Plb2020

Penilaian Liputan Banci (PLB) adalah satu survei yang dijalankan satu bulan selepas Banci Penduduk dan Perumahan. Ia dijalankan secara bebas daripada Banci

02/04/2022

Keluarga Bahagian Perangkaan Penduduk & Demografi (BPPD), DOSM Ibu Pejabat, Putrajaya mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MyStep.

22/12/2021

Sedikit sorotan wawancara bersama Puan Norhayati binti Jantan, Penolong Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020 mengenai Survei Penilaian Liputan Banci 2020.

Untuk maklumat lanjut dan video penuh, sila klik pautan di bawah:

https://fb.watch/9XYBl8S5Ap/

Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 16/12/2021
Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 16/12/2021

Operasi lapangan bagi Survei Penilaian Liputan Banci 2020 sedang dilaksanakan di tempat kediaman terpilih di Malaysia.

Sekiranya ada Pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia datang ke rumah anda, sila berikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat. Maklumat ini akan digunakan sebagai asas untuk penyesuaian kepada bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci 2020.

Jom sama-sama jayakan SPLB 2020. Jangan lupa tanggungjawab kita demi masa depan bersama!

06/12/2021

Hai semua!

Untuk makluman anda, Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB) 2020 secara temuramah bersemuka sedang dijalankan bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2021.

Survei ini dijalankan bertujuan untuk menilai kualiti dan ketepatan data Banci 2020.

Sila berikan kerjasama kepada Pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang datang ke rumah anda untuk menjalankan temuramah.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi Jabatan Perangkaan Malaysia berdekatan.

02/12/2021

Liputan akhbar berkaitan Survei Penilaian Liputan Banci 2020

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/882616/profil-penduduk-banci-malaysia-2020-jadi-asas-mspr

12/11/2021

Ramai yang masih tak tahu tentang cara-cara pengisian Survei Penilaian Liputan Banci 2020 secara dalam talian (e-PES). Mudah je sebenarnya. Lebih kurang 10 minit je untuk isi survei ni.

Jom lihat visual di bawah untuk tahu tentang cara-cara pengisian e-PES.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020, anda boleh menggunakan medium berikut :

โ˜Ž๏ธ Talian telefon: 03-8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

09/11/2021

Peringatan pentingโ€ผ๏ธ

Untuk pengetahuan semua, sistem Survei Penilaian Liputan Banci secara dalam talian (e-PES) tidak boleh diakses di luar negara kerana dasar keselamatan daripada pihak kami.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐Ÿค”, anda boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡

โ˜Ž๏ธ Talian telefon: 03-8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

Photos from Plb2020's post 08/11/2021

Kami menerima banyak pertanyaan daripada responden berkaitan kod jemputan untuk menjawab Survei Penilaian Liputan Banci secara dalam talian (e-PES).

Untuk makluman, kod jemputan untuk menjawab e-PES diisi secara automatik. Responden hanya perlu mengisi nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit sahaja untuk membuat pendaftaran kali pertama.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan/pertanyaan berkaitan SPLB 2020๐Ÿค”, anda boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡

โ˜Ž๏ธ Talian telefon: 03 8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

30/10/2021

1 HARI LAGIโ—๏ธ

Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tarikh tamat Banci Malaysia 2020 iaitu pada 31 Oktober 2021 (Ahad).

Bagi anda yang belum lagi mengisi borang soal selidik banci, ayuh berikan kerjasama anda kepada para pembanci kami yang masih lagi bertungkus-lumus melaksanakan banci di kediaman anda bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam banci kali ini.

Untuk pengetahuan anda, Post Enumeration Survey (PES) akan dilaksanakan sejurus selepas tamat operasi banci.

Kepada 31.8 juta penduduk Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam Banci Malaysia 2020, TERIMA KASIH! Kerjasama anda amat kami hargai.












Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.dosm.gov.my

Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
https://www.mycensus.gov.my/

Facebook:
Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
https://www.facebook.com/mycensus2020

Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.instagram.com/statsmalaysia

YouTube: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.youtube.com/channel/UC0CMa71i-wBYmz-HIZ8bOzQ

29/10/2021

Video Pengenalan Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB) 2020

Jom tonton video di bawah untuk mengetahui serba sedikit tentang SPLB 2020..

