Umarhafiz centre

Umarhafiz centre

Program Intensif Shahadah Hafazan. Hafazan 30 juzuk Al-Quran dan pengulangan

2°01'25.0"N 102°35'31.0"E 29/08/2024

Umar Hafiz Centre (UHC) Muar menawarkan Program Hafazan Cuti Sekolah bertujuan mengisi masa anak-anak dengan latihan hafazan surah-surah tertentu sempena cuti sekolah.

📆 13-19 September 2024 (Ahad - Khamis)
🔖 Masa: 8.30AM - 12.30PM
🏢 Alamat : Jalan Khalid, Parit Keroma, Jalan Temenggong Ahmad.
📍Lokasi : https://goo.gl/maps/CVfR22JFbpJxRfqz7
📌 Yuran: 𝐑𝐌30

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi Admin ditalian:
https://wasap.my/601111900744-KelasHafazan

2°01'25.0"N 102°35'31.0"E Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

07/08/2024

Kelas Tahfiz Harian
Umar Hafiz Centre

Setiap Ahad - Khamis
8.30 pagi - 1.30 tgh hari
Lokasi : Pt keroma, muar
https://goo.gl/maps/CVfR22JFbpJxRfqz7

Daftar segera :
https://www.wassap.my/+601111900744

20/05/2024

Hafal 1 mukasurat ada kaitan dengan waktu dan cara :

Waktu :

1. Malam
2. Subuh

Cara :

1. Hafal
2. Mantap

Bila digabungkan akan jadi :

1. Cara untuk hafal adalah waktu malam.

2. Cara untuk mantap adalah waktu subuh.

Faham cara ini akan mampu hafal 1 muka surat dengan tenang dan santai.

Umar Hafiz

° Seminar kemantapan 1 juzuk :
° Ibadah Korban :
https://t.me/UmarHafizCentre

17/05/2024

Mengulang adalah satu perkara dan bagaimana nak jadikan kemantapan, adalah perkara yang lain.

Untuk capai kemantapan ada cara mengulang yang diakhiri dengan kemantapan.

Kerana itu, kita boleh dengar orang yang kata masih belum dapat ingat surah atau juzuk walaupun dah bebetahun dibaca.

Kerja dengan strategi yang betul akan dapat hasil walaupun beberapa bulan.

Umar Hafiz

° Seminar kemantapan 1 juzuk :
° Ibadah Korban :
https://t.me/UmarHafizCentre

16/05/2024

Bagi seorang yang sedang menghafal al-Quran, setiap hari kena pastikan apa hafalan yang dapat ditambah dan apa hafalan yang dapat dijaga.

Kemudian dalam seminggu, kira berapa jumlah hafalan yang dapat ditambah dan berapa jumlah hafalan yang dapat dijaga.

Lepas sebulan pun sama, kumpulkan dan lihat hasilnya.

Penting buat macam ni sebabnya, ini adalah tindakan kecil harian yang hasilnya adalah kemudian hari.

Walaupun seseorang itu ambil masa 10 tahun sekali pun untuk khatam 30 juzuk dan mantap, itu adalah kerana hasil tindakan kecil seperti ini secara harian dan mingguan.

Umar Hafiz

° Seminar kemantapan 1 juzuk :
° Ibadah Korban : https://t.me/UmarHafizCentre

15/05/2024

Waktu untuk menghafal hafalan baru adalah antara maghrib dan isyak.

Waktu tu kita berada dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.

Waktu subuh adalah waktu paling fresh, namun realitinya itu adalah waktu mengantuk bagi anak-anak muda.

Sebaiknya gabungkan 2 waktu ini untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Hafal hafalan baru antara maghrib-isyak.

Kemudian waktu subuh mantapkan semula.

Sudah tentu hasilnya lebih baik kerana hafalan itu sudah dihafal malam tadi dan waktu fresh subuh ini akan bukan lagi nak hafal bahkan tinggal mantapkan sahaja.

