Madu Quad Gombak

Pengedar sah madu tualang asli jenama Quad keluaran Quadmeds Sdn Bhd daerah Gombak. Madu dijamin asli. Ada tempat penapisan sarang di Banting,Selangor.

Boleh kunjung dan lihat sendiri tidak wujud kerja² mencampur madu dengan gula.

19/11/2021

Masih ramai yang test madu asli guna piring, lalu lihat bentuk sarang lebah.

Padahal kicap pekat pun boleh terbentuk sarang heksagon itu.

Wajarlah tiap tahun peniaga kita import 3000 tan madu dari China, Australia dan Vietnam.
Bantu kami sebarkan manfaat madu Tualang alam Melayu kepada rakan yang belum tahu bagaimana ia diperolehi.

Berdasarkan penyelidikan moden, pengkaji mendapati bahawa Madu Tualang yang diambil dari hutan mempunyai antioksidan paling tinggi berbanding madu Manuka New Zealand dan madu tempatan lainnya.

Bagus buat bekalan ubat alami, energi dan nutrisi sekeluarga.

Dapatkan Madu Quad Tualang Sekarang 👇👇

https://601160812306.wasap.my
https://601160812306.wasap.my
https://601160812306.wasap.my

10/11/2021

SIHAT CARA NABI

Lebih dari 1.400 tahun yang lalu, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Madu dapat menyembuhkan ma**sia dari pelbagai macam penyakit. Madu digambarkan di dalam Al-Quran sebagai sumber penyembuhan:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina ma**sia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi ma**sia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl 68-69)

Dalam ayat lainnya, madu juga digambarkan sebagai salah satu makanan yang ada di syurga:

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (Surah Muhammad, 15)

Berkenaan madu sebagai ubat untuk penyembuhan, terdapat beberapa hadith yang meriwayatkannya:

“Kesembuhan itu ada pada tiga hal, yaitu : dalam pisau pembekam, meminumkan madu, atau pengobatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas (kayy)”[1]

Dalam hadith lain madu secara spesifik disebutkan sebagai ubat untuk menyembuhkan sakit perut:

“Ada seseorang menghadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata: ‘Saudaraku mengeluh sakit pada perutnya (dalam riwayat lainnya: sakit cirit birit).’

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Kemudian orang itu datang untuk kedua kalinya,

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga,

Nabi tetap berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Setelah itu, orang itu datang lagi dan menyatakan: ‘Aku telah melakukannya (namun belum sembuh juga malah bertambah cirit).’

Nabi bersabda: ‘Allah Maha Benar dan perut saudaramu itu dusta. Minumkan lagi madu.’

Orang itu meminumkannya lagi, maka saudaranya pun sembuh.”[2]

Cara Nabi Minum Madu
_____________

Rasulullah Saw biasa minum madu setiap hari, iaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari ketika perut masih kosong. [3]

Boleh juga mengulum di mulut hingga cair ketika bercampur dengan air liur. Madu mengandung fruktosa, lebih baik di dilute pada kepekatan rendah terlebih dahulu agar mudah larut dan dicerna oleh perut.

Kebiasaan Nabi minum madu di pagi hari ternyata berkaitan dengan soal pencernaan, iaitu mencegah penyakit gastritis yang sering dialami oleh masyarakat hari ini. Madu dapat melapisi dinding perut sehingga Nabi tidak terkena gastritis.

Madu terbaik
__________

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Madu lebah.., yang dituai dari gunung-gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak, kerana berhubungkait dengan habitat (sumber nektar) lebah. [4]

Semoga pada hari sambutan Maulidurrasul 1441H ini kita dapat mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad Saw.

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya aku (Rasulullah ﷺ) diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.” [5]

Rujukan:

[1] HR Al-Bukhari No. 5681/Fat-Hul Baari X/137. Lihat bab “Beberapa manfaat madu”

[2] HR. Al-Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 5731

[3] Ath-Thibbu Minal Kitab was Sunnah, karya Al-Allamah Muwaffaquddin Abdul Lathif Al-Baghdadi

[4] At-Thibbun Nabawi, Ibnu Qayyim Hal. 332

[5] Dishahihkan oleh Al-Bani dalam As Shahih nya No. 45

Klik link di bawah untuk dapatkan Madu Quad :

http://www.wasap.my/+601160812306/Nak+beli+madu+Quad
http://www.wasap.my/+601160812306/Nak+beli+madu+Quad
http://www.wasap.my/+601160812306/Nak+beli+madu+Quad

03/11/2021

Ini adalah feedback pelanggan yang menggunakan Madu Tualang Quad sebagai dressing (pembalut) luka diabetes di bahagian kaki.

Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab plagiat atau menjiplak nya sahaja lalu diterbitkan dalam iklan TV1.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda,

وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

“Dan barangsiapa yang menipu kami maka bukanlah dia daripada kalangan kami.”

