Klasik Warong SSer

Buka Jalan AU1A/2 Taman Keramat

04/01/2023

❤❤

04/01/2023
23/11/2022

😊😊

Goreng ayam rempah kari je hari ni... Orang kate sedap makan panas2 hujan ni... Alhamdulillah...

Edited, resepi ayam goreng rempah kari.

🍗Ayam sebelah potong ikut s**a..
🍗Serbuk rempah kari 1 sudu besar
🍗Serbuk kunyit 1 sudu besar
🍗Tepung jagung 2 sudu besar
🍗Garam 1 sudu teh
🍗Secukup rasa 1 sudu teh
🍗Kacau rata semuanya n biarkan sekejap...
🍗Kemudian goreng mcm biasa...

Nak lagi sedap bila ayam dah masak, masukkan daun kari... 🌿

Credit : Acik Siti

26/10/2022

TEPUNG BUNGKUS

════•❁🌸🌸🌸❁•════
IKLAN:
Nak kawen ke tuuu🤭🤭 atau nk pegi dinner🤗🥰
Tengah cari AKSESORI tradisi utk disewa?

Jom FOLLOW👇🏻🥰🙏🏻macam2 ada🥰

FB : BBOS GALLERY - Aksesori Pengantin
https://www.facebook.com/aksesoripengantinbbos

Insta :

════•❁🌸🌸🌸❁•════

⚘3 cawan santan
⚘1 1/2 cawan tepung beras
⚘1 sudu gula
⚘Sedikit garam

⚘1. Masak atas api perlahan sehingga pekat sambil kacau.

⚘2. Kemudian tutup api.

Bahan inti :
⚘1/2 biji kelapa muda
⚘1 ketul gula melaka
⚘1 cawan air
⚘Daun pandan

Cara:
⚘1. Kacau atas api sampai kering, letak tepung sikit untuk bagi kelapa lembap bersalut. Kalau kurang manis tambah gula putih.

⚘2. Dah masak buat bulat2 kecil untuk dijadikan inti.

⚘3. Bolehlah dibungkus dengan adunan tadi.

⚘4. Kukus api sederhana dalam 15 minit.

Resepi & foto : kredit to real owner moga murah rezeki⚘🥰🙏🏻

17/10/2022

RESEPI KUAH SOTO 😋
1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak😀
3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut s**a banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan

RESEPI BEGEDIL
1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu
4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana

RESEPI CILI KICAP
1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
3. Kicap dan garam sedikit
4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua😉

05/10/2022

RESIPI MEE REBUS

Resepi...
1. Mee kuning (rebus seketika & tos jgn lama² nt kembang sgt)
2. Tahu putih (goreng & potong)
3.daun sup,cili besar hijau@merah,bwg goreng,limau kasturi (hiasan)
4. Telor (direbus)
5. Ayam dada (goreng kemudian tarik² isinya)
Utk kuah..
1. Cili kering,bwg putih & bwg merah,halia (blend hancur)
2. Keledek oren & ubi kentang ( rebus dh empuk toskn blend )
3. Udang kering (blend hancur)
4. Serbuk kari daging & secubit belacan..
5. tepung jagung ( 1 sudu besar)
6.penumis
Panaskn myk,masukkn penumis tumis bhn² cili,masukkn serbuk kari & belacan,dh naik aroma masukkn air,(jika ada daging guna air rebusan daging) masukkn keledek&kentang yg tlh diblend,masukkn udg kering, biarkn mendidih masukkn tepung jagung,pastikn garam gula betol² terasa.. siap,selamat mencuba😘😘

Kredit : SuiSan Aliezsha

01/10/2022

layan yong tau foo sup sempoii..

RESEPI↓↓
BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.

