Ruddy Awah
Assistant Minister of Rural Development , Members of the Legislative Assembly for Pitas
The Official Page of YB Dato Sri' (Dr) Ruddy Awah, Assistant Minister of Rural Development , Members of the Legislative Assembly for Pitas
Saya dan keluarga mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga besar Haji Bakri Nanun yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Semoga tabah menghadapi.
---------
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah - Admin
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR; AKAN TERUS DIPERTINGKAT DEMI KESEJAHTERAAN PENDUDUK & MESYUARAT BAHAGIAN GAGASAN RAKYAT BAHAGIAN PITAS; BAKAL BERLANGSUNG 3 SEPTEMBER 2024
Majlis Pelancaran Kejohanan Bolasepak Piala ADUN N3 Pitas telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Haji Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sabah di Padang Daerah Pitas.
Terima kasih YB Menteri Kerja Raya Sabah kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke Pitas hari ini.
Kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, selamat maju jaya diucapkan.
Saya menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan KAN, WKAN dan Ketua Kampung bagi Kawasan N3 Pitas.
Seramai 72 orang kakitangan MAN menerima watikah yang diketuai oleh Tuan Ketua Daerah Pitas, OKK Abd Halim Kadir.
Saya turut menyampaikan amanat kepada petugas mahkamah supaya :
1. Menjalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah bertanggungjawab
2. Amanah dalam menjalankan tugas
3. Setia kepada ketua jabatan demi menjalankan tugas dengan sebaiknya
4. Saling memaafkan di kalangan rakan dan rakyat
Saya turut berkongsi mengenai usaha-usaha untuk membangunkan dan menaiktaraf daerah Pitas :
1. Bank sedang dalam proses menilai untuk pembukaan cawangan di pekan Pitas
2. Pembinaan bangunan kedai dan kiosk di sekitar pekan pitas
3. Pelbagai program bantuan sedang diusahakan demi membantu rakyat
4. Yuran pelajar sekolah diusahakan membantu golongan marhaen
5) Proses gazet perkampungan di sekitar daerah Pitas bermula di kampung mempakad.
6. Kemudahan kepada rakyat untuk menjamin rakyat mendapat tapak membina rumah sendiri
7. Usaha memperbaiki mutu capaian internet dengan pembinaan beberapa menara pemancar di sekitar daerah Pitas.
8. Usaha pembangunan masyarakat Kg Lok Dangkaan
10. Usaha mengaspal jalan Telaga - Bongkol
11. Usaha mengaspal jalan Bilangau dipercepatkan
12. Usaha mengaspal jalan Salimpodon - Mantus dipercepatkan
Mohon doa semua agar dipermudahkan semua urusan ini.
Petang tadi saya ke Dewan Komuniti Bongkol bagi merasmikan Pesta Kebudayaan Komuniti Bongkol Tahun 2024.
Syabas dan tahniah kepada saudara Bala Jack dan team serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Pesta ini.
Ini adalah usaha yang baik dalam memperkasakan sekaligus menonjolkan warisan dan kebudayaan setempat agar terus relevan terutama di kalangan anak-anak muda.
Sekadar perkongsian, saya secara peribadi sebelum menjadi wakil rakyat pernah bersama-sama dengan komuniti ini menjayakan penganjuran Pesta Lampu Bongkol pada tahun 2019 yang diadakan selama 12 hari.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas persahabatan dan jemputan untuk merasmikan Pesta Kebudayaan Komuniti Bongkol Tahun 2024.
Selamat Maju Jaya buat semua.
𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘆𝗮𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗱 𝗧𝗮𝘀𝗶𝗻, 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸
Hari ini saya menyantuni keluarga Allahyarham Cikgu Abdul Malik Mad Tasin untuk menyampaikan ucapan takziah atas kembalinya allahyraham ke rahmatullah pada 1 Ogos 2024.
Semalam saya baru sampai daripada lawatan kerja rasmi bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di Sarawak selama dua hari.
Saya menemui balu dan anak allahyarham. Kami sempat berbual dan memberikan sedikit buah tangan daripada saya. Saya usahakan agar keluarga ini mendapat sebuah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ). Semoga urusan ini dipermudahkan.
Semoga Allahyarham tenang bersemadi di sana dan keluarga yang ditinggalkan tabah menghadapi ujian ini.
---------------------------
𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐡 𝘴𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘳𝘰𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘪𝘤𝘶𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯 -𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡
Salam Takziah buat seluruh keluarga besar allahyarham cikgu Abdul Malik Mad Tasin. Semoga semuanya tabah.
Saya serta keluarga turut berdukacita
27 Julai 2024
Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah turut meluangkan masa melawat beberapa buah masjid di daerah ini dan turut menyampaikan sumbangan kepada masjid-masjid tersebut.
1. Masjid Al-Amin, Masjid Daerah Pitas
2. Masjid Kg Kalumpang
3. Masjid Kg Pinggan-Pinggan
4. Masjid Salimpodon Laut
Terima kasih YB Menteri KSTI serta semua yang terlibat MUIS, PBNS, UMS serta JHEANIS.
27 Julai 2024
YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah menyempurnakan Program Pelepasan Benih Udang Galah Daerah Pitas.
27 Julai 2024
Mengiringi YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah melakukan lawatan kerja ke Kg Lok Dangkaan, Pitas.
YB Menteri telah menyempurnakan perasmian Mini Loji Rawatan Air Bersepadu (solar-iot) yang akan memberi manfaat kepada penduduk di sini.
