NK Age Reverse-by Dr Siti Hamidah

Dapatkan kulit muka yang bebas jeragat, jerawat dan baiki tanda-tanda penuaan di wajah anda sekarang. Madya Dr. Siti dan pasukannya dari UTM, Johor.

Age Reverse -by NK merupakan produk tempatan hasil kerjasama Prof.

27/06/2022

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua NK Lovers! 💖. Pengumuman berkenaan sesi Fb Live kita Julai nanti.
Tarikh 16 Julai 2022. Lebih RM10,000 untuk dimenangi. Semua pembeli bulan Jun layak menyertai cabutan bertuah (nama automatik masuk dalam database).
Grand prize akan turut terima perfume Tommy Hilfiger Woman yang merupakan perfume kegemaran Dr Siti! 😍
Jangan lupa set date kerana sebahagian hadiah adalah khas untuk yang join live 😚.. Thank you and take care 😚😘

24/06/2022

Rangkaian produk NK ❤️

www.naturallawa.com

Photos from NK Age Reverse-by Dr Siti Hamidah's post 21/06/2022

Jom Kenali Pengasas NK Age Reverse 😍
Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar (Ph.D) merupakan seorang pensyarah di Malaysia – Japan International Institute of Technology (MJIIT) UTM dan merupakan penyelidik di Centre of Lipid Engineering Applied Research (CLEAR) UTM.
Bidang pengkhususan beliau adalah Kejuruteraan Kimia iaitu dalam Nano Teknologi. Pada 2008 beliau telah menamatkan pengajian PhD dalam bidang Nanoteknologi Micellar di UK.
Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau mengalami masalah bibir yang sangat kering dan hitam. Beliau sendiri kurang pasti puncanya.
Pada masa yang sama beliau sedang membuat penyelidikan mengekstrak pewarna semulajadi daripada tumbuhan tempatan.
Hasil penyelidikan itu Alhamdulillah beliau dan pasukan penyelidik lain berjaya mencipta pigmen warna daripada bunga Roselle yang paling stabil dan ianya sangat sesuai untuk kegunaan kosmetik.
Beliau mendapat ilham untuk merumuskan pelembap bibir berasaskan tumbuhan semulajadi daripada ekstrak Roselle tersebut kerana bibirnya semakin teruk.
Formula itu mengagumkan beliau sendiri kerana bibir yang kering kembali sihat, lebih lembap dan berwarna merah jambu dalam masa yang singkat.
Beliau kemudian membangunkan prototaip yang betul untuk membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama. Beliau sangat menitik beratkan bahan yang akan digunakan pada wajah supaya tidak memberi kesan bahaya di kemudian hari.
Oleh kerana banyak produk pelembap bibir dipasaran yang tidak dapat dipastikan kandungan bahannya, menghasilkan produk yang 100% selamat bagaikan perjuangan bagi dirinya.
Akhirnya, hasil kajian beliau bersama para saintis di UTM ini telah memenangi lebih 30 anugerah berprestij di peringkat tempatan. bahkan diperingkat antarabangsa!
Setelah berjaya memenangi geran Teraju Superb daripada kerajaan yang berjumlah RM500 ribu, beliau dan pasukan bekerja keras membangunkan lebih banyak formula dan produk untuk membantu lebih ramai wanita Malaysia.
Sehingga kini, rangkaian produk NK semakin berkembang antaranya adalah Lipstik, Lotion, Two Way Cake Foundation, Micellar, dan yang terbaru adalah Age Reverse Series iaitu Cleanser, Pelembab dan Facial Scrub. Pasukan penyelidik juga bakal menghasilkan Serum yang dijangka berada dipasaran sedikit masa lagi.
Penyelidikan Micellar ini telah menggondol Gold Medal Award iCAN 2020 - Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills.
Selain itu, NK berjaya mendapat pengiktirafan "Lab Tested" iaitu pensijilan tertinggi untuk produk berasaskan bioteknologi dimana NK adalah yang pertama diiktiraf dalam kategori Skincare..

19/06/2022

MENGAPA PERLU TUNGGU 3 MINIT SEBELUM BILAS AGE REVERSE CLEANSER?

Mungkin ini kali pertama pengguna skin care dinasihati agar menunggu beberapa minit sebelum membilas cleanser yang dipakai. Memang, jika cleanser biasa yang mengandungi bahan-bahan pencuci sintetik (terutamanya SLS), ia perlu dibilas secepat mungkin kerana membiarkan lama di wajah akan lebih merosakkan kulit.
Tetapi Age Reverse cleanser adalah amat berbeza dengan pencuci wajah yang biasa yang menggunakan bahan berbuih sintetik itu. Age Reverse menggunakan formulasi natural, water based, tidak merengsa kulit, pencuci yang amat berkesan, dan yang teristimewa adalah ia mengandungi bahan antipenuaan.
Namun,terdapat banyak persoalan mengenai cara penggunaan Age Reverse, mari kita baca satu persatu.
1. Mengapa perlu tunggu 3 minit?

