Raudhah Team

Raudhah Team

Mari menceriakan hari anda! Semoga kita semua bersatu di dalam satu ikatan AKIDAH. Mari memperjuangk

Ukhuwah islamiyah adalah ikatan hati dan jiwa yang qudus serta dihubungkan dengan akidah islamiyah. Ukhuwah islamiyah perlu disertakan bersama dengan keikhlasan berukhuwah kerana Allah, keteguhan iman dan taqwa serta kesediaan untuk bekorban demi sahabat dengan melebihkan kepentingan sahabat daripada kepentingan peribadi yakni ithar. Dan adapun itsar yang paling mulia adalah kita melebihkan sahabat tidak kira di waktu lapang mahupun sempit...

15/01/2018

Al-Insan : 5-21

Allah mengurniakan ganjaran Syurga dan nikmat² kepada hambaNya yang beriman,taat dan beramal kebajikan.

🏷akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"(sebuah matair di Syurga)

🏷Allah memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)

🏷Dikurniakan syurga dan (persalinan dari) sutera

🏷Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),

🏷Tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk

🏷Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya p**a dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya

🏷Diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)

🏷(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak

🏷Pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya

🏷Penghuni Syurga diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil"

🏷Iaitu sebuah matair dalam syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"

🏷Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka

🏷Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat)

🏷Dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak

🏷Diberi minum dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci

09/01/2018

🌃 🌃

“Wahai manusia, ingatlah nikmat-nikmat Allah yang Dia telah kurniakan ke atas kamu. Adakah tuhan pencipta selain daripada Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tiada Tuhan yang layak disembah selain daripadaNya maka kenapa kamu rela dipalingkan daripada menyembahNya?”

_QS Fatir Ayat 3_

❗Selamat Beramal. 😉❗

📆 9 Jan 2018 | 21 Rabiul Akhir 1439





‎🍁 آللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 🍁

31/12/2017

Jom Jadikan Tahun 2018, Lebih Baik Daripada Tahun 2017. Semoga ALLAH Pelihara Kita Semua. Aamiin. In sha ALLAH.

31/12/2017

🎆✨ Nawaitu 2018 : "Menuju Kesejahteraan Ummah".

📆 Sempena Tahun Baru 🗓

Padang RnR Bagan Ajam
🕓 4 Petang - 12 Malam.

🆙 Semua pakat mai mlm ni 🆙

20/12/2017

🌿 | Tazkirah Hari Ini | 🌿

02 Rabiul Akhir 1439H
20 Disember 2017

Terkadang penyakit riya' dan sum'ah muncul kerana seseorang itu tidak mengenal Allah dengan benar.Orang yang tidak mengenal Allah kerana pengetahuannya tentang Allah sangat sedikit dan tidak sempurna,tidak akan dapat mengagungkan Allah dengan benar.

Mungkin ia memiliki anggapan dan keyakinan yang keliru bahawa ada selain Allah yang dapat memberikan manfaat dan mudarat sehingga ia berani memperlihatkan amal-amal baiknya kepada orang lain dengan harapan mendapatkan keuntungan dari mereka.

Dan sesungguhnya,inilah rahsia mengapa Islam mengajak manusia agar mengenal Allah dengan sebaik-baiknya.Allah S.W.T berfirman :

"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin,lelaki dan perempuan.Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu".

[ Surah Muhammad : 19 ]

😊Syed Mahazir Shariff Ahmad
📚Merawat 7 Penyakit Hati

22/10/2017

Kadang- kadang, kita merancang sesuatu di dalam hidup kita. Perancangan yang mana di mata kita ianya 'PERFECT' 😬 , confirm terbaik!

Tapi, kita kena ingat.. setiap perancangan kita pastinya melalui tapisan Dia. Dia?

Ya, Dia yang menciptakan kita :') Silakan merancang wahai hambaNya. Sehebat mana perancangan kita, pastinya perancangan Allah itu yang terbaik.

Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia memberi sesuatu yang kita perlu :)
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk sesuatu yang Dia cipta.
Kita siapa yang cipta ya? Allah la .. hehe

Baiknya Allah :') Perbaiki hubunganmu dengan TuhanMu. Allah sangat kasih pada hambaNya.

21/10/2017

" Pemisahnya cuma aku dan doa pada diri-Mu, antara putus asa sia- sia atau terus mara membara..."

Ses**ar mana kehidupan kamu, minta hanya pada Dia. Ya, Dia yang tidak akan pernah mengecewakanmu

05/09/2017

Isteri yang solehah .

Tanggungjawab lelaki adalah besar. Didalam Al-Quran Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .

Bukan syurga itu untuk kamu sendiri-sendiri. Kamu yakni lelaki akan dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه وتعالى di akhirat ke atas isteri, anak-anak, dan adik beradik kamu, khususnya kaum perempuan. Membimbing mereka ke syurga .

Lelaki yang menerima perempuan sebagai isterinya, bermakna dia telah menerima amanah daripada Allah dan dia bertanggungjawab kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪﻭﺗﻌﺎﻟﻰ, bukan hanya di dalam memberi nafkah makan dan minum ataupun nafkah batin, tetapi nafkah tarbiyah .

Nafkah tarbiyah yakni pendidikan untuk menjadikan seorang wanita solehah, isteri yang solehah. Dan jangan hanya mampu memberikan nafkah untuk dia melakukan apa saja daripada kenikmatan keduniaan tanpa di perhatikan solatnya atau hijabnya, tanpa diperhatikan siapa dia bergaul, dengan siapa .

Sebaik-baik wanita itu adalah yang tidak dikenali. Rasulullah ﷺ tidak s**a memperkenalkan isterinya kepada orang lain kecuali jika ada orang yang bertanya kepada baginda rasulullah ﷺ. Di zaman kita sekarang, dihebohkan dan upload di Facebook dan sebagainya. Nak tunjuk lah .

Bilamana seseorang itu berkahwin, pasangan suami isteri itu akan menjadi satu dalam segala halnya. Termasuk kebahagiaan dan juga kesusahannya, bukan hanya di Dunia tetapi juga di Akhirat. Asiah yakni isteri firaun contohnya. Tiada orang yang lebih buruk perangainya di mukabumi ini dari Firaun. Namun, tidak menjadi halangan untuk Asiah itu menjadi hamba-Nya yang solehah .

Harta-benda melimpah-ruah yang dimiliki Asiah, tidak menghalangnya untuk berdoa dan meminta kepada Allah سبحانه وتعالى; "Wahai Tuhanku, bangunkan untukku di sisimu dan rumah di syurga yang dekat dengan-Mu." Inilah wanita yang cerdik di sisi Allah, penghulu wanita di syurga .

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid .

14/07/2017

Ini bukan sedutan Maharaja Lawak...
Tonton sampai habis❤

Moga bermanfaat bukan kita semua...

Timeline photos 30/05/2017

ADAB BERDOA

1) Mulakan dengan puji kepada ALLAH dan selawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menyebut nama-nama ALLAH (Asma' Al Husna)

3) Yakin di dalam hati bahawa akan makbul.

4) Berdoa perkara yang baik.

5) Mengangkat tangan untuk menunjukkan kefakiran dan kemiskinan.

6) Sebaiknya, membaca doa yang warid (daripada ALLAH / Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam)

7) Akhiri dengan selawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

8) Tamat dengan آمين يارب العالمين.

- Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

Timeline photos 27/05/2017

“Jika engkau merasa begitu berat untuk bangun malam, dan juga berpuasa di siang hari. Maka ketahuilah, engkau sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat.” Fudhail bin Iyadh رحمه الله تعالى

Timeline photos 27/05/2017

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

1) Berasa lebih mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menjadi zakat dan pembersih diri.

3) Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

4) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

5) Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing masing.

6) Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

7) Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

8) Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sudah wafat.

