Pasti Al Muazzin

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasti Al Muazzin, Nursery, Bangunan Haji Siraj, Jalan Besar Klang-Kuala Selangor, Sungai Buloh, Jeram, Kuala.

Photos from Pasti Al Muazzin's post 14/06/2024

SIMULASI HAJI CILIK PASTI AL MUAZZIN 2024🕋✈️

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Alhamdulillah, selesai program Simulasi Haji Cilik Pasti Al Muazzin 1445H/2024M✨🕋

Terima kasih tidak terhingga buat ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga dapat menyemai iman dihati anak-anak untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan semoga kita semua terpilih untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Insyaallah 🤲🏻

Photos from Pasti Al Muazzin's post 18/05/2024

17 Mei 2024 | Jumaat

Sambutan Hari Guru Pasti Al Muazzin 2024✨

Tema: Aku seorang guru
Aktivti:
📌cari barang
📌bina piramid
📌rebut kerusi

Alhamdulillah, selesai sambutan hari guru Pasti Al Muazzin.

Terima kasih kepada ibubapa kerana sentiasa memberi sokongan memenuhi tema pakaian murid. Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian semua🌹

Semoga murid-murid Pasti menjadi anak yang soleh, solehah serta berbakti kepada ibuayah dan beroleh kejayaan dunia akhirat.

Doakan kami guru² diberikan kesihatan yang baik serta terus istiqamah dan semangat dalam mendidik anak² ini.

"GURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI"

Photos from Pasti Al Muazzin's post 05/05/2024

3 Mei 2024 | Jumaat

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Pasti Al Muazzin✨

Terima kasih kepada ibu bapa yang berkongsi rezeki dengan anak-anak. Alhamdulillah semuanya sedap² belaka😍

Photos from Pasti Al Muazzin's post 07/04/2024

5 April 2024 | Jumaat

Majlis berbuka puasa dan tahlil perdana bersama Pas Cawangan Sungai Buloh dan Guru-Guru Pasti Al Muazzin✨

06/04/2024
Photos from Pasti Al Muazzin's post 06/04/2024

"Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya anak-anak Pasti Al Muazzin"

Cikgu doakan semoga kamu semua selamat sampai ke kampung halaman masing². Insyaallah, kita jumpa nanti buka sekolah ye anak-anak cikgu🥰

Photos from Pasti Al Muazzin's post 11/03/2024

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2024✨

Suasana di hari pertama persekolahan anak² pada hari ini

Pelbagai ragam yang mencuit hati. Ada yang teruja, gembira dan ada juga tangisan🤭sudah pasti menjadi kenangan di hari pertama persekolahan.

Semoga anak-anak terus bersemangat untuk hadir ke sekolah dan lebih cemerlang serta dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu🤲🏻

🥰🥰🥰

Photos from Pasti Al Muazzin's post 20/02/2024

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AL MUAZZIN SESI 2023/2024🎓

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya program Pasti Al Muazzin yang berlangsung pada petang sabtu 3 Feb 2024 yang bertempat di Tingkat 3, Dewan PKNS Kuala Selangor.

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Haji Noorazley bin Yahya (ADUN Bukit Melawati) yang sudi hadir merasmikan Majlis Anugerah Prestasi Pasti Al Muazzin. Tidak lupa juga yang turut hadir memeriahkan majlis kami iaitu Tuan Haji Cikgu Muhammad Rashid (YDP Pas Kawasan Kuala Selangor) , ust Hisamuddin bin bibet (ketua dewan ulama pas kawasan) dan En. Adam bin Mohammad (wakil pemuda kawasan kuala selangor).

Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa, guru² dan Ajk Pasti Al Muazzin di atas komitmen serta memberi sokongan dan dorongan kepada kami dalam menjayakan program ini serta memeriahkan lagi suasana majlis.

Tahniah diucapkan kepada semua anak² Pasti Al Muazzin kerana telah berjaya menamatkan pembelajaran di Pasti ini bagi sesi 2023/2024.

Kami memohon maaf diatas segala kekurangan dari pihak kami sepanjang majlis ini berlangsung.

