Pasu bunga

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasu bunga, Grocers, Keningau.

13/10/2023
16/09/2022

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Bahan-bahan :
Bawang kecik 2 *mayang
Bawang putih 2 *mayang
Sesudu cili kisar (ikut tahap pedas masing2 lah)
Sesudu fish sauce ni
3@4 sudu sos tiram
3@4 sudu sos cili
Kicap
Gula
Sebiji telur
2 genggam kueyteow
Taugeh kucai udang.

Cara-cara :
1.Tumis hirisan bawang kecik dan bawang putih sehingga wangi.. masukkan cili kisar, macam biasa tunggu cili garing @ masak.
2.Masuk sos semua sekali, air, kicap, gula, telur. Biarkan mendidih seketika.. rasa balik.. jgn manis sgt sbb belum masuk udang.
3.Da agak2 ok pekat cair rasa kaler semua..
Campak semua kuey teow, taugeh, kucai, udang.
4.Sehingga udang masak, tak lama punnn.. terus saukkk masuk pinggan. Ehehehe..
5.Jangan lupa suruh suami duduk hensem2 kat meje makan. Jangan masukkan step last tuuuu kalau suami tgh basuh kereta tau. Kekeke..

Credit : Nurhani Yusoff

16/09/2022

ASAM PEDAS DAGING

Bahan-bahan:-

-Sekilo daging rebus dulu naaa..
-2 biji bawang sederhana besar (blander)
-5 biji bawang kecil (blander)
-5 ulas bawang putih (blander)
-10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
-3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
-2 inci lengkuas (blander)
-1 inci halia (blander)
-1 1/2 inci belacan (blander)
-1 keping gula melaka
-Setengah cawan air asam jawa
-Sebatang serai dikeduk
-3 helai daun limau purut
-Segengam daun kesum
-Garam & air secukupnya.
-Tomato dan kacang benci (hiasan)

Cara-cara-

1) Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander.

2) Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering.

3) Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan2 yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.

4) Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!

-Nabilah Md Saad

16/09/2022

TAT TELUR HOMEMADE

Bahan pastry :
Pastry sejuk beku secukupnya

Bahan filling :
150gm gula pasir
250 ml air panas
4 biji telur
200 ml susu segar @ susu full cream
1 sudu teh esen vanilla

1. Bancuh gula dengan air panas hingga larut. Ketepikan sehingga air gula sejuk.

2. Pukul sekejap telur guna pemukul tangan. Masukkan air gula, susu penuh krim, esen vanilla dan kacau sebati. Tapis bancuhan telur bagi membuang buih.

3. Ambil acuan dan sapu sedikit mentega di permukaannya. Ia bertujuan mengelakkan pastri melekat pada acuan.

4. Kemudian masukkan kulit pastri ke dalam acuan, isi bancuhan telur tadi hingga hampir penuh.

5. Pastikan filling tidak dimasukkan terlalu penuh kerana nanti akan melimpah dan kulit pastri akan menyerap filling serta membuatkan kulit pastri menjadi lembik.

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut ketuhar masing2.

7. Untuk pastikan tart telur sudah masak, ambil lidi bersih dan cucuk. Jika lidi yang dikeluarkan itu bersih maknanya tat telur sudah masak.

8. Keluarkan tat dari ketuhar. Ambil lidi dan cungkil bahagian tepi2 kulit pastri yang melekat supaya bila sudah sejuk, senang dan keluarkan tat dari acuan.

9. Tat telur homemade sedia untuk dinikmati.

*jika tiada acuan kecil, boleh juga guna acuan lain untuk membuat tat telur bersaiz besar.

Kredit resepi & foto : Norain Naim

16/09/2022

NASI AYAM RINGKAS DAN SEDAP 😋

1. Rebus ayam bersama garam secukupnya utk dapatkan sup & utk tanak nasi.

2. Planta, bawang putih & halia ditumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan minyak bijan secukupnya (4 cup beras, minyak bijan dalam 1/2 sudu besar atau lebih). Boleh skip kalau x s**a.

3. Beras yg kita dah cuci dan tos tadi, masukkan dalam bahan tumis, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya utk tanak nasi.

4. Untuk ayam putih tu, boleh rebus separuh masak & bila nasi dah hampir masak, boleh juga letak ayam dan stim kan bersama nasi sehingga nasi & ayam masak.

5. Untuk ayam kicap mcm biasa ade 2 versi, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu lepas tu tos & goreng. Atau boleh rebus dulu kemudian perap dengan kicap.

