Jabatan Perkhidmatan Awam
Nearby government services
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Federal Government Administrative Centre
Presint
Pejabat Pentadbiran Kerajaan
Presint
Presint
62514
You may also like
Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk Perkhidmatan Awam.
Emel : [email protected]
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ikatan Bimbingan dan Konseling Sekolah Indonesia (IBKS), Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA) dan Majlis Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan (MGKK) pada 27 Ogos 2024 (Selasa). Seramai 70 orang delegasi IBKS, lima (5) orang pegawai PERKAMA dan lima (5) pegawai MGKK yang hadir semasa pertemuan ini. YBhg Datoโ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) telah mengalu-alukan kehadiran delegasi ini ke JPA.
Delegasi dari IBKS, Jakarta Indonesia telah diketuai oleh YBrs. Dra. Tuti Sukarni, Ketua Pusat IBKS. Turut hadir YBhg Datoโ Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin, Presiden PERKAMA dan Tuan Haji Ismail Bin Hashim, YDP (MGKK).
Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA telah memberi taklimat mengenai perkhidmatan dan amalan terbaik yang diamalkan di dalam pengurusan psikologi dan kaunseling di negara ini khususnya dalam perkhidmatan awam.
Pertemuan sebegini dapat melambangkan satu manifestasi hubungan akrab dan sokongan anggota perkhidmatan awam bagi mencipta daya penggerak dalam membentuk hala tuju bidang psikologi dan kaunseling yang dinamik dalam era globalisasi ini.
MAJLIS AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN 2024
Ayuh Pegawai Awam kita saksikan amanat khas daripada YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2024 pada:
๐ Tarikh: 30 Ogos 2024 (Jumaat)
๐ Masa: 5.00 petang
๐ Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau menerusi stesen penyiar tempatan anda.
Pautan FB LIVE Kementerian Perpaduan Negara: https://www.facebook.com/share/p/VcjaYxE7Tupu4PDK/?mibextid=qi2Omg
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
YBhg. Datoโ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam amanat khasnya di Majlis Pelancaran Buku Penghayatan H.E.M.A.T- Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasi di Kelantan telah merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri di atas iltizam dan kesungguhan untuk melihat Pegawai Awam di tempat yang sepatutnya berdasarkan kemampuan ekonomi mereka.
Kita harus bersama-sama mereformasikan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. Kesejahteraan semua keutamaan kita.
YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
Program Bitara INTAN Bicara Aspirasi H.E.M.A.T.: Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasi
29 Ogos 2024
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Berdebar Min nak tunggu amanat YAB Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sebentar lagi.
Sambil kita menunggu tu jom tonton video pendek perbualan seharian di JPA. Betul, kami boleh berbahasa Melayu dari pelbagai negeri, Mandarin, Tamil, dan ada juga yang boleh berbahasa Iban, Bajau, Suluk, Bugis, Idahan dan Jawa.
Min ada tau esok di Dataran Putrajaya. Kalau kenal Min, tegur ok.
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
๐๐๐น๐ฒ๐ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐น๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ธ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ!
Syabas diucapkan kepada Saudara Muhammad Fareez Anuar, atlet Paralimpik Negara yang juga merupakan ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐๐ฎ๐บ ๐ฑ๐ถ ๐๐ก๐ง๐๐ก, ๐๐๐ธ๐ถ๐ ๐๐ถ๐ฎ๐ฟ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐บ di atas kejayaan beliau semalam dalam acara badminton perseorangan (Men's Single's) yang kini mara ke peringkat separuh akhir (semi final), serta perlawanan dijangka akan berlangsung pada 30 Ogos 2024 (Jumaat), 7.50 malam (waktu Malaysia) melawan Indonesia hari ini.
๐ฒ๐พ๐ซถ๐ปAyuh rakyat Malaysia, berikan sokongan padu anda kepada Saudara Muhammad Fareez Anuar dan seluruh atlet Paralimpik Malaysia di atas daya usaha dan keazaman mereka untuk merangkul emas sepanjang Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pautan: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2334928
Min sangat teruja dan tak sabar rasanya untuk menyambut Hari Kebangsaan 2๏ธโฃ0๏ธโฃ2๏ธโฃ4๏ธโฃ โ
Anda semua macam manaโ
๐ซถ๐ปAyuh Pegawai Awam kita bersama-sama menggelorakan serta menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2024 dan turut memberikan sokongan "Jiwa Merdeka" anda di Dataran Putrajaya pada 3๏ธโฃ1๏ธโฃ Ogos 2024 (Sabtu) esok, pukul 7.00 pagi.