Age Reverse Cleanser telah dibangunkan dengan amat teliti oleh team penyelidikan kami di UTM. Bukan sahaja ia memilih bahan-bahan terbaik dunia, teknologi terbaik untuk penyerapan, malahan kami mengkaji keberkesanan penyerapan bahan. Ia digelar sebagai Kajian Penyerapan (Absorption Test). Keputusan menunjukkan penyerapan bahan aktif dalam skin care NK bermula dari 3 minit sehingga 15 minit. Dalam tempoh ini, bahan aktif antipenuaan seperti asid hyaluronik, bee venom, tsubaki ekstrak, roselle ekstrak dan lain-lain akan meresap ke dalam kulit.
2. Jika tak tunggu 3 minit?

Tak mengapa kerana ia tetap berfungsi sebagai cleanser yang efektif. Malahan Age Reverse boleh mencuci dengan 5 kali lebih berkesan dari pencuci biasa. Kami mencadangkan tunggu beberapa minit agar bahan-bahan antipenuaan dapat menyerap secara optimum. Tetapi jika kita tiada masa atau dalam keadaan rushing, tak mengapa jika terus dicuci seperti pencuci wajah yang lain.

3. Kenapa memakai Age Reverse cleanser ada step tunggu 3 minit p**a, tak macam produk lain?

Step tunggu beberapa minit ini bukan untuk menyusahkan, tetapi ia menjadi nilai tambah (added value) yang sangat special kepada para pengguna. Inilah keistimewaan NK, kami memahami kesan optimum sesuatu produk bukan sahaja terletak kepada bahan yang digunakan, malahan cara pakai, dan berapa masa yang diperlukan untuk mendapat kesan terbaik.
4. Jika tunggu lebih dari 15 minit?

Boleh jika Cik Puan ada banyak masa. Walaupun keputusan ujian menunjukkan 15 minit adalah masa penyerapan paling optimum, tetapi selepas itu masih ada penyerapan walaupun telah berkurangan. Kesimp**annya, ia bergantung dengan masa dan kesempatan. Jika tiada masa, terus bilas pun tak apa kerana ia tetap mencuci wajah dengan berkesan. Jika ada masa, boleh tunggu untuk mendapat penyerapan bahan antipenuaan.
5. Bolehkah tidak dibilas?

Ada dua cara penggunaan Age Reverse cleanser. Yang pertama adalah menggunakan kapas muka. Dengan cara ini, boleh jika tidak dibilas kerana kotoran telah pun dibuang dengan menggunakan kapas tersebut. Cara kedua ialah dengan meletakkan di tapak tangan dan menyapukan terus ke wajah. Cara ini, perlu bilas kerana kotoran masih ada di wajah jadi wajah perlu dibasuh menggunakan air.
Kesimp**annya, step menunggu beberapa minit ini BUKAN untuk menjadikan cleanser lebih berkesan sebagai pencuci wajah, TETAPI agar berlaku penyerapan bahan antipenuaan secara optimum ke dalam kulit.
Age Reverse Cleanser diformulasi bukan setakat mencuci, malah sebagai produk antipenuaan yang berkesan. Ia juga bertindak sebagai toner dan pelembab. Pemakaian yang konsisten dan mengikut cara yang betul akan memberikan hasil yang amat memuaskan. Wajah akan menjadi lebih anjal dan berseri, complexion menjadi semakin cerah, garis halus berkurang, memudarkan parut dan jeragat. Kulit akan menjadi segar dan sihat dari dalam dan memelihara kulit untuk tempoh yang panjang.
Produk ini bukan sahaja memfokuskan lapisan luar kulit semata-mata, tapi menggunakan teknologi nano-misel, bahan anti penuaan akan menyerap ke dalam kulit dan mampu membantu mempercepatkan metabolisma sel, seterusnya menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat bagi menggantikan sel kulit yang rosak. Semua fungsi ini ada dalam satu botol Age Reverse cleanser 😊🤗.

Nota: Gambar Dr Siti sedang melakukan eksperimen Absorption test pada Jun 2019.

13/06/2022

Berikut adalah cara untuk menggunakan NK AGE REVERSE cleanser:

Mula-mula sekali cabut penutup kecil di tengah botol. Penutup ini adalah untuk safety supaya tidak tumpah ketika postage.