6. Goreng secukupnya, jgn lama sangat nanti keras p**ak.

7. Untuk kicap & cili boleh sesuaikan selera masing².

Kredit: Dani Shoppe's

16/09/2022

RESEPI SAMBAL GORENG TERSEDAP SEKALI

Bahan bahannya:
*Bawang besar saiz sederhana 2
*Cili hijau 6 & Cili Merah 4
*Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
*Ikan bilis sikit
*Belacan sikit
Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)
*Semua bahan bahan nih blend kering.

Cara caranya:
• Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
• Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
• Once dah garing, baru masukkan air asam
• Perasakan dengan garam, then gula sikit
• Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
• Lebihan minyak pada sambal tadi pandai pandai la buang sendiri okayh
Siap dah! Selamat mencuba. Boleh try makan dengan bubur, dengan nasi biasa pun okay jer

16/09/2022
Timeline photos 16/09/2022

RESEPI SARDIN ROLL

Bahan-bahan :
300 gram tepung gandum
120 gram marjerin/mentega
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais ( air dari peti sejuk )

Inti sardin :
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam/secukup rasa
Sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara untuk Inti sardin :
1.Lecek sardin ( keluarkan dulu sosnya ) gaul bersama bahan-bahan lain hingga rata
2.Jika inti agak kering tambahkan sosnya

Untuk dos pastry :
1.Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti,Masukkan sedikit garam dan air ais hingga menjadi doh
2.Canai pastry hingga 3 mm tebal dan potong persegi 4×4 in.Isikan setiap pastry dengan inti sardin.Sapu tepi pastry dengan putih telur dan gulung kemas.
3.Letakkan atas dulang pembakar dan glis dengan kuning telur
4.Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastry dengan garpu
5.Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C di tingkat atas selama 10 minit
6.Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur ( supaya warna kuningnya lebih terang )
7.Kurangkan suhu kepada 130°C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak

*Doh pastry agak keras tetapi jangan di tambah air,doh akan rangup selepas di bakar*

*s**atan air ais saya s**at lebih dari 3 sudu,saya tuang sedikit demi sedikit,sambil di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan*

*untuk inti sardin saya ikut cara saya sendiri*

Credit : Azie Kitchen

16/09/2022

*Puding Mangga*

Bahan

20gm agar agar tali
5 cawan air
1 cawan gula
2 cawan susu segar (dalam kotak)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu pekat
Secubit garam
3 biji mangga
Pewarna ikut s**a

Cara2:

1) 1 1/2 biji mangga potong ikut s**a..susun/tabur dalam loyang

2) Masak agar2 dengan air hingga larut..masukkan gula
3) Ambil dalam 1 cawan adunan agar2 tadi tuang atas mangga..biarkan sederhana beku

4) Blender susu segar, 1 1/2 biji mangga, tepung jagung sederhana hancur

5) Tuang dalam periuk agar2 tadi..kacau serata..masukkan secubit garam..kacau lagi..tutup api..bahagikan adunan ni 2 bekas warnakan

6) Tuang atas agar2 mangga tadi..biarkan beku..last tuang adunan warna yang satu lagi..bekukan..simpan dalam peti sejuk..keluarkan puding..potong ikut s**a

selamat mencuba🎃

16/09/2022

RESEPI KUEY TEOW GORENG

Haaa ini la yang saya cakap tu, teow digaul dengan kicap yang ada, saya guna kicap cair, kicap manis, sos tiram, kicap pekat.. Apa2 kicap yang ada kt rumah pon boleh..

Tumis bahan2 cili kisar, bawang kisar, bawang merah potong2, bawang putih tumbuk2, dah pecah minyak, masuk udang... Saya dah siap buang kulit, senang nak makan, nak letak udang yang xbuang kulit lg pon boleh.... Ikut s**a masing2 la ye..

Pastu saya masuk telur 2biji, dengan fish ball yang dah potong 2.. Kacau la sampai nampak dah masak..

Akhir sekali, masukkan kuey teow yg dah gaul dengan kicap2 td tu, taugeh dan kucai..nak letak perasa garam, gula, ajinomoto pon boleh ms ni, ikut selera masing2.. Kacau2 kejap, dah siap 😆

Credit : ALeya Seolihah

16/09/2022

RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;
- dua genggam cili padi hijau
- 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
- Goreng seketika dua bahan di atas.
- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu s**a guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*

*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

Kredit : Afy Al Habibi

16/09/2022

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan sh*take kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.

Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Salha Baharudin

Timeline photos 16/09/2022

Rendang ayam simple ( tak guna kerisik )

bahan2 :
ayam seekor (gaul garam kunyit & goreng sekejap)

asam jawa keping
limau purut (hiris halus)
daun kunyit (hiris halus)
gula merah / garam / serbuk perasa
santan

* cili kering segenggam (basuh & rebus skjp)
* bawang besar/merah
* bawang putih
* halia
* lengkuas (lg b*k lg sedap)
* serai (lg b*k lg sedap)
* kunyit hidup

ok blend halus bahan bertanda *

angkat ayam yg dh siap d goreng , buang minyak sikit & tumis bahan blend .. agak dh pecah minyak masuk asam keping , agak2 laa na .. buh gula merah / garam / serbuk perasa & air asam jawa pekat .. kemudian masok ayam yg dh di goreng tadi , kaup balik pastu masuk santan .. perasakan , klau rasa dh okay , buh daun kunyit & daun limau purut .. siapp utk di hidang

kredit zarazyad

16/09/2022

Resepi : SOTO

Pernah tak makan soto di kedai atau di mana2 majlis.. kuah sotonya jernih macam kuah sup biasa.
Mari sini makcik nak kongsi resepi soto yg pekat & kaW kuahnya. Ala-ala Soto Madura gitu. Soto Madura pun korang tak pernah rasa agaknya.
Ini resepi Chef Wan yg makcik salin drpd suratkhabar lebih kurang 20 tahun dulu. Kalau buat meniaga In Syaa Allah ramai pelanggan datang.

Bahan:
1/2 ekor ayam
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
3 batang serai*
2 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
2 inci halia*
1 bungkus rempah sup (yang kecik)
Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih
1/4 cawan santan pekat

CARA:
Kisar yang bertanda * dan gaul dengan rempah sup (A)
Tumis bahan A, masukkan sedikit air.
Dah garing.. masukkan santan.
Masukkan ayam & air.
Masaklah sampai didih, letak garam. Gula bolehlah letak sesudu kecik sebagai penambah rasa. Nak lagi sedap letak seketul stok ayam.

Itu je.. senang kn. Tak payahlah susah2 cari pembaris nk ukur kunyit, halia, lengkuas tu. Agak2 ajelah kn masing2 lulus matematik 😁

Cara buat pergedil daging & sambal kicap google sendiri kalau tak pandai buat.

Sekian, terima kasih 😊

Kredit : Bam Azimad

16/09/2022

Roti Puri Tanpa Yis 1st time buat alhamdulillah menjadi 😍😍 tq kpd empunya resepi 😚

Tips nak bagi Puri Kembong 😍

1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
2. Waktu goreng, guna api sederhana.
3. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti Puri sampai dia kembong sendiri.
4. Canai tak nipis sangat pun takpe.

Bahan-bahan:

-Tepung gandum 3 cawan
-Gula 1 sudu besar
-Garam 1 sudu kecik
-marjerin 1 sudu kecik
-Air suam 1 cawan.
-Minyak masak

Caranya:

1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
3. Uli sampai doh tak lekat di tangan
4. Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.
5. Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
6. Canai l***r dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas. Api sederhana ye.
7. Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuks mengembung. Angkat dan hidangkan.

Cicah kari, sambal tumis ikan bilis, sardin atau sengkaya confirm sedap 😋😋

Selamat mencuba 😚😚 menu simple

Kredit: Nor Sharawana Idris Syara

16/09/2022

RESEPI MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE😍*

Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.

*Bahan2nya*
1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap(warna asal Bkn mcm ni,kami s**a mkn kicap sb tu boh b*k2)

* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu

*Cara2 Membuatnya*
Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.

Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.

Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu anda masukkan p**a ajinomoto, gula dan garam. ( s**atan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.

Kemudian anda masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan p**a tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.

Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.

Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.

16/09/2022

RESIPI SUP AYAM MAMAK

Bahan-bahan :
Seekor ayam
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
3 Akar ketumbar (satu sepanjang 3 inci) jangan ambil yg halus2.

