MPKK Seri Ampangan

Komited terhadap kebajikan komuniti setempat

19/09/2024
Photos from MPKK Seri Ampangan's post 12/09/2024

12/09/24
Celebrate autumn festiva bersama dengan penduduk di kawasan seri ampangan

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 12/09/2024

12/09/24
celebrate mid autum festiva

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 24/08/2024

22/8/24-23/8/24
Taman Sempadan menyambut yu lan sheng hui bersama dengan para penduduk di kawasan seri ampangan

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 09/07/2024

9/7/24 ada aduan di taman golden sudah selesai terima kasih ahli majlis encik Anuar Bin Yusoff

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 04/02/2024

__Pengedaran baucer bernilai RM100 kepada masyarakat Cina di kawasan MPKK Seri Ampangan sempena Tahun Baru Cina 2024__

Sekalung budi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Fadhlina Sidek selaku Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Malaysia atas sumbangan 50 baucer kepada masyarakat Cina setempat. Dan terima kasih kepada En.Zaid dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina!

08/01/2024

Di mana ada peluang, di situ ada jalan 😎

Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal's post 08/01/2024

Harap ambil maklum bahawa Dewan MPKK Seri Ampangan adalah salah satu lokasi tangki air statik ditempatkan dan penduduk yang memerlukan boleh sentiasa menambah penyimpanan air di rumah bermula Rabu ini. Terima kasih.

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 10/09/2023

@3/9/23(Ahad), CMart Nibong Tebal:
Program Derma Darah anjuran MPKK Seri Ampangan dengan kerjasama Badan Bulan Sabit Merah (BBSM) S.P.S., dan Hospital Seberang Jaya serta disokong oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Pn.Fadhlina Sidek (Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal) dan ADUN Sg.Acheh, YB Hj.Rashidi telah berjaya menyambut 119 pendaftaran. Dalam 119 pendaftaran yang diterima, 95 beg darah telah dikumpul dan sasaran ini merupakan antara yang tertinggi dalam kawasan S.P.S.

Setiap penderma telah diberikan satu hamper makanan sebagai satu tanda kesyukuran atas sokongan yang diberikan dalam aktiviti amal ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 07/05/2023

@7/5/23 (Ahad), CMart Nibong Tebal:
Program Derma Darah anjuran MPKK Seri Ampangan dengan kerjasama Badan Bulan Sabit Merah (BBSM) S.P.S., dan Hospital Seberang Jaya serta disokong oleh Kumpulan Alma Private telah berjaya menyambut 103 pendaftaran. Dalam 103 pendaftaran yang diterima, 78 beg darah telah dikumpul dan sasaran ini merupakan antara yang tertinggi dalam kawasan S.P.S.

Setiap penderma telah diberikan satu hamper makanan sebagai satu tanda kesyukuran atas sokongan yang diberikan dalam aktiviti amal ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

06/05/2023

Salam sejahtera warga Nibong Tebal, MPKK Seri Ampangan dengan kerjasama PBSM SPS dan ä¹…ä¹…ä¹…Kumpulan Alma Private akan mengadakan program derma darah seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 7/5/2023 (Ahad)
Masa: 10.30am ~ 2.45pm
Tempat: CMART Nibong Tebal

Jomlah ramai-ramai menjayakan program amal ini.

21/04/2023

@22 April 2023 & 23 April 2023: Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam yang menyambut. Maaf Zahir dan Batin. Semoga perayaan ini membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada kita semua.
Eid Mubarak!

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 20/04/2023

@19/4/2023: Majlis Iftar Rakyat Gebyar Ramadhan bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 15/04/2023

Majlis Penyerahan Bantuan Nur Ramadan Anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dan Zakat Pulau Pinang

@15/4/23, 10.00pagi: YB Puan Fadhlina, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Nur Ramadan kepada rakyat Nibong Tebal di Dewan MPKK Seri Ampangan.

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 12/03/2023

@12 Mac 2023 : Pemasangan banner Program Derma Darah oleh ahli-ahli MPKK Seri Ampangan di Simpang Tiga, Sg. Acheh sebagai inisiatif awal untuk menghebahkan program amal ini kepada semua penduduk di kawasan Sg. Acheh. Program derma darah ini akan dijalankan pada 7 Mei 2023 (Ahad) di C-Mart Nibong Tebal. Maklumat lanjut berkenaan program ini akan dikemaskini pada masa ke masa di laman Facebook.
Terima kasih.

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 12/03/2023

Pada Sabtu pagi lalu (11/3/2023), ahli-ahli MPKK Seri Ampangan telah menyertai program Zumba anjuran JPWK sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 peringkat Pulau Pinang untuk menjayakan misi program iaitu "pecah rekod Malaysia". Program ini juga berjaya memecahkan rekod dengan penyertaan terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 10,000 peserta untuk kategori acara Zumba. Marilah kita bersama-sama meraihkan Hari Wanita ini untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan para wanita.

Photos from MPKK Seri Ampangan's post 04/03/2023

Salam sejahtera warga kawasan Seri Ampangan, Nibong Tebal! Jom kita mengambil maklum tentang aduan-aduan yang diterima oleh MPKK Seri Ampangan dan langkah-langkah untuk menyelesaikan aduan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang aduan di kawasan MPKK Seri Ampangan, anda diminta untuk mengemukakan aduan tersebut melalui borang di pautan ini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfNX02WYtd6jhO6P7YJ44OVC7jxyB34O72hjtbKuKNT_blV-g/viewform?usp=sharing

Sekian terima kasih.

08/02/2023

@17 Januari 2023 : Pengedaran hamper sempena Tahun Baru Cina 2023 kepada masyarakat Cina daripada Taman Sempadan dan Taman Transkrian.
Sekalung budi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap dan ADUN Sungai Bakap, YB Dato' Dr. Amar Pritpal atas sumbangan sebanyak 30 hamper kepada masyarakat setempat.

***********************************************************************

@18 Januari 2023 : Pengedaran hamper sempena Tahun Baru Cina 2023 kepada masyarakat Cina daripada Taman Kit Seong, Taman Buntar Indah, Taman Selesa, Taman Rantau Damai, Taman Golden Jade, Taman Tempua, Taman Mutiara dan Kg.Cina.
Sekalung budi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dan YB Fadhlina Sidek selaku Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap ADUN Angkat Sungai Acheh dan Menteri Pendidikan Malaysia atas sumbangan sebanyak 70 hamper kepada masyarakat setempat.

>

21/01/2023

MPKK Seri Ampangan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini!

Wishing the Chinese community, a very Happy Chinese New Year!






(kredit poster: canva.com)

Want your organization to be the top-listed Government Service in Nibong Tebal?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Website

Address


Nibong Tebal
14300

Other Nibong Tebal government services (show all)
PPUNT Online PPUNT Online
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL
Nibong Tebal, 14300

Akaun rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal

Pemuda UMNO Teluk Ipil Pemuda UMNO Teluk Ipil
Nibong Tebal, 14300

BERSATU DAN BERUSAHA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Parlimen Nibong Tebal P047 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Parlimen Nibong Tebal P047
Taman Sinar
Nibong Tebal, 14300

Pendaftaran Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Parlimen Nibong TEBAL 047 Kini Dibuka.Sila PM Atau WhatsApp Admin Ditalian 0124066501

PAS Kawasan Nibong Tebal PAS Kawasan Nibong Tebal
No 25 Jalan Besar Taman Seri Acheh
Nibong Tebal, 14310

Page RASMI : PAS Kawasan Nibong Tebal