Damai Pharmacy

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Damai Pharmacy, ground floor SL11 aiman commercial centre, Kuching.

Photos from Damai Pharmacy's post 23/12/2021

Produk membantu penghadaman - Quest Enzyme Digest

Quest Enzyme Digest boleh membantu masalah penghadaman dengan membekalkan enzim-enzim yang diperlukan untuk mencerna karbohidrat, protein dan lemak.

Selain itu, ia mengandungi betaine hydrochloride yang membekalkan asid yang sesuai untuk penghadaman dalam perut. Ini penting untuk orang yang kekurangan asid perut terutama warga emas di mana asid perut semakin berkurangan apabila umur semakin meningkat.

Apabila seseorang mengalami masalah penghadaman, simptom-simptom berikut akan timbul:
angin
kembung perut
tiada selera makan
najis yang hancur atau timbul
sakit perut lepas makan
cirit-birit
sembelit
sering kentut

Photos from Damai Pharmacy's post 16/12/2021

💊"Aduh, pening kepalalah 🤢Panadol habis!"💊

Hah, mesti ada orang yang bingung 😱Panadol habis dekat farmasi kan?

Tak perlu bingung😁, Panadol itu satu jenama untuk ubat yang dikenali sebagai PARACETAMOL.
Kandungan Panadol adalah sama dengan jenama lain yang sama ubatnya.
Pastikan jenama lain ada daftar di Malaysia untuk jaminan keselamatan penggunaannya.
Contoh jenama paracetamol yang lain termasuklah Uphamol, Actimol, Paracil, Winamol dan sebagainya.

Apa fungsi paracetamol?

Paracetamol digunakan untuk demam 😣dan tahan sakit😭 seperti sakit kepala, sakit sendi, sakit otot, sakit gigi dan sebagainya.

Adakah paracetamol ubat merawat COVID?

Tidak, paracetamol BUKAN untuk merawat COVID tetapi untuk melegakan simptom demam dan sakit badan yang dialami oleh pesakit COVID.
Ia juga digunakan untuk melegakan simptom selepas vaksinasi COVID.

Adakah paracetamol boleh merosakkan buah pinggang?

Pengambilan paracetamol mengikut arahan dan tidak melebihi hadnya iaitu 8 biji paracetamol yang berdos 500mg adalah selamat dan tidak merosakkan buah pinggang.
Walaubagaimanapun, paracetamol perlu dimetabolisme (dinyahtoksin) di hati (liver) kita.
Oleh itu, pengambilan paracetamol untuk jangka masa yang panjang atau melebihi had harian boleh membebankan 🥴hati dan menimbulkan masalah yang berkaitan dengan hati.
Jika seseorang juga merokok, minum alkohol dan makan makanan yang diproses tanpa dikawal, risiko hati bermasalah akan meningkat.
Oleh itu, adalah digalakkan untuk mengambil paracetamol masa perlu sahaja dan jika masalah sakit badan yang kronik seperti sakit sendi yang berpanjangan adalah digalakkan untuk menggunakan alternatif lain yang lebih selamat.

Adakah paracetamol selamat untuk kanak-kanak🧒👶 dan ibu mengandung👩‍🦰?

Ya, paracetamol adalah selamat digunakan dan pastikan tidak melebihi had harian.
Kanak-kanak p**a diberi mengikut berat badan untuk masalah demam dan tahan sakit terutamanya semasa tumbuh gigi, lepas vaksin dan demam semasa selsema.

Photos from Damai Pharmacy's post 09/12/2021

😆IQ ilmu tentang buah-buahan🍏🍉😆

Buah-buahan memang sedap 🤤dimakan tetapi anda tahu tak ilmu dan fakta-fakta tentang buah-buahan? Boleh cuba jawab soalan di bawah dan jawapan ada di bawah post ini.

Selamat mencuba.🥳

1️⃣. Manusia akan mati ☠️dan sakit teruk🤢 jika tidak makan buah-buahan.
A. Betul
B. Salah

2️⃣. Pesakit kencing manis, obes/kegemukan dan kolesterol tinggi boleh pilih buah-buahan di bawah kecuali:
A. avocado, kiwi, epal
B. pisang, mangga, anggur
C. jambu batu, oren, lemon

3️⃣. Pesakit yang tidak dapat kawal kencing dan selalu rasa ingin buang air kecil perlu elakkan buah:
A. jambu batu, pisang, durian, avocado
B. nenas, tembikai, lemon, jambu air

4️⃣. Pesakit asma digalakkan makan banyak buah-buahan setiap hari untuk dapatkan vitamin dan mineral daripadanya.
A. Betul
B. Salah

5️⃣. Perempuan hamil boleh makan buah-buahan tetapi perlu elakkan:
A. pisang, jambu batu, kiwi
B. nenas, betik, anggur

6️⃣. Siapa yang mudah mengalami rambut gugur?
A. minum kopi yang banyak
B. minum teh yang banyak
C. makan buah-buahan yang banyak
D. kesemua di atas

Jawapan:

1️⃣. B salah
Buah-buahan memberi manfaat kepada manusia sebab buah mempunyai phytonutrient yang boleh menentang penuaan manusia.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna tanpa buah manusia akan mati. Cuba bayangkan di negara yang bermusim pada masa lalu di mana mereka hanya makan buah pada musim tertentu sahaja dan di negara tropikal seperti Malaysia bukan semua pop**asi boleh mendapat buah-buahan setiap masa dan ini tidak bermakna mereka akan mati atau sakit teruk. Oleh itu, buah adalah bermanfaat dan sedap dimakan tetapi bukan makanan yang terpenting.