Wallahu A'lam.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳﻠِّﻢ

Timeline photos 21/05/2017

BELASUNGKAWA BUAT TEMANKU PROF. DR KHAZANI ABDULLAH: PERMATA JAMAAH DI HATI KAMI

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Dr Khazani Abdullah dilahirkan di Terengganu pada tahun 1968. Beliau merupakan antara anak Melayu yang mendapat pendidikan Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari University of Missouri, Rolla USA pada tahun 1991 sehingga 1993. Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik sejak zaman persekolahan beliau di Terengganu ini disempurnakan dengan beliau menamatkan Ijazah PhD di Universiti Malaya pada tahun 1999. Dr Khazani Abdullah yang merupakan aktivis PAS semenjak zaman belajar, merupakan seorang pakar dalam bidang Fiber Optic, di mana beliau telah dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara pada tahun 2001 dengan pelbagai sumbangan beliau dalam bidang Fiber Optic.

Beliau telah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa kerana kecemerlangan dan kesungguhan beliau dalam bidang ini. Beliau terlibat dalam pelbagai penerbitan jurnal antarabangsa dalam bidang beliau, di mana tokoh ini juga Professor Adjunct di UNITEN, dan beliau juga telah menyelenggarakan pelbagai tesis kesarjanaan dan juga di peringkat PhD.

Semasa zaman remaja, almarhum mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman pada tahun 1981 sehingga tahun 1983. Sebuah sekolah tersohor dan elit yang ditubuhkan di zaman British pada tahun 1925 yang melahirkan ramai tokoh-tokoh berjasa kepada negara termasuk Yang DiPertuan Agong sebelum ini, Raja Mizan. Di sekolah ternama ini, Khazani yang berasal daripada Kampong Kuala Ibai lebih merupakan "ulat buku" berbanding reputasi dalam bidang s**an atau aktiviti pas**an beruniform yang lain.

Menurut YB Ustaz Afiffin Deraman (ADUN Alor Limbat yang memperolehi ijazah dalam bidang konvensional dan agama), Dr Khazani telah menjadi pelajar terbaik SMSS dalam peperiksaan awam SRP pada tahun 1983. Beliau akhirnya telah menyambung pelajaran menengahnya di MRSM Kuantan sehingga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 1985. Peminat gerakan Islam semenjak remaja ini akhirnya bermukim ilmu ke negara "Uncle Sam", terdedah dengan lebih luas di medan amal Islami.

Beliau antara tenaga pemikir dalam jamaah PAS, bersama-sama dengan Prof.Madya Dr Shamsuri Mokhtar, pakar aero angkasa Malaysia, Prof Dr Khazani menjadi "inner circle" Tuan Guru Haji Abdul Hadi semenjak tahun 2003. Dengan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004, beliau lebih serius membantu Tuan Guru Presiden membangunkan kembali kekuatan PAS, terutama di Terengganu.

Almarhum terlibat dengan NGO PERANTAU Terengganu dan jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Presiden Perantau Terengganu. Khazani antara pengasas NGO ILMUWAN, sebuah wadah yang menghimpunkan para cendekia yang mempunyai fikrah Islam dan bernuansa dakwah. Di peringkat kepimpinan PAS Pusat, beliau dilantik sebagai AJK PAS Pusat untuk sesi 2015-2017 dan menjadi pemikir utama untuk pengenalan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Satu usaha besar PAS mendekati pelbagai strata sosial masyarakat, di mana idea Tuan Guru Presiden ini diterjemahkan di atas kertas oleh Dr Khazani.

Kejayaan beliau juga dengan menjadi pemikir utama dalam PAS di bilik strategik, ISP. Badan pemikir PAS ini juga merangka WINS (Wawasan Induk Negara Sejahtera) serta melakar "road map" PAS ke arah kejayaan PRU ke-14. Saya sebagaimana ahli-ahli PAS dan pimpinan yang lain, akan terus mengenang Dr Khazani sebagai sosok yang serius dengan kerja buat di medan amal Islami, hadir dalam mesyuarat PAS Pusat dan Lujnah Politik Pusat dengan idea-idea serta pembentangan fakta yang bertunjangkan kajian.

