghalalkan redaNya kepada seseorang.
*Rabu, 24 Jamadilawal 1443H/29 Disember 2021*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*ٱلْـحَـمْـدُ للهِ*
*اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ*
*بسم الله الر حمن الر حيم*
💕 *TENTANG NIKMAT...*
_*“Apa saja keadaan ketika mana keadaan itu membawa seseorang itu lebih dekat kepada ALLAH, maka itu adalah nikmat untuk dia.*_
_*Sama ada benda itu kecacatan atau kemalangan atau kesakitan atau kemiskinan. Ataupun tidak ada orang kenal dia pun...”*_
Solat-solat juga.. Kita perlu tahu apa yang boleh membantalkan solat kita.
Jom jawab kuiz hari ni😊
BERSABARLAH DI ATAS KEBENARAN
Setiap manusia, menjalani hidupnya dengan s**a dan duka. Hal ini memang sinonim dan lumrah dengan kita sebagai seorang manusia. Secara dasarnya, semua orang ingin mendengarkan khabar berita yang menggembirakan sahaja. Namun, kita tidak terlepas akan dugaan yang telah ditetapkan buat kita.
Ujian itu datang dalam pelbagai cara, kehilangan orang yang disayangi, kehilangan pekerjaan, hilang kepercayaa, hilang harta benda atau lebih dasyat hilang kenikmatan beribadah. Allahu..
Betapa ramai orang yang bekerja dalam tekanan, hidupnya susah, pekerjaan yang susah yang harus diharungi. Sehingga sampai ada yang sanggup melakukan perkara yang bertentangan agama demi meneruskan hidup.
Pada akhir zaman ini, semakin sedikit kebaikan, semakin banyak kemungkaran, semakin banyak yang menentang kebenaran, dan banyak fitnah yang menyesatkan, fitnah syubhat, keraguan, berpaling dari kebenaran, fitnah syahwat kekuasaan dan manusia lebih cinta kepada dunia…
Jaga diri, jaga iman.. teguhkan diri, teguhkan iman! InSha Allah, kita pasti boleh harungi semua ini dengan "SABAR di atas KEBENARAN".
Sekarang ni jangan nak menunding jari atas apa yang berlaku. Kadang Allah nak bagi peringatan pada kita agar sentias mengingati-Nya.
Allah bagi bencana di sesuatu tempat kadang bukannya tempat tu banyak dosa tapi Allah nak uji. KEIMANAN kita KESABARAN kita..
Sedangkan Nabi pilihan Allah yang tak buat kesalahan pon diuji, inilan p**a kita yang sentiasa melakukan dosa dalam sedar atau tidak.
Ingat satu benda, JANGAN waktu kita senang kita lupa Allah, WAKTU SUSAH baru cari Allah.
Setinggi mana pon pangkat kita, sentiasalah bersujud kepada-Nya kerana kita hanyalah hamba disisi-Nya.
Setiap yang kita buat niatkanlah kerana Allah.. InnshaAllah perjalanan kita akan jadi mudah.
Jom sama-sama kita jawab kuiz dibawah😊
Kalau nak sertakan sekali dia punya jawapan pon boleh
UJIAN
Ya Allah, sungguh kami banyak melakukan dosa kepadamu.. Ampunkanlah dosa kami, sungguhnya Engkau ingin memberikan pengajaran kepada kami dengan Engkau timpakan musibah dan ujian buat kami.
Allah beri ujian adakah Allah benci akan hambanya? Tidak. Allah beri musibah atau ujian itu kerana Allah sayang akan hambanya. Bertaubat dan berimanlah pada-Nya. Sebab kadang-kadang kita ni jauh sangat dengan Allah..
Nak pergi masjid ikut sop la, tak boleh ramai la.. banyak alasan. Tapi kalau pergi mall, pasar tempat hiburan berhimpit pon tak apa.. Waktu kita senang nak lafazkan kalimat Allah pon susah, tapi andai kita susah di mulut selalu keluar Ya Allah, Allah tolong aku.. Ya Allah permudahkanlah urusanku..