2️⃣.B pisang, mangga, anggur
Pisang, mangga, angggur adalah buah yang mempunyai gula tinggi, karbohidrat tinggi dan boleh menyebabkan perubahan paras gula secara mendadak lepas makan. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk elakkan buah ini jika menghidapi masalah kesihatan kencing manis, kegemukan dan kolesterol tinggi.

3️⃣. B nenas, tembikai, lemon, jambu air
Buah-buahan ini mempunyai kesan lawas kencing maka lepas makan buah ini bertambahlah keinginan untuk membuang air kecil.

4️⃣. B salah
Buah-buahan dianggap "sejuk dan mudah menghasilkan kahak" oleh pengamal kesihatan di negara Timur. Mengikut pemerhatian mereka, individu yang ada asma mudah diserang episod asma jika mengamalkan pengambilan buah yang banyak. Oleh itu, pesakit asma perlu kawal pengambilan buah mereka dalam kehidupan.

5️⃣. B. nenas, betik, anggur
Di kawasan tertentu, nenas digunakan untuk merangsang keguguran kandungan. Betik dan anggur mempunyai kesan sedemikian juga walaupun kuantiti tidak diketahui. Oleh itu, ibu mengandung yang mempunyai sejarah keguguran perlu berhati-hati dan cuba elakkan buah-buahan ini.

6️⃣.D. kesemua di atas
Didapati individu yang banyak minum kopi, teh dan makan buah-buahan yang banyak mudah mengalami keguguran rambut di bahagian hadapan. Cuba elakkan pengambilan kopi, teh dan buah-buahan untuk seminggu dan perhatikan keadaan rambut anda.

Photos from Damai Pharmacy's post 02/12/2021

🧤Part 4 - Apakah tindakan yang boleh adik Ricky dan abangnya ambil untuk masalah 'resdung' mereka?🧤

Hah, mereka mesti jumpa dokto🧑‍⚕️r dulu untuk rawatan yang sewajarnya.

Untuk menangani masalah mereka, ada 3️⃣ langkah 👣yang penting iaitu:

1️⃣. Mengurangkan⬇️ keradangan💥 pada lapisan hidung
Penggunaan spray hidung yang mengandungi air garam setiap hari untuk kurangkan iritasi lapisan hidung.

Penggunaan irigasi hidung juga dapat kurangkan inflamasi/keradangan hidung.

Amalkan supplement seperti vitamin D3, vitamin C, minyak ikan, elderberry dan echinacea boleh membantu memperbaiki lapisan hidung.

Pemakanan yang rendah⬇️ gula, susu, kopi, alkohol dan gluten (roti putih, biskut, kek) boleh mengurangkan inflamasi badan serta lapisan hidung.

2️⃣. Buang jangkitan 🦠
Supplement garlic/bawang putih 🧄didapati berkesan untuk mengurangkan jangkitan seperti kuman, virus dan kulat.

Selain itu, elderberry juga dapat bertindak sebagai antiviral semula jadi

3️⃣. Meningkatkan🆙 sistem pertahanan badan🔰

Tidur🛌 yang mencukupi dan senaman 🚴‍♀️yang sesuai boleh meningkatkan sistem pertahanan badan.

Amalkan supplement probiotik bukan sahaja baik untuk kesihatan usus malahan ia membantu meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan.

Pemakanan yang seimbang dan bernutrisi boleh membantu sistem imun berfungsi dengan sempurna.

Photos from Damai Pharmacy's post 25/11/2021

🤔🤔Part 3 - Siapa yang mudah dan berisiko untuk menghidapi 'resdung'?🤔🤔

1️⃣. orang yang selalu dijangkiti kuman🦠, virus, kulat pada hidung 👃menyebabkan keradangan 💥hidung

2️⃣. persekitaran yang tercemar☣️

3️⃣. gaya hidup yang tidak sihat, contohnya pemakanan bergula tinggi🍰🍭, merokok

4️⃣. alahan kepada makanan tertentu🥜🍼 dan debunga🌹

5️⃣. emosi yang negatif😔😡🥺 dan tidak dikawal

6️⃣. udara yang kering, contohnya penggunaan penghawa dingin atau tempat yang berangin kuat🌪

7️⃣. udara yang sejuk☃️

8️⃣. pekerjaan tertentu, contohnya mekanik👨‍🌾, pekerja pembinaan👷, tukang kayu🧑‍🔧, pengecat, pensolek, ahli bomba🧑‍🚒 dan pekerja di lapangan terbang🧑‍✈️

9️⃣. pesakit pedih ulu hati

1️⃣0️⃣. jangkitan gigi 😬atau gusi yang tidak dirawat

1️⃣1️⃣. struktur hidung 👃yang luar biasa

18/11/2021

⛑Part 2 - Mengapa dan bagaimana 'resdung' boleh berlaku?⛑

Hidung 👃manusia atau lebih tepat lagi lapisan dalam hidung manusia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya
1️⃣. penapis udara
2️⃣. pelembap udara
3️⃣. penyelaras suhu udara
4️⃣. pelindung kepada organ paru-paru

Hidung bekerja 24 jam sehari tanpa rehat untuk melindungi kita dari serangan kuman🦠, virus, benda asing👽 seperti bulu haiwan🐱, asap, debu, bahan pencemar udara yang lain.

