Crepe and Creme
Nearby food & beverage services
15400
Pelangi Mall Condo
15050
15000
15670
15400
15150
16150
Pengkalan Chepa
16150
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Crepe and Creme, Dessert Shop, Kota Bharu.
6 langkah bijak ketika menyediakan makanan untuk kanak-kanak sekolah
Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan menempuh pelbagai cabaran baru. Pastikan mereka sentiasa mendapat makanan yang berkhasiat bagi membantu menghadapi cabaran alam persekolahan dengan lebih baik.
Ikutilah panduan berikut:
1. Cuba sediakan makanan di rumah sekerap yang boleh dan makan bersama-sama sekeluarga.
2. Rancang hidangan harian yang terdiri daripada 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan 2 snek iaitu minum pagi dan minum petang, untuk memastikan anak mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari.
3. Pastikan anak anda mengambil sarapan pada setiap hari agar mereka bertenaga sebelum memulakan pembelajaran.
4. Hidang hidangan utama dan snek yang merangkumi makanan daripada 5 kump**an makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
5. Sediakan hidangan utama yang mengandungi sumber bijirin, ikan/ayam/daging/telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Sediakan snek yang berkhasiat untuk anak anda, seperti sandwich, roti bijirin penuh, jagung atau kacang rebus, buah-buahan, susu dan dadih.
Ingin dapatkan info lebih menarik? Ikuti Facebook kami!
https://www.facebook.com/crepeandcream
5 tips membeli secara sihat!
Amalan makan secara sihat boleh bermula di pasar raya. Makanan yang dibeli di pasar raya dan seterusnya dimasak dan dimakan di rumah merupakan asas kepada amalan makan secara sihat untuk anda dan keluarga. Pelbagai jenis makanan boleh didapati di pasar raya. Bilangan jenis makanan begitu banyak sekali sehingga ia boleh menyukarkan anda bagi menentukan makanan mana yang lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga.
1. Sebelum anda membeli belah periksa bekalan atau simpanan makanan yang sedia ada untuk memastikan bekalan makanan anda masih ada dan mencukupi berkeadaan baik dan selamat.
2. Apabila membuat pilihan untuk kump**an bijirin pilihlah beras perang atau beras Parboiled berbanding dengan beras biasa.
3. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran p**a pilihlah yang tidak layu dan tidak berubah warna. Pilih sayur dan buah yang masih segar dan berkeadaan baik.
4. Ikan merupakan sumber protein dan kebanyakannya rendah kandungan lemak. Ikan perlu di ambil setiap hari. Ketika membeli ikan p**a pilihlah ikan yang kulitnya berkilat dan cerah ,mata jernih bercahaya, insang berwarna merah cerah, tidak berbau busuk serta mempunyai isi yang pejal dan anjal.
5. Susu dan hasil tenusu merupakan sumber protein dan kalsium ,apabila membeli susu pastikan bungkusannya masih sempurna dan tidak bocor atau kemek, bagi susu jenis cecair pastikan juga bungkusannya tidak menggelembung pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak.
Ingin dapatkan lagi info yang menarik? Ikuti laman Facebook kami!
https://www.facebook.com/crepeandcream
7 langkah bijak untuk mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan seharian!
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya bolehmeningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga boleh dikaitkan dengan karies gigi.
Oleh itu, amalkan 7 langkah bijak mengurangkan gula:
1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3. Elakkan menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
7. Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.
Ikuti laman Facebook kami untuk mendapatkan info-info menarik:
https://www.facebook.com/crepeandcream
Awas❗❗ Garam tersembunyi dalam makanan anda❗😲
Garam (natrium klorida)merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang kecil.
Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular serta menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang.