Dr Khazani sentiasa bersalut aura positif, tidak lokek masa dan harta untuk perjuangan Islam. Beliau juga pengasas kepada SRITI Bangi, sebuah institusi pendidikan yang kini mula menjadi fenomena baru kepada ibubapa dan pelajar. Ilmuan Islam ini akan kekal terpahat dihati kami, abnaul harakah, menjadi pencetus kebangkitan PAS pasca krisis 2015 dengan BPMS. Saya melihat kembali whatsapp peribadi antara saya dengan Khazani, kata-kata motivasinya, pesan-pesan penghargaannya dan akhirnya hati menjadi basah. Seorang teman yang menghargai persahabatan dan sentiasa bertanya apakah lagi ruang untuk menyumbang kepada perjuangan Islam. Damailah di sana wahai sang pejuang dan kami juga akan menyusurimu di alam sana. Alfatihah!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat)

Photos from Raudhah Team's post 20/05/2017

FINAL PIALA FA 2017

PAHANG VS KEDAH

20 MEI 2017 | SABTU | 9.00 MALAM | STADIUM SHAH ALAM.

Jom kita saksikan siapa yang bakal membawa p**ang Piala FA bagi tahun 2017 ini. Solat Isyak jangan lupa ya sahabat sekalian. Pahang di hati kome. :)

Timeline photos 20/05/2017

Tentatif Terkini

📣📣📣📣📣📣📣📣

Program Karnival Perpaduan Ummah Surau Muhammad Al Fateh,Tmn Pauh Indah,21hb Mei 2017 (Ahad) Jam 8pg - 12mlm.

(Anjuran Surau Muhammad Al Fateh,Tmn Pauh Indah Dengan Kerjasama NGO Muslim Care,Nisa,Yayasan Amal)

➡Jam 8.30 pagi perasmian oleh Ybhg Al Fadzli Ust Shukor Hasan (Pengerusi Qariah Masjid Timah)

➡Sumbangan Jejak Asnaf oleh Masjid Timah Kepada 85 Penerima.

➡Anugerah Jasa Mu Di Kenang.

➡Kaunter Pameran oleh Jabatan Bomba,Jabatan Penjara,AADK,Yayasan Amal,Jabatan Amal, Muslim Care,Nisa,Darul Hadis P. Pinang

*➡Cabutan Bertuah Buat Pengunjung Dengan Syarat Berdaftar Di Kaunter Ar Rahnu Tiada Sebarang Bayaran Di Kenakan Hadiah Menarik Menanti Pengunjung*

➡Pemeriksaan Kesihatan Dan Rawatan Pergigian Percuma.

➡Pertandingan Mewarna Kategori Umur.

➡Pertandingan Gubahan.

➡Hijablista (Selepas Zohor).

⚫Demo pemakaian tudung muslimah dan fesyen bertudung mengikut syariat Islam.

⚫Demo Solekan

⚫Tazkirah oleh penceramah jemputan Panduan Berfesyen Menurut Syariat Islam.

➡Berkuda 🐴🐴🐴 bagi setiap seorang yang ingin menungang hanya Rm 5.00 sahaja (Sumbangan akan dimas**an kedalam akaun surau)

➡Memanah
Setiap peserta yang ingin merasai pengalaman memanah hanya dikenakan bayaran Rm 3.00 untuk 5 anak panah (Akan disumbang kedalam akaun Surau)

➡Demo Berkuda oleh Pemanah Jawi.

➡Selepas Asar Sukan rakyat

➡Gerai Jualan.

➡ Forum Perdana Ehwal Islam Islam Penyelamat Ummah Jam 9 malam

👳‍♀Moderator Bob Lokman (Pelawak, Penulis Lirik dan pelakon,selebriti Hijrah).