Boleh menggunakan cleanser seberapa kerap yang diinginkan, dicadangkan untuk pakai setiap kali sebelum mengambil wuduk, atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Ada dua cara penggunaan,

1. Diletakkan sedikit di tapak tangan dan diratakan ke seluruh wajah. Tak perlu basahkan wajah terlebih dahulu. Biarkan dalam 2-3 minit, kemudian bilas bersih dengan air. Boleh gosok wajah atau pun biar sahaja tanpa menggosok sebelum dibilas dengan air.

2. Menggunakan kapas muka. Nota: cara ini tidak sesuai untuk orang berkulit sensitif. Tuangkan sedikit cleanser ke atas kapas muka dan sapu ke seluruh muka. Jika menggunakan cara ini, anda boleh membilas atau tidak membilas wajah dengan air.

Apabila wajah telah bersih dan kering, boleh spray Energy Water Mist sebagai moisturiser. Boleh pakai bedak seperti biasa.

Nota: Jika Cik Puan mempunyai kulit sensitif dan ingin test dulu samada akan alergik atau tidak, boleh sapukan di telinga sebelum tidur, jangan bilas, dan esoknya jika tiada kesan alergik, boleh sapu sekitar mata dan ulang cara yang sama. Jika tiada kesan seperti ruam dan bengkak bermaksud kulit tidak alergik dengan sesuatu produk 😊. Ini adalah cara mengesan jika kita alergik kepada produk skin care atau kosmetik.

12/06/2022

Kulit lembab adalah tips penting untuk awet muda.

Antara kesan yang paling awal dialami oleh pengguna Age Reverse cleanser adalah kulit menjadi lembab. Kulit yang kering adalah tanda awal penuaan dan perlu dirawat. Jika tidak, ia akan menghasilkan garis halus dan kedutan, dan pori menjadi besar (jika kulit kering di sekitar zone T).
Ramai pengguna Age Reverse yang mendapati kulit menjadi semakin lembab dalam beberapa hari atau minggu (bergantung kepada keadaan kulit seseorang), namun ada juga yang mengalami kulit menjadi kering selepas beberapa ketika dan mungkin menggelupas.
Walaupun keadaan ini tidak semestinya berpunca daripada penggunaan Age Reverse (hormon, persekitaran dan diet juga boleh menyebabkan masalah kulit kering dan menggelupas), namun beberapa langkah berikut boleh diamalkan:

1. Gunakan teknik sapu Age Reverse ke wajah menggunakan tapak tangan, dan dibilas bersih dengan air. Elakkan guna kapas muka.

2. Gunakan Energy Mist sebagai moisturiser tambahan. Meskipun dalam Age Reverse sudah ada moisturiser, namun bagi sesetengah orang, kulit mereka memerlukan pelembab tambahan. Age Reverse adalah cleanser. Maka agak terhad untuk meletakkan terlalu banyak bahan moisturiser di dalamnya. Spray Energy Mist dengan kerap sehingga kulit kering hilang.

3. Minum air secukupnya.

Saya pernah bantu beberapa orang pengguna yang menghadapi masalah kulit kering selepas beberapa minggu menggunakan Age Reverse Cleanser. Selepas mereka mengamalkan tips yang diberikan kini masalah telahpun diselesaikan dan mereka gembira dengan perubahan kulit yang semakin lembab, berseri dan sihat semulajadi.
Bagi sesetengah orang, mungkin kulit mengambil masa untuk ‘adapt’ dengan Age Reverse yang baru digunakan. Age Reverse bukan produk penghakis yang bertindak di luaran, yang lama kelamaan boleh menipiskan kulit. Age Reverse merawat secara semulajadi untuk menghasilkan sel kulit yang lebih sihat dari dalam. Pengguna perlu bersabar kerana kitaran kulit baru terhasil dalam 3-5 minggu.
Teruskan menggunakan Age Reverse dengan konsisten, inshaAllah Cik Puan akan berpuas hati dengan hasilnya.
Gambar: Puan Azila, 50 tahun, gembira dengan perubahan kulit selepas menggunakan Age Reverse dan Energy Mist yang menurut beliau, “Rasa kulit ringan, lembut dan lembab.. Gembira sangat kerana bertemu AR..” 💙💝

Sumber: FB Dr. Siti Hamidah (Ketua Penyelidik & Pengasas NK Age reverse)

