JKKP Pahang
Nearby government services
Jalan Mat Kilau
Pusat Kegiatan Guru Teruntum
Indera Mahkota
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang
-[AKTIVITI JABATAN]-
~OSH WEEK 2024~
~OSH tour de Pahang~
23 Ogos 2024 - Sambutan OSH Week kali ini kami berada di Genting Highlands dengan kerjasama Genting Malaysia Berhad.
Pengisian program ini bermula dengan Taklimat Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang disampaikan oleh En. Mohd Shahril b Ramli, Ketua Seksyen Penguatkuasaan JKKP Pahang. Sesi kedua Panduan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator- OSH C) disampaikan oleh Ketua Bahagian Khidmat Teknik JKKP Pahang En. Sufian bin Abd Lajak. Sesi seterusnya Taklimat "Significance of Trained Individuals/Person in HIRARC Implementation at Workplace" disampaikan oleh YBrs. En. Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) JKKP Malaysia.
Ucapan penutup Sambutan OSH Week 2024 Peringkat Negeri Pahang disempurnakan oleh YBrs. En. Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) JKKP Malaysia. Hadir bersama dalam sambutan ini, En. Rukairulaizamm bin Ab. Rahman (Timbalan Pengarah JKKP Pahang), En. Hisyam Irwan bin Ibrahim (Ketua Bahagian Operasi JKKP Pahang), Pn Nurul Nadia Ummira bt Abu Bakar (Ketua Seksyen Promosi & Sumber JKKP Pahang) serta Pn Darina bt Dollah (Ketua Seksyen Higien Industri JKKP Pahang).
Seterusnya sesi penyerahan sijil dan cenderahati penghargaan kepada pihak Genting Malaysia Berhad serta hadiah kepada pemenang pertandingan 'OSH Kahoot'.
Pihak jabatan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen serta penglibatan semua pihak dengan penyertaan yang ramai bagi menyemarakkan program OSH Week kali ini.
SIARAN MEDIA
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
PEKERJA MAUT DILANGGAR JENTERA BERAT
Muadzam, 22 Ogos 2024 โ Satu kemalangan maut telah dilaporkan berlaku pada 20 Ogos 2024, di sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di sini. Kemalangan melibatkan seorang pekerja lelaki warganegara yang bekerja sebagai pemandu lori yang membawa buah tanda segar (BTS) masuk ke kilang itu.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang yang mendapat maklumat berkenaan kemalangan maut itu telah menggerakkan pasukan siasatan ke tempat kejadian pada 21 Ogos 2024 bagi menjalankan siasatan dan mengenalpasti punca kemalangan. Ketika kejadian pemandu jentera berat hendak menolak BTS keluar dari lori untuk diasingkan di kawasan loading ramp. Secara tiba - tiba mangsa datang melintas di hadapan untuk mencabut tiang pagar bahagian tengah lori. Pemandu jentera berat tidak menyedari kehadiran mangsa di kawasan pagar lori telah melanggar bahagian belakang badan mangsa. Pihak pengurusan kilang yang mendapat maklumat berkenaan kemalangan telah segera menghantar mangsa ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk rawatan. Walaubagaimanapun, mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Muadzam Shah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Siasatan awal mendapati majikan gagal untuk mengadakan penyeliaan dan pemantauan bagi aktiviti kerja menurun dan menolak BTS di kawasan loading ramp. Sehubungan dengan itu, JKKP Pahang telah mengeluarkan Notis Larangan, Notis Perbaikan dan Surat Arahan kepada pihak majikan bagi menyemak dan mengkaji semula Prosedur Kerja Selamat dan Pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC) bagi aktiviti kerja yang terlibat. Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Jabatan memandang serius setiap kemalangan yang berlaku dan mengingatkan semua pihak terutamanya majikan dan pekerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diutamakan bagi mencegah berlakunya kemalangan dan penyakit pekerjaan.
# # #
Dikeluarkan Oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang
Kementerian Sumber Manusia
22 Ogos 2024
-[AKTIVITI JABATAN]-
21 Ogos 2024 - Aktiviti Permonitoran Kualiti Udara Dalaman telah di laksanakan di Pejabat Baharu Menteri Besar Pahang, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kota SAS Kuantan oleh pasukan pegawai dari Seksyen Higien Industri JKKP Pahang.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengukur parameter Kualiti Udara Dalaman berada pada julat boleh terima berdasarkan Garispanduan Tataamalan Industri Bagi Kualiti Udara Dalaman 2010.