Umar Hafiz

° Seminar kemantapan 1 juzuk : https://Umarhafizcentre.com
° Ibadah Korban : https://t.me/UmarHafizCentre

14/05/2024

Hafalan baru mukasurat yang ke 14 dalam 1 juzuk bagi mana-mana juzuk.

Ada 13 muka surat berbaki untuk pengulangan.

Bagaimana nak mengulang 13 muka surat tadi dengan rasa ringan dan tak beban ?

Mula-mula tasmik muka surat 13 sahaja sebab itu yang paling berat dan baru.

Kemudian tasmik muka surat 12 sahaja sebab masih dikira baru.

Kemudian tasmik muka surat 11 sahaja sebab masih lagi dianggap baru.

Sekarang 3 muka surat yang paling susah dan paling terbaru dah selesai, berbaki 10 muka surat untuk diselesaikan.

10 muka surat ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian.

Pertama, 2 gabungan hafalan Iaitu muka surat ke 9 & 10

Kedua, 3 gabungan muka surat ke 6,7,8.

Akhir sekali baki semua sekali iaitu muka-surat pertama sampai ke 5.

Umar Hafiz

° Kelas Hafazan & Pengulangan : https://Umarhafizcentre.com
° Ibadah Korban : https://t.me/UmarHafizCentre

Photos from Umarhafiz centre's post 11/05/2024

20 muka surat yang asalnya dihafalkan secara berasingan akhirnya berjaya dihimpunkan menjadi 1 juzuk yang padat dalam ingatan.

Pengulangan yang bukan dengan cara menyumbat sepenuh-penuhnya dalam kepala, bahkan berhati-hati dan bila waktu yang sesuai untuk menggabungkan 2 hafalan baru buat kali pertama.

Pengulangan hafalan sebelum atau semalam yang tidak dicampur dengan semua pengulangan berbaki bertujuan dapat mengimbangkan penambahan hafalan-hafalan baru dari menyebabkan bebanan serentak dalam ingatan.

Semua itu akan diakhiri dengan peroses menggabungkan muka-surat satu demi satu yang menghimpunkan 20 muka surat menjadi 1 juzuk.

Sudah semestinya masa untuk pengulangan itu perlu diwujudkan dengan betul dan ada perkara yang perlu ditahan sementara demi menjadikan proses ini berjaya.

Ini antara perkara yang dikupas dalam seminar hafazan dan kemantapan 1 juzuk pagi tadi.

Insya-Allah program seperti ini tetap akan diteruskan untuk menjadikan bumi Malaysia ini penuh dengan mereka yang celik pengulangan.

Sudah tentu cabarannya ada, jika tidak bagaimana pengulangan itu akan dinikmati.

Terima kasih dan jazakumullah khair kepada para peserta yang telah mendaftar dan mengikut program.

Umar Hafiz

Maklumat lanjut untuk program seterusnya boleh rujuk link di bawah :

° Kelas Hafazan & Pengulangan : https://Umarhafizcentre.com
° Ibadah Korban : https://t.me/UmarHafizCentre

09/05/2024

Bagi mereka yang baru mula nak hafal al-Quran sebaiknya menguasai kunci hafazan iaitu belajar cara menghafal 1 muka surat.

Kerana dengan 1 muka surat ini, kita boleh hafal 1 juzuk dan kerana 1 muka surat ini juga kita boleh hafal 30 juzuk.

Mereka yang menguasai cara menghafal 1 muka surat juga mudah untuk mengulang cara mengulang dan mantapkan 1 juzuk.

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

07/05/2024

Taktikal + strategi

2 perkara ini diperlukan untuk mencapai kemantapan dalam hafazan al-Quran.

Taktikal tanpa strategi buat kita penat kerana pengulangan yang diterapkan tidak dapat menghasilkan kemantapan.

Strategi tanpa taktikal p**a menjadikan strategi itu hanya perancangan yang baik tanpa tindakan untuk hasilkan kemantapan tadi.