Photos from Pasti Al Muazzin's post 11/02/2024

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI AL MUAZZIN 🚌

Part 2

Photos from Pasti Al Muazzin's post 11/02/2024

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI AL MUAZZIN 🚌

📆 6 Feb 2024 (Selasa)

Tempat :
1. Hussin Fauzi Farm, Taman Botani Negara Shah Alam🐴🐇🦜
2. Kilang Coklat Kota Damansara🍫
3. Skybridge Petronas KLCC

Alhamdulillah, seronok anak-anak mengikuti lawatan ini. Pelbagai aktivti yang mereka dapat lakukan sepanjang lawatan antaranya dapat memberi makanan pada haiwan, mengenal pelbagai jenis haiwan, serta bermain dengan haiwan dan banyak lagi.

Semoga dengan aktiviti ini anak² dapat belajar banyak perkara baharu serta dapat melihat ciptaan Allah yang sangat indah🥰

Part 1

Photos from Pasti Al Muazzin's post 27/12/2023

Suasana Sekitar Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi sesi 2024

Pendaftaran pelajar baharu sedang berlangsung selama empat hari iaitu pada 26 sehingga 29 December 2023 yang bertempat di Pasti Al Muazzin . Pendaftaran telah bermula seawal 9.00 pagi sehingga 1.00 petang .

Kepada yang ingin membuat pendaftaran untuk sesi 2024 boleh hadir ke Pasti . Tempat adalah terhad .

16/12/2023

Selamat bercuti untuk semua anak-anak Pasti 😊 manfaatkan cuti sekolah anda dengan sebaik mungkin. Insyaallah , kita jumpa lagi tahun depan 🥰

Photos from Pasti Al Muazzin's post 30/10/2023

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya memperoleh tempat ketiga dalam acara hafazan perempuan iaitu adik Zayra Sofea bt Zuraidi Syazlie. Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada kamu untuk terus berjaya pada masa akan datang.

Photos from Pasti Al Muazzin's post 30/10/2023

Alhamdulillah , selesai program Alam Ria Pasti Kawasan Kuala Selangor 2023 ✨

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang bertanding 👏🏻 Menang atau kalah itu adalah adat pertandingan . Yang penting kamu semua sudah buat yang terbaik .

Jadikan ia sebagai satu pengalaman yang bermakna buat kalian semua kerana dapat memberanikan diri untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai dan dapat melakukan yang terbaik. Cikgu - cikgu bangga dengan kamu semua🥰

Terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan juga ibu bapa yang sama2 terlibat sepanjang latihan dan program ini berlangsung😊

Photos from Pasti Al Muazzin's post 20/10/2023

*TABUNG UNTUKMU PALESTINE*🇵🇸

Sepertimana yang kita semua ketahui,Palestine sekarang berada dalam zon peperangan. Banyak tempat-tempat telah dibom oleh zionis Israel. Mereka kehilangan tempat tinggal,ibu ayah,anak-anak dalam sekelip mata, terbaru hospital dan tempat penyediaan makanan juga telah dibom. Allahu

Oleh itu, kami telah membuka ruang dan peluang untuk ibu/bapa dan anak-anak Pasti Al Muazzin untuk menghulurkan sumbangan buat saudara-saudara di Palestin🇵🇸Kita tak mampu untuk sampai ke sana,tapi sekurang-kurangnya ada doa dan sumbangan kita untuk mereka🥲

Semoga dengan sumbangan kecil ini, dapat memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan, terutama buat bayi-bayi yang telah kehilangan ibunya🥹

Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu/bapa yang sanggup berkongsi rezki dengan sauadara-saudara kita di Palestin🇵🇸Semoga Allah berkati rezki kalian

Jom teruskan Qunut Nazelah setiap kali selepas solat🤲🏼

03/10/2023

Assalamualaikum w.b.t

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE PASTI AL MUAZZIN KINI DIBUKA!!!