Pengukuran parameter melibatkan parameter Fzikal dan Kimia manakala Permonitoran biologikal dijalankan dengan kerjasama dari wakil Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi mendapatkan sampel pengukuran Bakteria & Fungi.
JKKP Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Pejabat Menteri Besar Pahang (PPSAS) & UMPSA atas kerjasama yang telah diberikan.
-[AKTIVITI JABATAN]-
21 Ogos 2024 - Bengkel Peningkatan Pematuhan KKP di Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi tahun 2024 di bawah Program Teras Strategik 5 - OSHMP25 telah diadakan di Cherengin Hill, Pahang.
Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah JKKP Pahang, YBrs. En. Rukairulaizamm bin Ab Rahman bagi mewakili Tn Pengarah JKKP Pahang.
Objektif bengkel diadakan antaranya adalah dapat memberi makluman dan penerangan mengenai pindaan-pindaan Akta yang baru. Selain itu juga dapat mendekati pihak industri yang berada di luar bandar untuk mengetahui permasalahan yang dialami oleh industri luar bandar.
Pengisian bengkel antaranya sesi Penerangan Akta Pindaan RUU 2022 disampaikan oleh En. Mohd Arif b. Mohd Nor daripada JKKP WPKL.
Topik sesi kedua Panduan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) disampaikan oleh En. Mohd Syahrul Nizam b. Shaharuddin daripada BIKS, JKKP Malaysia dan Sesi ketiga dengan topik Penerangan Prosedur Pelaporan Kemalangan di Tempat Kerja yang disampaikan oleh En. Muhammad Tasyrif b. Ahmad Anuar daripada JKKP Terengganu.
Pihak jabatan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian para peserta, serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
-[HEBAHAN VIDEOGRAFIK KKP]-
Topik : Helaian Data Keselamatan (SDS)
"Helaian Data Keselamatan (SDS) Bahan Kimia" ini menjelaskan tentang kehendak perundangan berkaitan SDS, tanggungjawab pembekal di bawah Peraturan CLASS 2013, maklumat yang terkandung dalam SDS dan tanggungjawab majikan berkaitan SDS.
Pautan berikut: https://youtu.be/_uANwnijt-8
๐ฒJangan lupa LIKE, SHARE & FOLLOW JKKP Pahang & Department of Occupational Safety and Health
Semoga perkongsian ini dapat memberi kefahaman berkaitan penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.
-[VIDEO OSHMP25]- Helaian Data Keselamatan (SDS) (Versi Malay) Berikut merupakan hebahan videografik kesihatan pekerjaan oleh Jawatankuasa Teras Strategi 4 Program 3, OSHMP25. Video bertajuk "Helaian Data Keselamatan (SD...
Back to school time is quickly approaching. The risks for fall-related injuries for school workers can be reduced with known prevention efforts, such as non-slip flooring, adequate handrails, good housekeeping practices, and removal of tripping hazards from walkways. Learn more: https://bit.ly/4deBHau
Apa Khabar KESUMAโ๏ธ
Untuk renungan bersama โบ๏ธ
***sekarang ni cuaca tak menentu, admin harap semua dapat jaga kesihatan diri dengan baik-baik okayโจ
[ SIARAN MEDIA ]
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐,๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Kota Tinggi, 20 Ogos 2024 โ Sebuah syarikat telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas kesalahan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor pada hari ini.
KL Pile Sdn Bhd telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kerana gagal membuat perkiraan bagi menjamin setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko bagi kerja-kerja kawalan keluar masuk pekerja sehingga menyebabkan kemalangan kepada pekerja.
KL Pile Sdn Bhd sebagai majikan telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Tuan Hayda Faridzal bin Abu Hasan dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM25,000.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Puan Auni Hasnun binti Faizun. Manakala, siasatan terhadap kes tersebut dijalankan oleh Pegawai Penyiasat JKKP Johor, Ts. Azmir bin Azhar dan Encik Iswandy bin Ishak.
Adalah diharapkan agar kes ini menjadi suatu pengajaran kepada semua majikan dan pekerja agar pematuhan kepada undang-undang sentiasa diambil berat demi keselamatan pekerja dan kepentingan awam.