Bawa bersama Jalur Gemilang untuk dikibarkan bersama-sama. ๐ฒ๐พ
Min nak bagi tahu juga ni, esok kontinjen JPA juga terlibat dalam acara perbarisan. Jadi, jangan lupa lambai dan kibarkan Jalur Gemilang anda sebagai tanda sokongan kepada kami ya. ๐
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Merdeka360
Kesejahteraan adalah tonggak MADANI, sering diungkap oleh YAB Perdana Menteri. Menghayati semangat ini, PUSPANITA JPA di bawah kepimpinan YBhg. Datin Sri Dr. Azlifah binti Bahari telah menganjurkan Program Ceramah Duri Dalam Mahligai Cinta bersama Kelab Jabatan Perkhidmatan Awam.
Penekanan diberikan kepada kepentingan komunikasi keluarga dalam mengurus konflik, selaras dengan konsep MADANI. Kesejahteraan di rumah ialah cetusan daripada kasih sayang bermula dengan sifat ihsan dan empati sebagai peranan utama dalam institusi kekeluargaan.
Alhamdulillah, ceramah yang disampaikan oleh YBrs. Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop, kaunselor berlesen dari JAKIM ini membuka ruang perspektif berbeza yang boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.
Program ini juga dihadiri oleh 170 peserta termasuk kepimpinan PUSPANITA JPA dan ahli Kelab JPA dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua peserta.
Sebagai suri di rumah, kitalah sumber kekuatan keluarga dan pegawai awam adalah benteng negara.
Ingatlah, semuanya bermula dari rumah.
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PUSPANITA JPA
๐ฃ๐๐ง๐๐๐๐ก ๐ฉ๐๐๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐ง๐ฉ๐ญ ๐ฅ๐ง๐ " ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐จ๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฌ๐๐ง๐๐ก ๐.๐.๐ .๐.๐ง- ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐๐ฆ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐, ๐ ๐๐ ๐๐๐จ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ง๐๐ฆ๐
Dalam amanat khas yang telah disampaikan oleh YBhg. Datoโ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menekankan:
๐ Pembudayaan nilai H.E.M.A.T adalah satu seruan dan gesaan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam bukan perkara baharu, malah ia turut menjadi ๐บ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป๐ถ๐๐บ๐ฒ ๐๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฒ๐น๐ผ๐น๐ฎ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ฒ๐ณ๐ถ๐๐ถ๐ฒ๐ป menerusi nilai-nilai penting yang harus dipegang dan diamalkan diseluruh peringkat organisasi.
๐Falsafah H.E.M.A.T. yang diilhamkan ini dapat membantu kita ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ถ๐๐ถ ๐ถ๐ป๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฑ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ผ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ seterusnya mengikis semua persepsi negatif yang dilabelkan oleh masyarakat terhadap Pegawai Awam.
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Institut Tadbiran Awam Negara
Berita RTM
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus memperkukuhkan Reformasi Perkhidmatan Awam (Civil Service Reform) sebagai lonjakan merealisasikan agenda Malaysia MADANI dalam ikhtiar memperkukuhkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam serta kesediaan untuk melakukan perubahan dalam penyampaian aspirasi H.E.M.A.T. oleh YBhg. Datoโ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), sempena Program Bitara INTAN Bicara Aspirasi H.E.M.A.T.: Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasi pada hari ini di Kota Bharu, Kelantan.
YBhg. Datoโ Sri KPPA telah meluncurkan โBuku H.E.M.A.T.: Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasiโ dengan berpandangan realisitik bahawa Pegawai Awam mampu menghayati komitmen kepimpinan tertinggi Kerajaan, dalam konteks โTaat Setiaโ yang turut ditegaskan oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini.