Walaupun badan kita boleh sembuhkan masalah atau kerosakan yang berlaku pada badan kita TETAPI badan kita perlu masa ⏳dan peluang untuk rehat dan bahan🧩🧩 yang diperlukan dibekalkan.

Ini adalah sebab berlakunya resdung, iaitu kerosakan dan keradangan pada lapisan hidung tidak diberi masa atau peluang untuk sembuh dan pada masa yang sama bahan-bahan yang diperlukan untuk menyembuhkannya tidak dibekalkan.

Photos from Damai Pharmacy's post 11/11/2021

🕵️‍♀️:Adik Ricky, anda sihat?
🧒: Saya sihat TAPI....

saya selalu bersin🤧 🤧waktu pagi dan hidung saya selalu gatal dan berhingus. Abang saya🧑 pun macam itu tapi lebih teruk dari saya, dia selalu rasa hidung sumbat🤢 dan sakit kepala🤕 sampai tidak dapat turun sekolah.

📌Apa masalah yang dihadapi oleh adik Ricky dan abangnya?📌

Hah, biasa kita akan beritahu bahawa mereka ada masalah 'resdung'. Tapi, sebenarnya resdung bermaksud ada masalah dan simptom berkaitan dengan hidung. Untuk Ricky dan abangnya, Ricky mengalami masalah allergic rhinitis dan abangnya p**a mengalami simptom yang lebih kepada chronic sinusitis (radang membrane dalam hidung yang berterusan). Masalah ini berkembang dalam peringkat📈 dan simptomnya akan bertambah teruk 😌serta pemeriksaan 🧐yang teliti boleh memastikan masalah sebenar mereka.

🐱Mengapa dan bagaimana resdung boleh berlaku?🐱...

04/11/2021

🐱🐱Produk baru - Fibrelax🐱🐱

Fibrelax merupakan serat dari campuran buah-buahan 🍓🍋dan sayur-sayuran🥬🥦 berperisa epal🍎.

Kandungan dalam satu paket termasuklah serbuk epal, serat oat, serbuk wheatgrass, spirulina, klorofil, nenas, epal hijau, pear, buah kiwi, passion fruit, lemon, sayur bayam, celery dan serbuk oren.

Ia juga ditambah dengan fructo-oligosakarida yang merupakan prebiotik iaitu makanan untuk bakteria 🦠yang bagus dalam usus kita.

Campur 1 paket dengan air🥛 250ml dan minum setiap hari boleh membantu masalah sembelit🧻🚽 dan membantu buang toksin ☠️yang terkumpul dalam usus.

Spirulina yang terdapat dalam Fibrelax juga membekal zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan pada masa nyahtoksin dijalankan supaya kita tidak beras letih.

Golongan yang sesuai mengambil Fibrelax termasuklah :
1️⃣. dewasa yang mengalami masalah sembelit (buang air besar kurang dari sekali sehari atau najis yang keras hampir setiap kali membuang air besar serta ambil masa yang panjang untuk membuang air besar)

2️⃣. orang yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, ruam dan gatal kulit

3️⃣. orang yang ingin membuang toksin dalam usus sebab selalu mengalami kembung perut, mulut berbau dan selalu rasa letih.

Photos from Damai Pharmacy's post 28/10/2021

⚡️⚡️Neurobion⚡️⚡️

🍄Hah, ini vitamin untuk urat,betul❓🍄

👏Ya, Neurobion sebenarnya supplement yang boleh membantu orang yang ada masalah urat saraf (nerve problem).

Ia merupakan kombinasi 3️⃣ jenis vitamin B iaitu vitamin B1, B6 dan B12.

Pada kotak Neurobion, kita nampak indikasinya agak rumit . Di sini, sikit penjelasan dan penterjemahan akan diberi supaya kita lebih jelas dengan maksudnya.

Neurobion is indicated for neurological and other disorders associated with disturbance of metabolic functions influenced by B complex vitamins including diabetic polyneuropathy, alcoholic peripheral neuritis and post influenzal neuropathies.

bermaksud...

Neurobion boleh digunakan dalam masalah saraf dan masalah yang disebabkan oleh gangguan fungsi metabolisma (proses dalam badan yang menukar makanan kepada tenaga).

Gangguan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin B complex dan biasa masalah ini meliputi diabetic polyneuropathy (masalah kerosakan saraf akibat kencing manis), alcoholic peripheral neuritis (keradangan saraf di luar saraf tunjang contohnya tangan kaki, otak, organ-organ dalaman akibat minum alkohol yang keterlaluan)dan post influenzal neuropathy ( kerosakan saraf selepas jangkitan virus)

Neurobion is also recommended for the treatment of neuritis and neuralgia of the spinal nerves, especially facial paresis, cervical syndrome, low back pain, ischialgia.

bermaksud...