Gabungan 2 perkara ini akan menghasikan kemantapan yang sesuai dalam hafazan al-Quran.

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

04/05/2024

Tak pelik bagi mereka yang telah diterapkan pengulangan yang betul masih boleh lupa.

Dah mantap 1 juzuk tak lama lepas tu lupa semula.

Dah mantap 5 juzuk lupa semula.

Itu perkara yang biasa terjadi apabila seseorang itu masih belum ada rasa kepentingan untuk jaga hafalan.

Apatah lagi para pelajar dari kalangan anak-anak yang belum faham kepentingan menjaga hafalan.

Kerana itu adanya guru yang memahami perkara ini yang akan membimbing hafazan mereka.

Sebabnya ialah sampai satu masa, kemantapan hafazan al-Quran bukan lagi semata-mata kerana teknik betul, bahkan sikap kita sendiri yang menentukan ada peluang untuk mantap atau tidak.

Doa pada Allah supaya berikan rezeki untuk mantap hafazan al-Quran.

Tetapi itu bukan alasan untuk tidak menghafal al-Quran.

Belajarlah cara mengulang yang betul sebelum hafalan menjadi banyak.

Tiada orang tak mahu kaya kerana takut tak dapat jaga duit yang banyak.

Sebelum duit banyak, dah belajar cara mengurus kewangan yang betul.

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

02/05/2024

Ilmu strategi pengulangan 1 juzuk dipecahkan kepada 2 bahagian.

Bahagian 1 lebih tertumpu kepada pembinaan hafalan baru dan pengulangan.

Pengulangan p**a tertumpu kepada pengulangan yang menjadikan hafazan baru yang bertambah itu semakin ringan dalam ingatan dan bukannya bebanan.

Bahagian 2 tiada lagi menceritakan tentang hafazan baru dan lebih tertumpu kepada proses menghimpunkan.

Menghimpunkan disini bermaksud menghimpunkan 20 muka surat.

Asalnya otak akan rasa susah kerana nampak 20 muka surat sekali gus.

Apabila proses Menghimpunkan 20 mukasurat ini berjaya, otak tidak memikirkan 20 muka surat tetapi bertukar menjadi 1 himpunan sahaja iaitu 1 juzuk.

1 juzuk yang mantap sangat bahagia apabila dibaca berbanding 1 muka surat yang baru nak mula hafal.

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

01/05/2024

Shahadah bukan semata-mata perlukan keyakinan.

Shahadah berkait rapat dengan 30 juzuk yang ada dalam ingatan selepas khatam.

Bila 30 juzuk tidak ada dalam ingatan, semangat yang membara tidak mampu untuk cover juzuk yang lupa tadi untuk dapatkan yakin untuk ambil shahadah.

Sebabnya ialah shahadah itu tidak mampu dinilai dengan sijil yang menarik dan cantik.

Shahadah ialah realiti dunia hafazan al-Quran sebenar.

Apa yang perlu dilakukan ialah hafal semula untuk dapatkan semula keyakinan.

Tak perlu malu kerana ramai yang ambil shahadah ialah dari kalangan yang banyak juzuk lupa selepas khatam.

Kali ni, tidak cepat asal ingat.

Umar Hafiz

Berminat sertai seminar kemantapan 1 juz menggunakan buku fizikal UHC sila join group telegram tertera untuk dapatkan maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

Photos from Umarhafiz centre's post 28/04/2024

SHAHADAH bukan perkara yang berlaku secara tiba-tiba.

Bukan secara tiba-tiba atau seseorang itu memang terkenal dengan otak yang kuat boleh shahadah.

Shahadah ialah satu proses yang dibina dari 1 juzuk lagi.

Proses shahadah membantu seseorang itu untuk ingatkan semula juzuk-juzuk yang telah lupa.

Kebanyakan mereka yang ambil shahadah bukannya dari khatam dan ingat semua sebelum itu.

Ramai yang lupa banyak juzuk waktu khatam dan kerana proses untuk shahadah itulah yang menyebabkan mereka dapat ingatkan semula juzuk yang telah lupa.

Bagi yang lupa banyak juzuk untuk ambil shahadah akan melalui proses HAFALAN BARU ULANG untuk ingatkan semua iaitu dalam erti kata lain ialah, hafal semula seolah-seolah baru kali pertama menghafal al-Quran.

Ada orang ambil proses hafalan baru ulang ini hingga 2 tahun dan lebih.

Maksud di sini ialah untuk mantap kena buat banyak kali walaupun seolah-seolah hafal semula.

Jika kita kata kita tak mahu ambil shahadah sebab banyak juzuk yang lupa itu bermaksud kita belum jelas tujuan shahadah ini.

Umar Hafiz

Gambar Ustaz Farouq al-Hafiz dan Ustaz Abdul Latif al-Hafiz antara guru tua di Malaysia yang telah melahirkan ribuan shahadah dan kebanyakan guru-guru shahadah di Malaysia adalah anak didik mereka. Lihatlah selain pakar, penampilan mereka juga perlu sangat dicontohi oleh para huffaz di Malaysia.

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

27/04/2024

Rajin-rajin buat pengulangan walaupun belum tahu strategi yang betul, kerana strategi yang betul tanpa kerajinan tidak akan menghasilkan kemantapan.

Di luar sana, ramai yang sangat mengambil berat dalam pengulangan walaupun belum tahu cara yang betul untuk hasilkan kemantapan.

Apabila cara itu dijumpai, maka terhasillah kemantapan yang diidamkan.

Teruslah mencuba hingga berjumpa dengan cara yang serasi.

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

25/04/2024

Nak shahadah 30 juzuk, mesti mantap dahulu setiap 1 juzuk.

Nak mantap 1 juzuk, mesti jelas dengan proses kemantapan 1 juzuk.

1. Awal juzuk - akhir juzuk

Proses hafazan baru dan pengulangan dari awal juzuk hingga akhir juzuk.

2. Akhir juzuk - sebelum hafal juzuk baru

Proses pengulangan selepas khatam 1 juzuk hingga sebelum hafal juzuk baru.

Insya-Allah kedua proses ini telah terbukti menghasilkan kemantapan 1 juzuk.

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

25/04/2024

SHAHADAH hafazan 30 juzuk al-Quran

Dalam erti kata lain ialah kena buat SEMUA :

Mula-mula
1. Kena hafal semua

Kemudian
2. Kena mengulang semua

Kemudian
3. Kena Ingat semua

Kemudian
4. Kena mantap semua

Kemudian
5. Kena baca semua

Kemudian
6. Baca tak tengok semua

Kemudian
7. Kena betul semua

Kemudian
8. Kena semak semua

Tiada istilah sebahagian dari hafazan

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk bagi penghafal 1 muka surat boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut di : https://t.me/UmarHafizCentre

22/04/2024

*SHAHADAH*

PRA SHAHADAH :

Mula-mula
- 1 juzuk sehari : 30 hari khatam :

Seterusnya
- 2 juzuk sehari : 15 hari khatam

Seterusnya
- 3 juzuk sehari : 10 hari khatam

Seterusnya
- 5 juzuk sehari : 6 hari khatam

Seterusnya
- 7 juzuk ½ sehari : 4 hari khatam

PEPERIKSAAN SHAHADAH :

Tahap 3 :

- 3 juzuk sehari : 3 hari khatam

Tahap 2 :

- 15 juzuk sehari : 2 hari khatam

Tahap 1 :

- 30 juzuk sehari : 1 hari khatam

Umar Hafiz

22/04/2024

Gabungan kemantapan hafalan 1 juzuk Iaitu dari 20 mukasurat yang terpisah-pisah menjadi kepada 1 juzuk yang pandat, solit, dan mantap.

Secara asasnya begini :

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1- 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 13 14 15 16 17 18 19 20
1 - 14 15 16 17 18 19 20
1 - 15 16 17 18 19 20
1 - 16 17 18 19 20
1 - 17 18 19 20
1 - 18 19 20
1 - 19 20
1 - 20

Jika kita mahir dan telah gerak kerja pengulangan, ia akan jadi semudah begini dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat seperti :

1-10 11-15 16-20
1-15 16-20
1-20

Umar hafiz

Berminat sertai seminar kemantapan 1 juz menggunakan buku fizikal UHC sila join group telegram tertera untuk dapatkan maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

21/04/2024

Musim para pelajar hafazan al-Quran, p**ang ke tempat belajar semula.

Ada perkara yang tertinggal di rumah iaitu kualiti hafazan.

Jumlah kuantiti masih sama, jumlah kualiti akan berbeza.

Ibu bapa perlu faham perkara ini.

1 bulan selepas p**ang dari rumah adalah waktu untuk repair semula hafalan lama.

Waktu ini penambahan kuantiti baru hafazan adalah sangat sedikit.

Selepas sebulan barulah dapat kualiti hafazan yang stabil untuk fokus penambahan juzuk baru.

Umar Hafiz

Berminat sertai program kemantapan 1 juzuk join group telegram tertera untuk maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

20/04/2024

Hafal dan lupa adalah perkara biasa dalam hafazan al-Quran.

Kerana ada proses tersendiri untuk hafalan baru dan pengulangan.

Hafalan baru untuk hafazan yang kali pertama dihafal dan hafalan pengulangan adalah untuk hafalan yang lupa.

Hakikatnya amat susah nak jadikan hafalan baru terus ada dalam ingatan.

Peroses pengulangan itulah proses yang berkali-kali untuk mengekalkan kualiti hafalan baru.

Umar Hafiz

Berminat untuk join program kemantapan 1 juzuk boleh ke link tertera untuk maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

19/04/2024

Dunia hafal al-Quran ialah pada bahagian pertama ialah kenal dulu cerita tentang istilah 2 K iaitu :

1. KUANTITI hafazan.
2. KUALITI hafazan.

Kemudian akan cerita bahagian kedua iaitu 3 rukun hafazan al-Quran Iaitu :

1. Hafalan BARU.
2. Pengulangan juzuk SEDANG dihafal.
3. Pengulangan juzuk TELAH dihafal.

Memahami beberapa perkara di atas akan mencorak minda ke arah untuk mantap 30 juzuk al-Quran.

Jika kita tidak faham perkara tidak mengapa, yang penting guru kita ada kefahaman ini untuk bawa kita ke laluan betul.

Seminar pada bulan 5 akan membincangkan topik khas pada tajuk bahagian 2 no 2 rukun hafazan iaitu pengulangan dalam juzuk yang sedang dihafal.

Umar Hafiz

Berminat sertai seminar kemantapan 1 juz menggunakan buku fizikal UHC sila join group telegram tertera untuk dapatkan maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

18/04/2024

Untuk mencapai kemantapan 1 juzuk, mesti faham 2 proses ini iaitu :

1. SEDANG
2. TELAH

Apa maksud sedang itu ?

Iaitu proses gerak kerja pengulangan ketika SEDANG menghafal 1 juzuk.

Apa maksud telah itu ?

Kemudian bila sudah menghafal 1 juzuk, mesti mengikuti proses gerak kerja ketika TELAH menghafal 1 juzuk sebelum berpindah di juzuk baru.

2 proses ini mudah diikuti apabila telah mampu menghafal 1 muka surat.

Tetapi jika telah mampu menghafal 1 muka surat dan tidak mengikuti 2 proses ini, misi untuk mantap 1 juzuk akan sukar kecuali bagi mereka yang telah ada cara tersendiri untuk mantap 1 juzuk.

Umar Hafiz

2 gerak kerja ini akan dikupas lebih mendalam dalam seminar kemantapan 1 juzuk menggunakan buku fizikal UHC. Join group tertera untuk maklumat lanjut: https://t.me/UmarHafizCentre

17/04/2024

Permulaan untuk hafal 30 juzuk ialah belajar cara hafal 1 muka surat.

1 muka surat tidak akan dapat dihafal dengan tiba-tiba melainkan dengan latihan.

Latihan menghafal 1 muka surat ialah dengan menggunakan strategi hafalan baris demi baris.

Ada beberapa step panjang yang perlu diselesaikan untuk dapat hafal 1 muka surat dan apabila semakin mahir step-step ini, step-step itu akan dipendekkan lagi supaya masa menghafal 1 muka surat akan lebih singkat.

Apabila telah dapat hafal 1 muka surat, kita akan pergi ke strategi pengulangan 1 juzuk atau pengulangan melibatkan pembinaan 20 muka surat.

Dengan memahami asas ini pun sudah dapat membantu beberapa kefahaman untuk menghafal 30 juzuk.

Umar Hafiz

Berminat sertai seminar kemantapan 1 juzuk menggunakan buku fizikal UHC sila join group telegram tertera untuk dapatkan maklumat lanjut : https://t.me/UmarHafizCentre

16/04/2024

Maksud kepada pengulangan hafazan al-Quran ialah kena baca banyak kali.

Dalam erti kata lain ialah kesanggupan buat perkara yang sama berulang kali.

Berapa kali kena buat macam tu ?

Bukan sekali bahkan seumur hidup sampai mati.

Bezanya ialah stail atau strategi pengulangan itu berbeza ikut tahap kita ketika ini.

Jika baru mula hafal bagaimana caranya.

Yang dah pandai hafal dan banyak juzuk bagaimana caranya.

Walaupun dah berjaya mantap 30 juzuk, tetap ada strategi nak jaga hafalan seumur hidup.

Seorang yang hebat dan bertaraf no 1 di Malaysia macam ustaz syazani jemy dalam pertandingan hafazan pun ada stail pengulangan bertaraf advance untuk persediaan pertandingan hafazan.

Kita cuma nampak dia duduk atas pentas dan disoal tanpa kita tahu bagaimana persediaan rapinya sebelum disoal di atas pentas.

Kita nampak dia hebat di pentas, kita tak nampak macam mana dia mengulang sampai 20 juzuk sehari setiap hari sebelum pertandingan.

Persediaan tulah kita nak tiru dan bawa dalam kehidupan hafazan kita.

Ustaz syazani ulang sampai 20 juzuk sehari sebelum pertandingan, belum cerita pengulangan sebelum tu untuk capai kemantapan, kita yang belum mantap 1 juzuk ni kenapa rasa pelik bila kena buat pengulangan banyak kali.

Itu sebab dia berada ditahap yang berbeza dengannya, kerana kita masih keliru kenapa kena banyakkan pengulangan untuk capai kemantapan walaupun 1 juzuk.

Bagitu juga seorang imam hafazan dalam solat tarawih dia pun kena mengulang sebelum jadi imam tu dan persediaan pengulangan kemantapan tu akan bersesuai untuk di bawa dalam solat tarawih yang akan bertahan sepanjang tahun.

Umar Hafiz

Berminat sertai seminar kemantapan 1 juzuk menggunakan buku fizikal UHC, join group telegram tertera untuk dapatkan maklumat lanjut, juga ada promosi untuk alumni UHC : https://t.me/UmarHafizCentre

05/04/2024

Disebalik kemantapan seseorang itu, ada seorang guru yang masanya dihabiskan untuk mentasmik atau menyemak setiap sesi pengulangan seseorang pelajar yang mantap itu.

Jika ada 1 juzuk yang mantap, itu bermaksud ada seorang guru yang sentiasa mentasmik dan semak pelajar itu dari awal muka surat hafalan baru dan beberapa jumlah pengulangan hingga terhasilnya kemantapan.

Jika 30 juzuk yang mantap, itu maksudnya ada guru yang sentiasa mentasmik setiap sesi pengulangan juzuk ke juzuk hingga terhasilnya kemantapan 30 juzuk.

Dalam erti kata lain, jika kita sebagai guru mahu seseorang pelajar itu mantap, kita juga perlu bersedia banyak menyemak pengulangan hingga terhasilnya kemantapan.

Ia bukan semudah hanya mentasmik hafalan baru sahaja kemudian pengulangan untuk kemantapan p**a diserahkan kepada pelajar itu sendiri tanpa kita menyemaknya.

Lagi kuat kita ingin pelajar kita mantap, lagi banyak sesi kita perlu tasmik pelajar tadi.

Ada guru-guru yang ambil masa tambahan untuk pelajar, itu bermaksud dia sendiri korban masa rehat dia untuk mengsilkan kemantapan pelajar dengan mentasmik pelajar tadi.

Pelajar sering anggap masa tambahan ini maksudnya dia kena baca banyak, padahal dari pihak guru p**a bermaksud dia kena semak banyak untuk pelajar tadi dapat hasilkan kemantapan.

Hafalan baru, pengulangan dan semakan tidak boleh dipisahkan dalam dunia hafazan al-Quran.

Umar Hafiz

UMAR HAFIZ CENTRE – PUSAT HAFAZAN AL-QURAN 0NLINE 05/10/2023

Biarlah ketika kita hafal al-Quran, kita fokus dengan kemampuan diri sendiri.

Tak usah bandingkan kemampuan kita dengan pelajar yang lebih baik dari kita.

Cukup sekadar mengkagumi mereka dan jangan sampai kita p**a yang jadi merendah diri sehingga kita rasa kemampuan kita lemah.

Jika ada pelajar yang hafalan baru hariannya 2 mukasurat sedangkan kita hanya mampu 1 mukasurat, syukurlah yang kita mampu menghafal 1 mukasurat.

Kita juga merancang untuk dapat hafal 2 mukasurat macam pelajar tadi, tapi jangan paksa diri untuk berjaya hafal 2 mukasurat sebelum pelajar tadi dapat hafal 3 mukasurat.

Jika ada pelajar boleh hafal dan mantap 1 juzuk dalam tempoh 20 hari sedangkan kita perlu kepada 30 hari, fokus sahaja 30 hari tu untuk dapat hasil terbaik dan jangan banyak mengeluh kenapa kita tak dapat 20 hari macam pelajar tadi.

Apa yang penting ialah garisan penamat kita.

Biar jadi kura-kura yang perlahan tapi sampai kepada tujuan.

Jika berminat untuk ikut kelas pengulangan hafalan lama boleh ke laman web tertera untuk maklumat lanjut : Umarhafizcentre.com

Umar Hafiz

UMAR HAFIZ CENTRE – PUSAT HAFAZAN AL-QURAN 0NLINE Sesuai bagi mereka yang berpengalaman menghafal SATU MUKASURAT atau yang telah MENAMATKAN hafazan 30 juzuk yang ingin mengingatkan atau memantapkan lagi hafalan dengan pengulangan yang bersistem.

02/10/2023

Kemantapan 1 juzuk biasanya dinilai mengikut syarat-syarat berikut :

1. 20 mukasurat, tidak boleh kurang dari 20 mukasurat.

2. 20 mukasurat tersebut dibaca sekaligus dalam 1 waktu, tidak dibaca secara berasingan mukasurat dan waktu yang berlainan.

3. 30 minit sekali baca, 20 minit paling cepat, 40 minit paling lambat.

4. Tidak lebih dari 5 kesalahan kekal.

5. Ditasmik dan disahkan oleh guru yang berpengalaman dan bukan diri sendiri yang rasa macam dah mantap.

Maklumat lanjut kelas hafazan & mengulang secara online boleh tekan link tertera : http://Umarhafizcentre.com

Umar Hafiz

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kemantapan dalam hafazan Alquran #part1 #hafazan #pengulangan #tahfiz #umarhafizcentre #mengulangbersamauhc #uhc #huffaz
Baca 5 juzu’ tiap hari boleh pulihkan hafazan yg lupa ke? #huffaz #mengulangAlquran #umarhafizcentre #uhc
Fokus pada 3 juzu’ pertama dahulu #hafazan #pengulangan #umarhafizcentre
Bacaan khatam 30 juz al quran bulan ramadhan
Baru-baru ini berbual dengar salah seorang tenaga pengajar di uhc.Saya bertanya bagaimana perkembangan anak murid di baw...
Pada peringkat awal menghafal al-Quran, kita belajar cara nak hafal 1 mukasurat.Selepas kita dah pandai menghafal 1 muka...
Ada sesetengah mereka yang menghafal al-Quran, setelah tidak dapat meneruskan hafalan al-Quran di tempat lama kemudian k...
Hafalan lama dijaga dengan cara mengulang yang melibatkan 80% dari masa yang ada berbanding hafalan baru 20% dari segi m...
Pengulangan adalah sangat penting ketika menghafal al-Quran kerana pengulangan itulah penyebab al-Quran boleh dihafal.De...

Address

Muar

Other Education Websites in Muar (show all)
SEKOLAH AGAMA TUN DR ISMAIL SEKOLAH AGAMA TUN DR ISMAIL
Kg. Kenangan Tun Drive Ismail 1
Muar, 84000

SEKOLAH AGAMA TUN DR. ISMAIL MUAR Tarikh Ditubuhkan : 17 Mac 1974 Sempena Pesta Pembangunan Negeri Johor Kali Pertama..... Pihak sekolah tidak bertanggung jawab di atas segal...

Ta'allum muar Ta'allum muar
No20A, Tingkat 1, Bangunan Kogaj, Jalan Othman
Muar, 84000

kelas bahasa arab Muar tahun 4,5,6 UPKK,SDEA

Ppmkcp - Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh Ppmkcp - Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh
UTHM Kampus Pagoh, Hab Pendidikan Tinggi, KM1, Jalan Panchor
Muar, 84600

Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh

Tabika Perpaduan Jalan Daud Tabika Perpaduan Jalan Daud
Muar, 84000

tabika perpaduan Jalan Daud untuk kanak-kanak berumur 4tahun hingga 6tahun

Halaqah Bukhari 2020 Halaqah Bukhari 2020
SMKA Maahad Muar
Muar, 84000

Page Halaqah Al-Bukhari SMKA Maahad Muar Tahfiz Model Ulul Albab

Sektor Pembangunan Murid PPD Muar Sektor Pembangunan Murid PPD Muar
JKR 242, Jalan Arab
Muar, 84000

Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

Pengajian Iqra' & Al-Quran Maq'adi Sidqi Pengajian Iqra' & Al-Quran Maq'adi Sidqi
HUB Pendidikan Pagoj
Muar, 84600

KUMON PKGB MUAR KUMON PKGB MUAR
No. 42, Tingkat 1, Jalan Gemilang Bakri 1, Pusat Komersial Gemilang Bakri
Muar, 84200

KUMON PKGB MUAR OPEN FOR REGISTRATION NOW. PLEASE CONTACT 0122996978

SMK P Sultan Abu Bakar SMK P Sultan Abu Bakar
Muar, 84000

Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah TS25 Kohort 6

Mdm selim Mdm selim
Muar, 84000

Sekolah Kebangsaan Temiang Rasmi Sekolah Kebangsaan Temiang Rasmi
KM6 Jalan Salleh
Muar, 84300

Little Avicenna STEAM Little Avicenna STEAM
Muar, 84000

We Learn | We Play | We Construct | We Ask Question | We Teach | We Enjoy