Jadi “make sense” tak Allah beri ujian tu? Sebab Allah nak kita selalu ingat kepada DIA.
KERAPLAH BASAHKAN BIBIR DENGAN KALIMAH ALLAH...
Indahnya hari-hari yang dilalui jika kita sentiasa mengingati Sang Pencipta kita.
Basahi bibir dengan kalam-kalam yang indah setiap hari. Moga-moga kita semua mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Amin🤲🏻.
JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa p**a yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya.
Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat.
Kita memang dah belajar soalt dari umur 7 tahun lagi.. tapi kita jangan bodih sombong untuk tidak belajar lagi untuk jadikan solat kita lebih baik lagi. Belajar dan bergurulah.
Tak rugi pon untuk kita, malah memperbaiki lagi dari segi bacaan kita, tertib solat dan banyak lagi. Dan dengan baiki solat kita juga boleh menyebabkan juga urusan kita dipermudahkan.
Kita hidup di muka bumi Allah ni hanya sementara sahaja. Tak tahu bila nyawa kita akan diambil. Tak tahu bila kali terakhir kita untuk melihat dunia.
Selagi mana kita masih hidup, teruslah berbuat kebaikan. Kerana dengan kebaikan yang kita lakukan, boleh jadi ada yang sentiasa mendoakan kita, sebut-sebutkan kebaikan yang kita lakukan berbanding kesalahan kita.
Kebaikan ni bukan hanya bantu-membantu sahaja, tapi kebaikan dalam pelbagai aspek. Lagi-lagi kebaikan itu yang boleh menjadi asbab kita untuk mendapat rahmat Allah.
GAMBARAN ANDAINYA KITA DITANYA
Seringkali kita gunakan alasan sibuk bekerja sehingga tak sempat luangkan masa sekejap untuk membaca AlQuran. MasyaAllah.
Jangan terlampau fokuskan dunia sampai kita lupa untuk beribadah. Kalau jadual bekerja seharian tu padat, bacalah AlQuran selepas solat subuh. Tak perlu “khatam”, baca satu muka surat untuk hari tu pun dah cukup.
Ingat hasil kita bekerja tak boleh dibawa apabila sudah tiada, tapi dengan baca AlQuran kita dapat bawa syafaatnya sampai ke syuga. InnshaAllah.
Sentiasa dengar tak? Kalau kita dah tiada, kita tak bawa keluarga, harta dan segala benda yang berkaitan dunia. Jadi apa je yang kita bawa?
Perkara yang kita boleh bawa bersama kita ada 3 benda je iaitu anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang memberi bermanfaat.
Dalam sedekah ni juga kita boleh niatkan untuk kafarah kita yang mungkin hari ni, kita ada dosa atau kesalahan yang kita tak ingat. Lagi-lagi dengan manusia.
Contohnya, orang yang kita berhutang tak dapat dikesan. Jadi nak bayar macam mana? Boleh buat dengan sedekah.
Dengan sedekah itu boleh menyebabkan Allah angkat kafarah tersebut.
Apa sifat orang yang sombong?
Jom share sikit.
SOLAT ISTIKHARAH HANYA UNTUK CARI JODOH?
Bukan, solat isthikharah ialah solat untuk kita minta petunjuk yang betul.. Tak kisah lah sama ada kita ingin mulakan sesuatu atau inginkan sesuatu.
Nak tahu lebih lanjut boleh lihat video dibawah😊
https://youtu.be/TYJYDJKqXkg
Istikharah Memohon Petunjuk Ini antara cara paling ringkas untuk kita menunaikan solat istikharah.. tak susah kan? kadang apa yang kita nak sangat itu lah yang الله tak bagi. mungkin it...
ALLAH MENJAGA ORANG BERIMAN
Nabi Musa sangat berani melawan Firaun yang zalim dan bertindak ses**a hati. Nabi Musa berani mengatakan kebenaran. Nabi Musa tidak takut berhadapan dengan Firaun dan bala tenteranya.