07/06/2022

Ramai yang tak tahu, atau ignore fakta bahawa punca utama penuaan kulit adalah kerana kulit tidak dilindungi dari sinaran UV A dan UV B.
Menurut pakar kulit, jika dari awal remaja kita sudah membiasakan pakai sunscreen, penuaan kulit akan menjadi lebih lambat dan kulit kekal cantik.
Tapi kita selalu hanya fokus kepada pencuci, toner, bedak/foundation sahaja.
Apabila usia meningkat, dan masalah garis halus, jeragat dan kulit kusam timbul, barulah kita mencari penyelesaian. Sedangkan mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Walaupun kita rasa tak terdedah dengan panas terik (UV 😎, sebenarnya setiap hari kita terdedah dah kepada UV A walaupun hanya duduk dalam bangunan.
Kerana itulah Naturel Kiss menghasilkan Rose-UV Sunscreen. Jika ada sesetengah sunscreen memedihkan kulit, kami membuat kajian bagaimana menggunakan bahan natural yang lebih compatible dan selamat untuk kulit.
Tak banyak sunscreen yang menggunakan bahan semulajadi dalam formulanya. Rose-UV Sunscreen mengandungi minyak biji lobak yang merupakan pelindung UV semulajadi.
Malahan kami juga mencampurkan minyak mawar tulen bagi menghasilkan efek aromaterapi. Ini sunscreen yang berbau wangi natural 💕.
Jom sertai keluarga Naturel Kiss dan menyokong usaha kami untuk menghasilkan produk skin care dan kosmetik yang bernilai tinggi, efektif dan selamat 😚🤗

05/06/2022

Cara penggunaan NK Age Reverse Cleanser 😍

05/06/2022

Beberapa kategori kesan penggunaan Age Reverse by NK kepada kulit pengguna:

1. Berkesan dalam tempoh yang amat singkat (3 hari). Pengguna yang mengalami keadaan ini amat bertuah kerana kulit sangat compatible dengan AR.
2. Berkesan dalam tempoh yang singkat (dalam 2 minggu). Kebanyakan pengguna akan merasakan kulit menjdi semakin lembut, lebih glowing, parut dan jeragat pudar. Bagi yang berjerawat, jerawat mudah kering.
3. Berkesan dalam tempoh sebulan. Kesan seperti no 2 tetapi ambil masa yang agak panjang (mungkin disebabkan kitaran kulit baru yang agak lambat).
4. Berkesan dalam tempoh beberapa bulan. Ini biasanya untuk kulit yang terdedah kepada bahan bertoksik/low quality sebelum memakai AR, atau jerawat yang kronik. Dengan sabar dan konsisten pemakaian AR dan Mist, inshaAllah akan membantu memulihkan wajah (jeragat yang tebal atau dalam dari bawah kulit ambil masa lebih lama).
5. Mengalami alergik disebabkan alahan kepada bahan natural. Terdapat segelintir (kurang dari 1%) pengguna mengalami keadaan ini. Sebahagian mereka tetap boleh menggunakan AR dengan perlahan-lahan memperkenalkan sedikit demi sedikit AR kepada kulit tetapi sebahagian kecil yang lain memang tidak sesuai dengan bahan natural.

05/06/2022

KENAPA SKIN CARE NK-AGE REVERSE DALAM BENTUK CECAIR (LIQUID), BUKAN KRIM?

Bagi pengguna produk skin care yang sudah terbiasa dengan krim-krim, pasti akan terasa janggal memakai skin care Age Reverse NK yang berbentuk seperti air.
Mesti ada yang tertanya-tanya, berkesankah Age Reverse ini? Bolehkan produk berbentuk cecair ini memberi kesan seperti yang diwar-warkan.
Ramai yang tahu, Age Reverse adalah produk terkini yang merupakan formulasi terbaik hasil R&D kami. Setiap aspek diteliti, dan keputusan untuk memilih bahan apa, cecair atau krim, bagaimana penggunaan, adalah berdasarkan kajian terperinci, bukan mengikut kebiasaan dan formulasi jenama lain.
Kami menggunakan formulasi original yang tidak ditiru dari mana-mana. Kami memperkenalkan produk yang lebih mudah digunakan, berkesan, selamat dan tidak memerlukan banyak rutin.
Berikut adalah sebab mengapa kami memilih formulasi bentuk cecair untuk produk Age Reverse:

1. Kebanyakan bahan aktif seperti fenol, mineral, vitamin dan sakarida adalah bersifat larut air (water soluble). Oleh itu, produk skin care yang berasaskan air (water based) memberikan penyerapan aktif yang lebih baik ke dalam kulit.

