Kelengkapan Haji dan Umrah Fitrah Al Hajj
Nearby shops
Sunway Putra Mall 100 Jalan Putra
Sunway Putra Mall
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Putra
Jalan Putra
Kuala Lumpur
Jalan Putra
Seri Pacific Hotel
Chow Kit, Kuala
Chow Kit
Sunway Putra Mall
53300
Jalan Hussein
53300
FITRAH AL HAJJ, pusat sehenti yang menyediakan kelengkapan ibadah Haji dan Umrah, dengan nilai produk yang berkualiti serta harga yang mampu dimiliki.
FITRAH AL HAJJ, syarikat Bumiputra yang menyediakan perkhidmatan "one stop centre" untuk para muslimin dan muslimat dalam penyediaan barangan kelengkapan haji dan umrah. Kelengkapan yang kami sediakan adalah berkualiti dan sesuai untuk menjalani ibadah di Tanah Suci Al Mukarammah. Kami juga merupakan pengeluar tudung muslimah, jubah muslimah, cardigan muslimah, jubah lelaki, kurta lelaki dan pelba
SALAM MAAL HIJRAH 1446H
SELAMAT DATANG 1446 HIJRAH
Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah
Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya
Awali bulan dan tahun baru yang baik dengan doa yang terbaik
SALAM AIDIL ADHA 1445H
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama menginsafi erti pengorbanan yang sebenar sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT.
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa.
NEW: Map Of Masjid An Nabawi
Englishhttps://wmn.gov.sa/public/files/41015050.pdf
Arabichttps://wmn.gov.sa/public/files/11125768.pdf
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat semua ‘sahabat/followers’ FITRAH AL HAJJ
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Alhamdulillah ‘alaa kuli haal
Syukur ke hadrat Allah SWT, hasrat kami dipermudahkan Allah SWT untuk menyantuni Tetamu Allah bagi tahun ini dimaqbulkan
Sesungguhnya segala kurniaan adalah milik Allah SWT. Kita hanya berusaha ke jalan yang diredhaiNya
Semoga Fitrah Al Hajj akan terus menjadi pilihan dan memberi manfaat kepada semua bakal Dhuyufurrahman Haji dan Umrah
A’amiin A’amiin ya Rabbal A’alamiin 🤲
Terima kasih atas doa dan sokongan semua 🩵
Salam Kesyukuran
Pengurusan
FITRAH AL HAJJ
Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah
Mutawwif ni punca aku menangis selama 1 jam! 😭
"Waktu Tawaf dan Saie, korang baca apa?"
Tanya Mutawwif Haji Yunus Kphajiyusoff dalam bas pagi tadi selepas kami berniat di Miqat Tan'im.
Beberapa kali aku datang Umrah, amalan kegemaran aku adalah berzikir sepanjang Tawaf dan Saie.
"Saya nak cadangkan amalan yang kalian boleh buat waktu Tawaf dan Saie.." sambung Haji Yunus.
Aku dengar dengan baik.
"Waktu tawaf, afdhalnya zikir dan baca Al-Quran, saya cadangkan kalian baca ni kalau tak tahu nak baca apa.."
Pusingan 1 : Subhanallah
Pusingan 2 : Alhamdulillah
Pusingan 3 : Allahuakbar
Pusingan 4 : Lahaulawalaquwwataillabillah
Pusingan 5 : Surah Al Ahad
Pusingan 6 : Surah AlFalaq
Pusingan 7 : Surah Annas
"Waktu Saie, banyakkan baca doa, doa untuk diri sendiri, dan doa untuk orang lain.."
"Kenapa doa untuk orang lain? Sebab matematik rezeki Allah lain dari matematik kita.."
"Matematik biasa, kalau kita ada 10 barang, beri 1 pada orang lain, tinggal 9, betul?"
"Matematik Allah, kita ada 10, bagi orang 1, kita ada 19!"
"1 pemberian tu, Allah gandakan 10x ganda! Lagi pula di Masjidil Haram, ganda lagi 100,000x ganda Allah ganti apa yang kita beri tu.."
"So, banyakkan doa untuk orang lain.."
Menarik! Sebelum ni aku tak pernah doakan orang sepanjang tawaf atau saie, kalau ada pun, sekali lintas je.
"Saya cadangkan kalian berdoa sepanjang saie.."
Pusingan 1 : Doa untuk diri sendiri
Pusingan 2 : Doa untuk mak ayah
Pusingan 3 : Doa untuk Pasangan
Pusingan 4 : Doa untuk Adik beradik
Pusingan 5 : Doa untuk Guru-guru
Pusingan 6 : Doa untuk sahabat-sahabat
Pusingan 7 : Doa untuk jiran.