YBhg. Dato' Sri KPPA telah menyeru dan menggesa untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam bukan perkara baharu, malah ia turut menjadi mekanisme utama dalam memperincikan gerak kerja untuk membangunkan tatakelola lebih efisien menerusi nilai-nilai penting yang harus dipegang dan diamalkan di seluruh peringkat organisasi.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
Institut Tadbiran Awam Negara
INTAN Kampus Wilayah Timur - INTIM
๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ : ๐๐ข๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐จ๐๐จ โ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฌ๐๐ง๐๐ก ๐.๐.๐ .๐.๐ง. โ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐๐ฆ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐, ๐ ๐๐ ๐๐๐จ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ง๐๐ฆ๐โ
๐ YBhg. Datoโ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah melancarkan buku โBuku H.E.M.A.T.: Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasiโ di Program Bitara INTAN pada hari ini;
๐Kualiti penyampaian perkhidmatan merupakan mekanisme utama dalam memperincikan gerak kerja untuk membangunkan tatakelola lebih efisien menerusi nilai-nilai penting yang harus dipegang dan diamalkan di seluruh peringkat organisasi;
๐YBhg. Dato' Sri KPPA menekankan semua Pegawai Awam terus menghayati konteks โTaat Setiaโ yang turut ditegaskan oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara; dan
๐Melalui pembudayan Nilai H.E.M.A.T, YBhg. Datoโ Sri KPPA merujuk kepada kewaspadaan Pegawai Awam dalam tindakan, serta ketelitian dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan (3) prinsip penting iaitu (Facilitate), (Accommodate) dan (Accelerate)โ
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Institut Tadbiran Awam Negara
BICARA ASPIRASI H.E.M.A.T. | MENJUNJUNG ASPIRASI, MEMACU PRESTASI
๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ (๐๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป) di dalam sektor perkhidmatan awam tidak hanya mempermudah tugas-tugas yang kompleks sahaja, tetapi juga mampu memacu produktiviti serta membuka peluang untuk bertindak dan berfikir secara kreatif dan strategik.
Cetusan idea-idea inovasi dalam kalangan Pegawai Awam perlu seiring dengan pembudayaan AI agar kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat lebih cekap dan efisien.
Perkara ini perlu disambut baik oleh semua Pegawai Awam agar harapan YAB Perdana Menteri ketika di MAPPA Ke-19 iaitu melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Awam melalui 3 intipati:
๐ Meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam
๐ Meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan
๐ Meningkatkan daya saing negara
Ayuh kita reformasi Perkhidmatan Awam!
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
๐ฎ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
Ayuh! kita semarakkan semangat Malaysia MADANI Jiwa Merdeka!
Semua Pegawai Awam dijemput bersama-sama menyaksikan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 yang akan diluncurkan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri seperti ketetapan berikut:
๐30 Ogos 2024 (Jumaat)
๐4.30 petang
๐Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Merdeka360
Jom warga Port Dickson, meriahkan lagi majlis sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 6-8 September 2024 Jumaat hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat bermula jam 3.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung.
Jom bertemu dengan pempengaruh sepert Mek Yun, Achey, Bell Ngasri, Atu Zero dan ramai lagi.
Ayuh ke Pantai Batu 1, Port Dickson pada 6-8 September ini. Jangan ketinggalan.
๐ฏ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
Jom semua Pegawai Awam kita bersama-sama menyaksikan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 yang akan diluncurkan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri seperti ketetapan berikut:
๐30 Ogos 2024 (Jumaat)
๐4.30 petang
๐Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jom kita semarakkan Malaysia MADANI Jiwa Merdeka!
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pegawai Awam akan diberikan pendedahan dan kefahaman mengenai SSPA mengikut pilihan sendiri dan proses ini juga akan dihuraikan dengan lebih tepat setelah pekeliling siap sepenuhnya pada September 2024.
Jadi, JPA menyeru agar seluruh Pegawai Awam terus cakna dan mendapatkan maklumat yang sahih mengenai SSPA di saluran rasmi kami atau nantikan pekeliling berkenaan opsyen ini pada September nanti.
Untuk keterangan lanjut mengenai SSPA, layari https://sspa.jpa.gov.my/ untuk segala informasi terkini mengenainya.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐จ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ (๐๐ฃ๐) ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA Tahun 2024 untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JPA.
๐ Tempoh kajian:
๐ฎ๐ฒ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ ๐ฎ๐ฒ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐๏ธ Tujuan:
Menilai tahap kecekapan pengurusan perkhidmatan JPA di samping menambah baik kualiti perkhidmatan yang diberikan serta memperkasakan perkhidmatan awam pada tahap yang terbaik.
๐ Pautan kajian:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfc4R73q7D4h2s-04eyui27JBKob_b5HHtBgmEnSXMtjRvhyQ/viewform
Semua diundang untuk melengkapkan soal selidik ini.
๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐จ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ฆ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐
YAB Perdana Menteri telah melancarkan gagasan Malaysia MADANI pada 19 Januari 2023 yang kini merupakan dasar utama Kerajaan pada hari ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dipertanggungjawabkan untuk menyebarluaskan pemahaman terhadap gagasan ini kepada seluruh Pegawai Awam melalui latihan. Dalam hubungan ini, JPA melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selaku institusi latihan utama sektor awam telah membangunkan Modul Latihan Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam. Ini bagi memastikan setiap Pegawai Awam memahami dan menjiwai gagasan Malaysia MADANI. Terdapat dua (2) pendekatan yang telah dibangunkan iaitu:
i. Slot Malaysia MADANI: ๐๐ฏ ๐๐ท๐ฆ๐ณ๐ท๐ช๐ฆ๐ธ (Slot Pengenalan Konsep); dan
ii. Modul Latihan Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam (MMPA).
Surat Edaran: INTAN.600-3/1/3 (48) bertarikh 14 Ogos 2024.
https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan-3/surat-edaran-1/surat-edaran-penyebarluasan-pemahaman-konsep-gagasan-malaysia-madani.html
๐ฆ๐๐ง๐๐ก๐๐๐-๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ (๐.๐.๐ฆ.๐ .)
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pada 25 Ogos 2024 di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh.
Ikhlas daripada:
Datoโ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Awam.
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Ayuh semua Pegawai Awam yang berada di Pantai Timur khususnya!
Jangan ketinggalan untuk mendengar Bicara Aspirasi H.E.M.A.T. oleh YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang dianjurkan oleh INTAN Kampus Wilayah Timur.
๐ ๐ด.๐ฏ๐ฌ ๐ฝ๐ฎ๐ด๐ถ - ๐ญ.๐ฌ๐ฌ ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ต ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ
๐
๐ฎ๐ต ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ (๐๐ต๐ฎ๐บ๐ถ๐)
๐ ๐๐ผ๐๐ฒ๐น ๐-๐๐น๐ถ๐๐ฒ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ป, ๐ง๐๐ป๐ท๐ผ๐ป๐ด ๐๐ผ๐๐ฎ ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐
๐ Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan :-
https://www.iemg.intan.my/event/1JyjviCvXsOWiJNm
"Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasi"
Institut Tadbiran Awam Negara
Semua Pegawai Awam adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 iaitu Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam.
Jadi, bekerjalah dengan ikhlas, sentiasa bersungguh-sungguh dan memberikan komitmen terbaik ketika bekerja agar ia setimpal dengan pelarasan gaji seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini demi meningkatkan kualiti produktiviti negara supaya imej Pegawai Awam sentiasa dipandang tinggi dan disegani oleh masyarakat.
๐ฐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
Jom semua Pegawai Awam kita bersama-sama menyaksikan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 yang akan diluncurkan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri seperti ketetapan berikut:
๐30 Ogos 2024 (Jumaat)
๐4.30 petang
๐Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jom kita semarakkan Malaysia MADANI Jiwa Merdeka!
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Inilah antara risiko dan pengalaman ngeri Pegawai Awam (anggota penyelamat, bomba).
Sanggupkah anda mengharungi lubang kumbahan (penuh dgn tahi dan bermacam lagi), bergadai nyawa demi mencari mangsa?
Tugasan Pegawai Awam bukan sahaja di kaunter semata-mata tetapi juga Pegawai Awam harus sentiasa patuh pada arahan untuk bertugas di kawasan-kawasan mencabar dan boleh meragut nyawa.
Marilah bersama-sama semat di hati kita agar sentiasa menghormati profesion Pegawai Awam.
Pegawai Awam Benteng Negara!
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Astro AWANI
"Masa turun ke bawah lubang... memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya."
Demikian kata Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berkongsi detik anggota bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
Usai pulang dari India, YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) terus melaksanakan tugasan rasmi.
YBhg. Datoโ Sri KPPA telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Dan Sarawak Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Putrajaya.
Marilah Pegawai Awam kita bersama-sama mereformasikan Perkhidmatan Awam.
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pegawai Awam yang bekerja secara Contract of Service (COS) juga akan menikmati pelarasan gaji sama seperti Pegawai Tetap yang akan diperincikan dalam Pekeliling nanti.
Jangan risau ye! Anda juga dapat manfaat seperti Pegawai Tetap yang lain.