27/10/2021

Seperti yang semua sedia maklum, Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB) 2020 bagi menilai kualiti dan ketepatan data Banci 2020.

Pengisian survei ini secara dalam talian (e-PES) hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Oleh itu, sekiranya anda menerima e-mel jemputan untuk menjawab SPLB 2020 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, sila laksanakan tanggungjawab anda untuk melengkapkan survei tersebut dengan memberikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐Ÿค”, anda boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡

โ˜Ž๏ธ Telefon: 03-8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

26/10/2021

5 HARI LAGIโ—๏ธ

Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum tarikh tamat Banci Malaysia 2020 iaitu pada 31 Oktober 2021 (Ahad).

Bagi anda yang belum lagi mengisi borang soal selidik banci, ayuh berikan kerjasama anda kepada para pembanci kami yang masih lagi bertungkus-lumus melaksanakan banci di kediaman anda bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam banci kali ini.

Untuk pengetahuan anda, Post Enumeration Survey (PES) akan dilaksanakan sejurus selepas tamat operasi banci.

Kepada 31.8 juta penduduk Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam Banci Malaysia 2020, TERIMA KASIH! Kerjasama anda amat kami hargai.












Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.dosm.gov.my

Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
https://www.mycensus.gov.my/

Facebook:
Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
https://www.facebook.com/mycensus2020

Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.instagram.com/statsmalaysia

YouTube: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.youtube.com/channel/UC0CMa71i-wBYmz-HIZ8bOzQ

Photos from MyCensus2020's post 23/10/2021
21/10/2021

"OMGโ—๏ธ, Banci dah tanya 108 soalan, SPLB banyak tu jugak ke โ“๐Ÿ˜ฐ

Jangan risau ya semua, SPLB hanya mengambil parameter utama sahaja โ˜บ๏ธ. Hanya 8 maklumat sahaja yang dikumpulkan seperti di bawah ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“Œ Nama
๐Ÿ“Œ Nombor Kad Pengenalan
๐Ÿ“Œ Umur
๐Ÿ“Œ Jantina
๐Ÿ“Œ Kump**an Etnik
๐Ÿ“Œ Kewarganegaraan
๐Ÿ“Œ Taraf Perkahwinan
๐Ÿ“Œ Agama

Jadi tak ada alasan kan nak elak untuk memberi kerjasama sebab soalan sikit sahaja ๐Ÿ˜.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐Ÿค”, anda boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡

โ˜Ž๏ธ Telefon: 03-8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

Photos from Plb2020's post 14/10/2021

Sesi Refresher Training Modul Post Enumeration Survey Malaysia Integrated Pop**ation Census System (MyIPCS), Banci Penduduk dan Perumahan (BANCI 2020)

Tarikh: 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pejabat Operasi PLB, Aras 6, Blok C7
Submodul:
1) Job Assignment FO1 PLB2/4
2) Data Capture FO1 PLB2 (e-PES/CATI/ADS)
3) Data Matching PLB2
4) Data Capture PLB4 (CATI)

Photos from Plb2020's post 13/10/2021

Sesi Refresher Training Modul Post Enumeration Survey Malaysia Integrated Pop**ation Census System (MyIPCS), Banci Penduduk dan Perumahan (BANCI 2020)

Tarikh: 13 Oktober 2021 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pejabat Operasi PLB, Aras 6, Blok C7
Submodul:
1) Job Assignment FO1 PLB1
2) Data Capture PLB1 (SmartPES)
3) Data Verification PLB1
4) Data Matching PLB1
5) Job Assignment FO2 PLB3
6) Data Capture PLB3 (SmartPES)

08/10/2021

๐Ÿ“ฃ Kepada yang berkelayakan, jom sertai kamiโ€ฆ

Jabatan Perangkaan Malaysia mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Personel MySTEP E41.

๐Ÿ“Tempat bertugas: Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya

๐ŸŽ“ Kelayakan akademik: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Statistik/ Sains Data/ Ekonomi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam/ swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

๐Ÿ“Œ Kemahiran:
- Mahir dalam perisian analisis statistik seperti Tableau, R Programming dan SAS.