Pertama kali air mata aku turun tak berhenti masa saie selama 1 jam.. 😭
Dulu, waktu saie, hanya baca zikir sambil mata melilau, langsung tak beri kesan pada hati.
Bila doakan untuk orang lain ni, satu-satu wajah yang aku doakan muncul dalam ingatan.
Pusingan kedua, doakan untuk mak ayah, tak payah cakap la syahdunya bila terbayang muka mereka. 😭
Pusingan seterusnya, terbayang muka pasangan, adik beradik, guru-guru, sahabat lama.. 😭
Seterusnya, sahabat yang bantu mudahkan urusan kami sepanjang kayuhan ke Mekah, sahabat yang beli poskad, beri sumbangan, walaupun tak kenal muka, tapi aku ingat nama-nama yang memberi sumbangan pada kami, dan semua Followers yang aku kenal ataupun tak 😭
Sungguh-sungguh aku doakan supaya Allah swt..
🤲🏻 Hapuskan dosa mereka
🤲🏻 Angkat darjat mereka
🤲🏻 Beri mereka kesihatan jika sakit
🤲🏻 Beri mereka ketenangan
🤲🏻 Limpahkan rezeki mereka
🤲🏻 Jauhkan dari azab kubur
🤲🏻 Mati dalam khusnul khotimah
🤲🏻 Jauhkan dari siksa Neraka
🤲🏻 Masukkan dalam Syurga tanpa hisab.
🤲🏻 Dan banyak doa lagi..
Tuan puan yang mulia..
Jadikan info bermanfaat ini sebagai panduan, banyakkan berdoa dari bersembang sepanjang Tawaf & Saie.
Simpan dan share untuk kegunaan masa akan datang.
Saya doakan supaya kalian dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci secepat yang mungkin dan rasai sendiri nikmat Umrah dan Haji.
Amin Ya Rabb 🥰🤲🏻🕋
Kredit : Ahmad Isa,
Assalamuakaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Para Dhuyufurrahman
Tetamu Allah yang terpilih
Musim Haji 1445H/2024M
SELAMAT BERANGKAT
KE TANAH SUCI
Semoga Allah SWT menganugerahkan Haji yang mabrur, usaha yang disyukuri serta dosa yang diampuni
Kami mendoakan agar para Dhuyufurrahman dikurniakan keafiatan kesihatan, kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan ibadah. Semoga setiap amalan diterima oleh Allah SWT
Kami turut mendoakan para Dhuyufurrahman selamat pergi dan kembali mengerjakan ibadah Haji
Pastinya para Dhuyufurrahman akan merasai kemanisan ibadah Haji seusai menyempurnakannya
A’amiin A’amin ya Rabbal A’alamiin
Salam Ibadah
Pengurusan
Fitrah Al Hajj
Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah
AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH
👉 AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT
● Firman Allah SWT:
Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai
[Surah Al-Baqarah :144]
● Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran "Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah. Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah.
👉 AYAT 2 - SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN
● Firman Allah SWT:
Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
[Ali 'Imran : 133]
● Ayat 133 dari surah Ali 'Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran "Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa.
👉 AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA
● Firman Allah SWT:
Allah yang menerangi langit dan bumi
[An-Nur : 35]
● Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna النور yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya.
👉 AYAT 4 - UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH
● Firman Allah SWT
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman
[Al-Fath : 27]
● Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah. Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka. Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah.
👉 AYAT 5 - BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA
● Firman Allah SWT:
Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud
[Al-Fath : 29]
● Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah. Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud. WAllahua'lam.
Sumber : Darussalam Holdings
Kepada semua bakal haji, dapatkan Kad Debit-i TH untuk kemudahan anda di Tanah Suci kelak.
untuk maklumat lanjut: https://shorturl.at/hmDG6
Sumber : Tabung Haji
INFO HAJI : PENGINAPAN JEMAAH HAJI DI MADINAH & MEKAH
TH sedang dalam usaha menyiapkan bangunan penginapan para jemaah yang kini tinggal hanya 10 peratus dengan pihak pengurusan hotel hanya membenarkan pengurusan TH masuk untuk membuat persiapan tiga hari sebelum jemaah haji tiba.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Insha-Allah.
Tips bagi Bakal Haji 🤲🤲
PERJALANAN HAJI TAMATTUK
"Haji Tamattuk" adalah mendahulukan umrah dari ibadah haji. Yaitu memakai ihram dari miqat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahallul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarwiyyah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam.