(Hadith Riwayat Muslim)

03/09/2021

Hal ini adalah normal ya Tuan Puan.

Pengalaman kami menuai Madu Tualang hutan yang berwarna terang, dia akan menggelap dengan sendiri nya.

Kebiasannya, madu Tualang berwarna kuning keemasan akan menggelap menjadi coklat keemasan. Sementara madu berwarna coklat/merah keemasan akan menjadi hitam keemasan (atau semakin gelap).

Fenomena ini disebut self pigmentation. Ia tidak mengurangi khasiat Madu lebah sama sekali. Analoginya sama seperti produk yang berasal dari alam lainnya seperti minyak sawit, minyak zaitun, minyak Habbatussauda, wine, dan sebagainya yang juga menggelap dengan sendirinya.

Malah ditemukan Madu di kuburan Firaun, yang warna nya sudah kehitaman tetapi masih bagus walaupun sudah disimpan selama 5000 tahun.

Bermaksud, madu tiada tarikh luput nya.

Justeru sekiranya warna madu tidak berubah sejalan dengan waktu bermakna ia adalah Madu campuran pewarna industri.

Wallahua'lam

-catatan pemburu Madu Tualang-

Photos from Madu Quad Gombak's post 16/08/2021

"Makcik sy hritu kena kanser ovari stage 2.. dh amal 4-5 bulan madu tualang quadmed.. gula putih potong 100%. Sekarang sel kanser tu dah dalam keadaan 'remission'.. sembuh.."

Alhamdulillah, kita sudah menerima ribuan testimoni dan feedback positif dari pengguna Madu Tualang jenama Quad.

Bilamana madu yang kita amalkan memenuhi kriteria yang diberitakan dalam Al-Quran maka akan tersingkaplah hikmah yang luar biasa.

Antara ciri tersebut adalah,

1. Mestilah madu dari kualiti lebah liar 𝗺𝘂𝗹𝘁𝗶𝗳𝗹𝗼𝗿𝗮 (في كل الثمرات)

2. Habitat lebah hidup di kawasan hutan 𝗽𝗲𝗿𝗴𝘂𝗻𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 (الجبال) dan 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗸𝗮𝘆𝘂 (الشجر) menjadi keutamaan.

3. 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺-𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮𝗻𝘆𝗮 (مختلف الوانه).

4. Paling penting, Madu itu memenuhi syarat untuk dijadikan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 (شفأ للناس). Banyak kertas penyelidikan Madu Tualang yang diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa memperakui manfaatnya lebih baik dari madu ternak seperti Manuka dan madu tempatan lainnya.
______________

Madu Quad keluaran Quadmeds Sdn Bhd telah di uji di makmal Institut Genome Malaysia, UNIPEQ, dan SGS. Sedia untuk diuji sekali lagi dengan jaminan p**angan wang kembali 10x ganda jika terbukti palsu.

14/08/2021

Madu Quad di ambil dari hutan mana?

Memandangkan sudah banyak terjadi kemusnahan hutan oleh tangan tidak bertanggungjawab di hutan Malaysia, kami terpaksa berkelana (outsourcing) masuk ke desa-desa hutan belantara seluruh nusantara demi mendapatkan 'cairan emas alam Melayu' ini.

Jumlah madu hutan yang besar diperlukan bagi memenuhi pasar dalam dan luar Negara. Antara hutan yang berjaya kami jejaki adalah Hutan Kedah – Bukit Kayu Hitam, Hutan Borneo-Kalimantan, Hutan Sumbawa-Bima Nusa Tenggara Barat, Hutan Sosa, Sumatera Utara, dan Hutan Sumatera Selatan.

Bermula dari jaringan pawang (pengepul madu) hingga test lab haruslah mematuhi standard operasi yang telah ditetapkan oleh syarikat demi memastikan mutu madu terpelihara. Uniknya lebah Apis Dorsata, di hutan mana pun, ia tetap menghasilkan madu yang mempunyai sifat dan karakteristik hampir sama dari segi warna, bau, aroma dan rasanya.

Semoga Allah Swt memudahkan kerja team Quadmeds mengumpulkan lebih banyak madu lebah dari khazanah hutan alam Melayu, buat kita semua. Tuan puan boleh saksikan sendiri betapa besarnya risiko yang ditanggung oleh team kami memanjat pokok Tualang yang menjulang ke langit. Nyawa jadi taruhan. Mudah-mudahan menambah wawasan kita bersama.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh klik link di bawah ;

https://601160812306.wasap.my
https://601160812306.wasap.my
https://601160812306.wasap.my

Photos from Madu Quad Gombak's post 13/08/2021

Harga runtuh!

Tidak dinamakan pemburu Madu Tualang jika tidak dapat bekalkan lilin sarang lebah Tualang nya sekali.

Setiap kali pemburu Madu menuai madu, pasti akan dituai bersama kepala sarang (honeycells) nya.

Manakala sarang anak (broodcells) akan ditinggalkan supaya lebah dapat terus berkoloni dan memberikan madu yang lebih banyak selepas 40 hari.

