Sarawak Update LIVE

Sarawak Update Live

05/12/2023
12/07/2023

Dalam maksud dia nie. Siapa faham?

04/04/2023

Bot karam dipukul ombak di Muara Rejang, lima dijumpai, seorang masih hilang

TANJUNG MANIS-- Sebuah bot nelayan karam bersama enam nelayan di 7 batu nautika Barat Laut Tanjung Jerijeh, Muara Rejang pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung kejadian itu sekitar 10.35 pagi tadi.

"Sebuah bot karam bersama enam mangsa di lokasi tersebut. BBP Tanjung Manis dalam keadaan bersedia sekiranya pihak Maritim memerlukan bantuan dari pihak Bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kejadian itu, kata bomba,
Bilik Operasi Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima maklumat daripada seorang lelaki dari Persatuan Nelayan Sibu memaklumkan bahawa satu kejadian bot nelayan terbalik bersama enam nelayan berhampiran dengan Muara Rejang.

"Bot tersebut dipercayai terbalik disebabkan dipukul ombak yang kuat dan keadaan cuaca buruk serta laut yang bergelora," jelasnya.

Sementara itu, Maritim Malaysia memaklumkan lima mangsa telah berjaya dijumpai manakala seorang lagi masih hilang.

Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Pihak Maritim Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Bot karam di Muara Rejang: Lima dijumpai selamat, seorang masih hilang

TANJUNG MANIS-- Lima daripada enam nelayan yang dilaporkan hilang setelah bot dinaik mereka karam di 7 batu nautika Barat Laut Tanjung Jerijeh, Muara Rejang pagi tadi, dijumpai selamat.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, setakat ini lima mangsa telah dijumpai selamat manakala seorang lagi masih belum dijumpai.

Usaha CARILAMAT mangsa yang masih belum dijumpai sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, pihak Maritim Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Difahamkan bot yang dinaiki enam nelayan tersebut karam dipercayai dipukul ombak berikutan cuaca buruk dan laut bergelora awal pagi tadi di Muara Rejang.

Photos from Borneo Network's post 25/02/2023

Perjalanan dua jam bakal menjadi 45 minit, Jambatan Batang Rajang bakal dekatkan lagi Sarikei-Bintangor-Tanjung Manis

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=205115755427921&id=100077884920107&mibextid=Nif5oz

18/02/2023

Roadtax kena tampal bila masuk Brunei. Peringatan untuk semua.

10/02/2023

Tolong lah jangan mimpi yang bukan bukan ok

23/12/2022

Bayi lelaki 3.4 kilogram kejutkan pasangan suami isteri

KUCHING - Sakit perut disangkakan senggugut sewaktu berkelah bersama keluarga di Pantai Pugu, Lundu seorang wanita terkejut apabila diberitahu doktor pusat perubatan pakar swasta awal pagi tadi bahawa dia bakal melahirkan anak.

Ibu muda yang berusia 29 tahun itu sudah lebih dua tahun mendirikan rumahtangga, dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun tiga bulan itu tidak menyedari dirinya mengandung kerana datang haidh setiap bulan seperti biasa.

Pagi semalam mereka sekeluarga berkelah ke Pantai Pugu, apabila dia merasakan dirinya tidak sihat serta sakit perut dan mengalami pendarahan yang disangkanya haidh serta sakit senggugut.

Selesai perkelahan, mereka balik ke Kuching, beliau cuba meredakan kesakitan dengan minum air halia kerana menyangkakan ia sakit biasa seorang wanita apabila datang haidh.

Apabila sakit semakin tidak tertahan, beliau dan suaminya pergi ke pusat perubatan pakar pada jam 12.30 pagi tadi kerana tidak sanggup menunggu lama serta mengganggu kes lebih serius yang mendapat keutamaan di hospital awam berbanding wanita sakit perut datang bulan tengah malam.

Apabila sampai di pusat perubatan swasta itu, doktor terkejut apabila memeriksa wanita itu serta mendapati bukaan sudah sebesar 8 sentimeter.

