Kem Jalan Junid
Kem Jalan Junid yang terletak di No.10, Jalan Junid, 84000 Muar, Johor, Malaysia adalah kem bagi Batalion ke-2, Rejimen 501 Askar Wataniah.
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
ASKAR WATANIAH, TENTERA DARAT, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Anggota ATM termasuk Askar Wataniah telah diatur gerak bagi membantu PDRM untuk penugasan sekatan jalan raya (SJR), serta lain-lain penugasan seperti pos statik dan rondaan Mobile Patrol Vehicle (MPV) di seluruh negara melalui Ops Penawar.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan kita yang terus berbakti demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini dari wabak COVID-19.
REJ 501 AW BANTU PDRM LAKSANA SJR
JOHOR: Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) telah diaturgerak dalam penugasan OP Penawar 3.0. Seramai tiga pegawai dan 71 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rej 501 AW terlibat dalam penugasan ini, yang melibatkan empat Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Johor Bahru bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rej 501 AW akan terus komited membantu pihak PDRM dalam melaksanakan SJR bagi memastikan pematuhan SOP di kawasan yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan supaya kadar jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi dapat dikurangkan.
Kerjasama antara Rej 501 AW dan pihak PDRM juga mendokong Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.
- REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
SELAMAT HARI ULANG TAHUN REJIMEN ASKAR WATANIAH
1 JUN 2021
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM), mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Wataniah (AW) Ke- 63 kepada Asisten Panglima Pasukan Simpanan (APPS), Mejar Jeneral Dato’ Hj Zawawi bin Haji Adam dan warga Rejimen Askar Wataniah (AW).
Didoakan agar Sambutan HUT Rejimen Askar Wataniah (AW) Ke-63 yang disambut pada 1 Jun setiap tahun, akan menyemarakkan semangat juang warga Rejimen Askar Wataniah (AW) untuk terus berkhidmat dalam menjaga kedaulatan negara.
Justeru, penubuhan, peningkatan dan pembangunan Rejimen Askar Wataniah (AW) tidak boleh diragui sebagai ketumbukan barisan kedua yang ampuh serta teguh yang mampu menggerakkan jentera-jentera sokongan kepentingan awam untuk berfungsi seperti biasa di kala negara berada dalam saat genting. Maka, peranan Rejimen Askar Wataniah (AW) adalah elemen cegah rintang yang terbaik bersesuaian dengan struktur organisasinya yang mantap dan boleh dipercayai.
Ikhlas daripada Panglima Tentera Darat dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia.
-63
Tanggal 1 Jun 1958 merupakan tarikh keramat yang harus di semat dalam sanubari setiap warga Askar Wataniah.
Penubuhan secara rasmi Askar Wataniah pada tarikh ini merupakan pengiktirafan kerajaan kepada kepentingan mewujudkan Askar Wataniah yang akan membantu ganti askar tetap dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
Pada harini ini genaplah 63 tahun Askar Wataniah berada dalam ketumbukkan Tentera Darat.
Marilah kita bersama-sama mendoakan roh para pahlawan yang telah gugur semasa mempertahankan bumi tercinta di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para syuhada.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Wataniah ke 63 Tahun
Berjuang Terus Maju
Berkhidmat Untuk Negara

Sultan Ibrahim cadang kerajaan Johor hidupkan kembali JVF
Link: https://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah/posts/10159600065209175
Sultan Ibrahim cadang kerajaan Johor hidupkan kembali JVF Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menghidupkan kembali pasukan sukarelawan Johor Volunteer Force (JVF).
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku,
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
Sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 23 Mac 2021 bersamaan 9 Syaaban 1442 Hijrah.
Menjunjung Kasih Tuanku,
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
Sembah Takzim daripada seluruh pimpinan serta warga REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
1 MAC 2021 (ISNIN) | 7.00 PAGI
KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH MUAR KE MARKAS BATALION KEDUA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH MUAR
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan kunjung hormat ke Markas Batalion Kedua Rejimen Askar Wataniah (Batalion 2) Muar. Bangunan Markas ini merupakan tinggalan sejarah yang pada awalnya adalah kediaman Pesuruhjaya Daerah Muar sebelum menjadi Markas Tentera British di Muar sewaktu Perang dunia kedua. Bangunan yang berusia hampir seabad ini perlu pembaikan dan penyelenggaraan agar terus dipulihara sebagai bangunan warisan.
Untuk menjadi anggota sukarela Rejimen Askar Wataniah, tentunya berbekalkan keazaman dan semangat cintakan tanah air yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Penyertaan masyarakat dalam wataniah ini membuktikan kejayaan konsep Hanruh iaitu pertahanan menyeluruh dalam dasar pertahanan negara kerana semakin ramai anggota masyarakat sedar tentang tanggungjawab menjaga dan memastikan keamanan negara tidak hanya terletak di tangan anggota tentera sahaja.
Walaupun status sekadar sukarela, Askar Wataniah tetap menjalani latihan asas ketenteraan yang bertujuan menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan.
Pengorbanan pegawai dan anggota Rejimen Askar Wataniah yang bertindak sebagai pelapis benteng pertahanan negara perlu disanjung kerana mereka sanggup mengetepikan urusan lain, masa bersama keluarga dan masa terluang. Kesedaran orang ramai menyertai Rejimen Askar Wataniah adalah satu pengorbanan besar yang tidak ternilai dengan wang ringgit.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menghargai pembabitan orang ramai terutamanya golongan belia dalam pasukan sukarela ini. Menyertai Askar Wataniah adalah kaedah terbaik dalam mendisiplinkan diri serta belajar berdikari. Bagi kaum belia dengan menyertai Askar Wataniah ia dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat serta mengelak daripada terbabit dalam gejala sosial. Bagi kaum wanita p**ak, sebagai wanita tidak menghalang dan menjadi masalah untuk menjalani latihan dengan cabaran-cabaran lasak yang perlu ditempuhi.
Tidak ramai yang mengetahui kelebihan menyertai Askar Wataniah yang selama ini dilihat sebagai latihan menggerunkan tetapi Askar Wataniah mengajar kita erti persahabatan antara masyarakat yang berbilang kaum sekali gus membentuk semangat kesatuan di negara ini.
Dalam kunjungan ini, Pegawai Daerah menyatakan iltizam agar penerapan nikai-nilai murni melalui wataniah ini perlu diperluaskan ke peringkat mukim dan kampung. Pegawai Daerah menzahirkan komitmen untuk meletakkan KPI agar sekurangnya diwujudkan satu platun bagi setiap mukim yang diketuai oleh penghulu mukim dan Pegawai Daerah sendiri akan mengetuai Platun Mukim Bandar 2.
- Pejabat Daerah Muar
“Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara”
LAWATAN TERHADAP WARIS ANGGOTA YANG TERLIBAT DALAM OP PENAWAR REJ 501 AW
JOHOR: Seramai 5 Pegawai Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) telah melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan yang berupa barang-barang keperluan harian kepada waris-waris anggota rejimen yang terlibat dalam penugasan Op PENAWAR pada 20 Feb 21.
Seluruh warga Rej 501 AW merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad di atas kesudian untuk menaja 30 pek sumbangan keperluan harian dalam lawatan ini dan diharap kolaborasi sebegini diterus pada masa akan datang.
Lawatan ini bertepatan dengan Tonggak 3 Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.
- Markas REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
- Waqaf An-Nur
KosongSatu
Sesuai dengan perlaksanaan norma baharu dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19, REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH akan melaksanakan Upacara Perasmian Pembukaan Latihan Sukarela secara Live di Facebook Rasmi Rejimen 501 Askar Wataniah pada 06 Feb 2021 jam 0800pagi.
Jangan ketinggalan untuk menonton.
' Berkhidmat Untuk Negara '
Sesuai dengan perlaksanaan norma baharu dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19, Rejimen 501 Askar Wataniah akan melaksanakan Upacara Perasmian Pembukaan Latihan Sukarela yang akan disiarkan secara Live Streaming di Facebook Rasmi REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH pada 06 Feb 2021 jam 0800 pagi.
Jangan ketinggalan untuk menonton. Jangan lupa like dan follow REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH.
Bagi yang terlepas, boleh lihat gambar acara di pautan :
https://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah/posts/10159475494224175
dan tonton video semula di pautan: https://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah/videos
' Berkhidmat Untuk Negara '
Kosong Satu
Hubungi hotline National Task Force (NTF) di talian 011-6251 1223 untuk melaporkan sebarang aktiviti kemasukan dan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan sempadan Negara.
“Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”

PENGAMBILAN ANGGOTA ASKAR WATANIAH TAHUN 2021
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
PENGAMBILAN ANGGOTA ASKAR WATANIAH TAHUN 2021
TEMPAT:
Mengikut Penempatan
Bn 1 -Kem Tebrau,JB
Bn 2 -Kem Jonid, Muar
Bn 3 -Kem Jalan Hospital, Kluang
TARIKH/HARI: Setiap Hari Berkerja (Isnin hingga Khamis)
MASA: 0930 pagi hingga 1700 petang (12.30tghari -2.30 ptg -rehat)
PAKAIAN: Kasual dan Bersesuaian
SYARAT KEMASUKAN ASKAR WATANIAH:
• Berumur 18-45 tahun (Pada Tarikh Angkat Sumpah).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang rekod jenayah.
• Kelulusan Akademik minima SPM ( Untuk PMR perlu lulus Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah ).
• Tiada penyakit kronik.
• Tempoh perkhidmatan Sukarela 5 Tahun dan boleh dipertugas sepenuh masa. (PMR tidak layak utk dikerah)
• Warganegara Malaysia.
• Minima Ketinggian 157CM bagi lelaki dan 147CM bagi wanita.
• Minima Berat 47.5KG bagi lelaki dan 40.5KG bagi wanita.
• Body Mass Index (BMI) tidak melebihi 26.9
KEPERLUAN DOKUMEN:
• Gambar Ukuran Pasport 4 keping.
• My Kad (Depan Belakang).
• My Kad Isteri/Suami (Depan Belakang).
• Sijil Lahir.
• Sijil Berhenti Sekolah.
• Sijil Akademik Tertinggi.
• Sijil Nikah
•Jika Bercerai, Sila Sertakan Sekali Sijil Cerai.
KELEBIHAN MENYERTAI ASKAR WATANIAH:
• Elaun dibayar mengikut jumlah jam latihan yang di hadiri. Kadar yang dibayar untuk satu jam adalah RM8.00 bagi PEGAWAI dan RM6.00 bagi LLP.
• Elaun perjalanan ke lokasi latihan.
• Gaji pokok dan elaun.
• Peluang kenaikan pangkat.
• Kemudahan pakaian seragam.
• Rangsum makanan semasa latihan/kursus disediakan.
• Boleh diserap ke Angkatan Tetap (Bagi yang memenuhi syarat).
Adakah anda anggota REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH (JOHOR)?
Khidmat anda diperlukan untuk LKUB Op Penawar 2.0 (15/1-31/1/2021)
Boleh terus berhubung dengan jurulatih lokasi masing2
Pastikan TTP dan INSURANS KELOMPOK masih hidup
Askar Wataniah perkasa jati diri warganegara
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
Askar Wataniah perkasa jati diri warganegara
[Pic]Menyertai Askar Wataniah melengkapkan tanggungjawab sebagai warganegara dengan menyumbang khidmat kepada negara. - NSTP/Aswadi Alias
Rejimen Askar Wataniah antara pasukan dalam Angkatan Sukarelawan Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat untuk membantu Tentera Darat Malaysia (TDM) ketika darurat atau dalam medan peperangan.
Askar Wataniah juga berperanan membantu TDM dalam operasi keselamatan dan membantu pihak berkuasa awam ketika bencana alam.
Keterlibatan anggota masyarakat dalam pasukan Askar Wataniah amat digalakkan. Masyarakat berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan boleh menyertai pasukan sukarelawan Askar Wataniah ini.
Keterlibatan itu amat penting dalam membantu mempertahankan negara ketika diperlukan. Ia dapat memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan tentera kerana masyarakat setempat lebih memahami kawasan sendiri jika tugasan berada dalam lingkungan kawasan harian.
Peluang menganggotai Askar Wataniah memberikan pendedahan kepada tugasan dan tanggungjawab sebenar anggota tentera.
Ia dapat mengelak persepsi kurang tepat masyarakat terhadap tugas anggota tentera walaupun ketika negara berada dalam keadaan aman. Ini berlaku di negara jiran, Singapura yang semua rakyatnya wajib menyertai pasukan simpanan selama dua tahun.
Suara negatif dan dangkal terhadap tentera dapat dielak jika rakyat faham tanggungjawab tentera yang perlu sentiasa cergas mental dan fizikal serta siap siaga untuk sebarang operasi atau bencana melanda negara.
Setiap perkara berlaku dalam tentera tidak boleh dihebah keluar, tetapi masyarakat yang ingin tahu dan berasa mempunyai tanggungjawab kepada bangsa serta negara harus tampil menawarkan diri menganggotai Askar Wataniah.
Tidak dinafikan kemungkinan ada anggota culas, namun peratus mereka sangat kecil berbanding bilangan angkatan tentera yang mencapai ratusan ribu.
Pelbagai bentuk latihan ketenteraan disediakan kepada anggota masyarakat yang berminat menyertai pasukan ini.
Rejimen Askar Wataniah Siri 500 mempunyai kem latihan di seluruh negara. Latihan ini secara khususnya dapat membentuk jati diri dan meningkatkan tahap disiplin sebagai individu.
Rasa kebertanggungjawaban terhadap bangsa dan negara juga akan terpupuk. Ia dapat melahirkan individu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal tinggi serta mampu melaksanakan tugasan dalam apa jua situasi dan menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah walaupun dalam situasi sukar.
Sesiapa sahaja boleh menjadi atau memohon untuk menyertai pasukan ini dan tiada had kepada sesuatu pekerjaan atau latar belakang.
Penulis sendiri yang juga ahli profesional turut menyertai pasukan ini. Bermula pada usia 42 tahun, penulis menjalani Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela di Kem Tebrau, Johor Bahru, selepas itu mengikuti kursus KADAR di Mersing dan baru selesai menjalani Kursus Bakal Pegawai selama sebulan pada usia 46 tahun.
Ini membuktikan, usia dan pekerjaan bukan halangan menyertai pasukan ini. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bukan mudah memberikan komitmen dalam latihan, lebih-lebih lagi jika terikat rutin tugasan harian. Penulis seolah-olah berada di dua dunia berbeza pada satu masa.
Walaupun agak terlewat menyertai badan beruniform ini, minat dan semangat untuk berkhidmat kepada negara sangat berkobar di sanubari.
Bagi penulis sebagai pensyarah yang berkhdmat kepada anak bangsa, menyertai Askar Wataniah melengkapkan tanggungjawab sebagai warganegara dengan menyumbang khidmat kepada negara.
Majikan sewajarnya memberi peluang kepada kakitangan mereka untuk menyertai pasukan ini yang secara dasarnya mampu melahirkan individu atau pekerja lebih cergas, berdaya saing serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan.
Akta Angkatan Tentera 1972 p**a melindungi pekerja yang mengikuti latihan wataniah dengan majikan dikehendaki memberikan pelepasan kepada kakitangan mereka tanpa pemotongan gaji, cuti tahunan atau mengenakan tindakan terhadap anggota.
Selain itu, pasukan wataniah sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri kerana boleh dianggotai pelbagai golongan sama ada orang awam, bekerja sendiri atau golongan profesional.
Dengan latihan disediakan secara teratur dan aktif, pasukan ini sebenarnya mampu menjadi pasukan simpanan yang boleh diatur gerak apabila diperlukan.
Dengan kesedaran masyarakat, kekuatan pasukan simpanan kita akan setara dengan pasukan simpanan negara jiran, Singapura yang mewajibkan rakyatnya menyertai pasukan ini.
Beberapa negara Asia sebenarnya mewajibkan rakyat mereka mengikuti program ketenteraan menggunakan pendekatan masing-masing.
Selain Singapura, Korea Selatan mewajibkan semua lelaki di negara itu menyertai program khidmat negara berbentuk ketenteraan selama dua tahun mengikut bidang tentera dipilih.
Filipina turut mempunyai program sama yang dinamakan Latihan Khidmat Negara iaitu program berbentuk ketenteraan yang wajib disertai pelajar universiti selama dua semester atau lapan bulan.
Pelaksanaan di Taiwan p**a agak sama dengan Korea Selatan, tetapi terbuka dan hanya tempoh empat bulan diwajibkan terhadap rakyatnya yang berumur 18 tahun ke atas.
Brunei dan Malaysia mempunyai persamaan dari segi bentuk latihan diberikan, iaitu tidak berbentuk ketenteraan. Di Brunei, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bersifat sukarela dan memakan masa hanya tiga bulan.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di Malaysia mewajibkan mereka yang terpilih berumur 17 tahun ke atas menyertainya. Namun, hanya program PLKN di Malaysia tidak diteruskan lagi.
Oleh itu, kerajaan dicadangkan mempunyai dasar jelas dalam menanam semangat jati diri serta patriotisme kepada negara seperti diamalkan negara Asia lain.
Ini amat penting bagi membentuk jati diri generasi baharu kini. Promosi perlu disebar luas supaya masyarakat mengetahui kewujudan Askar Wataniah dan berminat untuk menyertainya.
Kedua, memberikan peringatan kepada pihak majikan sama ada kerajaan mahupun swasta berkaitan Akta Angkatan Tentera 1972 dan kelebihan mempunyai staf menyertai pasukan ini.
Seterusnya adalah kemudahan logistik yang perlu ditambah baik selaras dengan peranan mereka sebagai benteng hadapan negara.
Oleh Prof Madya Dr Mohd Kamarulzaki Mustafa
BH Online- Oktober 28, 2020
Penulis adalah Provost Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Prof Madya Dr Mohd Kamarulzaki Mustafa juga adalah salah seorang anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat Rejimen 501 Askar Wataniah
Link: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/747109/askar-wataniah-perkasa-jati-diri-warganegara?fbclid=IwAR2xvHsjbtOnVdNJJqy26EgaJ56lMrJ7dRPocEMOKYp-mcDdYU5VxH2N0gw
_______________________
Rejimen Askar Wataniah sentiasa mengalu-alukan rakyat Malaysia yang berkelayakkan usia 18-45 tahun, tidak kira latar belakang kerjaya, lelaki mahupun wanita selagi ada rasa semangat juang dan cintakan negara untuk menjadi benteng pertahanan kedua Tentera Darat Malaysia.
Siapa lagi yang perlu menjaga negara sendiri jika tidak rakyatnya sendiri.
Jom masuk Askar Wataniah
Berkhidmat Untuk Negara
Berjuang Terus Maju
______________________________
The Territorial Army Needs You!
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH MEMERLUKAN KHIDMAT ANDA SEMUA!
JOM JOIN REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH JOHOR!
Rakyat Malaysia terutama warga belia Johor Darul Takzim yang patriotik dipelawa untuk sertai dan sama-sama berbakti kepada pertahanan dan keselamatan negara tercinta kita.
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berhampiran dengan berpakaian kemas, sopan & bersih pada waktu pejabat hari berkerja (0800-1700, Isnin-Jumaat), beritahu nak pergi pejabat 501 untuk mohon masuk Askar Wataniah dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
4 keping gambar warna ukuran paspot.
4 salinan kad pengenalan.
4 salinan surat beranak/sijil kelahiran.
4 salinan sijil-sijil akedemik/tamat persekolahan.
4 salinan sijil nikah dan surat beranak anak (jika berkahwin).
Hubungi atau kunjungilah kami segera di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berdekatan:-
Markas Rejimen :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb 501
Batalion 1 :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb Bn1/501
· Kem Kota Tinggi, d/a Kem Bandar Mas, 37, Jalan Omar, 81900 Kota Tinggi. Tel.: 07-8831037
· Kem Pontian, Jalan Abas, 82000 Pontian. Tel.: 07-6871126
· Politeknik Ibrahim Sultan. KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang. Tel.: +6012-738 4351 (Lt M Shahrizan) /+6019-744 9228 (Lkpl Seth)
Batalion 2 :
· Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Tangkak, d/a Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Segamat, 672, Jalan Sekolah, 85000 Segamat. Tel: 07-9323242
Batalion 3 :
· Kem Kluang, 400, Jalan Hospital, 86000 Kluang. Tel.: 07-7728605
· Kem Batu Pahat, d/a Kem Bukit Soga, 476, Jalan Dato’ Mohd Shah, 83000 Batu Pahat. Tel. : 07-4342008
· Kem Mersing, d/a Kem Sri Pantai, Jalan Sekakap, 86800 Mersing. Tel.: 07-7728605
Pengambilan dibuka sekarang sepanjang masa. Segera daftar dan mohon di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang terdekat.
Temui kami di Facebook http://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah
AKUR.PATUH.LAKSANA
Bermula Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Adalah menjadi tanggungjawab orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan KECUALI atas urusan mendesak seperti membeli barang makanan dan rawatan perubatan
Hukuman PENJARA enam (6) bulan atau DENDA RM1,000.00 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan
___________________
ASKAR WATANIAH MEMERLUKAN ANDA!
JOM JOIN REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH JOHOR!
Rakyat Malaysia terutama warga belia Johor Darul Takzim yang patriotik dipelawa untuk sertai dan sama-sama berbakti kepada pertahanan dan keselamatan negara tercinta kita.
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
4 keping gambar warna ukuran paspot.
4 salinan kad pengenalan.
4 salinan surat beranak/sijil kelahiran.
4 salinan sijil-sijil akedemik/tamat persekolahan.
4 salinan sijil nikah dan surat beranak anak (jika berkahwin).
Jom sertai REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH Johor, mohonlah di kem berdekatan;
Hubungi :-
Markas Rejimen :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb 501
Batalion 1 :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb Bn1/501
· Kem Kota Tinggi, Kem Bandar Mas, 37, Jalan Omar, 81900 Kota Tinggi. Tel.: 07-8831037
· Kem Pontian, Jalan Abas, 82000 Pontian. Tel.: 07-6871126
Batalion 2 :
· Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Tangkak, Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Segamat, 672, Jalan Sekolah, 85000 Segamat. Tel.: 07-9323242
Batalion 3 :
· Kem Kluang, 400, Jalan Hospital, 86000 Kluang. Tel.: 07-7728605
· Kem Batu Pahat, Kem Bukit Soga, 476, Jalan Dato’ Mohd Shah, 83000 Batu Pahat. Tel. : 07-4342008
· Kem Mersing, Kem Sri Pantai, Jalan Sekakap, 86800 Mersing. Tel.: 07-7728605
Pengambilan dibuka sekarang sepanjang masa. Segera daftar dan mohon di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang terdekat.
Temui kami di Facebook http://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah
Tahniah Lt Kol Hj Roslan Bin Atan atas kenaikan pangkat & menjawat sebagai Peg Mem Bn2/501 Kem Muar yg baru. Tahniah tn Dari warga REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH .
29 Ogos 2019.
Berita Tentera Darat Malaysia
Link: https://www.facebook.com/BTDMOnline/photos/a.2878848568810706/2878851255477104/?type=3&theater
Tahniah Lt Kol Hj Roslan Bin Atan atas kenaikan pangkat & menjawat sebagai Peg Mem Bn2/501 Kem Muar yg baru. Tahniah tn Dari warga REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH.
29 Ogos 2019.
Berita Tentera Darat Malaysia
Link: https://www.facebook.com/BTDMOnline/photos/a.2878848568810706/2878851255477104/?type=3&theater
Lagu SETIA oleh SPB YDP Agong bersama PM, TPM dan Jemaah Menteri sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 - 31 Ogos 2019.
🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2019
🇲🇾 SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH
________________________________
The Territorial Army Needs You!
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH MEMERLUKAN KHIDMAT ANDA SEMUA!
JOM JOIN REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH JOHOR!
Rakyat Malaysia terutama warga belia Johor Darul Takzim yang patriotik dipelawa untuk sertai dan sama-sama berbakti kepada pertahanan dan keselamatan negara tercinta kita.
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berhampiran dengan berpakaian kemas, sopan & bersih pada waktu pejabat hari berkerja (0800-1700, Isnin-Jumaat), beritahu nak pergi pejabat 501 untuk mohon masuk Askar Wataniah dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
4 keping gambar warna ukuran paspot.
4 salinan kad pengenalan.
4 salinan surat beranak/sijil kelahiran.
4 salinan sijil-sijil akedemik/tamat persekolahan.
4 salinan sijil nikah dan surat beranak anak (jika berkahwin).
Hubungi atau kunjungilah kami segera di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berdekatan:-
Markas Rejimen :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb 501
Batalion 1 :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb Bn1/501
· Kem Kota Tinggi, d/a Kem Bandar Mas, 37, Jalan Omar, 81900 Kota Tinggi. Tel.: 07-8831037
· Kem Pontian, Jalan Abas, 82000 Pontian. Tel.: 07-6871126
· Politeknik Ibrahim Sultan. KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang. Tel.: +6012-738 4351 (Lt M Shahrizan) /+6019-744 9228 (Lkpl Seth)
Batalion 2 :
· Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Tangkak, d/a Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Segamat, 672, Jalan Sekolah, 85000 Segamat. Tel: 07-9323242
Batalion 3 :
· Kem Kluang, 400, Jalan Hospital, 86000 Kluang. Tel.: 07-7728605
· Kem Batu Pahat, d/a Kem Bukit Soga, 476, Jalan Dato’ Mohd Shah, 83000 Batu Pahat. Tel. : 07-4342008
· Kem Mersing, d/a Kem Sri Pantai, Jalan Sekakap, 86800 Mersing. Tel.: 07-7728605
Pengambilan dibuka sekarang sepanjang masa. Segera daftar dan mohon di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang terdekat.
Temui kami di Facebook http://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah
Adakah anda mengetahui maksud warna dan lambang Bendera Malaysia Jalur Gemilang 🇲🇾 ?
Jalur Gemilang merupakan Lambang Kedaulatan Negara. 🇲🇾
Jagalah ia.😊 Peliharalah ia.😊 Kibarkanlah ia.😊
Tidak kira di mana anda berada.😊
Agama, bangsa, bahasa, pangkat, darjat dan sebagainya.😊
Kita masih berada di bawah satu bendera yang sama.😊
Bendera yang menyatukan kita.😊
Bendera yang menjadi lambang Negara Malaysia Tanah Tumpahnya Darah kita.🇲🇾
Ya, ianya Jalur Gemilang.🇲🇾
Tunjukkan semangat cinta dan hormatkan Negara kita melalui kibaran Jalur Gemilang! 🇲🇾
Kerana jika bukan kita, siapakah lagi? 😊❤️🇲🇾
Kredit: Merdeka360
Link: https://www.facebook.com/harikebangsaan2019/photos/a.300608423631142/925799934445318/?type=3&eid=ARBuD5y1eVWdr9jLDXBtrjnpswDEHohz7VsodvukZYdha8RcsVrQ9I0lcHF4EjiSMH_HTt6ShOQRon0F&__tn__=EEHH-R
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2019
🇲🇾 SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH
Ikhlas daripada:
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
________________________________
The Territorial Army Needs You!
REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH MEMERLUKAN KHIDMAT ANDA SEMUA!
JOM JOIN REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH JOHOR!
Rakyat Malaysia terutama warga belia Johor Darul Takzim yang patriotik dipelawa untuk sertai dan sama-sama berbakti kepada pertahanan dan keselamatan negara tercinta kita.
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berhampiran dengan berpakaian kemas, sopan & bersih pada waktu pejabat hari berkerja (0800-1700, Isnin-Jumaat), beritahu nak pergi pejabat 501 untuk mohon masuk Askar Wataniah dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
4 keping gambar warna ukuran paspot.
4 salinan kad pengenalan.
4 salinan surat beranak/sijil kelahiran.
4 salinan sijil-sijil akedemik/tamat persekolahan.
4 salinan sijil nikah dan surat beranak anak (jika berkahwin).
Hubungi atau kunjungilah kami segera di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang berdekatan:-
Markas Rejimen :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb 501
Batalion 1 :
· Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru. Tel.: 07-3541088 smb Bn1/501
· Kem Kota Tinggi, d/a Kem Bandar Mas, 37, Jalan Omar, 81900 Kota Tinggi. Tel.: 07-8831037
· Kem Pontian, Jalan Abas, 82000 Pontian. Tel.: 07-6871126
· Politeknik Ibrahim Sultan. KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang. Tel.: +6012-738 4351 (Lt M Shahrizan) /+6019-744 9228 (Lkpl Seth)
Batalion 2 :
· Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Tangkak, d/a Kem Muar, 10, Jalan Junid, 84000 Muar. Tel.: 06-9530103
· Kem Segamat, 672, Jalan Sekolah, 85000 Segamat. Tel: +6012-738 4351 (Lt M Sharizan) / +6019-744 9228 (Lkpl Seth)
Batalion 3 :
· Kem Kluang, 400, Jalan Hospital, 86000 Kluang. Tel.: 07-7728605
· Kem Batu Pahat, d/a Kem Bukit Soga, 476, Jalan Dato’ Mohd Shah, 83000 Batu Pahat. Tel. : 07-4342008
· Kem Mersing, d/a Kem Sri Pantai, Jalan Sekakap, 86800 Mersing. Tel.: 07-7728605
Pengambilan dibuka sekarang sepanjang masa. Segera daftar dan mohon di kem REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH yang terdekat.
Temui kami di Facebook http://www.facebook.com/rejimen501askarwataniah
Jalur Gemilang merupakan Lambang Kedaulatan Negara. 🇲🇾
Jagalah ia.😊
Peliharalah ia.😊
Kibarkanlah ia.😊
Tidak kira di mana anda berada.😊
Agama, bangsa, bahasa, pangkat, darjat dan sebagainya.😊
Kita masih berada di bawah satu bendera yang sama.😊
Bendera yang menyatukan kita.😊
Bendera yang menjadi lambang Negara Malaysia Tanah Tumpahnya Darah kita.🇲🇾
Ya, ianya Jalur Gemilang.🇲🇾
Tunjukkan semangat cinta dan hormatkan Negara kita melalui kibaran Jalur Gemilang! 🇲🇾
Kerana jika bukan kita, siapakah lagi? 😊❤️🇲🇾
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Batalion 2, Rejimen 501 Askar Wataniah, No. 10, Jalan Junid
Muar
84000
Bukit Gambir
Muar, 84800
武吉甘蜜新鎮位處麻坡北區的中心,按地理位置將來可以成為本區的據點;距離以北的東甲市區近20公里和往西麻坡市約25公里。在麻北區內,武吉甘蜜位置處於利豐港通往坤蘭烏魯之中間.
Woobi Design, No. 27, Bazar MARA Muar, Jalan Abdullah
Muar, 84000
graphic design | web design | advertising | printing | event management | It solutions | interior de
PEJABAT KESIHATAN DAERAH MUAR, Jalan OTHMAN
Muar, 84000
Kelab yang menjaga kebajikan ahli-ahli yang berdaftar
NO 3 GROUND FLOOR, Jalan INDAH 1, TAMAN INDAH
Muar, 84000
Antparcel Hub is a retail business provide courier services with convenient locations and world-clas
Pusat Komuniti Desa Lenga
Muar, 84040
pusat komuniti desa luar bandar sejahtera
Kampung Teluk Rimba
Muar, 84400
Rakan Digital membantu usahawan untuk menceburi perniagaan dalam talian menerusi platform e-dagang
LOT 3222 BATU 15, Jalan AIR HITAM
Muar, 84060
Berkhidmat untuk rakyat Bukit Naning khususnya. Menerima sebarang Aduan berkaitan jalan, aduan penduduk dan sebagainya. Kami juga ada menyediakan perkhidmatan foodbank untuk mereka...