Dari kisah Nabi Musa kita dapat kenali bahawa perbuatan ses**a hati dan menganiaya orang lain tidak dis**ai oleh Allah SWT. Allah akan bersama orang yang beriman. Jangan takut dan gentar.
Selain itu, Allah tidak lagi menerima taubat orang yang sudah di akhir hayat saat ditimpa azab. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bertaubat sebelum ajal tiba.
Jangan pernah malu dan takut untuk memulakan sesuatu kebaikan. Kerana setiap perbuatan baik kita akan dilindungi Allah.
Jangan terdengar bisikkan “syaitan” yang menyesatkan iaitu selesa dengan lakukan perbuatan keji. Selagi mana kita boleh lakukan kebaikan, JANGAN berhenti, TERUSKAN…
KITA MINTA DIKAYAKAN. TAPI SEBENARNYA APA YANG KITA BERI UNTUK ALLAH BAGI KEKAYAAN TERSEBUT?
Pernah tak kita tersedar pada waktu 2/3 malam? Pukul 3 pagi tu dah tersedar, tapi sambung balik tidur sebab lambat lagi nak subuh.
Hakikatnya waktu tu mungkin Allah yang kejutkan kita untuk bangun dan beribadat kepadanya.
Tak boleh buat banyak, buat la setakat mampu.
TIPS NAK REZEKI SENTIASA DIPERLUASKAN OLEH-NYA
Jangan pernah kita rasa berat untuk hulurkan bantuan pada yang memerlukan. Kerana setiap bantuan yang kita berikan mungkin sangat bermakna untuk mereka.
Dan yang lebih baik, ada juga yang akan turut mendoakan untuk kita. Janganlah kita tergolong dalam kalangan “bakhil” keran itu sifat yang tidak dis**ai Allah.
Memberi bukan dari segi duit sahaja, malah tenaga, makanan, pakaian atau apa-apa sahaja yang boleh diberikan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.
Semoga yang membaca petikan ni diperluaskan rezeki seluas lautan. Aminn..
Takut tu melanda diri taktkala membaca petikan ini..
Kadang kita jadi penasihat orang, kita tegur orang mengenai kebaikan.. tapi amalan sebenar yang kita perolehi sangat sedikit berbanding dengan orang yang kita nasihati.
Itu sebab kita baik dari segi ‘alim dalam lisan’ tapi perbuatan kita nauzubillah..
“Ada seseorang yang ketika dihadapan orang banyak kelihatan alik dan soleh, Namun kala sendirian, saat sepi, ia menjadi orang yang menerjang larangan Allah.”
Sesungguhnya mereka bersembunyi dari manusia tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah. ( Surah An Nisa’ 4:108 )
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat yang sebegini. Biarlah kami bertutur kena pada tempatnya. Dan hindarilah kami dari perkara yang buruk dikala sendirian atau keramaian.
Aminn ..
Bukan kebahagian yang menjadikan kita bersyukur, tapi dengan bersyukurlah yang membuatkan kita bahagia.
Dalam hidup ni kita jangan cari kesempurnaan, tapi carilah keredhaan Allah, kerana tiada manusia pun yang sempurna di dunia ini.. Tapi REDHA Allah kalau kita peroleh, nescaya kita sempurna di mata-Nya
Perkongsian untuk semua.. semoga bermanfaat😊
https://youtu.be/hTusxac3vRk
Khalid Al-Walid Pada permulaannya, beliau merupakan salah seorang penentang Islam yang paling kuat dan tegar. Beliau merupakan panglima tentera kaum Quraisy yang aktif dalam...
https://youtu.be/pPYWgOr6Fpw
Sedikit perkongsian mengenai Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas BAGINDA lahir😇
Kenali Muhammad Bin Abdullah Perkara-perkara luar biasa yang terjadi telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah S.W.T. Sekali gus sebagai bukti kerasulan baginda______...
Bismillah
"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya ",
Mulakan setiap pekerjaan itu dengan mengucapkan “Bismillah” moga dengan itu amalan tersebut juga digolongkan sebagai amalan yang berniat melakukan kerana Allah SWT.