Menyedari kos beranak agak tinggi di hospital swasta, doktor itu dengan jujur memberitahu pasangan muda itu mereka boleh memilih untuk pergi bersalin ke hospital kerajaan tetapi dalam masa yang sama memberitahu wanita itu boleh melahirkan anak bila-bila masa sahaja.

Mujurlah pasangan muda lulusan sebuah institusi pengajian tinggi awam di Mukah itu mempunyai wang simpanan untuk urusan membeli rumah impian mereka.

Memandangkan risiko terlalu tinggi untuk bertukar ke hospital awam kerana bukaan sudah terlalu besar, mereka memberitahu doktor untuk menyediakan wad bersalin.

Betul seperti diramalkan, wanita itu sakit perut pada jam 3.30 pagi dan selamat melahirkan anak pada jam 4.05 minit pagi tadi.

“Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram itu sihat, namun masih ditahan di pusat perubatan selama empat hari untuk pengawasan kerana mereka tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan atau memiliki kad merah jambu (seperti abang bayi itu) dan ibu nya juga baik-baik sahaja,” kata emak, wanita itu ketika dihubungi Borneo Network malam ini.

Gambar bayi ihsan keluarga. Wajah dikaburkan demi privasi.

Semoga membesar jadi insan yang sentiasa membahagiakan ibu ayah serta berbakti kepada negara.

20/11/2022

GPS, GRS sokong Muhyiddin dilantik Perdana Menteri Ke-10

KUCHING-- Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Perkara ini dijelaskan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan medianya di Facebook rasminya hari ini.

"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada petang ini.

"Saya telah melaporkan kepada MT PN bahawa saya telah mengadakan pertemuan dengan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Pengerusi GPS pada pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU 15.

"Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor yang juga telah menyatakan kesediaan Ahli- Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Tambahnya, beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama.

"Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Tamat

18/11/2022

Anak anak Sarawak …

17/11/2022

Surat Rayuan Kepada Pengundi Sarawak

15/11/2022

Kelebihan jambatan Nyabau ….

15/11/2022

Jejambat Nyabau …

15/11/2022

Jambatan Batang Sadong… tQ sarawak

15/11/2022

Zero kilometer ……TQ Sarawak

Photos from Borneo Network's post 12/11/2022
07/11/2022

8 kereta terpakai terbakar

KUCHING— Lapan buah kereta terpakai terbakar di CM Working Machinery Batu Kitang di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.52 pagi sebelum menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati api sedang marak membakar lapan buah jenis kereta dan telah terbakar 100 peratus.

"Kebakaran melibatkan longgokan kereta terpakai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,pasukan pemadam membentang dua aliran hos sumber air pili bomba bagi mengawal serta memadam api dengan sepenuhnya.

"Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,operasi tamat sepenuhnya jam 5.35 pagi," ujarnya.

kapsyen
Lapan buah kereta terpakai terbakar di CM Working Machinery Batu Kitang di sini, awal pagi tadi.

Gambar kredit Bomba

06/11/2022

Kibaran bendera GPS di Parlimen Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Kemeriahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mula terasa apabila bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah mula berkibar di kawasan Parlimen P197 Kota Samarahan.

Bendera parti itu juga sudah mula kelihatan selepas proses penamaan calon semalam.

Hari ini, ia terus berkibar dari bulatan berhampiran Pusat Khidmat Adun Muara Tuang hingga ke persimpangan berhampiran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Photos from Sarawak Update LIVE's post 28/10/2022

Pemandu rentung kereta terbakar, identiti belum dikenal pasti

KABONG--Seorang pemandu rentung dalam kebakaran kereta di Jalan Nyabor di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.01 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati sebuah kereta jenis KIA Sorento telah terbakar 100 peratus.

"Pasukan pemadam menggunakan satu aliran salur bantu mula dan foam bagi memadam kebakaran tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,kebakaran dapat dikawal pada jam11.42 malam.

"Setakat ini identiti mangsa belum dapat dipastikan lagi.

"Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.50 malam," ujarnya.