Neurobion juga disarankan untuk merawat keradangan dan kesakitan yang berpunca dari saraf tunjang terutamanya facial paresis (lumpuh otot muka), cervical syndrome (kesakitan di sepanjang saraf tunjang terutamanya sakit tengkok), low back pain (sakit bahagian pinggang), ischialgia (sakit dan kebas di bahagian kaki tetapi punca dari saraf tunjang yang berhampiran dengan punggung yang mengalami tekanan).

Hah, Neurobion boleh bantu masalah ini dari segi membekalkan vitamin B. Kita tahu bahawa masalah sakit urat saraf ini memang rumit dan banyak punca, oleh itu di samping mengamalkan supplement vitamin Neurobion, gaya hidup perlu dijaga terutama pesakit kencing manis dan peminum alkohol, pemakanan memang perlu dijaga dengan rapi.

Kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit sakit urat saraf boleh ikuti siri tersebut di FB page kami.

Photos from Damai Pharmacy's post 21/10/2021

🌳🌳DURIAN dan tahukah anda.....🌳🌳

1️⃣. Durian mempunyai bau 💨yang kuat sebab kandungan sulfur yang tinggi.

2️⃣. Pesakit kencing manis perlu mengawal pengambilan durian sebab ia mengandungi gula yang tinggi⬆️ dan gula darah boleh menaik mendadak 📈selepas pengambilan durian yang banyak.

3️⃣.Durian mengandungi Vitamin B yang banyak untuk membantu metabolisma gula dan karbohidrat yang tinggi dalam isi durian.

4️⃣. Kebaikan durian termasuklah meningkatkan🆙 pertahanan badan🛡 dan mengekalkan kesihatan minda 🧠dan saraf.

5️⃣. Durian mempunyai sejenis asid amino iaitu tryptophan yang tinggi. Tryptophan boleh menghasilkan 2 jenis neurotransmitter (penghantar maklumat dalam saraf) yang boleh memastikan minda🧠 berfungsi dengan baik👍, rasa gembira😆 dan membantu tidur yang nyenyak🛌.

6️⃣. Durian tidak boleh❌ diambil bersama alkohol🍺 dan ini disebabkan kandungan sulfur yang tinggi menghalang hati daripada menyahtoksikkan alkohol dari badan menyebabkan kandungan alkohol yang tinggi dalam darah seterusnya menyebabkan koma☠️.

Photos from Damai Pharmacy's post 14/10/2021

👊👊Part 3 - Bagaimana mencegah dan menangani peripheral neuropathy/ sakit urat saraf?👊👊

🕵️‍♀️: Uncle Peter, anda ada ambil apa-apa tindakan 👣untuk masalah sakit urat saraf anda?

👨: Saya makan ubat tahan sakit 💊untuk kurangkan sakitnya. Bila makan, sakit ada kurang sedikit tapi datang balik lagi. Kawan saya ada suruh saya minum jus kesihatan tapi saya rasa makin teruk bila amalkannya.

🧚‍♀️Cara-cara mencegah dan menangai masalah sakit urat saraf🧚‍♀️

1️⃣. Mengawal paras gula darah🩸

Mengawal paras gula darah adalah penting bukan sahaja untuk pesakit kencing manis malahan untuk orang yang sihat sebab paras gula yang tinggi dan perubahan paras gula yang drastik boleh merosakkan salur darah dan saraf-saraf.

Pemeriksaan kesihatan👩‍🔬 termasuklah paras gula darah adalah digalakkan sekurang-kurangnya setahun sekali dan untuk pesakit kencing manis, alat menguji paras gula boleh digunakan setiap hari untuk mengesan paras gula dan pada masa yang sama memerhatikan makanan yang boleh meningkatkan paras gula darah.

Pemakanan adalah penting untuk mengawal paras gula darah dan amalan diet yang menekankan kurang ❎gula/manis🥯🍞🥞, tinggi✅ serat 🥦🥬dan protein🍗 yang sederhana amat sesuai untuk mengekalkan paras gula yang sihat.

2️⃣. Senaman🏊‍♀️🚴🧘

Senaman ringan dan sederhana seperti berjalan🧑‍🦯, jogging🏃, yoga🧘, tai chi dan meregangkan sendi-sendi serta otot adalah penting untuk memastikan darah dapat mengalir dengan lancar dan mencapai tempat-tempat seperti hujung tangan 🤲dan kaki🦶.

3️⃣. Mengamalkan supplement yang sesuai

Pemakanan yang tidak seimbang atau disebabkan penyakit tertentu (contohnya, peminum alkohol🍻, perokok, sakit usus, kanser, anemia dan pemakanan yang tinggi gula, karbohidrat dan makanan diproses) boleh menyebabkan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan urat saraf berkurangan atau tidak mencukupi untuk mengekalkan kesihatan urat saraf.

Maka, supplement yang khas untuk urat saraf boleh membantu apabila seseorang mengalami sakit urat saraf.