๐Ÿ–Š๏ธ Tempoh lantikan: Oktober - Disember 2021

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan resume lengkap berserta gambar berwarna, salinan sijil akademik dan salinan kad pengenalan ke alamat e-mel [email protected]

Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2021

08/10/2021

Adakah semua Tempat Kediaman (TK) di Malaysia akan terlibat dalam SPLB 2020โ“

Jawapannya, TIDAK โŒ.
Anggaran sebanyak 144,200 TK yang terlibat dalam SPLB 2020. Semua ahli isi rumah dalam TK tersebut akan dihitung semula.

Sekiranya anda terpilih sebagai responden untuk survei ini, sila berikan maklumat yang lengkap dan tepat. Maklumat ini akan digunakan sebagai asas untuk penyesuaian kepada bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci 2020.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐Ÿค”, anda boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡
โ˜Ž๏ธ Telefon: 03-8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

06/10/2021

๐Ÿ“ฃ Perhatian semua...

Jabatan Perangkaan Malaysia mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Personel MySTEP E19.

๐Ÿ“Tempat bertugas: Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya

๐ŸŽ“ Kelayakan akademik: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / kelayakan yang setaraf dengannya.

๐Ÿ“Œ Kemahiran:
- Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keutamaan diberikan kepada yang boleh berbahasa Mandarin.
- Berkemahiran dalam mengendalikan komputer.

๐Ÿ–Š๏ธ Tempoh lantikan: Oktober - Disember 2021

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan resume lengkap berserta gambar berwarna, salinan sijil akademik dan salinan kad pengenalan ke alamat e-mel [email protected]

Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2021

06/10/2021

Rentetan daripada penularan wabak Covid-19, Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB) 2020 dijalankan secara dua kaedah iaitu survei dalam talian (e-PES) dan temu ramah melalui panggilan telefon.

Jika anda menerima e-mel jemputan untuk menjawab survei ini dan panggilan telefon daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan SPLB 2020, sila berikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat. Maklumat ini akan digunakan sebagai asas untuk penyesuaian kepada bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci 2020.

Jom sama-sama jayakan SPLB 2020. Jangan lupa tanggungjawab kita demi masa depan bersama!

Sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020, anda boleh menggunakan medium berikut:
โ˜Ž๏ธ Telefon: 03-8885 7889/7890
๐Ÿ“ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]

Photos from Plb2020's post 05/10/2021

PEMAKLUMANโ—๏ธโ—๏ธ

Tahukah anda bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB)โ“

๐Ÿ“ŒSurvei ini telah bermula pada 16 April 2021 secara dalam talian (e-PES) dan 26 Ogos 2021 secara temuramah melalui telefon.

๐Ÿ“ŒPenduduk Malaysia yang dipilih secara rawak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan sahaja akan terlibat dalam survei ini.

๐Ÿ“ŒPemilihan adalah berdasarkan kepada kawasan kajian (Blok Penghitungan (BP)) yang diwujudkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Jika tempat kediaman anda berada di BP yang terpilih, anda secara automatik akan dipilih sebagai responden.

Objektif survei

๐Ÿ“Œ Objektif survei ini adalah untuk mengukur ketepatan liputan dan kandungan maklumat Tempat Kediaman, Isi Rumah dan Individu yang dilaporkan dalam Banci 2020.

๐Ÿ“ŒMenilai Ralat Kandungan dengan mengkaji perbezaan bagi ciri-ciri terpilih antara Banci dan SPLB.

๐Ÿ“Œ Menganggar Ralat Kurang Liputan dari segi Tempat Kediaman, Isi Rumah dan Individu pada Banci 2020.

๐Ÿ“Œ Mewujudkan panduan untuk perancangan dan pelaksanaan Banci pada masa hadapan.

Jika anda menerima e-mel jemputan untuk menjawab survei ini atau panggilan telefon daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan SPLB 2020, sila berikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat. Maklumat ini akan digunakan sebagai asas untuk penyesuaian kepada bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci 2020.

Jom sama-sama jayakan SPLB 2020. Jangan lupa tanggungjawab kita demi masa depan bersama!

Sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐Ÿค”, anda boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡
โ˜Ž๏ธ Talian telefon: 03 8885 7889/7890
๐Ÿ“ง Emel bantuan teknikal : [email protected]

18/09/2020

Salam Jumaat penuh barakah semua. Harap-harap semua sihat sejahtera hendaknya.

