D'sufi TAMAN U

Urutan Terapi/Saraf
Bekam Sunnah/Angin/Darah
Akupuntur
Mandi Terapi Ais
Bone Adjustment
Spa Muslimah

Alamat:
NO 30-01 JALAN PENDIDIKAN 3,
TAMAN UNIVERSITI,
81300 SKUDAI. (BELAKANG AEON JAYA JUSCO TAMAN UNIVERSITI / BERSEBELAHAN RESTORAN HOT PLATE)

09/10/2023

Happy jer lepas buat rawatn...

Photos from D'sufi TAMAN U's post 09/09/2023

Urutan badan...
Bekam Sunnah (Angin & Darah)
Hubungi kami....

📍D'sufi TAMAN U
( Pusat Hidroterapi )
No 30-01 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
Skudai.

📳www.wasap.my/60177045566/TerapibekamHamzi

📳www.wasap.my/60183145224/TerapibekamEqbal

📳www.wasap.my/60127482274/TerapibekamAnne

📳www.wasap.my/60123732065/TerapibekamNani

17/08/2023

Bone adjust

16/08/2023

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Di akhir zaman ini, jangan kalian tinggalkan istighfar dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Tidak ada suatu yang lebih besar manfaatnya daripada dua perkara ini di akhir zaman.

- TG Sheikh Zainul Asri -

23/07/2023

Tahniah pasukan bola sepak JDT 💙❤️

Photos from D'sufi TAMAN U's post 13/07/2023

Postur badan senget
Bahu jatuh sebelah

12/07/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Hamka berkata ...

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.

Kamu tengok p**a sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.

Photos from D'sufi TAMAN U's post 09/07/2023

Antara pesakit kami yg berpuas hati atas perkhidmatan kami...

07/07/2023

Ada yang belum bekam ke tu? Mari ler sihatkan diri buang angin dan darah kotor. Kami Terapis D'Sufi Taman U sudi membantu.. roger je 🥰

01/07/2023

💥 TARIKH SUNNAH BERBEKAM BULAN JULAI 2023 / ZULHIJJAH 1444H💥

🛑 Tarikh terbaik untuk berbekam pada bulan ini yang disyorkan oleh baginda Nabi S.A.W.:

💥17 ZULHIJJAH 1444H
( 6 / 7 / 2023 ) KHAMIS

💥19 ZULHIJJAH 1444H
( 8 / 7 / 2023 ) SABTU

💥21 ZULHIJJAH 1444H
( 10 / 7 / 2023 ) ISNIN

🔮Dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalendar Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

🔮Semoga kita semua senantiasa diberi kesihatan yang baik dgn izinNya..Aminn..

📍D'sufi TAMAN U
( Pusat Hidroterapi )
No 30-01 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
Skudai.

📳www.wasap.my/60127482274/TerapibekamAnne

📳www.wasap.my/60123732065/TerapibekamNani

📳www.wasap.my/60177045566/TerapibekamHamzi

📳www.wasap.my/60183145224/TerapibekamEqbal

28/06/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1444H

Jika kita belum mampu menyembelih binatang Qurban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita

Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan egoisme dalam hati kita

Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim.

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

28/06/2023

Salam
Kami akan bercuti sempena AidilAdha dari ;
29/6 - 30/6 ( Khamis & Jumaat )
Sekian harap maklum 💙

27/06/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab 💙

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah.

2.Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu untuk berdoa.

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.

3.Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadat Haji, antara waktu dan tempat doa mustajab adalah pada hari Arafah dan di padang Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah.

4.Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.

5.Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera







27hb Jun 2023
08hb Zulhijjah 1444H

Photos from D'sufi TAMAN U's post 22/06/2023

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💚💚💙💙💛💛

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Salam Jumaat....penghulu segala hari..

Timeline photos 22/06/2023

Redha dan Kefahaman dalam Menghadapi Kesulitan Hidup.

Kebanyakkan dari kita sering menyebut perkataan redha atau reda dalam keadaan apa jua, atau redha dengan ketentuan tuhan, redha dengan apa yang berlaku namun apakah kita faham apa sebenarnya maksud perkataan redha itu? Dan juga sejauh mana ia dapat di adaptasi sepenuhnya didalam kehidupan kita.