Adalah tidak digalakkan❌⛔️ untuk mengamalkan supplement yang berbentuk jus walaupun jus tersebut adalah semula jadi dan bertujuan untuk masalah sakit urat saraf sebab jus secara amnya mempunyai kandungan gula yang tinggi 🙄dan biasanya terdapat penambahan ➕gula yang banyak untuk menjadikan jus tersebut sedap diminum.

4️⃣. Gaya hidup yang sihat

Amalkan kehidupan yang bebas❌ rokok dan alkohol adalah penting untuk menangani masalah sakit urat saraf.

Kurangkan tekanan kehidupan dengan amalan senaman, mainan yang sihat dan menjauhi rokok dan alkohol.

Tidur 🛌yang mencukupi juga penting. Kerja atau beriadah sampai tengah malam tidak digalakkan dan ini boleh merosakkan kesihatan urat saraf dan mendatangkan masalah kesihatan yang lain.

5️⃣. Pemeriksaan di klinik

Pemeriksaan oleh doktor dan pakar adalah digalakkan jika tiada perubahan dari segi simptom atau keadaan bertambah teruk walaupun langkah-langkah yang disebut diamalkan.

07/10/2021

Part 2 - Mengapa berlakunya peripheral neuropathy❓🧐🧐

🕵️‍♀️: Uncle Peter, anda ada masalah lain selain kebas tangan dan kaki?

👨: Oh, saya seorang pesakit kencing manis tapi saya makan ubat bila saya rasa tidak selesa sahaja. Saya tidak mahu bergantung kepada ubat.😲🤫

🧠🧠Sebab-sebab berlakunya sakit urat saraf (peripheral neuropathy)🧠🧠

Sakit urat saraf (peripheral neuropathy) ada banyak punca dan sebab tetapi penyakit kencing manis merupakan sebab utama👑🏅 berlakunya sakit urat saraf.

Didapati 40%-60% pesakit kencing manis akan mengalami masalah ini dalam 25 tahun jika kencing manis tidak dikawal dengan baik.

❓❓Mengapa pesakit kencing manis mempunyai risiko yang tinggi mengalami sakit urat saraf❓❓

Pesakit kencing manis terutama yang tidak mengambil ubat mengikut arahan biasanya mengalami hyperglycemia (kandungan gula yang tinggi 🆙dalam darah) untuk jangka masa yang panjang.

Keadaan ini boleh merosakkan sel-sel urat saraf pesakit dan lama-kelamaan urat saraf tidak dapat berfungsi dengan normal.

Selain itu, hyperglycemia juga merosakkan salur darah dan seterusnya mengurangkan darah mengalir ke hujung kaki dan tangan.

Pesakit kencing manis yang masih mengamalkan tabiat merokok dan minum alkohol akan menerukkan keadaan sakit urat saraf.

Maka, adalah penting untuk pesakit kencing manis untuk mengambil ubat yang dipesan doktor, mengamalkan pemakanan yang sesuai (rendah gula dan karbohidrat) serta berhenti merokok dan minum alkohol.

🐞🐞Adakah kencing manis satu-satu sebab sakit urat-saraf?🐞🐞

Tidak, selain kencing manis terdapat banyak sebab yang lain yang mengakibatkan masalah sakit urat saraf antaranya ialah:

1️⃣. Kecederaan teruk (trauma) 👩‍🦼yang mungkin menyebabkan kerosakan urat saraf contohnya keracunan bahan kimia☠️, jatuh dari tempat yang tinggi🏇, kemalangan jalan raya🚑

2️⃣. Kecederaan mekanikal🔪. Kadang-kala posisi yang tidak sesuai boleh menyebabkan urat saraf ditekan oleh tulang🦴 dan otot. Contohnya duduk terlalu lama dalam satu posisi, mengguna keyboard untuk masa yang lama, cedera semasa bersukan🤸‍♂️🏂🏌️‍♂️.

3️⃣. Jangkitan🦠. Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh mengakibatkan sakit urat saraf. Contohnya, AIDS, kayap

4️⃣. Ubat-ubatan💊💊 tertentu terutamanya ubat kemoterapi untuk rawatan kanser.

5️⃣. Penyakit kanser yang tumornya menekan pada urat saraf juga boleh mengakibatkan sakit urat saraf.

6️⃣. Kekurangan vitamin tertentu terutamanya vitamin B.

Selain pengambilan vitamin B yang tidak mencukupi, terdapat keadaan dan penyakit yang boleh menyebabkan seseorang kekurangan vitamin B contohnya, peminum alkohol yang melampau, penyakit anemia (kekurangan darah merah) dan penyakit usus yang mengakibatkan vitamin B tidak dapat diserap.

Photos from Damai Pharmacy's post 30/09/2021

👨👨Uncle Peter, anda sihat?🌿🌿🌿

Ya, saya sihat TAPI.....

saya rasa kebas 🧟dan rasa macam ada semut-semut🐜🐜 di hujung kaki saya.

Kadang-kala saya rasa kaki saya ada pakai sarung kaki 🧦sampai tidak dapat rasa permukaan lantai.

Sekarang tangan 🤲saya pun mula rasa macam tu, asyik kebas dan rasa macam terbakar🔥 ada juga.

Kawan saya Norman👲 pun ada masalah macam itu, dia lagi teruk sebab tangan🤲 dan kakinya🦵 tidak dapat disentuh sebab rasa sakit dan sakit tu macam ada current electric⚡️..kesian dia😔.