Dari Malaysia ke Miqat di Qarnul Manazil (sudah berihram.). Penerbangan sejauh 7,530 km.
(Pilot akan membuat pengumuman)
Jika bertolak dari Madinah Miqatnya adalah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali lebih kurang 9km dari Madinah. Jarak antara Madinah ke Mekah adalah 451km. Setelah tinggal di Madinah selama 8 ke 9 hari. Dapat mengerjakan solat berjemaah 40 waktu di masjid Nabawi.
1. Berniat Ihram Umrah kerana
hendak masuk ke Mekah
2. Meninggalkan 13 larangan
dalam ihram
3. Bertalbiah
Di MEKAH
1. Tawaf Rukun Umrah
2. Saie (Safa dan Marwah)
3. Bercukur
Tanggalkan ihram
(tertunai Umrah untuk Haji)
Aktiviti Berterusan
Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah
Umrah sunat ikut kemampuan
8 hb Zulhijjah 14_ _H (Hari Tarwiyyah)
1. Berniat Ihram Haji (Tamattuk)
2. Memakai ihram
3. Meninggalkan larangan dalam
ihram
Bertalbiah
Bertolak ke Arafah
Membaca alQuran
Solat Fardhu Berjemaah
Qiamulail
9 hb Zulhijjah 14 _ _H
Wukuf setelah gelincir matahari
waktu wukuf sebelum naik fajar 10 Zulhijjah
Mengikuti khutbah wukuf
Solat Jamak Zuhur dan Asar
Zikir Arafah
Doa
Solat Jamak Maghrib dan Isyak
Selepas isyak, bertolak ke Mudzalifah (naik bas)
Di Mudzalifah
1. Kutip anak-anak batu
zikir
Berdoa
Bermalam (bermabit) di Mudzalifah
Tidak melintasi sempadannya, selepas tengah malam untuk ke Mina.
10 hb Zulhijjah 14 _ _H di MINA
1. Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
Bercukur (tahallul Awal)
Menanggalkan ihram
Terlepas 10 larangan ihram, namun kekal 3 larangan ihram
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 bagi Nafar Awal
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 dan 13 bagi Nafar Thani
Zikir, Doa dan Tilawah
Menyembelih korban
Berangkat ke Mekah
di Mekah
1. Tawaf Rukun Haji
2. Saie (Safa dan Marwah)
tahallul Thani
Lengkaplah Ibadah Haji Tamattuk
Lengkap Rukun dan Wajib Umrah Haji
Lengkap Rukun dan Wajib Haji
Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah
: Haji Ifrad🕋
Haji Ifrad adalah proses melakukan ibadah Haji yang terpisah antara ibadah Haji dan ibadah Umrah. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad dikenali sebagai Mufrid. Jemaah haji yang berangkat dengan penerbangan akhir amat sesuai memilih dan melaksanakan Haji Ifrad, kerana selain daripada kelebihannya mengikut mazhab syafie, jemaah haji juga tidak begitu lama menunggu dan menjaga pantang larang dalam masa ihram sebelum wuquf di Arafah. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad akan memakai Ihram dengan niat untuk mengerjakan ibadah Haji sahaja. Dia tidak boleh mengerjakan ibadah Umrah dan sekiranya dia melakukannya, dia bukan lagi mengerjakan Haji Ifrad. Jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
Haji Qiran🕋
Haji Qiran adalah ibadah Haji dan Umrah yang dilakukan secara serentak. Haji ini adalah untuk golongan yang tinggal jauh dengan Masjidil Haram. Seseorang yang mengerjakan Haji ini perlu memakai Ihram dengan niat Umrah dan Haji, dan kedua-dua perlu dilakukan di dalam Ihram yang sama. Dia hanya boleh meninggalkan Ihram setelah ibadah Haji dan Umrah selesai.
Haji Tamattu’🕋
Apabila seseorang mendahulukan Umrah di musim Haji sebelum mengerjakan Haji, ia dikenali sebagai Haji Tamattu’. Ia juga dikenali sebagai Mutamatti iaitu Haji yang menyenangkan. Golongan yang datang dari luar untuk mengerjakan Haji selalunya melakukan Haji Tamattu’ kerana merangkumi ibadah Umrah sekali. Ibadah Umrah perlu dilakukan sebelum hari-hari ibadah Haji dalam bulan haji. Seseorang perlu mengerjakan Haji Tamattu dalam dua Ihram yang berbeza, satu untuk ibadah Umrah dan satu untuk ibadah Haji.