📌 Terbuka kepada pelajar yang berumur 4, 5 & 6 tahun

Bagi yang berminat untuk mendaftar anak ke Pasti Al Muazzin, sila hadir ke Pasti untuk mengambil borang pendaftaran. Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera pada gambar di bawah.

Sekian terima kasih😊

Photos from Pasti Al Muazzin's post 08/09/2023

08/09/2023

Aktiviti hari ini, menangkap ikan untuk melengkapkan projek aulad fasa kedua.

Seronok dan teruja anak-anak dapat belajar menangkap ikan serta belajar macam mana kesusahan para nelayan untuk mendapatkan ikan di laut.

Semoga anak-anak dapat memelihara ikan-ikan ini dengan penuh kasih sayang.

Photos from Pasti Al Muazzin's post 06/09/2023
Photos from Pasti Al Muazzin's post 06/09/2023

06/09/2023

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan bulan kemerdekaan Pasti Al Muazzin yang bertemakan tradisional.

Sungguh cantik dan segak bergaya anak-anak barpakaian tradisional, terasa seperti berada di zaman sebelum kemerdekaan😁Ada yang bertanjak, bersongkok, berkain batik, berkebaya dan pelbagai gaya. Pelbagai aktiviti juga telah dijalankan bersama anak-anak soleh solehah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan di sekitar Pasti, pengenalan tokoh-tokoh kemerdekaan,pengenalan barang-barang antik, makanan tradisional,permainan tradisonal, sambutan hari lahir bulan Ogos dan September dan ditutupi dengan acara penyampaian hadiah.

Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu ayah yang telah menyumbang pelbagai jenis makanan. Tidak dilupakan juga buat ibu ayah yang telah berusaha mencungkil bakat anak-anak dalam acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingan ialah pantun,sajak,melukis poster, lahu patriotik dan pakaian beragam.

Tahniah buat para pemenang dan ibu ayah yang telah berusaha mengetengahkan bakat anak-anak dalam setiap acara.

Terima kasih dan tahniah dari kami warga Pasti Al Muazzin. Semoga anak-anak dapat menghayati pengorbanan pemimpin-pemimpin kita untuk mendapatkan kemerdekaan buat negara yang kita cintai.

Photos from Pasti Al Muazzin's post 25/08/2023

25 Ogos 2023 | Jumaat

Alhamdulillah selesai Projek Aulad fasa 1 bagi murid 6 tahun, menghias aquarium.

Anak-anak sangat seronok apabila melihat hasil yang telah mereka persembahkan ke dalam aquarium tersebut, penuh warna warni dihiasi batu dan pokok😄

In shaa Allah kita akan sambung fasa kedua,menangkap dan memasukkan ikan ke dalam aquarium😃

Pasti anak-anak lebih teruja dengan kehadiran ikan-ikan comel😁

Photos from Pasti Al Muazzin's post 23/08/2023

Projek Aulad 📙

Tema : Kulinari
(Menghias cup cake)🧁
Kelas : 5 Firdaus

Alhamdulillah, selesai projek aulad untuk anak murid 5 tahun. Tahniah buat anak-anak kerana dapat melaksanakan projek ini dengan lancar.

Dengan terlaksananya projek ini, ianya dapat mencungkil bakat dan minat anak² dalam PdP dan menjadi satu pengalaman buat mereka.

Photos from Pasti Al Muazzin's post 18/08/2023

*Pelancaran Bulan Kemerdekaan Pasti Al Muazzin 2023*🇲🇾

*Aktiviti Bulan Kemerdekaan*
Jumaat (18 Ogos 2023)
Bendera gergasi 🇲🇾

Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan anak-anak Pasti Al Muazzin kerana telah berjaya menyiapkan bendera gergasi pada hari ini sempena dengan pelancaran bulan kemerdekaan. Alhamdulillah , anak-anak semua teruja dan bersemangat untuk mengecop tangan pada bendera🥰

Diharap anak-anak dapat menyertai setiap aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini dengan penuh bersemangat✊🏻

07/08/2023

Alhamdulillah , selesai sudah Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring Pasti Kawasan Kuala Selangor bagi sesi 2023

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Cikgu bangga dengan kamu semua kerana dapat bermain dengan baik dan bersungguh sungguh untuk mencapai kemenangan. Walaupun kamu semua tidak dapat no 1 dalam perlawanan ini, tapi kamu semua tetap no 1 di hati kami semua. Jangan pernah kecewa kerana kamu semua sudah buat yang terbaik.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa kerana sentiasa memberi sokongan kepada kami guru-guru dan anak-anak Pasti dalam apa jua program. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami sepanjang 2 minggu ini.