Saya nak share Kisah dalam amalan membaca bismillah.
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak s**a dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil memerli , “Asyik Bismillah, Bismillah sekejap-sekejap Bismillah.’’ Suatu hari suaminya berkata :
“Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Sengaja hendak menguji isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya. Lalu Isterinya mengambil dan menyimpan di tempat yang selamat.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya membuka peti simpanan duit dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Oleh itu mari kita sama sama mulakan pagi kita hari ini dengan 'Bismillah', berlapang dada, niat, fikir, rancang, doa, cakap, tulis, baca, dengar yang baik baik dan lemparkan senyuman yang ikhlas lagi indah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Address
No 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampong Sungai Buloh
47000
NO 7-1 LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA INDUSTRIAL AREA SUNGAI BULOH
Kampong Sungai Buloh, 47000
Aiman by BeyondQalbu yang membantu golongan asnaf dan anak yatim dari segi bacaan alquran �
Kampong Sungai Buloh
Tujuan halaman ini dibuat untuk menyebarkan program wakaf Al-Quran untuk diedarkan kepada umat Islam yang memerlukan seperti Madrasah, Masjid dan sebagainya. Kami akan menyediakan ...
No-7-1 Lightgrey, Jalan Hospital Sungai Buloh, Kampung Jaya Industrial Area, Sungai Buloh
Kampong Sungai Buloh, 47000
Wakaf Al-Quran khususnya untuk golongan yang memerlukan seperti pelajar tahfiz, pelajar madrasah, anak anak yatim dan lain lain. Dengan ini, dapat membantu meringankan beban mereka...
NO 7-1 LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA INDUSTRIAL AREA
Kampong Sungai Buloh, 47000
Membantu orang ramai dalam Program Menginfakkan Al Quran bersama BEYOND QALBU kepada Pelajar tahfiz dan anak anak yatim yang memerlukan sumbangan.
No 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Halaman ini adalah bagi membantu semua institusi Mahad Tahfiz, Masjid, Pondok Pengajian, Sekolah, Rumah Anak Yatim serta NGO yang memerlukan produk ilmiah bagi proses pengajian ser...
NO 7 , LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA , KAMOUNG JAYA INDUSTRIAL AREA
Kampong Sungai Buloh, 47000
Tujuan halaman ini adalah untuk membantu dari segi proses pembelajaran semua Maahad Tahfiz , Pondok pengajian dan sekolah agama serta NGO yang memerlukan produk ilmiah serta halama...
No 7-1, Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Halaman ini adalah bagi membantu semua institusi Mahad Tahfiz, Masjid, Pondok Pengajian, Sekolah, Rumah Anak Yatim serta NGO yang memerlukan produk ilmiah bagi proses pengajian ser...
No 7-1 Lightgrey Jalan Hospital Kusta, Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Kekuatan Ummah Naaz Premier menjalankan program wakaf Al-quran untuk membantu organisasi seperti madrasah,tahfiz,masjid dan juga badan kebajikan ISLAM untuk memantapkan lagi pengaj...
No 7-1 Jalan Hospital Kusta Industrial Area
Kampong Sungai Buloh, 47000
Nur Sumayyah by NP ini ditubuhkan bertujuan untuk Berkongsi berkaitan Aktiviti Penghantan Al - Quran
NO 7 . LIGHTGREY Jalan HOSPITAL KUSTA , KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA
Kampong Sungai Buloh, 47000
Tujuan halaman ini adalah untuk membantu dari segi proses pembelajaran semua Mahad Tahfiz , Pondok pengajian dan Sekolah agama serta NGO yang memerlukan produk ilmiah serta halaman...
No 7-1 , Lightgrey Jalan Hospital Kusta , Kampung Jaya Industrial Area Sungai Buloh
Kampong Sungai Buloh, 47000
No 7-1 , Lightgrey Jalan Hospital Kusta , Kampung Jaya Industrial Area 47000 sungai buloh http://www.wasap.my/601159748836/sayanakwakaf/