Hari itu dia terjatuh dan masuk hospital, doktor 🧑‍⚕️cakap otot dia lemah dan ada masalah hilang keseimbangan dan kawalatur (koordinasi).

Part 1 - Kenapa Uncle Peter dan kawannya Norman ada simptom macam itu❓

Itu adalah satu keadaan di mana urat saraf mengalami kerosakan atau gangguan yang dikenali sebagai peripheral neuropathy atau sakit urat saraf yang boleh mengganggu kualiti kehidupan untuk penghidapnya🥺.

Mengapa peripheral neuropathy boleh terjadi❓🧐 ........

how to use LITUO Covid-19 Antigen saliva test 28/09/2021

how to use LITUO Covid-19 Antigen saliva test NEW!! Covid-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Saliva Speciment

Photos from Damai Pharmacy's post 23/09/2021

🔑🔑SOLARAY CAL MAG ZINC CAPSULE - BAIK UNTUK TULANG🦴❓

BUKAN....🧐😆

untuk tulang sahaja ya tapi ada banyak kebaikan lagi...🤩

Mari kita kaji apa kebaikan Solaray Cal Mag Zinc

1️⃣. KUATKAN TULANG🦴 DAN GIGI😬

Kalsium merupakan mineral utama dalam tulang dan gigi kita, adalah penting untuk mengambil kalsium yang mencukupi setiap hari untuk memastikan tulang kita kuat dan sihat💪.

Tahukah anda zink juga mineral yang diperlukan untuk membentuk tulang ?

Zink memastikan sel yang membina tulang dapat berfungsi dengan baik dan pada masa yang sama melambatkan sel yang merobohkan tulang.

Anda pernah dengar Vitamin D dari cahaya matahari☀️ penting untuk penyerapan kalsium?

Tapi tahukah anda mineral magnesium diperlukan untuk mengaktifkan Vitamin D dari cahaya matahari?

Sebab itu, di samping ambil kalsium, formula yang mengandungi zink dan magnesium adalah lebih efektif dalam memastikan tulang sihat dan dapat mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh dan mudah patah).

2️⃣. MENINGKATKAN SISTEM IMUN (PERTAHANAN BADAN)🛡🛡

Tahukah mengapa kita perlu makan banyak sayur dan kekacang?

Sebab ia mengandungi zink dan magnesium yang penting untuk kuatkan sistem pertahanan badan di samping mengurangkan⬇️ inflamasi 🔥badan (radang💥 dalam badan contohnya sakit sendi, sakit otot, masalah jantung dan sebagainya).

Di sini, supplement ini dapat membantu orang yang kurang makan sayur-sayuran dan kekacang.

3️⃣. MEMBANTU MASALAH SUSAH TIDUR🥴🛌

Selalu runsing😫 sampai tidak dapat tidur?

Kejang otot masa tidur sampai bangun tidur malam?

Bangun tengah malam dan tidak dapat tidur balik?

Masalah tidur mempunyai banyak punca, salah satu punca ialah kekurangan magnesium.

Magnesium mempunyai fungsi menenangkan sistem saraf kita yang terlalu aktif pada waktu malam.

Paras zink yang normal juga didapati dapat mengurangkan risiko susah tidur.

Rupa-rupanya Cal Mag Zinc adalah penting untuk kesihatan terutama untuk tulang🦴, gigi😁, sistem imun🛡 dan saraf🧘‍♀️.

Tapi adakah semua supplement yang mengandungi Cal Mag Zinc memberi kesan yang sama?

Jawapannya tidak❌, sebab penyerapan mineral-mineral ini bergantung kepada formulasinya dan Solaray Cal Mag Zinc mempunyai penyerapan yang memuaskan sebab ia dalam bentuk chelate amino acid (bentuk yang lebih mudah diserap) dan mempunyai glutamik asid yang meningkatkan penyerapan mineral tersebut.

Ada kesan sampingankah?

Pengambilan mengikut arahan adalah selamat 👍dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Formula ini juga sesuai untuk kalangan orang yang mempunyai alahan kepada supplement kalsium yang lain.

Photos from Damai Pharmacy's post 16/09/2021

🦩🦩Himalaya Cystone tablet - apa tu❓🦩🦩

Himalaya Cystone merupakan supplement yang diperbuat daripada herba tulen🌿🌿 yang dapat:

1️⃣. mengelakkan⛔️ pembentukan batu karang di salur kencing
2️⃣. mengurangkan ⏬paras asid kencing dan mengurangkan rasa sakit kencing
3️⃣. mengurangkan ⏬sakit dan radang🔥 salur kencing
4️⃣. mempunyai kesan antibacterial (membunuh kuman)

Bagaimana Cystone dapat mengurangkan batu karang dalam salur kencing❓

1️⃣. mengurangkan⏬ kepekatan bahan-bahan dalam darah yang boleh membentuk batu karang dan pada masa yang sama menyingkirnya🚮 dari badan
2️⃣. memecahkan ikatan dalam batu karang iaitu mucin supaya batu karang dapat dipecah atau dielakkan untuk terbentuk
3️⃣. menjadikan pH dalam kencing normal (menurunkan⏬ paras asid dalam kencing)
4️⃣. mengurangkan oxidative stress (pembentukan batu karang boleh menyebabkan beban di salur kencing dan seterusnya memusnahkan tisu-tisu di sekelilingnya, Cystone boleh memperlahankan atau menghentikan🚫 proses ini)

Pengalaman mengambil Himalaya Cystone:

https://100comments.com/himalaya-cystone/

Photos from Damai Pharmacy's post 09/09/2021

🥥🥥Buah KELAPA🥥🥥 dan tahukah anda...