2. Berdasarkan kajian kami, kulit orang Asia lebih kepada berminyak atau bersifat kombinasi. Maka produk water based memberi efek kurang berminyak seterusnya membantu mengurangkan penghasilan sebum yang boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat dan pore tersumbat.

3. Dengan menggunakan formulasi cecair, lebih mudah untuk menggabungkan fungsi cleanser + toner + moisturiser. Ini adalah sebab kenapa produk berbentuk krim memerlukan banyak step dan rutin kerana ia tidak boleh digabungkan.

4. NK menggunakan teknologi nano-misel yang memang perlu dalam keadaan cecair transparent. Jika kami membuat formulasi dalam bentuk krim, maka teknologi ini tidak boleh digunakan. Teknologi ini melibatkan saiz molekul yang paling halus berbanding sistem yang lain. Meskipun NK akan kelihatan ‘berbeza’ berbanding produk terkenal yang berbentuk krim, tetapi keberkesanan NK adalah lebih tinggi kerana penyerapan bahan aktif yang lebih baik.

Memang agak besar cabaran yang kami perlu hadapi apabila mengeluarkan produk yang seolah-olah bertentangan dengan norma biasa produk skin care. Sudahlah bentuk cecair, satu botol sudah merangkumi semuanya cleanser, toner dan moisturiser p**a (kecuali yang ingin extra moisturiser, boleh guna Energy Mist).
Inilah hasil penyelidikan dan ilmu yang kami perolehi sepanjang membuat kajian intensif sejak hampir 10 tahun. Memang tidak sama seperti orang lain, tapi mengapa perlu sama, jika kami telah membuktikan bahawa produk Age Reverse ini amat berkesan dan telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kulit mereka ❤️. Terima kasih kepada semua yang mempercayai Age Reverse dan NK😊🤗

19/04/2022

Jika anda sedang mencari cara hilangkan masalah jeragat, kenapa anda masih belum cuba NK Age Reverse Cleanser?
Produk ini dihasilkan dari penyelidikan di UTM Johor
Ya, 100% Buatan Malaysia dan menggunakan bahan semulajadi berkualiti tinggi yang diimport khas dari Jepun serta Halal lagi suci.
Anda akan merasai kesan yang menakjubkan pada kulit wajah anda hanya dalam beberapa kali penggunaan.
NK Age Reverse Cleanser ini mendapat kelulusan dari KKM & SIRIM serta diiktiraf selamat untuk digunakan.
❌ Bukan produk timbang kilo
❌ Tidak mengandungi bahan toksik dan mercury
❌ Tiada rutin yang complicated
Harga Asal untuk join VVIP ni RM159.90
Tapi untuk harini promosi serendah RM119 sahaja untuk set percubaan dan anda akan mendapat akses VVIP seumur hidup.
✅Free Konsultasi Kesihatan Wajah
✅Free Monthly Live bersama Dr. Siti & Team
✅Free Postage
✅10% Diskaun Repeat Order Seumur Hidup
Usah bertangguh lagi. Wajah yang tidak dirawat segera mungkin akan menjadi kronik dan sukar dirawat. Maruah dan harga diri perlu dijaga.
Dapatkan di sini www.naturallawa.com
P/S: Untuk pembelian pantas di website pada hari ini, anda akan terus mendapat Akses VVIP Group NK Customers dan boleh menonton kesemua Live bersama Dr. Siti. Jumpa anda sekejap lagi!

Photos from NK Age Reverse-by Dr Siti Hamidah's post 19/04/2022

Jom tengok apa kata pengguna produk NK Age Reverse 😍

Dapatkan di 👉 www.naturallawa.com

19/04/2022

Sunscreen is for life, not just for summer!
Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen atau juga dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalam penjagaan kulit. Ini bermakna, jika ada menggunakan pelbagai produk kulit, tapi tidak menggunakan sunscreen, penjagaan kulit anda seakan-akan tidak lengkap.

Mengapa ianya sangat penting untuk kulit?

Berikut merupakan 4 kepentingan Sunscreen untuk kulit wajah anda:

1. Mengelakkan keradangan kulit.
Apabila kulit selalu terdedah dengan sinaran UV, ia akan menyebabkan kemerahan dan keradangan kulit dan sangat memedihkan. Ianya akan menjadi lebih teruk sekirangan anda mempunyai masalah kulit seperti eczema. Dengan menggunakan sunscreen pada kulit, ianya dapat menjadi lapisan pelindung kulit anda daripada sinaran UV yang merbahaya.

2. Mengurangkan risiko kanser kulit.
Kanser kulit biasanya berpunca daripada kulit yang sering terdedah dengan matahari. Dengan menggunakan sunscreen setiap hari, ianya menjadi langkah pencegahan dari risiko kanser kulit.