Redha bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t samada ia baik atau buruk, samada ia berupa hukum, qada' mahupun ketentuan daripada Allah s.w.t

Dalam konteks kehidupan p**a apabila kita ditimpa kesusahan seperti penyakit yang sukar diubati maka kita akan menyebut-nyebut perkataan seperti “nak buat macam mana redha sajalah apa yang telah di berikan oleh Allah s.w.t”. Ia seolah-olah menunjukkan satu keadaan dimana kita akan merasakan terlalu kesedihan atau seolah-olah terpaksa meredha kan melepaskan suatu keadaan dimana tiada lagi kesenangan dan kegembiraan. Ia juga seolah-olah kita tidak merujuk keredhaan itu keatas penyakit yang kita alami itu sebagai satu ujian besar dari Allah s.w.t.

Akibatnya ramai pesakit akan menganggap ujian penyakit itu sebenarnya tiada harapan lagi dan hanya menunggu ajal saja. Disamping itu ketakutan dan rasa ketidak percayaan keatas apa yang orang lain cadangkan akan menjadikan pesakit itu menjurus kearah keadaan putus asa p**a tanpa berusaha mencari penawarnya.

Setiap penyakit ada ubatnya.

Seperti yang kita ketahui bahawa setiap penyakit yang Allah berikan didunia ini mempunyai penawar atau ubat nya. Namun usaha yang tidak berputus-putus disamping doa kepada Allah amat di perlukan demi memastikan ubat yang dicari itu dijumpai.

Pernah sahabat Rasulullah s.a.w hanya membaca beberapa surah pendek kepada pesakit dan dengan izin Allah, pesakit itu sembuh. Ya itu satu keajaiban yang terjadi hasil berkat membaca kalimah-kalimah yang diturunkan oleh Allah melalui Rasulnya. Ia memerlukan suatu tahap iman yang tinggi sehingga Allah dapat mengurniakan apa yang di hajati.

Kesimp**an
Sebagai kesimp**annya, redha itu memerlukan kefahaman yang betul sebelum kita dapat menyebutnya yang kemudian akan bersangkutan dengan semangat dan kekuatan diri kita. Apabila diuji dengan kesusahan atau kesakitan sepatutnya keredhaan yang diperlukan ialah menginsafi diri dari sebarang dosa kerana yang demikian akan dikurniakan pahala oleh Allah s.w.t kelak. Disamping itu keredhaan demikian akan menyusulkan kemudahan didalam semua urusan kelak kerana apabila Allah hendak memberikan rahmat maka ada kalanya diberikan dulu dengan kesusahan.

Oleh itu sebagai pesakit seelok-eloknya kita perlulah muhasabah diri dan membina kekuatan diri sendiri dengan lebih positif dengan setiap ujian itu. Disamping itu pesakit sewajarnyalah meneruskan dan terus berusaha mencari penawar yang diperlukan untuk memperbaiki lagi tahap kesihatan diri sendiri. Redha yang menjurus kearah putus asa itu sudah sewajarnya di hentikan dan ditukar kepada yang lebih membawa kebaikan kerana Allah akan meningkatkan darjat keimanan kita apabila kita lebih yakin dan lebih berusaha demi kesihatan kita yang lebih baik. Wallah wa'alam..

Note: Artikel ini sekadar perkongsian jua, tidak menujukan kepada sesiapa pun namun jika ada kekhilafan mohon perbetulkan( ruang komen )demi kebaikan kita bersama...

19/06/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Masalah Migrain / Sakit Kepala
Terima kasih kepada adik Sharifah yang sudi hadir ke pusat rawatan kami untuk mendapatkan Rawatan Bekam di Kepala.
Semoga Allah memberikan kesembuhan untuknya.
Kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan Bekam bolehlah buat temujanji dengan Terapis / Perawat kami ;
D'sufi TAMAN U
( Pusat Hidroterapi )
Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
Skudai.
www.wasap.my/60127482274/BekamAnne

www.wasap.my/60123732065/BekamNani

www.wasap.my/60177045566/BekamHamzi

www.wasap.my/60183145224/BekamEqbal

18/06/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Peserta Korban Dilarang Memotong Kuku dan Rambut* 💙

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)." (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh) menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2.Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain." (Syarah Muslim Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)

3.Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

4.Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

5. Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah (dijangka pada 20hb Jun) bagi peserta korban sehingga ibadat korban dilaksanakan.