Kepala sarang ini lah yang dipanaskan, kemudian dicetak membuat lilin atau BEESWAX

MANFAAT LILIN LEBAH TUALANG

1. Dikenal sebagai lilin lebah terbaik dunia kerana struktur polimer yang lebih padat berbanding lilin lebah ternak Eropah

2. Sering dijadikan pomade untuk melebatkan janggut, jambang, dan atasi masalah rambut gugur/botak.

3. Sarang lebah yang 100% asli dapat ditelan dalam kuantiti yang kecil untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir, tetapi tidak memiliki nilai nutrisi.

4. Lilin lebah adalah salah satu polimer yang paling tua digunakan oleh ma**sia selain getah perca, tanduk, cengkerang kura-kura, dan syelek.

5. Lilin lebah telah ditemukan di makam Firaun, kapal Viking, reruntuhan Romawi, dan bahkan di Istana Kerajaan Melayu lama untuk tujuan kosmetik dan ubat.

6. Lilin lebah dapat digunakan sebagai bahan industri seperti kosmetik, farmasi, bahan membuat model patung, kiwi kasut, campuran bahan pewarna untuk lukisan dan ornamen, tampal lubang pada gigi, alat music, papan luncur, lilin aromaterapi, dan terapi resdung.

̶H̶̶a̶̶r̶̶g̶̶a̶ ̶a̶̶s̶̶a̶̶l̶ ̶1̶̶5̶̶0̶ ̶r̶̶m̶̶/̶̶k̶̶g̶
Harga sekarang 120 rm/kg sahaja.

13/08/2021

"Ini lah punca kenapa aku kena pastikan betul ketulenan Madu!"

Madurasa ni kira jenama Madu pop**ar dan terbesar di nusantara.

Pada kali ini, mereka diwajibkan menulis seluruh isi kandungan campuran Madu mereka di label oleh pihak berwajib di Indonesia. Dulu mereka masih boleh sembunyi-sembunyi.

Dengan itu, kita dapat mempelajari bagaimana industri madu sintetik dunia bekerja.

Nah, ini dia ramuannya.

👉 MADU ASLI HANYA 2% 😂

👉 Tambahan gula fruktosa sintetik

👉 Tambahan gula glukosa sintetik

👉 Air demineral

Atau disebut air suling. Tujuannya supaya bila ia dimasukkan ke dalam peti ais, dia tidak beku. Air suling adalah antara anti-crystallizing agent yang baik.

👉 Perisa sintetik Madu

👉 Pewarna Karamel III ammonia proses.

Inilah dia ramuan Madu sintetik yang menyerupai karakteristik Madu asli. Sama lah dengan Madu tak jelas sumber yang di import dari negara China, Kyrgystan (sebelah China), Saudi, dan Iran.

--------------
Kami nasihatkan sebelum beli Madu pastikan 3 hal ini,
--------------

1. Ada team pemburu/penternak Madu nya.

Zaman sudah maju, telefon bimbit sudah canggih, mustahil tiada sebarang kemaskini dokumentasi tuai kecuali ia adalah madu sintetik semata.

2. Ada kilang atau tempat penapisan sarang Madu.

Sebaiknya ada kelulusan MESTI Kementerian Kesihatan Malaysia supaya terjamin kebersihan. Mustahil ada madu tetapi tiada sarang madu Tualang nya.

3. Ada laporan makmal ujian ketulenan madu

Laporan ni tak begitu penting pada hari ini kerana madu sintetik pun lulus ujian makmal dan hanya menguji 100ml sample madu sahaja. Cukup lah sekadar ada sahaja.

4. Ada jaminan wang kembali jika terbukti palsu.

Percayalah, lain-lain ujian tradisional semuanya sudah tidak valid lagi kecuali lidah kita sudah terbiasa dengan Madu asli.

03/08/2021

𝗕𝗟𝗔𝗖𝗞 𝗚𝗢𝗟𝗗𝗘𝗡 𝗧𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗡𝗘𝗬 - 𝗤𝗨𝗔𝗗

Alhamdulillah, walaupun pokok Tualang ini sudah berusia ratusan tahun, kami tak pernah mengamalkan mantera atau nyanyian turun temurun orang Melayu yang menyeru kepada selain Allah ﷻ seperti,

"𝘋𝘢𝘵𝘶𝘬... 𝘯𝘦𝘯𝘦𝘬.. 𝘤𝘶𝘤𝘶 𝘵𝘶𝘮𝘱𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘭𝘶. 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘪."

"𝘛𝘶𝘳𝘶𝘯... 𝘏𝘪𝘵𝘢𝘮 𝘔𝘢𝘯𝘪𝘴... 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨..."

Tetapi memadailah kami mengamalkan doa-doa yang ma'thur dari Nabi ﷺ seperti,

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

"𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘮𝘶𝘥𝘩𝘢𝘳𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘶𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢-𝘕𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪 𝘣𝘶𝘮𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵. 𝘋𝘢𝘯 𝘋𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪.”