👳‍♀Panel 1 Ust Nazmi Karim(Muslim Care)

👳‍♀Panel 2 Ust Fawwaz Md Jan (Pegawai Zakat P. Pinang)

⚫Panel 3 Yatt Hamzah (Pelakon Dan Selibriti TV)

Semua dijemput hadir dan sebarkan...

Timeline photos 20/05/2017

Almarhum Prof.Dr.Khazani

BELASUNGKAWA BUAT ALMARHUM DR. MOHAMAD KHAZANI ABDULLAH

Oleh: Muhtar Suhaili As-Sarawaki

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kehilangan seorang strategis dan pemikir yang baik serta sangat ikhlas untuk agama dan perjuangannya, Almarhum Dr. Mohamad Khazani Abdullah. Beliau telah kembali menemui الله pagi ini.

Almarhum Dr. Mohd Khazani Abdullah merupakan Pengarah Institut Strategi PAS (ISP). Beliau yang saya kenali adalah seorang thinker dan tulang belakang dalam perbincangan Roadmap PAS dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Kami bekerja bersama dalam Lajnah Pemerkasaan Parti yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS.

Berikut merupakan biodata insan hebat ini yang banyak menyumbang kepada jamaah, ummah dan dunia kejuruteraan:

Prof Dr Mohdamad Khazani Abdullah – Chief Technology Officer.

Mohamad Khazani Abdullah was born in Terenganu, Malaysia, in 1968. He obtained his B.Sc. and M.Sc. degrees in Electrical Engineering from University of Missouri at Rolla, USA, in 1990 and 1993, respectively, and a Ph.D. degree in Physics from University Malaya, in 1999.

He was awarded the Malaysian National Young Scientist award for the year 2001 for his various contributions in the field of optical fiber communications. He has won several medals at various international expositions including Best Design in the Asia Pacific Region at INPEX-Pittsburgh, 2004 and Special Award at Eureka, Brussels 2005.

He has successfully filed 11 patents for his inventions and scientific works.Professor Abdullah, a member of IEEE LEOS-Malaysian Chapter, was the Deputy Dean of Graduate School, and Head of the Photonics and Fiber Optic Systems Laboratory, Universiti Putra Malaysia (UPM) until April 2008. Currently, he is the Director and Chief Technology Officer at Significant Technologies Sdn Bhd, a company specializing in fiber optic products and services (www.sigtech.com.my). He also currently serves as an Adjunct Professor at the Electronics and Communications Engineering Dept., Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).His research interest includes fiber optics devices, non-linear optics, DWDM, OSCDMA systems and digital communications techniques. His research finding on Optical Amplifiers was reported in Photonics Spectra, a leading scientific magazine in the field of photonics. His latest research focus is on a novel multiplexing technique known as Duty Cycle Division Multiplexing (DCDM).

Dr. Khazani is currently serving as a reviewer for various international publications including top-ten journals in photonics/optics. He has published 64 articles in Citation-Indexed journals and 168 in other journals/conferences. He also has the experience in commercializing various RnD products into local and oversea markets, and has spun off 5 start-up companies. Recently he has obtained the Trade Mark for his new knowledge-based invention known as K-Chart™, an effective tool for research project planning and management. In graduate thesis supervision he has produced 25 Masters and 10 PhD holders, some with the assistance of K-Chart™.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa Neraka."

Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-Ankabut ayat 57:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."

Doakan saya istiqamah dalam kebaikan dan kekal berada dalam jalan dakwah liridhalLah. Semoga kita semua istiqamah sampai mati.

“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia." Allahumma Aamiin.

Timeline photos 17/05/2017

[Dakyah Kristianisasi]

LAPORAN POLIS DR. KAMARUL ZAMAN (UUM) TERHADAP HANNAH YEOH (DAP)

Pada 17 Mei 2017, jam 600 pagi, saya berada di rumah, membaca buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”. Buku ini dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd yang beralamat di 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre yang beralamat di No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu bidang kajian saya.

Bagaimanapun, saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible, Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.

Apa yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil. Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima “prophecy” (pengetahuan mengenai masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among statesmen and rulers”, muka surat 109).

Diceritakan juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan. Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”), termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109).

Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan p**a catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102).

Hannah Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7).

Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara atas talian di www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Pop**ar dan Times”.

Oleh itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Ini kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Apatah lagi bila Hannah Yeoh sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau (“my political office”) untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108).

Begitu juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”).

Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.

Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.

Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Sekianlah laporan saya.

Timeline photos 16/05/2017

Kebencian tidak dapat dimusnahkan dengan kebencian melainkan dengan kasih sayang.

Kesenangan hati dan ketenteraman jiwa lebih berharga dari pangkat dan kekayaan.

Usia tidak akan mengampunkan segala dosa yang dibuat. Oleh itu mintalah keampunan kepadaNya dengan bertaubat.

Kesilapan yang kita lakukan adalah pelajaran baru untuk mencapai kejayaan.

Alhamdulillah, sobahul Khair. 😊

Timeline photos 15/05/2017
Timeline photos 15/05/2017

Hanya RM400 sahaja jamuan untuk berbuka sehari..Jom infak tujuan berbuka puasa di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang - Rasmi

Percambahan kedai arak di Little India, Pulau Pinang 12/05/2017

Percambahan kedai arak di Little India, Pulau Pinang Laman berita terkini Malaysia, Benar & Inklusif. Politik, Isu Semasa, Rakyat, Dakwah, Video, Audio. HarakahDaily ; Berita terbaik untuk rakyat.

Timeline photos 12/05/2017

Tazkirah Hari Ini (12.05.2017)

Andai kita adalah pekerja, jangan mencuri tulang. Andai kita adalah pemimpin, hendaklah berlaku adil. Andai kita adalah peniaga, maka usah sesekali menjual barangan yang telah rosak kepada orang lain. Bahkan, andai ada yang tertinggal barangan di kedai kita, simpanlah elok-elok dan berusaha kembalikan kepada pemiliknya. Jangan sesekali menipu harganya. Walaupun ada baki sebanyak 5 sen sekalipun, hendaklah dip**angkan semula.

Amanah, terlalu mudah untuk bercakap, namun s**ar untuk dilaksanakan. Oleh kerana itu, iman dan takwa hendaklah seiring agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. Jangan p**a kita terjebak dalam kalangan orang yang telah tertipu dengan amanah yang dimiliki sehingga tega untuk mengkhianatinya.

(Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat - Bicara Ini Demi Ilahi)

Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak: PAS 'Tahaaluf Siyaasi PAS-PKR Terbatal' 11/05/2017

Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak: PAS 'Tahaaluf Siyaasi PAS-PKR Terbatal' MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa: 1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PA...

11/05/2017

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

Timeline photos 10/05/2017

SYOKNYA PUASA
Jangan lupa esok ya. Kita puasa bersama-sama. Puasa Sunat Hari Putih, Sunat Bulan Sya'ban dan Sunat Khamis. Fuh, 3 dalam 1 tu tau.
Kalau nak qada' puasa sekali boleh ke? Boleh, tiada masalah. Niatkan sahaja puasa qada' dan sekalikan dengan puasa sunat seperti di atas.
Selain daripada ajak diri sendiri, ajaklah juga ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.
Nak pahala lebih? Share/Repost atau mention je seberapa banyak nama kat komen bawah ini. Manalah tau kot-kot ada yang puasa juga. Kita pun dapat pahala.
'Hidupkan Sunnah, Sebarkan Mahabbah'.
Teruskan bersama kami di . Semoga bermanfaat :) FB : Nur El-Hikmah
Insta :
Twitter :

Timeline photos 09/05/2017

Segala puji bagi ALLAH. 😊

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Photos from Ustaz Hanif Haron's post 08/05/2017
Timeline photos 07/05/2017

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kisah Rasulullah di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain.

Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita.

Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia.

Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke akhir hayatnya Baginda tidak pernah lupa pada umatnya.

Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi ALLAH mereka mulia.

Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad?

Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu?

Ia adalah kita, tapi sudahkah kita mencintai Baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih Baginda kepada kita?

Renungilah siapa yang menjadi ikon kita selama ini?

Siapa idola anak-anak muda sekarang?

Siapa idola-saudara-saudara kita saat ini?

Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak.

Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak Baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia.

Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta.

Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada Baginda.

Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. In sha ALLAH.

Adakah kita sayangkan Rasulullah sepertimana sayangnya Rasulullah kepada kita?

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Want your university to be the top-listed University in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Jom Jadikan Tahun 2018, Lebih Baik Daripada Tahun 2017. Semoga ALLAH Pelihara Kita Semua. Aamiin. In sha ALLAH.
Ini bukan sedutan Maharaja Lawak...Tonton sampai habis❤Moga bermanfaat bukan kita semua...
Melayu---Islam---LiberalTaknak kena control dengan hukum Allah, duduk Planet lain yang "bukan milik Allah"
KEKEJAMAN ISRAEL LAKNATULLAH TERHADAP KAPAL MAVI MARMARA
Life tricks !Boleh memudahkan urusan seharian kita...Ayuh, manfaatkan perkara yang ada disekeliling kita...اَللَّهُمَّ ص...
Aku datang (dengan dosa) sekali lagi duhai Penciptaku. Sebagaimana yang Engkau inginkan duhai sembahanku. Aku berharap E...
Jom ngaji !Luangkan masa anda bersama GPS ke akhirat yang kita tidak akan sesat selama-lamanya.
Sibuk nak p Makkah, tapi dalam masa yang sama MENENTANG ISLAM
SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI AL-AZHARI /  MENGHAF...
APAKAH PERASAAN RASULULLAH SAW JIKA MENGETAHUI ADA KILANG ARAK ?
USTAZ FAWWAZ : KOMEN MENGENAI DARUL HADIS
DR MAZA MENUDUH DARUL HADIS ?

Website

Address

Pinang
13700

Other Colleges & Universities in Pinang (show all)
ADWAVE's iN-SPIRED 2011 ADWAVE's iN-SPIRED 2011
Universiti Sains Malaysia(main Campus)
Pinang

ADWAVE's iN-SPIRED believes that through the development and the growth of the arts and creative sector will inherently improve the state of Malaysia's tourism. Follow us for mor...

Adikarma USM Adikarma USM
USM
Pinang, 18000

KUMPULAN KESENIAN ADIKARMA USM Official Page

Hagihara Hagihara
Pinang

[荻原服饰电脑专门学院]创办人张柔恩 In year 1991, Joan Cheong had established HAGIHAR

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
IPG Kampus Pulau Pinang, Bukit Coombe
Pinang, 11700GELUGOR,PULAUPINANG

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (I4P) began as the Penang Teacher's Training College in

CE Education Consultants CE Education Consultants
332-I-2, Jalan
Pinang, 11600

UOW Malaysia KDU UOW Malaysia KDU
32, Jalan Anson, George Town
Pinang, 10400

Persatuan Alumni Kimia USM Chemistry Alumni Association Persatuan Alumni Kimia USM Chemistry Alumni Association
Pinang

This is the official FB group for our Chemistry Alumni Association. Here you will be able to 1) Lo

Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM Official Kump**an Latihan Kelanasiswa Malaysia USM Official
Pinang

Halaman ini dicipta untuk memperkenalkan Kelanasiswa USM dan halaman ini dapat dijadikan medan interaksi kami dengan masyarakat dalam dan luar kampus.

Lifetime Vpn Lifetime Vpn
Di Hatimu
Pinang, 12345

AGE Final Year Showcase AGE Final Year Showcase
Pinang, 10400

Assemble Final Year Exhibition 2020, an exhibition showcasing the final year projects of the final y

ZOPE Program ZOPE Program
Pinang