3 liter air.
2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
1 sudu besar biji lada putih.
2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
5 ulas bawang putih diketuk.
1 ketul kiub stok ayam.
2 inci Halia diketuk.
Garam secukup rasa.
1 sudu besar minyak masak utk layukan bawang da ikan bilis.
Cara: Layukan bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup . Selepas di reneh, tapis airnya sedia sup yong tau foo yg lazat 'ala singapura. Hidangkan dengan bebola ikan, Fucuk goreng,fishball,fishcake dan lain-lain bahan yg anda s**ai. Selamat mencuba.
sumber resepi; Mamak Haji

24/09/2022

Saya kongsikan resepi Sandwich Viral
Bahan2 :

Roti putih
Bwg holland cincang
Cili hiris halus
Tuna
Mayonis 1 botol
4 biji Telur
Butter
Cheedar cheese
Daun salad
Tomato potong bulat
Paper cup

Cara Buat :

- Cairkn 2sudu makan butter,masukkan 4biji telur, kacau sampai kd scrambled egg. Tekan dgn pelecek sampai hancur, masukkn 4sudu makan mayonis gaul sebati.Ketepikan.

-Tuna (ikut uols nak guna yg mana, nk guna sardin pun boleh) hancurkan pakai garfu, masukkan bwg holland cincang, cili hiris, mayonis 4sudu makan gaul sebati.

Cara melapis :

- Lapisan pertama,, ambil roti sapukan butter nipis2.. Letakkan telur yg dh siap td,, letakkan tomato,,

- Lapisan kedua,, sapukan mayonis nipis2.. Letakkan cheese, letakkan tuna@sardin,, letakkan daun salad

- Lapisan ketiga roti utk tutup sapu nipos butter kemudian tutupkan atasnya.

- Dah jd 3layer,, potong dgn mgunakaan pisau roti, baru cantik tak comot. Kalau guna pisau biasa roti akan kemek,, inti akn terkeluar. Potong dpt 4.. Hias dlm paper cup.

Noor atika mahamood

18/09/2022

😘😘

RESEPI GORENG PISANG CRISPY(RESEPI NIAGA)

saya halalkan dunia akhirat.doakan saya pun di murahkan rezeki.Sihat pon rezeki juga aamiin😊

Bahan-bahan :
1 pax tepung beras yg 1/2 kilo ( x kisah brand apa xde pantang larang)
1/2 sudu mkn tpg gandum
1 biji telo ayam
1/2 sudu mkn majerin
3 sudu kfc.. garam
1 sudu kfc kapor mkn(di bncuh nga setengah cawan air )
1 sudu teh serbuk kunyit(saya x guna pewarna ye..lau korang nk letak pon bolih.tp saya lebih s**a yg ori kunyit je)
1 cawan ais atau air sejuk
resepi ni saya x ltk gula.lau korang nk letak trp**ang

Cara-cara :
campor semua n bncuh lh cam korang nk buat lempeng tu.tp jgn trlalu cair.atau trlalu pekat..
agak lh korang rasa dah ok goreng dlm minyak yg bnyk ye..tgk pada kuatiti bnyk atau sikit yg korng nk goreng

Credit : Azura Haron

Photos from Hafiz Homestay Private Pool Melaka's post 13/09/2022
08/06/2022

kek pisang coklat kukus gebu teramat sangat ❤️

lembut dan gebu 😘

yg nk mencuba cikza bgi resepi nya skli ❤️
bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
esen vanilla.

tepung gandum,soda, baking powder diayak.
telur, gula, minyak dan esen vanila diblander masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yg di ayak tdi.kaup balik bagi sekata.sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua..1 adunan dimasukkan serbuk koko dan yg 1 lg warna asal...mas**an adunan berselang seli sehingga habis.. kukus 1 jam atau sampai masak❤️

07/06/2022

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

Untuk juadah Hujung Minggu

》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan

Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih

Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng p**a lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak

Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak s**atan air.

Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.

Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan

Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.

Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

kredit: pesan bonda

07/06/2022

Chocolate Chips Muffins

Bahan-bahannya :
*3 cawan tepung gandum
*1 cawan serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonate
*1 sudu teh garam
2 cawan gula halus (boleh kurangkan sikit ikut citarasa)
2 cawan susu segar
2 biji telur ayam gred A
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan
Chocolate Chips & Badam Cincang secukupnya.

Cara membuatnya :

1. Ayak bahan bertanda * dalam satu bekas besar. Gaul rata.

2. Masukkan semua bahan basah ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata menggunakan whisk. Kalau nak guna mixer atau blender pun boleh. Tapi kacau dengan whisk pun dah cukup. Gaul rata hingga tiada tepung bergumpal. Bila adunan dah rata, boleh masukkan sedikit chocolate chips jika mahu. Taknak pun takpe. Gaul lagi.