Madu Tualang berwarna hitam keemasan ini kadang orang salah anggap mengatakan ia adalah campuran gula merah .

Sebenarnya tidak.

Saya pun bingung dimana rasa gula merah nya. 😅

Padahal sudah jelas dalam Al-Quran Allah ﷻ mengesahkan bahawa يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ (𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 𝘭𝘦𝘣𝘢𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘬𝘦 𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘮𝘪𝘯𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘥𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮-𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘸𝘢𝘳𝘯𝘢𝘯𝘺𝘢..) - 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘯-𝘕𝘢𝘩𝘭𝘶 69.

Walaupun warna nampak macam gula merah, tapi ia Madu tulen. Madu Tualang yang dituai dari hutan tanah rendah cenderung berwarna lebih gelap berbanding madu yang dituai di kawasan tanah tinggi.

Lebih unik, berhampiran lokasi hutan tanah rendah ni biasanya terdapat tanaman Akasia. Kalau nak tau, Akasia ni lah spesies tumbuhan yang menghasilkan Gum Arabic "Manna" yang kaya sumber prebiotik (makanan tinggi serat). Lebah liar Tualang ikut menghirup nektar pada bunga, daun, dan batang pokok Akasia ini kerana sifatnya yang Multiflora.

Nak tau rasanya? Memang kena cuba sendiri. 😉

Photos from Madu Quad Gombak's post 03/08/2021

Apa yang kita harus tahu tentang Madu Tualang hutan Alam Melayu?

Photos from Madu Quad Gombak's post 30/07/2021

Buasir dan manfaat dari Madu Tualang?
__________

Masalah sembelit dan buasir saling berkaitan erat. Jika tidak dilakukan rawatan yang tepat maka gangguan itu akan semakin berat.

Buasir atau istilah medik nya hemorrhoid ialah pelebaran saluran darah di bagaian a**s hingga menyebabkan aliran darah terhalang dan terjadi pembengkakan.

Jika buasir kecil kadang tidak ada gejala hingga pesakit ambil mudah dan akhirnya berkembang jadi besar dengan pelbagai gejala timbul antaranya rasa sakit di dubur dan berdarah saat buang air besar.

Buasir dapat disebabkan oleh beberapa hal:

1. Kurang gerak/terlalu b*k duduk
2. Kehamilan
3. Hubungan seks songsang (sodomi)
4. Sembelit yang berpanjangan

Penyakit buasir ini sebenarnya dapat dicegah dengan perubahan gaya hidup antaranya,

1. Pastikan bila anda keluar membeli belah, jangan lupa sayur, buah-buahan, sereal atau bijirin.

2. Lakukan senam mudah seperti Kegel atau senaman Melayu dengan memusatkan latihan pada bahagian a**s.

3. Minum air yang cukup (jangan biarkan bibir kering, kulit kering, atau air kencing terlalu keruh).

4. Elakkan dari angkat benda berat.

5. Amalkan minum Madu Tualang yang dijamin ketulenan nya kerana Madu dapat mengatur fungsi gastrointestinal (usus) dan menormalkan rembesan asid gastrik.

Kajian eksperimen mengesahkan bahawa Madu mempunyai kesan meningkatkan gerakan peristalsis usus dan dapat memendekkan masa buang air besar dengan ketara. Bagi orang yang mengalami masalah pencernaan dan sembelit biasa, penggunaan Madu setiap hari dapat memberi kesan penyembuhan.

----------------
Terapi tambahan:
----------------

1. Lakukan bekam di bahagian pinggang untuk membantu proses penyembuhan.

2. Sebaiknya amalkan juga herba yang bersifat antiradang bertujuan mengurangi bengkak dan rasa sakit seperti Habbatussauda Habasyi/Suriy dan Zaitun Dara Tursina untuk melancarkan peredaran darah.

3. Selalu senyum dan berpuasa sunnah Isnin Khamis.

Ubat merupakan pilihan terakhir jika cara–cara alami belum mampu mengatasi hal tersebut. Segera konsultasi ke doktor jika sembelit belum dapat di atasi dengan cara diatas. Dikhawatiri berlakunya perubahan anatomi seperti sumbatan di bahagian usus tertentu. Bagus dilakukan pemeriksaan endoscopy untuk menegakkan diagnos yang tepat.

Wallahua'lam

Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds

Photos from Madu Quad Gombak's post 25/07/2021

Lagi feedback mereka yang diuji dengan wabak penyakit namun istiqamah mengamalkan minum Madu Lebah Tualang disamping perubatan standard~
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ubat terbahagi tiga: minum Madu lebah, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (HR Bukhari)

Madu Tualang adalah satu-satunya madu dari lebah terbesar dunia Apis dorsata yang mengambil jutaan nektar bunga (polyfloral) di hutan alam Melayu - paling kaya flora dan fauna.

