Klinik Kesihatan Kahang Timur

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Kahang Timur, Maternity Clinic, Kluang.

Photos from Klinik Kesihatan Kahang Timur's post 07/11/2023

Permulaan Monsun Timur Laut 2023/2024

Photos from Klinik Kesihatan Kahang Timur's post 16/10/2023

Sambutan Maulidurrasul peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Kluang 12/10/2023

TikTok · Hajah Ruziah 12/10/2023

Program Dapur Sihat KK Kahang Timur

TikTok · Hajah Ruziah Check out Hajah Ruziah's video.

12/10/2023

Mari Undi beramai-ramai

9 JUTA TELAH MENGUNDI, VOTE NOW UNTUK MENYOKONG GEG!

Nyatakan sokongan anda kepada kempen GEG dengan memberi undian kepada kempen berikut

Saya bersetuju dengan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (RUU GEG) ini segera dibentang dan diluluskan!

https://tobaccoendgame.my/petisyen-ruu-geg/

Total Voters: 9,215,825 (Updated 9.10.2023 )

Kempen oleh,

Pertubuhan Green Lung
IKRAM Health
Medical Myth Buster
Public Health Malaysia

27/09/2023

Para…pa..pa…paaa….

Antara bahan utama untuk buat sesuatu sos itu sedap adalah garam & gula. Kebanyakan masakan banyak menggunakan sos atau kondimen seperti kicap, sos tiram, sos cili & sos tomato. Juara kemanisan adalah sos cili Thai, manakala kicap masin sudah tentulah tinggi garam.

Kadang-kadang tu menakutkan lihat tukang masak dah masuk segala bagai sos, tambah lagi garam dan gula dalam masakan.

“Kalau tak tambah garam dan gula secukup rasa, tak sah memasak!”

Berpada-padalah apabila menggunakan sos samada nak cicah atau nak memasak. Banyak sangat makan nanti memudaratkan Kesihatan. Ia boleh menjurus kepada kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Yang terbaik adalah dengan menggunakan “natural flavouring” dan kawal pengambilan makanan. Berserdahana dalam memilih dan memasak makanan.

Dr Ahmad Firdaus
Medical Mythbusters Malaysia

27/09/2023

Pantau pengambilan snek anak-anak anda!

Snek adalah makanan yang diambil di antara waktu makan utama yang bertujuan untuk memenuhi nutrien yang kurang dalam makanan utama. Jadi snek sepatutnya padat nutrien bukannya padat tenaga yang tidak diperlukan terutamanya untuk anak-anak yang mengalami masalah obesiti.

Anak-anak zaman sekarang banyak terdedah dengan pengaruh media sosial. Jadi tidak hairan jika snek viral sangat dekat dengan mereka. Sebagai ibu bapa yang bijak, kita seharusnya pantau dengan pengambilan snek mereka untuk mengelakkan mereka mengambil snek yang tidak berkhasiat lagi berbahaya untuk kesihatan badan.

Sama-sama kita cegah obesiti dengan mengawal pemakanan keluarga kita.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu

Photos from Klinik Kesihatan Kahang Timur's post 27/09/2023

Program Saringan Kesihatan di Kilang Venus Tiles 5 September 2023

27/09/2023

14 September 2023

27/09/2023

Facebookhttps://www.facebook.com/100064545228168/posts/722405579920943/?mibextid=bDbaOM

Hanya tuhan sahaja yang dapat tahu betapa derita pada ketika itu. Semua orang termasuk mak dan ayah sangka ia adalah kesan kerak daki di leher kerana tak jaga kebersihan.

Masih ingat lagi, pada ketika itu Mak membawa pulang sabun yang sangat tajam, baunya seperti klorox dan leher saya disental dengan berus. Sudahlah kulit di tengkuk nipis dan sensitif memang perit kena sental 😭😭

Ada sekali, cecair alkohol (hand sanitizer) digunakan untuk menyetal lehar. Pedihnya.. sampai merah merah kulit.. dan kesan hitam ini masih lagi ada.

Sekarang baru saya tahu, ia sebenarnya adalah sejenis tanda awal kencing manis. Kulit tidak sensitif kepada insulin akibat lemak dan berlebihan berat badan.

Keadaan ini dinamakan Acanthosis Nigrocans.

Ibu bapa, jangan beri anak anak kesan trauma fizikal dan mental dengan menyental dengan bahan kimia.

Cara yang betul adalah dengan mengurangkan pengambilan gula, makanan manis dan cuba untuk kurangkan berat badan.

25/09/2023

Pernah ke kita periksa berapa kos rawatan bagi penyakit jantung? Strok? Katarak? Batu karang? di hospital kerajaan.

Gambar ini adalah anggaran. Boleh jadi lebih atau kurang bergantung kes.

Saranan saya, mulakan langkah untuk menyimpan bagi tabung kecemasan untuk diri anda atau keluarga anda…

sekarang. ☺️

12/09/2023

Satu satunya benda yang telah difatwakan sebagai HARAM,

✅ Tetapi masih digunakan secara berleluasa
✅ Ramai juga yang sanggup pertahankannya (lihat komen)

Photos from Public Health Malaysia's post 22/08/2023
07/08/2023

Siapa pernah rasa burger Benjo RM1? Murah kan zaman dulu?

Sama seperti harga benjo RM 1, umur juga tidak akan patah balik ke usia muda. Maksudnya, anda sudah boleh book appointment kat klinik kesihatan di dalam aplikasi Mysejahtera. Ya betul. Semua dalam satu apps. Pergi kat icon Janji Temu/Appointment > pilih nama > pilih perkhidmatan.

Untuk orang awam boleh book kat Bahagian National Health Screening Initiatif (NHSI).

Untuk B40 - boleh book appointment kat bahagian Peka B40.

Nasib baik harga rawatan di Klinik Kesihatan masih RM1.

01/08/2023

Kenapalah KKM tak panggil founder-founder ni untuk join kkm hasilkan ubat dengan jus ajaib mereka ganti ubat2 yang banyak di hospital tu. Kalau ada, saya pun nak beli. Senang sangat. Satu jus sahaja boleh selesaikan semua masalah. Ajaib. 😂

Susah nak percaya tapi tu lah hakikatnya. Dasar menipu. Bagaimanalah mereka hidup dengan makan duit jualan begitu ya?

28/07/2023

Itu tidak bermaksud anda tidak boleh makan, boleh ambil tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ikut arahan doktor yang merawat anda. Bukan daripada tiktoker atau penjual produk yang tahu menjual air liur tapi otak pinjam dari sang google.

25/07/2023

👶🏻👶🏻Autisme merupakan masalah gangguan perkembangan otak sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kes**aran tertentu, seperti kes**aran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨‍👨‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦

24/07/2023

PENDARAHAN OTAK KERANA HIPERTENSI

Kawal stress anda.
Lakukan senaman ringan atau berat setiap minggu.
Jaga pemakanan yang sihat.
Tidak merokok/minum alkohol.

Dan patuh pada arahan doktor untuk makan ubat.

23/07/2023

Ini adalah kisah mengenai individu yang mendapat penghargaan selepas bekerja keras melakukan pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun!

1. Bell Ngasri sudah mula memegang skrip sejak usianya 6 tahun. Pelbagai watak, dari remaja nakal kaki buli sehinggalah watak popular Barkoba telah dilakonkan.

2. TIADA kontroversi murahan, tiada gimik aneh untuk mengangkat namanya, beliau terus kekal relevan selepas 37 tahun dalam industri.

3. Elly Mazlin membuat kemunculan pertama ketika zaman emas Tok Ti iaitu pada penghujung 90 an. Bukan mudah untuk artis wanita lain untuk menyinar pada ketika itu.

4. Cubaan untuk come back dengan menyertai Gegar Vaganza hampir tidak menjadi apabila beliau menarik diri pada minggu minggu awal kerana kritikan hebat juri.

5. Hanya selepas muncul sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom dan lakonan dalam siri Kampung People namanya kembali menyerlah naik

6. Tyzo walaupun nampak muda, rupanya sudah berpuluh tahun bertugas sebagai penyampai radio. Hanya selepas 20 tahun menjadi penyampai radio beliau berjaya memenagi anugerah.

7. Ini membuktikan betapa penting untuk seseorang untuk terus berusaha melakukan pekerjaan yang diminati dan dis**ai tanpa erti jemu.

8. Jika anda sedang berusaha melakukan sesuatu dan masih tidak menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan, jangan cepat berputus asa!

9. Paling penting, tidak perlu membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. Mungkin rezeki anda masih belum tiba lagi, teruskan berusaha dan mencari kelainan dan keunikan, semoga ada sinar di penghujung jalan buat semua

09/07/2023

Realiti makanan makanan viral masa kini di Malaysia

‼️Portion yang banyak (XXL)
‼️Limpahan kalori - tambahan kentang goreng & sos, cheese leleh
‼️ Minuman manis bersaiz jumbo dan tambahan pemanis lain
‼️ Harga lebih mahal

07/07/2023

Otak-otak(Jawi: ‏اوتق-اوتق‎‎) adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia berasal daripada negeri Johor iaitu daerah Muar juga terdapat di Pulau Pinang , Terengganu dan Pahang

Nelayan Muar tidak mahu membazirkan sisa ikan yang di jual antaranya ikan tenggiri , mereka mendapat idea untuk menjadikan hasil laut itu sebagai makanan sampingan , kisah ini hampir sama dengan kisah Sata di Terengganu.

Otak otak mengandungi tinggi protin, serat dan omega 3. Tetapi ada juga otak otak yang dibuat dengan bahan perisa dan garam yang tinggi. Makan secara sederhana, buat rasa rasa.

03/07/2023

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa seorang jururawat secara umumnya dipanggil atau dikenali sebagai ‘Misi’ oleh orang ramai.