3. Mengelakkan tona kulit yang tidak sekata.
Antara kepentingan sunscreen yang lain adalah untuk mencegah tona warna kulit yang tidak sekata. Tona warna kulit yang tidak sekata ini akan keluar dengan ketara apabila usia anda sudah lanjut. Mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan jelas kelihatan apabila anda meningkat usia. Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil ‘sun spots’ atau ‘liver spots’ dan kebiasaannya ia berwarna gelap. Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Untuk mengelakkan kesan ini terjadi, penggunaan sunscreen adalah wajib.

4. Mencegah sunburn.
Pakar dermatologist selalu menekankan kepentingan sunscreen dan pencegahan kulit daripada terkena sunburn. Anda boleh mengalami sunburn sekiranya anda menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen. Sekiranya kulit anda sering terkena sunburn, ia membuatkan risiko untuk anda mengalami kanser kulit lebih tinggi daripada biasa. Ini kerana sunburn yang terjadi boleh merosakkan pelindung kulit yang boleh menyebabkan bukan sahaja kanser malah kedutan pramatan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain.

Dapatkan sunscreen anda di www.naturallawa.com

12/02/2022

WOW! Tengok ni senaman simple je untuk dapatkan wajah yang lebih cantik, sihat semulajadi dan yang penting awet muda. 😍

Kongsi video ni dengan rakan-rakan jika bermanfaat. 😘

www.naturallawa.com

Kredit: Fabiosa

22/01/2022

Membuat laporan polis kepada page Queen Cosmetic dan produk Vibrant Glamour yang menggunakan gambar dan video saya yang dialihsuara. Page mereka telah dipadamkan petang tadi tapi laporan polis tetap dibuat bagi memastikan keselamatan saya dan NK, dan menjaga reputasi semua pihak berkaitan NK, dan bagi mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

(Sumber FB Dr. Siti Hamidah)

14/01/2022

Salam Jumaat 😊

04/01/2022

Antara fungsi NK Age Reverse Cleanser adalah:

✅ Mengecutkan Jerawat
✅ Mengawal pertumbuhan Jeragat
✅ Mengurangkan Kulit Berminyak (Mengecilkan liang pori)
✅ Memperbaiki kesan penuaan

Dapatkan NK Age Reverse anda sekarang!

www.naturallawa.com

Photos from NK Age Reverse-by Dr Siti Hamidah's post 04/01/2022

" NK Age Reverse setanding produk ANTARABANGSA!"

Ini adalah sebahagian testimoni yang kami terima dari pengguna setia NK Age Reverse Cleanser. Dapatkan sekarang!

www.naturallawa.com

03/01/2022

Kenapa kami sangat istimewa dan berbeza berbanding produk lain? Ikuti perkongsian daripada Prof. Madya Dr. Siti Hamidah, Ketua Penyelidik dan Pengasas NK Age Reverse.

www.naturallawa.com

26/12/2021

SEMUA PRODUK CLAIM BOLEH HILANGKAN JERAGAT. BAGAIMANA PILIH YANG TERBAIK?