# # #
Sekian Terima Kasih
Dikeluarkan Oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor
Kementerian Sumber Manusia
20 Ogos 2024
-[Pendakwaan dan Kompaun]-
Maklumat Terkini
Tindakan PENDAKWAAN dan KOMPAUN
Tempoh : 12 Ogos 2024 hingga 18 Ogos 2024
Sumber : Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP)
20 Ogos 2024 - Kunjungan Hormat oleh Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Pahang, En. Mohd Fazli b. Ibrahim di JKKP Pahang.
Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JKKP Pahang, En. Rukairulaizamm b. Ab Rahman dan turut hadir bersama Ketua Bahagian Operasi JKKP Pahang En. Hisyam Irwan b. Ibrahim, Ketua Seksyen Penguatkuasaan JKKP Pahang En. Mohd Shahril b. Ramli serta Ketua Seksyen Promosi dan Sumber JKKP Pahang Pn Nurul Nadia Ummira bt Abu Bakar.
Pihak jabatan mengucapkan terima kasih atas kunjungan tuan ke pejabat kami.
-[AKTIVITI JABATAN]-
~OSH Tour de Pahang~
~OSH WEEK 2024~
19 Ogos 2024 - Sambutan OSH Week hari ini kami di Mentakab, Pahang dengan kerjasama Robin Resources Sdn. Bhd.
Program bermula dengan Ceramah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja yang disampaikan oleh Ketua Seksyen Promosi dan Sumber JKKP Pahang, Pn. Nurul Nadia Ummira bt Abu Bakar. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Mr. Kuldeep Singh, Pengurus Kilang Robin Resources dan hadir bersama dalam program ini wakil pengurusan Robina Flooring, Pn. Sri Normaysarah bt Abdul Rani.
Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKKP Pahang, YBrs. En. Rukairulaizamm bin Ab Rahman seterusnya beliau juga menyampaikan sijil penghargaan kepada pengurus kilang.
Pihak jabatan juga menerima kunjungan daripada pihak pengurusan dan warga kerja Robin Resources ke pameran yang telah diadakan oleh pegawai Seksyen Promosi dan Sumber JKKP Pahang.
Pihak jabatan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan dan pekerja untuk menjayakan program OSH Week ini.
-[AKTIVITI PKS JKKP PAHANG]-
Program Rekreasi Kayak & Jungle Trekking di Raub Pahang.
Pada 16 dan 17 Ogos 2024, seramai 20 orang pegawai JKKP Pahang telah terlibat dalam program anjuran jabatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Raub.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi dan mempromosi kepentingan memelihara alam semulajadi kepada peserta.
Tahniah kepada semua perserta !
[Hebahan Video KKP]
Pengurusan Tegasan Haba di Tempat Kerja
Pautan : https://youtu.be/ro4PkH57akE?feature=shared
Jangan lupa LIKE, SHARE & FOLLOW JKKP Pahang & Department of Occupational Safety and Health ๐
Pengurusan Tegasan Haba Di Tempat Kerja - Bahagian 1 TEGASAN HABABekerja dalam persekitaran yang panas atau terdedah kepada suhu yang tinggi adalah punca kepada tegasan haba. Tegasan haba boleh meningkatkan tek...
-[HEBAHAN DOSH SPARK]-
[DOSH SPARK (SEBARAN PERUNDANGAN AKKP REVOLUSI KKP NEGARA) VIRTUAL STEPS CHALLENGE FOR INDUSTRY 2024]
Jom kita jalan-jalan dan cergaskan badan! ๐ถโโ๏ธโจ
Program bagi mempromosikan kesihatan di tempat kerja dengan sasaran langkah 7,500 langkah setiap hari. ๐
Jom bersama-sama untuk mengikuti cabaran ini dengan hadiah yang menarik! ๐โโ๏ธ๐๏ธ
Jom Langkah Bersama! ๐
Link: https://getbiib.com/events/1183
[DOSH SPARK (SEBARAN PERUNDANGAN AKKP REVOLUSI KKP NEGARA) VIRTUAL STEPS CHALLENGE FOR INDUSTRY 2024]
Jom kita jalan-jalan dan cergaskan badan! ๐ถโโ๏ธโจ
Program bagi mempromosikan kesihatan di tempat kerja dengan sasaran langkah 7,500 langkah setiap hari. ๐
Jom bersama-sama untuk mengikuti cabaran ini dengan hadiah yang menarik! ๐โโ๏ธ๐๏ธ
Jom Langkah Bersama! ๐
Link: https://getbiib.com/events/1183
-[AKTIVITI JABATAN]-
~AUDIT DALAMAN JKKP PAHANG~
Majlis penutupan Sesi Audit Dalaman SPQKKP dan ABMS JKKP Pahang 2024 telah berakhir pada 15/8/2024. Audit ini telah dijalankan oleh Dr. Ishkandar bin Md Yusoff dari JKKP Ibu Pejabat merangkap Ketua Audit, Puan Syarikin binti Mat Nayan dari JKKP Pulau Pinang dan Encik Azhan bin Ab. Majid dari JKKP Ibu Pejabat.