Jom kenali makanan tinggi garam:
🍟Makanan diproses/segera:
Sosej
Sup cendawan
Pizza
🧂Bahan perasa:
Kicap
Sos tomato/cili/tiram
Salad dressing
🥫Makanan diawet:
Ikan bilis
Udang kering
Cencaluk
🍘Makanan ringan:
Keropok
Kerepek
Mi segera
❗ Hadkan pengambilan garam kurang daripada 1 sudu teh (5g) sehari kerana ia mengandungi kira-kira 2000 mg natrium❗
Pilihlah makanan yang segar & elakkan makanan yang diproses & bersodium tinggi. Your kidney will thank you! ❤️
Jangan ketinggalan info menarik! Hanya di👇
https://www.facebook.com/crepeandcream
Apa yang best tentang crepe Afeeqa yang kami jual ni?🤔
✔️ Menggunakan krim fresh yang gebu dan creamy
✔️ Menggunakan krim keju yang sebenar
✔️ Rasa buah yang sebenar
✔️ Kulit crepe yang nipis dan lembut
✔️ 100% durian asli
✔️ Bau wangi dan tidak hanyir
✔️ Harga berpatutan
Ingin rasa kesedapan crepe kami? Ingin kongsi nikmat sedapnya crepe kami bersama orang yang tersayang? Dengan hanya Rm10/pax sahaja untuk anda dapatkan!
Jom dapatkan sekarang dengan hanya klik link yang tertera di bawah.
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
" KENAPA BILA MAKAN TAK BOLEH STOP"😭
Ramai yang complain kenapa bila makan tak boleh stop ni hancur laa diet sy asyik terliur je crepe Afeega ni semua perisa sedap sangat 😫!
Haa tudia kami banyak terima feedback dari cust macamni. Tengok la setiap lapisan yang kami letakkan oreo sangat banyak yaa semua😜 ! sebab itu la cust kami asyik complain susah nak diet kan 🤭! korang yang belum cuba nak tunggu apaa lagi? Jum cubaa sekarang.
🔥JOM DAPATKAN SEGERA CREAMY CREPE ANDA DI SINi‼️
Order here now:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
"Gebuu gebass mak nah combo letups"😋🤤
Itu dia crepe kita ni baru je siap but fresh dari oven lagi ni haa. Geboo gebas tu sbb krim yang kami gunakan pun tak berat & tak muak bila makan tau.Untuk set combo letups ni memang laku keras berdesup wasap masuk serang min nak order set ni 🤩yelah bagi mereka yang berkeluarga memang untung order yang ni.Boleh kongsi makan sama😍
Terima kash yang dah order tu. Yang belum order korang tunggu apa lagi cepat order sebelum kehabisan . Nanti menangis la korang teringin nak makan tapi stock dah licin😝
JOM ORDER SEKARANG‼️
Tekan link di bawah
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
"Crepe Afeeqa ni ada berapa jenis dan berapa jenis perisa?"
Okay jom kita perkenalkan kepada anda, jenis dan perisa crepe Afeeqa ni
Kita ada 3 jenis style crepe iaitu :
✔️ Crepe biasa
✔️ Mille crepe
✔️ Crepe cheese (hanya perisa durian sahaja)
Perisa p**a terdapat pelbagai jenis iaitu:
✔️ Banana chocolate
✔️ Blueberry
✔️ Durian
✔️ Kiwi
✔️ Mangga
✔️ Strawberry
✔️ Chocolate
✔️ Oreo
Cuba sekali pasti nak lagi!
Jom dapatkan sekarang di
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
Anda sedang mencari dessert? Perlukan dessert untuk event? Dessert untuk sambutan hari lahir? Dessert untuk jamuan makan?
Anda boleh dapatkan dessert dengan kami iaitu crepe dengan hanya berharga RM10/bekas! Kami ada pelbagai jenis perisa untuk anda nikmati!
Ciri-ciri crepe kami?