Oleh kerana jeragat adalah masalah kulit yang paling utama dihadapi oleh rakyat Malaysia, maka banyak produk yang menawarkan boleh mengurang/menghilangkan jeragat.
Bagi yang berpengetahuan mengenai ilmu kimia, boleh tahu, ada yang claim antipenuaan (khususnya merawat jeragat), tetapi bahan aktif utama yang diwar-warkan adalah bersaiz besar, yang tidak dapat menyerap ke dalam lapisan kulit.
Bahan bersaiz besar ini mungkin berkesan di atas lapisan kulit, maka sebenarnya ia lebih berkesan mencerah, dan jika boleh merawat jeragat, hanya sedikit sahaja kesan di permukaan kulit.
Sedangkan masalah jeragat adalah dari bawah lapisan kulit. Sekiranya ingin merawat jeragat dengan cepat, kita mestilah merawat kulit kita dari dalam.
Kitaran kulit adalah secara puratanya 4 minggu, tetapi semakin meningkat usia, semakin lama, mungkin 6 minggu tempoh yang diambil untuk penghasilan sel kulit baru.
Sel kulit baru terhasil di lapisan PALING BAWAH epidermis. Naik ke atas setiap kitaran, sehingga ke lapisan paling atas, iaitu permukaan kulit menjadi lapisan matang yang akan mati.
Jika kitaran kulit baru mengambil masa terlalu lama, ia boleh menyebabkan pengump**an sel kulit mati yang merupakan faktor kulit kelihatan kusam dan mudah menampakkan tanda penuaan.
Untuk mendapatkan lapisan atas yang berkualiti, kita perlu merawat kulit kita dari dalam, bukan hanya di permukaan. Sekiranya skin care yang digunakan hanya mencerahkan dan membuang sel kulit mati di permukaan atas, kita masih tak dapat memastikan sel kulit baru di lapisan paling bawah adalah sel yang sihat.
Disebabkan faktor ini, ramai yang merasakan sesuatu produk tidak lagi berkesan setelah memakai dalam beberapa tempoh masa.
Maka, di sinilah kepentingan teknologi nano yang akan membantu bahan aktif yang digunakan dalam sesuatu produk dapat meresap ke dalam lapisan epidermis.
Ingat, sebagus mana bahan yang digunakan, jika tidak disokong dengan teknologi bagi membantu penyerapan, maka keberkesanan sesuatu produk itu hanya di permukaan kulit sahaja.
Pakar kulit mengatakan, untuk melihat kesan sesuatu produk yang digunakan, kita perlu menunggu 1 hingga 3 kitaran, iaitu antara satu hingga 3 bulan.
Namun, bagi produk NK, berdasarkan review yang dijalankan, hampir kesemua responden mengatakan dapat melihat hasil yang ketara seawal dua minggu - sebulan.
Ini kerana kami menggunakan bahan antiaging terbaik dunia (hyaluronic acid, bee venom, minyak biji lobak dan essential oil tertentu) YANG DISOKONG dengan nanoteknologi untuk penyerapan paling optimum. Kitaran penghasilan kulit baru juga dapat dipercepatkan.
Nota: Gambar menunjukkan lapisan epidermis, sel baru akan terhasil di no 1, iaitu lapisan epidermis kulit paling bawah.
Dipetik dari FB Dr Siti Hamidah-Founder NK Age Reverse

22/12/2021

ANDA RAGU-RAGU DENGAN PRODUK OEM (TIMBANG KILO) YANG MEMENUHI PASARAN? USAH RISAU LAGI KERANA KAMI MERUPAKAN ANTARA PENGELUAR KOSMETIK YANG MENGGUNAKAN 99% BAHAN SEMULAJADI.
INI ADALAH ANTARA PENCAPAIAN YANG DIKECAPI OLEH KAMI. 🥰
⭐ Feb 2020 - Gold Medal in Malaysia Technology Expo 2020 (MTE 2020), for the project ‘Roselle Extract as Emerging Materials for Sustainable Wellness Industries’.
⭐ Feb 2020 - Republic of Croatia International Award of Merit in The Malaysia-Croatia Technology Exchange 2020, for the project ‘Roselle Extract as Emerging Materials for Sustainable Wellness Industries’ – Project Leader.
⭐ Jan 2020 - Silver Medal in 10th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (ITRcX 2020), organized by UMP for the project ‘Naturel Kiss Online Shopping (NKOS)’ – Project Member.
⭐ Nov 2019 - Commercialization Award 2020 at Majlis Gemilang Fakulti Kejuruteraan UTM, Pulai Springs Resort Johor Bahru.
⭐ Oct 2019 - Silver Medal in International Conference and Exhibition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2019), for the project ‘Naturel Kiss: Green Cosmetics with Micellar Technology’ – Project Leader.
dan banyak lagi.
Jadi, usah risau dan bimbang lagi untuk mencuba produk terhebat ini. Layari sekarang www.naturallawa.com 😘

22/12/2021

Produk Age Reverse™ dihasilkan daripada kajian yang terperinci oleh team penyelidikan kami di UTM. Kami memilih bahan-bahan yang terbukti berkesan hasil dari kajian kami sendiri dan kajian pakar-pakar seluruh dunia. Formulasi yang dihasilkan adalah eksklusif dan original, tidak daripada mana-mana pihak yang lain. Antara ciri penting NK adalah ia berkesan, selamat dan setanding dengan kualiti produk berjenama pop**ar antarabangsa.
Dapatkan Age Reverse anda sekarang di
www.naturallawa.com

22/12/2021

Formula BeuT-Complex hasil penyelidikan dari Dr. Siti ini berkesan:
.
✅ Mengaluskan kulit
✅ Mengurangkan tanda-tanda penuaan
✅ Menghilangkan kulit kusam
✅ Mengekalkan kelembapan kulit
www.naturallawa.com

20/12/2021

Ini merupakan 5 proses bagaimana Age Reverse™ -by NK berfungsi terhadap kulit wajah anda 🥰
www.naturallawa.com