Jika ditinjau dari sudut ilmu perubatan, Madu Tualang telah diakui mempunyai kesan anti-bakteria yang baik (Shehu et al., 2015) dan juga kesan anti-radang (Al- Waili dan Boni, 2003). Ia juga mempunyai kesan yang besar pada proses penyembuhan pelbagai jenis luka (Khoo et al., 2010) dan telah digunakan dalam rawatan diabetes pada kaki yang ulser (Imran et al., 2011).

Madu Tualang menunjukkan kesan aktiviti antioksidan yang sangat bagus kerana mengandungi fenolik dan flavonoid yang tinggi (Shehu et al., 2015). Selain itu, Madu Tualang juga telah terbukti mempunyai kesan anti-kanser (Yaacob et al., 2013) dan berpotensi meningkatkan pembelajaran dan memori otak (Othman et al. 2015).

Dalam kajian eksperimen, madu Tualang menghasilkan kesan melindungi organ tubuh seperti hati (hepatoprotective), buah pinggang (renoprotective), paru (pulmoprotective), dan tulang (bone protective). (Erejuwa et al., 2011, Zenab et al., 2017, Nadia et al., 2012, Suk Peng Tang et al, 2017)

Bagi saya peribadi, Madu tidak lagi boleh dianggap sebagai rawatan alternatif melainkan rawatan awal bagi mereka yang bergejala ataupun tidak bergejala (langkah berjaga-jaga).

Photos from Madu Quad Gombak's post 22/07/2021

JERUK MADU BAWANG PUTIH
_____________

Madu lebah Tualang original sememangnya enak bila dicampur dalam jus minuman, masakan, atau ramuan herba.

Salah satu minuman traditional yang pop**ar dikalangan masyarakat Melayu dan dunia adalah Jeruk/Acar Madu Bawang Putih.

Atau orang putih sebut, 𝘧𝘦𝘳𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘨𝘢𝘳𝘭𝘪𝘤 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘺.

MANFAAT

Bawang putih dan Madu Tualang mengandungi sebatian antioksidan yang sangat tinggi. Bahan kimia sihat ini membantu mengimbangi sistem imun anda dan mencegah wabak penyakit.

Bawang putih digunakan secara tradisional untuk merawat selesema dan batuk. Ia juga dilaporkan dapat meningkatkan sistem imun dan membantu mengurangkan gejala asma.

Ubat tradisional Arab mengesyorkan bawang putih untuk membantu merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, artritis, sakit gigi, sembelit, dan jangkitan kuman/virus.

Menurut kajian perubatan, bawang putih membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan strok dengan: menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolesterol tinggi, mencegah pembekuan darah terlalu banyak (𝘣𝘭𝘰𝘰𝘥-𝘵𝘩𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨), mencegah saluran darah yang mengeras atau kaku.

Satu kajian makmal dari sumber dipercayai mendapati bahawa kombinasi bawang putih dan Madu mampu menghentikan beberapa jenis bakteria daripada tumbuh. Kajian ini menguji setiap makanan tersebut secara berasingan dan kombinasi. Para penyelidik mendapati bahawa bawang putih dan madu kedua-duanya dapat membunuh bakteria ketika diuji sendiri. 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗼𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸.

Kombinasi bawang putih dan Madu dapat memperlambat atau menghentikan pertumbuhan bakteria penyakit termasuk radang paru-paru dan keracunan makanan.

Ini termasuk 𝘚𝘵𝘳𝘦𝘱𝘵𝘰𝘤𝘰𝘤𝘤𝘶𝘴 𝘱𝘯𝘦𝘶𝘮𝘰𝘯𝘪𝘢, 𝘚𝘵𝘢𝘱𝘩𝘺𝘭𝘰𝘤𝘰𝘤𝘤𝘶𝘴 𝘢𝘶𝘳𝘦𝘶𝘴 dan 𝘚𝘢𝘭𝘮𝘰𝘯𝘦𝘭𝘭𝘢.

Kajian makmal lain menunjukkan bahawa kombinasi bawang putih dan madu bahkan dapat menghentikan jenis jangkitan bakteria yang tidak dapat diatasi dengan ubat antibiotik!

CARA PERAM BAWANG PUTIH DAN MADU

1. Boleh guna bawang putih di dapur atau bawang putih tunggal.

2. Letakkan bawang putih yang dikupas dalam balang yang bersih dan steril.

3. Sterilkan balang kaca dan penutup dengan mendidihnya ke dalam air.

4. Tuangkan madu ke atas bawang putih dan kacau hingga sebati.

5. Pastikan bawang putih ditutup sepenuhnya dengan madu. Sisakan sedikit ruangan pada balang supaya madu tidak meleleh keluar.

6. Tutup balang dan biarkan selama 3 hari.

7. Buka balang untuk mengeluarkan gas.

8. Sekiranya anda melihat gelembung kecil di dalam madu, itu bermakna bawang putih dan madu sudah mula berfermentasi.

9. Tutup dan biarkan selama sekurang-kurangnya seminggu sebelum menggunakannya. Sebaiknya adalah 1 bulan, baru sedap dimakan begitu saja.