1️⃣. Air kelapa muda merupakan minuman yang menyegarkan🤤 dan mengandungi mineral-mineral yang penting dan anti-oksida👍.

2️⃣.Air kelapa baik untuk mengganti cecair yang hilang semasa cirit-birit🏃‍♂️🚽🧻.

3️⃣. Air kelapa juga adalah sterile (tanpa kuman) secara semula jadi dan digunakan sebagai intravenous drips di hospital di sesetengah tempat.

4️⃣. Air kelapa adalah rendah⬇️ lemak, ⬇️karbohidrat, ⬇️gula dan ⬇️kalori👍.

5️⃣. Santan dan minyak kelapa boleh diperolehi dari isi kelapa yang sudah matang🥥.

6️⃣. Walaupun minyak kelapa mempunyai peratusan minyak tepu yang lebih tinggi tetapi ia adalah berfaedah🛡 kepada badan manusia.

05/09/2021

Saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah. Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.

Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan. Jangan makan dan minum , merokok, v**e dan memberus gigi.

Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti,

Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:

⚠️ Air liur bercampur dengan bahan asing lain

⚠️Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)

⚠️ Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)

⚠️Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain

⚠️ Berbuih buih, sisa ubat gigi

04/09/2021
Photos from Damai Pharmacy's post 02/09/2021

🌈🌈Part 3 - Cara-cara untuk menangani masalah pedih ulu hati🌈🌈

1️⃣. Baring sebelah kiri semasa tidur didapati boleh mengurangkan berlakunya episod pedih ulu hati.

2️⃣ Elakkan ❌🚫makanan dan minuman yang boleh menyebabkan pedih ulu hati terutamanya:
Minuman➡️ alkohol🍺, kopi☕️, teh, minuman bergas🥤, jus buah-buahan🍹
Makanan➡️ coklat🍫, makanan bergoreng/berlemak tinggi🥯🍟, makanan pedas🌶, tomato🍅, buah-buahan yang masam

3️⃣.Ubah gaya hidup yang boleh menerukkan pedih ulu hati:

i. ❌makan terlalu kenyang 🆚✅makan sampai 80% kenyang

ii. ❌makan terlalu cepat🆚 ✅kunyah 3️⃣0️⃣ kali untuk setiap suap (memang susah, tapi cuba sekurang-kurangnya 2️⃣suap makanan)

iii. ❌terus tidur atau baring lepas makan🆚 ✅jangan makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur

iv. ❌skip meal 🆚✅puasa yang dirancang adalah baik tetapi skip meal disebabkan sibuk atau diet adalah tidak digalakkan

v. ❌merokok🆚 ✅berhenti merokok (susah tapi merokok memang faktor risiko untuk masalah jantung, strok dan kanser)

vi. ❌pemakanan yang tidak seimbang 🆚 ✅mesti ada protein dalam setiap meal tidak kira pagi, petang atau malam

4️⃣. Mengamalkan supplement yang sesuai untuk memperbaiki penghadaman dan menenangkan saraf yang mengawal injap perut

i. PROBIOTIK

Probiotik merupakan bakteria bagus yang dapat membantu masalah usus perut di mana ia mengurangkan bakteria yang jahat dan menyebabkan penyakit.

Ketidakseimbangan bakteria dalam usus dan perut boleh menimbulkan masalah usus perut termasuklah pedih ulu hati.

ii. ENZIM PENGHADAMAN

Sesetengah individu terutamanya warga emas kekurangan enzim penghadaman yang diperlukan untuk menghadam atau mencerna makanan dengan sempurna.

Akibat kekurangan enzim, makanan yang tidak terhadam boleh menyebabkan bakteria yang jahat membiak dengan berlebihan dan seterusnya menghasilkan gas dan bahan kumuh yang boleh mengganggu injap perut berfungsi dengan sempurna

iii. MULTIVITAMIN DAN MINERAL

Vitamin dan mineral yang lengkap adalah penting untuk mengekalkan semua fungsi badan dan kekurangannya amat biasa dijumpai terutamanya seseorang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang, pengambilan makanan yang boleh mengurangkan simpanan zat makanan dalam badan, merokok dan amalan minum alkohol.

5️⃣. Jumpa doktor👩‍⚕️ dan buat pemeriksaan🧐 yang teliti

Adalah digalakkan untuk jumpa doktor dan buat pemeriksaan jika tiada perubahan pada simptom atau simptom menjadi makin teruk lepas perubahan gaya hidup dan mengambil supplement yang sesuai.