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

15/06/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙

JANGAN MENANGGUH UNTUK BERSEDEKAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ: أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيْحٌ شَحِيْحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلُقُومَ قُلْتَ: لِفُلاَنٍ كَذَا وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنِِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya; “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”. Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa kedekut (kikir) dan takut menjadi miskin dan berangan-angan untuk menjadi orang kaya. Oleh itu, janganlah kamu menunda-nunda untuk bersedekah sehingga ruh sampai di kerongkongmu, maka, kamu baru berkata, "Ini untuk si fulan dan itu untuk si fulan, padahal harta itu sudah menjadi milik si fulan." (HR Bukhari no: 2748) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sedekah yang paling besar pahalanya ialah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurang apabila bersedekah dan kita p**a berhasrat dengan mengumpul harta itu akan menjadi kaya.

2. Bersedekah jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput kita

3. Segera bersedekah, jangan tunggu nyawa sampai dihalkum. Bila kita mati, harta yang ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.

10/06/2023

SAYYIDUL ISTIGHFAR 💙

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Photos from D'sufi TAMAN U's post 09/06/2023

Antara pesakit kami yg berpuas hati atas khidmat yg disediakan insyaallah....

Photos from D'sufi TAMAN U's post 08/06/2023

MIGRAIN / SAKIT KEPALA 💙
Migrain atau sakit kepala sering menyerang kita. Ia mungkin disebabkan oleh faktor pengambilan makanan, persekitaran, cara kehidupan seseorang menangani stress, psikologi, ubat-ubatan atau perubahan gaya tidur seseorang.
Kami di DSufi Taman Universiti ada menawarkan beberapa kaedah rawatan untuk melegakan migrain atau sakit kepala.
📌 Kaedah Pertama - Berbekam di titik Ummul Mughit ( Titik tengah kepala )
Kaedah bekam angin dan darah tanpa cukur dengan menggunakan mesin di titik point bekam di atas kepala.
📌📌 Kaedah Kedua - Berbekam di kawasan muka. Ada 5-6 titik / point bekam dikawasan muka . Point ini juga terdapat point sinus yang mana sinus juga boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain.
📌📌📌 Kaedah Urutan & Kiropratik
Urutan totok atau urutan di point-point migrain bagi melancarkan peredaran darah. Di akhir urutan, terapis akan membuat kiropratik dibahagian telinga, leher dan kepala untuk kelegaan.
📌📌📌📌 Kaedah Akupuntur
Akupuntur / TCM adalah salah satu alternatif selain berbekam dan urutan. Tusukan jarum halus ke point-point diatas kepala dan telinga. Akupuntur berfungsi membetulkan dan mengaktifkan saraf-saraf disekitar kepala.
Jika anda mengalami migrain atau sakit kepala bolehlah diikhtiarkan salah satu kaedah yang kami jalankan. Ini adalah cara alami selain pengambilan ubat-ubatan.
D'Dufi D'sufi TAMAN U
( Pusat Hidroterapi )
No 30-01 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
Skudai.
www.wasap.my/60127482274/MigrainAnne

www.wasap.my/60123732065/MigrainNani

www.wasap.my/60177045566/MigrainHamzi

www.wasap.my/60183145224/MigrainEqbal

Photos from D'sufi TAMAN U's post 08/06/2023

🍀🍀 D'SUFI HERBS 🍀🍀
💙 Minyak Aromaterapi Citrus (Lemon)💙

Harga sebotol : RM15 SM / RM18 S&S
Minyak terapi ini berasaskan lemon dan tidak berminyak. Hanya sapu-sapu dibahagian badan yang tidak selesa seperti lenguh-lenguh bahu atau badan anda, Insyaallah dapat memberikan keselesaan dan kesegaran. Antara yang lainnya dapat juga membantu :
✅ Melegakan angin dalam badan.
✅ Melegakan selsema dan hidung tersumbat.
✅ Meredakan resdung.
✅ Melegakan mabuk atau rasa loya.
✅ Meredakan stress.
✅ Mengatasi kemurungan.
✅ Mengatasi histeria.
✅ Mengatasi gangguan makhluk ghaib atau gangguan paranormal.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

