D'dapo Amzsyahirah
sedia menerima tempahan kek dan tauhu
Untuk kali ini, saya ingin kongsi resepi lala masak serai berlada. Resepi ini merupakan kegemaran ahli keluarga admin.
Bahan-Bahannya
*1 biji bawang holand #
*3 biji bawang merah #
* 2 ulas bawang putih #
* sedikit halia #
*3 biji lada merah #
*2 biji cili padi (jika ingin pedas} #
*3 batang serai #
* sos tiram
*sos cili
*secukup rasa
*1 kg lala
* 1 biji telur
cara-caranya
1. Kisar bahan yang bertanda #, dan masukkan minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan kisar tersebut sehingga pecah minyak.
2. Pastikan lala dibasuh dengan bersih supaya mengelakkan daripada berpasir dan setelah siap basuh dan toskan lala itu.
3. Kemudian masukkan sos tiram,sos cili, secukup rasa dan sedikit garam kedalam masakkan.
4. Masukkan lala kacau sehingga lala bergaul rata dan akhir sekali pecahkan sebiji telur masukkan masakkan tersebut.
5. Masak sampai pekat kuah dan kering, dan kuah tersebut melekat sebati dengan lala.
selamat mencuba
Testimoni kek
Apabila kita REDHA dengan sesuatu mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan mengantikan kekecewaan dengan sesuatu yang tidak dijangka.
Jika berminat boleh whatapp saya di http://www.wasap.my/60139575793
Kek coklat moist pilihan semua peringkat umur
Kek blueberry kegemaran semua
Jika berminat boleh whatapp saya di http://www.wasap.my/60139575793
Selamat petang semua..
Saya si marble jelita
Tujuh belas ya sajo
Assalamualaikum dan selamat pagi
Semoga urusan kita hari ini berjalan lancar
Kek marble yang lembut dan gebu
Selamat pagi semua.
Pagi ni kita makan bihun goreng. Di bawah kita sediakan resepi bihun goreng
Bahan-bahan
1 peket bihun yang di rendam sehingga lembut
3 Ulas bawang putih
1 Biji bawang Besar
5 Sudu cili kisar
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 Kiub pati ayam
1 mangkuk isi ayam jika hendak letak seafood pun boleh.
1 mangkuk sayur (sawi, carrot, tomato)
Cara penyediaan
1. Tumiskan bawang besar dan putih kedalam kuali
2. Kemudian masukkan cili kisar kedalam kuali sehingga pecah minyak
3. Masukkan isi ayam, kacau sehingga masak.
4. Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tiram, serbuk lada sulah dan lada hitam.
5. Letakkan sedikit garam dan gula. (secukup rasa)
6. Masukkan air dan bihun kedalam kuali. Kacau sehingga bihun lembut dan sebati
7. Akhir sekali, letakkan sayur kacau sehingga masak sekata.
Ada yang s**a letak garam selepas letak bihun, tapi saya lebih s**a garam diletakkan sebelum masukkan bihun supaya garam dan gula sekata.
Selamat mencuba
Selamat pagi semua
Mulakan pagi ini dengan zikir, semoga semua urusan kita berjalan lancar.
Resepi puding gula hangus
Bahan untuk karamel
5 sudu gula dimasak atas dapur
2 sudu air
Cara-cara
1. Mula2 masak karamel di dalam kuali dengan api sederhana sehingga ia bertukar warna perang dan letakkan air. Kacau karamel sehingga ia cair.
2. Kemudian letakkan karamel di dalam loyang
Bahan untuk puding karamel
3 biji telur gred A
2 keping roti
5 sudu makan susu pekat
3 sudu makan gula
1 tin susu cair
Sedikit esen vanilla
Cara-cara
1. Buang bahagian 2 tepi roti.
2.kemudian blenderkan semua bahan puding karamel.
3. Selepas siap blender, tapiskan dahulu sebelum masuk kedalam loyang.
5. Kukus puding karamel dalam masa 45 minit.
6. Untuk pastikan puding masak atau belum, cucuk bahagian tengah dengan lidi. Jika tiada melekat apa2 puding sudah masak.
Puding karamel lebih sedap jika diletak didalam peti.
Selamat mencuba
Kek Pisang Moist
Bahan-Bahan:
5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak canola atau jagung
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan untuk diayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara
*Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.
*Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.
*Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
*Masukkan p**a minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.
*Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.
*Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Che Nom turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak
.
Kek coklat moist
Kek coklat moist merupakan kek yang sangat lembut. Ia pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga. Kek coklat moist merupakan hidangan paling pop**ar, sesuai dijadikan untuk semua majlis keraian dan juga minum petang keluarga.
ALHAMDULILLAH, semua pelanggan amat berpuas hati dengan kek coklat.
Jika berminat boleh whatapp saya di http://www.wasap.my/60139575793
Selamat malam semua
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
Kota Bharu
15000
Kota Bharu
� FMixBox | FPack | FCup | FBasket �2 Outlet around Kota Bharu �Early booking accepted �Operation Hours : Sun-Thurs (11am-11pm)
Jalan Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, . 15350 Kota Bharu
Kota Bharu, 15400
MEMBUAT KEK KUKUS DAN ROTI JALA. . . . PM � 01140411172 . . COD AREA KOTA BHARU - PASIR PUTEH . .
No. K04 ARAS BAWAH, KOMPLEKS PASAR SITI MARIAM, BANDAR SATELIT PASIR TUMBOH
Kota Bharu, 16150
Kota Bharu, 15000
This is a homemade cake business that sells any kind of cake size of 5 inches.