Credit : Muhammad, Tabung Haji, Rayhar
MINAL AIDIN WAL FAIZIN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Semoga dengan kehadiran hari yang mulia ini dapat mengeratkan lagi silaturahim serta menyatupadukan kita semua dalam suasana muhibah dan penuh kasih sayang.
Semoga Hari Raya tahun ini membawa keberkatan yang berpanjangan dan dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
28 Mac 2024 | 17 Ramadhan 1445H
Salam Nuzul Al-Quran
Allahumma Ya Allah
Rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah Al-Quran sebagai Imam, Cahaya, Petunjuk serta Rahmat bagi kami
Allahumma Ya Allah
Ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami lupakan
Ajarkan kami darinya apa yang kami jahil
Rezekikanlah kami untuk membaca Al-Quran siang dan malam
serta jadikanlah Al-Quran sebagai Hujah (Pembela) kepada kami wahai Tuhan sekalian alam
A’amiin A’amiin Ya Rabbal A’alamiin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan
Bulan Ramadhan, bulan di mana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah
Bulan Ramadhan, bulan yang mengajar kita erti kesabaran, kesederhanaan dan kasih sayang.
Semoga ibadah kita tahun ini menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Anda mendapat tawaran haji?
Ini langkah yang anda perlu lakukan.
Credit to : Tabung Haji Official Page
SALAM NISFU SYAABAN 1445H
Nabi S.A.W bersabda :
"Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya".
Nisfu adalah bermaksud separuh iaitu separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Pada tahun ini berlaku pada malam Sabtu 24 Februari 2024 sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib malam ini.
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban:
Malam Nifsu Syaaban adalah malam istimewa kerana doa dimakbulkan. Ambillah peluang ini kita perbanyakkan doa.
Ambilah peluang dengan kelebihan yang ada pada malam Nisfu Syaaban ini kita beramal sebanyak-banyaknya.
Antara Amalan Malam Nisfu Syaaban :
1. Banyakkan Berdoa Dan
Bertaubat
2. Solat Sunat Nisfu Syaaban
3. Membaca Surah Yassin
4. Membaca Doa Nifsu Syaaban
5. Membaca Al ~ Quran Dan
Bersedekah
6. Perbanyakkan Istighfar
7. Qiamullail
8. Berzikir
Jom kita berdoa bersungguh-sungguh, supaya ALLAH SWT Angkat & Ijabah doa kita supaya kita dapat melaksanakan Ibadah Puasa Ramadan dengan Khusuk Ramadan kali ini
A’amiin A’amiin ya Rabbal A’alamiin
SALAM ISRAK & MIKRAJ
08 Februari 2024 I 27 Rejab 1445H
ISRAK & MIKRAJ ertinya perjalanan Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT
“Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(al-Isra’: ayat 1)
Salam Israk Mikraj
Mari kita sama-sama perbanyakkan amal ibadah dan berzikir
Ikhlas daripada
Pengurusan & Team
FITRAH AL HAJJ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Apabila telah berazam untuk melaksanakan ibadah haji, perlulah seseorang itu beristikharah dan membaca doa berikut dengan istiqomah, in shaa Allah bermanfaat
SALAM 1 REJAB 1445H
[13 Januari 2024]
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”
_Hadith Riwayat Baihaqi_
Semoga diberkati segala amal ibadah kita dan direzekikan untuk kita ke bulan Sya’aban dan Ramadhan
In shaa Allah
1 Ramadhan 1445H : 58 hari lagi
SALAM MAAL HIJRAH 1445H
Semoga kesungguhan kita dalam menghayati dan meneladani hikmah disebalik peristiwa Hijrah ini, akan menjadikan umat Islam lebih cemerlang dan diberkati
Allah SWT di dunia dan di akhirat
Disamping itu dapat memperteguhkan tekad dan iltizam untuk menyemarakkan semangat Hijrah dan perubahan ke arah kebaikan dengan pengembelengan tenaga dan fikiran bersendikan akidah dan memperkukuhkan semangat ukhuwah.
Ikhlas :
FITRAH AL HAJJ
Kelengkapan Haji & Umrah
SALAM AIDIL ADHA 1444H
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama menginsafi erti pengorbanan yang sebenar sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT.
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa.
SALAM ZULHIJJAH 1444H
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Jom bersama kita meraikan bulan Zulhijjah dengan perbanyakkan amal soleh seperti berpuasa sunat pada hari-hari penting dibulan Zulhijjah, bersedekah, berzikir, melaksanakan ibadah korban dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
Kita gandakan amalan dibulan mulia ini. Semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT.