- Cream gebu yang creamy dan pluffy
- Kulit nipis iaitu lapisan crepe yang fresh
- Menggunakan durian asli, puri durian premium
- Rasa buah yang sebenar
Klik link di bawah untuk dapatkan crepe kami :
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
“Betul ke kanak kanak pun s**a tengok warna warni ni🤔”
Iya betul korang, lagi kanak kanak s**a bila makan yang sejuk beku tu sebab rasa macam makan aiskrim.🤤Krim yang kilang kami buat 100% dari resepi g kita custom made. Memang tak kan buatkan muak bila makan crepe Afeeqa ni🥰
Dengan variasi bermacam2 perisa, korang semua dapat rasa semua ienis perisa yang berbeza beza😋
✨JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENCUBANYA✨
Shop at:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
"Betul lah tak muak bila makan"🤤🤤
📢Penggemar oreo crepe selalu repeat perisa ni sebab dengan krim yang sangat lembut dan tak muak best bila makan waktu sejuk rasa macam aiskrim oreo🍪Anak-anak pun s**a bila makan tak cukup bila makan satu bekas ni kena beli berbekas-bekas risau tak cukup. Yelah benda sedap. Lagi-lagi kena berebut dengan mak avah dan anak-anak korang😂
Biasa bila pelanggan beli kebanyakkan akan cakap macam ni😍.Alhamdulillah terima kasih, berpuas hati dengan produk kami dan percaya kepada produk kami.🥰
🔥Apalagi korang mehla grab cepat2 sebelum kehabisan stok🔥
Get your delicious crepe here now:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
"SEDAP KE CREPE WARNA WARNI NI🤔”
Memang betul betul sedap ya kawan kawan in bukan cobaan🤭Dalam satu pek mix crepe ni kami dah letakkan semua perisa so korang semua boleh cuba setiap perisa yang korang s**a tau😋
🔈Permintaan mix crepe ni sangat tinggi sampai tak cukup tangan kami nak handle. Budak-budak pun s**a makan sebab dalam ni kita letakkan rasa buah sebenar untuk perisa buah buahan dan sangat enak dinikmati terutamanya apabila disejukkan dalam peti ais makan plak time2 siang😍
Tunggu apa lagi korang, dapatkan crepe anda segera‼️
Order now at:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
Berapa lama makanan mengambil masa untuk dihadam dalam perut ❓❓🤔
Kesan pencernaan dalam proses menurunkan berat badan sangat penting. Seperti yang diketahui bahawa kita adalah apa yang kita makan. Sudah tentu, masa pencernaan tepat bergantung pada kesihatan fizikal, metabolisma, umur, dan juga jenis jantina seseorang.
Mungkin anda hanya menghabiskan masa sekitar 10-30 minit makan makanan anda setiap hari. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu berapa lama makanan dicerna dan di dalam perut anda?
Ya, makanan yang anda makan pastinya akan melalui proses pencernaan sehingga anda dapat memperoleh semua nutrisi di dalamnya. Kemudian berapa lama makanan dicerna di dalam badan?
Air 🥛
0 minit
Ayam 🍗
120 minit
Buah-buahan 🍉🍎🥭🍌
15-30 minit
Kacang 🥜
180 minit
Daging 🍖
180 minit
Sayur-sayuran 🥦🥕🍆
30-40 minit
Dah tahu kan? Jadi, sebelum makan pilihlah makanan dan masa yang betul supaya makanan dapat dicerna dengan baik.😊👍
Jangan lupa langgan FB page rasmi kami! Lebih banyak perkongsian yang best2 untuk anda!👍👍
https://www.facebook.com/crepeandcream
❗❗Waktu terbaik untuk makan ❗❗
Waktu anda makan sebenarnya boleh mempengaruhi aspek seperti metabolisme, kitaran tidur dan penyakit obesiti.😲
Makan pada waktu yang sesuai sebenarnya boleh memberikan banyak manfaat. Ia boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, mengekalkan tenaga dan mungkin juga melawan penyakit. Tetapi bagaimana anda menentukan masa yang sesuai?🤔🤔
Berikut adalah beberapa garis panduan asas waktu makan yang boleh diikuti:
Sarapan⛅
Sarapan pada waktu pagi adalah sajian yang paling penting dan detik paling ideal untuk anda mengambilnya adalah dalam lingkungan jam 6 ke 10 pagi.
Snek pagi🌤️
Tidak salah untuk anda ambil snek pagi walaupun ia bukanlah satu keperluan atau kepentingan.Disarankan ambil 2 ke 4 jam selepas sarapan pagi.
Makan tengah hari☀️
Waktu yang dipercayai paling ideal untuk anda makan tengah hari adalah sebelum jam 3 petang.