Cara-Cara :
Blend semua bahan2, kecuali b.pelaga n b.lawang. tumis hingga naik bau, masukkan ayam. Masukkan kentang carrot n air dan perasakan. Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yg dilarut dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut kepekatan sesuai selera.
2 sudu besar atau lebih tepung gandum.
(tepung saya tak letak)
Kiub ayam
Garam
Cili diketuk

Bahan hiasan :
Daun ketumbar/ daun sup/ daun bawang
Bawang goreng

Kredit : amie samuri

16/09/2022

Bawal Masam Manis
resepi ikan bawal

Sesetengah ikan memang sedap dibuat masam manis, tambahan p**a ikan bawal. Memang enak dimakan bersama nasi putih panas, jadi anda wajib cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Hajar Mohd Idris di laman Facebook.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan Bawal
1/2 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang besar (dikisar)
3 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji epal hijau granny Smith (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum merah (dipotong dadu kecil)
1/2 biji capsicum kuning (dipotong dadu kecil)
Tomato (dipotong dadu kecil)
Daun kucai (hiasan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Perencah Maggie Cukup Rasa
serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak dan air
Cara-cara:
Panaskan minyak
Gaulkan ikan bersama dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan masak hingga pecah minyak.
Satukan semua sos kedalam mangkuk dan masukkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.
Masukkan campuran sos tadi ke dalam bahan tumisan.
Tambah perencah.
Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai. Gaul sebati.
Masukkan ikan bawal yang telah digoreng dan gaul sekejap.

Timeline photos 16/09/2022

RESEPI MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahan :
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar lada kisar
50gm udang kering
50gm udang geragau
100gm Daging (direbus dan air rebusan jangan dibuang)
2 sudu besar Kacang tanah (kisar)
4 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Udang segar (ikut s**a lagi banyak akan memaniskan kuah)
3 @ 4 biji telur
Sayur sawi (ikut s**a nak banyak mana)
1 bungkus mee kuning 450gm
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.Rebus daging dulu. Kisar bawang besar dan bawang putih. Kemudian kisar udang kering dan udang geragau, jangan campur dengan bawang kisar tadi. Seterusnya tumiskan bawang yang telah dikisar, setelah naik bau masukkan ladar kisar.(lada tak perlu banyak sangat kerana mee bandung kena manis bukan pedas)
2.Masukkan p**a sos tomato dan sos tiram kacau lagi masukkan p**a udang kisar dan kacang kisar. Tambahkan perasa garam dan gula, kacau biar sebati semua bahan kemudian masukkan air rebusan daging, tambah air jika perlu. Bila kuah mendidih kecil kan api masukkan telur masukkan sawi, kuah agak2 jangan terlalu cair @ pekat.

P/s : daging, udang dan telur boleh letak lebih jika s**a

Credit : Putri Bungsu

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Keningau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Other Food & Grocery in Keningau (show all)
Bayu drinking water Keningau Bayu drinking water Keningau
Borneo Smoked & Satay House Keningau, Jalan Tanah Merah, Kg Pamalan
Keningau, 89000

Maju Sabah Maju Sabah
Kemingau
Keningau, 89007

Patikang Seafood Supplier Patikang Seafood Supplier
Kg. Patikang Laut Keningau
Keningau

Membekal dan memborang hasil laut segar

Keningau satay Keningau satay
Keningau Satay
Keningau

KENINGAU SATAY

Perniagaan Twins Enterprise Perniagaan Twins Enterprise
Kg Ansip
Keningau, 89000

Perniagaan Twins Enterprise

Tuala viral Tuala viral
Keningau

Kedai Agrobazaar Vrine Enterprise Kedai Agrobazaar Vrine Enterprise
Kg Simpang 4 Jalan Sook Tulid
Keningau, 89000

Agrobazaar Rakyat Vrine Enterprise terletak d Kg Simpang Empat Sook,Keningau. Lokasi kedai di antara

VES PORK SHOP Keningau VES PORK SHOP Keningau
Lot 49, Pegalan Shopping Complex
Keningau, 89000

pork shop

Purnama Bayu Mart Purnama Bayu Mart
Ground Floor, Lot C-3, Bangunan One Plaza Keningau, Jalan Keningau-Apin Apin
Keningau, 89000

Purnama Bayu Mart merupakan sebuah kedai runcit yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Kedai kami

Ayam Golek Padu Area Weekee Ayam Golek Padu Area Weekee
Jalan Kg Keningau
Keningau, 89000

Fung Trading Keningau-中文 Fung Trading Keningau-中文
No. 33, Block B4, Phase 3, Km5 1/2, Keningau-tambunan Road , Kg Tuarid Raid, Keningau 马来西亚,根地咬,Sabah。
Keningau, 89000

selling groceries, local vegetables, imported vegetables and imported fruits

Fung Trading Keningau-Malay Fung Trading Keningau-Malay
Keningau, 89000

selling groceries ,local vegetables ,imported vegetables and imported fruits