Hari ini kami ingin kongsikan berkenaan ahli biasa yang juga dikira sebagai ahli isi rumah.

Ahli biasa juga merujuk kepada orang yang tinggal bersama termasuk orang yang tiada di tempat kediaman tersebut buat sementara waktu atas sebab tertentu seperti:

โœ… Menjalankan tugas rasmi atau bekerja di luar kawasan seperti nelayan dan pemandu lori (kurang daripada 6 bulan).

โœ… Bekerja di negara jiran tetapi kebiasaannya tinggal di Malaysia.

โœ… Bercuti, melawat kawan atau saudara mara, melancong sama ada di dalam atau luar negeri.

โœ… Berada di hospital, penjara, pusat pemulihan dan institusi lain bagi tempoh kurang dari 6 bulan dalam tahun 2020.

Dan jangan lepaskan peluang untuk dibanci secara atas talian (e-Census). TINGGAL 1๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ hari lagi untuk berakhir BANCI FASA 1. Jom rebut peluang ini untuk sama-sama berbakti kepada negara.

15/09/2020

16 SEPTEMBER 2020
Selamat Hari Malaysia 2020 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia Prihatin ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

Sama-samalah kita menjaga keharmonian negara demi negara tercinta. Hormati antara satu sama lain dan hargai keunikan kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia.

15/09/2020

๐’๐ข๐š๐ฉ๐š๐ค๐š๐ก ๐˜๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ข๐ค๐ข๐ซ๐š ๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก (๐€๐ˆ๐‘)?

Tahukah anda ๐Ÿ’ญ,

Banci dijalankan ke atas ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐Ž๐‘๐€๐๐† di tempat tinggal biasa mereka pada ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐‚๐ˆ (๐Ÿ• ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ) โ—

Jadi, 2๏ธโƒฃ individu ini juga dikira sebagai Ahli Isi Rumah. Siapakah mereka โ“

Mereka ialah:

โžก๏ธ ๐๐š๐ฒ๐ข yang lahir ๐ฉ๐š๐๐š ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐œ๐ข dan ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐š๐๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐œ๐ข.

โžก๏ธ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐œ๐ข.


Dan jangan lupa ya semua, tinggal 1๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ hari sahaja lagi untuk anda menjawab e-Census โ—

14/09/2020

Hai semua ๐Ÿ‘‹

Hari ini kami ingin menjelaskan kepada anda semua mengenai ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก (๐€๐ˆ๐‘).

Konsep AIR: โฌ‡๏ธ


1๏ธโƒฃ Satu Isi Rumah boleh mengandungi ๐›๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ฉ๐š ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ก๐ฅ๐ข atau mungkin ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ก๐ฅ๐ข sahaja.

2๏ธโƒฃ Ahli bagi sesuatu Isi Rumah mungkin ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š atau ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š atau gabungan kedua-duanya sekali.

Jadi, jika anda ๐Ÿ‘จ tinggal bersama rakan-rakan ๐Ÿ‘จ๐Ÿ‘จ, anda semua dianggap sebagai ๐€๐ˆ๐‘ walaupun tiada talian persaudaraan.

Begitu juga jika anda tinggal seorang ๐Ÿ‘จ, anda adalah ๐€๐ˆ๐‘ bagi tempat tinggal anda.

Dan jangan lupa ya semua, tinggal 1๏ธโƒฃ6๏ธโƒฃ hari sahaja lagi untuk anda menjawab eCensus โ—

11/09/2020

Adakah anda pernah mendengar perkataan ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก (๐Š๐ˆ๐‘)โ“ Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya siapa yang boleh jadi KIR ๐Ÿ’ก.

Dalam soalan PLB ada ditanya berkaitan '๐๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก'. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan konsep KIR ini, cuba lihat visual di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿ“‹

Photos from Department of Statistics, Malaysia's post 10/09/2020
10/09/2020

Hari ini kami akan kongsikan dengan anda semua mengenai ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก (๐ˆ๐‘).

Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut, kami ingin bertanya kepada anda "๐€๐๐š๐ค๐š๐ก ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ข๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐ข๐ฌ๐ข ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ข๐ง โ“ dan bagaimana p**a hendak menentukan sama ada anda dikategorikan sebagai IR ataupun tidak.

Jom kita ikuti visual di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri IR ๐Ÿ‘‡

10/09/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Dukacita dimaklumkan bahawa kami terpaksa menutup permohonan jawatan sebagai PSH di Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Projek Penilaian Liputan Banci 2020 lebih awal daripada tarikh tutup permohonan. Hal ini disebabkan oleh permohonan yang kami terima telah melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan.

Segala kesulitan amat kami kesali.

Photos from Plb2020's post 09/09/2020

Jenis Tempat Kediaman โ‰๏ธ๐Ÿ˜

Pastinya setiap individu mengimpikan tempat kediaman yang dapat memberikan perlindungan, keselamatan dan keselesaan untuk seisi keluarga.

Tahukah anda tempat kediaman terbahagi kepada 16 jenis unitโ“

1๏ธโƒฃ Sesebuah : Sebuah rumah berasingan iaitu tidak berkongsi dinding dengan rumah yang lain.

2๏ธโƒฃBerkembar : 2 buah rumah berkongsi dinding yang sama, mempunyai pintu masuk berasingan dan terpisah daripada rumah yang lain.

3๏ธโƒฃ Teres : Rumah yang berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah disebelahnya sama ada di sebelah kiri atau kanan atau duanya sekali.

4๏ธโƒฃ Berangkai : Rumah berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah di sebelahnya. Ciri-cirinya iaitu bukan dibina oleh pemaju perumahan dan tidak berstruktur.

5๏ธโƒฃ Berkelompok : Rumah berasingan yang berkongsi dinding yang sama dengan rumah di sebelahnya dan bercantum (berkongsi dinding) di bahagian belakang dengan rumah di belakangnya.

6๏ธโƒฃ Rumah Bandar : Rumah teres dua tingkat yang bersambung secara menegak atau melintang antara satu sama lain dalam satu bangunan.

7๏ธโƒฃ Rumah Pangsa : Sesebuah bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Secara umum, rumah pangsa dikelaskan sebagai rumah mampu milik.

8๏ธโƒฃ Pangsapuri (Apartment) : Kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju atau pengurusan adalah lebih baik berbanding rumah pangsa.

9๏ธโƒฃ Kondominium : Sesebuah bangunan bertingkat yang dianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju atau pengurusan adalah lebih baik daripada apartment.

1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ Pangsapuri Khidmat (Service Apartment) : Unit kediaman yang berbilang tingkat yang dimiliki oleh individu atau disewakan untuk jangka masa pendek atau kekal. Akomodasi terdiri daripada unit studio, satu dan lebih bilik termasuk ruang dapur.

1๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ Small Office Home Office (SOHO) : Tempat kediaman dan ruang pejabat yang direka khas dan ruangnya bersaiz sederhana.

1๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ Small Office Flexible Office (SOFO) : Bangunan yang direka khas untuk tempat kediaman dan ruang pejabat tetapi ruangnya lebih besar berbanding SOHO.

1๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ Small Office Versatile Office (SOVO) : Bangunan yang fokus hanya untuk tujuan komersial sahaja. Selain itu, bangunan ini lebih mahal berbanding kadar hartanah kediaman.

1๏ธโƒฃ4๏ธโƒฃ Rumah Kedai/Pejabat : Sesebuah bangunan bertingkat yang dibina di kawasan komersial dan pada kebiasaannya didirikan dua tingkat dan lebih untuk tujuan aktiviti perniagaan.

1๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ Rumah Panjang (Sabah dan Sarawak sahaja) : Rumah yang dibina secara berbaris dan berkongsi koridor di bahagian hadapan. Pada kebiasaannya, ia terdapat di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

1๏ธโƒฃ6๏ธโƒฃ Pondok Gantian/Sementara : Kategori tempat kediaman yang pada amnya dianggap sementara dan tidak begitu sesuai untuk dijadikan sebagai tempat kediaman.