YB Menteri turut meluangkan masa menyantuni penduduk setempat dan turut memberi sumbangan RM 3,000 kepada Surau Kg Lok Dangkaan.
Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat menjayakan program ini.
𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗗𝗠 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡-𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡
𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗗𝗠 𝗦𝗔𝗟𝗜𝗠𝗣𝗢𝗗𝗢𝗡
Sekitar Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 Penggal Kelima 2024 yang bermula pada 9 - 11 Julai 2024 selama 3 hari yang berakhir hari ini.
𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗗𝗠 𝗞𝗔𝗟𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚
𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗗𝗠 𝗣𝗜𝗧𝗔𝗦
𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗰𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗗𝗠 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗘𝗟𝗢𝗜
𝟮𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰
Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2024 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Smk Pinggan-Pinggan
𝟮𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰
Selepas program santai bersama rakyat saya meluangkan masa menziarahi orang sakit dan warga emas di Kg Mantus Darat.
Saya turut melawat menara telekomunikasi yang baru siap dibina dan kini sudah boleh digunakan.
𝟮𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗦𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗞𝗴 𝗠𝗮𝗻𝘁𝘂𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗮𝘁
𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦)
Mesyuarat Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Rumah & Kedai Komersial LPPB Sebanyak 400 Lebih Unit Di Pekan Baru Pitas & Mesyuarat Penyerahan Geran Tanah Penduduk Daerah Pitas Yang Akan Disempurnakan Oleh YAB Ketua Menteri Sabah.
Semoga dipermudahkan urusan ini.
Selamat Malam,
Atas permintaan tinggi daripada belia-belia, 𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗮𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗡𝟯 𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀 saya teruskan pada tahun ini khusus untuk pasukan / kelab bolasepak di DUN N3 Pitas sahaja.
Sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), saya ingin memastikan pemain-pemain berbakat di daerah ini akan mendapat peluang untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi.
Platform untuk membuktikan kemampuan kamu telah saya sediakan, jadi jangan lepaskan peluang ini.
Semoga sepanjang kejohanan ini berlangsung tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Selamat Maju Jaya kepada semua !
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗴 𝗕𝗼𝗻𝗴𝗸𝗼𝗹
Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok Cawangan-Cawangan Pgrs Bahagian Pitas Dan Pelancaran Jentera Pdm Bongkol
"𝙈𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙡𝙞𝙣𝙚 𝙙𝙞 𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙢𝙞, 𝙗𝙪𝙡𝙞 𝙨𝙪𝙙𝙖 𝙤𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚, 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙔𝘽"
Petang tadi saya didatangi beberapa penduduk Kg Mantus bertempat di rumah saya di Kg Salimpodon memberitahu internet sudah boleh diakses di kampung berkenaan.
Saya memanjatkan rasa syukur kerana usaha beberapa tahun lalu kini berhasil dan bermanfaat kepada penduduk kampung.
Semasa menjawat sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah saya memohon supaya kawasan Pitas diberikan keutamaan pemasangan menara telekomunikasi.
Untuk rekod, sebelum menara telekomunikasi dibina di Kg Mantus, sebagai langkah sementara pihak MCMC telah memasang VSAT pada tahun 2021.
Berkat kesabaran semua, akhirnya impian untuk mengakses internet dari rumah kini menjadi kenyataan.
Semoga Tuhan memberkati kita semua !
𝟮𝟮 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗞𝗴. 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴
Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok Cawangan-cawangan 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗗𝗠 𝗟𝗜𝗨
𝟭𝟲 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰
Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-cawangan Berkelompok PGRS Bahagian Pitas PDM Malubang seterusnya Pelancaran Jentera Pilihan Raya PDM Malubang.
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠
Syukur pada Tuhan hari ini dapat berkongsi rezeki sebagai Wakil Rakyat Pitas dengan menyumbangkan lembu untuk tujuan ibadah korban kepada 9 Pusat Daerah Mengundi (PDM), Pejabat Daerah Pitas dan Masjid Daerah Pitas.
Terima kasih kepada semua yang membantu untuk mengagihkan lembu korban tersebut.
Semoga Hari Raya Aidil Adha kali ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada kita semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDARTingkat 1, Blok A, Jalan Sanzac Sembulan, Peti Surat No. 11591
Kota Kinabalu
88817
Ibu Pejabat Penjara
Kota Kinabalu, 88111
Mesra Ikhlas Dan Berbakti
Wisma Tanah Dan Ukur, Jalan Perwira
Kota Kinabalu, 88100
The Land Office and Survey Office were established in Sabah in the 19th Century.
Menara Tun Mustapha, Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah, Teluk Likas, Peti Surat 11201
Kota Kinabalu, 88813
page Rasmi Kumpulan Yayasan Sabah
Level 9th & 12th, Tun Mustapha Tower, Likas Bay, , Sulaman Road, P. O Box 11622
Kota Kinabalu, 88817
Manages the conservation and forest rehabilitation area in Sabah
Tingkat 25, Blok A Menara Kinabalu Jalan Sulaman, Teluk Likas
Kota Kinabalu, 88400
The Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA)
BALAI POLIS KARAMUNSING
Kota Kinabalu, 88998
𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀
Kota Kinabalu
YDS adalah sebuah Yayasan yang ditubuhkan dibawah Ordinan Pemegang Amanah 1951 Cap 148 (Sabah).
Wisma Muis, Pejabat Persatuan Veteran ATM
Kota Kinabalu, 88863
Srikandi persatuan veteran Atm sabah