3. Tuangkan adunan kira-kira 3/4 dalam paper cup. Taburkan chocolate chips dan badam cincang di atas muffins.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal. Suhu anggaran 170-180c selama 20 minit. Siap! *Muffins ini lebih sedap dan moist jika dimakan keesokan harinya. Sebaiknya buat lebih awal. Muffins ini memang kegemaran anak-anak terutama yang s**akan coklat. Buatnya mudah, dapatnya banyak. Selamat bermuffins!

kredit: zuraita mohd anua

06/06/2022

Dah banyak kali saya buat bingka ubi guna resipi ni. Sebab sedap! Saya post sekali lagi ya.

Resipi bingka ubi (loyang 8 inci)

4 cawan ubi yang disagat
2 cawan santan
1 cawan gula (saya nak kurang manis, 3/4 cawan saja)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna kuning

Ubi tu memang saya tak perah. Campur kesemua bahan di atas. Panaskan oven dulu ya, suhu 200 C. Selepas adunan dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam, bergantung pada oven masing2.

Selamat mencuba!

Kredit: Ain Athirah

13/05/2022

Kek coklat blander..
Versi kukus...
😋😋

Resepi
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak

Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

Kredit resepi ini kpd nora syikin

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sambal sotong in da making..😘Hari ni buat tak banyak memandangkan esok cutieee..😁😅so, #siapa cepat dia yg dapat..😉#NasiL...

Category

Telephone

Website

Address


Jalan AU1A/2 Taman Keramat
Kuala Lumpur
54200

Other Kitchen supplies in Kuala Lumpur (show all)
SkMagic Jiksoo Mlaysia SkMagic Jiksoo Mlaysia
Jalan Ampang
Kuala Lumpur

Saya menguruskan pemasangan produk Sk Magic seluruh Mlaysia.

byamiratumin byamiratumin
Kuala Lumpur, 54200

sedia menerima tempahan kek pisang

periukdapurcantik periukdapurcantik
Kuala Lumpur

Menjual periuk dapur warna warni yang cantik. Meterial Cast Iron dengan harga mampu milik. 2tahun warranty

Anu’s Everyday Recipes Anu’s Everyday Recipes
Kuala Lumpur

Cooking Channel

Suzy Family Kitchen Suzy Family Kitchen
Sri Rampai
Kuala Lumpur

Nasi Lemak Pandan, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Dagang & aneka lauk. Kek Lapis Sarawak & Biskut

Takada Home Appliances Malaysia Takada Home Appliances Malaysia
35, Jalan Desa Serdang 4, Desa Serdang, Seri Kembangan Selangor Darul Ehasan
Kuala Lumpur, 43300

Takada is a pioneer in producing high quality, good value and innovative home appliances in Singapore and Malaysia. Our products are certified safe for use by the relevant authorit...

Dapur Daniel Dapur Daniel
512, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, 50100

A secret hidden pizza place and kitchen in the middle of KL city where we use the most traditional way of "Fire Brick Oven" to bake our pizza to give our customers a different sens...

Situ Sana Sini Shopee Situ Sana Sini Shopee
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050

nak cari barang murah giler and barang2 rare yang lawa dan menarik..kat sini la gaizzz...sila lah share link yang menarik ya..sama2 kita share

Baloch In malaysia Baloch In malaysia
Bandar Menjalara, Kepong/Jalan 15/62b, Kepong
Kuala Lumpur, 52200

This page is purely dedicated in sharing food recipes from around the globe. The videos presented here are not by professional but an individual like you who has intense interest i...

Dapur KAK ITA Dapur KAK ITA
Sentul
Kuala Lumpur, 51100

TEMPAHAN MAKANAN SEKITAR KUALA LUMPUR. #ROTI JALA #NASI LEMAK #LUNCH BOX #NASI TOMATO #NASI MINYAK

Cuckoo By Nicholas Cuckoo By Nicholas
Kuala Lumpur

帮助你提供cuckoo 优质服务,是我万分的荣幸^^o

Homelicious Homelicious
Sentul
Kuala Lumpur, 51000

Love at first bite.