Seksyen Pemuliharaan Tanah & Agroekosistem Pahang
memberi panduan dlm pengurusan tanah & air serta kaedah² Pemuliharaan tanah yg sesuai kpd golongan sasar.
khidmat nasihat yg melibatkan kawasan² yg bermasalah serta risiko hakisan tanah yg menjejaskan kualiti tanah
SedarKAH anda?
"Knowledge Sharing" - Pembangunan Pertanian Mampan bersama² student² UiTM Jasin, Melaka di Kompleks Pertanian Cameron Highlands
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه ، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Salam Takziah
Innalillahiwainnailahirojiun
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nazlin bin Husaini,
Penolong Pegawai Pertanian G36, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian Putrajaya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin.
Innalillahiwainnailahirojiun.
Aminn ya rab’bal a’llamin.
AL-FATIHAH
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ — .
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.
Daripada: Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Pertanian Malaysia.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1444H
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa yang bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Salam Maal Hijrah 1444H
Ikhlas daripada YBhg Dato’ Zahimi Hassan, Ketua Pengarah serta warga kerja Jabatan Pertanian Malaysia.
“KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN”
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Rafeah Rabiatun Selamat menjalankan tugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Jerantut yang baru...... selamat maju jaya, semoga lebih success di tempat baru dan memajukan sektor pertanian di daerah Jerantut
Selamat Hari Pekerja 2022 kepada semua warga kerja Soilconservation Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian dan USM memertai persefahaman dalam pengurusan hakisan dan kelodak di kawasan pertanian
Jabatan Pertanian (DOA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pada hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan dokumen/garis panduan kawalan hakisan dan kelodak (Erosion and Sediment Control Plan - ESCP) untuk aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi, termasuk di kawasan Special Management Area (SMA).
Melalui kerjasama strategik ini, para pengusaha agromakanan terutama di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands, Kinta dan Lojing dapat menjalankan aktiviti pertanian secara lestari mengikut pelan kawalan kelodak dan hakisan di tanah tinggi yang akan dibangunkan.
.
YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Pertanian dalam ucapannya berkata, kawasan tanah tinggi memerlukan pengurusan tanah yang lebih intensif kerana sangat berisiko terhadap hakisan dan tanah runtuh yang membawa kepada pencemaran alam sekitar dan bencana alam lain seperti banjir kilat hingga ada yang mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda.
“Langkah pencegahan awal hakisan adalah amat penting untuk penjimatan kos petani terutama di kawasan tanah tinggi sebagaimana pelan yang akan dihasilkan melalui kerjasama ini”, tegas beliau lagi.
.
Menurut YBhg. Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM, MoU yang dimeterai pada hari ini akan menjadi satu ‘milestone’ dan perkongsian maklumat, kemudahan, teknologi, kepakaran dan lain-lain yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada DOA dan USM, tetapi memberi manfaat kepada semua pihak.
“Kedua-dua pihak akan turut menyediakan modul pembelajaran dan latihan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kepakaran serta teknologi dalam bidang kerjasama”, ujar beliau lagi.
.
Majlis Penandatanganan MoU antara DOA dan USM ditermeterai oleh YBhg. Dato' Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian dan YBhg. Profesor Dato’ Dr. Faizal Rafiq bin Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
.
Turut hadir pada majlis pada hari ini adalah YBrs. Dr. Nor Azazi bin Zakaria, Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) dan Puan Normaizah binti Haji Ismail @ Manaf, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian.
Universiti Sains Malaysia
Kursus Pegawai Pembimbing myGAP Tanaman Bukan Makanan (tbm)
Tarikh: 22 - 24 Mac 2022
Tempat: Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang.
Peserta: 18 orang Pembimbing myGAP.tbm seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Pahang En. Irahuddin Md Salleh Seksyen Pemuliharaan & Agroekosistem telah diamanahkan untuk menyampaikan taklimat/penerangan mengenai " Pemeriksaan Tapak dalam pensijilan myGAP.TBM(Tanaman Bukan Makanan).
Penerangan/taklimat tersebut adalah penting bagi memastikan semua pihak faham akan tanggungjawav dan peranan masing - masing keperluan pemeriksa tapak. Memastikan bahawa pemilihan tapak menyumbang kepada sistem pengeluaran secara lestari (sustainable production) berpandukan kepada konsep mesra alam sekitar (environmental friendly)
APT(Agen Pengembangan Tanaman)/Pembimbing: Bersedia dengan dokumen yang betul serta bertanggungjawab membimbing pemohon/petani
Pemohon/Petani: Dapat bersedia dengan ladang dan memenuhi keperluan elemen myGAP
Pemeriksa Tapak: Dapat menjalankan pemeriksaan tapak dengan lancar dan menyiapkan laporan tersebut SOP yang telah ditetapkan
Penggunaan racun yang minimum menjadi asas penting kepada keakuran di dalam elemen myGAP.
Penggunaan racun makhluk perosak yang di haramkan TIDAK BOLEH digunakan sama sekali di dalam ladang.
Kami kongsikan 41 racun yang haram digunakan.
Jabatan Pertanian Malaysia
Pokok mati sebab tanah?
Kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Negeri Pahang bersama - sama Agensi Nuklear Malaysia dan IADA Pekan pada 14-17/03/2022 telah selesai dilaksanakan aktiviti kerja - kerja cerapan ketumpatan tanah yang melibatkan 51 Siri tanah di sekitar Kawasan padi Skim Merchong dan Skim Pahang Tua. IADA Pekan, Pahang
Webinar sempena Hari Tanah Sedunia
TANGGAL 5 Disember ini merupakan Hari Tanah Sedunia. Hari Tanah Sedunia dianjurkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).
Sambutan ini dipilih bersempena tarikh kelahiran Raja Thailand, mendiang Raja Bhumibol Adulyadej. Beliau merupakan seorang yang amat menitikberatkan kebajikan rakyat di mana ia memastikan rakyat sentiasa mendapat bekalan makanan mencukupi. Menyedari kepentingan pertanian, beliau memperkasakan program dan aktiviti pembangunan kesuburan tanah di seluruh Thailand.
Setiap tahun, Hari Tanah Sedunia ini disambut oleh banyak negara dan Malaysia juga tidak ketinggalan. Penganjuran Webinar Hari Tanah Sedunia penting sebagai salah satu kolaborasi Malaysia dengan institusi antarabangsa seperti FAO.
Tema sambutan Hari Tanah Sedunia kali ini adalah "halt soil salinization, boost soil productivity". "Soil salinization" merujuk pada kadar kandungan garam dalam tanah di mana kandungan garam yang tinggi dalam tanah boleh menyebabkan kesuburan dan produktiviti tanah terganggu.
Selain itu, rakyat Malaysia sedar akan kenaikan harga produk pertanian seperti ayam dan sayuran. Antara punca utama yang dikatakan menyumbang kepada kenaikan harga adalah kenaikan harga dedak, harga baja, dan kekurangan tenaga kerja.
Selain itu, permintaan yang tinggi tatkala kadar penghasilan produk yang rendah juga menjadi punca kenaikan harga makanan mendadak. Oleh itu, pemahaman tentang kepentingan penjagaan tanah adalah penting.
Sambutan Hari Tanah Sedunia ini akan terus menjadi sambutan penting di Malaysia di mana Jabatan Pertanian Malaysia dan pelbagai agensi berkaitan pertanian serta tanah akan turut sama menyahut seruan FAO untuk terus bersama-sama meningkatkan kesedaran akan kepentingan tanah dalam kehidupan seharian.
Anda semua dijemput untuk menyertai webinar ini pada :
📆 6 Disember 2021 (Isnin)
⏰ 9:00 pagi
📝Pendaftaran : https://bit.ly/3xhVSRe
Webinar ini akan disempurnakan oleh YB Ustaz Dr Nik Zawawi Bin Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.
Anjuran : Malaysia Society of Soil Science (MSSS)
Disokong oleh : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan , Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)
Salam Maulidur Rasul 1443H/2021M
"Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti"
Semoga kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW serta mengahayati Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
''Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH SWT dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang)," - Surah al-Ahzab ayat 21.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama kita berdoa agar sentiasa dilindungi Allah dari segala ancaman penyakit dan kesusahan.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ikhlas daripada seluruh warga kerja dan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Malaysia
Seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YBhg. Dato' Zahimi bin Hassan atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia berkuatkuasa 13 Oktober 2021.
Kerja - kerja Cerapan Keupayaan Galas Tanah Sawah Padi Luar Jelapang Endau, Mersing 19 - 22 September 2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
KOMPLEKS TUN RAZAK
Kuantan
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Makmal Veterinar Zon Timur
Kuantan, 25100
Facebook Rasmi Makmal Veterinar Kawasan Timut (Pahang)
B205, Tingkat 2, Bangunan Mahkota Square
Kuantan, 25150
KEPAKARAN KAMI MEMBANTU KAKITANGAN KERAJAAN MENINGKATKAN GAJI BERSIH BULANAN AGAR LEBIH TENANG & GEMBIRA BILA BEKERJA SETIAP HARI.
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN, Jalan GAMBUT
Kuantan, 25000
LAMAN MEDIA UTAMA KUMPULAN PENGGERAK PIBKS NEGERI PAHANG
Tingkat 2, Wisma PERKESO, Jalan Mat Kilau
Kuantan, 25000
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang
Kampung Ubai
Kuantan, 26060
Pusat Kegiatan & Aktiviti Masyarakat Setempat
Jalan Perindustrian Semambu
Kuantan, 25730
Government Organization
Perbadanan Taman Negeri Pahang, Tingkat 3, Wisma Sri Pahang Blok B
Kuantan, 25503
PTNP merupakan agensi Kerajaan Negeri Pahang yang mula beroperasi pada 01 Januari 2022 🌳☘️
Jalan Gambang
Kuantan, 25150
SEMUA PELAJAR, BEKAS PELAJAR SERTA IBU BAPA DIPERSILAKAN MENELUSURI LAMAN MUKABUKU KAMI
Kuantan, 25990
Khidmat perundingan kepakaran teknikal untuk kesesuaian tanah, pemuliharaan tanah bagi tanah bermasa
Jalan Mahkota
Kuantan, 25000
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ‘POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA’