Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO), Government Organization, Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya.
MyIPO is an autonomous and corporatized agency responsible for the development and management of the intellectual property system i.e patents, trademarks, industrial designs, copyrights and layout designs of integrated circuits in Malaysia.
Menyatakan dengan palsu bahawa cap dagangan adalah berdaftar adalah salah dan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000. Jangan terjebak dalam pelanggaran undang-undang.
🔈NOTIS MAKLUMAN 🔈
Arahan Pengawal Hak Cipta
Adalah dimaklumkan, bermula 1 Ogos 2024, sebarang permohonan di bawah Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta) akan merujuk kepada borang baharu.
Sila layari www.myipo.gov.my untuk mendapatkan Manual dan Panduan Pengisian Borang baharu 2024.
Pendaftaran harta intelek membantu anda menjaga nilai idea anda dan melindunginya daripada penyalahgunaan. Daftar sekarang untuk menikmati kelebihan ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.myipo.gov.my.
Jangan ragu lagi! Ketahui hak milik anda. Layari www.myipo.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai harta intelek.
Miliki hak sepenuhnya terhadap jenama yang anda cipta. Jangan biarkan rekacipta anda dicuri pihak lain. Dapatkan perlindungan yang sah dengan mendaftar jenama anda di MyIPO hari ini!
Segala informasi terkini, urusan pemfailan dan pembayaran berada dihujung jari anda. Layari laman web rasmi kami di www.myipo.gov.my sekarang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai harta intelek.
MANGGA HARUMANIS 🥭
Mangga Harumanis Perlis, seperti namanya, ditanam dan diperoleh secara eksklusif di negeri Perlis, Malaysia. Ia adalah salah satu warisan pertanian yang paling berharga dari negeri ini. Mangga Harumanis Perlis dikenali dengan aroma yang kuat serta tekstur yang lembut dan rasanya yang manis. Buah ini biasanya mempunyai saiz sederhana hingga besar dan berwarna kuning keoren.
Ia bukan sahaja nikmat dimakan secara segar, tetapi juga sering digunakan dalam pelbagai hidangan dan resipi masakan tradisional. Buah ini sering dijadikan bahan dalam hidangan pencuci mulut, jus buah dan yogurt.
Mangga Harumanis Perlis adalah contoh yang baik tentang bagaimana kepelbagaian biologi dan budaya Malaysia dikekalkan dan dilindungi melalui Petunjuk Geografi. Ini merupakan satu bentuk perlindungan terhadap ciri khas dan identiti buah ini yang hanya boleh diperoleh dari daerah Perlis sahaja. Dengan status ini, buah Mangga Harumanis Perlis dikenal pasti sebagai produk yang asli dan berkualiti tinggi, serta memberikan manfaat ekonomi kepada petani dan komuniti setempat.
Dapatkan perlindungan harta intelek anda selama 10 tahun hanya dengan RM950! Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar cap dagangan anda di MyIPO. Lindungi hak milik anda dan tingkatkan keunggulan perniagaan anda.
Daftar atas talian di https://iponline2u.myipo.gov.my/
TAKLIMAT PENGENALAN HARTA INTELEK DAN PENYERAHAN ZAKAT WAKALAH KEPADA PELAJAR ASNAF DI KELANTAN
Prihatin dengan masyarakat yang memerlukan, MyIPO meneruskan usaha kebajikannya dengan melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “MyIPO di Hati” melalui sumbangan zakat. Seramai 200 pelajar asnaf daripada sekitar Kelantan, menerima sumbangan zakat yang disampaikan Pengerusi MyIPO, YBrs. Ts. Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain.
Penyerahan zakat ini diadakan bersempena dengan taklimat harta intelek kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara, Kg. Jerek, Gua Musang, Kelantan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar serta masyarakat umum tentang kepentingan harta intelek dalam pembangunan ekonomi dan inovasi negara
Turut hadir, Anggota Perbadanan MyIPO, YBrs. Tuan Muhamad Khairul Mohd Ali dan Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) MyIPO, En. Razhuan Hussin.
Karya muzik dan lagu anda telah mencuri hati ramai? Pastikan usaha dan inspirasi anda dilindungi sepenuhnya! Hak cipta adalah kunci ke arah mengukuhkan kawalan eksklusif terhadap karya seni anda.
Jangan tunggu lagi! Mari kita ambil langkah pertama ke arah melindungi hak cipta karya kita. Layari www.myipo.gov.my untuk maklumat lanjut.
MESYUARAT HALA TUJU WIPO ALERT DATABASE (SISTEM PANGKALAN DATA LAMAN SESAWANG SALINAN LANGGARAN)
Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Hala Tuju WIPO Alert Database (Sistem Pangkalan Data Laman Sesawang Salinan Langgaran) yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Undang-Undang dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
WIPO Alert Database adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) untuk mengenal pasti laman sesawang yang mengandungi salinan kandungan atau iklan tanpa kebenaran pemilik hak cipta. Inisiatif ini memberi faedah dan manfaat sokongan kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN untuk mengambil tindakan di bawah perundangan hak cipta seperti 'site blocking' dengan lebih pantas dan efektif.
Hadir sama, Penolong Ketua Pengarah (Pendaftaran & Pematuhan), Puan Sharifah Nadiah Syed Sheikh dan Penolong Pengarah Hak Cipta MyIPO, Encik Noor Aliff Musa.
Anggota Perbadanan, Pengurusan dan seluruh warga kerja MyIPO ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Puan Siti Norazlina binti Seni di atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada MyIPO di sepanjang perkhidmatan sebagai Anggota Perbadanan.
Selamat maju jaya diucapkan!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Hadis Riwayat Tirmidzi
RUANG PEJABAT & NIAGA UNTUK DISEWA. SERENDAH RM5 SEKAKI PERSEGI & PERCUMA BAGI SEWAAN BULAN PERTAMA!
MENARA MyIPO @ PJ Sentral adalah alamat perniagaan yang eksklusif. Jadilah sebahagian daripadanya. Hubungi nombor telefon tertera.
Jom sertai webinar eksklusif "Luaskan Pasaran" yang dianjurkan oleh MyIPO! Program ini bertujuan untuk membantu para usahawan dan perekacipta memahami proses pemfailan antarabangsa harta intelek melalui Sistem Madrid & PCT, serta memberikan tips berharga untuk mengeksport produk tempatan ke luar negara.
📅 Tarikh: 7 Ogos 2024 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.30 petang
📍 Medium: Secara atas talian (Platform ZOOM)
Tarikh tutup pendaftaran: 5 Ogos 2024 (Isnin), jam 4.00 petang.
Imbas kod QR untuk mendaftar atau melalui pautan berikut: https://forms.gle/VP2DDfi6oevS4xnK8
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengembangkan perniagaan anda ke pasaran antarabangsa!
Sistem Madrid: Mudah, pantas, dan efisyen! Daftarkan jenama anda sebagai cap dagangan di luar negara dengan lebih mudah bersama MyIPO.
Nak tahu lebih lanjut? Klik pautan di bawah sekarang!
🌐 https://www.myipo.gov.my/ms/sistem-madrid/
Jangan biarkan lanun penciplak hidup senang lenang dengan hasil keringat anda.
Daftar jenama anda sekarang di https://iponline2u.myipo.gov.my!
Tahukah anda? Terengganu mempunyai kekayaan hasil produk yang tersenarai di bawah Petunjuk Geografi?
Keunikan produk tempatan adalah harta berharga yang perlu dilindungi. Daftarkan ia di bawah Petunjuk Geografi bersama MyIPO hari ini dan jadikan warisan tempatan anda terlindung. Untuk maklumat lanjut mengenai Petunjuk Geografi, layari www.myipo.gov.my.
BersamaMyIPO
PROGRAM KUASA PENJENAMAAN: MEMANFAATKAN IP DALAM MENINGKATKAN NILAI PERNIAGAAN
Seramai lebih 100 orang peserta telah menghadiri Program Kuasa Penjenamaan: Memanfaatkan IP dalam Meningkatkan Nilai Perniagaan yang dianjurkan MyIPO dengan kerjasama Roszie Amir Training and Consultancy hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff di Menara MyIPO, PJ Sentral.
Program ini adalah siri kedua yang diadakan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada komitmen MyIPO untuk terus menyokong dan mempromosikan kepentingan perlindungan IP sebagai pemangkin utama dalam perniagaan usahawan di Malaysia.
MyIPO mengucapkan ribuan terima kasih kepada Coach Hajah Roszie Amir yang sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu serta kepada semua peserta yang hadir dan menjayakan program ini.
Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat, Encik Akhtar Sahari dan Pengarah Akademi Harta Intelek, Encik Mohd Radhi Ahmad.
Eksploitasi kreativiti dan inovasi anda sebaik mungkin agar ianya gah bukan saja di pasaran Malaysia malah di persada dunia. Idea yang menarik semestinya akan menhasilkan sesuatu yang kreatif. Teruskan berkarya dan daftar harta intelek anda.
Tunggu apa lagi? Klik saja https://iponline2u.myipo.gov.my untuk pendaftaran. Mudah dan selamat.
Pendaftaran harta intelek lebih mudah dan pantas dengan MyIPO! Sekarang anda boleh mendaftar cap dagangan, hakcipta, dan paten anda di kaunter MyIPO dengan pembayaran tanpa tunai.
Sesuatu permohonan cap dagangan akan diwartakan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek untuk tempoh 2 bulan bagi tujuan pemeriksaan awam. Pewartaan ini membolehkan mana-mana pihak mengemukakan bangkangan ke atas suatu permohonan cap dagangan. Sekiranya tiada apa-apa bangkangan dalam tempoh tersebut, cap dagangan tersebut akan didaftarkan mengikut peruntukan Akta Cap Dagangan 2019.
Untuk maklumat lanjut, layari www.myipo.gov.my.
✨ Selamat Hari Menyambut Hari Sarawak! ✨
Hari ini kita meraikan warisan, kemajuan, dan harapan Bumi Kenyalang. Semoga Sarawak terus maju dalam suasana harmoni dan kesejahteraan.
“Sarawak Maju Makmur dalam Malaysia”
Ikhlas daripada
Pengurusan dan seluruh warga kerja MyIPO
Daulat Tuanku
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.
“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”
Sembah Takzim Daripada Anggota Perbadanan, Pengurusan dan seluruh warga kerja MyIPO.
Salam Jumaat. Semoga dipermudah urusan kita hari ini. Dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua. Aamiin.
❗❗❗ PENYERTAAN MASIH DIBUKA KEPADA 10 ORANG USAHAWAN SAHAJA LAGI ❗❗❗
📣 Program Kuasa Penjenamaan: Memanfaatkan IP dalam Meningkatkan Nilai Perniagaan! 📣
Pelajari bagaimana cara memanfaatkan harta intelek (IP) bagi memperkukuh dan meningkatkan nilai perniagaan bersama Coach Hajah Roszie Amir!!
Penyertaan adalah PERCUMA dan TERHAD!
📅 Tarikh: 23 Julai 2024 (Selasa)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
🏢 Tempat: Auditorium, Aras 3, Menara MyIPO, PJ Sentral
🎁 TAWARAN ISTIMEWA: Geran-Dana Perniagaan disediakan!
*tertakluk kepada terma & syarat
Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkukuhkan jenama anda dan mendapatkan sokongan perniagaan yang anda perlukan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi nombor yang tertera di poster.
Klik pautan di bawah atau imbas kod QR di poster untuk mendaftar.
https://forms.gle/uTSKe9JpLuCdW7Ps8
Lindungi hasil kreativiti dan idea inovatif anda dengan mendaftarkan harta intelek anda hari ini. Jadikan MyIPO sebagai rakan anda dalam melindungi aset berharga anda. Jangan berlengah lagi, daftar sekarang!
Layari www.myipo.gov.my untuk maklumat lanjut atau muat turun IP2U Mobile Apps untuk mendaftar.
Sekiranya anda ada persoalan mengenai harta intelek, klik sahaja pada ikon FAQ di laman sesawang kami atau klik pautan https://www.myipo.gov.my/ms/soalan-lazim/?lang=ms untuk maklumat lanjut. Kami sediakan jawapan kepada persoalan yang sering diutarakan di situ.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52
Petaling Jaya
46200
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
PTPTN Cawangan Kota Damansara, No. 21-G, Jalan PJU 5/20E, Kota Damansara
Petaling Jaya, 47810
Sspn i dan sspn i plus serta pinjaman pendidikan
Petaling Jaya
This is the official page for the Nauru Police Force. The page is monitored during business hours only. Please do not report crime on this page.
Aras 3, Sayap A, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan
Petaling Jaya, 46200
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan Negara Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan
Perbadanan Produktiviti
Petaling Jaya, 46200
Sharing about programmes & activities to improved the subsector productivity & competitiveness
Jalan Yong Shook Lin
Petaling Jaya, 46675
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN
102A Jalan SS24/2, Taman Megah
Petaling Jaya, 47301
Commissioner for Oaths Affirmation of documents (Statutory Declarations, Oaths, Affidavit, etc)
Jbtn Pendaftaran Negara, Bangunan Persekutuan Jalan Sultan Petaling Jaya
Petaling Jaya, 46551
JPN DAERAH PETALING
Petaling Jaya, 47810
Nak belajar buat sabun natural dari rumah, tapi tak nak terikat dengan jadual kelas? Mari saya bantu❤️
Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Petaling Jaya, 47200
Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis DiRaja Malaysia Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Sebarang maklumat jenayah hendaklah disalurkan kepada balai polis yang...