Terima kasih kepada pihak penerbitan Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) kerana sudi mengundang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk perkongsian berkaitan "MAPPA Ke-19: Pembangunan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam" oleh YBhg. Datoโ Pauzan bin Ahmar, Pengarah, Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA.
Dalam perkongsian tersebut, YBhg. Datoโ telah memberi penerangan yang jelas mengenai objektif dan fungsi sesebuah organisasi ditubuhkan serta pewujudan jawatan hendaklah selari dengan matlamat penubuhan sesebuah organisasi agar setiap jawatan dan penyandangnya digembleng ke arah penggunaan sumber manusia secara optimum.
Seiring dengan prinsip kadar upah untuk kerja (rate for the job) susulan kajian SSPA ini, struktur organisasi dikemaskini selaras dengan pengemaskinian saraan dan skim perkhidmatan perkhidmatan awam. Setiap Deskripsi Tugas (Job Description) bagi jawatan yang skim perkhidmatannya telah ditambah baik perlu dikemaskini agar tugas yang dilaksanakan berorientasikan keluaran/hasil (output/outcome) dan dapat mengutamakan keberhasilan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Selepas pengumuman pelarasan gaji oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, JPA menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah memberi fokus terhadap skop Pembangunan Organisasi memfokuskan kepada aspek skim perkhidmatan yang relevan dan struktur organisasi yang cekap dan berkesan.
Dengarkan siaran secara langsung pada:
๐ฃ ๐ฎ๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐บ๐ฎ๐ฎ๐ | ๐ด.๐ฏ๐ฌ ๐ฝ๐ฎ๐ด๐ถ
๐ฃ ๐๐ช๐ท๐ฆ ๐ด๐ต๐ณ๐ฆ๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ๐จ: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
Panel Jemputan:
YBhg. Dato' Pauzan bin Ahmar
Pengarah
Bahagian Perjawatan dan Organisasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jutaan terima kasih kepada pihak TRAXXfm di atas kesudian mengundang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengupas topik "SSPA: WHATโS GOVERNMENT FOCUSING ON?".
YBrs. Dr. Nor Mazny binti Abdul Majid, Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (JPA) telah memberikan penerangan kepada pendengar radio TraXX FM berkenaan perincian Sistem Persaraan Perkhidmatan Awam (SSPA):
๐ YAB Perdana Menteri terus komited untuk melaksanakan pelarasan gaji menerusi SSPA sebagai tanda apreasiasi kepada Pegawai Awam walaupun keadaan fiskal semasa negara yang mencabar;
๐ Objektif utama Sistem Persaraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ialah meningkatkan produktiviti Pegawai Awam dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat;
๐ Antara kelebihan memilih opsyen SSPA ialah Pegawai Tetap akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15% dan 7% bergantung kepada gred semasa;
๐ Proses pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada Pegawai Tetap dipendekkan daripada 36 bulan kepada 18 bulan sahaja.
Nantikan Pekeliling SSPA pada September 2024!
Anwar Ibrahim
PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Website
Address
Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1
Putrajaya
62519
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24 Persiaran Perdana
Putrajaya, 62675
Was established under the Act 536 for managing and administering the Federal Territory of Putrajaya.
Kementerian Sumber Manusia, Setia Perkasa 3
Putrajaya, 62530
Kementerian Sumber Manusia
Lembaga Perancang Bandar Malaysia, Aras 6, Bangunan Pejabat PLANMalaysia, Blok F5, Parcel F, Precint 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, 62675
Professional board
Putrajaya
The official Facebook fanpage of the Ministry of Finance, Malaysia. Learn more at: www.mof.gov.my
Level 15 Wisma Tani, No. 28 Persiaran Perdana
Putrajaya, 62624
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Putrajaya, 43000
Saya Simon Yong merupakan agent yang berurus dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Kementerian Dalam Negeri, Segala Urusan boleh dibuat di sini. Cuba Menghubungi Whatapps Saya.a
Menara Seri Wilayah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, 62000
Putrajaya, 62624
Kelab MAFS merupakan kelab komuniti Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Aras 3, Setia Perdana 3, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, 62502
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, 10 Mac 2020 BHESS, JPM
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia), Blok F5, Kompleks F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, 62675
The official page of the PLANMalaysia (Department of Town and Country Planning). More info
Perpustakaan Kementerian Ekonomi
Putrajaya, 62675
Perkhidmatan Perpustakaan