💙 Minyak Angin BidaraSufi 💙

Harga sebotol : RM10 SM / RM13 S&S

✅Membuang Angin
✅Merawat Sakit Kepala / Pening / Migrain / Stress
✅Merawat Sakit Perut / Kembung Perut
✅Sukar Tidur
✅Merawat Gangguan Jin (Insyaallah)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Kedua-dua minyak ini ialah roll-on basis.
Hanya sapu-sapu ditempat yang perlu atau sakit insyaallah anda akan rasa selesa dan lega selepas menggunakannya. Wajib ada sebotol dalam setiap rumah atau di dalam handbag anda 🥰
💙 Sabun Mandian Biadarasufi 💙
Harga sebuku : RM15 SS / RM18 S&S
Sabun ini diperbuat daripada daun-daun berasakan herba seperti Daun Bidara, Daun Sireh, Daun Gelenggang,Daun Semambu, Daun Pudina dan lain-lain. Antara kegunaan dan khasiatnya ialah :

✅ Menggantikan sabun / shower cream / gel mandian yang tidak bersesuaian dengan kulit anda.
✅ Meredakan kegatalan kepada kulit.
✅ Meredakan ruam / alahan / ekzima.
✅ Tidak memberikan kesan kering dan rasa nyaman selepas menggunakan sabun ini.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Boleh dapatkan dengan semua Pusat Rawatan Islam D'Sufi di seluruh Malaysia atau yang berdekatan dengan kami ;
D'sufi TAMAN U (Pusat Hidroterapi),
No 30-01 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai.

atau

www.wasap.my/601277482274

06/06/2023

Sakit bahu lebih 3 bulan

05/06/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad💙
KHASIAT AIR KELAPA MUDA
Mahu tahu apakah kebaikan air kelapa? Ini hanya sebahagian manfaatnya:

1) Dapat mengurangkan berat badan

Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan.

2. Baik untuk kulit

Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.

3) Melambatkan proses penuaan

Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.

4) Membantu penghadaman

Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.

5) Menurunkan tekanan darah

Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan.

Info dari Sinar Harian.

05/06/2023

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Photos from D'sufi TAMAN U's post 04/06/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Tanda-tanda anda memerlukan urutan badan :
📌 Sering berasa keletihan dan kelesuan
📌 Mudah merasa marah
📌 Mood swing atau fikiran yang sering bercelaru
📌 kerap sakit kepala
📌 sakit bahagian bahu belikat dan pinggang
📌 Susah tidur malam
📌 Sering mengalami sakit menstrual ( period pain )
📌 Kesihatan semakin merosot seperti kerap demam
📌 Untuk merehatkan badan dan minda atau Me Time
📌 Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat
📌 Kerap buang air kecil sehingga merasa tidak selesa
📌 kanak-kanak yang mengalami masalah seperti down sindrom, autism, speech delay atau tantrum berlebihan
Sila hubungi terapis / perawat kami untuk temujanji.
www.wasap.my/60127482274/UrutanKakAnne
www.wasap.my/60123732065/UrutanNani
Alamat :
D'sufi TAMAN U ( Pusat Hidroterapi )
No 30-01 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai.
Johor.

Photos from D'sufi TAMAN U's post 03/06/2023

DENAH....

Apa itu denah ???

Denah adalah penyakit gangguan jin yang kebiasaannya terkena atau terpijak pada bahagian tanah.

Kebiasaanya pesakit yang menderitai penyakit ini akan merasai bahang panas,berdenyut-denyut bisa pada bahagian tersebut.

Jika dibiarkan lama, kulitnya akan mengeluarkan air bisa.

Gangguan ini boleh merebak sampai ke pangkal peha. Jika TIDAK DI RAWAT dengan SEGERA kulitnya (bahagian yang terkena) akan mengeras / menegang dan menyukarkan pergerakan pesakit

! ! ! AWAS ! ! ! !

Pesakit yang terkena denah tidak di galakkan sapu minyak panas atau di urut , berkemumgkinan sakitnya akan menjadi semakin teruk.

Ayam serta telur juga perlu dielakkan makan ketika sakit ini masih belum pulih.

'KAMI HANYA MERAWAT
ALLAH S.W.T. JUA YANG MENYEMBUHKAN'

Share dan kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan...Mungkin Asbab anda dapat membantu ramai yang sedang menderita dengan penyakit DENAH ini...