Photos from Damai Pharmacy's post 26/08/2021

💥💥Part 2- Apa yang menyebabkan pedih ulu hati? Bahayakah masalah pedih ulu hati jika tidak dirawat?💥💥

Pedih ulu hati berlaku apabila injap/pintu antara esofagus (salur makanan) dan perut terbuka dan kandungan dalam perut (asid perut, makanan, kadang-kala cecair hempedu) mengalir ke atas esofagus (salur makanan).
Esofagus mempunyai dinding yang mudah dirosakkan oleh kandungan dalam perut terutamanya asid perut.

Makanan, minuman dan gaya hidup di bawah boleh menyebabkan injap tersebut relaks (tidak ditutup dengan sempurna):
1. alkohol🍻
2. kopi/teh (mengandungi kafein)☕️
3. coklat🍫
4. makanan bergoreng/berlemak🥐🍩
5. ubat tahan sakit💊
6. makan sampai terlalu kenyang🤢
7. makan terlalu cepat/ tidak mengunyah sepenuhnya
8. terus tidur/baring lepas makan🛏
9. skip meal (tidak makan ikut masa)⌛️
10. merokok

Apabila anda ada masalah pedih ulu hati, makanan di bawah boleh menerukkannya sebab ia akan terus merengsa 🔥esofagus yang sudah luka.

1. makanan atau minuman berasid ( jus buah-buahan, tomato🍅,asam)
2. minuman berkarbonat ( minuman bergas)🥤
3. makanan pedas🌶🥵

Kalau tidak berhenti pengambilan makanan tersebut maka luka pada esofagus tidak berpeluang untuk sembuh, malahan boleh mengubah masalah pedih ulu hati kepada masalah yang lebih serius seperti penyakit kanser👹.

25/08/2021

Tidak bawa cash? Tak apa, scan sahaja QR code, cepat dan selamat!

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ground Floor SL11 Aiman Commercial Centre
Kuching
94300

Opening Hours

Monday 09:30 - 21:00
Tuesday 09:30 - 21:00
Wednesday 09:30 - 21:00
Thursday 09:30 - 21:00
Friday 09:30 - 21:00
Saturday 09:30 - 21:00

Other Kuching clinics (show all)
SZE YOGA STUDIO SZE YOGA STUDIO
1st Floor, Sublot 10, Lot 3027, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce Lorong 8
Kuching, 93200

Sze Sze is a Yoga Alliance Registered Yoga Teacher (E-RYT500) who wish to spread her passion in yoga to everyone

Padma Yoga Studio Padma Yoga Studio
Padma Yoga Studio 2nd Floor, Seria Commercial Centre, Jalan Setia Raja
Kuching, 93350

Yoga is for Everyone! Whether you are new to yoga or looking to extend your yoga experience, we at P

SmartFlash Technology Sdn. Bhd SmartFlash Technology Sdn. Bhd
No. 240, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya
Kuching, 93050

We provide - canopy rent - event management

Kuching Memorial Services Kuching Memorial Services
Ground Floor, Lot 346-351, SL 2-7, Section 54, KTLD, Petanak Road
Kuching, 93100

Wealthy plan, to LIVE healthy; for prosperity. LEAVE, to comfy rest; for peaceful soul. ACT, to show affection. REST your hands on ours, our commitment shall be infinity. ...

HERBA RATU SARAWAK HERBA RATU SARAWAK
No 4, Lot 724, Bay Industrial Park, Jalan Batu Kitang
Kuching, 93250

A PREMIUM HERBAL REMEDY MANUFACTURER FROM BORNEO THAT HELPS YOU ACHIEVE GREAT HEALTH & PHYSIQUE IN 14 DAYS-RESULTS GUARANTEED!! www.herbaratusarawak.com

興联殡仪服务Hing Lian Funeral Service 興联殡仪服务Hing Lian Funeral Service
BATU LINTANG
Kuching, 93200

VLUXE 好孕连连 VLUXE 好孕连连
Jalan Stampin Baru
Kuching, 93350

VLUXE驻颜逆龄饮是结合西班牙和韩国的2大专利配方,由超过20年经验的团队研发出来,让女人可以在1个产品里得到多种效果 # 保养子宫卵巢 #调理荷尔蒙 #美白抗衰老

19 Optical 19 Optical
1 HSL Tower Lorong La Promenade 2, Kuching/Samarahan Expressway
Kuching, 94300

*Free eye checking *Free consulting *Free services

Bekam Sunnah Mobile - Kuching Bekam Sunnah Mobile - Kuching
Lorong Cahya Permai 2a, Samariang Aman
Kuching, 93050

Batu Kawa Clinic Batu Kawa Clinic
Lot 131, Block 215, KNLD, Jalan Batu Kawa
Kuching, 93250

General Practitioner Clinic Operation hours: Mon-Fri : 8.00am - 4.00pm Sat- Sun: 8.00am - 12:00pm

Miss Doris Miss Doris
Matang
Kuching, 93050

Bird’s nest is so rich in collagen and amino acid that is an essential nutrient for renewal of you

Lavender Spa & Wellness Lavender Spa & Wellness
First Floor, Lot 370, Wisma National Horizon C, Jalan Petanak
Kuching, 93100

Started in 2005, our aim is to provide the luxury of massage to everyone. A place to relax and unwind our mind, body and soul.