Snek petang🕓
Waktu yang disyorkan adalah sekitar 2 ke 4 jam selepas makan tengah hari dan sangat disarankan untuk mengambil kuantiti yang sedikit sahaja.
Makan malam🌙
Meskipun namanya makan malam, namun waktu yang disyorkan bukanlah malam, tetapi senja dan jam yang dikatakan paling ideal adalah sebelum 7 malam.
Haaa! Lepas ni kena makan ikut waktu tau!😉
Jom ikuti kami di FB!
https://www.facebook.com/crepeandcream
Khasiat sayur dan buah berbeza mengikut warna ❗❗
Mungkin ada antara anda yang akan rasa teruja apabila melalui bahagian sayur dan buah-buahan di pasar raya. Manakan tidak, berwarna-warni rak dipenuhi dengan pelbagai jenis buah mahupun sayuran. 😄
Tapi pernah tak anda terfikir bahawa setiap warna di sebalik buah dan sayur itu mempunyai manfaat yang tersendiri?🤔 Haa, bukan hanya nampak cantik dan menyelerakan sahaja tau, warna pun sebenarnya mempengaruhi khasiat yang bakal dibekalkan kepada kita.
Mari kami kongsikan kelebihan untuk setiap warna sayur-sayuran dan buah-buahan😊😊
MERAH🍎🍉🍅 (lycopen)
Sebagai antioksidan yang mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.
OREN🥭🍠🥕(alpha dan beta karotena)
Sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan kesihatan mata dan agen anti penuaan.
HIJAU🥦🥬🥑 (sulforaphane, isothiocyanate dan indoles
Berupaya merangsang gen-gen di kawasan hati.
UNGU🍇🍠🍆 (anthocyanins)
Merupakan antioksida (bahan yang boleh melindungi sel-sel daripada radikal oksigen yg merosakkan) dan mengelakkan darah beku.
Wahh! Menarikan perkongsian kami ni? Jangan lupa pelbagaikan makan buah dan sayur.😊
Follow FB kami untuk lebih banyak info menarik dan berguna 👇
https://www.facebook.com/crepeandcream
Barang dapur tak tahan lama❓ Ini cara betul untuk menyimpannya❗
Bahan makanan yang dibeli sama ada basah atau kering biasanya mempunyai tarikh luput.Tetapi, jika bahan makanan ini disimpan dengan cara yang betul, ianya dapat bertahan lebih lama daripada tarikh asalnya.
Di sini terdapat cara-cara untuk menyimpan bahan masakan di dapur:
1.Tepung gandum
Letak di tempat yang dingin serta bekas yang bersih dan tertutup rapat bagi memastikan tepung nampak lebih segar dan tahan lama.
2.Beras
Elak menggunkan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.
3.Coklat
Simpan di tempat yang kering dan gelap seperti dalam kabinet.
4.Telur
Pastikan telur berada dalam persekitaran yang kering dan bersuhu rendah.
5.Gula
Bekas yang digunakan harus bersih dan kering.
6.Bawang
Menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di kawasan yang tiada pencahayaan.
Nak lebih banyak tips daripada kami? Jom singgah ke FB kami sekarang!
https://www.facebook.com/crepeandcream
WOW, BANYAKNYA PILIHAN‼️CONFIUS NAK PILIH YANG MANA. MACAM MANA NI🤔🤔
Hai korang semua👋Kami persembahkan produk terbaru dari kedai kami🥰Siapa yang kurang minat dengan durian boleh lah cuba produk terbaru kami ni.😇
Mesti korang ingat kedai kami hanya menyajikan durian crepe semata-matakan.Yelah dah nama pun crepe and crepe kan. Tapi crepe and creme pun ada banyak jenis tahu.☺️ Sape yang baru tahu? Angkat tangan🙋♂️🙋🏻♀️
📣DurianCrepeAfeeqa turut mempunyai produk lain selain durian crepe yang pelbagai perisa iaitu di kenali sebagai ‘Mille Crepe’. Korang mesti teruja kan nak tahu macam mana rupa dan rasa 👀
Bukan tu je, pilihan perisa pon banyak yang boleh korang pilih . Harga? Jangan risau, semua mampu milik dan tentunya berpatutan.🚨😘
🔥TERDAPAT 8 JENIS PILIHAN PERISA MILLE CREPE:
📌Nuttella✨
📌Chocolate🍫
📌Durian💥
📌Stobela 🍰
📌Nutello💫
📌Durian Cheese🧀
📌Rainbow Cheese 🌈
📌Oreo 🍪
GRAB IT NOW BEFORE IT OUT OF STOCK‼️
Shop now at:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
S**a pergi travel?🚗✈️🚅 Nak bawa dessert dari rumah??