Katanya, pasukan Bomba menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, setelah mendapati keadaan terkawal anggota seterusnya bertolak balik ke balai.

28/09/2022

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SEMAKAN KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI DALAM KAPAL TERBANG

Pada 7 September 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan kelonggaran terhadap keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) dan memutuskan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) adalah atas pilihan (optional).
Berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan terkini, KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka TIDAK LAGI DIWAJIBKAN ketika menaiki kapal terbang. Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 28 SEPTEMBER 2022.
KKM bagaimanapun AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu yang berikut:
1. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
2. Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik,
individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
3. Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti
warga emas dan kanak-kanak.
Keputusan yang dibuat ini adalah mnggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini:
1. Pengudaraan yang baik dalam kabin
2. Penggunaan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk
mengeluarkan bahan cemar bawaan udara

3. Susunan tempat duduk ke hadapan
4. Kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.
Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura. Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.
KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 28 September 2022

SarawakViralNews2 on TikTok 28/09/2022

Banjir di Padang Merdeka

SarawakViralNews2 on TikTok Banjir di Padang Merdeka Kuching.

09/09/2022

Borneo MUSIC Festival Live 2022

09/09/2022

Live
Borneo Music Fastival

23/08/2022

Rumah Panjang Jungan terbakar

SELANGAU-- Sebuah rumah panjang Jungan di Batu 26 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6.58 pagi.

"PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang dialamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota.

Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faizal, Bujang bersama FRT 6 anggota, EMRS 3 anggota dan Water Tanker 2 angggota juga tampil membantu ke lokasi.

Tamat

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Category

Website

Address

Kuching

Other Social Services in Kuching (show all)
BintangMas Datus Rd BintangMas Datus Rd
Jalan Datuk Ajibah Abol
Kuching, 93400

Social and community posting aimed To spread and share the information and knowledge To the subscribers

Rakan Digital Kitak Rakan Digital Kitak
Kuching

Rakan Digital Kitak

Majlis Seni Bela Diri Majlis Seni Bela Diri
Kampung Melayu Tabuan
Kuching, 93100

砂拉越古晋德教會明晋善閣 砂拉越古晋德教會明晋善閣
Lorong 10, Jalan Pending
Kuching, 93450

PERSATUAN PENDIDIKAN AKHLAK MING JIN SEAN KOR KUCHING,

The Salvation Army Kuching Corps Community Services The Salvation Army Kuching Corps Community Services
Sekama
Kuching, 93300

This is the Social and Community Services page of Kuching Corps The Salvation Army at Jalan Sekama,

Kelab Berkat Kelab Berkat
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching
Kuching

Kelab Berkat adalah Kelab Rekreasi dan Kebajikan Puspen Kuching yg berdaftar dengan ROS

Humane Animal Society Sarawak Humane Animal Society Sarawak
Kuching

Advocacy in Action. Trap-Neuter-Vaccinate- Release (TNVR) to reduce stray population in Sarawak.

Childs Cargo Recycle Childs Cargo Recycle
Tabuan Park
Kuching, 93350

Recycle any old or outgrown baby and kids’ clothing,toys,strollers etc

Usei Usey Usei Usey
Jalan Tabuan
Kuching, 93020

Singgah Promote Perniagaan

Salvation Army Boys Home Kuching Salvation Army Boys Home Kuching
138 POBox 547, Jalan Ban Hock
Kuching, 93100

Kuching Boys' Home provides residential care to boys from less fortunate backgrounds.

Sarawak Volunteers Sarawak Volunteers
Tingkat 2, Lot 477, Laman Cenderawasih Fasa 3, Jalan Semariang, Petra Jaya
Kuching, 93050

Persatuan Sukarelawan Sarawak (Sarawak Volunteers) is a youth volunteering platform registered as a non-profit & non-governmental organization based in Kuching, Sarawak. We are the...

Agen Pencari Jodoh Agen Pencari Jodoh
Batu 6 1/2, Kota Sentosa
Kuching, 94300

Agen Pencari Jodoh Majau Luai