08/09/2020

๐Ÿ“ฃ Perhatian semua

Jabatan Perangkaan Malaysia mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai:-

๐Ÿ“Œ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป:
PSH Gred 41 (10 kekosongan)
PSH Gred 29 (50 kekosongan)
PSH Gred 19 (20 kekosongan)

๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€:
Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya

๐ŸŽ“ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ:
PSH Gred 41: Ijazah Sarjana Muda
PSH Gred 29: Diploma/STPM/STAM dan setaraf
PSH Gred 19: SPM

๐Ÿ’ธ ๐—ž๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—จ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต:
PSH Gred 41: RM 100.00 Sehari
PSH Gred 29: RM 72.00 Sehari
PSH Gred 19: RM 54.00 Sehari

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
1 Disember 2020 - 31 Mac 2021 (4 Bulan)

Permohonan boleh dibuat melalui link di bawah:
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/BJUVT1mGGYe7bs6X7

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh emelkan ke ๐Ÿ“ง [email protected]

08/09/2020

Semalam kami telah kongsikan berkenaan konsep Tempat Kediaman (TK). Jadi, hari ini kami ingin kongsikan p**a berkenaan jenis-jenis tempat kediaman.

Terdapat 3๏ธโƒฃ jenis tempat kediaman :
โ–ถ๏ธTK Persendirian
โ–ถ๏ธTK Beramai-ramai
โ–ถ๏ธBukan TK

๐Ÿ“Œ Walaubagaimanapun, PLB 2020 hanya akan meliputi TK Persendirian sahaja.

07/09/2020

Hai semua ๐Ÿ‘‹

Harini kami nak kongsikan berkenaan ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐๐ข๐š๐ฆ๐š๐ง (๐“๐Š) .

Tempat Kediaman ialah satu tempat berasingan dan bebas dari segi struktur yang dibina untuk tempat tinggal. ๐Ÿก

Apa yang dikatakan ๐›๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง dan ๐›๐ž๐›๐š๐ฌ itu โ“

Berasingan โžก๏ธ Dikelilingi oleh dinding, pagar & sebagainya serta berbumbung.

Bebas โžก๏ธ Mempunyai jalan masuk secara terus daripada tangga umum, tempat lalu lintas/ruang umum. Penghuni boleh masuk & keluar dari TK tanpa melalui ruang kediaman penghuni lain.

Jangan lupa ya semua, tinggal 2๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ hari sahaja lagi untuk melengkapkan e-census 2020โ—

Pastikan kita semua dihitung, jangan ada yang tertinggal โ€ผ๏ธ

05/09/2020

Ayuh jalankan tanggungjawab anda untuk melengkapkan soal selidik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang sedang dijalankan secara atas talian (e-census). Pastikan kita semua dihitung, jangan ada yang tertinggal.

TINGGAL 25 HARI LAGI

BANCI Fasa 1 - Dalam Talian (e-Census) AKAN BERAKHIR โ€ผ๏ธ

Bersama-sama mengekang penularan COVID-19, anda digalakkan mengisi e-census ๐Ÿ‘‡

https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

Tunaikan tanggungjawab kita kepada negara.
Maklum balas yang kita beri hari ini akan menentukan masa depan kita semua.

๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ
MAKLUMAN TAMBAHAN :
๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”ธ๏ธ๐Ÿ”น๏ธ๐Ÿ”น๏ธ

7.7.2020-30.9.2020, BANCI MALAYSIA FASA 1 (e-census) 2๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ hari lagi berakhir.
Diulangi 2๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ hari lagi ya... Pastikan anda dibanci.

Dalam bersama-sama meneruskan usaha mengekang penularan COVID-19, anda amat digalakkan mengisi e-census ๐Ÿ‘‡
https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

Sekiranya ada isu berkaitan BANCI 2020๐Ÿค”, anda bolehlah merujuk FAQ yang telah disediakan menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/notes/mycensus2020/soalan-lazim-faq-berkaitan-banci-penduduk-dan-perumahan-fasa-1-secara-atas-talia/1849144308558542/

ATAU boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡
โ˜Ž๏ธ Talian hotline Banci : 1-800-88-7720
๐Ÿ“ง Emel bantuan teknikal : [email protected]
๐Ÿ“ฒ WhatsApp : 013 772 2020
๐Ÿ“‹ Telegram Informasi Banci https://t.me/BANCI2020

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พData Anda Masa Depan Kita๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Untuk info lanjut tentang Banci 2020, jom layari www.mycensus.gov.my

04/09/2020

Banci secara atas talian (e-Census) akan berakhir dalam tempoh 26 hari sahaja lagi.