Hai semua 👐 Bila cuti sekolah je, mesti korang merancang nak pergi makan angin atau berkelah bersama keluarga kan? Haaa, korang jangan risau, saya ada cara macam mana nak simpan makanan ketika perjalanan supaya tahan lama.
Kalau nak bawa travel bagi tempoh perjalanan lebih daripada 2 jam, sila sediakan ice box, icepack, bekas cooler atau cooler bag menyimpan makanan.Jangan lupa juga letak icepack atau ais batu tau!
Tips ini nak mengelakkan makanan cepat rosak atau masam bila berada di dalam kereta lama-lama. Semoga tips ini berguna bagi anda.
Cepat-cepat tekan butang follow untuk dapatkan notis daripada kami✌️✌️ Boleh tekan link di bawah ye😊
https://www.facebook.com/crepeandcream
MENCARI DESERT UNTUK DINIKMATI LEPAS PENAT SEHARIAN BEKERJA?😪
Haii semua!
Akak-akak dan abang-abang tengah fikir nak makan dessert apa hari nie? 🤔
Haaa meh sini kami nak share dessert yang tengah viral sekarang.📢
Rasa dessert yang enak dan padu membuatkan ramai pelanggan kami repeat order berkali-kali. Bukan kaleng-kaleng bang!🤞🙈
Kami janji yang cik abang cik akak akan berpuas hati dengan dessert kami. So, ape tunggu lagi.. lekas wasap, kita delivery terus ke hati 💘
TERDAPAT DALAM 8 VARIASI PERISA CREPE YANG GEBU DAN ENAK :
💥DURIAN CREPE
🥭MANGGO CREPE
🍪OREA CREPE
🍓 STRAWBERRY CREPE
🥝KIWI CREPE
🫐BLUEBERRY CREPE
🍫COKLAT CREPE
✨NUTTELLA CREPE
Jom sembang sini untuk ketahui lebih lanjut:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Website
Address
Kota Bharu
16100
Jalan Sultanah Zainab, Kota
Kota Bharu, 15000
Aiskrim pop viral menyegarkan di hari yang panas🥵 Jom grab sekarang 📲0105243202
S/1 221, Jalan Mustafa Kampung Penambang, Jalan Mustafa Kampung Penambang
Kota Bharu, 15350
Lot 29 Kg Baru Hb Village
Kota Bharu, 15350
penambah rasa dalam masakan, boleh di makan begitu sahaja dengan nasi kosong bersama telur
PT987 LORONG PERKUBURAN ISLAM TOK TALIB
Kota Bharu, 06150
MENYEDIAKAN BIHUN SUP KEDAH UNTUK WARGA KELANTAN💚💛
Kota Bharu
� FMixBox | FPack | FCup | FBasket �2 Outlet around Kota Bharu �Early booking accepted �Operation Hours : Sun-Thurs (11am-11pm)
Kota Bharu, 15150
Chicken/Mushroom Puff, Fruit Strudel, Mini Filling Puff (Nutella & Biscoff)
No 213 Kg Jambu Merah Melor
Kota Bharu, 16400
SAMBAL BELACAN SEDAP TOKLEH NOK TEK ORE KELATE KATO
WAKAF CHE YEH
Kota Bharu, 15100
Menerangkan pemakanan sihat setiap hari untuk disajikan. Makanan dan minuman sangat memainkan peranan sangat penting untuk menjaga anugerah kesihatan badan yang sempurna