Jom buat oppoitment sekarang untuk (booking) dapatkan rawatan ! ⬇️⬇️⬇️⬇️

☎️ 017-7045566 (Hamzi)

https://www.wasap.my/60177045566/RawatanDenah
https://www.wasap.my/60177045566/RawatanDenah

________________________________________________

03/06/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad💙
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda,
" Barangsiapa berbekam pada hari ke 17,19,21 Hijriyah maka ia sembuh dari segala penyakit "
( HR Abu Daud )
Tarikh sunah berbekam bulan Jun jatuh pada;

📌 6,8,10 Jun 2023

Atau

📌 17,19,21 Zulkaedah 1444
Jom buat temujanji dengan kami untuk berbekam.
Terapis lelaki untuk pelanggan lelaki,
Terapis wanita untuk pelanggan wanita.
D'sufi TAMAN U ( Pusat Hidroterapi )
No 30-01 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai.
www.wasap.my/60127482274/BekamKakAnne

www.wasap.my/60123732065/BekamNany

www.wasap.my/60177045566/BekamHamzi

www.wasap.my/60183145224/BekamEqbal

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kangkar Skudai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Bone adjust#BoneAdjustment #urutansaraf #urutantradisional #bekamsunnah
💥 TARIKH SUNNAH BERBEKAM BULAN JULAI 2023 / ZULHIJJAH 1444H💥🛑 Tarikh terbaik untuk berbekam pada bulan ini yang disyorka...
Allahumma Soli A'la Muhammad 💙.Masalah Migrain / Sakit Kepala.Terima kasih kepada adik Sharifah yang sudi hadir ke pusat...
Sakit bahu lebih 3 bulan#urutantradisional #urutansaraf #BoneAdjustment #fisioterapia #bekam #physiotherapy #bekamsunnah
Allahumma Soli A'la Muhammad 💙.Terima kasih Allah untuk rawatan Bone Alightment. Sakit dibahagian tengkuk seperti tegang...
#BoneAdjustment #bekam #urutansaraf

Category

Telephone

Website

Address


NO 30-01 Jalan PENDIDIKAN 3
Kangkar Skudai
81300

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Other Health/Beauty in Kangkar Skudai (show all)
Odah2u Dexandra Kangkar Pulai Odah2u Dexandra Kangkar Pulai
Kangkar Skudai, 81300

Jom Wangi dan berjaya !!!

Fabulous OASIS Health & Beauty Johor Fabulous OASIS Health & Beauty Johor
Jalan Pulai Jaya 37
Kangkar Skudai, 81100

Authorised Registered Stokis for Fabulous OASIS Health & Beauty HQ FMS9000-29

Anak Intelek Anak Intelek
44, Jalan Pulai Ria 2, Bandar Baru Kangkar Pulai
Kangkar Skudai, 81300

Membantu masalah kulit.

SF.BeautyAesthetic SF.BeautyAesthetic
Kangkar Skudai

微整操作师�@Shufang 承接各种微整型项目� 咬肌/溶脂/玻尿酸填充/黑眼圈/?

NK Age Reverse-by Dr Siti Hamidah NK Age Reverse-by Dr Siti Hamidah
No 47, Jalan Flora 3/1, Taman Pulai Flora Ville
Kangkar Skudai, 81300

Dapatkan kulit muka yang bebas jeragat, jerawat dan baiki tanda-tanda penuaan di wajah anda sekarang

泰师傅正宗养生馆(skudai第三分行) 泰师傅正宗养生馆(skudai第三分行)
63, Jalan Jaya Mas 1, Taman Jaya Mas Skudai
Kangkar Skudai, 81300

泰师傅正宗养生馆正立以来,我们始终已顾客致上,五星级的服务,一流的环境。让我们已专业的技能来呵护您的健康。养生保健的最加选择。

COWAY BY LINA COWAY BY LINA
Taman Skudai
Kangkar Skudai, 81300

Your trusted health planner

Tigrox 虎乳芝 - 阿庆 Tigrox 虎乳芝 - 阿庆
Kangkar Skudai, 81300

Tigrox虎乳芝🐯 被视为大马国宝。在早期,‘虎乳芝’ 被大马原住民用来医?

JANDA JANDA
Kangkar Skudai

Bisnes Baik Untuk Suri Rumah

GCOOPMalaysia电商平台 GCOOPMalaysia电商平台
No 1, Jalan Nusa Jaya Mas 4/2
Kangkar Skudai

保健品和保养品一样道理 不吃保健品 - 你自己感觉衰老 不用保养品 - 人家感觉你衰老 �微信:joankong2323

COD Shaklee Skudai Dee 0167244796 COD Shaklee Skudai Dee 0167244796
Kangkar Skudai

Available COD Ahad-Khamis

Anakku Sayang Anakku Sayang
Taman Universiti
Kangkar Skudai, 81300

Kepakaran kami adalah membantu anak2 kecil yg mempunyai masalah batuk kahak, demam, selesema