Jadiโ€ฆ Ayuh sama-sama kita SEDEKAHKAN MASA KITA DEMI NEGARA DENGAN MENYERTAI BANCI MENERUSI E-CENSUS
๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

Tunaikan tanggungjawab kita bersama.

๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ
MAKLUMAN TAMBAHAN :
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”น

Sekiranya ada isu berkaitan BANCI 2020๐Ÿค”, anda bolehlah merujuk FAQ di: https://www.facebook.com/notes/mycensus2020/soalan-lazim-faq-berkaitan-banci-penduduk-dan-perumahan-fasa-1-secara-atas-talia/1849144308558542/

ATAU boleh menggunakan medium berikut ๐Ÿ‘‡
โ˜Ž๏ธ Talian hotline Banci : 1-800-88-7720
๐Ÿ“ง Emel bantuan teknikal : [email protected]
๐Ÿ“ฒ WhatsApp : 013 772 2020
๐Ÿ“‹ Telegram Informasi Banci https://t.me/BANCI2020

04/09/2020

HEBAHAN : Tarikh tutup permohonan Jawatan Penyelia dan Pembanci dilanjutkan sehingga 20 September 2020.

Jangan khuatir anda masih berpeluang untuk menjadi sebahagian dari warga banci dalam menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020.

Kini, anda masih boleh memohon jawatan tersebut sehingga 20 September 2020 menerusi pautan di bawah :
https://jobs.mycensus.gov.my/sign-up
Mohon segera โ—โ—
Jangan terlepas peluang keemasan ini โ—โ—
Semoga berjaya ya semua โ—โ—
Data Anda Masa Depan Kita
7๏ธโƒฃ : 7๏ธโƒฃ : 2๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ
Ingin tahu lebih lanjut? Jom layari...
www.mycensus.gov.my

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Putrajaya
62514

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Public & Government Services in Putrajaya (show all)
Jabatan Tenaga Manusia Jabatan Tenaga Manusia
Aras 6 & 8, Setia Perkasa 4, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, 62530

Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan oleh fungsinya ya...

Bahagian Dakwah, Jakim Bahagian Dakwah, Jakim
Bahagian Dakwah, Aras 8, Blok B, Kompleks Islam
Putrajaya, 62100

Bahagian Dakwah merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG
Aras 8 Dan 9, Menara PjH, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2
Putrajaya, 62100

Agensi tunggal kerajaan yang mempunyai autoriti dan kepakaran dalam bidang mineral dan geosains.

E-Government  Mykad/Mypr Application E-Government Mykad/Mypr Application
Putrajaya

We are ready to help and provide services for application Mykad/Mypr.

MTCP - Malaysian Technical Cooperation Programme MTCP - Malaysian Technical Cooperation Programme
Putrajaya, 62602

Welcome to the official page of the Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP)!

Koperasi Maritim Berhad- KMB Koperasi Maritim Berhad- KMB
Putrajaya, 62502

Koperasi Maritim Berhad telah ditubuhkan pada 12 Januari 2021 dibawah Ordinan Koperasi 1948 (ditukarkan kepada Akta Koperasi 1993) bagi anggota-angota pasukan APMM.

Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya
Aras 4, Blok C3, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, 62510

A Unit under INTAN Bukit Kiara specialising in post service training programme

Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI
Putrajaya, 62624

Laman Facebook rasmi bagi Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang diterajui oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid.

Seksyen Sukan dan Rekreasi PPj Seksyen Sukan dan Rekreasi PPj
Putrajaya

Seksyen Sukan & Rekreasi Bahagian Perkhidmatan Komuniti Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya

Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani
Wisma Tani, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya, 62624

Menyokong usaha Kementerian untuk merealisasikan perindustrian sektor agromakanan

Berjaya Agensi Berjaya Agensi
Putrajaya

Biro Agama KSKWP Biro Agama KSKWP
Putrajaya, 62050

Berperanan dalam menggerakkan aktiviti kerohanian di Wisma Putra dan Surau Al-Illiyin khasnya