Tahniah buat guru-guru dan anak-anak semua. Semoga anak-anak Pasti ini akan terus maju jaya di masa hadapan. Insyaallah ada rezeki kita berjumpa di next program.

Anda semua hebat 💪🏻

Photos from Pasti Al Muazzin's post 28/06/2023

SIMULASI HAJI CILIK
PASTI AL MUAZZIN 2023🕋🕋🕋

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

"HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah. HambaMu datang menyahut panggilanMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu. Tuhan yang tiada sekutu bagiMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu."

Alhamdulillah, selesai program Simulasi Haji Cilik Pasti Al Muazzin 1444H/2023M✨🕋

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan kepada mereka tentang rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji serta memberikan pengalaman kepada mereka untuk merasai sendiri suasana menunaikan haji. Semoga dengan pengalaman ini, dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak tentang ibadah haji.

Terima kasih kepada pihak pengurusan, guru² serta AJK muslimat yang membantu bekerjasama sebelum, ketika dan selepas program ini berlangsung. Dan tidak lupa juga , terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi galakan dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga kita semua dijemput untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Insyaallah🤲🏻

Photos from Pasti Al Muazzin's post 22/05/2023

19 MEI 2023 | Jumaat malam Sabtu

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah, selesai sudah jamuan Hari Raya Aidilfitri , bersama Dun Bukit Melawati N10 (ZON 1&2),Pasti Al Muazzin.

Sungguh meriah majlis ini dngn dipenuhi tetamu yang hadir dan dipenuhi dengan pelbagai juadah yang disediakan . Terima kasih kepada yang telah menyumbang makanan dan terima kasih juga kepada tetamu serta ibu bapa yang sudi hadir ke majlis ini.

Semoga dengan majlis ini, dapat mengeratkan lagi hubungan kita semua. Insyaallah, ada rezeki kita berjumpa di lain hari😊

22/05/2023

19 MEI 2023 | JUMAAT

SAMBUTAN HARI GURU PASTI AL MUAZZIN

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari guru yang telah berlangsung secara tertutup bersama cikgu² dan anak² Pasti Al Muazzin.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang hari guru berlangsung:

📌 Kad ucapan Hari guru (ibubapa,pelajar)
📌 Rebut kerusi (pelajar)
📌 Puzzles (guru)
📌 Musang berjanggut (guru)

Alhamdulillah , keseronokan yang terpancar dari wajah setiap guru² dan pelajar² kerana dapat melakukan bermacam² aktiviti. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu/ayah yang bertungkus lumus menyiapkan kad ucapan Hari Guru ini bersama anak-anak.

Segala usaha ibu/ayah sangat kami hargai. Cantik dan kreatif👏🏼Terima kasih kerana memberi sokongan terhadap aktiviti anak-anak di sekolah. In shaa Allah kita akan adakan lebih banyak aktiviti selepas ini. Tanpa sokongan ibu/ayah, siapalah kami. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan anak² kerana memberi sumbangan, makanan serta hadiah sempena hari guru ini.

Semoga kami guru² sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan untuk terus mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat.

"GURU MITHALI PEMANGKIN GENERASI RABBANI"

Photos from Pasti Al Muazzin's post 08/05/2023

Kita nak throwback sikit gambar kelas tahun lepas untuk sesi 2022. Terindu pulak kami cikgu² dengan anak murid tahun lepas. Bermacam macam ragam dan kenangan yang sudah kita ciptakan.