24/06/2023

Sekiranya anda mahu berkongsi gambar anda sendiri di media sosial, sudah pasti anda akan memilih gambar yang TERBAIK dan paling menawan di antara berpuluh puluh gambar yang ada.

Oleh itu, cuba elakkan berkongsi gambar pesakit yang sedang terlantar di atas katil. Lebih lebih lagi pesakit yang sedang berada dalam keadaan kritikal dan tidak sihat. 😢

Sudah pasti pesakit itu sendiri TIDAK MAHU gambar dirinya dalam keadaaan tidak sihat dipertonton kepada orang ramai di media sosial.

15/06/2023

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, s**a makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.

Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.

Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,

✔️ Kencing Manis
✔️ Darah Tinggi
✔️ Tinggi Kolesterol
✔️ Penyakit jantung dan strok

Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

TOFI s**ar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan

15/06/2023

Walaupun ulat gonggok dianggap tidak berbahaya, ia mampu menyebabkan reaksi buruk melalui rembesan bahan kimia toksik.

Bahan toksik yang di rembeskan oleh Ulat gonggok ialah benzoquinone, perengsa yang kuat pada kulit manusia, benzoquinone menyebabkan perubahan pigmen yang mungkin dikaitkan dengan rasa sakit atau terbakar pada sesetengah pesakit.

Kesan terkena toksin mungkin dikaitkan dengan rasa sakit atau terbakar, tetapi tiada laporan yang diketahui tentang kesan serius yang buruk pernah berlaku. Ianya biasa berlaku di jari kaki kerana terpijak ulat gonggok.

Jari kaki pesakit boleh mengalami perubahan pigmen kulit, yang mungkin merah tua, biru, atau hitam, dan sembuh secara spontan dari masa ke masa.

Jika anda terpijak ulat gonggok, basuh permukaan kulit dengan sabun dan air. Dapatkan rawatan jika keadaan semakin teruk.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Website

Address


Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Kluang clinics (show all)
Specsaver Optometry Specsaver Optometry
19, Jalan Md. Lazim Saim
Kluang, 86000

柔佛居銮铭亮护眼中心 Specsaver Optometry 19, JLN Md. Lazim Saim,86000 Kluang Johor.(麦当劳同排)

St. John Ambulance Kluang St. John Ambulance Kluang
14, Jalan Ahmad Khan
Kluang, 86000

Our Divisions in Kluang:- Div. Bandar Kluang (1) Div. Sek. Men. Chong Hwa Kluang Div. SMK. Jalan Mengkibol Kluang Div. SMK. Canossian Convent Kluang

Farmasi Sutera Kluang Farmasi Sutera Kluang
42 Jalan Dato Kapten Ahmad
Kluang, 86000

Menjual produk kesihatan,ubat-ubatan,vitamin,makanan tambahan,produk herba,jamu-jamu,alatan kesihata

Kosmetik Viral Kosmetik Viral
Blok G8, Tingkat 1 Pintu 6 Nuerella Line Kem Mahkota Kluang
Kluang, 86000

Hai saya menjual barangan kesihatan dan kecantikan untuk lelaki dan perempuan based in kluang cod/postage setiap hari postage seluruh malaysia untuk keterangan lanjut jangan ...

居銮怀恩电子花圈服务 HUAI EN LED WREATH SERVICE KLUANG 居銮怀恩电子花圈服务 HUAI EN LED WREATH SERVICE KLUANG
居銮
Kluang

居銮【怀恩电子花圈服务】 **怀念、怀旧、怀乡、怀古、缅怀 **恩爱、恩赐?

Nattome - Kluang专卖店 Nattome - Kluang专卖店
11, Jalan Langsat, Kampung Masjid Lama
Kluang, 86000

🌟马来西亚Nᴏ.𝟏天然护胃品牌 🎖亚太国际超级健康品牌𝟐𝟎𝟐𝟐 🎖大马保健品牌𝟐𝟎𝟐𝟐 🎖健康时尚奖𝟐𝟎𝟐𝟐 🌱采用丹麦大豆&日本发酵技术提炼Gᴀsᴛʀᴏ-Aᴅ专利

Fitrah BEKAM Fitrah BEKAM
Kluang, 81700

area pasir gudang, johor

Mykluang Health care Mykluang Health care
Kluang

perubatan & Kesihatan

Poliklinik Dan Surgeri Shasta Poliklinik Dan Surgeri Shasta
NO 63 Jalan TASIK INDAH 1/1 , TAMAN TASIK INDAH
Kluang, 86000

Doctor For The Community

Vitamin C shaklee 018.3994658 Vitamin C shaklee 018.3994658
696 Jalan Seri Impian 1/4 , Bandar Seri Impian
Kluang, 86000

shaklee

Kanda Life Planner Kanda Life Planner
Kluang

KANDA AKAN JAGA SEBAIK MUNGKIN CLIENT KANDA 🫰🏻🫶🏻❤️

Thrive Hive Thrive Hive
Kluang, 86000

Welcome to Thrive Hive! Looking to bloom and reach your full potential? Join our hive, a vibrant community buzzing with resources and support to help you thrive in all aspects o...