10. Boleh tahan sehingga 2 tahun.

SUKATAN PENGAMBILAN

Pencegahan:
Cukup 1 sudu teh Madu per hari.

Rawatan:
1 - 2 ulas bawang putih 2 kali sehari.

Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds

Photos from Madu Quad Gombak's post 18/07/2021

MENGAPA SUDAH MINUM MADU TAPI PERUT TAMBAH SAKIT?

Saya jumpa banyak kes seperti ini . Ada jenis orang tak boleh minum Madu.

Dia muntah. Lepas tu taubat dia tak mau lagi minum Madu.

Saya kesian tengok dia kerana tak dapat merasakan betapa nikmatnya Madu lebah.

Sebenarnya, bukan kerana dia diciptakan Tuhan tak boleh minum Madu. Tapi dia ada penyakit di perut seperti gastritis yang sebenarnya Madu adalah penawar terbaik bagi nya.

Hal ni pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad ﷺ,

Suatu ketika, seorang sahabat datang menemui Rasulullah ﷺ dan bercerita kalau perut saudaranya sakit. Mendengar cerita itu, Rasulullah ﷺ berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sahabat tersebut pergi dan kembali lagi sambil berkata, ''Madu hanya membuat perutnya lega dua atau tiga kali.''

Setiap kali menerima pengaduan sahabat itu, Rasulullah ﷺ berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sampai akhirnya pada kali ketiga Rasulullah ﷺ bersabda, ''Allah pasti benar, yang berdusta adalah perut saudaramu. Pergilah dan minumkanlah padanya madu.'' Kemudian sahabat itu pergi dan meminumkan madu kepada saudaranya dan sembuhlan penyakit perutnya.''

(HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah ﷺ begitu yakin madu akan mengatasi pelbagai penyakit. Keyakinan Rasulullah ﷺ bahawa madu mengandung penawar bagi ma**sia kerana telah difirmankan Allah ﷻ dalam Alquran, sampai-sampai Allah ﷻ membuat satu surat dalam kitab suci Alquran yang mengambil nama an-Nahl (lebah) yang kemudian menghasilkan madu.

Caranya,

Kecilkan sukatan ke 1 sudu teh. Dibancuh dalam segelas air. Diminum 3 kali sehari selepas makan sehingga gastritis nya sembuh.

11/07/2021

Memandangkan sarang lebah ternak sudah boleh dipalsukan, ujian makmal sangat mudah dimanip**asi, cara test tradisional (semut, sarang lebah, telur dll) semua boleh ditiru, malah 3000 tan madu China dilaporkan masuk ke Malaysia tiap tahun, maka admin cadangkan teknik pembelian madu secara 'bersanad' iaitu bersambung rantaiannya (supply chain)

Setelah kita jelas siapa team pemburu/penternak madu nya, barulah kita lihat hasil ujian makmal mereka sebagai pengesahan.

Alhamdulillah, Madu Tualang Quad ni fokus madu lebah liar. Kita ada pasukan pemanjat sendiri, bukan borong melalui orang tengah, ada kilang tapis sarang Tualang sendiri berkelulusan MESTI, bukan perah pakai tangan dibawah pokok atau di dapur rumah, dan ada jaringan distributor sendiri yang solid .

Pendidikan madu lebah liar Tualang kami sumbangkan disini sebagai rujukan masyakarat Malaysia agar tiada lagi yang terpedaya dengan lambakan 80% madu palsu di pasaran (Youtube: Kompilasi Madu Quad).

Berkah Inshaallah.

_________________________

Harga Madu Quad (Madu Lebah Tualang)

180 gram [RM 25]
430 gram [RM 55]
900 gram [RM 100]
1 kg [RM 120]
2 kg [RM 210]

Edisi Stick
(100 batang stick) [RM 120]

Edisi Sarang

325 gram [RM 55]
1 kg [RM 150]
3 kg [RM 390]
_________________________

Sebarang tempahan dan pertanyaan, klik link di bawah;

https://601160812306.wasap.my
https://601160812306.wasap.my
https://601160812306.wasap.my

Photos from Madu Quad Gombak's post 10/07/2021

ENZIM 36??
========

Ada yang bertanya saya, "Tuan, ada peniaga madu Tualang ni claim konon madu nya terbaik dunia kerana Enzim 36. Madu Tualang yang dibawah bacaan 36 boleh jadi adalah palsu!"
Astagfirullah, ini terlebih semangat namanya, saudara . 😁

Kalau dibicarakan dalam group penyelamat/pakar lebah, mungkin ditertawakan saja. Malas nak ambil pusing.

Tak apa lah. Kita sabar saja. Allah Maha Kaya.