A’amiin A’amin ya Rabbal A’alamiin
Salam Ibadah,
Pengurusan
FITRAH AL HAJJ
Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah
SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI PARA DHUYUFURRAHMAN 1444H / 2023M
Pihak Pengurusan serta seluruh warga kerja Fitrah Al Hajj, mendoakan kesejahteraan para Dhuyufurrahman, Tetamu Allah terpilih musim ini.
Semoga para Dhuyufurrahman memperoleh Haji yang Mabrur, dipermudahkan segala urusan dan dapat menyempurnakan ibadah dalam keafiatan kesihatan serta ketenangan jiwa.
Wukuf: 27 Jun 2023 / 9 Zulhijah 1444H (Selasa)
Penerbangan Pertama: 21 Mei 2023
Penerbangan Akhir: 21 Jun 2023
❗️Perihal haji ini hanya mengambil masa 5 hari sahaja, tak lama. Bermula dari 8 hinggalah 13 Zulhijjah.
📌8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah) = Bermalam di Mina.
📌9 Zulhijjah (Hari Arafah) = Wuquf di Arafah.
📌9 Zulhijjah (malam) = Bermalam di Muzdalifah.
📌10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha) = Pulang ke Mina untuk melontar. Tawaf dan sai haji di Masjidilharam.
📌11, 12, 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) = Melontar ketiga-tiga jamrah.
Maklumat lanjut, layari https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/operasi-haji
Nawaitu kami, membantu memudahkan bakal jemaah membuat persiapan perjalanan ibadah mereka dengan menyediakan kelengkapan diperlukan di bawah satu bumbung.
FITRAH AL HAJJ TEKAD BANTU MUDAHKAN PERJALANAN JEMAAH HAJI, UMRAH KUALA LUMPUR: Butik kelengkapan ibadah haji dan umrah Fitrah Al Hajj komited mahu membantu memudahkan bakal jemaah membuat persiapan perjalanan ibadah mereka dengan menyediakan kelengkapan diperluk…
Click here to claim your Sponsored Listing.
Our Story
FITRAH AL HAJJ, syarikat Bumiputra yang menyediakan perkhidmatan "one stop centre" untuk para muslimin dan muslimat dalam penyediaan barangan kelengkapan haji dan umrah.
Kelengkapan yang kami sediakan adalah berkualiti dan sesuai untuk menjalani ibadah di Tanah Suci Al Mukarammah.
Kami juga merupakan pengeluar tudung muslimah, jubah muslimah, cardigan muslimah, jubah lelaki, kurta lelaki dan pelbagai lagi dengan jenama Fitrah Al Hajj yang memenuhi tatacara syariat Islam
Hubungi kami ditalian : 03-4050 2376 (Talian Butik) atau 013-2111 186 (Whatsapp, SMS atau telefon)
Videos (show all)
Website
Address
Lot 3. 08, Aras 3, Sunway Putra Mall
Kuala Lumpur
50350
Opening Hours
Monday | 10:00 - 22:00 |
Tuesday | 10:00 - 22:00 |
Wednesday | 10:00 - 22:00 |
Thursday | 10:00 - 22:00 |
Friday | 10:00 - 22:00 |
Saturday | 10:00 - 22:00 |
Sunday | 10:00 - 22:00 |
28 Jalan Awana 15, Taman Cheras Awana
Kuala Lumpur, 43200
Online only Until Further Notice.
Ampang
Kuala Lumpur, 68000
Let us Style up Your Space! Design & Build Company based in Kuala Lumpur
33 Jalan Manis 3, Taman Segar Cheras
Kuala Lumpur, 56100
Located at 33 Jalan Manis 3 Taman Segar, Cheras KL, The Guitar Store Malaysia are ready to give the best in both sales and distribution of guitars and musical instruments choices w...
No 67, Lorong Scott Brickfields
Kuala Lumpur, 50470
One-Stop Modern Fashion Shopping Center. Modernwear backed with tradition.
No. 1, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru
Kuala Lumpur, 59100
A friendly neighbourhood shopping centre in the heart of Bangsar Baru. Parking is available in both c
89-91 Jalan 2/10B Spring Crest Industrial Park Batu Caves
Kuala Lumpur, 68100
Tenmoku Pottery -Design Inspired by Nature Ceramic Art Classes
No. 24A, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Drive Ismail
Kuala Lumpur, 60000
Puppy Cottage is a pet store that specializes in dogs. Boarding (Hotel), grooming, and day care for
1-1, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Maju 18, Kuchai Lama
Kuala Lumpur, 58200
Whether you're looking for the best outfit for your daily work or leisure life, you'll find it here.