Pihak jabatan mengucapkan terima kasih kepada warga JKKP Pahang dan para juruaudit atas kerjasama serta perhatian yang telah diberikan sepanjang audit berlangsung.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ฝ๐๐๐๐๐ผ ๐๐๐๐ฝ๐๐๐ผ๐๐
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa JKKP Negeri Sembilan dengan kerjasama PKS JKKP Negeri Sembilan akan menganjurkan Seminar KKP 2024 seperti ketetapan berikut:
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ - ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐จ๐ฒ๐๐ฅ๐ ๐๐ก๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐จ๐ญ๐๐ฅ, ๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐๐ง
Program yang bertemakan โ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐โ ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan pakar-pakar di dalam Kejuruteraan untuk memberi pendedahan kepada amalan KKP yang boleh digunakan dalam industri.
Seminar ini dapat membantu anda membuat keputusan OSH yang bermanfaat kepada organisasi anda seperti berikut:
โ
Pematuhan undang-undang dan peraturan.
โ
Meminimumkan & mengurangkan risiko.
โ
Mencipta prestasi OSH yang berkekalan.
โ
Pengurangan kos operasi OSH.
โ
Meningkatkan kecekapan operasi & produktiviti.
โ
Membangunkan dan menyediakan penanda aras KKP.
Untuk seminar ๐ ๐๐๐๐ ini,
yuran penyertaan adalah serendah ๐๐๐๐๐๐ sahaja โผ๏ธ
(200 penyertaan terawal hanya ๐๐๐๐๐๐ sahajaโผ๏ธโผ๏ธ)
Setiap pernyertaan disertai:
๐ 15 ๐พ๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ฉ๐
๐ ๐-๐พ๐๐ง๐
๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐ & ๐ด๐๐๐ช๐๐๐
๐ ๐ฎ๐ค๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐ง๐๐ !
Penampilan istimewa artis jemputan & Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik๐๐
Jom daftar sekarang.
Penyertaan adalah TERHAD.
-[HEBAHAN]-
-[LIPUTAN MEDIA RTM]-
Liputan media berkenaan Konvensyen STEPWISE OSH LEVEL VERIFICATION AND ENHANCEMENT FOR SMALL AND MEDIUM ENTERPRISE (SOLVE 4 SME) yang telah dijalankan pada 14 Ogos 2024 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon,Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA.
https://youtu.be/XqWsVq5quyM?si=fGlVIrAeWprJHuQW
15 OGOS 2024 - BTH- "SOLVE 4 SME" LEBIH 1,600 PREMIS PKS SERTAI DARI 2021 HINGGA JUN 2024 Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM: Portal Rasmi Berita RTMhttps://berita.rtm.gov.myTwitter Rasmi Berita RTMh...
SIARAN MEDIA
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
MAJIKAN DIDENDA GAGAL MENJALANKAN SYOR
PENAKSIRAN BUNYI BISING
Kuantan, 15 Ogos 2024 โ Sebuah syarikat pembuatan di sini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini di bawah kesalahan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang.
Syarikat Semambu Engineering and Supplies Sdn. Bhd. sebagai majikan didapati telah gagal menjalankan syor dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima laporan penaksiran bunyi bising daripada penaksir bunyi bising.
Syarikat Semambu Engineering and Supplies Sdn. Bhd. sebagai majikan mengaku salah selepas pertuduhan di bawah Peraturan 4(7), Peraturan โ Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dibaca di hadapan Majistret Puan Wahidah binti Zainal Abidin dan telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000.00 atau penjara 2 bulan jika gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Pahang, Encik Nik Muhammad Nazif bin Tuan Sinuzula manakala siasatan terhadap kes tersebut diketuai oleh Puan Nur Athira binti Azhar.