20/12/2021

Age Reverse-by NK merupakan produk keluaran Naturel Kiss hasil R&D di Malaysia yang berasaskan Agen BeuT-Complex yang mengandungi:

✅ Ekstrak Essential Oil untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit

✅ Asid Hyaluronik bertujuan menghilangkan kedutan dari dalam kulit, mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit

✅ Ekstrak Tsubaki yang menjaga keanjalan dan kelembapan klulit

✅ Ekstrak Roselle yang bertindak untuk menghaluskan kulit dan mengurangkan penuaan

✅ Power Natural Surfactant yang membantu membersih kotoran dengan berkesan tanpa merosakkan kulit wajah

✅ Bee Venom yang membantu menghilangkan parut jerawat, menghalang jeragat, menghilangkan kulit kusam serta mengurangkan garis halus penuaan

Kesemua Agen BeuT-Complex ini merupakan 99% bahan semulajadi yang tidak akan membahayakan kulit anda.

Produk ini dihasilkan oleh Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar dan kump**an penyelidiknya dari UTM, Johor.
www.naturallawa.com

20/12/2021

TERBONGKAR! Bagaimana lebih 15 Ribu wanita di Malaysia mendapatkan kulit wajah yang lebih Cantik,
Bersih, bebas jerawat serta jeragat dan paling MENGEJUTKAN, wajah mereka lebih awet muda dari sebelumnya.
Ikuti penjelasan dari pengasas produk yang kian hangat diperkatakan ini di Berita TV Alhijrah ini.

www.naturallawa.com

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kangkar Skudai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 47, Jalan Flora 3/1, Taman Pulai Flora Ville
Kangkar Skudai
81300

Other Health/Beauty in Kangkar Skudai (show all)
D'sufi TAMAN U D'sufi TAMAN U
NO 30-01 Jalan PENDIDIKAN 3
Kangkar Skudai, 81300

Urutan Terapi/Saraf Bekam Sunnah/Angin/Darah Akupuntur Mandi Terapi Ais Bone Adjustment Spa Muslimah

Odah2u Dexandra Kangkar Pulai Odah2u Dexandra Kangkar Pulai
Kangkar Skudai, 81300

Jom Wangi dan berjaya !!!

Fabulous OASIS Health & Beauty Johor Fabulous OASIS Health & Beauty Johor
Jalan Pulai Jaya 37
Kangkar Skudai, 81100

Authorised Registered Stokis for Fabulous OASIS Health & Beauty HQ FMS9000-29

Anak Intelek Anak Intelek
44, Jalan Pulai Ria 2, Bandar Baru Kangkar Pulai
Kangkar Skudai, 81300

Membantu masalah kulit.

SF.BeautyAesthetic SF.BeautyAesthetic
Kangkar Skudai

微整操作师�@Shufang 承接各种微整型项目� 咬肌/溶脂/玻尿酸填充/黑眼圈/?

泰师傅正宗养生馆(skudai第三分行) 泰师傅正宗养生馆(skudai第三分行)
63, Jalan Jaya Mas 1, Taman Jaya Mas Skudai
Kangkar Skudai, 81300

泰师傅正宗养生馆正立以来,我们始终已顾客致上,五星级的服务,一流的环境。让我们已专业的技能来呵护您的健康。养生保健的最加选择。

Tigrox 虎乳芝 - 阿庆 Tigrox 虎乳芝 - 阿庆
Kangkar Skudai, 81300

Tigrox虎乳芝🐯 被视为大马国宝。在早期,‘虎乳芝’ 被大马原住民用来医?

JANDA JANDA
Kangkar Skudai

Bisnes Baik Untuk Suri Rumah

GCOOPMalaysia电商平台 GCOOPMalaysia电商平台
No 1, Jalan Nusa Jaya Mas 4/2
Kangkar Skudai

保健品和保养品一样道理 不吃保健品 - 你自己感觉衰老 不用保养品 - 人家感觉你衰老 �微信:joankong2323

COD Shaklee Skudai Dee 0167244796 COD Shaklee Skudai Dee 0167244796
Kangkar Skudai

Available COD Ahad-Khamis

Anakku Sayang Anakku Sayang
Taman Universiti
Kangkar Skudai, 81300

Kepakaran kami adalah membantu anak2 kecil yg mempunyai masalah batuk kahak, demam, selesema

Inspired Perfume by BOLD & GOLD Inspired Perfume by BOLD & GOLD
Kangkar Skudai, 81300

BOLD & GOLD inspired perfumed 10 Haruman GENTLEMAN 25 Haruman LADIES 100% edp Pati asli dari Swiss K