Rindu sangat dengan kamu semua. Hmm nak buat macam mana kan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nanti kalau jumpa cikgu dekat luar, tegur² lah ye jangan malu² 🤭

Akhir kata, buat anak² yang sudah melangkah ke tahun 1 atau yang masuk ke sekolah baru, cikgu doakan kamu semua berjaya dunia akhirat. Teruskan semangat kamu dalam menuntut ilmu tanpa kenal rasa jemu. Insyaallah ada rezeki kita berjumpa lagi☺️assalamualaikum👋🏻

06/05/2023

SAMBUTAN HARI RAYA PASTI AL MUAZZIN 2023

Alhamdulillah , selesai jamuan hari raya bersama anak murid , guru serta diraikan bersama ajk muslimat pasti. Cantik² semua harini datang sekolah dengan berwarna warni berbaju raya , pandai sungguh anak² bergaya . Cikgu nk pilih untuk pemenang pakaian tercantik pun pening, tak tahu nk pilih yg mana satu😄

Tidak lupa juga yang telah memeriahkan lagi sambutan ini adalah menu kita . Bermacam macam menu yang kita ada untuk sambutan raya ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan makananan dan duit raya buat anak² pasti untuk jamuan hari raya ini😊

Dan alhamdulillah, seronok mereka semua kerana dapat meraikan jamuan ini bersama rakan-rakan dan guru-guru dengan suasana yang penuh riang raya di hari raya

Selamat Hari Raya dari kami Pasti Al Muazzin.

22/04/2023

Kami warga Pasti Al Muazzin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Category

Telephone

Website

Address


Bangunan Haji Siraj, Jalan Besar Klang-Kuala Selangor, Sungai Buloh, Jeram
Kuala
45800

Other Preschools in Kuala (show all)
Wong seng lean Wong seng lean
22a, Jalan Kenyalang 11/3g
Kuala

Taska Kami Taska Kami
No. 91, Lorong Setia, Tambak Bunga, Jalan Kuala
Kuala, 05400

WELCOME TO TASKA KAMI

Playschool Kuala Terengganu - Muslim Kreatif Playschool Kuala Terengganu - Muslim Kreatif
PT 1741-P TAMAN ALAMANDA 3, Jalan PUSARA
Kuala, 20400

� Play-based learning for 2 - 4 years old children � Day-care � Transit

Tadika Seri Nekad Tadika Seri Nekad
Saujana Perdana 16
Kuala

Tadika Seri Nekad ( Where The love For Learning Grows ❤️)

Taska Al Umi wakaf tengah Taska Al Umi wakaf tengah
109 Kampung Wakaf Tengah Kuala Nerus
Kuala, 21030

Menerima pelajar seawal 3bulan sehingga 4 tahun

Fitra Flora Nursery Fitra Flora Nursery
1593, Jalan Panji Alam, Kampung Gemia
Kuala, 21100

Menjual dan membekal pelbagai jenis tanaman, peralatan & menyediakan perkhidmatan senibina landskap.

Taska & Tadika Ummu Aqilah Taska & Tadika Ummu Aqilah
445-A Jalan Kamaruddin
Kuala, 20400

A muslim kindergarten learning centre..

Tadika Eshan-Eshan Preschool Tadika Eshan-Eshan Preschool
Lot 4065 Jalan Haji Abdul Rahman Limbong Kg Gong Tok Nasek Kuala
Kuala, 21100

Provide comprehensive education for Future Leaders.

Eduwis Kuala Selangor Eduwis Kuala Selangor
35-1 & 36-1, Jalan Peninsular Utama 1, Pasir Penambang
Kuala, 45000

Eduwis Kuala Selangor is one of the 90 centres that are using Eduwis Education program. We provide half day and full day program for 2-6 years old children.

Tadika Celik Insan / 智恒幼教中心 Tadika Celik Insan / 智恒幼教中心
17A, Jalan Temenggung 3
Kuala, 45000

Kindergarten

PASTI Al Furqan Caw Chendering Pantai PASTI Al Furqan Caw Chendering Pantai
Pasti Al Furqan, Belakang Masjid Al Furqan
Kuala, 21080

"MELAHIRKAN INSAN SOLEH PINTAR"