# # #
Dikeluarkan oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang
Kementerian Sumber Manusia
15 Ogos 2024
-[HEBAHAN]-
Berikut merupakan panduan bagi Permohonan Pemeriksaan Berkala Loji (Bejana Tekanan) secara Teknologi Termaju (PSTT):-
https://www.dosh.gov.my/.../4816-panduan-pemeriksaan.../file
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.dosh.gov.my
[MAKLUMAN]
Berikut merupakan panduan bagi Permohonan Pemeriksaan Berkala Loji (Benjana Tekanan) secara Teknologi Termaju (PSTT):-
https://www.dosh.gov.my/index.php/publication-ul/dasar-jkkp/4816-panduan-pemeriksaan-berkala-bejana-tekanan-secara-teknik-termaju-advance-technology-pemohon/file
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.dosh.gov.my.
10 cedera reaktor kilang terbakar di Bintulu SIBU - Seramai 10 orang cedera termasuk empat melecur dalam kebakaran melibatkan tangki 'Bottom Reactorโ di sebuah kilang dimiliki pelabur asing di Taman Perindustrian...
-[AKTIVITI JABATAN]-
~OSH Tour De Pahang~
~OSH WEEK 2024~
14 Ogos 2024 - Sambutan OSH Week hari ini JKKP Pahang dengan anjuran bersama UMP Holdings Sdn Bhd.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKKP Pahang, Encik Rukairulaizamm bin Ab Rahman. Program dimulakan seawal pagi dengan program larian (Flag-Off) bersama warga UMP Holdings. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tn. Syed Alwi bin Mohamed Sultan, Ketua Eksekutif Kumpulan UMP Holdings Sdn Bhd. Pengisian lain ceramah "Budaya Kerja Selamat", pemeriksaan kesihatan dan majlis penyampaian sijil bagi penerima Anugerah KKP.
Pihak jabatan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak untuk menjayakan program OSH Week ini.
The hierarchy of controls is a method of identifying and ranking safeguards to protect workers from hazards. Once you have identified the job hazards, choose the most effective controls to reduce the risk of injury. Learn how to implement the hierarchy of controls at your worksite: https://bit.ly/3LHQhf0
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Website
Address
Tingkat 2, Wisma PERKESO, Jalan Mat Kilau
Kuantan
25000
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Makmal Veterinar Zon Timur
Kuantan, 25100
Facebook Rasmi Makmal Veterinar Kawasan Timut (Pahang)
B205, Tingkat 2, Bangunan Mahkota Square
Kuantan, 25150
KEPAKARAN KAMI MEMBANTU KAKITANGAN KERAJAAN MENINGKATKAN GAJI BERSIH BULANAN AGAR LEBIH TENANG & GEMBIRA BILA BEKERJA SETIAP HARI.
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN, Jalan GAMBUT
Kuantan, 25000
LAMAN MEDIA UTAMA KUMPULAN PENGGERAK PIBKS NEGERI PAHANG
Kampung Ubai
Kuantan, 26060
Pusat Kegiatan & Aktiviti Masyarakat Setempat
Jalan Perindustrian Semambu
Kuantan, 25730
Government Organization
Perbadanan Taman Negeri Pahang, Tingkat 3, Wisma Sri Pahang Blok B
Kuantan, 25503
PTNP merupakan agensi Kerajaan Negeri Pahang yang mula beroperasi pada 01 Januari 2022 ๐ณโ๏ธ
Jalan Gambang
Kuantan, 25150
SEMUA PELAJAR, BEKAS PELAJAR SERTA IBU BAPA DIPERSILAKAN MENELUSURI LAMAN MUKABUKU KAMI
Kuantan, 25990
Khidmat perundingan kepakaran teknikal untuk kesesuaian tanah, pemuliharaan tanah bagi tanah bermasa
KOMPLEKS TUN RAZAK
Kuantan
memberi panduan dlm pengurusan tanah & air serta kaedahยฒ Pemuliharaan tanah yg sesuai kpd golongan sasar. khidmat nasihat yg melibatkan kawasanยฒ yg bermasalah serta risiko hakisan ...
Jalan Mahkota
Kuantan, 25000
โBERKHIDMAT UNTUK NEGARAโ โPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