1. PERBEZAAN SUMBER NEKTAR

Peniaga seperti ini harus bertanggungjawab jika nanti ada org test madu dia dimakmal ternyata enzimnya dibawah 36. Lantaran lebah Tualang Apis dorsata mengambil pelbagai macam nektar bunga hutan (multiflora). Boleh saja kadar enzim madunya berubah-ubah mengikut lokasi koloni lebah tersebut.

2. BEZA SPESIES LEBAH

Untuk pengetahuan, Lebah Tualang juga ada dua spesies iaitu Apis dorsata dorsata dan Apis dorsata laboriosa. Sedang enzim liur antara ma**sia saja berbeza-beza, apatah lagi enzim liur lebah.

3. SALAH FAHAM MEMBACA PIAWAI CODEX

Standard Codex For Honey 12 - 1981 menetapkan piawai bahawa yang dikatakan madu asli itu, secara umumnya tidak kurang daripada 8 Diastase Number (DN) dalam Unit Schades dan pada madu dengan enzim semulajadinya yang rendah, tidak kurang daripada 3 Unit Schades.

Mereka salah faham. Fikirnya, jika enzim nya 36 DN, maka ia 5 - 12 kali lebih baik dari piawai Codex. Padahal Codex hanya menetapkan kadar minimum enzim yang terkandung dalam madu asli. Yang membawa pengertian,

"Jika bacaan enzim dalam madu itu dibawah 3 DN maka ia pasti palsu @ bukan madu. Jika bacaan enzimnya 8, 15, 20, 30, atau 36, ya, sudah tentu ia memenuhi piawai enzim dalam madu asli."

4. ENZIM AIR LIUR LEBAH DAPAT DITIRU

Harus digarisbawahi bahawa piawai Codex itu dibuat pada tahun 1981. Perkembangan era bioteknologi hari ini, enzim air liur lebah (diastase) sintetik sudah mampu dipalsukan. Tinggal tambah enzim sintetik ke dalam adunan madu untuk mencapai kadar enzim yang dimahukan.

Kesimp**annya, cara yang paling tepat menentukan keaslian madu Tualang adalah kita jelas sanadnya bagaimana proses penuaian madu Tualang tersebut, jelas kilang pembotolannya memenuhi syarat kebersihan Kementeria Kesihatan Malaysia, dan barulah dibantu dengan laporan makmal.

Alhamdulillah, bacaan enzim madu Tualang Quad minimum adalah 14.2 DN menepati piawai Codex dan International Honey Commision. Malah, boleh saja bacaannya lebih. Menariknya, kami pernah lakukan ujian antioksidan fenolik pada batch madu kami, ternyata ia cukup tinggi iaitu 684 mg GAE/kg.

Lebih tinggi dari antioksidan Manuka Honey New Zealand.

Wallauhualam.

09/07/2021

MENGAPA TIMBANG MADU LEBAH TUALANG JENAMA QUAD MENGIKUT BERAT (kg)? BUKAN ISIPADU (ml)?

1. Berdasarkan Piawai Codex untuk Madu Lebah Antarabangsa, mereka menggunakan berat (kg) dalam timbangan Madu agar mudah dikira jumlah berat komposisi atau bahan semulajadi yang terkandung dalam madu lebah tulen seperti mineral, enzim, glukosa semulajadi, dan lain-lain.

2. Mengikut Garis Panduan Am Pelabelan Makanan (Bahagian IV, Peraturan-Peraturan Makanan 1985) Kementerian Ksihatan Malaysia p**a menyatakan bahawa semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai berat bersih atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan.

3. Tradisi akad pembelian Madu Lebah Tualang antara Team Pemburu Madu Quad dengan pemilik batang pokok Tualang atau petani-pemanjat dibuat mengikut timbangan berat. Oleh itu, kami memasarkan mengikut timbangan berat juga agar keadilan dapat dicapai antara pihak penjual dan juga pembeli.

4. Sifat Madu Lebah alam Melayu yang lebih cair dan bergas dapat mempengaruhi kekentalan (viscosity) dan isipadu (volume). Ketika gas terhasil, maka kekentalannya akan berkurang dan isipadu akan kelihatan lebih banyak. Namun apabila gas hilang, isipadu jadi berkurang. Oleh itu, timbangan mengikut berat (weight) adalah jauh lebih adil dan selamat antara penjual dan pembeli Madu Lebah.

Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 85,

وَيٰقَوْمِ اَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيْزَانَ بِالْقِسْطِ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ اَشْيَاۤءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِى الْاَرْضِ مُفْسِدِيْنَ

“Dan Syu'aib berkata: 'Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan
dengan adil, dan janganlah kamu merugikan ma**sia terhadap hak-hak mereka
dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat
kerusakan”.

Wallahua'lam.

Ditulis oleh: Team Pemburu Madu Quad Tualang.

Photos from Madu Quad Gombak's post 09/07/2021

Madu Stick RM1?⁉️

Banyak yang kurang faham soal harga market madu stick. Secara umum dipasaran ada 4 macam,

1. Madu stick ternak import - RM1.00
2. Madu stick Tualang - RM2.00
3. Madu stick Kelulut - RM2.50
4. Madu stick Sidr - RM5.00

Madu ternak memang paling murah kerana ia diproduksi secara massal (monoflora). Biasanya diimport dari China, Thailand, Vietnam, dan Australia.

Harga Madu Tualang sedang kerana ia kualiti sejuta bunga hutan (multiflora). Walaupun madunya banyak, sarang lebahnya paling besar tetapi proses pengambilannya amat sukar dan berisiko tinggi.

Nak madu yang ada khasiat ubat, bagus yang multiflora.

05/07/2021

Fenomena biasa untuk anak istimewa Cerebral Palsy (CP) adalah 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁 . Selalu bila berjumpa doktor, doktor akan soal perihal najis lembut atau keras. Senang lawas atau tidak.

Disebabkan anak ini tidak bergerak melompat dan berjalan seperti anak-anak lain. Mereka lebih mudah sembelit. Ini salah satu faktor saja ya.

Selalu doktor akan syorkan ubat lembut najis seperti dalam gambar ni. Ni ubat anak Huda. Huda pernah bagi anak dulu. Rasa manis macam air gula. 😁

Keberkesanan tu alhamdulillah membuang kalau beri lebih kerap. Tapi ada satu teknik yang lebih berkesan untuk anak Huda.

MADU. Ya Madu paling terbaik setakat ini. Huda suap pagi. Nanti tengah hari sikit dia membuang. Pembuangan dia serupa cucikan semua usus.

Alhamdulillah syukur tak terkata. Bukan senang jadi mak. Masalah berak pun masalah utama. Betul kan mak mak?.

👇Ini fakta Madu bagus untuk usus.

"Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus ma**sia"

(penulis dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia.)

Kredit: Huda Abdul Rasid

Want your business to be the top-listed Grocery Store in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

SOP Madu Quad Tualang
Sihat Cara Nabi

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050

Other Health Food Shops in Kuala Lumpur (show all)
သဇင်နွယ်ဝင်း သဇင်နွယ်ဝင်း
Petronas Twin Tower, Lower Ground (Concourse) Level, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 50088

Golden dates Golden dates
Kuala Lumpur, 68000

We sell all types of dates the best brands high quality of fresh dates wholesale and retail

Hommeal Hommeal
Kuala Lumpur

Hello! We're Hommeal. Hommeal is an online food store that provides healthy and convenient food to people who are looking for a simple, hassle-free, and yet delish prepped meal. ...

航药阁 Oriental HERBS 航药阁 Oriental HERBS
9, Jalan Jejaka 3, Taman Maluri Cheras
Kuala Lumpur, 55100

海味 / 礼篮 / 参茸 / 汤包 / 凉茶 / 花茶 / 草药 航药阁 ORIENTAL HERBS 融入药材的文化与特色 把传统药材行业形象走向现代生活化,同时提供方便的购物方式给予大家。

Sahiyya By Anna Sahiyya By Anna
AFYAA SDN BHD (202001031344) Colony @ Klcc 6, Jalan Kia Peng
Kuala Lumpur, 50450

ANDA ADA MASALAH KOLESTROL TINGGI? KEBAS KAKI TANGAN? STROKE? AFYAA SAHIYYA boleh membantu masalah kesihatan yang anda alami.. Jum sihat bersama SAHIYYA ❤️❤️

Station Tenaga Station Tenaga
Kuala Lumpur

Salam semua ,sini adalah station untuk Perkongsian mengenai tip-tip nutrisi, kesihatan, dan kebahagiaan hidup.

Mummykin Diffenz Kuala Lumpur Mummykin Diffenz Kuala Lumpur
Jalan Ipoh
Kuala Lumpur, 51100

D'nitez失眠GOGOGO 2.0 Micky D'nitez失眠GOGOGO 2.0 Micky
Level 2, Unit 2. 1 , Tower 9 Avenue 5, The Horizon Bangsar South Bangsar South, Bangsar
Kuala Lumpur, 59200

🌜Dnitez 全马唯一帮助失眠,保护肾脏💥 HI 我是Micky,在这个行业超过3年经🐱‍🏍 以帮助了超过6,077失眠患者改善 ✔失眠 ✔夜尿 ✔焦虑 ✔多梦 拥有KKM,NPRA 认证

Up Thumb Up Thumb
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050

Yin's Nutri Choice 1.0 Yin's Nutri Choice 1.0
Sungai Besi
Kuala Lumpur, 57000

Welcome to Yin's Nutri Channel. Yay~

Time To Eat Time To Eat
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 57000

Harvestmall UTAR Harvestmall UTAR
16, Jalan 5/17, Taman Fadason, Kuala Lumpur W. P.
Kuala Lumpur, 52000

Harvest mall is a locally founded company that focuses on bringing accessible healthy products